Wednesday, February 6, 2013

Adakah lelaki suka perempuan yang lebih pandai berdikari.


Aku plan nak balik Johor Sabtu pagi ni.
Kalau boleh Subuh2 tu dah nak gerak dah.
Then tetibe terfikir alamak kereta tak reti nak check.
Terus wassap Akram.











Padahal last week aku kan jumpe dia.
Tapi lupe gile nak suruh chekkan. Bese lah dah berjumpa takkan nak pikir pasal kereta kan. :P
Minggu ni pulak Akram kerja malam.
Aku balik kerja dia dah pergi keje.
Sabtu subuh aku nak balik kampung tu kadang2 dia tak balik kerja lagi.
Jadi siapa yang nak tolong check ni?
Huhuhu.


Kalau aku nak hantar bengkel sorang2 kompem Akram tak bagi.
Alangkan aku nak pergi Nilai 3 sorang2 carik hadiah kawen pon dia suruh pergi ngan dia apetah lagi benda2 yang melibatkan kereta ni.
Dia mane bagi aku pergi sendiri sorang2.
Takut aku kene tipu.
Maklumlah muka aku ni kan jujur.
Muke senang kene tipu.


Actually aku balik dengan adik lelaki aku.
Tapi aku rasa adik aku pon tak reti benda2 kereta ni.
Dia reti bawak kereta je.
HAHAHA!
Sepesen la dengan kakak dia ni.
Nak isi air wiper pon tergagap-gagap.


Dan aku rasa ada je lelaki yang rimas kalau perempuan ni terlalu depends pada dia.
Lelaki? Any comments? Hehe.
Macam ada satu English novel yang aku baru habes baca ni lelaki tu clash dengan perempuan tu sebab dia rasa perempuan tu tak pandai berdikari.
Tak boleh buat sesuatu tanpa dia.



Best tau novel ni. Tak sia2 aku beli. One day before dorang pergi holiday for 2 weeks kat Spain, lelaki tu mintak clash dengan perempuan tu dengan alasan perempuan tu tak reti berdikari. So perempuan tu cerita lah ape yang dia buat sepanjang dua minggu lepas clash dengan lelaki tu. Dia nak buktikan yang tanpa lelaki tu pon dia still boleh berdikari. And paling best buat kita berfikir adakah lelaki yang dengan kita sekarang betul2 jodoh kita? Nak tau ending silalah start kereta dan pergi ke kedai buku berhampiran korang. Hehehe.



Sebenarnya dalam kes aku ni, aku boleh je buat benda2 tanpa Akram.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Of coz lah ade tapinya kan.
Akram yang selalu buat aku tak reti berdikari.
Korang tau je lah dia tu, mane boleh tengok aku senang.
Wakakaka.


Dalam erti kata lain dia terlalu memanjakan aku.
Selalunya dia mesti nak tau ape aku buat, ape aku beli.
Kalau aku beli baju baru dia mesti nak tau kaler ape, beli kat mana bla bla bla.
Sampai satu tahap aku dah takde feel nak keluar ngan orang lain sebab dah terbiasa keluar dengan dia.
Boring gila kan hidup aku. HAHAHA !


Kadang2 aku cakap "Eh rasa macam nak pergi sini la buat ni la"
Nanti dia jawab "Owh tengok lah minggu depan ke kalau free kan kite pergi lah"
Eh tak cakap pon nak pergi dengan kau.
Tetibe offer diri. HAHA !


Kalau aku cakap "Eh rasa macam ade something wrong lah dengan kereta ni"
Nanti dia jawab "Yeke? Takpe lah nanti weekend ni tolong tengokkan"
Tak pernah dia jawab "Cuba check ape yang tak kene dengan kereta tu?"
Nehiiiiiiiiiiiiiii.


Tapi dia tak pernah lah halang aku keluar dengan kawan2 aku.
Cuma dia nak tau dengan sape, pergi mana, buat apa.
Maklumlah aku ni kan pantang tengok lelaki hensem. Wakakaka.


