Tuesday, November 29, 2011
weekend.
Jumaat lepas awal2 lagi member aku dah call tanya ape plan wiken.
cuti 3 hari katenyee. haruslah digunakan sepenuhnya.
aku memula ingat nak balik kampung tapi fikir2 balik jauh lepas tuh gaji tak masuk lagi.
so postpone. lagipun hujung bulan ni kakak aku ajak balik kampung. jadinya tunggu hujung bulan je lah sekali. ramai2 balik kampung seronok sikit.
so sabtu pagi aku pergi member aku tunang dekat shah alam.
gambar takde lagi so nanti2 aku up gambar dekat entry lain.
hari ahad aku keluar dengan kawan2 aku pergi tengok Twilight: breaking dawn.
aku takde lah fanatik sangat dengan Edward ke Jacob ke sebab aku ni tak pernah lah pulak nak fanatik-fanatik terhadap (ayat terhadap kau :P) artis ni.
aku fanatik terhadap makanan je. haha !
tapi sebab kawan aku beria nak pergi tengok aku layan kan aje.
nak pergi tengok dekat Mid valley hari ahad memang tak lah kan.
cari parking dah setengan jam.
itu untung kalau setengah jam dah jumpa parking.
kalau sejam pon kau tak jumpa2 parking lagi memang sejam lah buat dosa mencarut kau di situ.
so langkah selamat mari kite ke tempat lain.
mula2 plan nak pegi tropicana mall tapi cane entah tetiba tersampai dekat e-curve.
okeylah jugak sebab e-curve pon tak ramai orang sangat.
parking pon murah. itu yang penting.
aku rasa kan Twilight ni patot dikategorikan under 18 tapi ni selamber malaysia letak PG13.
ohoiii banyak kot adegan kissing-kissing.
ofismate aku bawak adik dengan mak dia tengok cerita ni.
aku tataw ape lah yang mak dia rasa tengok cerita ni.
tapi aku rasa mak dia sporting gila kot. haha !
tapiiiiiiii still banyak adegan yang kene potong.
yang aku tau adegan dorang gitu-gitu kene potong.
tetiba je scene bella bangun pagi katil dah patah-patah.
memang tak boleh bla.
lepas tuh time bella beranak pon kene potong.
tetiba je bella dah mati.
nanti aku nak cari lah full muvie online yang tak kene cut (motip?)
tapi overall part 1 ni pasal bella kawen ---> honeymoon ---> pregnant ---> dapat baby ---> bella mati ---> bella jadi vampire.
lepas tuh to be continue in part 2.
part paling menakutkan masa tulang bella patah sebab baby dia berat sangat.
sangat mengerikan okey.
ko nampak tulang belakang dia bengkok OMG horror gila.
tapi anak dorang very the cute !
untung Jacob.
kui kui.
okey done dengan Twilight.
lepas tengok wayang haruslah lapar.
lagipun kitorang tak lunch kot.
pagi tuh aku makan bihun, masuk wayang beli popcorn. keluar wayang pukul 5.30.
haruslah lapar.
member aku ajak makan sate Haji Samuri dekat2 dengan tropicana mall.
aku tak kisah walaupon aku memang bukan penggemar sate pon.
so aku order 5 cucuk sate ayam dengan nasi himpit.
orang cakap 5 cucuk tuh macam buat taik gigi je kan?
tapi bagi aku 5 cucuk tuh aku dah muak gila macam nak muntah.
seyes aku memang tak boleh nak terima sate sangat.
tapi kira okey jugak lah aku makan 5 cucuk sate kajang ni.
kalau sate biasa. 2 cucuk je.
tapi sebab sate kajang ni dia macam sedap sikit kan so boleh lah makan banyak sikit.
tapi still takkan jejak 10 cucuk.
jangan tanya kenapa.
sebab aku sendiri tak tahu.
tekak aku memang tak boleh nak terima sangat sate-sate ni.
tapi kalau Akram suap aku dengan penuh kelembutan aku boleh consider kot makan sate banyak2.
kahhh kahh !
fine tak kelakar.
okbai.
