Friday, October 3, 2014

Masalah cenderamata pulak.


Hye korang.
Aku sebenarnya nak cerita pasal amik gambar haritu kat Putrajaya.
Tapi takde mood terus. Semua pasal peniaga online ni.
Stressnya! Rasa nak nanges je T__T


Aku ada order cenderahati untuk goodies bag kat facebook kadkahwincun.com
Aku tengok followers banyak lepas tu macam takde orang pernah komplen je so aku proceed la.
Aku order banyak okey. Dalam RM500++ harga semua barang aku.


4 Ogos 2014

Aku pm fb page tu.
Yang layan aku tu ada sorang akak ni. So okey lah.
Dah tanya2 semua aku cakap nanti aku kompemkan balik sebab nak bincang dengan Akram dulu.


5 Ogos 2014

Aku bagi details order aku and terus buat bayaran deposit.
Aku rasa setakat ni tak pernah aku melambat2 kalau nak beli barang online ni.
Dan aku rasa aku salah sorang customer yang sangat baik. Hahah!
Sebab lepas buat deposit tu aku takde lah asyik nak pm dorang tanya pasal barang aku.
Seboleh-boleh aku nak bagi dorang cukup masa untuk buat apa yang patot.
Aku tau la kalau kite asyik tanya je kang dorang annoying pulak kan.

So akak tu cakap kalau dah siap design nanti die akan tunjuk kat aku.
Aku pon okey je lah.


6 Ogos 2014

Aku pm die sebab nak tambah lagi barang yang aku tempah tu.
Biasalah Akram ni last2 minit itu lah ini lah. Huhu.
So akak tu okey je.

Aku siap ushar2 barang lain lagi tau nak bagi untung kat akak tu.
Pastu aku mintak harga bila dah okey aku macam nak confirmkan kan la.
Baik kan aku. Haha!

Pastu agaknya akak tu tengok aku order banyak die pon promot la barang2 lain macam kad kahwen, guest book, blablabla. Tapi aku cakap nanti aku tengok dulu. Kalau nak tambah aku bagitau.
naseb baik kad kahwen aku tempah kat tempat lain.
Kalau tak mungkin dah meroyan lagi teruk sekarang.


11 September 2014

Lama kan. Sebulan lepas tu baru aku roger akak tu balik. Dorang sampai sekarang takde bagi aku details design untuk barang aku.
Takpe lah aku tunggu je.
So aku confirmkan order untuk barang lain. Sekarang aku tak tau lah die ingat ke tak.
Kalau tak ingat dah malas aku nak ingatkan. Aku dah takde hati dah nak amik.
Aku tunggu barang utama je untuk die buat.

Die cakap nanti die check sebab die sekarang busy dengan expo.
Ok la aku tanak lah paksa2.
Aku pon okey je.


3 Oktober 2014

Selepas sebulan jugak. Aku macam risau la jugak kan. So aku pm die tadi.
Tau die reply apa "Boleh bagi no. resit tak?"
Aku mana ada nombor resit. Aku kan bayar online.
So aku attach balik bukti pembayaran deposit yang aku bayar dulu pastu aku print screen semua conversation aku dengan dia. Hahaha!
Puas hati aku.

Pastu tanya aku, aku bagi details kat mana. WhatsApp atau pm.
Aku cakap aku pm je.
Pastu aku copy paste balik semua details aku.

Pastu die cakap dah dapat nanti die check dengan designer.

Ya Allah jantung aku ni dah macam nak terbakar-bakar dah. Baru nak cek dengan designer?
Dua bulan okey. Kalau tempah kad kahwen pon dah siap tau. Kad kahwen aku yang tempah selepas dorang pon dah nak siap dah. Lagi lah banyak. 2000 kad. Siap bunting dan banner.
Aku tempah kat dorang baru 450 pcs.
Aku tengok dia hari2 update status kat page nak tarik customer yang berminat nak beli barang dari dia.
Yang aku ni potential customer siap dah bayar deposit lagi takde pulak nak pedulik.


