Saturday, December 31, 2011

Jangan tertipu dengan kecomelan muka budak ini.

                         



hari ni rumah aku sunyi sebab kakak aku dah balik.
dah tak dapat nak cubit2 pipi yaya.
korang tengok gambar dia pon mesti rasa macam nak cubit je pipi dia kan.
tapi disebalik muka dia yang comel tuh jangan tak tahu kalau dia mengamuk bergegar satu rumah.


semalam kitorang one family konon2 picnic dekat pantai Tanjung Leman Mersing.
saje jalan2 sebab anak-anak buah aku ni memang teruja jumpe pantai.
al maklumlah perlis mana ade pantai nak mandi2.



on the way nak pergi pantai masuk je kereta yaya terus nangis.
nangis yang macam orang nampak hantu.
non-stop punye menangis okey.
sampaikan abang ipar aku yang tengah drive sambil layan lagu omputih terus tukar pasang ayat Quran.
scary tak scary kan.



sampai lah yaya tertidur sendiri.
dah penat menangis kot.
sampai pantai dia bangun tido okey.
time nak balik masuk kereta melalak lagi.
rupa2 nya dia menangis sebab taknak ikot mama sendiri @ kakak aku.
bila aku amik dia senyap pulak.



jadinya sepanjang dalam kereta aku amik alih tugas memangku yaya.
sampai lah malamnye kitorang keluar pergi JB.
masuk kereta je yaya terus memangis.
ape lagi kakak aku pass lah kat aku.
senyap.
kitorang dah pelik.



maybe yaya nak dengan orang comel je kot.
kahh kahh.
seyesly memang kitorang pelik gila.



time makan kat JB pon sama.
papa die pegang die okey lagi.
bayangkan papa dia dah tidokan die.
tup-tup bila pass kat mama die, die boleh terjaga lepas tuh menangis.
last2 pass kat aku.
senyap. nyenyak lagi tido. haha !
yaya yaya.




so balik dari JB tuh aku pangku dia tido.
sampai sekarang kitorang pelik kenapa dia taknak ikot mama die.
yang peliknya selama ni okey je.
start semalam tetiba je. konpius.


adik aku cakap "eh kenapa dia nak dengan ko je eh?"


aku cakap "eh aku kan angel. huahuahua"







mungkin yaya nak test aku dah ready belum nak jadi mummy.
kahh kahh.

okbai.

                                               

Wednesday, December 28, 2011

Yaya yang suka mengamuk bila lapar.

                         


anak buah aku nombor 3, yaya.
baru 6 bulan. berat pon baru 6 kilo.
nampak macam kecit tapi bila kau dukung sumpah rasa macam tangan nak patah tuh Allah dengan tangan aku je yang tahu.
berat tak berat lah kan.


mana taknya.
bangun tido nak susu.
10 minit lepas tuh nak susu lagi.
10 minit lepas tuh menangis nak susu lagi.
peh ini macam tokey balak pon boleh tumbang.



kalau lapar je dia punya mengamuk macamkan orang terpijak kaki dia.
sumbat susu terus diam.
ini gaya dah besar ni memang meletup lah restoran kalau hantar makanan lambat.
ini perangai memang serupa dengan aku.
kahh kahh.




lepas tuh kadang2 suke je orang pegang taknak baring.
asal letak je nangis angkat je diam.
mengalahkan tuan besa.
harap badan kecit. ceh.






now dah pandai merangkak.
kadang2 berangan nak berdiri.
tak sedar kecit lagi.
berangan je. haha !



panas sikit tak boleh.
dia punya berpeluh fuhhh cakap kau macam orang baru lepas berjoging.
padahal duduk dapur tak buat apa pon.
macam dia pulak yang memasak.
nak taknak memang kene letak dia bawah kipas saje.



kalau tidokan dia tak pernah nya nak berejam.
10 minit dah bangun.
apa pon tak boleh.
haha !


okbai.


                                               

Monday, December 26, 2011

Dan pemenangnya ialah ....