Macam hari tu aku buat loan ASB aku buat senyap2 pastu baru aku bagi tau Akram.
Ada je lah yang dia membebel.
Dia macam selalu tak yakin dengan keputusan aku.
Last2 hari tu masa aku nak buat tinted kereta, aku suruh dia pilih nak buat kedai mana.
Yang dia pulak cakap sukati lah mana2 je lah. Tak kisah la.
Aku geram aku cakap "Orang tanya ni sebab nak suruh pilihkan. Nanti kalau orang pilih sendiri tak berkenan la, salah lah ape lah." Direct terus.
Akram gelak-gelak "Hahahaha. ok ok ok"



Mungkin sesetengah lelaki berbeza.
Ada yang suka kalau perempuan tu pandai bawak diri.
Macam aku ni Akram selalu buat rilek je.
So aku pon rilek je la. HAHHAA!
Cuma satu benda je lah yang aku selalu kene membebel.
"Kan dah ajar banyak kali. Cuba lah ingat jalan ni. Nanti kalau sorang2 sesat pastu nanges"
Bla bla bla.



okbai.





Thursday, January 31, 2013

Untuk yang suka bertekak tu.


Aku screenshot dari Youtube.


Untuk sesiapa yang suka sangat bergaduh sesama sendiri mengketengahkan hujah masing2 di pesbuk macam takde adab.
Tak takut baca komen atas tu?


Dah-dah la sape2 yang suka sangat bertekak kat pesbuk tu.
Korang bergaduh sesama sendiri bukan dapat apa pon.
Dorang makin suka adalah.
Suka tengok kita berpecah-pecah.
Suka gelak kan kita bila kita tak kuat.


Aku lupa lah mana aku baca.
Tapi tak silap aku masa orang2 kristian kalah perang dulu dorang dah berjanji akan guna cara halus untuk pecah belahkan umat islam.
Correct me if im wrong.
So nampak tak cara halus dorang tu macam mana?
Dorang keluarkan isu sikit je umat islam dah melatah banyak.
Yang paling aku benci yang stok2 asyik nak bertekak je kat pesbuk.
Masing-masing nak ketengahkan hujah masing2.
Pastu bergaduh.
Padehal dorang tak sedar yang ada pihak lain tengah seronok gelakkan dorang.


Contoh macam isu mekdi ari tu.
Kemahin lagi marah sana marah sini.
Kemahin lagi keji sana keji sini.
Tup2 now macam dah takde ape pulak.
Senyap sunyi.


Masa Shila Amzah upload gambar makan mekdi kemahin semua keyboard warrior marah dia.
Habes segala hujah semua keluar.
Now aku tengok ramai je artis makan mekdi macam takde sape je kisah.
Adakah kerana Shila Amzah pakai tudung?
Atau adakah sebab Mekdi dah isytiharkan nak derma Rm1 untuk setiap pembelian Prosperity.


Aku tak boleh cakap banyak sebab nanti ada orang cakap aku poyo.
Berlagak baik.
Macam lah aku tak tau.
Aku tau. Aku pekak kan telinga je.
Hihihi.


Renung-renungkan :)



okbai.

        


Wednesday, January 30, 2013

Berkenalan dengan Pisang Kaki


Pernah makan Buah Pisang Kaki?
Tak pernah?
Tak boleh geng ngan aku lah. Sebab aku pernah makan.

Kenal buah pisang kaki?
Tak kenal?
Tak boleh jugak geng dengan aku. Sebab aku dah pernah makan.
Wakakaka berlagak gile sialll padahal baru seminggu kenal buah pisang kaki ni.


Minggu lepas kot aku pergi Giant dengan Akram.
Aku ni sejak dua menjak ni dah macam makcik2 dah.
Dating kat Giant. Kalau tak Tesco.
Boring kat Tesco masuk balik Giant.
Memang sangat makcik !
Agaknya makcik sekarang pon main Alamanda dengan MidValley je.


So masa jalan2 area buah-buahan mata aku menangkap satu buah ni macam gambar bawah.


sumber : google



Aku tanya Akram buah ape tu.
Akram cakap buah pisang kaki.
Aku gelak-gelak.
Pisang?????????
Ape pisang zaman sekarang dah bermutasi menjadi buah tomato ke?
Kihkih.


Akram pon tarik tangan aku pergi dekat2 dengan buah tu.
Sekali betol lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
Buah yang macam tomato tu buah pisang kaki.
Nama omputihnya Persimmon.


Akram tanya nak beli tak? Tapi aku cakap tanak lah.