Serius aku macam sedih giler sekarang.
Kenapa lah peniaga online (tak semua ya) selalu sangat ambil lewa dengan customer.
Takde ke sistem kat sistematik sikit.
Buat catatan untuk semua order customer.
Hargai customer.

Oh my rasa nak nanges. Haha!
Naseb baik petang ni balik kampung tau. Boleh makan banyak2.
Aku rasa aku dah jadik customer yang cukop memahami dah. Apa lah yang susah sangat.
Aku nasihatkan kat semua peniaga online tolong lah jaga hati customer. Kalau takda customer korang takkan untung dan maju.
T____________T



bye.




Thursday, October 2, 2014

Bridal.


Aku selalu sangat baca pasal bridal buat hal ni.
Dan paling menakutkan jadik kat kawan satu sekolah aku sendiri.
Tapi dah lama lah. Kalau korang nak baca boleh pergi sini http://www.dierliufeng.com/?note=review-pelamin-lots-of-love-highly-not-recommended
3.5k orang share. Huhu.


Aku memang berdoa sangat yang aku takkan dapat pengalaman macam tu. Sebab aku ni panas baran. Aku takut aku akan jadik incredible hulk time tu. Tak pon meroyan siap baling2 pasu bunga. Haha!


Cerita dia macam ni.
Aku dah tempah satu bridal kat Kota Tinggi ni.
Aku kan pemalas nak survey2 banyak kali kan. So bila tengok pakej dia affordable aku terus On la.
Actually aku nak amik bridal lain tapi bridal tu penuh untuk tarikh aku. Sedih aku.
Terpaksa carik bridal lain.


So setakat ni aku dah bayar separuh pada bridal aku.
Plannya nak bayar lagi masa fitting baju and habeskan bayar masa hari sanding tu.
A big NO okey kalau habeskan bayar awal2. Kang duit dah bayar keje tak jalan.
Macam kes kawan aku tu T.T


So sekarang dah bulan 10. Bridal aku tu bukan nak apdet bila aku kene datang fitting baju semua.
Aku request nak pakai songket untuk malam berinai. So aku macam takut la kalau lambat kang semua baju dah kene cop kan. Baju sanding aku tak kisah sebab aku dapat pakej baju baru. Tinggal fitting je.

So tadi aku mesej lah dengan akak yg selalu aku contact untuk buat payment.

"Salam kak. Nak tanya selalunya fitting baju bila ya? Pastu sy ada satu baju songket nak guna untuk malam berinai. Agak2 bila boleh book? Kang penuh semua orang guna sy takda baju pulak"
Sesopan mungkin dah ni aku mesej. Haha!

Sekali ko tau dia reply apa. Dia reply pakai nombor lain "Wasalam. sape ni ek. Huhu"

Ko tak rasa ke jantung aku ni macam nak gugur T____T

Ya Allah dia ni tak reti ke nak jaga hubungan dengan customer. Takkan nombor aku dia tak simpan.
Masa mintak tambah payment kemain pandai pulak carik nombor aku nak mesej.

 Pastu aku malas nak kecoh2 aku cakap lah aku Wana dari Sungai Ara majlis aku sekian2.


Pastu die reply "Owh hihi. Bulan 10 pon dah boleh booking"

Ya Allah lagi sekali jantung aku macam nak tercabut. Dia ingat bulan 10 tu lagi 5 bulan ke? Ni dah bulan 10 dah. Dah la tak cakap sorry.


Sedihnya aku.
Aku tak tau lah bridal lain layan customer macam mana. Mungkin dorang busy or banyak customer.
Tapi kau bisness suppose ko tau la nak handle even banyak customer pon kan.

Ni tak masuk lagi pasal cenderahati yang aku tempah kat satu tempat ni.
Dok diam je. Deposit dah masuk.
Aku tengok kat page dok apdet status sape berminat sila pm sila pm. Customer yang satu ni tak terlayan. Bila tanya cakap busy sikit. Tapi join expo boleh pulak. Oh God.

