Tuesday, September 22, 2020

Dinner di Hilltop Cuisine Kota Warisan

Assalamualaikum.

Kisahnya sabtu lepas adik aku satu family dari Perlis datang rumah.

Sebab Ahad tu dia ada kenduri kawen kat Seremban. Rumah aku ke Seremban setengah jam je. So tido rumah aku Sabtu malam tu. Aku tanya dia pukul berapa sampai. Dia cakap dalam 4/5 petang sampai. Ok ngam! Terus aku plan nak bawak dinner dekat Hilltop Cuisine Kota Warisan ni.



Aku tau restoran ni sebab ada dua orang kawan pernah makan sini. Tengok2 review semua ok. So ok lah nak try. Tak pernah tau kewujudan tempat ni walaupon 15 minit je dari rumah hahaha.

So lepas maghrib dalam 7.30 malam kitorang gerak dari rumah.

Sampai2 je fuhhhh penuh! Parking dia banyak. So jangan risau pasal parking. Cumanya tempat dia kan berbukit so kalau ko lambat ko kene parking bawah bukit. Maka menapak lah ko naik atas 😂

Kitorang dapat parking tengah2. Ok lah menapak sikit je. Tapi still semput 😁




Sampai atas je nampak orang tengah beratur. Pastu nampak signboard 'Maaf penuh'
Aku ingat dah tak boleh masuk dah. Sekali tanya orang depan dia cakap boleh je cuma kene beratur lah. Nanti staff dia uruskan meja.
Aku syak ramai datang dari petang sampai ke maghrib. Tu yang dah ramai tu. Sebab kedai ni bukak dari 4pm.
Sementara nak menunggu tu aku bawak bebudak amik gambar dulu.



Cantik kan? 😍 Boleh nampak belakang tu area Sepang. Pastu boleh nampak jugak kapal terbang lalu.
Beratur dalam 10 minit macam tu baru dapat meja. 








Bagi aku harga dia ok lah. Standard Secret Recipe macam tu. Nanti tulis menu yang nak order tu lepas tu pass kat staff dia.



Kitorang dapat meja paling tepi. Payah benor nak panggil staff dia. Last2 aku bangun sendiri pergi kat staff untuk pass kan kertas menu tu.

Pastu tengok gaya macam lambat lagi je makanan sampai sebab aku ushar meja depan aku tak dapat lagi makanan so aku bawak bebudak pusing2 area situ.

Tempat makan ada indoor and outdoor. Outdoor pon ada dua tempat. Satu dalam bangunan dekat dengan cashier. Lagi satu outdoor tapi berbumbung. Lagi satu tempat yang aku duduk ni la open space.







Masa nak duduk kat buai ni ada sorang budak ni duduk dekat sini. Kat buai ni ada meja. Bila bebudak ni nak duduk budak tu (umur dalam 9-10 tahun macam tu) cakap tak boleh sebab ada orang.
So aku tanya lah meja ni tempat makan ke?
Dia cakap tak.
Aku tanya lagi nak makan ke kat meja ni?
Dia cakap tak.

Jadi maknanya apa?
Ko nak cop2 main buai pulak kan. Ewahhh memang tak lah 😂
Aku terus suruh bebudak ni duduk je.

Pastu tak lama tu ada dua orang dewasa dengan sorang budak datang.
Tapi dorang guna dua buai je pon. Ada 4 buai semua sekali. Satu buai kosong jugak. Kecoh lah hahaha.



Ni dalam pukul 8 lebih orang dah start ramai beratur.


Aku punya Premium Australia Rib Eye.

Aku bukan lah pencinta Steak. Tapi nak order pasta bebudak dah makan pasta. Nak order ayam boring pulak. So try lah  makan steak. Not bad lah rasa dia. Bebudak cakap liat tapi untuk dewasa makan takde lah liat pon. Kalau tanak liat langsung kene makan wagyu 😆


Adik aku punya Grilled lamb leg


Bebudak punya Spicy Carbonara With Soft Shell Crab

Pasta ni sedapppppppppppppppp. Tak pedas sangat pon. Tapi kalau bebudak tak tahan pedas still boleh rasa pedas dia tu. Anak2 aku memang dah makan pedas so takde hal. Sedap sebab dia goreng tu letak daun kari so rasa wangi dia tu.


Adik ipar punya Chicken Parmigiana


Anak sedara namanya Orked Zahra. Tapi baru 7 bulan so boleh tengok je. Hehe.


Adik ipar aku memang orang Perlis. So adik aku apply transfer bahagian utara. Makanya dorang balik Johor pon setahun sekali or dua kali je.

Ni adik aku yang kat Johor nampak kitorang makan2 dia dah pesan awal2 nanti dia datang sini bawak dia pergi sini.
Alah setakat 15 minit dari rumah takde hal lah hahaha.
Tapi next time nak pergi dalam 6.15pm macam tu. Lepas maghrib balik lah 🙈
Tak pasti ada surau ke tak kat sana. Sebab aku biasa kalau nak keluar makan kene bajet2 dapat solat kat rumah. Senang.



Love,
Wana.


Friday, September 11, 2020

KL Banjir Kilat

 Assalamualaikum.



Semalam kecoh satu KL banjir kilat. Mana tak kecohnya tengok gambar atas pon dah tau. Habes tenggelam semua.