Malam tu aku upload gambar tu kat pesbuk.
Rupanya ramai jugak yang geng dengan aku tak kenal pisang kaki ni.
Jadi tak lah rasa begitu loser. Kahhhkahh.


Kawan aku lagi best.
Dia ingat buah tomato siap campur lagi dalam masakan.
HAHAHA !



Yang aku ni pulak masa Akram offer nak beli ke tanak cakap tanak.
Pastu malam tu mulalah rasa Eh apesal aku tak beli je. Try je lah rasa.
Dan disebabkan perasaan membuak-buak ingin tahu malam tu jugak aku keluar pergi Giant.
Wahhh gigih sangat kan bab2 makan ni.
Cuba time study dulu bersemangat macam ni bagus lah jugak.
Ini namanya semangat tak bertempat.



Siap amik gambar lagi kat Giant. Sorang2 pulak tu. Aduhai lah perangai.



So aku pon beli lah dua biji kat Giant.
Dua biji tiga ringgit lebih.
Akram cakap kalau beli kat pasar malam murah sikit.
Tapi aku macam tak pernah nampak je kat pasar malam buah ni.



Betul2 macam buah tomato.




Dah habes kreatif lah amik gambar camni? Puihhhhhhh.



So aku pon try lah makan.
Tanya Akram macam mana nak makan buah ni?
Boleh ngap gitu je ke or kene buang kulit?
Dia cakap sukati lah.
Macam makan buah epal je. Nak ngap gitu je boleh. Nak belah pon boleh.



So aku pon belah la. Yang belakang tu buah lai. Abaikan.



Biji dia besar gila. Kalau tertelan silalah berusaha keluarkan masa berak nanti.
Wakakaka. Euwwwwwww.
Bentuk dalam dia ala-ala macam buah ciku.
Rasa pon macam lebih kurang buah ciku jugak.
Cuma aku rasa buah ciku lagi manis.


Disebabkan aku beli pisang kaki yang agak keras so tak berapa nak manis sangat.
Akram cakap kalau beli yang lembik sikit lagi manis.
Tapi masa aku beli semua pon keras.
Kulit dia boleh makan. Tak pahit pon.
Rasa crunchy2 macam tu.


Sedap la jugak buah ni.


Dulu aku pernah la jugak dengar orang sebut pasal buah pisang kaki ni.
Tapi aku ingatkan Pisang kaki ni spesis lebih kurang macam buah pisang lain.
Bila aku pergi supermarket memang selalu jugak nampak buah ni.
Tapi aku ingat kan dia spesis buah tomato so aku abaikan.
Tak pernah la pulak terniat nak usha ke ape ke kan.


Tapi sampai sekarang aku still tak puas hati kenapa nama buah ni pisang kaki.
Buat malu kaum pisang je.
Eh?


Akram cakap mak dia panggil buah ni Buah Kesemak.
Err bahasa melayu ni kadang2 boleh buat salah paham pulak.
Wakakka.

okbai.



Tuesday, January 29, 2013

Ye saya memang tak makan sate.


sumber : google


Again.

Semalam masa dinner dengan Akram and kawan die, kawan die order sate.
Then pelawa aku makan.
Aku kan tak makan sate.

Kawan : Ha ! Tak makan sate? Jage susuk eh? *gelak-gelak*

Aku : HAHAHA ! Memang tak makan la.

Yang Akram melayan je.

"Tu lah aku pernah jugak amik lidi buluh dok cucuk2 kat dia ni tapi tak jadi ape pon"

Cisssssssss. Tak kosser nak layan.


Dan bese lah kalau buat open house kompem mesti ada sate kan.
Ala-ala macam hidangan yang senang, mudah tapi mungkin tak berapa jimat.
Wakaka.
Kira macam semua orang pon mesti makan sate. Hidangan yang tak payah nak susah2 pikir nak bagi ape orang datang makan.
Macam tahun lepas aku pergi open house rumah kawan Akram.

Kawan : Weh makan la sate.

Aku : Aku tak makan sate lah.

Kawan : Asal? Ko pakai susuk eh tak makan sate? *gelak-gelak*



Apa orang pakai susuk pantang larang dia memang tak boleh makan sate ke ape?
Ke tak boleh makan makanan yang ade cucuk dengan lidi?
Ape aku ni jelita sangat ke orang ingat aku pakai susuk?
Wakakkaka. Lempang diri sendiri.