Aku doa mintak2 majlis aku jalan smooth.
Hari sabtu ni aku nak pergi butik dia nak tengok baju dan progress.
Aku harap kesabaran aku berada di paras tertinggi.


Ameen.


Thursday, September 25, 2014

Resepi : Roti bakar berinti daging sosej telur cheese idaman kalbu dihatiku.





Macam biasalah tajuk mesti ala2 Diva kan.
Baru lah ada kelas. Gittew.

So basically aku rasa ramai yang sejenis macam aku. Bukan tak tahu masak tapi kadang2 pening nak masak apa. Macam aku selalu sangat rasa nak masak tapi bila sampai supermarket lama giler termenung memikirkan apa benda yang nak dimasak.
Kalau macam breakfast tu asyik2 la mee goreng, bihun goreng, roti tolor blablabla kan.
So harini aku bagi simple resepi tapi sedap dan kenyang sampai petang baru makan balik.
Tapi itu perut aku lah. Perut korang aku tak tau. Ekekeke.


Bahan-bahan (ni untuk aku sorang je makan) :

- Roti 4 keping
- Telur sebijik
- Sosej satu
- Daging cincang separuh 4 segi tu.
- Cheese dua keping
- Bawang besar satu, bawang putih dua.
- Perasa (Aku guna garam, black pepper & chili powder)


Cara-cara:

1. Bawang putih cincang halus. Bawang besar potong dadu.

2. Sosej potong lah size sederhana. Daging cincang basuh dulu kang sakit perot pulak.

3. Panaskan minyak sikit je. Tumis bawang putih dengan bawang besar sampai layu. Masukkan daging. Kacau sampai air daging tu kering. Masukkan perasa secukupnya. Masukkan sosej. Gaul bagi mesraaaaaaaaaaa.

4. Buat lubang sikit kat tengah. Pecahkan telor, masukkan dalam kuali. Besarkan api sikit bagi telor tu masak sikit. Kecikkan api balik pastu gaulkan telor dengan daging tu. So nanti telor tu takde lah macam berlendir sangat. Matikan api.

5.  Cheese letakkan atas roti. Pastu daging yang dah masak tadi letakkan atas cheese.

6. Pastu bakar kejap atas kuali. Aku guna periuk ajaib. Kalau guna oven lagi senang kot. Kalau takde, guna non stick pan pon boleh jugak. Nak bagi cheese tu cair je pon.

7. Agak2 cheese dah cair letak lagi satu roti atas daging tu. Lepas tu terbalikkan bagi roti baru tu garing sikit.

8. Pastu angkat dan makan.

Nyummm.


bye.




Tuesday, September 23, 2014

Bila berjauhan (macam tajuk lagu pulak)


Dulu masa mula2 aku kene transfer keje kat Johor aku berperang besar dengan Akram.
Time tu belum bertunang lagi.
Hampir2 jugak lah nak putus walaupon tak pernah declare kapel.
Ekekeke.

Bila tak declare kapel ni cara putus lain maciam sikit.
Takdenya "Okey kita putus" atau "Mulai harini kite bukan kapel lagi" takde okey.
Semua main pakai ayat "Takpe lah lepas ni kite bawak je lah haluan masing2" Bahaha.

Time tu Akram memang marah gila2 punya marah.
Yelah 4 tahun aku kl akram Nilai. Walaupon agak jauh tapi takde lah sejauh Nilai-JB kan.
Dulu2 kalau gaduh je kompem salah sorang mesti tetiba muncul depan rumah masing2.
Sekarang kalau gaduh terpaksa lah membawa hati yang lara sendiri.
Kalau macam aku okey lah. Boleh balik kampung makan banyak2.
Kalau macam Akram kesian sorang2 kat sana. Ekekeke.


Akram bukan ape. Die kan pernah mengalami percintaan jarak jauh yang gagal.
So dia takut lah pisang berbuah dua kali. Lagi2 dapat awek comel macam aku kan. Lagi lah tak senang duduk mamat tu. Kahkahkah ok tak kelakor tak kelakor.


