Tuesday, September 8, 2015

Family Bbq @ Sungai Araku Harmoni

Kemain lagi kampung aku nak guna tagline Sungai Araku Harmoni kenn. Heheh. Tapi kalau 10 tahun lepas boleh la lagi nak guna tagline tu. Sekarang memang dah tak berapa nak harmoni dah. Pencuri dah banyak. Belum masuk toyol lagi.
Bayangkan 10 tahun lepas ayah aku siap boleh tertinggal kunci rumah kat pintu masa nak balik kampung. Bila balik rumah je elok lagi kunci tu bergantungan kat pintu.
Takda barang hilang pon.
Sekarang? Tinggal rumah sebab pergi marhaban pon boleh kene pecah masuk! Bukan rumah aku la. Rumah jiran2 aku.
*geleng kepala*

Belum lagi tambah dengan ada duit kitorang yang tiba2 hilang dalam rumah.
Tambah pulak ayah aku pernah ternampak makhluk hijau kecik tu masa nak pergi masjid. Cuak tak cuak tak? Hahahah!
Bawak2 la bertaubat wahai umat manusia. Dunia ni dah la nak akhir zaman. Kau makin galak pulak nak buat keje harommm.
Okey ini bukan entry tazkirah ye.
Jadi mari lah kita ke intipati yang sebenarnya.

Nak dijadikan cerita masa raya lepas kitorang adik beradik tak dapat berkumpul ramai2 kat rumah parent aku.
Biasa lah aku kan dah kawen. Sebagai seorang isteri solehah lagi mithali *batuk* haruslah aku setuju untuk balik kampung Akram dulu. Lagipon abang Akram tak dapat balik raya. So sebagai anak lelaki nombor dua, maka terasa lah tanggungjawabnya untuk membantu apa yang patut di rumah Pontian.
Tapi sebenarnya takde lah bantu sangat pon sebab laki aku tu malam raya baru nak touch down Johor. Mbahahahaha. Kitorang sampai2 je semua dah siap. Hihi.

Dan plan awalnya sepatotnya kakak aku balik rumah mertua dia dulu. SO kitorang ni dah janji2 la raya ketiga camtu nak kumpul sungai ara and buat makan2.
Tapi last minit plan berubah. Sebab nya kitorang semua nak balik kampung Muar raya kedua tu. Ada kumpul2 family nenek belah ayah aku kat situ. So akak aku malas la nak patah2 balik dari rumah mertua kat Melaka nak balik Muar pulak lepas tu nak ke Kota Tinggi. Nanti tak dapat lama kat Melaka. Gittew. So kitorang memang tak berkumpul ramai2 la sebab abang and adik lelaki aku tak balik Muar pulak.

Jadinya bila kitorang tengok masa cuti merdeka ni kebetulan Akram boleh balik Johor, so kitorang terus plan nak buat bbq.
Lepas tu paksa adik aku yang study kat UIA kuantan tu balik jugak.
Lepas tu adik aku yang duduk asrama pon ponteng kelas hari ahad. Wahahaha.

Orang yang paling eksited untuk majlis makan2 ni haruslah ayah aku.
Biasalah orang tua kan. Anak2 dah duduk jauh. Lagi2 laki aku tu ha kan payah nak baliknya. So bila dapat kumpul ramai2 camni memang suka lah dia. Siap nak jemput satu kampung datang rumah lagi. Ekekeke. Naseb baik sang ibu masih berfikiran waras. Menyedarkan sang ayah bahawasanya kita bukan buat kenduri kahwen tapi hanya makan2 biasa je. Ekekeke.

So sang ibu jemput jiran2 dekat je.
Adik aku jemput la kawan2 baik dia datang rumah.
Tapi sebenarnya sang ibu pon tidak kurang eksitednya. Seminggu sebelum dah merangka menu untuk di masak pada malam tersebut. Siap dua tiga kali call aku tanya jadi ke tak nak buat ni. Dia nak masak macam2. Hahaha!

Menu:

1. Nasi beriyani & dalca
2. Mee rebus
3. Rojak pecel
4. Sate daging bersama nasi impit dan kuah kacang
5. Ayam bakar
6. Kambing bakar bersama sos lada hitam dan salad
7. Bebola sotong sayur feveret si ayah dan ibu
8. Sosej bakar
9. Kupang rebus dan bakar & lokan
10. Ayam bakar
11. Air koktel
12. Buah-buahan
13. Sotong bakar


Beli sate dengan orang kampung aku. Kitorang bakar sendiri. Baru lah happening. Ehehehe. Seriously sate dia dari aku kecik sampai sekarang maintain sedap je. Dah la lembut yang amat. Eh sedap lah.


Ayam wajib ada. Sebab aku tak pernah bosan makan ayam. :P Lagipon aku ni sejenis kureng makan daging. Lagi2 kambing memang aku tak makan.


Ayah aku beli kupang 10kg. Penjual tu bagi free lokan sekilo. Sampai 10kg kan ayah aku borong kupang. Sebab murah gila beb. 3kg RM10 je. Kat jalan kota tinggi-mersing. Tepi jalan deret2 kedai buah sebelum simpang perani tu. Dah la fresh2. Memang selalu jugak ayah aku beli kupang kat sana.


Nasi beriyani ayah aku masak sebab dia memang suka masak nasi beriyani. Wahaha. Lagipon laki aku tu kan jarang2 balik. Jadinya seronok lah dia ada nasi tu. Pulak tu kalau takde nasi macam tak best pulak. Takkan nak makan lauk semata kan. Si ibu pulak tambah2 dengan menu dia, mee rebus dan rojak pecel.



So dalam pukul 6.30 setengah petang macam tu acara menghidupkan bara api pon bermula. Siap gunakan bantuan kipas angin lagikan. Baru lah maju dan moden.


Dari kiri : Ayun (no. 5), Kakak sulung bersama bala tentera & Abang nombor dua.


Ayun ni lah yang study kat Uia Kuantan tu. Sebenarnya sekarang dia tengah cuti sem tapi dia buat part time kat sana. Nak beli henpon baru katanya.
Ayun ni sejenis tak suka mintak duit kat mak bapak. Dari zaman dia matrik UIA kat PJ lagi dia buat part time bila cuti sem. Boleh beli laptop. Duit belanja study.
Walaupon dia jenis tak mintak duit dari ibu ayah tapi duit ibu dan ayah aku tetap mengalir seperti air jugak.
Sebab?
Dapat adik bongsu bawah ayun ni yang terlebih manja-tiap2 minggu nak suruh makpak datang sana-belum tambah outing lagi-duit topap lagi-form3 dah pakai henpon-cuti sekolah nak tengok wayang la apa la.
Haih geleng kepala mak aku. Haha!


So seminggu sebelum tu aku tanya ayun dia boleh cuti ke tak? Dia cakap nanti dia tanya bos.
Sudahnya dia dapat cuti sehari je iaitu ahad je. Subuh ahad tu die gerak dari Kuantan naik motor sampai sungai ara dalam pukul 12 camtu kot.
Isnin pagi dalam pukul 9 dia dah gerak balik Kuantan balik sebab masuk keje pukul 2.
*terharu*
Sebab aku cakap dengan dia, laki aku ni susah nak balik. Kang masa ayun balik laki aku pulak tak balik. Dengan Anis yang duduk asrama pon tak tau balik ke tak kan.


Budak2 makan awal supaya bila orang dewasa nak makan dorang dah kenyang dan boleh main jauh2 sikit. Ekekeke. Abaikan muka Faiq yang toya itu. Dia tengah menderita sakit mata time tu.


Golongan pembakar daging *kipidap*


Haih terasa lapar pula malam2 begini. Kan bagus kalau ada Doraemon.


Kasi can ler ahkak interprem. By the way orang cakap aku dah kurus sikit. Orang la cakap. Aku bagitau korang je. Wahahaha.


Anak buah nombor tiga. Paling kuat bodek ni. Kalau aku datang rumah je kemahin lagi "Hai aa cantik" "Hai aa kurus" "Hai aa tak gemok" Nak pau jajan la tu maknanya.


Family kakak sulung. Fariq dah pandai jalan genap umur setahun 4 bulan kot. Tapi pemalas nak jalan. Bontot berat. Nak jugak dukung. Haha!


Orang kuat majlis :P


Dalam pukul 9 malam camtu jiran2 start datang. So kitorang keluarkan lah kek. Actually takde celebrate besday sape2 pon. Kira macam celebrate semua la. Hahaha! Sebab family kitorang ni bukan jenis yang celebrate besday sangat pon. So setahun sekali ha hambek celebrate besday semua orang. Gittew kekdahnya.


Kek kat SDS dah mahal weh. Dulu rm40++ dah boleh dapat kek sedap yang sekilo punya. Sekarang dia punya harga dah jadi stended secret resepi dah Rm60++. Yang aku beli ni 1/2kg kek ice cream. RM50. Kek biasa yang 1/2kg pon RM48. Baik aku amik ice cream punya. Tak muak kan. Aku bajet takde orang nak makan kek pon sebab makanan banyak gila kot. Dan tak sangka kek ni boleh habes licin. Dasar semua perut dah siap2 kosongkan satu hari ke apa? Hahahah!


Budak2 dah penat main sambung makan pulak.


Yang geng2 adik and abang aku lepak belakang je tempat bakar2 bbq.


Sebelum balik masing2 bergosip pasal bunga orkid ayah aku yang tengah berkembang mekar itu.


Dalam pukul 11 camtu kot semua dah start balik. Lagipon ada sambutan merdeka kat kampung aku tu. So dorang pergi sana la.
Aku ni konon2 nak la jugak ushar2 kat sana. Sebab ada bunga api la apa lah.
Sekali bila semua dah balik, dah siap kemas2 dengan aku2 terus fengsan.

Aku rasa malam tu pon semua terdampar kekenyangan.
Mamai2 pukul 12 malam aku dengar bunyik bunga api je. Tapi tak kosser la aku nak bangun kan.
Terus sambung tido. Laki aku cuit2 pon aku tak layan. Mbahahaha.

Harap2 tahun depan boleh buat camni lagi.
Seronok bila dapat happy2 satu family camni.

okbai.



Monday, September 7, 2015

Orkid Harimau Kota Tinggi


Mempunyai ibu bapa yang kaki bunga ni menjadikan rumah parents aku dikelilingi bermacam-macam spesies bunga.
Dulu masa aku kecik2 ayah aku ada satu pondok khas untuk bunga orkid sahaja.
Dan aku ingat lagi salah satu baja yang ayah aku gunakan untuk orkid2 dia tu is telur mentah.
Lagi satu bunga kertas. Cakap je nak bunga kertas kaler apa. Semua ada. Tak cukop dengan tu. Siap dikahwenkan lagi bunga2 kertas tu.
Tiap2 petang pulak aku kene paksa siram pokok2 bunga dia. Sampai boleh bergaduh sebab tanak siram bunga. Yelah orang nak pergi main dengan kawan2 dia boleh pulak buat jadual siram bunga.
Sape yang tanam dia lah yang siram. Bahahaha!


contoh koleksi bunga kertas ayah aku.

Lepas tu ayah aku slow sikit tanam bunga sebab takde masa.
Anak2 dia pon dah membesar takde sape nak tolong dia siram bunga. Hahaha!
Pokok2 orkid dia pon mati dah semua.

Baru2 ni ayah aku aktif balik menanam bunga.
Tambah2 dengan ibu yang dah tak keje. So tiap2 kali aku balik kampung memang ada je lah bunga baru. Siap sampai ke maokel segamat nun ha ayah aku pau anak pokok bunga Mak Long aku. Sebab Mak Long aku pon duduk Felda. Memang tanah besar kan. Bunga pon banyak jenis.

Salah satu pokok kesayangan ayah aku sekarang ni pokok Orkid Harimau.
Tapi kitorang selalu panggil orkid rimau je.
Actually anak pokok yang mula2 sekali ayah aku carik kat hutan dah bertahun dah.
Masa tu pakcik aku yang tinggal kat Muar (suami adik mak aku) memang kaki bunga.
Rumah dia memang banyak gila lah bunga pelik2.
So pakcik aku ni sanggup datang jauh2 dari Muar ke Kota Tinggi semata2 nak ajak ayah aku masuk hutan carik anak pokok harimau ni.

