Tuesday, April 30, 2013

Manhattan Fish Market, Aeon Seremban 2.



Before korang bace aku membebel panjang2 aku nak bagi soalan dulu kat korang.


Sape pernah makan kat Manhattan tau lah kot jawapannya. Eh ke setiap hari dorang tukar soalan?



Hari tu lah sape entah ade share promosi Groupon Manhattan Fish Market kat pesbuk.
Aku dah la memang tengah aim nak makan kat sana.
Bila usha2 link mak aih makanan harga beratus jadik Rm50 je.
Ape lagi terus beli.
Tapi before tu mesej Akram dulu tanye die ok ke tak.
Kang kalau die taknak pergi kang aku nak ajak sape pulak.
Takkan nak makan sorang2.


Tapi Akram kan. Seumur hidup aku kawan dengan die memang tak pernah lah die cakap tak.
Selalunya jawapan dia "Ok je" "Boleh la" "Tak kisah pon" "Mane2 je"
Lagi2 pasal makanan ni memang takkan die menolak.



So kitorang plan nak pergi makan Sabtu lepas.
Padehal sehari sebelumnya bergaduh sebab aku silent phone pastu tak perasan dia call banyak kali.Silent sebab request Candy Crush pesbuk tu bising masuk notification. Haha. Nak off tak gheti.
Member ape lagi bengang lah kan.
Kalau aku pon aku bengang.
Tapi biasalah manusia bernama aku ni yang mentel ni.
Kalau Akram tak jawab call aku mengamuk.
Kalau aku yang tak jawab call, aku jugak yang mengamuk. Kahhkahhh.


Gaduh dalam wassap memang tahap nak bawak haluan masing2 la kononnya.
Tapi bila dah jumpe depan mata eleh cuit2 sikit dah baik.
Kakakaka.
Tapi of coz lah Akram yang start dulu.
Aku kan besar kepala (bak kata Akram)
Sukati je kutuk kepala orang :P


So Sabtu petang tu lepas sesi drama hujung minggu kitorang habes, terus ke Aeon Seremban 2.
Time tu pukul 5 petang kot.
Sampai2 tak ramai orang sangat kat Manhattan tu.
Terus bagi kupon kat waiter.



Amboi bang sampai ternganga layan Manhattan. Ruang dalam Manhattan kat Aeon Seremban ni kecik je. Masa aku tengah makan tu ade jugak satu family melayu yang tak dapat masuk sebab dah full. Dua meja kosong tu reserved.



Siap ade sauk ikan kau. Macam cun je jadik hiasan rumah. Boleh la kalau ade rumah sendiri nanti aku gantung kayu2 snuker Akram. Pastu kalau Akram buat hal aku terus buat batang pancing. Harhar.




Kupon yang aku beli tu dapat Grilled Gala Platter, Garlic Herb Mussels, Salad, dengan air dua. Air macam air lemon tu.



Tengok lah harga dia yang sebenar berapa. Boleh terkincit jugak nak membayarnya. Dah kalau boleh beli yang murah buat ape nak beli yang mahal kan. Nehiiiiiiii. Jimat sampai RM62.95 okey. Dah boleh beli bra scarlet 4 helai. Kakakaka. Tengok punye lah kedekut bra pon pakai yang Scarlet Rm15 sehelai. Apedehal kan. Janji pakai.




Akram add on Grilled Salmon Fish. Biasalah Akram, sifat tamak terhadap makanan semakin menjadi-jadi. Tapi bagus jugak haku yang huntung. Orang cakap rezeki jangan ditolak. Diet always starts tomorrow gittew. Lalalala.




Mula2 dia tanya nak add ape. Sebab takut tak cukop. Padehal Grilled Platter tu besau kot. Cuma aku lupe yang bawah seafood tu nasi. Ingatkan seafood semata. So disebabkan aku tak pernah merasa makan Salmon, maka Akram order lah Salmon.




Semua Hamis Jalikha punye pasal lah asyik dok haplod gambar Salmon kat Instagram.
Dah dengan aku aku sekali terliur nak merasa.
Orang jawe kan tak pernah merasa makan Salmon asyik makan tempe je.



Air lemon.



Salad. Aku setakat salad macam ni boleh la telan jugak. Walaupon aku tak boleh makan sayur-sayuran mentah, tapi bila die letak sos tu boleh tahan sedap jugak. Dengan Akram sekali makan. Padehal Akram ni punye lah payah kalau nak disuruh makan sayur. Dia hanya makan sayur campur goreng saje.




Garlic herb Mussels. Sedap gile weh kuah cream die tu. Tapi sedap2 pon aku makan dua ketul je. Sebab Gala Platter dah sampai. Tak tahan weh nak makan. Lapau. Akram cakap ni bukan kupang biasa yang kite selalu makan tu. Sebab kupang biasa kaler oren. Ni kaler putih. 




Hye Salmon. Akhirnya kita bertemu jugak. Kitaaaaa bertemu kali ini untuk apa? Adakah hanya menambahkan lagi sengsara (Hattan Mood ON please) Akram dah pernah makan salmon so dia makan sikit pastu tolak ke aku je. Poyo sangat. Bawah Salmon tu Sweet Potato. Sweet Potato tu lah yang buat kenyang gile. Salmon sedap ! Tapi aku rasa takde lah sampai nak craving2 Salmon segala. Dah rasa sekali okey lah. Hmmm not bad.




Grilled Gala Platter. Omnomnomnom. Hoi hoya hoi kami berdua gembira. Hoi hoya hoi dapat makan banyak2. Lalalala. Nanana.




Bawah dia nasi macam nasi goreng. Pastu ade kupang lagi. Sayur campur brokoli dengan carrot. Sotong. Udang tengah2 letak cheese. Fish fillet yang sangat sedap! Kalau suruh pilih fish fillet dengan Salmon, aku pilih fish fillet. Hahahaha! Dan kentang2 sebagai penyeri. Sangat besar. Serius sangat berbaloi. Orang lain aku tak tau lah. Tapi aku makan dengan Akram dua orang kentang je tak larat nak habeskan. Yang lain licin. Sedap gile hoi. Tak tipu.




Huh tak pernahnya nak tengok camera. =__=




Lepas makan bayar untuk harga Salmon and terus chow.
Puas hati sangat makan kat Manhattan ni.
Ade rezeki lebih nak try meals lain pulak. Hihi.
Sedap pon sedap.
Aku kalau terpaksa bayar mahal untuk makanan sedap aku tak kisah.
Tapi kalau makanan tak sedap pastu mahal memang aku hangen.
Kalau sedap dan murah lagi best!


Sape2 yang tak pernah try boleh la try.
Kalau tanak makan camni boleh order spagheti or pasta.
Banyak jugak menu dia.
Cuma die Fish and Seafood je lah.
Jangan kau menggagau carik ayam pulak memang tak jumpe lah.


Selamat mencube.


okbai.




Eh jap lupe nak bagi jawapan.



Why are the Dolphins cleverer than Humans?

Because within 3 hours they can train a man to stand at the side of a pool and feed them fish!



Hahahahaha! Kelakar lah sangat.


okbai.






Wednesday, April 24, 2013

Kenapa, Mengapa, Bagaimana.






"Kenapa kebanyakan student perempuan di IPT akan terfikir nak kawen sekarang bila stress pasal study?"
Bincang kan.


Haaaaaaa ini macam kalu keluar soalan karangan BM tajuk ni kompem memang berjela-jela lah karangan korang kan.
Secara tiba-tiba je idea datang mencurah-curah sampai setiap lima minit mintak kertas tambahan.
Lepastu masing2 sambil menulis sambil tersengih-sengih.
Sambil mintak kertas tambahan sambil senyum2.
Eleh.


Tapi aku lagi gatal.
Tak payah tunggu stress study kat Universiti.
Lepas SPM je dah menggatal sibuk nak kawen.
Padehal spender ngan bra pon mak yang tolong belikan lagi ade hati nak kawen.
Pirah.
Memasak? Kemas Rumah?
Ape tu?
Wakakakaka.