Aku ingat lagi masa hari aku nak balik JB tu Akram nangis. Haha! Macam tak percaya je tengok muka ganas tapi dalam hati ada taman.
Ni kalau kengkawan dia baca ni mati lah aku kene luku dengan Akram.
So aku cakap lah dengan Akram. Jodoh pertemuan tu di tangan tuhan. Cewah. Pokok pangkalnya hati.
Duduk dekat pon kalau hati rasa nak curang boleh je. kan?
Lagi pon mesti ada hikmah di sebalik kejadian.

Hikmahnya aku rasa duduk JB ni aku boleh selalu balik kampung. Yelah start aku Form 1 aku dah tinggalkan kampung halaman untuk menimba ilmu. Gittew.
Sampai lah aku dah kerja aku tak pernah lagi duduk Johor.
Sekolah asrama penuh kat ceruk Bandar Penawar. Masuk matrik nun jauh kat Kedah sana. Masuk U kat KL. keje pon kat KL. Memang muka aku kalau raya je baru nampak kat kampung sampai orang kampung memang tak kenal la aku. Apetah lagi aku nak kenal orang kampung. Ekekeke.

So Allah bagi aku peluang berjasa dengan parent before aku kahwin dan berjauhan dengan dorang :'(
Kadang2 aku hantar mak aku pergi check up kalau ayah aku busy.
Lepas tu kalau macam ada apa2 barang tak cukup kat rumah aku akan beli kat JB.
Walaupon kakak aku duduk JB tapi disebabkan budak2 sekolah cuti Jumaat Sabtu so timing selalu lari. Yelah kitorang semua kerja swasta. Pastu kakak aku ada anak kecik pulak.

Lepas tu macam macam senang sikit nak uruskan hal kawen bila duduk JB ni.
Yelah aku rasa 80% urusan kahwen aku ni mak aku yang uruskan. So bila aku selalu balik kampung nampak lah sikit ape benda yang mak aku buat tu.
Lepas tu senang nak uruskan bridal. Baju2 aku pon banyak yang kakak aku buat. So senang nak pergi beli kain dengan kakak aku.

Bila duduk JB automatik perbelanjaan hidup berkurang. Tak heran kalau terbangun lambat sebab tak payah pikir nak kene lalu jalan jem. Kepala tak stress. Balik keje tak stress nak hadap jem dan carik parking. Eh bakal perantin tak boleh stress2 tau. Ekekeke.
Tak payah keluar duit lalu tol nak pergi keje. Dating sebulan sekali je. Jimat.
Banyak sangat aku boleh saving untuk guna buat urusan kahwen. Alhamdulillah. Kalau dulu duduk KL nak makan pon kadang2 berkira2 bila dah hujung bulan. Sekarang dah tak kisah dah awal bulan ke tengah bulan ke hujung bulan ke.

Bila duduk jauh ni aku selalu cakap dengan Akram kalau bergaduh kalau boleh jaga ayat.
Memang lah tengah marah tapi kawal.
Sebab aku dulu kalau mengamuk memang sangat2 teruk dan sekarang ni macam tak percaya aku boleh kawal sikit2. Haha! Sebab tu aku kalau marah selalu aku akan block wassap dengan call Akram. Sebab aku tanak cakap. Nanti tiga empat hari okey lah.

Masa lepas tunang tu aku cakap dengan Akram dah kene start cakap I love U lepas call. Mula2 Akram jangan harap lah nak cakap. Malu konon. Bukan ada orang nampak pon. Haha!
Now bila habes call or wassap die yang akan cakap dulu.

Last week ada lah bergaduh dengan Akram.
Puncanya kecik je pon. Tak boleh cerita sebab nanti mesti korang macam "Ek eleh itu pon nak gaduh" Ekekeke. Lagipon nanti Akram malu sebab die yang buat perangai budak2. Bahaha.
Tapi biasalah sebab dah lama tak jumpe benda kecik pon nak gaduh.
So macam biasa aku akan block Wasap dengan call Akram. Mesej je tak boleh block. So terpaksa lah layan jugak mesej Akram walaupon tengah bengang time tu. Haha!


