Showing posts with label Annoying. Show all posts
Showing posts with label Annoying. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Kurang Adab



Sape baca paper semalam mesti tau pasal ni.
Tapi aku tak sure semua paper ke ade berita ni sebab aku baca Kosmo.
Cewahh tetibe nak berlagak sebab baca paper dah mengetahui berita semasa.
Padehal sebab Akram yang beli paper tu masa keluar semalam.
Aku tumpang baca je.
Nak harap aku beli paper sendiri jangan harap lah.
Dah la tak baca paper, tengok berita pon tak. Apa lah nak jadi.
Hari2 dok asyik menghadap BeautifulNara je sampai Kota Tinggi banjir pon boleh tak tau. Wakakaka.





Sedih sangat.
Bayangkan kalau terjatuh sikit pon dah meraung inikan pula kene hempap dengan 10 tan ok.
10 tan = 10000 kg.
Sakit nye dia menanggung before meninggal :(






Masa memula Akram baca berita ni dia tunjuk gambar kereta tu pastu tutup caption bawah and tanya aku "Cube teka ni kereta ape?"
Punya lah berkecai kereta tu. Sampai dah tak rupa kereta ape dah.
Aku pon main taram je teka Gen 2.
Sekali ala-ala betul pulak.


Kalau korang baca berita ni sedih sangat.
Lagi sedih bila lepas aku update status rupanya yang eksiden tu makcik Junior aku masa kat Sekolah dulu.
Allahuakbar mengucap panjang aku.


Junior aku cakap driver lori tu lari. Polis tengah kesan.
Tu yang aku tanya Akram semalam apesal takde langsung cerita pasal driver tu.
Rupanya lari.
Konghajo betul manusia ni.
Dah buat salah tau pulak takut.
Sebelum buat salah taknak pikir panjang2.
Harap2 polis dapat carik cepat. Memang tak boleh dimaafkan.





Yang aku macam sedih sangat sebab dorang dah nak sampai rumah dah.
Tapi tu lah malang tak berbau.
Orang cakap dah takdir kan.
Tapi aku selalu bayang kalau lah driver lori tu boleh sabar sikit.
Mesti tak jadi macam ni :(
Tak paham aku kenapa gelabah sangat nak potong kereta tu padahal kereta tu dah nak belok kiri kot.


Bila baca2 berita macam ni aku memang cuak la.
Maklum lah kereta kecik sekali kalau lori potong aku memang terhuyung-hayang je aku rasa dalam kereta.
Sejak2 aku drive ni memang dah banyak kali dah jumpe lori2 yang bawak laju dah berbahaya.
Bukan setakat lori je bas ekspress pon sama.
Nak laju pon berpada la sikit.


Aku rasa bulan lepas kot paling banyak aku kene hi-beam dengan bas.
Aku bawak 80-90km/h lane paling kiri ok.
Kene jugak hi-beam dengan bas.
Kalau aku bawak lane tengah ke kanan ke boleh jugak aku ke kiri.
Dah aku bawak kat kiri nak aku duduk celah mana?
Emergency lane.


Memula aku kene tu aku bengang jugak terus aku masuk lane kanan, pecut terus.
Tapi bila aku pikir2 balik watpe aku nak emosi.
Bukan salah aku pon.
So hari tu aku bawak 90km/h duduk lane tengah. Ada satu bas ni dok hi-beam aku.
Aku buat keras tak layan. Naseb lah kan.
90km/h lane tengah bukan slow pon.


Memang dah banyak kali sangat aku kene.
Ade one time tu lagi teruk satu bas ni.
Time tu aku dok line tengah bawak dalam 80-90km/h camtu.
Jalan time tu boleh tahan banyak gak kereta.
Sebelah aku time tu ade satu waja ni bawak dalam laju macam aku jugak.
Sekali ada satu bas ekspress ni mula-mula die duduk belakang aku. Agaknya sebab dia rasa aku lembab die nak potong ikot lane kiri lah.
Tetibe kereta lane kiri pon bawak laju macam aku jugak. Kene cucuk ok dengan bas.
Memang aku tengok rapat gila bas tu bawak dengan kereta depan.
Time tu rasa macam cibai gila bas ni.
Yang kereta waja tu sampai dah nak masuk emergency lane dah punya takut kalau tetibe bas tu sodok dia.


Aku pon kalau orang bawak kereta dekat2 dengan aku kat belakang dah rasa gelabah gila.
Ni pulak kalau bas ke lori ke. Kecut perut.


Aku dulu mula2 memang tak boleh la kalau orang buat aku camtu.Cepat je rasa panas hati.
Now aku rasa macam ah lantak kau la.
Asal aku tak buat salah malas aku nak layan kau.
Kau nak potong aku silakan.
Kau laju kau eksiden kau innalillah.


Tapi tu lah kan kadang2 orang lain yang salah kite yang kene tempiasnya.
Apa nak buat.
Doa je lah banyak2.


okbai.



Monday, July 23, 2012

Giant, Peneraju harga rendah. Kononnya lah.

                       



Pernah tak korang pergi beli barang tak kisah lah kat Giant ke, Carefour ke, Tesco ke ape2 je lah and excited nak amik barang tu sebab harga dia murah sekali pergi bayar kat kaunter eh apehal mahal pulak kan.
Fuhhhhhhhhhhhh memang mendatangkan kemarahan ini.
pernah?
kalau tak pernah baguslah.
aku dengan Akram selalu jugak lah kene.
setakat ni dah 3 kali.
semua kat Giant sebab kitorang suka beli barang kat Giant sebab terpengaruh dengan tagline Giant Peneraju harga rendah padehal kadang2 mahal jugak.






Gambar atas ni yang kali ketiga kitorang kene.
time tu nak beli buah pear yang kecik comel ade kaler merah2 sikit tuh.
Giant buat promosi memang murah la.
dia dah siap2 packing and letak harga.
kitorang jumpa ada satu packing ni dalam dia ada 6 bijik. yang lain2 semua 5 bijik.
so kitorang assume Giant silap packing so kitorang amik.
jalan2 tengok2 tempat lain memang takde jual buah pear camtu.
kat situ je ade.



so bila dah bayar tup2 harga yang keluar lain.
takpe. kite pergi customer service.
rupa2 nya buah yang kitorang amik tu yang paket lain.
besar sikit.
eleh padehal satu tempat tu je lah yang jual buah tu.
last2 budak tu tukar dengan yang paket 5 bijik tu and pulang duit baki.


masa first time kitorang kene time tu nak beli cecair untuk letak kat cermin kereta bagi clear sikit bila hujan.
time tu ade promosi.
bape hinggit tu of crosss aku dah lupa kan.
sekali bila bayar eh apehal mahal.
takley jadik. mari ke customer service.
rupa-rupanya staff Giant lupa nak tukar harga.
time tu kitorang dapat barang yang sama and dapat duit baki.
sebab salah dorang.


aku pernah kene sekali kat Giant Bangi tapi time tu aku sorang.
aku nak beli hanger baju. time tu die tulis ade promosi.
sekali time nak bayar aku perasan mahal.
aku tanya lah.
cashier tu cakap camni "dorang lupa nak tukar. so nak ke taknak?" sial je kan jawab camtu.
aku bayar jugak sebab malas nak panjang2.


lepas tuh bila aku cerita kat Akram dia cakap "Lah apesal cakap dengan cashier. cashier bukan boleh buat ape. Lain kali bayar dulu then pergi customer service"
owhhhhhhhhhh okey.
baru tau. hehehe



So sekarang everytime lepas bayar barang kitorang akan check harga satu persatu.
hehe.
bukan lah tak mampu nak bayar.
tapi buat ape nak bayar lebih kalau boleh dapat harga murah kan?



baru dorang reti sikit nak buat kerja.



selamat berpuasa kepada semua yang berpuasa.
aku sambut puasa 1 Ramadhan je.
malam tu terussssssss dan dan cuti.
jadi mari kita lunch sorok-sorok.
hakk hakk.


okbai.


                                                         

Monday, July 16, 2012

Agaknye dia dah kene manderem dengan bini dia kot.

                           
Hari tu kan aku ade pos pasal Nyonya Tan yang mati kene ragut tu kan.
tak sangka pulak aku yang hari tuh Akram mengalami situasi camtu jugak.
bukan lah Akram kene ragut tapi situasi which is dia nak lalu jalan tu tapi ade mamat Indon terbaring tengah jalan dengan motor2 sekali terbaring.


Jumaat lepas Akram balik kampung.
Bertolak Jumaat malam dalam 1030pm camtu.
singgah rehat lepak makan sampai Pontian dalam 2pagi camtu.
jalan masuk kampung biasalah kan kecik pastu sebijik kereta je boleh lalu.
pulak tu jalan gelap pulak.
tetiba je dia nampak ade sorang mamat ni terbaring tengah jalan dengan motor terbaring.
nak taknak memang mamat tu terpaksa bla lah supaya kereta dia boleh lalu.


so Akram call polis.
tapi yang polis ni punya lah lembab nak datang.
sejam call baru sampai.
macam Kak Reena komen entry nyonya tan tuh.  "Akak rasa, mungkin dah ada orang call kot, cuma polis / ambulan je yang lambat sampai. Eh. Hehehe... sebab apa akak cakap camgini. Sebab akak pernah hilang kereta depan rumah (pukul 1:30 pagi), akak nampak kereta kena bawak lari (sebab dengar alarm kereta bunyi tak berhenti). Cepat-cepat telefon polis. Sejam kemudian baru polis sampai -____-"


Lepas call polis die pergi lepak rumah kawan dia dulu.
Akram cakap mamat Indon tu mabuk tu yang terbaring tengah jalan tu.
sebab dia bau macam bau something lah.
tapi dia cakap masa polis sampai mamat tuh dah bla dah.
aku pon tak berapa nak paham sangat. hahaha !



tapi naseb baik lah kan tak kene samun ke ape ke.
orang mabuk ni bukan sedar. kang tak pasal2 kang tetiba keluar pisau segala.
naye je.
last2 dalam 4 lebih baru settle semua.



Hari Jumaat petang hari tu aku bosan gila so aku ajak kawan aku keluar.
pergi lah ke Mines.
nampak pulak kedai takoyaki kat Mines.
aku memang suka gila makan takoyaki tapi before ni selalu beli kat Mid Valley je.
sedap !
tapi setiap kali nak beli tu terpakse beratur panjang tunggu nombor giliran.



so aku order takoyaki dengan okonomiyaki.


Takoyaki





Okonomiyaki



Masa makanan ni sampai benda yang atas tu bergoyang-goyang. maybe kene angin kot.
pastu kitorang macam "eh benda ni hidup lagi ke?"
hahahaha !
tapi seyesly macam benda hidup yang bergerak-gerak. pastu masing2 takut nak makan. hihi.


Takoyaki tu aku rasa yang kat Mid Valley tu lagi sedap.
yang okonomiyaki tu pulak tak sure lah sebab first time rasa.
tapi tak habes pon.
okonomiyaki tu separuh aku bungkus bawak balik.
memang besar gila.



pastu semalam saje aku ajak kawan aku pergi jalan-jalan kat Paradigm Mall.
kate baru bukak kan.
haruslah terjah.
tapi aku rasa Mid Valley lagi best kot.
ecehhh semua nak Mid Valley kan. haha !


kat Paradigm Mall tu fast food yang ade cume burger king je kot.
pastu macam banyak je restoran yang bukan kita familiar.
restoran yang aku kenal adelah Subway, Chicken Rice Shop, Burger King.
yang lain semua tak kenal.
last2 pi makan kat Teh Tarik stall. Kedai mamak.
tapi kene order sendiri kat kaunter eh. boleh?
tapi servise charge nak 5%.


yang paling aku bengang lagi lah.
before kitorang makan pergi la check directory.
time tu ade sorang mamat cina ni bawak troli berdiri betul2 kat depan directory tu.
pastu anak2 dia dua orang sibuk tekan2 directory tu.
kitorang tengok2 je. pastu mamat cina tu nampak kitorang boleh dia buat bodoh dengan muka toya nak mampus.
lama jugak lah macam tu. padahal bukan dia guna directory tu. dia boleh pergi biar anak2 dia tekan2 benda tu.
bila aku datang dekat and nak guna directory tu dia boleh taknak bla.
aku memang rasa nak mencarut je kat situ.



last2 aku cakap nak guna ke? kalau taknak guna kitorang nak guna.
pastu dia cakap tak guna pon.
tapi ko tau ape dia buat?
dia tak bla pon. dia gerak sikit je.
dah aku pulak yang nak kene tolak2 troli dia sikit.
perangai memang lahanat.
muka dah macam kene manderem dengan bini.
eh sabo je lah aku.
member aku pon cakap muka die dah macam kene manderem dengan binik.
yelah toye pastu orang cakap macam takde respon.



tapi seyes lah kat sana memang ramai gila kaum dorang.
semua pulak jenis yang annoying.
tak koserrrrrr aku nak datang lagi.
dah la tak best.
baik aku pergi mines ke, alamanda ke, jusco ke.
boleh bla Paradigm Mall.



okbai.