Wednesday, July 4, 2012

Bagan Lalang lagi. Layan kan tekak orang demam.

                                 
Semalam Akram demam.
daripada hari Isnin hari tu lagi dia dah cakap yang badan macam tak berapa nak sihat.
so semalam boleh pulak dah nak sampai tempat kerja safety boot tertinggal kat rumah.
dah kena berpatah balik.
dah la dekat setengah jam jugak dari rumah nak ke tempat kerja dia.
bila dah sampai tempat kerja dia cakap badan makin tak larat. so terus pergi medical center. dokter bagi MC and zass zasss balik rumah rehat.


Akram memang manjeeww. eh tak. Die mengada-ngada sebenarnya. Tapi aku sayang jek. euwwww geli gile cakap camni. haha !




tempat kerja aku dengan rumah Akram dalam setengah jam je kalau Akram yang drive.
kalau aku yang drive mungkin 15 minit saje.
puihhhhhhhh.
kalau aku yang drive kompem lah jadik sejam. hehe.
so dalam pukul 4 lebih tu dia dah bangun tido terus whatsapp aku.
aku tanye nak makan mana.
nak makan McD ke?
dia cakap tak taw.



last2 aku cakap takpe nanti aku datang rumah dia terus amik dia and terus pergi makan.
so dalam 5 lebih camtu aku terus gerak pergi Nilai.
lalu jalan dalam.
tak lalu highway okey.
jalan berliku-liku macam kat pahang tu.
jadi sila respect dengan skill pemanduan aku.
kahh kahh.



sampai Nilai dalam pukul bape entah terus call Akram suruh turun and terus gerak.
orang demam duduk sebelah je.
tapi walaupon demam mulut tetap nak membebel.
ade je cara aku bawak kete yang salah kat mata dia tuh.
dekat dengan kereta sebelah sangat lah. kuar simpang laju sangat lah. bla bla bla.



pastu turn on garmin dalam kereta aku and suruh aku follow garmin tu.
siot je kan.
dah la tak bagi tau aku nak makan kat mana.
bila aku tanye cakap "entah"
ehhhhhhhhh naseb baik lah demam kalau tak memang dah tinggal tepi jalan dah.
at last baru aku nampak signboard Bagan Lalang.
mengade2 betul tekak orang demam ni.
orang lain demam takde selera nak makan.
yang dia ni makin demam makin kuat makan.
ape pon tak boleh.



masa sampai tuh matahari baru nak terbenam. cantik sangat ! lagi cantik bila dapat menikmati pemandangan matahari terbenam dengan orang tersayang. lalala.


terus stop kereta amik gambar.
naseb baik lah gambar aku semua clean.
takde anasir2 lain yang tumpang sekaki bergambar.
kalau tak dengan aku aku sekali demam tang tang tu jugak.


matahari terbenam sangat cepat. aku dah pernah tengok sekali masa kat Perlis dulu2. time tu dalam kereta. matahari nak terbenam. rasa macam bape saat je dah terbenam habes. so semalam Akram eksited gila cakap yang matahari terbenam laju. rasa romantik ler pulak. hahahaha ! nak pitam kan baca.



bila matahari dah terbenam abes, perut pon dah lapar maka marilah ke kedai makan dengan pantas.
memula singgah kedai ape entah nama dia tapi Akram pernah makan situ dulu.
Aku tak pernah.
kat kawasan sana memang banyak kedai makan.
tapi kedai tu takde ikan bawal.
Akram pulak teringin nak makan bawal.
so kite carik kedai lain.


sampai kat kedai senandung malam (dah macam nama kereta api dah)
Akram cakap kalau bawal takde pon still nak try makan kedai tu sebab tak pernah makan lagi.
kitorang dah tiga kali makan kat Bagan Lalang ni.
tapi tiga2 kedai berlainan.
and naseb baik jugak memang banyak gila ikan bawal kat kedai tu.



 sampai kedai haruslah ke sesi memilih seafood dulu. macam2 ade. ko pilih je nak ikan ape. nampak sotong tu? pehhhhhhhh besau gileeeeeeeeee !! serius kalau makan memang puas hati. Akram amik 2 ekor.




 ada otak2 jugak. tapi ape barang kan pegi Bagan Lalang makan otak2. 





Akram tanya nak ikan pari tak sebab dia tau ikan pari tu feveret aku. tapi lepas makan banyak tempat yang ikan pari bakar dorang tak marveles maka aku dah malas nak makan ikan pari bakar lagi. sebenarnya sebab ikan pari bakar bapak aku lagi sedap. so bila makan tempat lain rasa biasa je. baik aku balik johor suruh bapak aku masak. lagi bagus.



so kitorang amik bawak sekor masak sambal, sotong 2 ekor goreng tepung dengan tomyam ayam.
nak order telur bungkus tapi takde lah pulak.
nak makan udang dengan sotong macam malas sebab rasa baru je makan.



Tomyam ayam. Akram suka tomyam putih tapi lupe nak order. aku semua pon bedal. hehehe




Inilah yang dinamakan sotong celup tepung. Kalau kat KL tu ade? takde okeyyyyyyy. kalau kau order sotong goreng tepung yang sampai pastinya cekodok sotong. berapi je aku. eh sila lah jemput makan. ape tengok je tuh :P






Dan menu utama kita. Ikan Bawal masak sambal. Hehehe.




Aku kan sebenarnya memang tak reti langsung nak rasa2 ikan ni.
bagi aku kalau dah nama ikan tu memang rasa ikan lah.
aku tak tahu ape lain nya rasa ikan bawal dengan ikan siakap or ikan bla bla bla.
memang semua ikan pon aku bedal.
bagi aku yang membuatkan rasa dia lain is masakan dia lah.
kalau masak sambal aku tau lah rasa sambal tu camne.
kalau masak sweet sour pon rasa lain, masak tiga rasa lain pulak.
tapi kalau bab2 rasa ikan ni okey malas nak layan.



tapi kedai ni okey jugak.
sedap boleh tahan jugak dia masak.
orang pon ramai je makan sini.
kitorang order nasi putih dua, 3 lauk kat atas, air barli suam 1 dengan barli ais satu semua rm39.
boleh tahan murah kot bagi aku.



Akram dah bagi hint nak makan kat Alai, Melaka pulak pasni.
hip hip horey !
mana lah tak g-e-m-u-k.
salahkan Akram
Tapi nanti Akram cakap "eleh jangan lah makan nasi. makan lauk je"

gua mana tahan derrrrrrrrr.


ada sorang junior aku (hye fie) cakap kuat betul pengaruh makan aku kat die. kalau baca blog aku je dia kene pastikan die dah makan dulu sebab boleh jadi lapar kalau tengok gambar makanan dalam tuh.

comel betul. hehehe.

yang ni pon kene salahkan Akram sebab dia yang pengaruh aku.
hihihi.

                                                   
okbai.


                   

16 comments:

  1. perrgghh..giler kentalll selera org demam...hahaha..kalau saya yg drive mesti dia senyap aje..saya ni merempit ngan kereta..hihi..klau ade org mbebel2..talk to the hand ajela..hahaha..

    ReplyDelete
  2. Winkwinkwink!
    Demam demam memang nak bermanje la jawab dia.Eheee~
    Dah lama tak singgah sini..

    ReplyDelete
  3. Weh, apesal sweet sgt korg dua ni??? manjang gi makan2 sokmo..ko bole jadik pngacara JJCM tau dak?? Ni klu ID tgk, mau dia mntak korg 2 plak yg gnti dia... hehehe...

    ReplyDelete
  4. hee wah demam ttp dmm
    makan ttp makan kan.. hee
    bestnye nt nak ajk cik abg
    makan kat situ gak la
    mmg murah tu .. best2 ;)

    ReplyDelete
  5. kite suke sotong celop tepung!!!!!

    ReplyDelete
  6. wuishhh..ni betul2 demam ke si Akram ni. Mak oiiii..

    Eh tapi betul la Syazwana, kite pun sama jela..rasanya semua ikan rasa sama kalau dah namanya ikan.huhu..

    ReplyDelete
  7. eh makan lauk je?
    kalo sy pon mana bleh tahan..muahaha
    mesti kena makan nasik sikit jugak ;p

    ReplyDelete
  8. @Hani Shaklee
    Akram takkan senyap dengan kite.
    hahaha

    ReplyDelete
  9. @laskar pelangi
    kalau tak demam pon memang mengade-ngade dia tuh. hahaha

    ReplyDelete
  10. @Taty Hasbi
    tahu takpe.
    menangis ID tengok kitorang makan nanti. hahaha

    ReplyDelete
  11. @Ezy Chiaki
    kite pon suke !!
    feveret mesti nak order.
    hahaha

    ReplyDelete
  12. @Sophie Al-Yahya
    kan kan.
    tak paham ape yang dorang rasa lain sangat tuh.
    hehehe

    ReplyDelete
  13. @Syazana Zainn
    tahu takpe.
    tak nikmat lah tak makan nasi kan.
    hahaha

    ReplyDelete

What says U?