Aku bukan lah tak makan sate langsung.
Cuma kurang suka.
Makan boleh la setakat 2 ke 3 cucuk camtu.
Kalau aku makan 5 cucuk pon dah kire banyak dah.


Masa zaman2 duduk asrama dulu sekolah aku selalu buat makan beradab.
Aku lupe lah makan beradab ni sebulan sekali ke or kalau ade majlis tertentu je.
Maklumlah dah 7 tahun tinggalkan sekolah.
Tapi kalau makan beradab tu mesti makan sedap2. Dan memang selalu sangat lah ade sate ni.
Dan memang selalu sangat lah jugak aku akan offer pada orang2 yang berdekatan dengan aku.


Kalau nak ikotkan sebenarnya aku tak suka makan benda2 yang kering ni.
Macam sate, ayam bbq, and burger bakar.
Aku suka makanan yang berkuah.
Aku kalau makan nasi memang tak boleh kalau takde kuah.
Kalau boleh biar lah kuah lagi banyak dari nasi.
Takpe aku suke. haha !


Akram selalu je cakap "Ni nak makan nasi ke nak makan bubur air?"


Hikhik.


Kalau balik rumah mak aku masak tomyam memang mak aku selalu sound "Ko apesal kuah lagi banyak dari nasi ni? Makan nasi ke makan kuah?"


Hahaha !



Orang cakap aku hilang satu nikmat duniawi yang paling top sebab tak makan sate.



Tapi tak kisah la sebab aku makan pizza, kenny rogers, kfc, tgi friday bla bla bla.
Biasa lah orang tak berapa putih memang poyo mengalahkan orang putih. Hihihi.

Ini semuaa poyoooooooooo.

Okbai.

   

Friday, January 25, 2013

Kurang Adab



Sape baca paper semalam mesti tau pasal ni.
Tapi aku tak sure semua paper ke ade berita ni sebab aku baca Kosmo.
Cewahh tetibe nak berlagak sebab baca paper dah mengetahui berita semasa.
Padehal sebab Akram yang beli paper tu masa keluar semalam.
Aku tumpang baca je.
Nak harap aku beli paper sendiri jangan harap lah.
Dah la tak baca paper, tengok berita pon tak. Apa lah nak jadi.
Hari2 dok asyik menghadap BeautifulNara je sampai Kota Tinggi banjir pon boleh tak tau. Wakakaka.





Sedih sangat.
Bayangkan kalau terjatuh sikit pon dah meraung inikan pula kene hempap dengan 10 tan ok.
10 tan = 10000 kg.
Sakit nye dia menanggung before meninggal :(






Masa memula Akram baca berita ni dia tunjuk gambar kereta tu pastu tutup caption bawah and tanya aku "Cube teka ni kereta ape?"
Punya lah berkecai kereta tu. Sampai dah tak rupa kereta ape dah.
Aku pon main taram je teka Gen 2.
Sekali ala-ala betul pulak.


Kalau korang baca berita ni sedih sangat.
Lagi sedih bila lepas aku update status rupanya yang eksiden tu makcik Junior aku masa kat Sekolah dulu.
Allahuakbar mengucap panjang aku.


Junior aku cakap driver lori tu lari. Polis tengah kesan.
Tu yang aku tanya Akram semalam apesal takde langsung cerita pasal driver tu.
Rupanya lari.
Konghajo betul manusia ni.
Dah buat salah tau pulak takut.
Sebelum buat salah taknak pikir panjang2.
Harap2 polis dapat carik cepat. Memang tak boleh dimaafkan.





Yang aku macam sedih sangat sebab dorang dah nak sampai rumah dah.
Tapi tu lah malang tak berbau.
Orang cakap dah takdir kan.
Tapi aku selalu bayang kalau lah driver lori tu boleh sabar sikit.
Mesti tak jadi macam ni :(
Tak paham aku kenapa gelabah sangat nak potong kereta tu padahal kereta tu dah nak belok kiri kot.


Bila baca2 berita macam ni aku memang cuak la.
Maklum lah kereta kecik sekali kalau lori potong aku memang terhuyung-hayang je aku rasa dalam kereta.
Sejak2 aku drive ni memang dah banyak kali dah jumpe lori2 yang bawak laju dah berbahaya.
Bukan setakat lori je bas ekspress pon sama.
Nak laju pon berpada la sikit.


