Friday, February 24, 2012

Perang

                       



Aku tengah lancarkan perang kepada Akram.
beselah bukan salah ape pon.
aku je nak sentap lebih2.
perempuan (eh ke aku je) kalau nak perhatian lebih begini lah.
hahahahaha !



Akram kerja shift malam minggu ni.
so tiap2 petang dalam pukul 5.30PM aku balik kerja aku akan mesej dia tanya dah bangun ke belum.
dua hari lepas aku buat benda yang sama jugak.
lepas mesej aku pergi dapur sebab teringin nak makan jemput2.
henpon aku biar dalam bilik.



sepuluh minit lepas tuh bila aku check henpon ada 2 miskol daripada Akram.
aku pelik lah sebab before ni dia akan reply "dah bangun" or "baru bangun".
tak pernah pulak dia call.
dua kali pulak tuh.
then aku pon gedik2 lah mesej dia tanya kenapa miskol sampai 2 kali. rindu ke?
kahhhh kahhhh.



tetiba tak reply.
fine.
aku try call.
dua tiga kali tak angkat. fine. mandi kot.
dah setengah jam aku call lagi.
still tak angkat.
okey ni yang aku geram bila call tak angkat.



dalam pukul 6.45PM aku call dia jawab "baru nak pergi keje"
terus aku hangin. bukan reti nak call balik.
orang punya risau entah2 dia pengsan ke hape ke.
lelaki camni lah.
lelaki lain aku tataw tapi orang tue sorang ni selalu sangat amik mudah.
cisss betol.



pastuh terus aku lancarkan perang.
tanak mesej. kekekeke.


tapi Akram kalau aku merajuk bukan die amik serius pon.
sebab die taw aku bukan merajuk doploh hari pon.
tu yang aku geram tuh.



malam tadi siap mesej aku camni "tok, ape celup tok"



die hingat dah habes kelakar lettew.
takpe kali ni aku lancarkan perang doplohpat hari.
hahahahaha !


okbai.


                                       

Thursday, February 23, 2012

Lain kali jangan konfiden sangat.

                          
pagi semalam kan tak pasal2 aku dah ber-excercise dengan berjalan kaki yang aku rasa lebih satu kilometer kot.
sampai hari ni badan aku sakit2 dah macam budak sekolah baru lepas merentas desa.



cerita dia macam ni. cewahhh.
suppose semalam aku kene jumpa wakil Jabatan Landskap dekat Taman LEMBAH Kiara.
first time aku pergi, ada tecnician daripada JPS Selangor yang bawak.
entah dia cilok mane entah tetiba je dah sampai.
aku ni dah la memang bangsa yang sangat susah nak ingat jalan.
alangkan jalan yang Akram dah bawak aku sepuluh kali pon aku boleh lupa ini pulak baru sekali lalu.
memang haram lah nak ingat.



so semalam aku dengan Hazwan berbekalkan GPS kitorang pon gerak lah.
janji pukul 9AM.
dalam 8.50AM kitorang sampai satu taman ni.
tapi kitorang sampai dekat pintu belakang.
tengok signboard tulis Jabatan Landskap.
okey lah lega.
lepas tuh tulis Taman BUKIT Kiara. ade guard jaga kat situ tapi konfiden punya pasal tak fikir ape terus je masuk taman tuh. nampak lah orang ramai berjoging.
aku pon heran tak keje hape dorang ni semua.



nampak tak keBUKITan nye itu.


jalan punya jalan tak jumpa tempat yang kitorang cari tuh.
dah la satu jalan je. kiri kanan hutan.
lepas tuh dah nama pun BUKIT Kiara memang bukit lah.
dengan baju formal kemeja nya.
sandal tinggi nya.
beg laptop nya.
semua orang pandang pelik kat aku.



dekat 15 minit daki bukit tuh naseb baik ada pondok guard.
aku pon pergi lah tanya.
sekali memang betul kitorang tersalah.
yang best nya orang tu cakap "ini BUKIT Kiara. so U nampak BUKIT lah. Kalau LEMBAH Kiara U akan nampak LEMBAH"



nampak tak kiri kanan hutan saje.

okey rasa macam nak pengsan kat situ je.
penat kot.
terus call orang Jabatan Landskap tuh cakap lambat sikit.
tapi nasib baik Taman LEMBAH Kiara tuh sebelah BUKIT Kiara je.
so terus jalan laju-laju masuk kereta zasss zassss pergi tempat yang betul.



ini barulah Taman LEMBAH Kiara. takde BUKIT. rata je.



nasib baik lah orang yang aku nak jumpa tu okey.
perempuan. lembut je dia cakap.
lagi otai. pakai tracksuit dengan tshirt je.



balik ofis je rasa belengas gila.
aku pandang Hazwan, Hazwan pandang aku.
aku cakap "rasa diri sendiri busuk tak?"
dia angguk.




tak tahu lah masa aku naik lif semalam ade orang bau badan aku yang belengas tu ke tak.
kalau ade pon ade aku kesah.
sebab aku tak kenal pon dorang semua.
hahahahaha !


oh laptop aku hari ni buat hal lagi palat.
pendrive semua tanak detect.
gila tak hangin aku.
hari tuh aku try nak restore setting. tak boleh. error.
takpe takpe.
nanti lah dia. aku hantar pergi format.


okbai.


                                  

Tuesday, February 21, 2012

Tension

                     

Semalam kan tetiba laptop aku dah start buat hal dah.
tetiba je dia tanak detect printer.
padahal printer tuh dah berkurun lama aku pakai okey je.
tup2 semalam bila aku nak print dia keluar notification cakap printer offline.
aku ingat kan printer lah yang problem tapi tetiba laptop aku tanak detect pendrive pulak.
sah laptop aku yang problem.
memang hangin lah aku kan.



tapi aku biar je lah dulu.
kot2 laptop aku ni nak bermanje ke kan.
takpe.
kita balik rumah dulu.


sampai rumah hal lain pulak.
tanak detect Maxis Broadband pulak.
tapi pendrive dia nak detect pulak.
tak ke hangin aku dibuatnya.
tapi aku scan2 laptop aku kot2 ada virus ke kan dengan harapan esok pagi aku pergi opis dah elok dah laptop aku ni.
sampai tertidur awal aku sebab tak boleh online.



pagi ni still tak boleh jugak detect printer.
Akram cakap maybe dah sampai masa dia kot.
yelah dah 4 tahun dah laptop aku ni.
dalam 4 tahun ni memang tade masalah kecuali batery dia je lah yang tak boleh guna.
habes kerja2 aku semua problem sebab tak boleh print.
terpaksa mengharap ihsan officemate.
dah la hari ni ada meeting.



lepas satu hal ni satu hal lagi datang.
aku nak apply mymaster scholarship.
memang semua urusan dalam online.
masalahnya dokumen yang dia nak semua dalam bentuk pdf.
lepas tuh dia ada limit size file yang boleh diupload.
limit dalam 200 lebih kb. kecik kot.
dan masalahnya transkrip aku bila discan and diconvert dalam bentuk pdf file dia jadi besar gila.
pdf mane boleh nak kecikkan.
logik ?



bila aku scan dalam bentuk image and resize image tuh and convert dalam bentuk pdf lagi teruk file haku.
langsung tak boleh nak baca.
logik lah kan image kau resize jadik kecik bila kau convert ke pdf image tuh pecah.
bahabi betul lah menyusahkan orang nak apply.




ada sapa2 yang pernah apply mymaster kat sini?
tolong lah aku ni.
ni tahap2 rasa macam nak gigit2 je laptop ni.
kang ada yang free2 kene fire dengan aku walaupon tak buat salah.




okey dah tade mood.
nak kemas2 barang nak balik.

okbai.


                                   

Monday, February 20, 2012

Teruja

                         


Akram baru dapat first anak buah.
kemain eksaited lagi.
pukul 5.15am pagi tadi meset haku "yeahhh. dah dapat anak buah. hehe. anak buah 20/2, ayah 21/2, mak 22/2"
nampak tak keterujaan yang melampau tuh?
takpelah. aku yang dah ada tiga pon still teruja lagi ini kan pulak gaya2 baru dapat satu.
tengok nanti kalau dah ada lapan belas teruja lagi ke tak kan. hahahahahaha !


Nasib baik die mesej tuh aku tak terjaga.
kalau tak mahu kene fire dengan haku sebab mengganggu aku beradu.
pukul 6 lebih aku bangun baru reply mesej dia.




semalam aku keluar makan dengan dia.
ape entah nama kedai tuh.
nasi lemak dengan ayam golek.
marvelesssssssss gila !
kitorang amik nasi lemak biasa 2.
ayam golek separuh.
tak amik gambar sebab ayam sampai je masing2 mengketedarah macam seminggu tak makan.





lepas makan masuk kereta aku pakai lip ice.
alah lip ice sheer colour tuh.
lepas tuh aku pandang Akram.

"nak pakai tak?"

dia geleng.

tak boleh jadi. bila lagi nak kenekan dia.

terus amik lip ice pakaikan kat bibir dia. padahal dia tengah drive tuh.
pedulik.
hahahahaha.



lepas tuh aku yang eksaited sebab bibir dia jadi pink sikit.
yelah dia tuh perokok.
bibir tak payah cakap.
habis gelap.
aku yang stress.



okbai.


                                                   

Sunday, February 19, 2012

Akhirnya wujud jugak drama melayu yang berkualiti.

                               
Malam minggu kene duduk rumah bagi seorang yang bujang adalah sangat bosan.
ape nak buat.
Akram kene pergi kenduri tahlil.
takkan tanak bagi pergi pulak.
tak cium bau syurga nanti. eh?



hari tuh gaduh sampai ramai telefon tanya kenapa.
siap up entry poyo. kahhh kahhh.
hari ni dah baik.
beselah orang tak matang memang camni :P



disebabkan duduk rumah saje malam minggu ape lagi yang boleh dibuat selain online fesbuk and blog.
dan juga layan cerekarama tv3.
naseb baik cerita Puan Hajjah Ziela Jalil sangat superb.
berbaloi jugak haku tengok.
siapa tak tengok boleh pergi donlod kat mana2 okey.
worth watching it !
tajuk dia Jujur aku dayus.





masa aku tengok cerita tuh dalam hati aku ni asyik je cakap "cantiknya Nora Danish ni"
patot lah Akram dok gila-gila kat Nora Danish ni.
lepas tuh si Beto tuh boleh tahan dasyat die berlakon eh.
tetiba pulak dia macam femes.
tak silap aku ada satu cerita tuh dia berlakon lepas tuh terus femes.
lupa pulak aku cerita apa tuh.



aku takde lah jenis yang suka gila cerita melayu ni. takde pulak poyo sangat sampai tak tengok cerita melayu kan.
kalau cerita tuh best kompem aku layan.
alah semua cerita pon kalau best aku layan.
tapi disebab kan before ni cerita melayu semua ending tergantung lah itu lah ini lah so aku bet semua orang pon menyampah.
lagi2 kalau kite boleh predict jalan cerita tuh.
sumpah bosan.



tapi cerita ni lain.
masa tengok cerita tu neves gila kot.
lepas tuh asyik tengok jam bila nak ending sebab tak sabar nak tahu ape ending dia.
aku predict si beto tu buat salah sebab tu dia jadi macam tuh.
sekali bila dia cerita aku ingat nora danish pulak yang salah.
rupe2 nya dua2 pon tak salah.
aduh sakit jantung.



cubalah kau bayangkan kalau kau tengah jalan2 dengan pakwe kau tetiba ada orang pandang kau cakap "i will marry you one day"
agak-agak ape kau nak buat?


kalau aku, pandang pakwe kat sebelah. sengih-sengih. lepas tuh cakap kat pakwe "saya tak sangka saya sangat hot"



dan sampai sekarang still berfikir wujud ke lelaki macam edree tuh.
well mungkin ada istilah jatuh cinta pandang pertama.
tapi ayat keramat si beto tuh mungkin tade sape pernah buat.
mungkin lah.



okbai.


                                     

Saturday, February 18, 2012

Normal.

                       


dengan tinggi 150cm dan berat 53kg aku still lagi dalam kategori normal weight.
alah nak cakap aku pendek lettew.
bukan pendek okey tapi comel.
wakakakaka.



tapi disebabkan aku "comel" so aku rasa 53kg tuh macam dah gemuk.
so now target aku nak dapatkan at least 50kg.
atau 49kg maybe?
hehehe.




bukan ape.
bukan obses sangat pon nak kurus.
kalau kurus macam cicak aku pon tak selera nak tengok diri sendiri.
tapi at least kita akan rasa puas hati dekat diri sendiri.
self confidence pon akan naik.




paling penting aku ni ada semput sebenarnya.
kalau berat naik sikit je boleh rasa bila jalan jauh sikit cepat penat.
sebab tu lah aku sibuk2 nak diet.
nak rasa badan ringan je.
baru lah boleh sopink sampai pengsan.
hahahahaha !


okbai.