Wednesday, November 23, 2011
Doodle with Microsoft Excell 2007
wah sekarang ni fenomena doodle makin hebat eh.
bagus bagus.
makin ramai rakyat malaysia yang kreatif.
ini akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang semakin maju dalam bidang seni kreatif
(apesal ayat nak macam menteri pembangunan pulak kan)
aku bosan ni.
actually banyak je assignment and test student nak kene marking tapi mood tuh takde.
so kene tunggu mood tuh datang baru semangat nak buat kerja pon datang same.
keh keh keh.
jadinya mari kita lukis doodle.
selalu aku guna adobe photoshop.
tapi hari ni aku nak try guna Microsoft Excell 2007.
mesti korang akan cakap "eh boleh buat doodle guna excell?"
dan sebab aku baik mari aku tolong jawabkan.
yeahhhh dude. banyak cara boleh guna untuk lukis doodle.
dan aku pon baru tahu. *sob sob.
tapi takpe.
ilmu tuh harus dicari walaupon sampai ke negeri China.
tapi nak belajar lukis doodle tak payah la pergi negeri China. aku pon takde duit ha.
google je tutorial.
macam2 keluar.
yang penting jangan malas.
okey done dengan membebel like makcik-makcik.
mari melukis my favourite cartoon. yeah PATRICK !!! spongebob's bestfriend.
gambar asal.
dan resultnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hmmm takde lah lawa mana pon.
well baru belajar kan.
tapi aku lagi suka pakai photoshop kot. macam lagi senang.
tapi tak salah kalau mencuba sesuatu yang baru kan.
(macam iklan mountain dew plak =____=)
okbai.
Monday, November 21, 2011
Zainal Abidin Hassan
budak-budak opis aku ni tengah demam maharaja lawak mega.
pantang kalau takde keje. dengar je lah suara orang ketawa.
amboihh.
aku tak sempat join lagi sebab mood nak tengok tuh tak datang lagi.
tapii kalau dah datang habes lah.
suara aku je lah yang berbunyi nanti. haha !
so jumaat lepas dorang ni pon cerita2 lah pasal peserta2 maharaja lawak mega ni.
aku pon bukan kenal sangat pon.
kalau si Mr. OS tuh kompem aku kenal.
tapi Joey Daud sudahh. sape pulak tuh.
dengan pantas --------------> Google. terbaek !!
sambil2 tuh si Hazwan ni diri kat sebelah aku.
tolong2 aku kenal artis2 mesia ni.
Hazwan kan pakar artis. kahh kahh.
oooooooooooooooo ni lah joey.
(oo je lah yang panjang tapi sumpah tak kenal jugak :P)
lepas tuh dorang Hazwan kenalkan aku dengan partner si Joey ni dalam kumpulan anje.
dorang sebut Along.
puaslah aku fikir sape along ni.
yang aku kenal Along Raja lawak je lah.
sekali google.
eh macam kenal pulak si Along ni.
aku tanya Hazwan si 'Along' ni ada berlakon dalam Edisi Khas tak?
memang ada.
eh? hmmm i smell something wrong lah.
then baru perasan.
ACHONG lah. Achong sweet child.
Along Along. Along tuh bank takde lesen.
hampeh.
patot lah aku tak kenal.
informasi salah (eleh nak jugak salahkan orang =___=)
lepas tuh aku terpandang gambar juri..
eh eh ?
siapa yang tengah tuh?
Hazwan "oh kau kenal Safiq Rahim je eh. Zainal Abidin kau tak kenal. penat dia main untuk negara. Ni lah perempuan. kenal yang hensem je. mentang2 dia .................. Bla bla bla"
seyesly otak aku blank.
pastuh aku tanya "Oh Zainal Abidin Hassan eh?" (dengan muka seyesly blur okey)
Hazwan "Zainal Abidin Hassan tuh penyanyi" sambil gelak-gelak.
kuajau kan.
mentang aku tak kenal.dia main-mainkan aku. cissss.
yang aku percaya lah bulat2.
dah memang aku ni jujur nak buat camne. kui kui.