Aku rasa bulan lepas kot paling banyak aku kene hi-beam dengan bas.
Aku bawak 80-90km/h lane paling kiri ok.
Kene jugak hi-beam dengan bas.
Kalau aku bawak lane tengah ke kanan ke boleh jugak aku ke kiri.
Dah aku bawak kat kiri nak aku duduk celah mana?
Emergency lane.


Memula aku kene tu aku bengang jugak terus aku masuk lane kanan, pecut terus.
Tapi bila aku pikir2 balik watpe aku nak emosi.
Bukan salah aku pon.
So hari tu aku bawak 90km/h duduk lane tengah. Ada satu bas ni dok hi-beam aku.
Aku buat keras tak layan. Naseb lah kan.
90km/h lane tengah bukan slow pon.


Memang dah banyak kali sangat aku kene.
Ade one time tu lagi teruk satu bas ni.
Time tu aku dok line tengah bawak dalam 80-90km/h camtu.
Jalan time tu boleh tahan banyak gak kereta.
Sebelah aku time tu ade satu waja ni bawak dalam laju macam aku jugak.
Sekali ada satu bas ekspress ni mula-mula die duduk belakang aku. Agaknya sebab dia rasa aku lembab die nak potong ikot lane kiri lah.
Tetibe kereta lane kiri pon bawak laju macam aku jugak. Kene cucuk ok dengan bas.
Memang aku tengok rapat gila bas tu bawak dengan kereta depan.
Time tu rasa macam cibai gila bas ni.
Yang kereta waja tu sampai dah nak masuk emergency lane dah punya takut kalau tetibe bas tu sodok dia.


Aku pon kalau orang bawak kereta dekat2 dengan aku kat belakang dah rasa gelabah gila.
Ni pulak kalau bas ke lori ke. Kecut perut.


Aku dulu mula2 memang tak boleh la kalau orang buat aku camtu.Cepat je rasa panas hati.
Now aku rasa macam ah lantak kau la.
Asal aku tak buat salah malas aku nak layan kau.
Kau nak potong aku silakan.
Kau laju kau eksiden kau innalillah.


Tapi tu lah kan kadang2 orang lain yang salah kite yang kene tempiasnya.
Apa nak buat.
Doa je lah banyak2.


okbai.



Tuesday, January 22, 2013

Ole-ole dari Bandung.


Sabtu lepas tetiba Akram ajak pergi kenduri kawen kawan dia kat Ampang.
Aku pon okey je lah sebab bukan buat ape pon.
Gerak dalam pukul 2 camtu sebab pagi tu Akram keje.
Sampai sana makan2. Akram macam biasa bual2 dengan kawan2 dia. Amik2 gambar jap. Balik.
Masa nak balik Akram tanya nak singgah mana?
Last2 dia tanya dia jawab sekali "Jom lah Setia City Mall"


Yeay !
Tak pernah jejak kaki kat sana.
Jadi perasaan gembira tu di level ke 10000.
Dan perasaan jakun tu di level ke 10001.
Orang cakap best jalan sana.
Memang best pon.
Parking banyak dan paling penting murah.
Kedai ada banyak gila ala-ala macam mid valley gittew.


Dan tak pasal2 tersopink pulak. Hewhew.
Yang kitorang ni pon beria masuk setiap kedai kat sana.
Sampai kaki aku rasa macam nak patah.
Naseb baik pakai selipar je.


Masa nak jalan balik tu tetibe Akram suruh aku tengok kat Chatime.
Rupanya Fouziah Gous ada kat situ.
Aku ni kan rabun so kalau jalan2 memang aku bukan perasan orang pon.
Selama ni kalau jalan dengan Akram memang dia yang akan spot kalau nampak artis.
Macam masa jalan kat Masjid Jamek dia yang nampak Nabil. Masa kitorang pergi Lowyat dia nampak Awal Ashaari.


Pastu everytime nampak retis Akram mesti suruh aku amik gambar ngan dorang.
Aku dah la pemalu. Wakakaka.
Last2 masa Fouziah Gous dah bla dari Chatime baru aku panggil "Kak Sarakit, nak amik gambar"
Kahhhkahhh selambe gile sukahati aku je.
Fouziah Gous cakap dengan kawan dia "Aku dengar akak Sakit"




Yakin gila okey aku amik gambar sebelah dia. Siap boleh tersenyum simpul lagi.
Dah la body cun gila. Tinggi gila.
Terus stress.
Terus cakap dengan Akram "Jom lah balik. Tak payah makan malam"
Pastu rasa macam nak pitam sebab perut masuk angin. Wakakakaka.



********



Akram kan balik dari Bandung Khamis lepas.
Dalam tengah hari camtu dia mesej aku cakap jalan nak pergi Jakarta banjir gila.
Tak tau sempat ke tak nak naik flight.
Flight dia pukul 6.30pm Malaysia.
So dia call kawan dia kat KLIA suruh tukarkan tiker flight ke 7.30pm Malaysia.
Bayar RM10.


Tapi sebenarnya before 6.30pm dia dah berjaya sampai airport Jakarta.
Nak tukar balik tak boleh sebab seat dia dah open pada orang lain.
So terpaksa tunggu sampai 730pm.
Kawan2 dia naik AirAsia tiket 630pm tapi flight delay. Last2 naik lagi lambat dari Akram.
Bese lah AirAsia. Aku dulu pon delay dekat 2 jam kot.
Paham sangat dah.


So malam tu Aku amik Akram kat Airport.
Pukul 10pm kot aku dah sampai sana. Pukul 1130pm baru nampak batang hidung dia.
Tersengih-sengih macam kerang busuk. Menyampah sangat.
Huhu.
Pastu dia pas barang sekali.


Tshirt macam jadik barang wajib bagi kalau pergi melancong. Murah. Wakaka. Bandung saje. I Love tade. Tak payah nak I love bandung sangat lah kan.





Trans Studio ni ala-ala taman tema indoor. Akram cakap USS dengan Genting lagi Best. Pastu dan-dan ajak aku pergi USS. Kene pergi before bulan 6 sebab bulan 12 passport aku mati. Mencikkk.





Benda wajib jugak untuk jadik cenderahati. Tapi mahal woo. Seketul ni RM10. Dua untuk aku satu untuk kakak aku. Kakak aku tau2 je ada orang pergi melancong. Akram beli time kat Tangkuban Parahu. Mahal sebab dibuat daripada batu gunung berapi. Eh yeke Gunung Berapi? Kahhh sukahati aku je. Entah google lah sendiri.




Yang atas aku punye yang bawah Akram punya. Beria dia nak yang bawah. Dia tanya aku tau tak kenapa dia nak yang bawah? Aku ni mana lah nak tau benda2 macam ni. Korang tau?




Rupanya sebab kalau korang perasan bentuk gunung dalam gambar atas ni macam perahu terbalik. Rupanya lagi Tangkuban Parahu tu maksudnya Perahu yang Terbalik. Owhhhhhhhh kata korang dalam hati.




Gambar sebenar Tangkuban Parahu. Sumber:Google. Nampak lah jugak rupa perahu tu kan. Kalau nak baca sejarah dia boleh la Google sendiri ye.




Dan souvenier yang ditunggu-tunggu berikan tepukan gemuruh pada Kain Ela ! -__-


Aku pesan kat Akram nak kaler Turqoise.
Tapi Akram cakap kaler Turqoise tak banyak pilihan.
So aku mintak kaler pink.
Dia cakap tak cantik la ape lah.
Last2 dia beli ikot kaler yang cantik pada mata dia.
Dia kan tuan besar.




Kaler Coklat Gelap. Akram cakap cotton Bandung. Tapi lembut gila. Macam sutera je. Aku bab2 kain ni memang fail sikit. Ko tanya lah chiffon ke ape ke aku tak tau. Aku tau cotton je. KAlau ko tanya lagi cotton jenis ape terus aku pening. HAHAHA!













Dan sekarang aku tengah berfikir nak buat baju ape guna kain ni.
Dan turut berfikir nak tempah kat sapa.

Tak sabarnya nak rayaaaaaaaaaa !



Ewah pose ganti pon tak habes lagi ada hati nak raya.
Pirahhhh.


Oh ade lagi satu hadiah. sepasang baju tidur.
Tapi takley tayang sebab cekciii angatttt.
Auwwwwwwww.
*Lempang pipi sendiri*
Wkwkwkwkwkwk




okbai.