Lepas tiga hari tu aku unblock balik.
Lepas tu Akram tegur balik lepas tu okey.

Duduk jauh2 ni kene banyak bersabar. Walaupon aku tak sampai setahun lagi duduk jauh2 tapi ada la jugak pengalaman. Kekeke.
Tak boleh ego. Selalu nya kalau gaduh memang Akram yang akan tegur dulu. Lepas tu aku takde lah jual mahal lama sangat. Aku terus lah berbaik.
Lagipon aku dah melalui situasi yang lebih menduga emosi dan air mata (cewah) so setakat sentap dengan Akram tu malas dah aku nak amik pusing.

Dulu kalau gaduh dengan Akram aku akan protes.
Kalau keluar dengan dia memang aku hempas pintu kereta kuat2, kalau jalan tu hentak2 kaki sikit, pastu kalau makan laga2 kan sudu dengan pinggan. Ekekeke. Lepas tu balik rumah nangis sampai bengkak2 mata.
Sekarang kalau sentap aku senyap je. Nangis lah jugak sebab air mata aku ni memang selalu keluar sendiri. Kadang2 tanak nangis pon tapi tiba2 nanti air mata dah mengalir. Benci aku.

Minggu ni ada sesi photoshoot kat Putrajaya.
Tak sabar!


bye.


Friday, September 19, 2014

Mintak maaf.


Mintak maaf sangat to those yang ada email aku untuk edit blog.
Aku dah tak amik tempahan.
Aku sangat2 busy sekarang.
Hari2 balik kerja pukul 7 malam.
Weekend pulak uruskan benda lain. Huhuhu.

Maaf ya.

Wednesday, September 17, 2014

Bagaimana memahami perempuan sewaktu datang bulan.


Tadi masa aku layan2 Fb terjumpe la kawan aku share satu artikel pasal macam mana nak handle perempuan yang tengah period which is aku rasa sangat best. So aku nak share kat sini.
So far artikel ni memang ditulis khas buat kaum lelaki la sebab dorang memang selalu complain yang perempuan ni suka emosi tak tentu pasal bila datang bulan.
So sila baca wahai kaum lelaki.



1. Kene sedar apa yang kaum perempuan alami sewaktu datang bulan.

Obviously memang lah kaum lelaki takkan paham sepaham-pahamnya apa yang perempuan akan alami bila datang bulan sebab dorang tak pernah kene. Tapi sebagai lelaki, dorang boleh try untuk paham simptom2 yang perempuan akan alami. Selalunya bila datang bulan, perempuan akan rasa sangat sakit pada bahagian perut macam rasa kejang yang of course takkan rasa seronok punya. Dia punya sakit tu depends jugak pada individu dan masa. Kadang2 sakit tu tak datang pon. Kadang2 kene teruk sangat sampai berguling-guling tak boleh bangun. Menangis-nangis. Kadang2 boleh rasa macam nak pitam.

Lepas tu mood akan swing. Kejap2 nanti happy. 10 saat lepas tu tetiba sedih. Lagi 10 saat lepas tu macam nak nangis pulak. Ada orang bila datang bulan akan dapat sakit kepala, jadi sangat letih, mengantuk, bahagian ehem2 akan jadi sakit dan paling obvious sekali nafsu makan akan meningkat secara mendadak.

Kadang2 lelaki selalu cakap "Memang la bad mood bila datang bulan. Tapi kan boleh kawal emosi tu"

Ok sebagai seorang perempuan, mesti la aku pon selalu kene period pain ni kan. So aku boleh cakap yang memang kita boleh kawal marah tu. Tapi ada masa2 tertentu yang kita akan jadi sangat sensitif. Padahal benda kecik je pon tapi kite perempuan akan rasa marah, sedih, lepas tu nak nangis. Dan aku sendiri takde jawapan untuk tu. Dia memang akan terasa sendiri. Sebab tu tolong lah para lelaki jangan carik pasal dengan perempuan masa datang bulan. Level sensitif perempuan memang meningkat sama banyak dengan level nafsu makan dia.