Ada one time tu sorang opismate aku Chinese tanya cita2 aku ape?
Dan dengan spontannya aku cakap nak kawen and jadi suri rumah.
Tahu dia jawab ape?
"Kenapa semua Malay Girl macam impian nak jadik suri rumah?"
Hahahahaha!


Well sape yang tanak duduk goyang kaki kat rumah je kan.
Tak payah fikir pasal kerja, pasal bos nak itu nak ini.
Macam aku, tak payah sibuk nak pikir pasal drawing, tender, contract, kene bangun pagi2, kene mandi pagi2 (oh heaven ok tak payah mandi pagi. Kakakka).
Bla bla bla.


Memang lah jadi suri rumah ni susah jugak sebenarnya tapi at least u can work on ur own schedule.
Suka hati nak kemas rumah pukul berapa. Nak basuh baju pukul berapa. Nak masak pukul berapa kan.
Boleh tengok TV. Baring2. Kalau penat tido jap.
Oh heaven siottttt.

Even tiap2 pagi Isnin aku cakap dengan Akram tanak kerja lah penat nak duduk rumah je.
Akram cakap ok tapi tunggu gaji dia 10k.
Fineeeeeeeee.


Bagi aku, umur2 macam awal 20an ni memang asyik fikir nak kawen je.
Same lah macam aku. Awal2 dulu kemahin gatal lagi nak kawen. Takde nye ko nak pikir2 kehidupan lepas kawen ni. Yang penting dapat kawen. Dapat berdua-duaan dengan pasangan.
Sejalan sejoli kata kooo (sape tengok cerita Jodoh kat Astro mesti tau)


Tapi bila aku dah kerja, dah ade komitmen, dah ade tanggungjawab pada family aku rasa macam alah nanti2 lah pikir pasal kawen.
Even mak aku dah bising2 sebab kawan2 aku ramai yang dah kawen siap dah beranak pinak lagi tapi aku wat cool je.
Tambah pulak aku ni kerja bidang construction. Kadang2 kene overtime balik lambat.
Macam semalam pukul 10 malam baru aku balik.
Harini dapat tender esok nak kene submit drawing. Ingat robot ke hape? =__=
Naseb baik takde laki lagi. Kalau tak kesian laki aku. Hahahaha!


Kawan aku cakap kalau ade laki lagi kesian sebab laki keje shift.
Yes keje dengan MAS ade shift. Seminggu siang seminggu malam.
Bayang kan kalau aku kawen (ececececehh) kalau Akram shift malam. Contoh kalau kitorang duduk area tempat kerja Akram (Nilai) 630 pagi aku dah kene keluar rumah.
Akram baru nak balik kerja.
Nanti aku balik kerja dia pulak yang dah pergi keje.
Pehhhhhhhhh kesian gile laki ko. Ada bini macam takde bini. Haha.


Kalau die kerja siang pon, pukul 630 petang dia dah balik.
KL ke Nilai petang2 kalau tak jem memang impossible lah kan.
Sampai rumah dah pukul berapa. Sape nak masak?
Maunya laki ko carik orang lain. Hahahha!
At least for now, aku tak payah pikir pasal komitmen lagi kan.
Kalau dah kawen memang boleh hidup macam biasa macam sekarang tapi tanggungjawab tu mesti terbayang-bayang je.
Ok memang tak ready lagi. Wuwuuuuuu.


Takpelah. Tuhan tu Maha Adil.
He know the best for us. Kan? :)




Tapi pikir2 balik naseb baik mak aku tak kawen kan aku masa aku menggatal nak kawen dulu.
Mak aku kan garang.
Aku pulak suka buat perangai.
Kene marah sikit lari jumpe boipren. Mengadu ngan boipren. Bla bla bla.
Oh God bangang gile perangai haku dulu.
Rasa nak pitam bila ingat balik.


Zaman2 study standard ah kan asyik menggatal je nak kawen. Zaman hormon2 gatal tengah merembes banyak kot aku rasa.
Malas study sikit berangan nak kawen ngan orang kaye.
Stress study sikit baca novel pastu berangan lagi.
Tak pon layan cerita korea sambil sengih2.
Alahhhhhhhhh semua perempuan pon mesti pernah jugak.
Even aku yang tak minat cerita korea ni pon tersengih-sengih jugak layan drama korea.


Tapi aku respect korang yang kawen awal and pikul tanggungjawab.
:)


Aku??
Belum bersedia lagi nak dengar cakap Akram.
Nanti kalau gaduh ngan die mane boleh lari sembunyi macam sekarang.
Dosa besar lawan cakap suami.
Wakakakakaka.


Oh dan lagi satu belum ready lagi nak sambut raya pertama tanpa masakan bapak aku.
Huahuahua.


okbai.




Tuesday, April 23, 2013

Cerita-cerita


Fuhhhhhhhhh bersawang dah blog (ayat cliche seorang blogger)
Wahahahaha.
Aku ni kalau kemalasan tahap gampang dah sampai memang sepotong ayat pon aku malas nak taip.
Tapi kalau tahap kerajinan menaip tu di tahap sama level dengan kerajinan untuk makan memang sehari tak menaip rasa resah gelisah sampai berpeluh-peluh. Cewah penipu sangat. Hahaha!


Cerita pertama.

Last week hari Khamis malam telah berlaku satu peristiwa yang hampir tidak dapat dilupakan.
Oleh kerana kebodohan diri sendiri, maka rambut aku terpaksa digunting dengan banyak! Wuwuuuuuwuu.

Camni.
Khamis malam tu lepas mandi aku dok kering2 kan rambut.
Sambil2 tu wassap dengan Akram.
Sambil2 tu jugak aku sikat2 rambut.
Aku ni guna sikat rambut yang bulat tu sizenya kecik sikit.
Yang aku punye pandai, aku pergi gulung2 rambut aku kat sikat tu sampai tak boleh nak tarik.
Means rambut aku dah bersimpul dengan sikat dan TARAAAA langsung tak boleh nak lepas.
Time tu dah pukul 12 tengah malam dekat pukul 1 pagi.
Yang Akram die cakap nak tido 5 minit lepas tu aku call dah hanyut.
Menangis-nangis aku sorang2 dalam bilik tarik2 sikat tak boleh lepas dengan rambut.



Aku masuk toilet basahkan rambut.
Tapi sebenarnya aku tau kalau basahkan rambut lagi kusut.
Dah tak boleh nak pikir ape dah. Lenjan je.
Siap terbongkok-bongkok masukkan kepala dalam baldi penuh air.
Dengan harapan rambut boleh mengurai keluar dari sikat. Tak jalan jugak.
Last2 nekad nak potong.


Memula aku patahkan sikat tu. Siap gunting lagi gigi2 sikat tinggalkan batang die je.
Try2 tak elok jugak.
Fed up!
Terus amik gunting nanges2 zassssssss zasssss melayang-layang rambut di tiup kipas.
Pastu mesej Akram emosi sebab dia tido tak angkat call.


Esoknya seperti yang dijangka.



Ingat takde pape?
Dasarrrrrrrrrrrrrrr.
Aku dah menangis-nangis sorang2 dalam bilik. Cisss.
Tak cukop dengan Wassap, WeChat pulak menyusul.






Naseb baik mood ah kak belum nak swing lagi.
Kalau tak memang aku suruh dia bawak makan TGI Friday dulu.
Muahahahaha.
Pastu mula lah ayat Akram "Tak baik tau buat anak yatim macam ni"
=__=



Dan now member aku cakap tak perasan sangat pon bekas guntingan tu.
Cuma kalau aku pegang bahagian tu rasa lah tajam2 macam rambut terpacak tu kat tengah2 kepala.


Cerita kedua.

Sabtu lepas aku mesej2 dengan kakak aku.
Cerita pasal arwah ayah Akram ni lah.
Bla bla bla sekali kakak aku bagi mesej ni.






Pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
Terbako kau umur tiga puluhan ade secret admire lagik.
Hahahahahah!


Lepas tu masuk bab kawen pulak.
Aku cakap lah yang Puan Ibu cakap tak payah bertunang kawen je terus senang.
Kakak aku cakap memang senang. Save budget.
Time kawen ha amek sekali harung sarung tiga cincin.
Hahahahaha!





