Tuesday, March 13, 2012
Mekap.
2 minggu lepas kot Officemate aku ajak pergi alamanda lepas keje sebab nak cari lilin aromaterapi katenye.
aku pon okey2 je lah.
niat di hati nak teman je kawan aku ni.
sekali bila masuk2 alamanda je nampak Ellianto SALE 70% niat ke mana teman ke mana.
yang kawan aku ni dah la kaki membeli barang2 mekap.
dengan aku2 sekali terpengaruh.
akhirnya aku TER-rembat maskara dengan loose powder.
Maskara tuh bau coklat taw.
rasa macam nak makan je.
harga RM12 kot kalau tak silap aku.
loose powder RM20 lah lebih kurang.
barang2 mekap aku.
agak banyak tapi boleh kira bape kali je aku guna.
and selalunya aku pakai mekap bila keluar dengan kawan2 perempuan.
sebab Akram ni tak suka sangat aku mekap2.
nanti mula lah "apesal beria sangat mekap? nak pergi mane je ni?"
tu yang aku malas tu.
mungkin dia suka tengok natural beauty aku kot. kahhhh kahhhh !
lipstik IN2IT tu aku tersilap beli sebab dia macam berminyak sikit.
sangat tak best. now aku rasa lipstik avon macam best.
jadinya bulan depan aku nak rembat barang sedua lipstik.
lipstik yang depan kaler hitam tuh actually pon aku tersilap beli.
dah la mahal -__-
time tu aku cari Lip Ice sheer colour tapi takde.
yang ade yang hitam tuh.
aku yang jujur ni ingat dorang dah tukar pakaging ke, style baru je, aku pon terus amik.
balik2 rumah stress sebab salah.
dah la ade blink2 kat lipstik tu bila pakai.
ape lagi Akram pon bebel lah "Dah beli mahal2 tak pakai"
then bila entah masa aku teman Akram beli barang aku pon ternampak lah lip ice yang betul2 punya.
aku pon TERbeli lah.
Akram pun TERcakap lah "Hai beli lagi." sambil geleng2 kepala.
aku pon TERsengih je lah.
okbai.
Monday, March 12, 2012
Sekelip Mata Engkau Berubah.
Tanpa mekap.
Natural beauty kau. Hak hak :P
Natural beauty kau. Hak hak :P
Pagi tadi.
Mesej-mesej.
Aku : Dah makan ?
Akram : Dah, tadi beli bihun. Makan ape tadi ?
Aku : Makan bergedil je. Kenyang jugak :)
Akram : Bergedil ape? Ade daging ?
Aku : Ade lah. Daging campur kentang. Sedap !
Akram : Owh, buat lah. Boleh makan. Hehe
Aku : Nak ke? Dah belajar dengan Ibu.
Akram : Bila nak buat ?
Aku : Entah. Tapi kene beli daging cincang lah. Semalam ibu tanya nak bawak daging ke tak. Nak bawak cane pulak kan.
Akram : Daging mentah ?
Aku : Aah. Ibu tanya Ikram tanak daging ke? huahua.
Akram : Ikram pulak?
Aku : Dia tak reti sebut Akram. Hahahaha !
Bla bla bla.
Aman damai lagi :P
Tiba-tiba .......
Akram : Tolong downloadkan album kumpulan Khalifah. Tajuk Ni Hao Ma.
Aku : Nanti lah. Tengah donlod Adnan Sempit 2 ni. Satu-satu.
Akram : Okey2. Kelakar lah cerita tuh.
Aku : Dah tengok ke??
Akram : Dah tengok dah. Kan dah cakap dah tengok. Kelakar gila.
Aku : Bila masa cakap dah tengok? Mana ade. Huh !!!
Akram : Hehe. Yeke? Tapi dah tengok, takpe boleh tengok lagi. Danial lah ajak teman die hari tuh.
Aku : Tak cakap pon. Fine. Danial kan lagi penting.
Akram : Hahaha. Alah dah 2 minggu dah. Tapi dah cakap dah hari tuh. Mesti lupa.
Aku : Bila masa? Takde pon. Fine. Takde mood. Baii !!
Akram : Alah tetiba je.
Aku : Tetiba ape pulak? Fine sukati lah. Takpe.
Akram : Alah dah bagi tau lah before ni. Masa kita nak pergi downtown tuh. Ape lah.
Aku : Tade pon. Takpe tak payah cakap pape lagi. Minggu ni cancel semua.
Akram : Alah pasal benda ni pon nak macam ni.
Aku : Kecik hati.
Akram : Ape pulak kecik hati. Bukan pegi mana pon. Pegi semata2 then terus balik. Tak pegi mane pon lah. Ganti orang. Kalau tak Shairazie yang pergi tapi dia tak jadi. Tiket dah beli. Pegi je lah.
Aku : Cakap lah ape pon. Bai !
Akram : Ada pulak camtuh.
Entah pape perempuan gedik ni :P
2 jam kemudian.
Akram mesej
"Jangan lah merajuk. Ada pulak tak jadi. Malam tadi dia jugak cakap weekend ni kan :*"
Tak kira nak merajuk jugak.
Dah nama gedik kan.
Kahh kahh.
okbai.
Friday, March 9, 2012
Orang Jawa nak balik kampung
hari ni pakai baju ala-ala jepun.
walaupon baju jepun muka tatappp jawa.
memang dah sebati.
cuma cakap jawa je tak reti.
kalaulah aku pandai cakap jawa kompem memang polis aim aku.
pendatang tanpa izin. wakakakaka !
petang ni nak balik awal sebab nak siap2 pergi TBS and balik Johor.
memula ingat macam nak amik cuti hari ni.
tapi adik aku yang kat matrik UIA tu exam pulak sampai pukul 3.
then ingat nak mintak cuti hari Isnin tapi mamat tuh ade kelas pulak.
aku suruh ponteng penakut.
gila keji perangai ajar adik ponteng kelas. hahaha !
alah matrik je pun :P
tapi nasib baik jugak haku tak cuti hari ni.
pagi2 je dapat claim.
masyukkkkkkkkk. keh keh keh.
dengar cerita En. Jamal merangkap bapak aku dah beli stok lauk banyak2 dalam freezer.
mesti mengalu-alukan kebalikan aku yang susah nak balik ni.
jauh dohh.
kalau rumah aku kat melaka memang tiap2 minggu aku dah balik.
kepada Kakak aku atau nama jawanya Suhaily Jamal yang selalu baca blog aku ni sila jangan jeles.
hahahahaha !
okbai.
Thursday, March 8, 2012
Over.
Semalam kan aku period.
selalunya kalau aku period memang mood takkan stabil.
lepas tuh period pain sampai rasa nak pengsan.
tapi semalam tak.
siap aku boleh pergi site, balik site pergi pos laju kat KL central sebab nak collect barang naik bas.
balik tuh boleh pergi pasar malam lagi jalan kaki dalam 10 minit.
tak rasa sakit langsung.
Sekali petang tuh Akram mesej aku.
dia baru bangun tido sebab kerja shift malam.
dia mengadu sakit perut.
aku tanya kenapa dia cakap tataw.
lepas tuh aku cakap lah maybe period pain aku pergi dekat dia kot sebab satu hari tuh aku tak rasa sakit langsung.
then dia reply "yela kan. takpe2"
itu je. tetiba nak emosi. tampar kang.
bila aku tanya dah siap nak pergi keje ke belum dia reply macam orang emosi.
alah macam orang period.
orang tak buat salah pon tetiba nak sentap.
bukan orang lain, aku jugak lah yang suka sentap tuh. hahahaha !
and now perangai tuh terkena kat Akram.
aku cakap lah dengan dia tak payah la nak emosi2.
tetiba dia reply "alah dia tuh kalau period selalu emosi takpe pulak kan"
okey fine. padan muka aku.
rasakan.
ngantuk gila hari ni.
aku bukak pesbuk aku up status cakap aku period tapi Akram yang emosi.
sekali ada sorang member aku ni reply "perlu ke bagi taw satu facebook kau period"
hahahaahahahah !
aku memang camni.
tak reti malu sikit.
dulu2 alah biasalah perempuan ni kalau period je segan nak cakap tak boleh solat dengan lelaki kan.
tapi aku rilek je.
alah biar lah dorang taw pon.
nanti bini dorang period jugak.
tapi paling best bila dah terlampau bohsan dalam kelas mulalah permainan keji.
tetiba nanti rasa tetek kene tampar.
ape lagi serangan balas lah.
keji sangat perangai.
tapi bila ingat2 balik tergelak aje.
okbai.
Wednesday, March 7, 2012
Sekali lagi
Aku memang tak suka dengan kucing.
aku macam rimas sebab dorang kan suka nak manja2 kan.
sikit2 nak leset2 kat kaki.
haih rimas.
tapi kucing kat atas ni comel gila !
kalau aku dapat tuh aku picit2 dia sebab comel sangat. hahaha !
eh tapi aku takde lah tak suka kucing sangat.
kalau kucing parsi yang super gebu tuh aku sanggup nak jage.
sebab macam sedap pegang bulu2 dia tuh.
tapi lelaki banyak bulu aku tak suka. eh?
tapi tu lah mane pulak nak cekau duit beli kucing gebu mahal2 kan.
bra pon pakai yang lima belas hengget je ini nak beli kucing sampai ribu2.
memang tak lah.
hari tuh aku mesej2 dengan Pn. Saerah.
Pn. Saerah biasalah sikit aku tanya kemain jauh dia melencong.
Aku : Si A tak jadi bertunang ke?
Pn. Saerah : Haah tak jadi. Ibu pun tak tahu kenapa.
Aku : Owh yeke.
Pn. Saerah : Dengar cerita kawan adik si Z tuh nak kawen tahun ni. Maybe lepas raya. Adik bila lagi ? ha ha ha.
Persoalannya perlu ke dah tanya lepas tuh nak gelak2 ?
okbai.
Tuesday, March 6, 2012
Service Edit blog
Yessss.
finally siap jugak aku design kan blog kakak aku.
nak simpan resepi2 dia dalam blog katenyaa.
kakak aku nak tema pink and pepel.
tak ku sangka ibu beranak tiga pon minat kaler pink.
hewhewhew
Aku ade jugak amik tempahan buat header.
Antaranya :
Dia minat dengan anime.
tu yang nak tema anime tuh.
Dan juga header untuk blog aku yang sesuka hati aku bebila nak tukar.
huahuahua
Sesiapa yang berminat untuk memiliki blog yang menarik tapi sangat malas nak menghadap coding2 serabut tuh boleh lah tempah kat aku.
boleh email kat syazwanajamal@hotmail.com
boleh email kat syazwanajamal@hotmail.com
harga boleh runding.
cewah :P
okbai.