Tapi semalam serious memang lebat gila. Actually sebelum2 ni pon lebat. Dah banyak kali KL hujan lebat. Tapi aku perasan semalam semua tempat hujan lebat dan panjang. Tak silap aku pukul 2pm masa aku tengah meeting dah dengar hujan lebat. Sampai pukul 6pm pon masih hujan lagi.

Biasanya kalau aku balik Hq dekat Mont Kiara, bila site dekat Trx apdet tengah hujan, Mont Kiara tak hujan pon. Keluar KL sikit lepas Smart Tunnel tu pon tak hujan. Tapi semalam boleh kata semua tempat hujan lebat serentak. Tu yang terus banjir kilat tu.



Pukul 3pm dalam group kerja dah start kecoh. Longkang dah runtuh 😂



Pukul 4pm dekat luar site memang dah banjir! Belakang tu jalan nak ke MRT TRX. Area sini memang senang nak banjir sebab kiri kanan depan belakang semua tengah construction. Jadi drainage system tak berapa nak function elok. Even site aku pon tengah construct drainage system.

Pukul 5pm kawan aku dah ingatkan suruh balik cepat2 sebab dari office dia boleh nampak jalan kat KL ni. Dia cakap dah start jammed panjang. Air sungai dah lepas paras bahaya. Parking2 pon dah masuk air. Kesian kereta.

Dalam hati aku masa tu entah2 Smart Tunnel dah tutup ni. Sebab tau kan Smart Tunnel tu akan tutup kalau hujan lebat sangat untuk alirkan air. Kalau tak lagi teruk KL banjir. Bila takde air baru dia bukak untuk kereta lalu. Dwi-function tunnel ilham Tun Mahathir masa dia jadi PM dulu.



Sekali betol! Haha! Keluar site ok lagi. Jalan depan sikit dekat simpang 4 area Time Square dah start jammed.

Kalau dah macam ni memang confirm smart tunnel tutup ni. Masa ni aku dah bukak google maps sesiap. Sebabnya aku memang balik keje lalu satu jalan je. Dari Trx lalu smart tunnel, keluar tu aku terus naik Mex balik Sepang. So memang tak amik tau jalan lain.


Smart Tunnel tutup. Ni kira first time aku tengok live dia tutup tunnel ni.



Naseb baik lah masa ni henpon dan maps bagi kerjasama elok tak hang buat perangai. Ko tau lah kan gadget ni dia macam ada instict kalau kita tengah kalut cemas. Dan2 tu nanti hang lah takde line internet lah lembab lah 😑 Banyak kali sangat dah kene. Paling selalu time orang nak cepat time tu takde line nak kene restart hp bagai.



Terpaksa pusing balik ikot bulatan kampung pandan. Masa ni Akram bagi instruction jugak kat aku tapi aku mana lah nak paham baca2 macam tu je. Tak boleh nak bayangkan. Naseb baik semalam maps function dia elok. Kalau tak confirm menangis jugak ni takot sesat 😂



Akhirnya jumpa Mex Highway! 😂 Kalau dah sampai sini aku dah lega dah hahaha! Sebab dah tau jalan.


😝


Aku bukannya apa. Aku ni bangsa guna maps pon boleh sesat. Haha!
Dulu2 before kawen banyak kali sesat pastu call Akram nangis2 😆 
Tapi sekarang dah ada anak ni ada pandai sikit lah. Ate dah jadi mak orang ni kite kene bertenang dan anggap semua masalah ada jalan penyelesaian. Jadi bila boleh bertenang, makanya kite akan success. Gittew.



Ni masa pukul 6 lebih. Sebab jalan kat luar dah banjir so PM suruh bukak hoarding and bagi pejalan kaki masuk lalu dalam site untuk ke MRT Trx. Kalau tak dorang kene pusing jauh gila.

Dalam pukul 6.45pm aku sampai taska bebudak. Dah la semalam puasa. Pukul 7pm sampai rumah. Naseb baik dah masak nasi sesiap. teringin nak makan nasi goreng sendiri haha! Dah dengar azan maghrib masih belom siap masak so minum air dulu. Alhamdulillah.

Teringat cerita beberapa tahun lepas. Tak silap aku 2011 ke 2012 macam tu. Masa tu aku duduk Bangi. So ulang alik Bangi-KL kerja. Ada satu haritu jadi macam semalam lah tetibe banjir kilat. Bayangkan aku dari Mont Kiara pukul 6pm. 11pm baru sampai Bangi! 5 jam kau! Sebab masa tu aku dah masuk jalan nak masuk highway. Jadi memang dah tak boleh nak uturn. Depan pulak dah banjir. Memang menghadap bodo2 5 jam dalam kereta. Pehh. Naseb baik lah masa tu bawak auto.

Ni semalam aku drive myvi manual. Ko rasa? Hahahah! Hebatkan? Thank you😜

Harap2 harini cuaca elok sikit. Huhu.


Love,
Wana.


Wednesday, September 9, 2020

Hikmah

Assalamualaikum.

Semalam berbual dengan Akram. Berbual dalam wasap of coz. Ater jauh beribu batu kan. Hehe. 

Masatu tu baru nak balik kerja so Akram tanya hujan ke tak sebab dia tengok kawan dia yang tengah kuarantin kat Selayang update hari2 hujan.

Aku kenal kawan dia tu. Kerja kat Dubai. So aku tanya lah kawan dia tu dapat balik Malaysia ke.

Akram cakap tak lah. Kene diberhentikan kerja beramai2.

I see.