Nak dijadikan cerita memang rezeki dorang la masa tu.
Banyak gila dapat. Siap van pakcik aku tu penuh takde tempat dah nak duduk. Terpaksa share tempat duduk dengan orkid. haha!


Sedang berkembang mekar

Aku tak berapa nak ingat sangat exact year ayah aku ambil anak pokok ni.
Tapi memang dah lama sangat dah.
Mungkin dekat 10 tahun dah kot.
Beberapa tahun lepas ayah aku tanam kat rumah pokok ni pernah berbunga sekali. Masa tu ayah aku tanam dalam tempayan. Ada satu pokok je. Memang cantik la time tu. Siap orang berpusu2 datang rumah mintak anak dia.

Lepas tu dia dah tak berbunga lagi. So ayah aku pecah kan tempayan tu and alihkan ke tanah dan pecah2 kan pokok tu pergi banyak tempat.
Sampai lah tahun ni masa bulan puasa lepas ayah aku perasan yang pokok ni berbunga.
Mungkin dia tunggu rumah tu dapat menantu baru kot baru dia nak berbunga balik. Tapi naseb baik jugak dia berbunga selepas majlis kahwen. Buatnya dia berbunga tahun lepas masa nak dekat kenduri kawen aku rasa besar harapan sanggup mak aku batalkan wedding aku sebab takut orang petik2 bunga orkid dia kang. Hahaha.


Perasan tak jarak antara pokok kedua dengan pokok ketiga jauh sikit? Sebenarnya kat situ ada lagi satu rumpun. Tapi mati tak tahu apa punca dia. Dah sampai ajal dia mungkin. :P


So dalam masa dua tiga bulan ni setiap kali aku balik kampung mesti mak aku akan bagi dialog yang sama "Dik, tolong amik gambar orkid rimau banyak2 lagi. Ibu nak frame"

Wah sampai nak frame kau.

Gambar anak2 pon takde nya sang ibu nak frame kan. Wahahaha.
Nampaknya buat masa sekarang sang orkid mendahului carta hati si ibu dan ayah.








Ini bunga dari pokok pertama. Lebih kepada kuning.


Ini pulak bunga dari pokok kedua dengan ketiga. Corak merah dia lebih besar.


Nama saya bukan orkid tapi saya nak interprem dengan bunga orkid ni.


Tiba-tiba aku pon rasa geram tengok bunga sejambak banyak2 ni.


Ok sebelum ada reader yang pm or email aku tanya pasal anak pokok orkid ni meh aku bagitau siap2.
Ayah aku ade je anak2 pokok orkid rimau ni yang kecik.
Yang dah siap dalam pasu pon ada.

Kalau sape2 berminat nak beli boleh contact ayanh aku sendiri okey.
Aku tak tau lah dia nak jual ke tak tapi anak pokok orkid dia memang banyak gila kot.
Korang tanya lah sendiri.

Encik Jamal   013-2042634

Tapi seriously aku cakap nak bela pokok orkid ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi.
Tapi sekali dia berbunga memang puas hati gila lah.
Sebab tu sampai si ibu terpaksa sayang orkid lebih dari anak2 dia. Muahahaha.

okbai.


Saturday, September 5, 2015

Selepas tiga bulan...


Hyeeee *krik* *krik*
Hihihi.

Dah nak dekat tiga bulan tak update blog kan. Ada yang rindu tak? :P

Well kalau kat fb tu banyak je aku apdet pasal hidup aku ni ha.
Cuma nak menaip kat pc ni giler malas.
Kenapa lah takde orang cipta software yang bila kita cakap dia terus keluar kat word. Kan senang. Takde lah alasan untuk membiarkan blog bersawang kan. Bahahah.

So apa yang jadi dalam masa tiga bulan ni?
Macam2 okey. Gembira, sedih, masam, manis, pahit semua ada. Dah macam lima rencah lima rasa dah :P
Tapi ada satu benda yang aku akan ingat sampai bila2.



Pernah tak korang mengalami situasi macam ni?
Aku pernah. Sampai satu tahap aku rasa macam benci giler sebab aku tak boleh lupa apa orang buat kat aku. Aku jadi pendendam padahal seumur hidup aku tak pernah aku rasa macam tu.
Kawan2 aku semua pelik sebab dorang tau aku jenis senang maafkan orang.
Aku cakap maybe sebab orang terdekat yang buat aku macam tu.
Sebab tu aku terkesan sangat.

Paling terkesan bila aku datang rumah dia, takde nya dia nak salam aku.
Duduk sebelah2 tak tegur langsung.
Tu yang buat aku sedih gila.

Orang lain buat salah pada aku tapi macam aku pulak yang salah.
Takde orang dari sana yang tanya aku okey ke tak. Takde orang even sms aku tanya aku marah ke tak. Apetah lagi call kan. Nehi. Nak tanya aku stress ke tak jauh sekali la. Bila aku moody eh orang pulak yang terasa dengan aku. Dah aku pulak yang nak kene minta maaf. Aku ni dah la kat tempat kerja banyak benda nak kene fikir. Ingat kan balik kampung boleh la tenangkan fikiran. Eh makin serabut ada lah.




Aku mengadu kat kakak aku. Kakak aku siap marah aku. Bahaha. Orang lain yang salah aku pulak yang kene marah. Aku ingat lagi kakak aku cakap camni "Habes tu kenapa ko tak mulakan dulu? Keras kepala?" Amik kau sedas.

Aku cakap memang tak lah aku nak start dulu kan.
Orang buat tahik dengan aku. Aku nak baik2 dengan orang. Sorry. Aku bukan jenis hipokrit.
Kalau tak suka memang aku tunjuk tak suka.
Dan aku sejenis manusia yang boleh buat hal sendiri. Kalau aku ikot laki aku lepak dengan kawan2 dia berjam2 aku okey je. Aku online je lah layan dunia aku.
Orang tak layan aku? Apedehal. Banyak lagi benda lain yang aku boleh buat. Cuma rasa sakit hati tu ada lah jugak.

Kawan2 aku cakap takpe. Times will heals everything.
I hope so.
Sebab memang betul pon kadang2 manusia memang sangat memerlukan masa untuk pulihkan semuanya.

So masa dekat2 nak raya tu kan banyak nak pakai duit kan.
Masa tu duit banyak habes sebab nak pindah ruah sewa baru. Dan2 time tu jugak kereta nak kene major servis + tukar timing belt.
Laki aku pulak biasa lah MAS kan tengah problem time tu. So aku malas nak mintak2 duit dia.
Nak dijadikan cerita punya lah rezeki bos bagi bonus raya seribu. Wahahaha.

Tak pernah2 selama hampr tiga tahun aku keje ni bos bagi duit raya.
Bonus memang tiap2 tahun dapat tapi masa Chinese New Year la.
Masa raya tak dapek la. Tahun ni dapat pulak. Alhamdulillah la time tu lega sikit. So boleh la servis kereta dengan aman. Dan beraya dengan meriah. Ekeekeke.

So masa raya tu bila orang yang buat salah pada aku tu tak menunjukkan tanda2 nak berbaik dengan aku maka haruslah aku sentap kan.
Lagi2 bila aku cerita kat mak aku, mak aku cakap camni "Takpe biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Dia tanak mintak maaf dengan kita takpe. Kita maafkan je. Dia tanak tegur kita takpe. Kita tegur dia dulu. Kalau kita sama buat perangai macam dia, apa beza kita dengan dia kan?"

Lepas tu aku terus nangis. Haha! Cengeng kan.
Ni kalau ada anak ni mau pengsan laki aku layan anak bini dua2 jenis sikit2 nak menangis. Mbahahahaha.

So lepas solat maghrib jemaah dengan laki aku, terus aku menangis2 dekat laki aku.
Aku cakap aku bukan baik sangat. Tapi aku try nak maafkan orang walaupon susah.
Aku rasa sampai bengkak jugak lah mata aku menangis malam tu. Aku cakap susah sangat nak lupa. Hati aku sakit. Semua tu hasil titik peluh duit aku kerja. Satu sen duit laki aku pon takde. Mana tak aku sedih sangat.

Laki aku pesan "Ayg tau bby baik. Bby bukan pendendam. Ayg tau hati bby baik. Masa bby cakap bby takde duit nak servis kereta, ayg doa lepas solat biar Allah murahkan rezeki bby. Tup2 bby cakap bos bagi duit raya. Sekarang kalau bby belajar maafkan orang dengan ikhlas mana tau rezeki bby lebih bertambah lepas ni. Takpe ayg tak paksa bby untuk lupakan semua. Bila bby dah sedia nanti, bby maafkan lah seikhlas hati. Ayg tunggu. Ayg lagi bangga tau kalau bby yang mulakan semua dulu walaupon ayg tau bukan salah bby"


Lepas daripada tu aku rasa lega sangat.
Sebelum kitorang laki bini balik, laki aku ajak aku jumpa 'si dia'
Aku macam terkejut la jugak. Eh kata nak takes time. Tapi ajak jumpa pulak. Wahahahaha.
Tapi masa tu aku dah ready.

So aku mulakan untuk bercakap dengan dia.
Aku cakap aku dah maafkan dia. Seikhlas hati aku.

Guess what?
Melangkah je aku masuk kereta, aku rasa perasaan yang sangat tenang.
Susah nak cakap. Lapang. Free. Eh susah la nak explain. Rasa macam selama ni ada batu atas kepala dah hilang. Lega sangat.

Paling best dulu setiap kali aku ingat peristiwa tu mesti aku menangis gila2 punya.
Now bila aku teringat balik kisah tu aku dah takde perasaan.
Aku redha. Aku anggap dulu tu bukan rezeki aku.

Bila aku bagitau kawan2 dorang macam tak percaya. Bahahaha!
Seriously aku pernah menangis kat site sampai merah2 mata sebab aku teringat how 'dorang' buat aku dulu.
Sekarang dah tak rasa apa.
Kawan aku cakap "Älhamdulillah semoga makin murah rezeki kau lepas ni"

Memang masin mulut kawan aku tu.
Tup2 esoknya bos bagi aku hadiah laptop sebab performance keje aku bagus.
Alhamdulillah.
Tak sangka sangat bila kita maafkan orang seikhlas hati ni macam2 rezeki yang datang.
Pengajaran terbesar aku dapat dalam hidup aku setakat 27 tahun ni.


My new baby. Pilih sendiri sebab bos cakap "Okey u beli la sendiri lepas tu claim dengan company ok" Ekekeke. Harap2 lepas ni lebih rajin la apdet blog. Entry bukit fraser yang dah dekat 6 bulan kot pon tak habes publish lagi. Kikiki.


Alhamdulillah Ya Allah.
Semoga hari2 mendatang aku akan lebih positif.
Aku cuma bersyukur dikelilingi orang2 yang selalu nasihatkan aku.
Walaupon dorang tau aku ni kadang2 bukan nak dengar pon kan.
Tapi setidaknya kadang2 tu masuk meresap la jugak kat benak aku ni. Dan buat aku berfikir.

Alhamdulillah jugak walaupon aku dah kawin tapi kakak dengan mak aku tak pernah putus bagi aku nasihat.
Kalau ada masalah dorang akan bagi nasihat yang terbaik.
Dan kawan2 jugak. Walaupon time bergosip tu rasa macam syaiton je perangai tapi tak pernah lupa bagi nasihat yang berguna. Hihihi.


Nikmat apa lagi mahu kau dustakan wahai Syazwana?





Wednesday, June 10, 2015

Resepi : Jemput-jemput ayam bersama cheese dan telor


Lama dah tak kongsi resepi senang kat sini kan.
Kadang2 tu masak jugak tapi malas nak tepek sini.
So pagi tadi sebab merajinkan diri try satu resepi baru, maka aku share la kat sini.
Actually haritu jalan rumah kakak ipar. Dia la yang bagitau resepi ni. Tengok2 macam senang je jadi kasi try la satu kali.


Bahan-bahan:
1. Ayam bahagian isi.
2. Keju
3. Bawang besar
4. Telor
5. Sayur ikot suka. Aku pakai carrot je sebab itu je dalam peti ais.

Cara-cara:

1. Ayam tu potong kecik sikit. Bawang pon potong kecik sikit. Telor aku guna dua biji. Tapi ikot la berapa banyak ayam korang guna ye.

2. Ayam, keju, bawang besar, telor di kisar sampai halus. Masa kisar tu masukkan la perasa macam garam, lada hitam, lada sulah. Kat rumah aku memang ada chili pepper and basil. So aku tambah tu jugak. Depends. Kalau nak masukkan perasa burung hering pon boleh jugak. Ekekeke.

3. Gaul bahan kisar dengan sayur. Ikot jugak nak campak sayur apa.

4. Nak goreng minyak penuh boleh. Nak grill pon boleh. Macam aku guna non stick pan. Letak mintyak sikit je pastu buat ala2 grill. Dia cepat je masaknya. So pandai2 la jaga api ya.

Senang je kan? Biasalah orang pemalas macam aku ni memang akan cuba benda2 simple je. Ekekeke.
Tapi laki aku dah bagi hint nak makan nasi Arab. Hmmmm. Nanti aku fikirkan sama ada nak dengar cakap die atau nak buat2 sakit so boleh makan kat luar je. Bahahaha.

Dah siap boleh la makan sambil tengok cerita Dia isteri luar biasa tapi aku tak tau mana yang luar biasanya. Kahkahkah.

Patot kene tukar tajuk. Dia..suami luar biasa.

okbai.


Thursday, June 4, 2015

Allah itu ada.


Minggu ni rasa exhausted sangat2.
Manager aku dah pindah projek lain. One of my supervisor yang aku selalu harapkan pon dah pindah projek lain. So tinggal aku je yang nak uruskan banyak benda.
Tak silap aku seminggu ni cuma sekali je aku sempat keluar tapau makanan. Yang lain aku sempat brekfast je and balik keje pukul 6 baru sempat makan berat.

Paling tak boleh bla harini aku cuma sempat makan tiga biji kurma je as breakfast. Lepas tu terus buat keje and handle client yang perangai nauzubillah menyakitkan hati sampai baik2 aku lapar terus jadi kenyang dah.
Tapi bila buat keje ni automatik perot tak rasa lapar. Cuba kalau weekend dok rumah je setiap saat mesti nak mengunyah.
Sama la kalau keluar sopink or jalan dengan laki aku tu. Tak makan takpe. Kalau dok rumah tak makan memang malapetaka la ada org mengamok. Bahahah. Aku la orangnya tu sapa lagi :P

So tadi aku kene handle training dengan client. Nak dijadikan cerita ada satu sistem tu tak jalan. Dua jam aku menghadap benda tu. Siap panggil orang yang selalu buat benda tu pon tak jalan.
So aku dah gelabah dah. Dalam hati nak cakap je dengan client sistem rosak so aku mintak buat next time je. Dalam hati lagi doa pada Allah mintak2 la sistem tu jalan macam biasa. Sebab wakil client tu sangat lah berlagak Ya Allah aku macam ingatkan dalam drama je jumpa orang macam ni. Tak sangka aku boleh jumpa depan2 dalam hidup aku.
Jenis yang mementang die pangkat tinggi boleh cakap camni "Korang semua jangan pandai2 cakap direct dengan owner k. I sorang ada hak untuk cakap" like what? Padahal selama ni semua orang communicate dengan owner ok je. Dia datang terus nak tunjuk kuasa. Ok malas dah nak ingat.

So bila sampai turn aku, aku tinggalkan sistem yang error tu dulu and tunjuk kat dorang benda lain dulu. Benda lain tu ada orang yang akan explain. Dalam sejam lebih macam tu, kitorang semua turun balik ke sistem aku. Nak dijadikan cerita bila aku bukak je siatem tu pooofffff macam magic sistem tu berfungsi macam biasa.
Masa tu aku rasa yang Tuhan syg gila kat aku. Selalu sangat die tolong hamba dia yang lemah ni. Aku je yang selalu lupa nak bersyukur. Huuuuu.
Dan akhirnya aku berjaya dengan explanation system tu with minor comments only. Padahal seriously dua orang aku panggil tolong aku mula2 check sistem tu apa yang tak kena. Dua2 blurr sebab tengok semua ok. Tapi tak jalan. Kuasa Allah :')

Kadang2 bila aku tengok diri aku keje kuat camni aku terfikir kalau aku still lagi pregnant mesti susah nak gerak.
Turun naik tangga. Kadang2 kene lari2. Dengan tak cukup orangnya. Dengan meeting hari2.
Kalau nak ikotkan bulan ni masuk third trisemester dah. Huhu. Tapi takde rezeki.
Perancangan Allah tu sebaik2 nya. Aku bersyukur. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Allah Maha Mengetahui. Dia lah paling mengetahui bila masa yang paling sesuai untuk Dia kurniakan aku rezeki anak.

Minggu ni jugak macam semua orang tau staff MAS ramai yang kene terminate. Alhamdulillah. Akram dapat offer ke MAB (Malaysia Airlines Berhad). Syukur sangat.
Mungkin rezeki anak Allah amik balik tapi Allah kurniakan rezeki lain.
Dari awal tahun Akram memang tak senang duduk dah. Bila tau company nak jadi camni. Minggu lepas lagi la. Hari2 takde mood pikir pasal company.
Aku memang tak boleh nak cakap apa. Cuma boleh cakap InshaAllah kalau ada rezeki tak kemana. Doa orang teraniaya ni dimakbulkan. Bukan salah kita.
Kita kerja 7-8 tahun dengan company.
Kadang2 bila orang cakap rezeki Allah tu luas. Memang senang nak cakap. Memang betol lah dorang cakap tu. Memang rezeki bukan di tangan compny. Tapi tulah sikit sebanyak mesti akan rasa serabut jugak. Aku tengok laki aku last week pon aku yang jadi serabut.

Ni majoriti dah dapat surat. Memang ramai gila kawan2 die yang terpaksa tinggalkan company. Bila dengar dia cerita aku pon sebak. Setia dengan company. Tiba2 rasa dibuang bagai sampah. Dapat pampasan pon lama lagi. Serba serbi tak kena.
Nak bayar itu ini. Yang suami isteri kene terminate pon ramai. Apa aku boleh buat sekarang cuma berdoa semoga Allah kurniakan rezeki lebih lagi untuk dorang. Allah tu Maha penyayang. Kita ingat tu je. Mungkin ini ujian untum kita lebih dekat pada Dia. Mungkin selama ni kita rasa kita asyik kat atas je. Sapa tau kan.

Nak cakap banyak2 pon aku tak lalui benda tu. Tapi memang sedih la. Ada yang bini jenis tak keje duduk rumah je. Semoga Allah bantu. :') Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Dan Dia tidak akan membebani hambanya di luar kemampuan hamba itu sendiri.


Monday, June 1, 2015

Aktiviti yang boleh dilakukan di Bukit Fraser


Basically takda apa pon yang boleh dilakukan dekat Bukit Fraser ni melainkan makan, tidur, tengok tv, solat, makan lagi, tidur lagi, tengok tv lagi dan begitulah seterusnya. Kalau rajin sikit boleh la pergi jogging pagi2 kat sekeliling bukit ni. Tapi aku bet korang takkan rajin punya sebab bangun pagi die punya sejukk pehhh bercinta okey nak bangun. Lepas solat subuh bantai tarik selimut tidur balik sebab sejuk sangat. Bahahah! Buruk betul perangai.

Eh tapi takde lah seteruk itu pon Bukit Fraser ni.
Tu saje je nak exaggerate lebih sikit.

Ada banyak jugak aktiviti yang korang boleh buat sebenarnya selain yang aku senaraikan di atas. Itu untuk orang honeymoon macam aku okey la. Memang digalakkan sentiasa berada di dalam bilik setiap masa. Bahahah! Okey dah dah fokus fokus.



Bukit Fraser ni siang2 pon sejuk tau. Kalau malam jangan cakap lah. Aku menggigil-gigil kot pergi makan tak pakai jaket. So sila lah bawak jaket k. Aku rasa macam lagi sejuk dari Cameron Highland. Untuk orang nak release tension memang aku rekemen sangat tempat ni sebab tak ramai sangat orang. Memang sesuai sangat untuk tenangkan fikiran. Kalau yang datang untuk jalan2 satu family jangan risau. Still ada aktiviti untuk korang lakukan selain dari bercanda di dalam bilik saja. Hihi.

1. Kat BF (Bukit Fraser) ni ada satu kawasan nama The Paddock. Kat situ korang boleh buat aktiviti memanah, menyumpit dan menunggang kuda. Naik kuda aku tak sure berapa ringgit sorang tapi dia bawak pusing satu round je dalam 200m camtu. Kalau memanah sorang RM10 kot tak silap aku. Ke RM15. Lupa sudah. Dapat 10 anak panah. Nanti orang yang jaga kat situ akan ajar kau. Dont worry. Kalau nak menyumpit pon boleh jugak.

2. Allan's water. Kat sini boleh beli makanan ikan lepas tu bagi ikan makan. Boleh la bagi budak2 seronok. Kalau mak budak pulak boleh naik basikal air. Satu basikal tu Rm8 untuk 15 minit. Boleh la dari takda kan.

3. Depan Allan's water tu ada ladang strawbery. Masuk free tapi time tu strawbery tak berbuah. Ada kebun sayur jugak. Tak best pon.

4. Dekat Puncak Inn punya lobi ada tempat untuk sewa basikal. Satu basikal RM15 untuk sejam. Boleh la pusing2 puncak. Jangan lupa mintak safety helmet semua sebab kalau tak mintak dorang tak bagi. Hampeh betol. Kat situ pon boleh amik peta kawasan BF ni.

5. Ada mini golf jugak tapi aku tak try.

6. Ada taman permainan budak2 kat sebelah food court. Petang2 kalau takde nak buat apa boleh bawak budak2 main kat situ.

7. Ada banyak tempat untuk buat jungle tracking. Boleh pilih nak yang jauh or dekat.

8. Kalau yang jenis pencinta flora dan fauna sini memang tempat yang sesuai la. Masa aku datang tu kebetulan ada Festival Bird Race. Berduyun orang datang bawak teropong dengan kamera sebab nak tengok dan amik gambar segala jenis burung.


Aku rasa itu je kot antara aktiviti yang ada. Kang kalau aku teringat aku apdet k.

Untuk tempat makan pulak basically ada empat tempat kat BF ni.


1. Kat food court. Nanti korang boleh tanya kat orang2 area situ mana food court sebab jalan die pusing2. Susah nak bagi direction. Dua2 malam aku dinner kat Arzed Restoran. Ada western and goreng2. Tapi menu dia agak terhad. Apa yang ada kat buku menu je dia buat. Harga tak mahal sangat. So aku rekemen. Kat situ ada kedai India jugak dan satu kedai makan melayu lagi tapi kedai tu agak mahal. Kat Arzed tu dua2 malam aku datang full orang. Ada lagi kedai kat bahagian kiri food court tu tapi macam takde orang makan. So kitorang tak ushar pon.

2. Kat sebelah masjid. Aku try masa lunch sekali. Dinner tak pernah try. Tak banyak sangat lauk tapi okey la jugak choices dia. Ada ikan, ayam, sotong, telur. Sayur pon ada dua tiga jenis. Harga pon ok.

3. Kat pusat bandar (dorang panggil yang area jam besar tu pusat bandar. Hahaha!). Tempat ni agak pricey sikit. Aku tak try.

4. Kat roundbout dekat2 dengan Pines resort. Gerai ni jual breakfast and minum petang. Tapi memang mahal. Rojak satu polisterin kecik Rm5. Goreng pisang 5 ketul kecik RM2. Jemput2 pisang pon sama. Dia ada jugak nasi lemak air panas semua tapi aku tak try.


So apa sebab aku datang sini?
Sebab utama nya Akram dapat apartment murah. Mas ada rumah rehat kat sini. Dua malam RM80 je. Sape yang tanak kan. Walaupon apartment dia sendu gila dah tak terurus tapi boleh la. Dalam sendu2 pon ramai jugak yang apply apartment ni. Konsep dia kene apply dengan HR. So naseb2 la sapa dapat sapa tak dapat. Akram apply bulan 2 bulan 4 kot baru dapat jawapan.
Aku okey je lah. Orang dah ajak jalan kan jangan lah nak komen lebih2. Heheh.

So both of us apply cuti Jumaat tu. Tapi lepas solat Jumaat baru gerak dari rumah.
Dalam pukul 2 petang macam tu. Campur dengan jem semua sampai area Kuala Kubu Baru dalam pukul 4.30 petang. Masa tu perot memang menyanyi2 kelaparan. So kitorang decide untuk singgah makan.
Tak tau lah kenapa aku rasa Kuala Kubu Baru ni macam tak jumpa kedai makan. Nampak la secret resepi tapi tanak makan kat situ. Nampak satu kedai nama Cake & Bakery cafe kot. Ingat kedai kek tapi macam pelik pulak kenapa ramai orang makan situ. Bila tanya2 kat orang baru tau dia ada jual goreng2 jugak. So terus lah singgah.


Konsep kedai ni ala2 Secret Recipe la konon2 nya. Ada makanan berat dan jugak cake.


Akak yang amik order cakap goreng2 lambat sikit. Yang cepat macam mee sup, mee kari, mee rebus gitu. So Akram order la nasi goreng ayam. Aku order mee kari sebab dah lapar. Sekali Akram punya sampai dulu. Berbulu je aku.

Dalam pukul 5 petang macam tu kitorang start gerak balik. Masa tu dah start hujan lebat. Akram try call akak yang jaga apartment kitorang tu. Rupanya kat BF tak hujan pon. Takpelah kitorang gerak slow2.


Sebelum sampai Bukit Fraser akan jumpa tasik ni dulu. Akram cakap dulu tasik ni tak nampak langsung tanah yang merah2 tu. Sekarang dah kurang dah airnya.


Dah sampai Bukit Fraser tapi belum sampai betul2 kat pusat bandar dia.


Bila dah nampak jam ni baru la betul2 sampai kawasan Bukit Fraser ni. Fuhhh Alhamdulillah lega gila. Kalau tak asyik je tanya Akram bila nak sampai. Aku sampai pening2 nak muntah. Dah lama tak rasa macam tu. Masa naik kundasang elok je.


Area keliling jam besar tu.


Kitorang sampai2 je terus pergi carik apartment. Sebab penat sangat. Pusing punya pusing tak jumpa. Satu papan tanda tulis pine resort pon takda. Hampeh betol. Last2 call akak yang arrange bilik kitorang tu macam mana nak pergi sana. dah la call kemain lama tak angkat. Naseb baik last2 dia jawab. Sudahnya kitorang tunggu balik kat area jam besar tu lepas tu ada orang pick up kitorang. Rupanya kitorang dari belah kiri tu terus belok kiri. Kalau dari sini nampak la sign pine resort tu. Kalau dari kiri tu tak nampak langsung. Sepatotnya belok kiri. Kitorang belok kanan. Memang la berpusing sampai menara jam balik. Aduhai.

So inilah dia Pine Resort yang susah sangat nak carik tu.

Basically apartment ni ada banyak jenis. Yang kitorang dapat yang tiga bilik punya.
Sampai budak yang hantar kitorang tu tanya eh dua orang je ke? Hahaha!
Tak payah check in kat kaunter. Budak yang pick up kitorang tu bawak kunci siap2 terus boleh masuk rumah. Aku ingat kan macam rumah apartment biasa tu. Rupanya dia memang lah apartment tapi jenis yang parking kereta sebelah pintu rumah gitu.


Macam gambar pertama atas ni. Camtu lah konsep dia. Cuma kalau dapat rumah bawah kene turun tangga sikit la. Kesian apartment ni dah tak terurus dah. Dengar nya Mas pon macam nak jual dah. Dulu apartment Mas banyak tapi sekarang dah tinggal dua je. Satu lagi kat PD. Pon dah hazabullah dah rupa. Aku tak pernah stay sana. Padahal kawasan ni cantik gila kot. Dah la sejuk. Atas bukit. Sayang gila lah dengan semak samun dah tinggi. Cat pon ala2 je rupa. 


So this is our apartment. 3 bilik. Dua tingkat. Dapur semua lengkap. Toilet setiap satu bilik ada. Paling best ada tempat untuk bbq. Masa aku tengok beranda dia pehhhh rugi gila tak bawak bahan2 mentah. Mula2 tu memang ada plan nak bbq. Tapi last2 macam tak payah la. Aku ni dok ingatkan kene bbq kat koridor apartment. Dah aku bayangkan macam apartment rumah biasa tu. Tak tau pulak koridor begini. Rugi2. Kalau tak memang best gila okey. Dah la sejuk. Pemandangan best. Ish.


Ni dua bilik tingkat bawah. Besar jugak bilik2 ni. Tapi kesian heater rosak. Hahahahah! Menangis okey rasa air paip dia sejuk nak mati. Naseb baik ada cerek air boleh la masak air panas kalau tak memang 3 hari aku rela tak mandi. Bahahaha!


Ni master bedroom tingkat atas. Memang naik2 atas je terus jumpa bilik besar. Ada koridor sendiri. Tapi kitorang malas nak tido dalam bilik. Angkut tilam letak depan tv 2 malam tido depan tv. Peh syok gila. Haha!


So malam tu kitorang keluar dinner area food court. Mula2 masuk kedai makcik yang mahal sikit tu. Tapi takde goreng2. So pergi kedai ni. Tapi naseb baik jugak la malam tu dia takde goreng2 sebab akak kedai runcit tu cakap kedai makcik tu mahal sikit. Kedai ni okey je harga tak la melampau sangat. Cuma menu terhad la. Oh btw kedai runcit ada je kat atas ni kalau nak beli barang2 simple. Pasar takde ya kat atas ni. Aku ingat kan dorang macam turun beli barang dapur seminggu sekali je. Rupanya seminggu dua tiga kali turun bawah sama ada pergi pekan kuala kubu baru atau raub. Pehhhh orang dah biasa kan. Kalau aku mau demam seminggu dengan jalan ular berlingkau dia tu.


Atas aku punya. Nasi goreng Thai. Bawah Akram punya nasi goreng apa entah. USA kot. Boleh tahan la masakan dia. Not bad. Malam nak keluar aku suggest pakai jaket ya dia punya sejuk Ya ampun memang tahap menggigil. Aku ni konon macam tau sejuk tapi tak bajet sejuk gila. Sekali tahap menggigil. Hambek.


Lepas makan terus balik apartment sebab malam macam takde ape pon.
Masa makan tu terjumpa dengan budak yang bagi kunci apartment kitorang tu.
Terus tanya nak buat apa kat sini. Mana nak makan semua.
Budak tu siap cakap lagi "Esok ada festival bird race. Tu yang ramai sikit orang. Kalau tak sunyi sepi je tempat ni"
Tapi ada festival pon orang ramai tahap boleh kira lagi. Kalau takda apa2 memang sunyi la tempat ni. Tapi untuk orang2 yang nak tenangkan fikiran memang best gila weh tempat ni. Sila datang.


Suasana pagi esok dalam pukul 8.30 pagi. Cuba cakap macam mana lah nak bangun pagi konon2 nak pergi jogging macam ni. Jogging bawah selimut je lah kan. Bahahha! Masa pukul 7 pagi suasana dia biasa je tau. Tiba2 dalam 8 lebih start berkabus macam ni. Eh tak boleh jadi. Tarik selimut la. Ekekeke.


Pagi sabtu tu kitorang just breakfast kat rumah je. Naseb baik bawak roti, tuna, peanut butter, hot choc, kopi,keropok siap2. Haha! Dua2 jenis malas gila nak bangun apatah lagi nak mandi. Naseb baik laki aku ni jenis terlebih rajin. tiga2 hari tiga2 kali dia yang masak air dan buat air. Siap goreng keropok lagi. Hihihi.


Dalam pukul 11 pagi macam tu siap2 nak keluar pergi carik lunch.
Sebab adik semalam tu pesan keluar lunch awal sikit. yelah kedai nya ada berapa je. Ada festival pulak tu. Takut lauk habes.
kitorang try makan area masjid pulak.

Total dalam rm16 kot. Ok la. Ikan cencaru tu besar jugak. Cencaru sumbat. Aku amik sayur taugeh kepala besar tu. Laki aku boleh cakap "Eh peliknya taugeh dia. Besarnya kepala dia" Aku cakap ni memang spesis dia la. Taugeh kepala besar. Ish kesian betol seumur hidup 29 tahun first time nampak taugeh macam tu. Hahaha!


Ni kat area kedai makan tu. Tangga tu boleh turun ke pusat bandar kalau rajin nak jalan kaki. Disebabkan kitorang ni terlebih rajin, so kitorang parking kat kawasan kedai tu and buang masa jalan kaki pergi kat area jam besar tu. Huhu. Masa turun bukit tu syok la. Masa balik nak menapak ke kereta tu hahaha penat gila! Naseb baik tengah hari buta pon udara sejuk.


Ni lah keadaan kat sekitar area jam tu. Ada gerai2 jual baju, makanan, madu, pameran polis, paling banyak jual teropong la. Gambar bawah sekali kanan tu nampak tak teropong besar tu. Harga sampai puluh ribu ok. Rasa macam nak pecah usus perut dengar. Haha! Yang kecik pon ada yang dekat 3k. Ada satu booth kitorang singgah, sales person tu rajin gila layan kitorang. Siap terangkan kat katalog ada gamabr2 burung macam2 jenis. Ini burung apa. Burung ni kat mana, burung ni selalu kaler apa, burung ni takde kat bukit fraser. Aku tengok Akram, Akram tengok aku. Hahaha! Masing2 takde hobi macam ni. Melopong je dengar mamat tu cerita. Siap eksited gila tunjuk video burung tengah makan semut, burung tengah kibas2 sayap. Bahaha!


Aku ni mati2 lah ingat bird race ni kita tengok burung dok berlumba terbang. Bahahhaa! Sendu giler ek perangai. Rupanya pertandingan mengenal burung. Aku tak tau la konsep dia macam mana. Masa aku jalan2 tu nampak la dorang tengah teropong2 lepas tu jerit2 tunjuk burung2 bagai. Tak tau camne nak kira menang ke kalah. Tapi sepanjang kitorang kat sana memang asyik2 nampak sekumpulan manusia bersama kamera dan teropong masing2 dan beberapa kertas. Yang aku musykil sebab ramai jugak macam student2 yang muda2 dengan teropong masing2. Wahhh banyaknyaaa duit. Jeles ahkak. Bahahaha! Maybe dorang ada persatuan kot kat universiti yang ada fund.


Ni hotel yang akan korang jumpa mula2 sekali sampai Bukit Fraser ni. Puncak Inn. Cantik kan? Tapi tak tau lah review dia. Tapi antara hotel yang cantik la kat BF ni. Kat aras bawah tu ada kaunter pertanyaan untuk BF ni. Boleh amik pamplet kat sana. Nak sewa basikal pon kat sana jugak.

Shahzan Inn ni pon antara hotel yang cantik jugak.


Yang ni silverpark. Pon cantik apartment dia. So far aku rasa tiga hotel tu je paling cantik. Tapi kat sini ada jugak banglo untuk disewa. Aku pon tak sure harga dia berapa. Tapi kalau datang ramai2 family besar macam best je sewa banglo tu.


Eh dah rasa macam banyak gila lah aku menaip.
Boleh tak details aktiviti aku sambung next entry.
Boleh je la kan. Kata blog aku. Bahahhaa!

okbai.