                           
Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat ni aku cuti.
so tahun depan baru naik kerja balik.
cewahh bunyik macam lama je kan padahal nexwik dah masuk 2012.


ni pon baru je sampai rumah family dekat Kota Tinggi.
daripada sabtu, ahad sampai arini dok berjalan dari Melaka sampai ke Muar sampai ke batu pahat fuhhh penat gila.


memang banyak gila aku nak cerita ni tapi biasalah kalau dah dekat rumah memang akan amat jarang untuk meluangkan masa bersama blog.
lagi2 sebab zara ada dekat rumah jugak.
memang tangan aku nak gentel pipi dia je lah instead of menulis kat sini.
keh keh.


okey dah. pendahuluan pon nak panjang2 macam kan ada orang kisah.
fine now aku nak umumkan pemenang untuk giveaway simple aku hari tuh.
sorry sangat untuk sapa2 yang tunggu2 kan.



dan pemenangnya ialah Dhiera.
yeayy !!
aku dah pon emel dia just aku tak check emel aku lagi je. busy katekan :P


okey keputusan ni Hazwan yang buat.
kalau korang tak puas hati pergi serang dia.
nah amik nombor dia 017-7251364







eh ada yang call betul2 ke ?
itu kan nombor telefon dalam satu lagu dulu2 sape entah yang nyanyi aku pon dah lupe.



okey2 keputusan muktamad di tangan Hazwan.
aku memang tak campur langsung sebab kalau aku yang pilih kompem aku rasa semua pemenang.
matik lah nak lukis bebanyak.
hihihi.



maybe next time boleh cuba lagi okey :)




nak pergi makan.
maklum lah dekat Home sweet home kan.


okbai.



                              

Friday, December 23, 2011

The making of Vector and ehem ehem wana nak bagi vector for free ?

                  
ini sticky post. entry baru di bawah :)

                        
ada satu hari tuh aku bukak email tiba2 tersenyum.
ada orang nak tempah lukisan vector daripada aku.
ni semua sebab naz cci up entry pasal vector aku dekat blog dia.
hihihi.




ni dia orangnya yang menempah. nama dia Ni Da.
aku tak sure dia da blog ke tak.






memula kene draft gambar dulu.
memang leceh.
kene banyak sabar.





close-up sikit.
hehehe.






dah siap garisan barulah boleh main kaler2.
main kaler pon stress jugak.
tapi fun sebab benda yang aku suka kan.
ce kalau boss suruh buat keje manjangg muka aku masam.
keh keh :P






lepas tuh kita tambah background sikit bagi ceria.
hihihi.






and done after 3 hours.
fuhhh berpeluh ketiak haa.






ehem sempena hujung tahun ni dan sempena aku nak bercuti seminggu ni aku nak bagi vector free kat sorang pembaca bertuah blog ni.
yelah dah setahun lebih ada blog tak pernah nak buat penghargaan kan.
ahkak takde duit uolls nak buat giveaway2 ni.
sob sob.



jadi kepada anda yang berminat untuk mendapatkan vector free senang sajeee.
tak payah follow tak payah buat entry tak payah tag2 bagai sebab aku pon paling pemalas kalau nak join giveaway leceh cenggitu. hihi :P



just komen entry ni dengan ayat "saya nak wana vectorkan gambar saya kerana ............... "


pemenang akan dipilih berdasarkan komen yang paling kreatif.
bukan aku yang pilih tapi aku pon belum tentukan sape yang akan jadi juri. hihi 

oh jangan lupa tinggalkan email sekali ye.


tarikh tutup akan diberitahu kelak.

sebelum lupa, komen takkan dipublish sampai tarikh tutup untuk mengelakkan peniruan.
hihihi


gud luck :)



kalau nak tengok contoh gambar lain yang aku vectorkan boleh klik SINI.
okbai.

                                   
 

Antara sahabat dan kekasih.

                 



kalau terpaksa memilih antara bestfriend dan juga boyfriend, mana satu yang akan dipilih ?




ada orang akan pilih bestfriend.
tak kurang jugak yang akan pilih boyfriend.
konon boipren akan tinggalkan kite, akan curang, akan berubah perasaan and so wateva.
bestpren pulak konon setia, ada susah dan senang, susah nak cari ganti and bla bla bla.
setiap orang akan bagi jawapan yang berbeza. nama pon manusia.



tapi bagi aku, aku takkan pilih sesiapa.
memang setiap jawapan ada pro and contra.
setiap jawapan ada risikonya.
kalau kau cakap boipren boleh tinggalkan kau, tapi kau kene tahu yang bestfren pon boleh tinggalkan kau sekelip mata.



dah berapa banyak entry aku baca pasal sahabat yang tak jujur.
sahabat yang ada waktu senang je.
waktu susah harammm.
sahabat yang sanggup tipu kita semata-mata sebab duit.
macam kess Fizo Omar tuh.
tak memasal tanggung hutang.
sape punya keje kalau bukan kawan ?





zaman sekarang kawan boleh berubah jadi lawan dalam sekelip mata je.
sebab dalam hidup ni kau tak boleh percayakan sesiapa 100% walaupon kawan ko dah berjanji nak susah senang dunia akhirat.
kau patot percaya diri kau sendiri sahaja.



macam aku, banyak jugak aku dah jumpa kawan macam ni.
bila kite senang memang kawan keliling pinggang.
tapi bila kite minta tolong ?
semua lari.
aku tak cakap aku adalah sahabat yang baik.
tapi aku sedaya upaya menjaga hati kawan2 aku.
walaupon aku selalu kene tipu sebab mungkin aku terlalu lembut hati :')



sepatutnya aku gembira hari ni sebab hari ni last day aku kerja untuk tahun 2011.
tapiiiii.
hmmm fikiran aku macam bercelaru.
memikirkan orang2 di sekeliling aku.





bagi aku, kalau sahabat aku tuh nak berubah memang bagus.
tapi ingat, kalau dah berubah tuh tegur2 lah orang lain dengan cara berhemah.
bukan dengan cara yang menyakitkan dan mengecilkan hati.
jangan ingat bila kau dah berubah ke arah kebaikan kau akan jadi betul untuk semua perkara.
itu salah.




sekarang ni aku memang takut sangat nak cakap buruk pasal orang.
takut aku sendiri buat benda yang sama satu hari nanti.
serabutnya hari Jumaat aku ni.
entry sedikit kecewa di situ.



tapi satu benda yang pasti.
aku hampir menangis tengok video Dumex Dugro Sayang Mama Full Version kat bawah ni.
tengok ombak rindu pon aku tak nangis tahu.







oh video ni sangat menyentuh hati.
nasib baik esok aku balik rumah :)





Pada sesiapa lagi yang berminat untuk dapatkan vector free boleh klik SINI.
komen pada entry tersebut. mana tahu anda bertuah.
komen paling kreatif akan dipilih oleh Hazwan sebab dia budak seni.
aku budak comel so tak berseni. kahh kahh.


Giveaway akan ditutup tepat pukul 4 petang ini. jadi sila cepat.
harap maklum.



okbai.




                                      

Wednesday, December 21, 2011

Berani betul budak ni upload gambar cium-cium

                                
tadi masa aku jalan2 kat fesbuk ada lah nampak sorang budak komen dekat satu gambar ni.
alah fesbuk kan dah takde privacy lagi.
kalau kau komen gambar orang gedebuk gambar tuh terpampang sebesar-besar alam dekat wall orang.
disebabkan itu maka aku pon tertengok lah gambar itu.




muka stim je dik. :P
cepat mengaku adik sapa ni ?



ehem ehem.
seronoknya cium-cium dekat taman bunga.
eh taman bunga ke? tak nampak bunga pon.


memula aku fikir budak ni dah kawen kot.
hebat tak hebat first impression aku kan. kahh kahh.
eh tapii orang kawen pon tak tayang gambar cium2 kot.


budak2 sekarang ni makin berani betul.
respek aku.


sebab aku tade keje maka aku pon usha2 pesbuk minah ni.
eh aku memang busy body lewwwwwww.
lama dah tak buat ceni.
lama dah tak gossip2 ceni.
asyik buat keje je.
kahh kahhh.







oppssss tak kawen lagi.
ayyokkkk cemana.
eh eh tapi budak ni femes siot.
tengok fren dia riban2 tuhh.
standard fren retiss ni.


mari usha pesbuk boipren dia pulak.





orang JOHOR ???
dem buat malu je lah ko ni.
dah la profile picture separuh bogel.
kalau tough macam Vin Diesel takpe.
ni cekeding macam   __________________________________








tapii walaumacam mana pon ramai jugak yang cakap gambar dorang suhwittttttttt.
budak-budak.
ape lah taw makna sweet itu.
keh keh keh.








aku takde lah nak cakap aku baik gila.
aku memang jahat.
tapi aku tak berani siot nak up gambar cenggini.
tuh yang respek gila bebudak ni. =____________=
self-confidence tinggi.
ni kalau masuk U ni bagus ade self-confidence tinggi ni. lecturer pon suke.



tapii adik-adik.
korang tak cukup femes lah.
len kali UP gambar cam abang Ariff tuh barulah Berani dan Sweet.
pehhhhhhhh.





barulah nama korang boleh tersenarai dalam top 10 carian google ke.
takpun nama korang jugak boleh masuk dalam Buletin Utama.
barulah 1 Malaysia kenal korang.
kikiki


amacam dik.
ada berani kah ???


okbai.