Monday, March 2, 2015

Pengalaman pertama mengandung dan keguguran - Part 1


Rasanya yang friend dengan aku kat fb dah tau yang aku keguguran awal bulan 2 aritu.
Masa tu aku dah nak masuk 10 weeks.
Kalau tak gugur, this week dah masuk second trisemester dah. Tapi takda rezeki. Huhu.


29/12/2014

Pada tarikh ni, untuk pertama kalinya aku buat UPT test sebab aku punya instict kuat sangat yang ada orang baru nak datang dalam hidup aku. Padahal period aku time tu belum lewat lagi. Lagi dua tiga hari kot nak period. Tapi aku paksa jugak Akram bawak aku pergi bandar Pontian sebab nak beli test kit. So Akram layankan je lah perangai aku ni. Masa tu kan, naluri aku kuat sangat cakap yang aku akan jadi ibu. Sebabnya aku rasa macam lain. Yelah kita mesti boleh rasa perubahan pada diri kita kan? Heheh.

Masa tu aku rasa oversensitif gila. Asyik je nak menangis. Memang la sejak azali lagi aku ni cengeng kuat nangis. Tapi masa tu eh rasa lain lah. Pasal benda kecik pon aku boleh nangis. Rasa macam hari2 pon nak nangis. Haha!

Balik dari bandar tu, aku tak terus buat UPT sebab orang cakap buat awal pagi baru accurate sikit. So malam tu tidur la aku dalam keadaan tak lena sebab tak sabar nak tunggu pagi. Kejap2 aku terjaga tengok jam. Kejap2 lagi terjaga lagi.


30/12/2014

Akhirnya pagi jugak. Bahaha! Pukul 6 pagi aku dah bangun. Punya lah semangat kan. Senyap2 aku bawak test kit pergi bilik air.



Tapi apa yang aku harapkan tak menjadi kenyataan. Result negatif. Terus down. Hehe. Pagi tu Akram tak cakap pape pon. Aku yang bagitau Akram result negatif. Lepas tu Akram cakap

"Tulah kan ayg dah cakap jangan eksited sangat. Tak menyabar" Pastu gelak2.

Terus aku nangis. Haha! Tapi entah kenapa dalam hati aku yakin sangat yang naluri aku ni tepat. Baby akan datang :) Pastu Akram pujuk2 aku sebab tengok muka aku dah masam mengalahkan cuka epal. Bahaha!

***

Lepas daripada haritu, aku buat2 la macam biasa. Pegi keje balik keje dan menunggu period datang. Haha! Tanak bagi harapan kat diri sendiri lagi. Tapi sebenarnya dalam hati ni tuhan je yang tau. Bergolak-golak okey. Cewahh. Masa tu rasa macam lambat sungguh hari berlalu. Aku tak sabar nak tengok period aku ni lewat ke tak. Kikiki.

Masa hari yang sepatotnya period datang tu aku ada jugak rasa sakit2 perut macam nak period. Pastu aku rasa sedih la jugak sebab bila period datang maknanya aku tak mengandung. Tapi tunggu punya tunggu eh sakit perut hari2 tapi kenapa period tak datang2. So aku jadi konpius di situ. Tapi still aku berlagak cool je sebab tanak la rasa down lagi macam aritu. Haha!

Ada lagi satu tanda2 yang buat aku rasa lain maciam sikit. Kepala aku sakit tak macam biasa.
Aku memang selalu sakit kepala. Tapi time tu memang sakit dia tak tahan langsung. Dah la dengan Akram2 sekali sakit kepala. Sudahnya bila aku suruh dia picit kepala aku dia cakap camni "Okey, ayg picit kepala baby, baby picit kepala ayg ok? Sebab kepala ayg pon sakit jugak ni. Baru lah adil"

Cewah kemain lagi kan. So berbaring lah kitorang menghadap diri masing2 sambil tangan aku picit kepala Akram dan tangan Akram picit kepala aku. Bosan betol. Hahah!


03/01/15

Minggu tu aku memang plan naik KL sebab sabtu tu ada wedding coursemate aku kat KL.
So Jumaat malam lepas keje bergerak lah kitorang ke Nilai. Tapi singgah bermalam kat rumah kakak ipar Akram dulu kat Melaka sebab anak sedara kitorang masuk hospital demam kuat.
Sabtu tu pagi2 kitorang singgah hospital dulu, then terus shoot naik KL. Lepas habes kenduri terus balik rumah sebab kitorang dua2 sakit kepala yang amat.

Masa tu tak silap aku period aku dah lewat 3-4 hari kot.
Rupa-rupanya Akram memang dah standby test kit kat rumah dia dah. Ceh cakap aku semangat dia pon sama. Bla lah. Hahaha!

Sampai2 rumah je terus hilang sakit kepala terus mintak Akram test kit tu sebab nak buat.

Lepas test dengan urine tu berdebar-debar gila jantung rasa macam kat dalam exam hall pulak. Kihkih. Mula-mula keluar satu line. Lepas tu eh eh kenapa macam tak keluar pon lagi satu line. Terus sentap. Kakaka! Lepas tu masuk bilik bagi kat Akram sambil cakap "Nampak macam satu line je. Hmmm"

Sekali Akram tengok balik terus cakap "Kan dua line ni. Ape lah"

Dengan sepantas kilatnya aku amik balik test kit tu sebab nak tengok. Eh eh aah lah dua line. Tadi kenapa satu line je. Ish bencinya dipermainkan. Hahaha!

Akram cakap maybe lambat sikit kot.

First test

Lepas tu aku pandang Akram, Akram pandang aku. Dua2 macam tak percaya aku dah peknen.
Hahaha! Last2 Akram pegang perut aku sambil cakap "Hai baby kecik" Kikiki

Disebabkan Akram beli yang ada dua test kit so aku pon buat lagi satu esok paginya. Eksited kata ko. Hahaha! Dah alang2 kan dia beli dua, guna je lah. Nanti beli lagi. :P


Positif lagi :)

Terus happy. Terus mesej kawan2 baik bagi tau berita ni.
Pastu terus whatsapp kawan aku yg tengah peknen gak sebab nak mintak info apa nak kene buat lepas ni sebab aku dengan Akram dua2 blurr.

Kitorang macam tak expect sebenarnya secepat ni.
Tapi kitorang memang tak pernah plan.
Akram cakap jangan nak plan2. Sebagai isteri mithali (kahkah) aku hanya menurut perintah saja. Bahahah! Walaupon kitorang duduk jauh2 tapi memang tak rancang apa2 bab2 rezeki anak ni. Kalau Allah nak bagi cepat kitorang terima. Gittew.


***

Ada one time tu aku teringin gila nak makan laksa sebab kat Nilai ada satu kedai jual laksa yang sedap gila. Memang susah nak jumpa kat tempat lain. Laksa dia pekat gila. Hahaha!

Lepas je uplod gambar kat instagram tetibe kawan aku call "Woi kau makan laksa?? Mana boleh makan laksa tak elok la. blablabla."

Pastu aku terus down sebab risau. Sampai la Akram call mak dia bagitau aku pregnant lepas tu mak dia cakap tak ada apa pon makan laksa. Tapi lepas ni kalau ada makanan yang tak sure, jangan makan. Baik mak. Hehehe!


18/01/2015

Aku datang rumah Akram lagi. Sebab Akram dah janji nak bawak pergi scan.
Buat kat area rumah Akram je. Ada klinik yang buat scan tapi 2D je. Takpe lah. 2D pon 2D lah.

Jumpa dokter, naseb baik dokter pompuan. Lembut je dokter tu.
Lepas tu aku cakap la nak buat scan sebab dah buat UPT test positif. Dokter pon terus buat scan je tak buat test lagi sekali.

Masa die nak scan perut tu, aku dah la jenis penggeli. Agak kelakar la jugak bila ingat2 balik. Nak tergeliat perut aku menahan geli. Lama pulak tu. Sebab dokter nak amik gambar yang best sikit.

Masa scan tu die tunjuk la monitor tu kat aku. Tunjuk mana kantung aku suma. Semua okey sebab bukan mengandung luar rahim. Alhamdulillah.


First scan :D Dapat EDD 8/9/2015. Sehari selepas birthday anak buah aku yang pertama. Masa ni aku dah 7 weeks dah. So dokter cakap boleh nampak kantung je. Kalau datang lagi dua minggu mungkin dah boleh nampak baby kecik dah.


Dah alang2 jumpa dokter tu aku tanya lah bila boleh buat buku pink semua sebab kawan aku cakap kadang2 klinik tak bagi buat awal2.
Dokter cakap dah boleh buat dah time tu.
Lepas tu aku tanya ape je yang tak boleh makan.
Dokter cakap basically dalam bidang medical ni ada tiga je yang tak boleh makan

1. Nenas muda.
2. Air tebu.
3. Betik.

Nenas muda tu memang dah tau la tajam kan.
Air tebu tu doktor cakap bukan sebab tajam tapi dia ada satu virus yang tak elok untuk baby.
Sebab tebu kan selalu orang letak sepah2 kan kotor. Lepas tu tak basuh. Lepas mesin tebu tu air dia terus dia jual kan. Virus tu ada dalam air tebu tu je. Dokter la yang cakap.

Lepas tu betik pulak sebab takut die lembutkan daging baby.
Pernah dengar tak orang lembutkan daging guna daun betik?
So sebagai langkah berjaga-jaga betik pon better jangan makan.

Lepas tu dokter bagi acid folic and vitamin untuk makan.

***

Lepas jumpa dokter tu terus pergi popular sebab konon2 nak beli buku yang menguji minda sikit.
Konon2 nanti baby lahir boleh pandai. Bahahaha! Dua sekali buku sudoku aku beli.

Lepas tu google2 apa yang selalu orang elakkan dari makan. Walaupon dokter cakap tiga benda je tak boleh makan tapi aku try je lah elak benda2 lain macam air kelapa tu.

Akram pon belikan kismis and kacang2 untuk aku makan sebab aku mengadu asyik lapar je. Tapi dia bukan belikan untuk aku pon. Dia whatsapp aku gambar kismis dengan caption "Baby kecik ayah, ni ayah belikan kismis dengan kacang untuk baby kecik. Makan dengan ibu k"

Nampak tak nama sapa dulu die sebut? Nama baby okey. Sentap mak. Hahhaha!

Lepas tu macam biasa je. Takda apa yang tak normal pon happen.

Disebabkan aku ni sentiasalah busy, so memang takda masa nak buat buku pink tu. Ada kawan aku masa 5 weeks dah bukak buku dah. Ada kawan aku yang dah nak habes first trisemester baru nak bukak. So aku lek2 je lah. Lagipon aku menyewa dengan kawan2 kan. Akram jauh. So aku macam konpius nak bukak buku kat mana. Aku keje nusajaya, So bila call KK gelang patah dia cakap kene buat kat area rumah. Call KK Larkin seminggu haram nak angkat. Blerghhhh.

***

Cumanya ada satu peristiwa yang berlaku yang buat aku jadi sangat stress.
Tapi aku malas dah nak ingat balik. Cumanya masa peristiwa tu jadik boleh dikatakan hari2 aku nangis. Sampai kat opis pon aku nangis. Kawan2 aku memang nasihatkan dah jangan stress2 sebab bahaya untuk baby, tapi time tu memang aku tak boleh handle dah.

First time dalam sejarah hidup aku yang aku rasa stress sampai macam tu sekali. Selama ni aku jenis yang tak suka amik kisah sangat apa yang jadi kat aku. Orang buat salah kat aku? Okey takpe, aku okey je.

Tapi time tu, hmmm entah lah kepala otak aku sampai nak pecah pikir. Sampai tido malam pon terjaga-jaga sebab nightmare. Hari2 aku cakap kat baby yang aku bertahan sebab dia.
Masa solat jangan cakap lah. Sampai basah telekung aku sebab mengadu pada Allah. Dia punya sakit kepala tu tuhan je yang tau.

Aku call mak aku sampai menangis2 cerita. Aku cakap aku stress tak tahan dah.
Mak aku siap pesan walau apa pon jadi jangan sampai masam muka. Sedihnya Tuhan je yang tau.

Bila ingat2 balik memang pedih sangat hati aku time tu tapi dah berlalu dah pon. Aku harap aku lebih tabah lepas ni :')


Pada tarikh 08/02/2015, detik cemas pon bermula. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah juga yang maha menentukan.

Tapi sambung next entry boleh tak? Rasa macam dah banyak dah menaip. Hihi.

okbai.

7 comments:

  1. Assalamualaikum awak.. in shaa Allah, ada rezeki lagi. jangan stress2 tau. take care awak..

    ReplyDelete
  2. Takziah dear.. I doakan yg tbaik utk u & akram

    ReplyDelete
  3. sbr dik..insyaAllah nt ada rezeki lain..

    ReplyDelete
  4. sabar yer yunk...jijah dah merasa gugur dulu 6w..pantang elok2 tau..makan jamu2..lepas 2bulan lekat balik..Alhamdulillah anakb dah 1y5m..

    ReplyDelete
  5. Sy x tau pun x boleh minum tebu, mkn betik n minum kelapa...sy miscarriage 8 april..
    29 march kna dhiarrea..1 april sehat
    2 april sy minum tebu, 4 april ada pendarahan, berlarutan sampai 8 april-miscarriage,
    Msa tu dh 9weeks...sblm2 tu pun mmg ada mkn betik jugak..

    ReplyDelete
  6. Ya allah sy br tringat saya ada mkn betik .sy miscarriage

    ReplyDelete

What says U?