Dan nampaknye idea hantaran ikan jenahak agak bagus di situ.
Nanti aku fikirkan sama ada nak buat jenahak tiga rasa ke nak bagi jenahak dalam akuarium.
Kahhhkahhh.



Cerita ketiga.





Akram sekarang pandai dah nak jeles2.
Tapi bila tanya jeles ke tak memang haram lah nak mengaku.
Siap tukar topik lagi.
Poyooooooooooooooo sangat. Dasar lelaki. Pirahhhhhhh. Hahahahaha!
Macam ade one time dulu die suruh amik kan rokok dia dalam beg. Aku suruh die cakap "Cakap Wana comel dulu"
Sanggup okey tanak cakap. Sanggup bangun amik sendiri.
Bila aku cakap ade orang sweet2 masa isi minyak kat Petrol pump baru gelabah
"Sape yang suwit?"
"Bape orang?"
"Dia cakap ape lagi?"



Tau takotttttttttt.
Huahuahua.
Walaupon lelaki penjeles ni kadang2 comel tapi kadang2 adalah menakutkan.


Macam aku dengan Akram kitorang memang tau password fb masing2.
So ko nak main fb silakan.
Password kau aku pegang.
Begitu.


Macam Akram ni entah bila mase dia spotcheck fb aku pon aku tak tau.
Tetibe nanti tau je ade lelaki mesej2 kat fb aku.
Sampai ade one time tetibe die emosi.
Tapi bukan aku layan pon.
Ayat cover baik punya "Alah kadang2 reader blog tu yang add fb. Takkan tak approve. Nanti dorang cakap bajet pulak"
Hahahahah!
Ade sekali tu memang die emo gile.
Tapi lima minit je lah.
Bila aku start nanges die mane tahan.
Pujuk jugak.
Hehehehe.



Sebab tu bila keluar dengan dia jangan lah kau sekali-kali bermain henpon.
Memang dia pantang.
Nanti keluar lah ayat "Buat ape jumpe kalau asyik nak main henpon je"
Baiklah.
Wuwuuuuuu.



okbai.



Wednesday, April 17, 2013

Al-Fatihah untuk Arwah ayah Akram.







Jom sedekahkan satu dua Al-Fatihah untuk arwah ayah Akram.
Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan beriman.
Ameen.


Pagi semalam masa aku siap2 nak pergi keje Akram call.
Mase tu pukul 730 pagi.
Aku dengar suara Akram dah serak2 macam orang nanges aku tau mesti ade something bad happen.
Rupanya betol.
Mak dia call bagitau ayah die dah takde.
Terkejut gile aku.
Sama kes macam arwah mak bf kawan aku.
Kejut bangun pagi dah takde.
Subhanallah kalau betul lah meninggal time tidur senang betul dia pergi.


So 730 pagi tu Akram balik kerja shift malam terus balik rumah and gerak balik Pontian.
Aku cakap takpe ke aku tak ikot. Aku macam serba salah jugak.
Sebab aku tak pernah jumpe parents Akram lagi. Pernah jumpe kakak dengan adik dia je.
Akram yang dah pernah jumpe parents aku.
Akram cakap takpe je. Lagipon die nak cepat. Akak die yang kat Sungai Buloh tu pon die tinggal dia jalan dulu.
Dia cakap nak kejarkan nak mandikan jenazah ayah dia.
:'(


Alhamdulillah lepas Zohor selesai majlis pengebumian.
Tahlil buat lepas Asar sebab kat rumah die kakak ipar die baru bersalin anak kedua.
So kesian kat baby kalau buat kenduri malam2.
Sepatotnya Akram memang nak balik Johor Jumaat ni untuk majlis akikah anak buah baru dia, Alisya Zara.
Tapi tak sangka boleh jadi camni.
Dah takdir kan.


Malam tadi Akram call.
Suara dia biasa je. Siap boleh buat lawak "Oit gemok buat ape main game ke?"
Huhuhu.
Aku pulak yang sebak.
Letak je phone terus merembes-rembes aku nanges.
Alangkan adik aku kene marah pon aku dah menangis.
Ini pulak melibatkan kematian.
Cannot tahan.


