Tuesday, September 6, 2016

Resepi nasi butter, ayam bakar, sos black pepper, sayur goreng & sandwich ayam.



Okey ramai sangat suruh apdet resepi.
Sebenarnya bukan bajet2 kedekut nak bagi resepi. Tapi sebab malas nak menaip. Dah la jari gemok asyik dok typo je.
Lepas tu aku ni style gugel resepi pastu bukan ikot pon. Main campak ikot suka hati aku je. So aku tak tau nak letak sukatan macam mana.
Tapi demi korang yang tercinta (ehemm) aku try la up resepi. Heheh. Siap on laptop tau demi nak menaip. Sila belanja makan. Eh. :P

Tapi nak bagitau awal2 yang resepi aku ni memang bahan paling simple sekali. Sebab aku tak suka bahan leceh2 ni. Eehehe. Guna apa yang memang ada kat dapur je. Kalau nak resepi yang perfect boleh follow Mat Gebu ke, Kak azlita masam manis ke. Haa hat tu resepi memang lengkap.


1. Nasi butter

Bahan-bahan:
1. Nasi 3 pot kecik (cuci dan tos)
2. Butter / planta (2 sb)
3. Bawang putih (3 ulas-cincang halus)
4. Halia (seinci-hiris halus)
5. Carrot sikit potong dadu
6. Basil
7. Serbuk pati ayam satu sudu kecik

Cara-cara:
1. Panaskan butter, tumis bawang putih dan halia sampai naik bau. Masukkan beras yang dah ditos. Kacau sikit bagi sebati. Transfer masuk periuk nasi biasa. Tambah air macam masak nasi biasa. Campak carrot, serbuk pati ayam, tabur basil. Masak macam biasa. Basil tu tak letak pon takpa. Atau nak pakai daun ketumbar pon boleh takde hal. Aku guna apa yang ada kat rumah. Ehehe. Siap!


2. Ayam Bakar

Bahan-bahan:
1. Ayam ikot suka la nak banyak mana. Aku buat untuk 2 orang makan je.
2. Kicap pekat
3. Sos tiram
4. Bawang Putih 3 ulas
5. Halia seinci
6. Garam sikit.
7. Lada hitam.
8. Basil.

Cara-cara:
1. Amik ayam, cuci, tos kan.
2. Gaul lah dengan semua bahan yang ada. Aku perapkan semalaman. Esok paginya campak je dalam pemanggang ajaib. 20 minit balik-balikkan dan siap!


3. Sos blackpepper simple

Bahan-bahan:
1. Butter 1sb
2. Black pepper kasar tumbuk
3. Kicap pekat 2 sb (untuk gelapkan kuah)
4. Bawang besar setengah biji-potong dadu
5. Tepung gandum - 2 sb
6. Air dua cawan
7. Serbuk pati ayam satu sudu kecik
8. Sos lada hitam (guna brand giant je :D)
9. Sos tiram (2 sb)

Cara-cara:
1. Panaskan butter, tumis bawang besar sampai layu.
2. Masukkan tepung gandum. Tak payah bancuh air. Make sure api kecik kang hangus pulak. Gaul2 bagi rata.
3. Masukkan air. Bagi didih. Masukkan kicap pekat, serbuk pati ayam, sos lada hitam, serbuk pati ayam, sos tiram dengan black pepper.
4. Masak sampai agak2 dah puas hati matikan api. Hahah!

Kalau agak2 kuah tak gelap boleh tambah kicap pekat. Kalau agak2 tak masin tambah garam. Pandai2 la ye. Ehehehe. Ikot gerak hati katenye.


4. Sayur campur goreng

Bahan-bahan:
1. Brokoli
2. Carrot
3. Cauliflower
4. Bawang besar setengah biji
5. Ikan bilis sikit
6. Sos tiram 1 sb
7. Serbuk pati ayam satu sudu kecik & garam 1 sk

Cara-cara:
1. Panaskan minyak sikit. Goreng ikan bilis garing, masukkan bawang besar and tumis sampai layu. Masukkan air sikit. Besarkan api. Masukkan semua sayur dan sos tiram. Biarkan 3 minit. Tutup api. Siap!


5. Sandwich ayam simple

Bahan-bahan:
1. Roti sandwich panjang macam subway tu. Nak guna roti biasa tade hal k.
2. Isi ayam
3. Sos bbq. Aku guna jenama life. Memang ada kat rumah lama dah.
4. Sayur kobis hiris nipis
5. Cheese beberapa keping

Cara-cara:
1. Roti tu belah tengah.
2. Ayam aku rebus dengan bawang putih, garam, serbuk basil, lada hitam.
3. Dah empuk, siat2 kan ayam tu macam nak buat soto.
4. Sumbat isi ayam dalam roti. Sapukan atas isi ayam tu dengan sos bbq. Letak cheese ikot suka bapa banyak nak letak. Bakar kejap dalam 5 minit gitu bagi cheese cair.
5. Pastu baru sumbatkan sayur.

Dah tak payah letak sos bagai dah. Sedap dah. hehe


Ok lah. Itu je.
Selamat mencuba bagi yang nak mencuba.
Babai. Ahkak nak tido dulu. Ehehe.



6 comments:

  1. nampak macam sedap boleh cuba buat nanti :)

    ReplyDelete
  2. gambar memg sentiasa menang.tgk resepi macam senang tapi nak buatnya kadang-kadang makan taun haha...

    ReplyDelete
  3. Cak awak!!! Hamboi masak kemain lagi banyak betul... Power-power hehehe... Masak ni bolehlah dikatakan takdelah susah mana. Tapi part nak mencuci tulah yang payah... Kehkehkeh

    ReplyDelete
  4. sedap la ayam bakar dengan sos blackpepper

    ReplyDelete
  5. Maceh mother ucil! Nak try nnti hehehe

    ReplyDelete

What says U?