Aku: hoi kenakan aku eh? cissss
Hazwan: abes aku tengok muka kau blurr je. haha
siap aku cakap lagi "eh bukan dulu Zainal Abidin tuh putih sikit ke masa muda-muda" (berani aku keluarkan kenyataan macam ni?)
ape lagi memang kene bantai gelak lah aku ni.
terus google ------> Zainal Abidin Hassan muda-muda.
Hazwan "Putih ke" (sambil gelak jahat).
kuajau betul kan.
kenekan aku yang hot lagi gojes ni.
jatuh saham mak.
okbai.
Thursday, November 17, 2011
UPSR.
Alhamdulillah, adik bongsu aku, Anis dapat 5A dalam UPSR.
tuh kalau jumpa aku nanti membangga diri lettew.
haha !
dulu aku dapat 5A jugak masa UPSR.
adik aku yang dekat matrik UIA, Aiman tuh dapat 4A je.
so si Anis ni dulu suka tanya antara aku dengan Aiman sape lagi pandai.
eh mestilah aku suka cakap aku lagi pandai. kah kah.
tapii time PMR aku kalah dengan Aiman. aku dapat 7 je Aiman dapat 8.
tapi SPM aku menang balik. kui kui.
Anis ni Pn. Saerah memang kuat membebel sikit dengan dia. sebab dia ni pemalas sikit. tak macam aku rajin (tak habes2 nak upkan diri sendiri).
so masa Anis masuk darjah 6 Pn. Saerah janji macam2 dengan dia ni.
kalau dapat UPSR 5A cakap je nak apa. kompem dapat.
sampai macam tuh sekali eh.
aku dulu takde makna eh nak janji2 segala ni.
dapat 5A pon dapat lima ploh hengget je.
takpe lah aku kan kakak.
tapi apesal kakak selalu kene mengalah eh?
ini tidak adil !
masa aku dapat result dulu parents aku tak suprise pon sebabnya kawan En. Jamal ada kerja dekat PPD (Pegawai Pendidikan Daerah).
so awal2 En. Jamal dah taw result aku.
so aku nak tipu konon2 aku tak dapat 5A pon tak boleh.
boring tak thrill langsung.
aku selalu okey gaduh dengan Anis ni dulu.
sebabnya parents aku suka manjakan dia.
tak pergi sekolah takpe. aku dulu taknak pergi sekolah siap bapak aku ugut nak buang baju sekolah aku okey.
tu yang aku tak puas hati tuh.
aku cakap dekat bapak aku apesal Anis boleh buat camtuh lah camni lah.
at last bapak aku panggil dua-dua. bagi ceramah. suruh berdamai.
siap lepas tuh suruh salam tangan lagi.
ingat-ingat balik kelakar lah pulak. haha !
masa Anis mula2 masuk darjah 6, result dia boleh tahan teruk jugak.
BM pon tak boleh nak dapat A ape cer kan.
aku ajar dia math pon sampai terjerit-jerit sebab dia lambat betul nak pick up.
tak pernah setiap kali aku ajar dia math dia tak nangis.
kah kah !
dalam 2 bulan before UPSR dia macam dah rajin sikit.
last aku jumpa dia before dia amik exam masa raya pose kot.
time tuh nampak lah dia ni rajin gila.
siap buat study group lagi dekat rumah. panggil kawan-kawan.
paling aku bangga dengan dia, dia yang jadi leader untuk ajar kawan2 dia :')
memang tak sangka aku.
aku pernah check kertas 1 math dia before dia pergi tuisyen dekat sekolah.
semua betul okey.
terkejut mak. adik aku yang pemalas selama ni boleh fokus sampai takda salah.
sejak hari tuh aku yakin jugak dia boleh score dalam exam.
awal tahun dulu macam2 jugak aku janji dengan dia ni.
sekarang pening kepala aku kot2 dia mintak macam2 dekat aku ke kan.
mati mati.
tulah sape suruh tak percaya dengan adik sendiri kan.
Pn. Saerah pernah cakap camni "ko jangan dik, Anis sekarang dah pandai. mesti boleh score 5A dalam UPSR"
masin mulut mak aku :)
yang tak boleh bla budak2 darjah 6 kan kene isi nak masuk sekolah asrama mana kan.
Anis boleh pulak mintak sekolah menengah aku dulu.
mak aku suruh isi tempat lain eh nak jugak masuk sekolah aku.
apa entah yang dia suka sangat dengan sekolah aku tuh.
dia tak tahu sekolah aku tuh ...........................................
hari tuh aku cerita sekolah aku banyak hantu.
takut dia. keh keh keh.
aku dapat bayangkan adik aku tersenyum lebar kalau jumpa aku nanti.
bangga lettew sama taraf dengan aku.
okbai.
Friday, November 11, 2011
Labu-labu saya.
dari kiri: kakak(Aaisyah Humaira), si kecit(Fathimah Azzahra), abang (Faiq Umair)
sangat rindu dengan semua budak kecik ni. last aku jumpe dorang masa raya pose ari tuh lah. raya haji kakak aku tak balik. jauh kan. perlis ke johor. cuti pon kejap je. tak best.hari tuh aku suruh kakak aku upload banyak2 gambar dorang (orang tade anak camni lah).
tumpang anak kakak je. boleh lah kan.
so semalam kakak aku up banyak gila gambar. yang si kecit tuh pon dah pandai meniarap dah. masa aku jumpa dulu baru bape bulan. still tak pandai buat apa lagi.
tapi yang aku tak paham sampai sekarang ni apesal lah budak2 ni gila camewhore. pantang nampak camera. zasss zasss terus senyum.
daripada dorang kecik kot. sampai besar semua gila camewhore.
tengok tuh. tak ke kau geram nak cubit2 pipi dia tuh. hehe.
kakak ni memang suke berangan. haha !
"amik gambo rambut kakak ma"
pastuh buat muka comel. nyampah. huhu
dah jadi anak dara kan. harus pandai bergaya. macam mokde dia ni. heee :)
ha ni lah big boss kita.
Faiq ni dulu masa kecik2 baik gila. memang paling senang nak jaga. tak pandai nangis.
tapiii sekarang. Allahuakbar. 5 minit nak suruh duduk diam pon payah.
seyes kalau kau nak kurus, kau jadi babysitter kakak aku jaga yang sorang ni je cukop.
dia punya aktif sampai kan ko suruh dia duduk pon payah. kalau pergi shoping complex sila tahan untuk kejar dia sorang ni. tapi Faiq sangat comel even kadang2 konpius dia ni lelaki ke perempuan. kah kah !
dulu masa kecit2 Faiq ni gila camewhore jugak. tapi bila besar dah terlebih aktif punya lah susah nak ambil gambar dia. tengok gambar dia tuh. taknak bagi kakak dia pegang dia la tuh. hihi.
kakak aku cakap kalau dapat amik gambar big boss ni kira mahal lah gambar tuh.
sebabnya selalu akan jadi camni.
ko tengok ape big boss buat dekat belakang tuh. ayiq ayik :)
baby zara tak pandai jalan lagi. jadi tak dapat join kakak abang.
sabar ye zara. :)
"satu hari nanti aku nak ada rumah macam istana"
berangan big boss dalam hati.
yayik selalu spoil gambar.
muke dah la inesen jep. huhuhu.
yayik dulu and sekarang.
nanti dia dah besar aku nak tunjuk semua gambar inesen dia.
huahuahua.
okbai.
Tuesday, November 8, 2011
Angkat sangat.
dulu mase zaman2 sekolah dulu memang tak sah la kalau takde adik angkat lah abang angkat lah kakak angkat lah kan. lagi2 kalau yang duduk asrama tuh. memang kompem terangkat. konon jauh dengan family so kalau ade angkat2 ni macam ada family jugak lah kan. haha.
aku pon sama lah jugak kan. mana boleh tengok orang lain ada abang angkat. mesti kene ada satu jugak kan. barulah hot. kah kah !
tapi takde lah sampai abang dewan makan pon nak dibuat abang angkat. gila kebulur kau. mentang kalau jadik adik angkat abang dewan makan boleh tapau roti bebanyak kan.
masa zaman sekolah aku dulu masuk2 form 1 je sekolah akan bagi kakak angkat untuk pelajar perempuan and abang angkat untuk pelajar lelaki. itu dah kira macam tradisi lah. kire macam nak elakkan kes buli so bagi every senior form 4 jaga satu junior form 1. tapi berlambak jugak kes buli jadi. aku rasa mesti sebab senior tuh dapat adik angkat yang tak hot so dia biar kan je budak tuh kene buli.
nasib baik lah aku hot (bajet) so kakak angkat aku takde lah abaikan aku. jadinya aku terselamat lah daripada kes buli. (perasan lagi) huahuahua.
bila aku naik form 3 kakak angkat aku dah habes sekolah. masa tuh gila best sebab kelas aku dekat aras bawah so time paling best dalam pukul 2 bila nak start prep petang. aku mesti nak naik kelas awal2 sebab lepas tuh boleh usha abang2 senior form 5 lalu depan kelas aku. nak2 yang join kawad kaki tuh kan. badan mesti lah tough. best woo. kahhh !
Curik pesbuk Akram : tu dia abang2 kite yang tough.
Johan kawad kaki peringkat kebangsaan tuh (Akram selalu bangga dekat aku)
menyampah.
tapi walaupon Akram salah sorang senior aku yang masuk kawad kaki (bajet tough) tak pernah pulak aku dok usha2 dia sebab dia tak ensem. muahahahha. of coz lah kene usha yang jambu-jambu gittew kan :P
ari tuh mesej2 Akram, dia buat ayat sentap "yelah time sekolah dulu kan tak femes macam Abang A, Abang B, Abang C bla bla bla. mestilah tak kenal kan"
tapi sekarang lain. walaupon tak tough macam dulu tapi ah kak tatapp suke. hew hew. lalala.
so masa aku form 3 aku pon tersangkut lah jugak dengan sorang senior form 5. masa tuh kitorang kene gabung kelas buat lakonan. ala bese lah dulu zaman2 sekolah mestilah ada sambutan hari merdeka lah ape lah. so mesti kene gabung kelas senior and junior. aku pon suke lah kacau2 abang tuh last2 sangkut. sengal.
paling best bila tiap2 minggu dapat coklat sebab dia takut aku tak cukup makan. kah kah !
lepas tuh tukar2 surat siap ada posmen lagi.
siap ada fail khas untuk simpan surat lagi.
bongok betul bila ingat balik.
pastuh disebabkan dia MAHER (majlis hal ehwal pelajar) so every time ade spotcheck, locker aku selamat lah. untung-untung.
bila dia habes sekolah aku macam biasa je lah. takde pulak nak amik adik angkat ke ape ke. rasa macam gedik gila seyh ada adik angkat segala ni. lagi2 kalau baru form 2 dah pandai nak pasang adik angkat. dah macam takde benda lain kau nak buat kan. kau ingat kau dah jadi senior besar nak jage adik. puihhhhh. eh eh teremosi pulak.
sampai lah aku form 5 aku macam suka kacau2 sorang budak lelaki ni. masa tuh budak ni baru form 2. comel gila weh. biasalah kan budak lelaki kalau time kecik memang comel. ce dah besar haramm. jauh beza gila muka.
so bila aku jumpa budak ni aku suka usik2 dia. amik gambar dia lah apa lah. suruh budak kelas dia kirim salam dengan dia lah. tapi macam tu je lah. tak lelebih.
sampai aku nak habes sekolah tiba2 budak kelas aku bagi aku satu surat. rupa2 nya budak tuh bagi surat dekat aku bhai. hahaha !
at last dia pon jadi adik angkat aku. kih kih.
and guess what kitorang lost contact hampir 2 tahun but kitorang jumpa balik baru2 ni.
;)
tapi dia dah nak fly pergi Jepun bulan 3 tahun depan :(
okbai.


