Akram pernah cakap dengan aku dari tahun lepas lagi yang dia dah ready dah if bila-bila masa je ayah dia nak pergi.
Aku kan pernah buat entry masa ayah dia nak kene potong kaki dulu.
Time tu lagi lah Akram nak exam.
Alhamdulillah exam tu lulus jugak.
Kali ni naseb baik exam dia last week.
Kalau this week mesti dah serabut gila mamat tu.
Sekali exam bayar seratus lebih.


Arwah ayah Akram ada penyakit kencing manis. Tu yang sampai kene potong kaki.
Sebelah kaki potong sampai lutut. Sebelah lagi dari jari sampai separuh tapak kaki.
Then buah pinggang dua2 dah tak boleh guna.
Tak silap aku tiap2 minggu memang kene pergi buat dialisis.
Tu yang Akram cakap kalau lah ayah dia nak pergi dia dah ready.
Tak sangka pulak tak kene warded tak ape tetibe terus pergi.
Dah ajal kan.


Yang aku ni menangis-nangis bukan sebab ape.
Aku terbayang kalau lah terjadi pada aku, tak tau lah macam mana.
Nak cakap tak ready lagi, ajal maut tu di tangan tuhan.
Mane boleh nak ready2 kan.
Tapi seriously aku memang tak ready kalau parents aku pergi dulu.
Wuwuuuuuuu. Tak boleh bayangkan siottttttttttttt.
Tak boleh bayangkan macam mana mak aku nak move on tanpa ayah aku.
Nak keluarkan duit dari atm pon tak reti.
Apetah lagi nak drive.


Sebab tu aku respect sangat dengan mak Akram.
:')



Okey nak pegi jamban jap nak nanges.


Bye.





Monday, April 15, 2013

Di suatu malam yang hening....


Sabtu lepas.
Di kampung halaman Puan Ibu di Muar.
Sewaktu malam sedang hening tapi bahang kepanasan yang amat.
Puan Ibu telah berkata.

"Adik, ko tahun depan kawen tau. Ko tu dah tue nak tunggu ape lagi. Tak payah la tunang. Lambat lah. Orang sekarang kan terus kawen je. Suruh Akram datang bawak family merisik. Pastu terus kawen. Hantaran ibu tak kisah berapa-berapa je."


WHAT???????!!

Dan aku terus ternganga.


Tapi selamber je aku jawab

"Alah malas la nak kawen cepat2. Nanti kene dengar cakap Akram. Boring lah"


Wakakakakaka.

Orang lain sibuk nak kawen tapi mak pak belum restu.
Aku ni mak dah pakse2 tak reti2 jugak nak kawen.
Huahuahua.


okbai.

Thursday, April 11, 2013

Drama-drama sebelum mengundi pilihanraya.




















Sebelum kite mengundi untuk pilihanraya marilah kite mengundi untuk bawak kereta sape balik Johor nanti. HAHAHAHHA!


Sejak-sejak dah ade WeChat ni pandang Wassap sebelah mata je.
Tapi WeChat ni satu je lah kelemahan dia.
Dia takde delivered.
So kita tak tau sama ada orang yang kita send mesej tu dapat mesej kite or tak.
And kite tak boleh dapat tau sama ada die dah baca mesej kite tu or tak.


Macam malam tadi hujan lebat gile.
Line jadi macam bangang.
Akram send mesej aku tak dapat.
Aku send mesej dia tak dapat.
Last2 kembali ke Wassap.
Kakakakaka.
Aku rasa kalau Wassap ni ade perassan mau die hang time2 aku nak guna dia.
Balasan. Cari die time susah je. Hihi.


Tapi Wechat ni bagus sebab icon die comel2.
Lagi satu sangat bagus sebab boleh chat time drive.
Tak payah nak sibuk menaip.
Cakap. Send. Dengar.
Sap sap soi. Marveles.




Dan juga pengubat di kala kerinduan. Kakakakakaka. Puiiiiiiiiii.




okbai.