Tuesday, July 2, 2013

Nasi Arab Al Zahara, Nilai l Murah + Sedap




Ahad malam lepas aku cakap dengan Akram macam nak makan Nasi Arab.
Sebenarnya memang dah lame teringin nak makan sebab macam dah lame sangat tak makan.
Asyik2 western, tomyam, western, tomyam.
Sesekali nak jugak feeling2 tekak si hidung mancung ala-ala arab kan.
Walaupon muke ni muka yang kalau tak jumpe sambal belacan tak sah.
Akakaka.


So ahad malam tu Akram bawak pergi Restoran Al-Zahara, Bandar Baru Nilai.
Akram cakap Nasi Arab kat situ paling sedap.
Aku pon okey je lah.


Restoran ni biasa je. Macam kedai makan tomyam biasa kalau tengok.
Mase kitorang sampai ramai jugak orang tengah makan.
Cina India Melayu semua ada.
Harga jangan risau memang murah giler.
Korang mampu punya.



Aku konpius sebenarnya nak order Mandy ke Kabsah. So Akram cakap biar aku order Kabsah, die amik Mandy punye. So aku order lah Kabsah 1/2 Chicken. RM10 sahaje. Ye ayam memang selalu di hati sebab aku kureng makan daging.



Rasa sedap. Sambal tu standard lah kan masam2 sikit.
Tak pedas pon.
Aku suke makan nasi arab ni pon salah satunye sebab sambal dorang ni sedap2.
Ayam dah cakap 1/2 ayam kan so memang besar giler.
Nasi pon aku rasa lagi banyak dari nasi Akram.
Akram siap sound kalau tak habes siaplah.
Hahahaha!


Tapi memang tak habes pon.
Terpaksa buat muka kesian. Sambil2 Akram membebel sambil2 tu jugak aku amik sudu dan transfer nasi dengan ayam aku kat pinggan dia.
Wakakaka.

Misi berjaya.



Akram dan kambing memang susah nak dipisahkan. So die order Mandy Lamb. Rm12.



Akram makan lechen.
Dia cakap sedap.
Tapi aku kureng sikit nasi Mandy ni sebab rasa yang benda bulat2 buat menumis tu ape entah nama dia tu kuat sangat.


Akram ni jenis kureng makan sambal2 ni.
So beta la yang tukang habeskan.
Sedap weh sambal dia.



Di samping itu (wah giler kalau cikgu BM bace ni) kari pon ade. Kari ni biasa je lah. Buat2 kuah makan dengan nasi. Tapi ade sesetengah tempat lain nasi arab dorang takde kuah. So kene makan kering2. Kire restoran ni menepati cita rasa aku lah sebab bagi kuah. Aku kan kalau makan mesti kene ade kuah. Nak sembelit aku kalau makan kering2 sangat ni.




Air ni namenye pot of tea kot tak salah aku. Cawan tu kecik je. Comel nak mampus. Separuh tapak tangan je kot. Harga RM4 plus2. 4.50 kot. Sedap minum panas2 sebab dia campur teh dengan daun pudina. Tapi aku ni memang tak reti makan benda panas2 or air panas2. So bila minum dah sejuk sikit tu kureng la sikit berangin dia.




Kedai ni dekat2 dengan INTI Kolej.
Kalau nak bagi direction daripada tol Nilai macam jauh giler la pulak. Hahaha!


Okey kalau dari Tol Nilai, keluar tol terus je sampai jumpe trafic lite simpang tiga. Belok kanan.
Terus je sampai jumpe roundabout amik pukul 12.
Terus lagi sampai jumpe second roundabout amik pukul 3.
Terus, simpang pertama amik kanan.
Nanti terus lagi nampak INTI Koleh kat kiri dengan kanan.
Terus je naik bukit pastu turun bukit sikit sampai bawah akan nampak kedai2 makan belah kiri dan kanan.
Restoran ni belah kanan.


Lepas ni nak ajak Akram datang lagi sebab nak try makan Shakshuka.
Pernah dengar?
Aku pon first time dengar.
Itu pon sebab hari tu Siti Nurhaliza haplod video kat Instagram dia try masak shakshuka ni.
Macam sedap.




Sumber google.



Actually shakshuka ni telur yang dimasak dalam sos tomato.
Tapi ade jugak yang campur dengan daging cincang.
Nanti dah rase baru nak try resepi die.
Hehehehe.


bye.






With Love : Syazwana Jamal :)


13 comments

July 2, 2013 at 2:36 PM

sedapnya... huhu

July 2, 2013 at 4:38 PM

okey memang sedap!

:D

ada tak menu Mashwiyyat Musyakkalah?

sedap gak tau

dia mcm satay tp daging besar2 dr satay la. mihmih

kalau kat ipoh ada menu ni

kalau tangki perut besar mmg takde hal lah nak habiskan hihi

July 2, 2013 at 5:03 PM

Tak pernah makan nasik arab.. Tau makan nasik beriani AK jer.. Kihkihkih!

July 2, 2013 at 10:05 PM

tak pernah lagi aku makan nasi arab ni.huhu

July 2, 2013 at 11:10 PM

wow!! sedapnyaaa.. ena pun suka makan nasi Arab tapi susah nak jumpa yg sedap dan memang pure rasanya...

July 3, 2013 at 9:54 AM

@Busyra Bt Takiyudin

Sedap sangat!
:)

July 3, 2013 at 9:56 AM

@Syazana Zainn
tak perasan lah pulak. tapi kite kan tak suke sangat daging. hahaha

July 3, 2013 at 9:57 AM

@Rosmiza Ali
ish kene try!
nasi beriani lain sikit.
haha

July 3, 2013 at 9:57 AM

@Rozuan Ismail
ko ni kan. dah pergi try sane. hahaha

July 3, 2013 at 9:57 AM

@✿AINAA ROSEBERRY✿
sedap kan. tu yang teringin je tu.
hihihi

July 3, 2013 at 11:14 AM

hrga sgt oklah cmtu... pergh..telur ea..cam menarik.

Anonymous
April 30, 2015 at 5:52 PM

Walaupun duduk di kajang, i selalu makan kat sini. Boleh dikatakan restoran nasi arab Alzahra yang terletak di USIM ni memang terbaik dan paling sedap. Harga murah, mana dapat makan nasi arab dengan hatga rm8 shj.

July 11, 2016 at 11:56 AM

Sedap weii...
Bln puasa kerap beli bungkus
Ari ni smb puasa ganti, teringinla pulak nk mkn Mandy Lamb...

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal