Sunday, February 5, 2012

Cambodia Part 1

                               
Mula-mula bos aku cakap aku kene naik flight 20/1 (Jumaat) pagi.
Akram pon dah siap2 amik cuti sebab nak hantar aku pergi airport.
sweet kan. kahhh kahhh.
tetiba bos aku suruh naik flight hari Khamis pagi sebab Jumaat tuh dah start meeting.
tension je haku.
nasib baik flight aku pukul 7.05am.
so lepas hantar aku boleh lah Akram terus pergi keje.
2 minit je pon dari LCCT.

malam tuh aku tido rumah pakcik Akram sebab dekat sikit dia nak hantar aku pergi airport.
and malam tuh jugak aku heret Akram pergi masuk Tesco and Jusco sebab nak beli makanan banyak2.
tapi makanan ape je lah yang aku boleh beli kan.
takkan aku nak beli beras pulak.
sudahnya beli je lah megi, roti, tuna dengan nescaffe 3 in 1.

esok pagi dalam pukul 5 lebih kot baru nak gerak pergi LCCT.
start masuk kereta aku dah cuak.
first time kot nak naik flight.
dah la sorang2. before gerak takde nak sakit perut sume.
sampai airport dan2 lah perut aku nak sakit lah nak berak lah kencing lah.
tak bersopan betol.
Akram cakap "tak payah lah nak neves sangat"
pehh sendiri cakap boleh lah.

kalau boleh memang nak seret Akram hantar sampai dalam kapal tapi apakan daya ini kapal terbang bukan bas ekpress. haih.
seat Air Asia kecik je. macam bas ekpress.
nasib baik aku dapat seat paling depan. boleh lah kaki aku ni ke depan ke depan.
takdelah kebas sangat


nasib baik bos aku booking flight sekali dengan breakfast.
Akram cakap kalau naik MAS dorang bagi meal free.
Air asia kene bayar masa booking. Nasi lemak macam ni RM 12 lebih.
bese je takde lah sedap mana pon. mentang2 dalam flight takde restoran dia cekau duit kite kaw2. so memang aku tak beli pape lah atas flight tuh.


flight pergi Cambodia 1 jam 45 minit je.
so takde lah kebas sangat bontot kau duduk atas seat tuh.
masa mula2 memang sangat neves tapi bila dah lama sikit rasa okey je.
sakit perut pon dan2 hilang.
macam nak tampar perut aku ni.
tengok sterwardess buat keje rasa macam cool.
tapi yang tak cool bila kejap2 bukak compact powder.
kejap2 pakai lipstic =___=


dah sampai Cambodia. ni tempat tunggu orang sambil pegang2 kad tulis nama orang.
tapi time ni tak ramai sangat.


aku sampai dalam pukul 8 lebih. tapi masalahnya bos aku gerak dari Laos tengah hari.
ada ke die suruh aku gerak sendiri dari airport pergi hotel dulu sorang2.
memang tak lah kan. aku dah la penakut.
kang tak pasal2 kene culik memang naya je.
kene culik satu hal kalau kene tipu lagi lah satu hal.
sudahnya terpaksa lah aku tunggu bos aku dekat situ dekat 6 jam !
sampai kepala aku tersengguk-sengguk.

lagi best masa aku duduk situ adalah dekat 5 orang Cambodia tegur aku dalam bahasa dorang.
yang aku ni pulak ternganga lah.
ada sorang tuh siap dua kali tanya aku dalam bahasa dorang.
memang tak lah aku nak paham.
tetiba ada sorang driver hotel ni duduk sebelah aku.
memula dia tanya dalam bahasa Cambodia jugak.
tapi aku buat2 tak dengar sambil main henpon.

tiba2 dia tanya "u can speak english?"
apa lagi memang aku layan lah.
dia cakap orang yang tegur2 aku tuh tanya aku ni ada tunggu sapa2 kawan ke. pastuh dorang semua pelik sebab aku tak paham Cambodia sebab ingat aku orang sana.
aku ingat muka aku ni Jawa totok habes dah.
rupanya ada style2 pan asia jugak.
kahhhhh kahhhhhh !

dalam pukul 2 lebih baru lah bos aku sampai dengan wife dia.
fuhhhhhhhhhhhhh legaaaaaaaaa.
berakhir seksaan aku.
memang terbayang-bayang katil hotel memanggil-manggil aku.
so terus gerak pergi hotel.
Imperial Garden Villa & Hotel.



ni lah bilik aku. hotel ni 4 star. suppose harga dia boleh tahan mahal tapi sebab orang yang tolong booking tuh dah biasa dengan hotel ni so dapat murah sikit. bilik aku ni 61usd. ada pool, ada sauna, free breakfast, free wifi, ada heater kecik boleh masak air, ada tv, ada bath tub, ada peti ais, and hari2 dia bagi air mineral 2 botol.



banyak kan? tapi jangan tertipu ye. air mineral pink dengan air 3 in 1 dalam bakul kecik tuh je free. yang lain semua kene bayar. dalam peti ais ada air oren, air mineral lain and sneekers. semua bayar. pandai dorang ni. nasib baik aku baca kertas tuh kalau tidak. melayang duit aku.



 naseb baik ada tv dengan wifi. kalau tak memang mati kutu lah. yang best siap dapat tv 1. go go RTM. kekekeke. channel lain bese lah. hbo, kbs korea, ape tah lagi. tuh yang kat bawah makanan2 tuh lah peti ais dia.



 peti besi dalam almari aku. tapi aku tak guna pon. bukan bawak barang berharga sangat pon. tapi bila aku bukak2 almari nampak benda ni terkejut aku. hotel mahal memang provide benda ni eh?



view dari bilik aku. depan hotel aku ni bertembung tiga sungai. sungai mekong, sungai bassac dengan sungai tonle sap. petang2 kang ramai lah yang tolong penuh tempat duduk depan hotel aku ni. dia macam taman. lagi pon sebelah hotel aku ni ada funfair.



petang tuh aku rest dalam bilik je.
layan tv layan facebook.
pastuh tido.
masa pergi Cambodia aku period pulak so senang lah sikit kan.
nak keluar jalan2 memang sumpah tak larat sangat.
ate 6 jam duduk kat airport tunggu bos. sampai kejang bontot aku.
so tido dalam bilik lagi best.

ini je lah hari pertama aku.
hari esok2 nanti lah aku hapdet.
penat pulak menulis.
dah lah selsema sebab kemas bilik. berhabuk.
nak mandi.

okbai.
                                                                                

Saturday, February 4, 2012

Beberapa perkara tentang Cambodia

                             
Aku baru je habes transfer gambar kat laptop.
before aku up entry pasal Cambodia meh aku share beberapa perkara pasal negara tuh.
sebabnya negara tuh macam kureng femes sikit kan.
lain lah kalau sebut Korea.
memang tak payah cerita pon semua orang tau.
lebih2 lagi hantu K-pop. eh.

okey 10 perkara tentang Cambodia.


1. Ada satu kain rentang besar dekat Phnom Penh tulis "Phnom Penh, the Charming City"
Charming ke? aku pon tataw mana yang dorang refer as Charming.


2. Cambodia prefer guna US Dollar berbanding matawang dorang sendiri (Riel). Even money changer dekat Malaysia pon takde duit Cambodia. So kalau nak ke Cambodia tukar duit ke US Dollar.

1 USD = 4000 riel. Tapi urusniaga dekat sana memang guna USD pon. boleh jugak kalau nak guna riel. tapi nanti korang sendiri yang pening sebab duit semua besar2. Akram cakap dorang takut guna duit dorang sebab takut matawang dorang jatuh. Bayangkan kalau dorang ada satu juta dalam akaun bank tapi tetiba matawang dorang tak boleh guna tak ke rugi. muflis sekelip mata.


3. Jangan tak tahu yang kat Cambodia pon jam. haha ! Tapi bukan jam sebab kenderaan banyak. Tapi adalah sebab jalan dorang kecik2.

Mana ada highway2 ni. Tapi rakyat Cambodia ni bawak kenderaan semua slow2. so kau takde lah takut kau akan dilanggar tengah jalan. Bukan macam Malaysia. Baru pakai Kancil dah macam pakai Evo. ptfffff.

4. Taraf hidup Rakyat Cambodia sangat tinggi dan kebanyakan orang Cambodia miskin. Sebabnya kebanyakan barang2 adalah diimport. Satu masalah dorang ni dorang tak kreatif. Even sawah padi still guna kerbau. Lepas tuh barang makanan like buah-buahan pon nak import. Sebab tuh mahal. Bayangkan lah kalau limau biasa pon sekilo dah dekat seploh hinggit memang tak lah kite nak beli kan.

Minyak petrol dorang pon mahal. 1 liter = 1.5 USD. Dekat RM5. Kalau kat Malaysia kompem semua orang dah mengamuk. So tak payah lah nak rusuhan sangat. Kerajaan dah banyak tolong rakyat dengan subsidi. Ce kalau korang duduk Cambodia sana tengok boleh hidup ke tak kan.

Lepas tuh gula, garam semua memang mahal lah. Daging ayam daging lembu jangan cakap. Memang semua import. Dorang takde ladang2 ni semua. Bak kata orang sana sendiri, rakyat Cambodia tak kreatif. ke Malas ? hihihihihi.

5. Jenama kereta paling femes dekat Cambodia adalah Toyota. Aku pon tak sure if toyota murah dekat sana. Tapi mana2 kau nampak kereta esti Toyota Camry. Termasuk lah teksi.

Tapi beberapa kereta je lah dekat sana. Ate dorang miskin. So kebanyakan rakyat guna motor and basikal sahaja.

Ada sorang rakyat sana cakap dorang ada kereta local sendiri jugak tapi orang Cambodia sendiri tak sudi nak pakai. kahh kahh ! Demand lah pulak kan.

6. Kalau korang pergi sana kene hati2 sikit sebab peminta sedekah dia sangat extreme. Kalau kat Malaysia dorang duduk je tunggu duit kan. Tapi kat sana takde ye. Dorang berjalan-jalan menghampiri pelancong sambil menghulurkan bekas kosong. Selagi kau tak bagi duit selagi tuh dorang merayu-rayu. Scary huh?

7. Sutera Cambodia lain sikit. Kalau sutera kite lembut and licin kan. Sutera dorang macam kain cotton. Dorang punya sumber kebanyakan nya kain sutera lah. Disebabkan semua orang nak jual sutera so boleh lah dapat murah kan. hehehe.

8. Kalau korang pandai tawar-menawar memang untung beli barang kat sana. Sebabnya pesen peniaga kat Cambodia, once korang dah masuk kedai dorang, dorang akan berusaha jual barang sampai korang beli. Tak kisah la dorang untung just 1 dollar je pon.

Contoh korang masuk satu kedai ni. Harga beg dia 20dollar. Mahal kan. So korang taknak beli. Nanti peniaga tuh akan tanya berapa korang boleh bayar. So apa lagi korang akan bagi lah harga paling rendah. And then bermula lah proses naik turun harga. Dan kalau korang terror korang boleh buat peniaga tuh untung 1 dollar je. keh keh keh.

9. Beza waktu Cambodia dengan Malaysia sejam je. Tapi sama macam Malaysia. Kalau kat Malaysia pukul 7am matahari naik, kat Cambodia pukul 6am matahari naik. So sama je lah just waktu dia je lewat 1 jam.

10. Kalau kat Phnom Penh memang susah nak dapat makanan halal. So nak taknak hari2 kau kene hadap roti roti roti. Tak pon buah and sayur je lah. Kalau kat Phnom Penh tak ramai Muslim. Masjid pon takde. Tapi masa aku pergi Siem Reap ada perkampungan Muslim dekat sana. So dapat lah merasa Nasi Ayam. Balik Phnom Penh continue makan roti =____=


okey cukop sepuluh.
itu je pon yang aku dapat fikir sekarang.

entry penuh nanti2 lah.
ngantuk pulak :P

Cambodia Part 1
Cambodia Part 2
Cambodia Part 3
Cambodia Part 4


                                                                           

Wednesday, February 1, 2012

Sebab kau bukan anak bongsu.

                          


Holaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
still bukan entry Cambodia.
pada sape2 yang tunggu entry tuh maap ye.
gambar tak transfer lagi.
maybe weekend ni aku hapdet.
tu pon kalau rajin lah sebab sabtu ni nak pekena ikan bakaq kat Umbai Melaka.
ada sapa2 nak join?
mohhh la kite. hehehehehe.



bulan lepas, seminggu lepas adik bongsu aku masuk asrama, mak aku call bagi taw yang dorang semua pergi melawat adik aku dekat asrama.
mak aku cakap nak tengok adik aku tuh okey ke tak.
mak aku cakap kesian. anak bongsu katakan.
entah hape yang dia kesian sangat pon aku tataw.



aku bet lah kan nanti adik aku tuh dah masuk U pon mak aku still akan anggap die budak2 lagi.
entah2 tiap2 minggu pulak suruh adik aku balik rumah.
wait and see je lah.



zaman aku masuk asrama dulu harammmm mak aku nak datang saje-saje ni.
kalau dorang datang melawat sebulan sekali pon dah sukorrrr alhamdulillah.
tapi selalunya harapannnn je lah.
datang bila ada benda penting nak bagi.
lepas tuh balik.
nama nak bawak aku pergi outing jalan2 cari makan ke nan ado eh.
yelah zaman aku sekolah dulu pon family aku bukan senang sangat.
so aku pon redha je lah.





tapi aku rasa lah kan mak bapak ni agaknye memang susah nak percaya dekat anak bongsu kot.
dulu aku masuk asrama sama je dengan adik aku.
13 tahun. asrama penuh lagi.
sekolah yang sama.
tapi mak aku anggap aku macam dah 23 tahun.
ko nak balik bermalam, ha naik lah kau bas sendiri.
nama nak amik aku kat asrama nehiiiiiiiiiiiiiii.



kalau weekend tuh forever alone lah kau sorang2 dalam bilik.
dalam hati berharap mak bapak aku buat suprise tetibe datang asrama bawak makanan.
dok tunggu annpusement panggil nama aku.
tapi sampai ke sudah nye takde.
pukul 6 petang orang lain makan makanan mak bawak, aku terkedek-kedek turun dewan makan cari nasi kawah.
tapi okey lah boleh jugak cuci mata. kahhh kahhh !



lagipon seploh tahun yang lepas, Bandar Penawar tuh harap je lah nama depan bandar.
tapi mengalahkan pekan tak siap. semua takde.
time tuh sekolah aku (Sains), depan sekolah aku ada Sekolah Sukan Bandar Penawar, sebelah sekolah agama bandar penawar and sebelah lagi sekolah asrama harian biasa.
keliling sekolah semua hutan belukar.
sebab tuh dulu sekolah aku rilek je kalau tengah belajar dalam kelas tetiba nampak anjing berlari-larian kat luar tingkap.





kalau bab kemudahan jangan cakap lah.
shopping mall langsung takde.
mekdi kfc jangan cakap memang takde lah.
kalau nak outing ha naik lah kau bas kokak tuh yang bila jalan bunyik2 macam nak runtuh pergi bandar Kota Tinggi sejam !
padahal semata2 nak pergi keluar duit je pon.



sekarang datang balik bandar penawar fuhhhhhhhhhh macam datang KL. ahahahahaha !
nampak benor nipunya.
tapi boleh nampak lah perubahan ketara.
ate dah seploh tahun kan.
now dah ada banyak kolej.
ade IKBN ada kolej mara.
bas pon dah pakai Mara Liner aircond dah.
lepas tuh banyak kedai and kawasan perumahan. tak jumpa dah hutan belantara ni.
Sekolah sukan pon dah tukar nama Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail.
sekolah aku jugak yang pakai nama Sains Kota Tinggi lagi =_____=
lagi best siap ada highway terussssss pergi JB. maju tak maju lah kan.
untung budak2 sekarang ni.



tapi bila fikir2 balik bagus jugak aku tak jadi anak manja mak bapak ni.
at least aku jadi berani lah sikit.
first time balik johor daripada kedah masa matrik dulu pon sorang2 je.
mak aku tuh pon takut taw first time pergi rumah kakak aku kat perlis sorang2.
siap bawak bekal makanan dalam bas semata taknak turun takut kene tinggal bas. keh keh keh.






berani2 aku pon tatappp takut kalau kene tido sorang2 kat rumah.
hahahahaha !

okbai.



                                                  

Monday, January 30, 2012

Makan makan dan makan.

                        


Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
tarik nafas panjang2.
ada orang email aku tanya bila nak hapdet, bila nak hapdet.
terasa macam Hamis Jalikha pulak
jangan nak perahsan boleh tak Syazwana. =__=



actually rabu lepas lagi aku dah sampai Malaysia.
even flight air asia tuh delay 2 jam.
tapi dalam pukul 2pm dah sampai Malaysia dah.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiii dan dan terus tak sihat.
pening2 kepala macam nak demam.
perubahan cuaca katekan. poyo gilak. haha !




tetapi walaupon tak sihat makan tetapp makan.
mangsanya macam biasa sape lagi Akram lah.
dia jemput aku kat airport.
pastuh terpaksa layan tekak aku nak makan ape.
masuk kereta terus zasss zasss pergi cari McD.
maklumlah kat Cambodia jadi vegeterian.
sampai Malaysia hambik Prosperity terus. alhamdulillah kenyang. :)



tak stop sampai kat situ je.
esoknya aku paksa Akram carikan aku nasi lemak paru.
tapi dia tak jumpa.
sob sob.
terpaksa makan nasi lemak ayam. boring.
nasib baik malam tuh mengketedarah ikan kerapu 3 rasa, tomyam ayam, kerabu sotong dengan telur dadar.
pehhhhhhhhhhhhhhhhhh nikmat nya duduk Malaysia ni tak terkata.
hahahahahaha !




okeylah aku banyak benda nak settle sebenarnya ni.
pening betol kepala.
nanti2 lah aku hapdet pasal Cambodia okey.
kalau aku rajin.
lagipon laptop pada Nor Akram Jamil.


owh sebut pasal nama penuh si Akram tuh teringat something.
Nama aku Nur Syazwana Jamal.
Akram pulak Nor Akram Jamil.
ehemm chemistry gittewwwww. kahhh kahhh !



hari tuh Akram cerita dia baru buat satu kad MAS.
kad ape tah lupe pulak aku.
tapiiiii boleh pulak orang tuh salah tulis nama dia pada kad tuh.
jadi Nor Akram Jamal.



cisssss.
A dengan I jauh kot.
tapi nama Akram ni memang selalu orang salah sebut.
hari tuh teman die pergi klinik akak tuh panggil dia Nor Ikram.


makcik aku lagi lah.
Nor IKHLAS terus.
nice one.


okbai.

                                                      

Monday, January 23, 2012

Haloooooo Malaysia :)

Hallooooooooooo.
Aku sedang berlintas langsung dari atas katil dekat hotel ni haa.
Tengah layan Titanic sorang2.
Rasa macam loser pulak.
Hahahahaha !


Now kat Cambodia pukul 2 lebih.
Tolak satu jam dari Malaysia.
Nak upload gambar tapi tak boleh.
Al maklum lah update guna henpon je.
Malas haku nak angkut laptop segala.
Memberat beg aku je.


Cambodia tak hujan.
Panas gilaa.
Tu yang agak malas nak jalan kat luar.
Akibatnya tersadai kat bilik sorang2.


Tengok petang sikit kalau rajin.
Aku bukan ape asal kuar jalan je duit pon jalan.
Stresss aku. Haha !


Akram kerja malam dis week.
So mesti time2 cani die tengah membute.
Gila bosan.
Dah la dok sini dah macam vegetarian dah aku.
Sampai nak muntah tengok roti.



Okey lah.
Rimas pulak aku taip guna henpon kecik ni.
Nak pegi spa belum bukak pulak. Hehe.


Babai I miss U !!
I miss Malaysia too :)

Wednesday, January 18, 2012

Doakan saya :')

                             



sorry sebab now aku macam busy sikit.
siapkan tempahan untuk design blog.
takde lah pandai sangat tapi kalau korang malas nak cari code2 html (lagi2 now template baru banyak gila code dah lain =__= ) aku boleh tolong sikit2.
nak quotation boleh email aku at syazwanajamal@hotmail.com.
ecewah sempat lagi nak promote. kekekeke.



itu satu.
lagi satu aku busy lah sikit sebab esok pagi aku nak kene pergi Cambodia.
kalau pergi bercuti takpe jugak. ni lawatan kerja.
seminggu pulak tuh.
sumpah aku sangat cuak.
beselah orang kampung mana pandai nak naik flight segala ni.
selalu naik bas saje :(



kalau boleh aku nak suruh Akram hantar aku sampai seat dalam flight.
tapi apakan daya flight tu tak sama dengan bas ekpress.
*sedih*



tapi takpe.
sebagai anak Malaysia kita kene berani.
barulah Malaysia Boleh.



insya allah esok flight aku pukul 7.05am.
gila awal kan.
masalahnya yang aku cuak sangat tuh sebab aku kene gerak dari Malaysia sorang2.
bos aku gerak dari Laos sebab before tuh dia ada lawatan dekat sana.
dah la hari tuh aku baca fakta "Lipas goreng adalah makanan biasa di Cambodia"
memang malam ni aku nak sopink makanan banyak2. tak kire !
sanggup aku tak makan dekat sana.



so doakan aku selamat pergi dan balik.
berat betul hati nak pergi.
tsk tsk.
sebenarnya berat hati nak jauh dari Akram.
kah kahhhh.
gatal betol.






okey lah take care korang.
kalau rindu kat aku selalu2 lah datang blog aku ye.
doakan aku selamat :')


okbai.