2. Buat perempuan rasa special tentang diri dia.

Bagi pujian. Cakap perkataan atau ayat yang boleh buat perempuan rasa cantik, bijak, tenang masa datang bulan tu. Kadang2 benda2 kecik macam ni lelaki tak sedar yang perempuan perlukannya. Benda2 kecik ni la yang boleh naikkan konfiden level perempuan dan kadang2 tu boleh elakkan mood perempuan jadi swing.



3. Tolong perempuan buat kerja rumah

Ini basically untuk yang dah kawen lah kan. Kalau macam ada benda2 kecik yang rasa boleh tolong sila tolong. Macam basuh pinggan, lipat baju, basuh baju etc. Benda ni boleh ringankan sikit kerja2 perempuan and bagi dia lebih masa untuk berehat. Just macam fikir yang perempuan (lagi2 yang bekerja) nak handle stress keje lagi, balik rumah nak handle rumah, anak2, dengan period lagi. So lelaki kene consider dan bagi kerjasama.



4. Tenangkan dia.

Para suami boleh la urut2 sikit isteri tu. Peluk isteri. Even kau gosok2 tangan bini kau pon bini kau dah rasa seronok sangat dah. Dah rasa yang kau sayang gila kat dia. Padahal benda simple je kan? Tapi ini lah realiti dia. Perempuan kan suka dibelai.

Ada one time tu Akram hantar aku pergi klinik nak buat xray. Time tu aku baru je datang bulan. Menangis-nangis aku dalam kereta. Bila aku komplen Akram tak buat pape tau die jawab apa "Tak tau nak buat ape. Mana lah nak paham" Padahal aku ni dok lah mengharap die pujuk2 aku ke. Buat muka kesian kenkonon dia pon rasa sakit sama ke. Tak pon cakap "Tahan sikit tau lepas ni kite pergi beli ubat pastu makan sedap2" Best la jugak aku dengar. Tenang sikit hati ni. Hahah. Ni harapan. Lelaki take note okey. Alah bukan susah pon. Sebulan sekali je.



5. Buat dia rasa disayangi dan dihargai

Perempuan memang sukakan perhatian dan pujian. Biar dia tau yang korang bahagia sebab ada dia. Bagitau dia yang dia such a great friend/girlfriend/wife. Kalau yang macam duduk jauh tu boleh call just nak bagitau yang dia cantik haritu. Seriously perempuan suka.

Tapi haritu masa aku tengah mesej2 dengan Akram tak habes lagi tiba2 dia call. sekali okey la. Pastu mesej2 lagi call lagi. Okey benda tu kadang2 agak annoying. Kau boleh tanya dulu ok tak kalau kau nak call time tu. Biasa lah mood swing kan. Benda2 kecik pon nak marah. Macam aku haritu aku tengah best2 mesej tetiba call padahal aku bukan dalam mood nak bercakap. So boleh jadi gaduh. Benda kecik kan? Tapi silalah paham perempuan.



6. Jangan buat tindakan yang 'disgusted'

Contoh perempuan nak cerita keadaan dia time tu pada kau. Jangan lah pulak kau buat muka lepas tu cakap dengan dia "Eh pergi lah cerita dengan kawan perempuan sana" Memang mintak kaki sangat. Macam nampak sangat yang kau tak kisah dengan keadaan dia time tu. Kalau tiba2 time datang bulan pad pulak habes tolong lah belikan. Jangan nak anggap beli pad tu memalukan okey. Or rasa geli. Tak matang sangat perangai. Dah alang2 beli pad tu ape lah salahnya beli kan coklat ke majalah favourite dia ke, memang confirm kau ni terus masuk kategori calon lelaki terhebat di alam ni.


Harap membantu!

Sumber : http://m.wikihow.com/Make-a-Woman-Feel-Better-While-She's-on-Her-Period

Bye.