Monday, January 16, 2012

Biar tak kacak asal poket tebal.

                                    
aku layan supernatural (yang dah makin merapu sekarang) ni pon sebab nak tengok dia ni je. hehehe.


Aku dah lupa mana aku dapat fakta (eh ke mitos. haha !) ni.
maybe dalam remaja kot.
dia tulis lelaki kacak terdiri daripada:



Doktor : 89 %

Peguam : 75 %

Pelakon : 63 %

Atlet : 41 %

Tentera : 23 %




Tentera tuh maybe termasuk lah polis and sebagainya kot.
tapi yang aku konpius kenapa engineer tak masuk dalam list.
hello hemsem sangat ke semua doktor tuh ha?
jawab jawab.


tapi takpa.
walaupon depa buat research kata engineer tak bapa hemsem la ni aku nak habaq mai kat hampa kenapa hampa perlu kahwen dengan engineer walaupon depa tak hemsem.



1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.

Manakala
Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
Lulusan seni masih mencari pekerjaan
Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital




2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.


Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).


Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.


Berbeza dengan
peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital


Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.




3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan anda
Buktinya
para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
seorang graduan seni adalah seorang penggoda
seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat


Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.


Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.


sumber : facebook.



benda ni dah lama dah tapi saja nak tulis balik.


jadi kepada yang single-single lagi tuh tak payah lah carik doktor yang hemsem tuh. dorang takde life. keh keh.


mai carik engineer yang tak berapa hemsem tapi dorang bagus.
haha !






macam Akram, walaupon dia tak hemsem tapi dia sweet. dan berpoket tebal.
teball lah sangatttttttttttttttttt.
kahh kahhh !


okbai.






                                                       


41 comments:

  1. carikan sy sorg pakwe engineer !!! ;p



    awk apa kbr yeee??hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe.. setuju jugak! :) mmg tak nsem, tapi poket dye tebal jugak laa.. insyaAllah dpt la bkak cmpny sendiri naty :)

    untung laa dye dpt engineer jugak.. hehe :D

    ReplyDelete
  3. alahai suami akak bukan engineer..tp dia pegawai IT dan juga bisnessman


    mmmm..tp kira oklah sbb dia bukan doktor, bukan peguam, bukan graduan seni, bukan graduan pengurusan haha


    (nnt org yg pakwenya kerja spt yg disebutkan di atas tensen lak teros putus pi cari engineer pastu terngorat akram camno? haha)

    ReplyDelete
  4. weee, nak carik engineer la macam ni. tapi ada ke engineer nak kat i? hehe :)

    ReplyDelete
  5. saye xkisah sape bakal suami saye..
    kalo xdpt engineer pon xpe..
    kehkeh

    ReplyDelete
  6. @[sutera kasih]
    huwaaa lama nya tak dengar berita awak !
    huhuuu

    ReplyDelete
  7. @Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
    alamak camane ni?
    hahaha.
    nyorokkan Akram lah cani.
    hihi

    ReplyDelete
  8. @Gua
    carik kat pasar malam je.
    eh?
    hahaha

    ReplyDelete
  9. xensem tapi hati baik ok what kann?poket tebal??memang semua wanita nak poket tebal je.haha:P

    ReplyDelete
  10. hehe, bukan pekerjaan saja, kesopanan dan budi bicara juga masih menjadi perkara yang penting in choosing husband-to-be!

    ReplyDelete
  11. @Rtp Farra Arisha
    itu sudah semestinya.
    baru lah mak mertua syg lebih.
    kekeke

    ReplyDelete
  12. heee..nak cari yang poket teballah!..heee

    ReplyDelete
  13. kalau saya nak cari girl x cun tapi poket tebal boleh x?? hehe.. free2, jmput singah blog, jmput bc entri BURUNG BIRU SI PEMALU :)

    ReplyDelete
  14. akram pun engineer jugak? sama macam Z. yeay!!

    yg best, kerja engineer tak payah nak iron baju. tak susah kan bini bukan? tapi bukan semua engineer. kalau Z, saya tak perlu susah2 nak iron kan baju~ hehehe

    kite belum sempat nak reply emel wana. sabar ye~

    ReplyDelete
  15. btol2 support engineer yek dia...hahahaha.....

    jaga lah akram tu baik2 ye...

    ReplyDelete
  16. hehe silap2..biar tak ensem dan kaya..asalkan beriman dan berhati mulia...cewahhhh...

    ReplyDelete
  17. wah2.. cepat2 tawen tawwww weee jgn lpe jempUt k hee..

    kte doakan awak ngan akram pun bahagia hingga ke akhernye amin

    ReplyDelete
  18. tolong carikan sorg pakwe engineer utk akak bleh?? haha

    tapi kalo bleh..nak yg jaga solat, kuat imannya..

    ~ngeeee

    ReplyDelete
  19. haha...okey..nak cari laki yg ade Ir. kat depan la pasni..ehehe...skodeng bebudak UTP la camni..ngeh3..

    ReplyDelete
  20. bagus la sokong MU jgk...hehehe...

    ReplyDelete
  21. saye suke yg kacak n berpoket tebal. hehehe.

    *ciri2 sampingan yg harus ade. :b

    ReplyDelete
  22. engineer byk yg hensem.antaranya gua.haha

    ReplyDelete
  23. kite nak doktor , bole ? kekeke

    ReplyDelete
  24. @محمد رازيق
    amboi.
    tak boleh.
    perempuan je boleh cenggitu.
    hahaha !

    ReplyDelete
  25. @dhiera
    yeay !
    memang betul
    senang keje tak payah iron baju dorang.
    hahaha !

    ReplyDelete
  26. @C.M.A @ CikMoonAdnan
    alamak kak.
    susahnya permintaan akak ni.
    kikiki

    ReplyDelete
  27. @Un Phat Lee
    gile lah.
    naik lif tekan butang sendiri.
    haha !

    ReplyDelete
  28. @teha
    boleh.
    tapi carik lah sendiri.
    ekekeke

    ReplyDelete
  29. aq engineer minyak,sape nk kt aq?...aq boleh beli brg bila2 je aq nak...muwahaha!!

    ReplyDelete

What says U?