Akram cakap Emi (Bukan nama airlines sebenar 😂) berhentikan beramai2 budak Malaysia. Tinggal beberapa ketol ke kat sana. Dorang guna sistem LIFO (Last In First Out). Tapi tak silap aku takde lah baru sangat dia fly pergi sana. Macam dia pergi dulu baru Akram pergi Qatar. Tapi rupanya dia antara batch last datang. Lepas tu dah takde batch datang so bila kene buang antara batch last tu lah kene (walaupon dah 3-4 tahun jugak kerja) Sedih kan.

Pastu haritu aku nampak junior aku upload story kat Dubai hantar kawan balik. Pon dah kene berhenti kerja. Aku cakap lah dengan Akram agaknya kawan dia tu saing2 dengan kawan si Junior ni lah kot. 

Rupanya Akram kenal kawan si junior tu. Akram cakap mana tak kenal. Satu batch masa kat dia kat Miat dulu. Pastu masa pergi interview Emi (bukan nama sebenar) saing2 Akram jugak. Bezanya masa Akram dapat second interview tu sehari sebelum nikah. Interview tu sama date dengan nikah (29/11/2014)

Ni kalau dalam drama melayu pukul 7 malam confirm hero dah dalam dilema kan nak pergi nikah ke nak pergi interview kerja oversea 😂 Pastu nanti hero tak jadi datang nikah, pastu heroin kawen dengan orang lain yada yada 😆

Tapi Akram balik Johor lah nikah dengan aku. Hahaha! Sanggup tu tak pergi Interview masa tu terharu sis. Sebab masa tu terdesak sangat nak carik kerja baru sebab tau lah M** tu asyik je declare bankrup tapi sampai sekarang pon tak bangkrup2 jugak 😷 Masa tu pon krisis M** buang ramai pekerja kan so nak lah carik kerja baru yang lebih secure.

Tapi  pastu asal gaduh je mengungkit cakap sanggup tak pergi interview sebab nak kawen dengan aku. Kawan2 yang datang second interview boleh kata semua dapat kerja masa tu. Nak cakap menyesal ke tu? 😒 Masa tu still struggle and belom dapat keje Qatar lagi. Dia dapat Qatar hujung tahun 2016. So dia punya penyesalan tu dari 2014 sampai 2016 lah kan 😏

Pastu semalam aku cakap ngan Akram 'Naseb baik awak datang nikah kan. Kalau awak pergi interview masa tu pastu dapat kerja mesti awak pon dah kene buang keje jugak sekarang 😜'

Pastu mesti masa tu dia menyesal kan tak kawen dengan aku? Mesti dia belom kawen jugak masatu sebab takde siapa nak kat dia 😝 Agak2 masa tu kehidupan aku macam mana pulak eh? Haha! Dah jangan nak membayangkan. Nanti jadi macam drama Korea 'Familiar Wife'

Siapa layan drama tu? To be honest aku bukan pencinta drama Korea. Aku kenal Rain & para pelakon asal Running Man. Orang tanya Jang Nara pon tak kenal ke? Ye tak kenal sis. Haha. Sebab aku ni spesis susah nak minat2 retis ni. Lepas layan Familiar Wife tu baru lah kenal Ji Sung hahaha! Aku layan semua jenis drama kalau jalan cerita dia menarik. 



Macam drama Familiar Wife tu aku tertengok kat TV3 pastu aku rasa best so aku tengok online. Best sebab drama tu dekat dengan kehidupan kite2 sekarang ni. Cerita ni kisah pasal rumahtangga Joo Hyuk & Woo Jin. Dorang dah kawen 5 tahun & ada dua anak kecik. Joo Hyuk kerja bank dan sangat komited. Woo Jin pulak massage therapist. Disebabkan nak kene bayar banyak benda, dorang selalu ada masalah kewangan and selalu cut bugdet. Joo Hyuk ni rasa wife dia sangat teruk sampai satu tahap dia terlalu takut dengan wife dia. Woo Jin pulak stress sebab kene kerja pastu kene urus rumah tangga lagi (Joo Hyuk tak membantu) sampai tahap dia dah tak boleh langsung control baran dia. 

Satu hari Joo Hyuk terjumpa dengan first love zaman Uni dia dulu (Hye Won) and perempuan tu bagitau yg dia suka Joo Hyuk dari dulu sebenarnya. So si Joo Hyuk ni jadi angau. Sampai lah bila dia balik rumah and bergaduh dengan wife dia, dia rasa menyesal kawen dengan Woo Jin tu sebab dulu Woo Jin sangat lah happy go lucky. Joo Hyuk tak tau kenapa Woo Jin jadi pemarah macam tu sekali. Dalam satu insiden ni, Joo Hyuk dapat peluang untuk kembali ke tahun 2006, tahun di mana dia berkenalan dengan wife dia. 

So dia decide yang dia tanak kenal dengan Woo Jin at the first place so that dia akan kawen dengan Hye Won. Bila dia sedar dari tido tengok2 memang betol dia kawen dengan Hye Won! So dia sangat happy lah sebab Hye Won tu anak orang kaya. Dia dapat kereta besar, card credit no limit etc. Tak lama lepas tu Woo Jin muncul sebagai pekerja baru kat bank tempat Joo Hyuk kerja. Masa ni watak Woo Jin totally different. Happy, suka bergurau. Masa tu baru Joo Hyuk sedar kesalahan dia waktu kawen dengan Woo Jin. Dia tak pernah tolong Woo Jin buat keje rumah and jaga anak. Dia realize bukan Woo Jin yang berubah tapi dia yang buat Woo Jin tu jadi 'monster'. 

