Loading...

Friday, July 13, 2012

Apa yang dah jadi sebenarnya?



                                 
Korang tengok tak berita tb3 ke tb9 malam kelmarin?
berita pukul 8 malam.
cewah tetiba up cerita pasal berita kan. macam kan hari2 kau tengok berita wana.
padahal malam kelmarin tuh tertengok je sebab malas nak pergi mandi.
before2 ni jangan harap kerajinan nak tengok berita tu ade. selalunya berita yang mendodoikan aku.
baca paper lagi lah haram.
kalau dah bosan tahap gaban baru lah beli paper. tu pon selak2 sikit. baca tajuk. baca pendahuluan sikit baca penutup sikit tengok2 gambar sikit pastu tutup balik paper. hehe.
tapi kat bahagian gossip retis aku baca lama sikit lah. wakakakaka. astarafirullahalazim wana wana.


disebabkan malam kelmarin aku tengok berita maka aku pon tertengok lah ade satu insiden yang berlaku kat Pulau Pinang ni.
Ada sorang nyonya ni (Tan) kene ragut dengan mat rempit pastu dia pengsan kat tengah2 jalan.




Yang menggemparkan insiden tuh sebab daripada rakaman CCTV, ada tujuh orang yang lalu lalang kat kawasan tu tak pedulikan pon si Nyonya Tan yang terbaring tengah jalan tu.
Masa tuh pukul 6pagi.
so maybe kawasan tu gelap lagi lah.
masa Tan ke ragut tu takde sape saksi. Masa dia dah terbaring atas jalan pengsan baru ade orang lalu-lalang.



Tapi lepas tu ade 4 orang lelaki yang tolong mangsa. And sadly mangsa mati 9jam lepas tu kat hospital.
Persoalannya betul ke rakyat Malaysia ni dah hilang perasaan simpati?
Dah takde hati perut?



Kalau korang ingat or pernah tengok dalam berita jugak before ni yang budak perempuan kat China kene langgar dengan lori tuh and CCTV tunjuk takde sape pon nak tolong budak tu.
same macam kisah nyonya ni cuma bezanye budak tu kene langgar kat China.
Nyonya tu pulak kene ragut kat Malaysia.


Betul ke rakyat Malaysia makin pentingkan diri sendiri?


So semalam masa aku makan dengan Akram aku cerita kat dia pasal benda ni.
Dan kitorang punya pendapat sama.



comel gila Akram tengah makan pon boleh buat perbelanjaan kira-kira lagi. hik hik. tapi tulisan Akram buruk kan. sebab tu selalu paksa aku tulis ucapan kat kad kawen nak bagi orang. aptb.



So aku pon cerita lah kat Akram kalau aku ade kat tempat kejadian pon aku tak sure yang aku akan tolong ke tak.
sebabnya sekarang ni macam2 benda boleh berlaku.
walaupon pihak polis cakap kadar jenayah kat Malaysia ni dah berkurang tapi aku tetap rasa tak selamat dah bila nak keluar rumah lagi2 dengan kejadian samun kat parking mall makin banyak.
adoii camne nak pergi sopink dengan bff aku ahad ni. takut lah pulak. huhuhu.



yelah kan asal tengok berita je kes samun. tak pon ragut. tak pon paling ngeri kene culik.
sape tak takur derr.
cuba bayangkan kalau niat kita baik nak tolong orang yang pengsan tengah jalan tapi tetiba orang tu acu pisau kat kita.
rupa-rupanya dia pura-pura pengsan.
rupa-rupanya dia nak samun kita.
rupa-rupanya dia nak duit kita.
rupa-rupanya dia memperdayakan kita je.
arggghhhhhhhhhhhhhh.
camne?
dah la time tuh pukul 6 pagi. gelap.



tapi kalau aku lah kan. kalau aku jalan sorang2 kat tempat camtu pastu nampak orang terbaring kat jalan camtu maybe aku takkan dekat tapi aku akan call polis dari jarak jauh.
untuk keselamatan lah kan.
lain lah kalau aku jalan dengan 5 orang lelaki ke boleh la nak tengok2 pon.
ape2 hal at least dorang boleh tolong aku.
tu pon kalau badan semua macam abang aaron ajis lah.
kalau badan semua macam tiang je balik tak payah. kahh kahhh.



macam Akram cakap jugak.
rakyat Malaysia ni sebenarnya baik hati. Tapi disebabkan dekat Malaysia ni dah banyak sangat kejadian jenayah maka orang akan pikir dua tiga kali untuk tolong orang lain.
takut2 kalau kita baik sangat tolong orang, kita pulak yang kene.
betul tak?
orang sekarang kan sanggup buat ape je demi duit.
wallahhualam. mintak jauh dari tu semua.



contoh, ade orang buat2 terlanggar bontot kereta kau. tetiba kau keluar terus kene samun.
tak pon ada orang buat2 tanya jalan tetiba kau kene acu pisau.
tak pon macam kes ni dia buat2 pengsan tetiba kau datang dekat dia bangun terus acu parang.
segala nya mungkin.



tapi maybe orang2 yang lalu lalang tu patot call polis dari jarak jauh kan?

kalau korang ?






okbai.


