Monday, September 7, 2020

First time pos barang dari Malaysia ke Qatar

 Assalamualaikum.

Sesiapa yang follow IG aku tau dah la cerita ni. Cerita bulan lepas.

Disebabkan Akram dah 5 bulan lebih tak balik Malaysia masa tu so aku decide nak pos something kat dia.



Semua bermula dengan gambar ni. Masa PKP dulu aku print2 gambar nak masuk dalam album. Sekali tu ada one of my senior high school komen, dia cakap gambar ni kalau buat postcad cantik sangat sebab color dia so bright. So aku macam aah ek pos postcad ke Qatar time2 covid ni best jugak. Feeling sentimental gitu. Haha!

Tapi aku malas betol nak pikir. Lepas PKP, bila aku tengok macam takde gaya Akram boleh balik so aku decide nak pos something untuk dia. Saja lah kan nak sepraiskan dia 😜 Dulu dia pon tak pernah bagitau barang2 dia dah habes sebab tetiap bulan dia balik Malaysia topap barang2 macam kicap, belacan, megi, etc. Tapi lepas 5 bulan dia tak balik ni dia memang cerita lah semua barang dah habes. Nak masak tu tak cukup masak ni tak cukup.

Dia cakap kat sana ada barang yang ada. Ada yang takde. Macam rempah2 tumis, sup bunjut memang takde. Kalau kari pulak ada tapi yang India punya dia cakap tak kene kat tekak. Kalau kicap pulak kicap pekat abc tu. Pastu mahal gila lah kan compare dengan bawak dari Malaysia.

Akram ni dia memang rajin jugak memasak kat Qatar tu. 

Jadi, aku start google cara2 untuk pos barang ke Qatar. Dapat jugak lah beberapa info. Then, aku try contact kawan blogger dulu. Dulu kenal dari blog, lepas tu pernah jadi customer dia sebab dia rajen buat personal shopper. Now rasa macam dah jadi kawan2 je. Since dia pernah jadi PS sampai ke uk (korang boleh follow ig dia @psainzack) and pernah pos macam2 barang ke oversea, so aku try tanya dia guna courier apa.

Dia cakap dia guna easyparcel. And lagi best dia offer kalau nak dia tolong pos kan boleh jugak. OMG of coz lah nak kan! πŸ’ƒ Rasa nak menangis sis sebab selalu jumpa orang baik2 hahah!



Quite fast jugak kan? Tu pon awal2 tu lambat sebab cuti raya haji kalau tak aku rasa lagi cepat dia sampai. Aku ada upload video pasal benda ni kat IG (@_wanaaa.jr) kalau korang nak tengok lah πŸ˜› Akram tak tau aku nak pos barang ni. Konon nak seprais.

Tapi masalahnya mula2 tu aku tak tau nak pos apa πŸ˜‚ Sebabnya setiap kali Akram balik aku tak amik tau sangat barang apa dia masukkan dalam kotak dia tu. Kadang2 kalau groceries shopping sama2 nampak lah dia amik nescaffe, megi, santan etc tapi tengok2 macam tu je lah. Haha! Tak boleh pakai punya bini ek πŸ˜†

Dia minum nescaffe apa pon aku tak tau. Sebab aku tak minum kopi kat rumah. So masa aku nak beli nescaffe tu aku ws dia tanya dia minum yang 3 in 1 tu ke? Sekali dia cakap tak. Dia cakap selalu minum 3 in 1 tak bagus. So dia minum yang bancuh sendiri tu sekarang. Fuhhhhhhh naseb baik aku tak main beli je. Tapi dia tak syak pape hihi. So aku belikan dia nescaffe gold. Dengan susu pekat satu tin sebab dia kata susu pekat pon takde kat Qatar.

Yang lagi best alamat rumah dia pon aku tak tau hahaha! Masa aku mintak alamat rumah Akram tu dia neves. Sebab nya sepanjang PKP ni kitorang selalu bergaduh tau. Like everyday ada je benda nak digaduhkan. Benda kecik pon nak gaduh. I dont know. Maybe sebab jauh, masing2 jadi too sensitive and cepat nak emosi. Agaknya Akram takot aku hantar surat mahkamah ke Qatar πŸ™ˆ Warga PJJ paham lah kot situasi ni. Lagi2 selalu sangat miscommunication.


Sepraissssssssssssss! 😍

Masa parcel sampai Akram takde kat rumah. Housemate dia tolong received. Kene bayar duit lagi 35 riyal. Akram famous seminggu sebab dapat parcel ni. Lagi famous sebab dapat belacan barang paling rare denat sana. Haha! Akram cakap orang pos barang Qatar ke Malaysia selalu. Tapi Malaysia ke Qatar tak pernah so dorang macam impress lah barang boleh sampai.



Mula2 aku belikan megi 3 bungkus, rempah tumis, sup bunjut, nescaffe, sadin satu tin, santan dua kotak, rempah kari pek kecik, cereal, essential oil, vitamins, biskut, lada kisar, asam jawa. Tu je yang aku boleh pikir and selalu nampak dia beli. Yelah nak buat sepraiskan takkan nak tanya pulak πŸ˜†

So bila dah siap letak dalam kotak aku pon hantar lah pergi rumah member. Naseb baik lah masa tu member busy so dia tak sempat nak pos. Tiga hari lepas tu Akram mengadu kicap habes, belacan habes, nak masak soto takde rempah sup, rempah kurma. Haha! So gigih la balik keje aku singgah kedai Acheh beli barang2 tu. Dia masih tak tau aku nak pos barang lagi. Dia just mengadu je semua barang dah habes.

Esok pagi nya before pergi keje dari Sepang aku singgah Bangi hantar barang2 tambahan pastu baru pergi keje kat KL.

Yang bestnya member aku cakap dia kene packing kan balik sebab aku main letak je semua dalam kotak πŸ˜‚ Padahal ada botol kaca apa bagai. Sis noob tak pernah nak pos2 barang macam ni jadi tak tau hahah! Thank you Ain and Am sudi luangkan masa tolong sis 😭


Total 6kg. Harga korang google la easy parcel ye nanti dia quote berapa rm 😊 Cuma kalau korang ada ID dengan easyparcel dapat lah murah sikit. Aku ni sebab kawan tolong pos kan so tak dapat nak review proses dia. hehe





Yes I really hope this little things will make him happy. Kitorang dua memang tengah stress. Dia stress sebab tak dapat balik. Aku stress sebab aku kene buat semua keje sorang2. Handle anak2, pergi keje, buat kerja rumah. Allah je tau penat dia macam mana. Tipu lah kalau tak down. Dengan family jauh. Bila orang tanya macam mana aku handle, aku just cakap aku follow the flow. Ada hari aku good, ada hari aku bad. Bila bad day tu kadang aku tanak buat apa pon. Aku boleh baring je seharian tanpa buat apa. Kesian anak2.

I really hope this pandemic will end soon walaupon kite semua tau pandemic ni boleh go sampai 2 tahun selagi takde vaksin kan.

Aku bukan apa. Kesian dekat anak2. Walaupon dorang faham yang ayah dorang tak boleh balik sebab ada virus, tapi aku kesian bila dorang kene marah mesti dorang akan panggil ayahhh ayahhh 😒

Haritu ada sorang follower dekat IG bagitau dah dekat setahun tak jumpa husband dia. Sebab husband dia kerja dekat hujung dunia dekat Trinidad and Tobago. Aku pon first time dengar haha! Rupanya kat area2 Carribean sana memang hujung dunia lah kan.

Masa PKP haritu nak balik tapi flight semua cancel. Ni last month baru dapat balik sebulan. Tu pon naik chartered flight 24jam jugak baru sampai Malaysia. Plus lepas 2 minggu kuarantin tinggal lah dua minggu. Pastu kene balik sana balik sebab kerja. Takkan nak berhenti kerja pulak kan dengan keadaan sekarang yang ekonomi tak stabil ni.

Thank you untuk semua yang selalu doakan aku kuat. Paling tak pon doakan aku tak gila hahaahhahah! Mak2 paham lah kot cemana handle anak2 tanpa suami tengok boleh gila ke tak? Semoga korang yang ada situasi macam aku, kita sama2 doa supaya Allah keluarkan kita dari segala kesulitan ni. 

Aamiin.


Love,

Wana.



4 comments:

  1. Salam puan,

    Harap semua lebih bahagia dengan family puan. Saya ada beberapa soalan tentang pos ke Qatar. harap puan dapat balas ya sebab saya pon ada plan nak pos ke sana untuk keluarga 😊

    1. Pos via Easyparcel pakai kurier apa ya? EMS/Aramex?

    2. 6KG = RM berapa courier fee?

    3. Kena bayar 35 Riyal tu tax kastam Qatar ke? kalau ya berapa percent dikenakan

    4. Dalam kotak yang puan pos tu semua makanan termasuk ada makanan liquid kan contoh kicap & sos? Boleh pos barang liquid?

    Harap puan dapat balas soalan2 saya ya. maaf kalau banyak sangat πŸ˜‚ terima kasih 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.
      1. Aramex
      2. saya lupa tapi saya rasa dalam RM400+
      3. Bukan tax kastam. bayar dekat Aramex jugak x pasti kenapa kene bayar hehe
      4. yup boleh pos liquid tapi kene seal betol2.

      make sure semua barang ada label. kot2 kastam cek hehe.

      Delete

What says U?