Insiden demi insiden jadi sampai lah Joo Hyuk bercerai dengan Hye Won. Pastu dia rasa dia ni lelaki tak berguna sebab perempuan yg hidup dengan dia semua tak happy. Pastu Woo Jin dapat tau yang Joo Hyuk tu sebenarnya husband dia di masa lampau. Haha. Dia ajak Joo Hyuk couple balik tapi Joo Hyuk tanak sebab tanak Woo Jin sedih lagi. Last2 Woo Jin pulak dapat peluang untuk kembali ke 2006. Dah tengok lah sendiri hahaha. Tapi best sangat cerita ni sebab dia tunjukkan struggle seorang isteri. Husband and wife kene bertoleransi, tolong each other, jangan pentingkan diri, ada masa keluar berdua tanpa anak2. Yang penting family kene bagi side support.

Eh tetibe masuk review drama dah kenapa 😂

Ok berbalik pada cerita asal. Tu  lah nak cakap hikmah yang kite baru nampak setelah bertahun lamanya. 6 tahun to be exact.

Baru haritu aku baca pasal hikmah ni. Kadang2 hikmah ni tak datang sekelip mata. Kadang2 hikmah ni setelah bertahun2 kita hidup baru kite nampak apa hikmah semua kejadian hidup kite yang Allah dah aturkan ni.



Samalah macam kes tadika anak2 aku.

Actually masa Ameera Naqeesya kecik2 dulu kan duduk dengan pengasuh. Masa tu lagi aku dah fikir macam mana lah agaknya bila dia dah start sekolah nanti. Sebab pengasuh tak pandai drive. Van sekolah pulak tak masuk area rumah dia sebab jauh ke dalam. Padahal masa tu anak aku baru setahun lebih tapi pening jugak aku memikir pasal sekolah dia masa tu 😂 Sampai kadang terfikir entah2 masa tu aku kene berhenti kerja sebab nak amik hantar anak sekolah. Haha.

Nak dijadikan cerita pengasuh tak sihat dan aku terpaksa amik keputusan untuk hantar anak2 ke taska. Aku pernah cerita kat SINI dulu. 

Kalau nak ikotkan dulu stress bila fikir nak hantar anak ke taska. Yelah kite tak pernah buat. Tak tau keadaannya macam mana. Selama ni duduk dengan pengasuh berdua je. Macam mana kalau dah tinggal ramai2 nanti kan.

Fast forward to today, alhamdulillah very smooth kehidupan aku. Aku masih bekerja. Nursery sekarang tersangat lah ok. Tak pernah ada hal. Kalau nak hantar anak2 waktu cuti pon boleh. Yang best sebab dia pon buat transit kan so aku decide bila bebudak sekolah nanti aku nak transitkan situ je sebab dah kenal semua cikgu2 nya.

Tahun depan Ameera Naqeesya dah 5 tahun. Dah masuk tadika dah. Pon Allah permudahkan urusan aku. Dah dapat dah tadika yang ok. Boleh amik bebudak sampai 7pm. Sekejapannya masa berlalu. Bila aku pandang belakang aku senyum sendiri. Ya banyak sangat hikmah yang aku baru nampak sekarang.

Yang tu nanti lah aku cerita dalam entry lain.



Cuma dah 6 bulan Akram tak balik ni harap2 ada hikmah di kemudian hari jugak lah. Hehe. Macam aku cakap tadi lah mungkin sekarang kita tak nampak. Mungkin dia datang kemudian nanti. Aamiin.



Love,

Wana.


Tuesday, September 8, 2020

Luangkan masa di Nabila AgroFarm, Seremban

 Assalamualaikum.

Cuti Merdeka 31/8/2020 haritu aku luangkan masa bawak anak2 jalan dekat Nabila AgroFarm, Seremban. Actually tak tau pon kewujudan tempat ni. Walaupon dekat je dengan rumah (takdelah dekat sangat pon, sejam jugak 😂) tapi macam tak pernah nampak kawan2 upload gambar kat tempat ni.

So macam mana boleh tau?

Masa aku bawak Aminah check up doctor last weeknya tu jumpa dengan sorang member ni. Dia tanya cuti merdeka buat apa. Aku cakap takde plan lagi. Dia cakap jom lah keluar. Fikir2 mana tempat best nak bawak bebudak sebab area Sepang/Nilai bukan banyak tempat2 macam zoo tu kan. Pastu dia pernah pergi Nabila AgroFarm ni. Aku cakap aku tak pernah pergi so aku nak pergi sana. Jadi terus lah confirm nak bawak anak2 pergi sana.



Aku keluar rumah dalam 9 lebih. Amik member dekat Nilai, pastu terus pergi mamak sapedek dulu. Bawak anak2 macam ni lah, kene make sure dorang kenyang dulu barulah boleh keluar dengan aman. Yang kanan tu anak member, Amsyar. Dah macam adik beradik pulak gayanya. Ameera - Aminah - Amsyar.

Pukul 10.30am baru gerak dari Bandar Baru Nilai. Dalam 40 minit macam tu sampai Nabila AgroFarm ni. Masa tu cuaca dah start panas.

Parking alhamdulillah senang. Dan free. Dari parking nak masuk farm pon tak jauh nak berjalan kaki.



Masa mula2 sampai tu macam biasalah kene check in MySejahtera dulu. Make sure mask on! Pakai hand satinizer dan jangan dekat2 dengan orang lain.

Nak masuk tempat ni free je. Cuma dalam kawasan ni ada aktiviti2 yang korang boleh buat contohnya boleh bagi makan haiwan2, naik kuda, memanah, naik train (bajak) & naik atv. Macam nak bagi makan haiwan tu kene bayar Rm3/pax. Pastu boleh beli sayur nak bagi makan haiwan. Sepeket RM1. Kalau nak naik kuda RM15/3 round, boleh tukar2 orang dan ada pakej2 lain jugak. Naik train RM5/dewasa & RM3/kid. Memanah & naik atv tak pasti sebab kitorang tak beli yang tu.

So kitorang beli tiket untuk petting zoo, naik kuda & naik train/bajak.




Ada ayam, kambing, rabbit & rusa. Kambing2 kat sini aggresif ya mungkin kelaparan. Asal kitorang hulur sayur confirm dia makan. Siap nak menjulur kepala luar pagar haha.

Area rabbit tak amik gambar sebab semua tengah membuta. Tengah hari kan. Maybe waktu rehat dorang. Macam masa aku pergi zoo negara dulu waktu tengah hari semua haiwan pakat membuta sabo je lah. Lagipon rabbit2 tu semua tak berapa bersih jadinya aku tak bagi bebudak dekat sangat. 


Mak feeling2 anak tiga orang 😂


Bila bebudak dah boring, kitorang decide nak naik bajak. Tapi que panjang lah pulak. So makan dulu lah. Cafe dia dekat tempat beli tiket2 tu. Ada nasi ayam, masakan panas goreng2, buah, ice cream, air, dan celup tepung. Kitorang amik nasi dua, sup campur satu, ikan & sotong celup tepung. Tapi jangan expect celup tepung dia macam Terengganu punya ya. Sangat jauh beza. Haha! Tapi alhamdulillah lah rezeki masih boleh makan.

Ngam2 masa kitorang makan tu cuaca dah mendung. Ahh sudahhh. Tak lama lepas hujan turun selebat tidak 😆 Naseb baik lah tak naik bajak masa tu kalau tak mesti kene tempias2 jugak kan. So kitorang bertenang2 lah habeskan makan nasi dulu.

Lepas makan agak2 tengok hujan dah reda kitorang terus pergi area menunggang kuda. Masa tu tak ramai orang dah. Ada satu family je tengah que. Masa memula datang tu panjang gila orang que.



Tapi sayangnya anak2 mak semua penakut nak naik kuda. Jadinya rezeki Amsyar lah dapat naik 3 kali. Sekali dengan mak dia. Dua kali dengan makcik ni.

Serius neves weh. Aku tak ingat aku pernah naik kuda ke tak. Dah luput dari memori. Tapi masa naik kuda ni rasa kesian sangat. Dah la macam kurus. Aku ni dah la berat 😂 Masa memula naik tu terduduk belakang sikit. Terasa lah terduduk macam kat tulang kuda tu. Pastu budak tu suruh adjust ke depan. Eh terdepan sangat pulak haha! Kali ketiga baru ok.

Dah tu bergoyang2 pulak atas tu tak stabil. Adoi seriau betol aku kot2 aku tersenget pastu jatuh tersembam ke tanah 😆

Ngam2 masa pusingan last ni dah start renyai balik. Dan2 berlari masuk area cafe balik.



Tak lama lepas tu train/bajak sampai. Kitorang pon cepat2 que untuk naik takot lambat2 nanti makin ramai orang. Masa tu hujan pon alhamdulillah dah stop.

Belakang gambar tu lah cafe tu. Haritu kemain ramai umat manusia. Dah la dengan panasnya. Area Nabila AgroFarm ni tak banyak sangat pokok jadi bahang kemain. Naik pening kepala aku. Kalau macam Farm in the City tu redup je kan sebab banyak pokok berteduh. 







Bebudak cakap dorang tak suka naik benda alah ni 😂 Maybe sebab gayat. Yelah bajak yang bawak pastu belakang tempat2 duduk camni kan of coz lah bergoyang2 sikit. Masa amik corner pon dengan aku2 sekali menjerit sebab takot terbalik hahaha!

Jauh jugak dia bawak jalan round area farm dia ni. Sebenarnya tempat ni besar lagi cuma dia belom make use lagi semua area. Boleh nampak dia lepas kan kuda2 kat tanah lain, pastu ada kerbau, sungai. Ada tanah yang dia tanam limau kasturi Ya Allah gemok2 limaunya geram aku!



Aktiviti lain seperti memanah & atv

Bila dah takde aktiviti nak buat kitorang pon balik. Tak silap 3 jam je kitorang dalam tu. Dari 11.30am ke 2.30pm.

Ok lah untuk korang yang nak bawak anak fun sekejap2 je and tanak penat sangat. Tapi kalau ramai orang tu rasa semak sikit lah dah la panas. Hehe.



Kalau ada aktiviti baru nanti boleh datang lagi 😊

Dekat2 dengan Nabila ni ada Ostrich Farm, yang ni tak singgah haritu so tak tau apa ada kat sana. Maybe next time.



Love,

Wana.

Monday, September 7, 2020

First time pos barang dari Malaysia ke Qatar

 Assalamualaikum.

Sesiapa yang follow IG aku tau dah la cerita ni. Cerita bulan lepas.

Disebabkan Akram dah 5 bulan lebih tak balik Malaysia masa tu so aku decide nak pos something kat dia.