                                                     
With Love : Syazwana Jamal :)


14 comments

July 13, 2012 at 10:50 AM

stuju kata2 akram..kt ni ramai baik hati..tp dsbbkan makin byk kes jenayah, kt nak tlong tp takut kt tertipu..

1) mYBE INGT DIA MABUK
2) MYBE FIKIR DIA NAK LAKUKAN JENAYAH

Risiko semua ini. Tapi kalau ada saksi, tak musthil ramai membantu pom itu..

takziah utknya.

July 13, 2012 at 11:29 AM

rkyat malaysia sgt prihatin, tp atas keprihatinan tu, selalu jd mngsa jenayah.. so, nk xnk, terpksa biarkan.. bkn kejam, tp tkt kemungkinan yg berlaku.. btl la apa akram ckp tu.. akak pun setuju..

ahmad
July 13, 2012 at 12:59 PM

yg tak prihatin tu,jika kita nampak kejadian ragut tu,tp membiarkan nyonya tan begitu saje...

July 13, 2012 at 1:02 PM

sangat bersetuju dengan wana
betul tu rakyat malasyia ni terlalu baik sampai orang pon ambil kesempatan.

ada kawan sy tu dia sanggup tolong sorg mamat india tepi jalan, at 1st kawan lain tak bg tolong tp sbb dia kesian malam2 kat atas highway sorang2 repair tayar

then after dia tolong rupanya dalam kereta tu dah ada geng india tu

so apa lg dorang sume kena samun.

so macam mn kita nak put trust kat orang lain, sbb niat baik kita dah orang salah gunakan.

ni salah satu dr contoh situasi yg kita boleh conclude skarang ni. huhu

July 13, 2012 at 1:34 PM

nak tolong serba salah, kalau tak tolong pun serba salah jugak..

July 13, 2012 at 1:39 PM

wana..akak setuju dgn pendapat wana..kalau akak sengsorang pon akak x kan pi tolong nyonya tu dan hanya akan call polis dr jauh sbb mcm wana ckp takut sbnrnya dia berpura-pura..kita gi kat dia pastu dtg geng dia rompak kita lak


psl kat china tu ada sbb nape derang x tolong sbb undang-undang kat china pelik sikit..kalau derang pi tolong budak tu derang yg akan dikenakan hukuman ape tah

July 13, 2012 at 2:26 PM

akak pun sependapat...rakyat msia ni sangat la prihatin sebenarnya tp kadar jenayah pun makin hari makin menjadi2.haruslah berhati2 juga utk keselamtan dirikan....

July 13, 2012 at 4:14 PM

wana akak dh upload semula video td..rs dah boleh bukak

July 13, 2012 at 4:31 PM

entah la. prihatin salah , tak prihtin pon salah. serba tak kena

July 13, 2012 at 5:06 PM

kesian gile...
naseb baik ko citer kat sini..lau x aku xtao pape.hahhahaa..lagiii teruukk!

mesia skang mmg nk ikot chine gamaknye..

July 13, 2012 at 6:44 PM

aku setuju part call polis dari jauh. bile polis da dtg bru kite approach. tak pn approach ramai2. skrg mmg tak ley caya sesape. tpi sian la nyonya tu. hmmm

eh nak shopping hati2. ingt tak beg aku kene potong tu? sbb leka sgt shopping org potong beg pn tak sedar. klu pegi ngn kawan suruh kwn tgk2 kan. jgn dedua leka sudah la :P

July 13, 2012 at 7:38 PM

Tulah... sekarang ni dah susah nak percaya dengan orang yang tak dikenali. Semua kena hati-hati. Kalau akak, akak pun akan buat perkara yang sama macam awak. Call polis untuk mintak polis siasat. Akak rasa, mungkin dah ada orang call kot, cuma polis / ambulan je yang lambat sampai. Eh. Hehehe... sebab apa akak cakap camgini. Sebab akak pernah hilang kereta depan rumah (pukul 1:30 pagi), akak nampak kereta kena bawak lari (sebab dengar alarm kereta bunyi tak berhenti). Cepat-cepat telefon polis. Sejam kemudian baru polis sampai -____-"

July 14, 2012 at 10:17 PM

Betullah cakap wana tu.. Zaman sekarang ni susah kita nak percaya orang.. Kadang2 ada yang betul2 berniat baik, last2 dia pulak yang kena kapak.. Tu yang buat rakyat Malaysia sekarang jadi takut nak bertindak. Sebab macam2 boleh jadi.. Penjenayah zaman sekarang dah cerdik, macam2 taktik dorang guna untuk menipu daya orang ramai..

July 15, 2012 at 1:04 PM

kesian tgk kan

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal