Thursday, August 9, 2012
Untuk yang suka sangat shoping online sila berhati-hati. Jangan sampai tertipu.
Semalam kecoh kat fb pasal satu online shop yang tipu customer.
Kalau online shop yang kecik2 takpe.
Ni online shop besar kot. Siap advertise dalam TV lagi.
alah iklan yang ala-ala macam gempak tuh.
ye betul. ZALORA.
semua berpunca sebab ade sorang blogger ni tulis kat blog pasal service Zalora yang macam hampeh.
Nak baca sila pergi SINI.
aku pon usha-usha lah facebook Zalora ni.
memang sangat banyak komen negatif daripada positif.
aku takde lah suka sangat shopping online.
tapi tak suka tak suka pon dah tiga kali jugak lah beli barang online. hehehe
yelah kadang2 tu barang yang kita nak tu ade kat kedai online takde kat kedai biasa pulak.
tu yang beli je tu.
tapi setakat ni Alhamdulillah la tak pernah pulak kene tipu.
sebabnya before beli aku mesti akan check setiap komen customer kat page tuh.
kalau ade yang negatif sorry lah nak beli kan.
bye bye.
tapi bila aku baca semua comment2 kat Zalora tu ade jugak yang bagi feedback positif.
tak tahu lah kalau orang2 dalam Zalora sendiri yang bagi komen tu.
yelah konon2 nak cakap yang tak semua dapat servis hampeh kan.
nak bagi nampak Zalora still ok.
wallahualam lah.
so sesiapa yang memang suka giler nak shoping online ni sila lah berhati-hati.
memang kene siasat betul2 dulu before beli.
kang duit dah bayar baru nak menyesal kan.
tak guna.
ok aku ade lagi 3 kad raya yang kosong ni.
sape nak boleh email alamat kat syazwanajamal@hotmail.com
or boleh pm kat facebook aku.
siapa cepat dia dapat. hehehe.
yang lain tu aku baru dapat nak pos hari ni.
sebab aku kan macam gud2 je buat busy. hehe.
okbai.
Tuesday, August 7, 2012
Makan Besar @ Warisan De Muara Kita, Medan Ikan Bakar Alai.
sumber : Blog Ini
Takde lah besar mana pon. hahaha !
aku agak busy sikit seminggu yang lepas.
cewah macam gud2 je kan busy2.
padehal lebih ke arah buat2 busy.
hehe.
2 minggu lepas tetiba adik aku yang kat matrik UIA tu mesej kat inbox fb cakap bila nak belanje dia berbuke pose.
amboi macam kakak kau ni cop duit ye.
tapi takpe selaku kakak yang baik dan berhati mulia, permintaan sang adik (sukati je nak guna kata ganti sang. haha !) akan ditunaikan.
actually aku memang plan lama dengan Akram nak makan ikan bakar kat Alai ni.
cuma tak pergi2 je.
so alang2 ni aku bawak lah adik aku sekali.
so sabtu lepas dalam pukul 3 petang lebih aku amik adik aku kat PJ.
Akram cakap gerak dari Nilai dalam pukul 4 lebih camtu.
yelah tuh kan.
dengan dia balik kerja terus tido aku call seribu kali tak dengar. memang hangen aku.
naseb baik dalam pukul 5 lebih masa aku dah nak sampai rumah dia tu dia terjaga.
kalau tak memang amukan lah aku. ada yang meroyan tekan hon depan rumah dia nanti.
dalam 5.30 kitorang gerak pergi Melaka.
pastu pandai sangat tak beli makanan pape dulu.
konon2 nak jalan2 singgah kat bazar Ramadhan Melaka.
sekali satu bazar je jumpe. tu pon kecik lah yang amat.
tak berhenti.
dekat nak buka tu singgah jap kedai runcit dekat2 dengan Medan Ikan bakar tu beli air.
sudahnya sampai tempat makan penuh gila-gila punye penuh.
sampai kan abang gerai ni cakap "bukan kitorang taknak amik order. tapi takde meja kosong ni. kalau nak tunggu boleh la"
sob sob.
terpaksa lah berbuka minum air je dulu.
dekat pukul 8 lebih jugak lah kitorang tunggu nak dapatkan meja makan.
sampai naik emosi aku sebab akram asyik tanya2 je nak pilih gerai mana. haha !
bila dah dapat meja kosong ape lagi. dengan lincah lah pergi pilih ikan. hehe.
udang dia semua besar2 dua jari ni ha. memang menyesal lah kalau tak amik. hahaha !
Ikan Jenahak. Sotong jangan cakap lah. besar2 tapak tangan ni ha. wajib amik ! Akram cakap kalau nak pilih sotong jangan amik yang besar2 sangat. sebab yang besar2 tu macam tak manis sangat. kalau ikot aku lagi besar lagiiiiiiiiiiii syokkkkk. hahaha ! aku kan semua pon tak tahu :P
Of crosss kene try Ikan pari bakar dia. dan tak lupa my feveret kupang. hehe !
Yang kiri adik aku. Yang kanan kawan dia. saje aku suruh bawak sebab nanti kang dia bosan pulak. Aku of cross lah nak berkepit dengan Akram je. kahh kahh. Jangan tertipu dengan kesucian wajah dorang sebab tu semua effect camera je. padehal jerawat banyak tu. eh cakap orang pulak. haha !
Butter Prawn. Macam lagi sedap aku masak jek. wakakaka. ok lah not bad. cuma telur dia sikit je. and dia buat basah2 sikit.
My fevret ! sotong goreng tepung. sedap gila !!! Tanda seru tiga kali nak cakap memang betul2 sedap.
Ikan Jenahak tiga rasa.
Dan menu setiap kali makan ikan bakar mesti pilih. Ikan Pari bakar sambal. tapi macam biasalah, sambal dia tu sambal biasa. Sebab aku dengan adik aku dah terbiasa makan ikan pari bakar berlada En. Ayah yang super duper sedap, maka makan kat luar ni so-so je. tapi sebab tak balik rumah terpaksa jugak makan kedai. sob sob. tapi at least dorang bakar pakai daun pisang la. tak macam masa makan kat Umbai dulu. rentung !
Kupang sambal. Masa nak pilih masakan tu aku nak jugak Kupang Sambal. Akram cakap semua sambal. Ah pedulik nak jugak. sebab dulu kat Umbai amik Kupang masak halia. erghhhhhhhh tak boleh terima tekak aku.
Tambah order nasi satu hidang untuk tiga orang makan je sebab aku nak makan dengan nasi lemak dia.
Air amik air laici satu jug.
Kenyang gila !
memang puas hati lah.
lagi puas hati bila bayar je kene RM100 saje.
lepas bayar rasa macam eh biar betul?
murah nya.
sebab selalunya kalau aku makan dua orang dengan Akram pon dah dekat RM70.
ni empat orang baru RM100.
dengan air buah jug besar lagi.
berbaloi-baloi.
kalai gerai lain aku tak sure sebab dia ade banyak gerai.
yang kitorang makan ni gerai nombor 2.
Masa berbuka tu ramai sangat yang datang berkonvoi.
ade team MyVi, Team Persona.
paling style team motor2 besar lah. gempak siottt.
pastu ade team motor macam rxz tu tapi kawasaki punye entah ape tah aku mane lah tau.
haha !
Medan Ikan bakar Alai ni memang dekat dengan Medan Ikan Bakar Umbai.
simpang before sampai Umbai, itu lah Alai.
masa aku makan kat Umbai dulu dorang cakap memang Alai lagi best.
tu yang kitorang nak try tu.
Aku dengan Akram kan memang kaki jalan2 carik makan. hehe.
lepas dah kenyang kitorang jalan2 Jonker Walk sebab dulu pergi Umbai tak sempat nak jalan sebab dah tutup.
Ramai orang cina kat sana.
tak beli ape pon. ingat nak carik casing untuk S2 ni tapi design yang kitorang berkenan ni banyaknye Iphone je ade.
bila dah ade mahal pulak sampai rm25. padehal ade je kedai jual rm15.
kaler pulak tak minat. haihhh.
dalam pukul 12 camtu gerak balik KL.
tapi bukan reti nak balik. singgah Downtown Cheras pulak.
hahaha !
saje bawak adik. dia tak pernah sampai lagik.
sekali sampai terus rembat baju selai. haha !
yang kitorang pulak meneruskan misi mencarik casing phone. tatappp tak jumpa.
sedih.
tapi tak sangka punye lah besar downtown tu boleh pulak terserempak dengan kazen2 Akram.
haha !
tapi time tu dorang dah nak balik dah.
kitorang je yang tak reti2 nak balik.
hahaha !
okbai.
Wednesday, August 1, 2012
Tonight
Aku kan selalu tanya Akram wujud tak nombor plat 9999.
Akram cakap of coz wujud sebab setiap kali kereta keluar memang akan habeskan nombor sampai 9999.
Tapi aku tak pernah pulak jumpe kereta pakai nombor plat camni.
Pastu akram cakap maybe orang2 kaya beli pastu simpan kat kereta mahal2.
sekali sekala je keluar jalan2.
yelah.
Tapi pagi tadi masa aku tengah drive tiba-tiba terpandang sesuatu yang aku cari2 selama ni.
cewahh
W** 9999
Walllaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Eksited gile.
terus amik phone and snap gambar.
naseb baik bawak auto kau (sila jangan contohi perangai membahayakan ini)
Hehehehe.
Nanti nak tunjuk kat Akram. Padahal boleh je wassap. haha !
Malam ni Akram ajak pergi tengok wayang.
cerita Batman tuh.
aku takde lah minat sangat sebab tak pernah follow pon.
yang baru ni aku pon tak tau dah yang ke berapa punya movie.
Akram lah yang beria sangat.
ikotkan dari 2 minggu lepas lagi nak pergi tengok.
tapi asyik full je.
of coz lah pilih rabu kan sebab murah. hehe.
lapan hengget je oii.
kenapa perlu bayar mahal kalau ade yg murah kan.
nak beli awal2 takut tetiba rabu ade hal pulak tak ke rugi kan.
jadi hari ni aku pon beli lah online sebab now macam dah tak boleh nak booking online kan.
2D punya. pukul 930 malam. dah agak full. so aku try usha yang bese punye.
tak penuh sangat. tapi pukul 900 malam. macam awal sangat. Akram balik kerja pon dah 6 lebih. nak siap2 lagi. nak buka lagi.
so kita amik yang 2D punya.
yang bestnya 2D pon lapan hengget saje.
of coz lah mak pilih yang 2D uolls.
Jadi berBatman lah kite malam ni. Korang jangan tiru aku. Korang sila pergi terawih. Haha.
Hari Isnin ari tuh aku merajuk dengan Akram.
aku kan suka merajuk.
kalau boleh hari2 nak merajuk. kau mampu? haha !
sebabnya dia tak reply wassap aku.
fine lah nak pergi melawat kawan dia kat hospital sebab kawan dia nak operate esoknya.
aku tak kisah pon.
takde pon aku kacau time tuh
tapi lepas tu dia pergi melepak dengan kawan dia kat mamak pastu reply lambat2.
memang kene lah.
padan muka.
pastu dah gaduh2 tu aku saje check in kat foursquare konon2 aku kat tol sungai besi.
konon2 nak pergi melarikan diri lah. wakakaka.
sebab kalau aku check in Akram mesti nampak kat phone dia.
pastu aku silent phone and tido.
bangun2 pagi esoknya ade 11 miscall.
pastu mesej.
salah satu miscall dengan mesej from kawan baik aku.
ni dah sahlah mesti Akram call dia cerita aku merajuk sampai nak lari.
pastu mesti suruh kawan baik aku call aku tanya kat mana.
wakakakaka.
padehal aku tido je pon.
ni kalau Akram baca ni matik lah.
silap2 boleh cancel wayang malam ni. haha !
oh ye ade sape2 lagi nak kad raya daripada aku?
kalau nak dan sudi boleh la bagi alamat kad email aku --> syazwanajamal@hotmail.com
ade yang aku dah komen kat entry dorang mintak alamat.
insyaallah hujung minggu ni aku pos ye kalau tade pape.
okbai.
Thursday, July 26, 2012
keBERKATan dalam masakan seorang ibu.
Aku perasan lah jugak dalam kebelakangan ni kalau aku balik rumah aku macam kenyang je.
First aku perasan tak silapnya raya lepas kot.
Aku memang makan sikit.
sebabnya perut macam rasa kenyang je.
nafsu nak makan tu ade tapi perut menidakkan.
paham tak macam mana terganggu nya perasaan aku waktu tu. cewahh.
nafsu makan membuak-buak tapi sebab perut bagi amaran yang dia kenyang jadi aku pon memang tak boleh nak makan.
dan tak silap aku sejak daripada tu everytime aku balik rumah benda yang sama jugak jadi.
kadang2 tu aku breakfast je kat rumah.
lunch dengan dinner aku tak makan pon.
cuba kalau duduk KL ni. tak pon kalau keluar dengan Akram memanjang je perut aku mintak isi sampai Akram stress. haha !
so masa Akram ikot aku balik rumah bulan lepas, sama jugak.
lepas aku breakfast aku kenyang gila.
padahal makan nasi lemak je pon.
so lunch tu aku teman Akram makan je lah.
pastu aku cakap "kenapa eh kalau balik rumah je mesti kenyang. tak rasa lapar langsung. benci lah macam ni"
"Nak tau tak kenapa?"Akram tanya.
"Kenapa?" jawab aku.
Apehal dah macam novel pulak ni? hahaha !
Akram cakap masakan Ibu ni banyak keberkatan.
dia pon cerita lah pasal ade sorang abang kat tempat kerja dia ni.
Abang tu dah tau yang memang masakan ibu ni banyak berkatnya.
tapi dia saje nak test anak dia.
ada one time tu dia cakap dengan isteri dia jangan masak langsung.
so diorang pon beli lah makanan2 segera.
macam fries, nuget, burger.
pastu makan kat luar.
memang dalam bape bulan camtu dia tak bagi bini dia masak langsung.
anak dia pergi sekolah pon dia bagi duit belanja makan kat sekolah.
pagi2 breakfast semua bukan dari air tangan ibu.
So bila anak dia amik exam, result keluar, memang teruk gila result anak dia.
tapi dia tak marah lah.
lepas tu dia start suruh bini dia masak balik.
dia tak bagi anak dia duit belanja tapi suruh bini dia bawakkan anak dia bekal pergi sekolah.
nak taknak anak dia terpaksa lah jugak makan bekal mak dia masak.
lepas exam, tengok2 result meningkat.
walaupon takde lah top ten tapi peningkatan tu nampak lah jugak.
pastu Akram cakap "Nampak tak macam mana makanan yang ibu masak ni bawak keberkatan dalam hidup kita"
Aku senyum je.
Akram ni kadang2 kalau Mode Ustaz dia dah ON boleh pakai jugak.
hahaha !
patot lah orang lelaki ni memang penting kan perempuan pandai masak.
huhu.
Tapi aku stress lah kalau tiap kali balik rumah aku kenyang saje.
dah la balik rumah tu nak makan masakan ibu.
pastu memanjang kenyang.
memang stress lah kan.
dah la mak aku tu kejap2 kau tengok dia tengah masak.
kang kejap2 lagi dia masak lagi.
dah memanjang je aku tengok mak aku kat dapur.
yang perut aku pulak memanjang je kenyang.
hey stress stresss.
okbai.
Wednesday, July 25, 2012
Potato Salad dengan Hot Dog.
Aku memang sangat suka makan kentang.
tak kisah la kentang goreng ke, lauk kentang masak sambal ke, kentang dalam kari ke, kentang dalam sup ke. semua aku suke. lagi2 kalau mashed potato tu. feveret kot.
eh tau tak mashed potato kat Popeyes sedap gila !!
jap nak google gambar bagi korang tengok.
tengok lah kuah dia. pehhh tempting kot.
sedap gila sampai kadang2 pergi Popeyes sebab nak beli mashed potato dia je.
yang buat sedap sebab kuah dia tu lain dari yang lain.
yang aku tau Popeyes ade kat Mid Valley.
lain2 tempat tak pernah try pulak.
aku kalau makan nasi lauk kentang saje pon tade hal.
kalau pergi beli barang dapur benda wajib beli ialah kentang.
walaupon tak tahu nak masak ape tapi aku suka je beli.
kalau boleh semua benda aku nak campur dengan kentang.
hehehe.
disebabkan aku teringat kat rumah ada banyak lagi kentang lebih aku pon google2 la resepi kentang and jumpa pulak dengan potato salad.
tak pernah makan. jadi harus try.
Potato salad :)
Bahan-bahan:
1. Kentang dalam 6 biji.
2. Sosej yang panjang tu 5 ketul.
3. Daun bawang sikit je. Aku beli 20 sen je.
4. 3 sudu besar mayonis.
5. 1 sudu besar air masak.
6. 1 biji buah lemon.
7. perasa ayam knorr, garam, black pepper.
aku tak jumpa jus lemon. so aku beli sebijik lemon terus.
Cara-cara:
1. Kupas kentang. Potong dadu tak besar sangat tak kecit sangat. Yang sedang2 saja. Rebus kan. Campur garam sikit. Hot dog tu aku rebus sekali dengan kentang. Lepas rebus baru potong kecik2. Kentang jangan lembut sangat nanti jadik mashed potato pulak. Agak2 dah lembut tu ok lah.
2. Dalam bekas lain masukkan mayonis, air masak, jus perahan lemon, perasa ayam knorr, garam sikit, black pepper sikit and gaul kan.
3. Masukkan kentang dengan hot dog and gaul dengan mayonis. tabur kan daun bawang. Gaul dan siap !
Nak makan terus boleh nak sejukkan dalam peti ais dulu pon boleh.
lagi sedap.
baru keluar peti ais. hehehe. makan begitu saja pon sedap. tapi kalau rajin sangat buat lah chicken chop pastu makan dengan potato salad. pehhhhhhhhh. aku sengaja buat banyak2 sebab senang. aku dah la dua tiga menjak ni memang malas nak memasak.
Akram cakap dia tak minat makan benda2 camni.
Dia kan memilih.
itu tak makan ini tak makan.
tapi selalunya benda2 yang dia makan tu benda yang senang je nak di masak.
hehehe.
okbai.
Monday, July 23, 2012
Giant, Peneraju harga rendah. Kononnya lah.
Pernah tak korang pergi beli barang tak kisah lah kat Giant ke, Carefour ke, Tesco ke ape2 je lah and excited nak amik barang tu sebab harga dia murah sekali pergi bayar kat kaunter eh apehal mahal pulak kan.
Fuhhhhhhhhhhhh memang mendatangkan kemarahan ini.
pernah?
kalau tak pernah baguslah.
aku dengan Akram selalu jugak lah kene.
setakat ni dah 3 kali.
semua kat Giant sebab kitorang suka beli barang kat Giant sebab terpengaruh dengan tagline Giant Peneraju harga rendah padehal kadang2 mahal jugak.
Gambar atas ni yang kali ketiga kitorang kene.
time tu nak beli buah pear yang kecik comel ade kaler merah2 sikit tuh.
Giant buat promosi memang murah la.
dia dah siap2 packing and letak harga.
kitorang jumpa ada satu packing ni dalam dia ada 6 bijik. yang lain2 semua 5 bijik.
so kitorang assume Giant silap packing so kitorang amik.
jalan2 tengok2 tempat lain memang takde jual buah pear camtu.
kat situ je ade.
so bila dah bayar tup2 harga yang keluar lain.
takpe. kite pergi customer service.
rupa2 nya buah yang kitorang amik tu yang paket lain.
besar sikit.
eleh padehal satu tempat tu je lah yang jual buah tu.
last2 budak tu tukar dengan yang paket 5 bijik tu and pulang duit baki.
masa first time kitorang kene time tu nak beli cecair untuk letak kat cermin kereta bagi clear sikit bila hujan.
time tu ade promosi.
bape hinggit tu of crosss aku dah lupa kan.
sekali bila bayar eh apehal mahal.
takley jadik. mari ke customer service.
rupa-rupanya staff Giant lupa nak tukar harga.
time tu kitorang dapat barang yang sama and dapat duit baki.
sebab salah dorang.
aku pernah kene sekali kat Giant Bangi tapi time tu aku sorang.
aku nak beli hanger baju. time tu die tulis ade promosi.
sekali time nak bayar aku perasan mahal.
aku tanya lah.
cashier tu cakap camni "dorang lupa nak tukar. so nak ke taknak?" sial je kan jawab camtu.
aku bayar jugak sebab malas nak panjang2.
lepas tuh bila aku cerita kat Akram dia cakap "Lah apesal cakap dengan cashier. cashier bukan boleh buat ape. Lain kali bayar dulu then pergi customer service"
owhhhhhhhhhh okey.
baru tau. hehehe
So sekarang everytime lepas bayar barang kitorang akan check harga satu persatu.
hehe.
bukan lah tak mampu nak bayar.
tapi buat ape nak bayar lebih kalau boleh dapat harga murah kan?
baru dorang reti sikit nak buat kerja.
selamat berpuasa kepada semua yang berpuasa.
aku sambut puasa 1 Ramadhan je.
malam tu terussssssss dan dan cuti.
jadi mari kita lunch sorok-sorok.
hakk hakk.
okbai.