Semua bermula dengan gambar ni. Masa PKP dulu aku print2 gambar nak masuk dalam album. Sekali tu ada one of my senior high school komen, dia cakap gambar ni kalau buat postcad cantik sangat sebab color dia so bright. So aku macam aah ek pos postcad ke Qatar time2 covid ni best jugak. Feeling sentimental gitu. Haha!

Tapi aku malas betol nak pikir. Lepas PKP, bila aku tengok macam takde gaya Akram boleh balik so aku decide nak pos something untuk dia. Saja lah kan nak sepraiskan dia 😜 Dulu dia pon tak pernah bagitau barang2 dia dah habes sebab tetiap bulan dia balik Malaysia topap barang2 macam kicap, belacan, megi, etc. Tapi lepas 5 bulan dia tak balik ni dia memang cerita lah semua barang dah habes. Nak masak tu tak cukup masak ni tak cukup.

Dia cakap kat sana ada barang yang ada. Ada yang takde. Macam rempah2 tumis, sup bunjut memang takde. Kalau kari pulak ada tapi yang India punya dia cakap tak kene kat tekak. Kalau kicap pulak kicap pekat abc tu. Pastu mahal gila lah kan compare dengan bawak dari Malaysia.

Akram ni dia memang rajin jugak memasak kat Qatar tu. 

Jadi, aku start google cara2 untuk pos barang ke Qatar. Dapat jugak lah beberapa info. Then, aku try contact kawan blogger dulu. Dulu kenal dari blog, lepas tu pernah jadi customer dia sebab dia rajen buat personal shopper. Now rasa macam dah jadi kawan2 je. Since dia pernah jadi PS sampai ke uk (korang boleh follow ig dia @psainzack) and pernah pos macam2 barang ke oversea, so aku try tanya dia guna courier apa.

Dia cakap dia guna easyparcel. And lagi best dia offer kalau nak dia tolong pos kan boleh jugak. OMG of coz lah nak kan! 💃 Rasa nak menangis sis sebab selalu jumpa orang baik2 hahah!



Quite fast jugak kan? Tu pon awal2 tu lambat sebab cuti raya haji kalau tak aku rasa lagi cepat dia sampai. Aku ada upload video pasal benda ni kat IG (@_wanaaa.jr) kalau korang nak tengok lah 😛 Akram tak tau aku nak pos barang ni. Konon nak seprais.

Tapi masalahnya mula2 tu aku tak tau nak pos apa 😂 Sebabnya setiap kali Akram balik aku tak amik tau sangat barang apa dia masukkan dalam kotak dia tu. Kadang2 kalau groceries shopping sama2 nampak lah dia amik nescaffe, megi, santan etc tapi tengok2 macam tu je lah. Haha! Tak boleh pakai punya bini ek 😆

Dia minum nescaffe apa pon aku tak tau. Sebab aku tak minum kopi kat rumah. So masa aku nak beli nescaffe tu aku ws dia tanya dia minum yang 3 in 1 tu ke? Sekali dia cakap tak. Dia cakap selalu minum 3 in 1 tak bagus. So dia minum yang bancuh sendiri tu sekarang. Fuhhhhhhh naseb baik aku tak main beli je. Tapi dia tak syak pape hihi. So aku belikan dia nescaffe gold. Dengan susu pekat satu tin sebab dia kata susu pekat pon takde kat Qatar.

Yang lagi best alamat rumah dia pon aku tak tau hahaha! Masa aku mintak alamat rumah Akram tu dia neves. Sebab nya sepanjang PKP ni kitorang selalu bergaduh tau. Like everyday ada je benda nak digaduhkan. Benda kecik pon nak gaduh. I dont know. Maybe sebab jauh, masing2 jadi too sensitive and cepat nak emosi. Agaknya Akram takot aku hantar surat mahkamah ke Qatar 🙈 Warga PJJ paham lah kot situasi ni. Lagi2 selalu sangat miscommunication.


Sepraissssssssssssss! 😍

Masa parcel sampai Akram takde kat rumah. Housemate dia tolong received. Kene bayar duit lagi 35 riyal. Akram famous seminggu sebab dapat parcel ni. Lagi famous sebab dapat belacan barang paling rare denat sana. Haha! Akram cakap orang pos barang Qatar ke Malaysia selalu. Tapi Malaysia ke Qatar tak pernah so dorang macam impress lah barang boleh sampai.



Mula2 aku belikan megi 3 bungkus, rempah tumis, sup bunjut, nescaffe, sadin satu tin, santan dua kotak, rempah kari pek kecik, cereal, essential oil, vitamins, biskut, lada kisar, asam jawa. Tu je yang aku boleh pikir and selalu nampak dia beli. Yelah nak buat sepraiskan takkan nak tanya pulak 😆

So bila dah siap letak dalam kotak aku pon hantar lah pergi rumah member. Naseb baik lah masa tu member busy so dia tak sempat nak pos. Tiga hari lepas tu Akram mengadu kicap habes, belacan habes, nak masak soto takde rempah sup, rempah kurma. Haha! So gigih la balik keje aku singgah kedai Acheh beli barang2 tu. Dia masih tak tau aku nak pos barang lagi. Dia just mengadu je semua barang dah habes.

Esok pagi nya before pergi keje dari Sepang aku singgah Bangi hantar barang2 tambahan pastu baru pergi keje kat KL.

Yang bestnya member aku cakap dia kene packing kan balik sebab aku main letak je semua dalam kotak 😂 Padahal ada botol kaca apa bagai. Sis noob tak pernah nak pos2 barang macam ni jadi tak tau hahah! Thank you Ain and Am sudi luangkan masa tolong sis 😭


Total 6kg. Harga korang google la easy parcel ye nanti dia quote berapa rm 😊 Cuma kalau korang ada ID dengan easyparcel dapat lah murah sikit. Aku ni sebab kawan tolong pos kan so tak dapat nak review proses dia. hehe





Yes I really hope this little things will make him happy. Kitorang dua memang tengah stress. Dia stress sebab tak dapat balik. Aku stress sebab aku kene buat semua keje sorang2. Handle anak2, pergi keje, buat kerja rumah. Allah je tau penat dia macam mana. Tipu lah kalau tak down. Dengan family jauh. Bila orang tanya macam mana aku handle, aku just cakap aku follow the flow. Ada hari aku good, ada hari aku bad. Bila bad day tu kadang aku tanak buat apa pon. Aku boleh baring je seharian tanpa buat apa. Kesian anak2.

I really hope this pandemic will end soon walaupon kite semua tau pandemic ni boleh go sampai 2 tahun selagi takde vaksin kan.

Aku bukan apa. Kesian dekat anak2. Walaupon dorang faham yang ayah dorang tak boleh balik sebab ada virus, tapi aku kesian bila dorang kene marah mesti dorang akan panggil ayahhh ayahhh 😢

Haritu ada sorang follower dekat IG bagitau dah dekat setahun tak jumpa husband dia. Sebab husband dia kerja dekat hujung dunia dekat Trinidad and Tobago. Aku pon first time dengar haha! Rupanya kat area2 Carribean sana memang hujung dunia lah kan.

Masa PKP haritu nak balik tapi flight semua cancel. Ni last month baru dapat balik sebulan. Tu pon naik chartered flight 24jam jugak baru sampai Malaysia. Plus lepas 2 minggu kuarantin tinggal lah dua minggu. Pastu kene balik sana balik sebab kerja. Takkan nak berhenti kerja pulak kan dengan keadaan sekarang yang ekonomi tak stabil ni.

Thank you untuk semua yang selalu doakan aku kuat. Paling tak pon doakan aku tak gila hahaahhahah! Mak2 paham lah kot cemana handle anak2 tanpa suami tengok boleh gila ke tak? Semoga korang yang ada situasi macam aku, kita sama2 doa supaya Allah keluarkan kita dari segala kesulitan ni. 

Aamiin.


Love,

Wana.



Friday, September 4, 2020

Gemok dari perspektif berbeza


Assalamualaikum.

Haritu masa aku bawak Aminah pergi check up aku tumpang lah timbang berat sekali kat sana. Rasa macam dah lama tak timbang berat. Sebabnya aku takde penimbang kat rumah jadi aku memang timbang berat kalau jumpa penimbang kat mana2 je. Sekali tengok dah 56kg!! Omg aku terkejut gila 😂  

Mesti orang akan cakap alaa baru 56kg dah cakap gemok. Habes aku ni apa? Itu korang 😝

Hence the title gemok dari perspektif berbeza. Well its not about compete with each others. It's about continuously competing with diri sendiri. To be better than the person we were yesterday. Gittew.

Aku nyampah sikit bila kawan aku tanya berat berapa? Bila aku cakap dah 55kg nanti dorang mulalah alaaaa baru 55kg aku dah 65kg. Masalahnya aku pendek. 153cm je macam tu. 55kg still berat ideal tapi nampak lah tembun sikit. Kalau nak betol2 ideal memang 50kg-51kg. Lagipon aku tanak compare dengan korang. Korang nak gemok sukati korang lah. Aku tanak wakakaka. Aku ada achievement tersendiri. Hehe. Actually bukan gemok pon. Just berisi je. Tapi bagi aku sama je lah 😆



Bila aku tengok gambar ni aku termenung sambil muhasabah diri. Ok dah tak boleh sedapkan diri dah. Memang dah gemok hahah! Ni minggu lepas punya cerita masa pergi melawat kawan dekat hospital. Kau tengok lengan tu 😭 Kemain sedap lagi dia membesar. Tapi masih lagi tapau coffee bean & cake coklat 😂

Selama ni aku main agak2 je berat aku. Kalau aku rasa2 seluar dah ketat makna nya dah gemok lah tu. Patot lah sejak dua menjak ni aku rasa seluar ketat, bra ketat, peha berlaga, badan berat. Tapi sedapkan hati sendiri naik sikit je kot 😆


Daripada ini! Ini dua bulan lepas punya gambar 😂 Tengok lah peha tu 😭

Dulu berat aku main2 kat 55kg-56kg. Tanak turun. Diet lah macam mana pon tetap tanak turun. Bila aku start breastfeed anak first baru lah nampak berat turun sikit dapat 51kg. Bila breastfeed anak kedua dapat jejak 50kg. Itu pencapaian terbaik sepanjang dewasa lah hahaha. Masa tu memang nampak muka pon kurus sikit.

Aku pon tanak kurus yang nampak cekung sampai 45kg tu. Aku bukan model pon. Kang kurus2 sangat siapa nak tolong angkat anak? Mau pengsan aku 😆 50kg memang ngam2 je dengan aku tak kurus tak gemuk.


Ni masa raya haji akhir bulan 7. Masa ni suruh adik aku amik gambar banyak kali sebab rasa dah nampak gemok kahkahkah.



