Wednesday, March 20, 2013

Resepi : Roti Tortilla inti daging


Untuk yang request resepi.
Nah.




Bahan-bahan :

1. Sepeket Roti Tortilla segera.
2. Daging cincang. Aku guna Ramli punye.
3. Bawang besar sebijik.
4. Bawang putih dua ulas.
5. Sosej sikit buat2 tambahan. Kire ala-ala suprise taste gitu. Dalam 10 ketul yang kecik je aku guna.
6. Carrot merah sebatang.
7. Keju parmesan nak letak boleh tanak letak boleh.
8. Seasoning (garam, serbuk cili, black pepper, serbuk jintan manis, serbuk 5 rasa Giant)
9. Mayonis and Thousand Island



Dah kuarkan semua baru teringat nak snap gambar. Dia banyak jenis. Ada yang potato, garlic, ape entah lagi. Aku amik yang Wholegrain. Kenyang sikit.



Daging cincang Ramli yang dua keping tu. Cuci bersih-bersih.



Cara-cara:



1. Bawang Besar potong dadu.
2. Bawang putih cincang halus.
3. Carrot hiris halus.
4. Sosej potong kecik comel.




5. Panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu. Aku suka guna pan ni sebab dia tak melekat. Jadi takkan hangus. Hehehehe.





6. Bawang dah layu, masukkan daging. Gaul.




7. Lepas dua minit masukkan bawang putih. Gaul





8. Masukkan serbuk cili dalam 2 sudu besar.
9. Masukkan serbuk jintan halus dengan serbuk 5 rasa dalam satu sudu kecik.

Serbuk 5 rasa tu memang nama dia serbuk 5 rasa. Aku beli kat Giant.
Akram la suruh letak.
Dia tengok macam best je dia suruh letak.
Tapi jangan banyak sangat sebab nanti jadi pahit.





10. Masukkan carrot and biar layu sikit baru masukkan sosej.

Aku campur carrot je sebab Akram kan tak makan sayur.
Setakat carrot tu die boleh telan lagi.
Kalau korang nak guna kacang panjang ke kobis ke okey jugak.


11. Season dengan garam and black pepper. Tambah sos cili sikit.

Make sure daging betul2 kering sebab taknak roti tortilla tu koyak.
Dah kering angkat letak tepi.




Panaskan roti tortilla dalam seminit dua. Angkat.
Letak daging cincang tadi.
Letak lah nak letak sos ke, mayo ke, thousand island ke.
And aku tabur parmesan cheese sikit untuk tambah berat badan kahhkahh.






Lipat. Gulung.
Panaskan non-stick pan. Letak agak2 cheese boleh cair kalau letak cheese. Terbalikkan beberapa minit lagi. Angkat.
Siap!



miaw-miaw.




Kenape kene try resepi ni?

1. Sebab die senang gile.
2. Sebab die sedap!
3. Supaya cik abang sayang. Wakakakakaka!


okbai.





19 comments:

  1. kalau aku buat tapi mr engineer tak syg kat aku , aku cari kau dulu k . hahaha

    ReplyDelete
  2. terima kasih eh, kak wana, kongsi resipi nih... adik excited sangat nak cuber ...

    muntah pliss

    ReplyDelete
  3. @Cik Pipi
    hahahaha!
    ngek.
    takpe try dulu baru tau kan.
    kakaka

    ReplyDelete
  4. @munamuni
    aku dah la memang tengah pening kepala.
    baca komen kau memang terus nak muntah.
    kakakaka

    ReplyDelete
  5. sangat senang disediakan dan senang untuk ngap.sedap pun sedap!
    kena try nih.nak cik abg sayang kan.eh eh! hahaha :D
    wei,dah boleh kawen dah ko ni..wikiki

    ReplyDelete
  6. ku malas nak masak
    ko hantar dekat rumah ku lah
    hehehe

    ReplyDelete
  7. nanti aku dtg umah ko..tlg masakkan benda ni ye

    ReplyDelete
  8. nmpk mcm ssh je nk wat..
    satu hal plak kene cr serbuk 5 rasa..
    kehkehkeh..

    ReplyDelete
  9. Wow! Sangat mudah & menyelerakan.. Tenkiu share resipi.. Pasti cuba! ^_^

    ReplyDelete
  10. salam kenal :)

    kalo nak beli roti tortilla sejukbeku banyak banyak banyak banyak utk kenduri majlis dan sebagainye, buleh la singgah blog akak dan terus menuju ke kedai akak :)

    ReplyDelete
  11. Salam sis...nk tanya kalau gantikan serbuk cili,serbuk jintan dan serbuk 5 rasa dengan sos black pepper boleh ke?

    ReplyDelete
  12. Kalau sy nk gantikan serbuk cili,jintan & 5 rasa dengan sos black pepper sesuai tak?

    ReplyDelete
  13. Kalau gantikan seasoning dgn sos black pepper sesuai x?

    ReplyDelete
  14. Kalo gantikn seasoning dgn sos black pepper sesuai x?

    ReplyDelete
  15. Sedaapnyee tgk..kene buat ni harini 😋😋

    ReplyDelete

What says U?