Masa Aminah warded nampak kurus sikit. Maybe sebab penat.



Ni dua minggu lepas. Maybe makanan kat hospital sedap sangat. Pastu orang hantar donat lah, pizza lah, starbuck lah. Celebrate birthday lagi. Member belanja nasi arab lagi peh memang makan macam tiada hari esok 😭 Nampak beza dengan gambar sebelum.
 


 

Gambar atas ni gambar latest masa 31/8/2020. Memang dah tak boleh sorok dah. Terima lah hakikat kene jaga makan balik.

Actually kan kalau korang kenal badan korang, senang je korang nak turun badan. Macam aku, bila aku amik gula lebih je confirm badan naik. Nasi pon ada gula kan. Pastu tambah makan ice cream, dessert etc memang cepat je naik. Aku perhati kalau aku tak amik gula tambahan takde lah cepat sangat naik even aku makan nasi.

Luckily aku bukan sejenis coffee addict or sugar addict. Aku tak kisah sangat kalau tak minum manis. Tu yang senang sikit nak control makan.

Kalau korang tanya aku penting sangat ke kurus tu. Pendapat aku penting. Tapi bukan kurus beno. Dapat badan fit ok dah. Senang nak bergerak, senang nak uruskan anak2.

Aku limitkan berat aku 55kg-56kg je untuk tahap gemok aku. Itu piawai aku. Kalau dah sampai berat tu means aku kene berjaga2 and kawal makan. Sebabnya korang tau kenapa?

Sebab aku pernah baca satu fakta ni. Dia cakap 'apabila berat menurun, sel lemak TIDAK berkurangan'

Yup. That's why aku rasa ramai yang dulu gemok, bila dia dah kurus, makan lebih sikit je pon badan cepat naik balik. Benda ni lah yang aku takot. Sebab sel lemak ni bila dah terbentuk dalam badan dia takkan hilang. Dia boleh mengecut dan mengembang. Jadi ko nak tunggu sampai obesiti baru nak jaga makan? Of couse tak kan. Bila berat dah sampai paras2 bahaya ni lah ko dah kene start untuk berhati2. Biar tak terlambat dan menyesal.

Orang yang dah obese ni, bila dia dah start kurus, dia kene diet forever. Nampak tak? Sebab tu aku tak suka sangat diet beria. Bukan makan banyakkkkkkkkkkkk pastu gemok pastu diet pastu dah kurus makan banyak balik. Letih weh. Biar lah macam sekarang. Agak2 dah tau berisi, cuba control makan. Dapat kan balik berat ideal. So berat kau akan main2 kat situ je ok lah kan.

Nak kurus ni bukan senang. Ko tengok sherry al hadad tu jaga makan, exercise bagai nak rak aku rasa aku tak mampu lah nak buat macam tu. Turun kan berat ni yang penting 70% ko jaga makan and 30% exercise. Aku pon tak exercise. Dok harapkan buat kerja rumah, jalan site, jaga anak etc. Hahaha.

Pastu kene tau ko diet tu yang turun berat lemak atau berat otot? Sebab tu rumah aku takde penimbang. Aku ok je. Sebab aku ukur kegemokan aku guna bra, baju dan seluar. Last month memang aku perasan seluar aku ketat gila. Perot jangan cakap lah. Sampai Aminah cakap 'best lah main perot mama ni sebab gemok' Ko rasa? Hahahahah 😭 

Ni dah seminggu try jaga makan alhamdulillah nampak perot ada turun sikit hahah! Kalau berat ko turun tapi muscle mengecut lagi banyak dari lemak nanti badan ko jadi kendur dan tak fit. Makna kata gelebeh la.

Bila pergi office aku cakap taknak makan nanti mulalah bro2 kat opis ni menganjing 'Ala Wana laki ko bukan nya ada nak diet2 buat apa?' Itu lah perkara yang aku menyampah. Kite diet bukan sebab orang lain. Tapi sebab diri sendiri. Kita nak konfiden. Kita nak fit. Betol tak? Jangan tipulah kalau tengok orang lain kurus kite tak terasa hahaha. Lagi2 yang dah ada anak empat lima tapi maintain kurus. Jeles kan 😝 Walaupon suami selalu cakap takpe saya suka je awak gemok, sedap pelok. Tak payah percaya lah. Kite jaga badan sebab nak sihat. Lagi satu biar dia fikir sejuta kali kalau nk ada scandal lain 😂

Tapi bila dah ada anak ni takde lah nak kurus sangat pon. Cukup lah maintain ideal weight. Dengan tinggi aku 153cm, ideal weight aku 48kg-53kg. Aku rasa kalau kurus2 sangat pon muka nampak tua/matured dari umur sebenar. Asalkan jangan overweight dah. Dan paling penting takde sakit2 and cholestrol ok. Jangan ingat orang kurus takde cholestrol pulak.

Ada orang obses dengan penimbang. Bagi aku, kalau berat kau sama, tapi dah boleh pakai baju L ke M maknanya dah kurus lah tu.

Hidup ni kalau strict sangat pasal makan tak boleh jugak. Makanan tu bagi kegembiraan kot. Takkan lah tanak makan. Tapi keys dia berpada. Kalau teringin nak makan something tu makan je lah. Tapi portion jaga. Aku pon makan je semua. Tapi ada beza ye makan dan melantak.

Good luck lah untuk sesiapa yg masih struggle. Hehe.



Love,
Wana Havana