Friday, February 15, 2013

Perangai Lelaki.





Kejadian semalam membuat aku terfikir.
Kejadian ape?
Semalam aku jumpe Akram.
Konon nak tengok wayang. Tapi pukul 530pm aku nak beli tiket wayang call2 Akram sampai 5 kali dia tak angkat. Aku emosi lah. Padahal aku tau dia tengah buat kerja. Hihi.
Bila aku on the way pergi jumpa dia, 20 kali Akram call tapi aku tak jawab.
Sengaja tanak jawab. Konon nak pulang buah paku keras padahal takde sebab pon nak mengamuk lelebih.
Biasalah perempuan nak datang bulan memang emosi melebih.


Bila dah jumpa aku buat keras duduk dalam kereta tanak keluar tanak cakap pape tanak pandang langsung muka dia.
Yang si Akram ni asyik lah dok cakap "Kenapa ni. Tak tau salah ape. Tetibe macam ni"

"Cakap lah. Jangan lah diam je"

"Cube cakap kenapa? Demam ke? Lapar?"

"Astarafirullah halazim jangan la macam ni" 

Amboi siap beristifar lagi tengok perangai aku ni. Huhu


"Kenapa tak angkat call tadi?" Aku tanya dengan suara esak2. Wakakakakaka.


"Sebab tak angkat call je ke? Kan dah cakap tangan penuh minyak time tu. Macam dia jugak kalau boss ada tengah buat keje malas jawab call jugak kan."

Bla bla bla.


"Tak suka !" Jerit aku kecil. Kihkih.


"Okey2 sorry2 sebab tak angkat call. Dah2 jom keluar. Malu orang tengok"


Dan aku pon keluar dari kereta dengan mata berair.


Mesti korang bengang dengan cerita aku kan.

Mesti dalam hati korang cakap "Ko tengok lah sampai bila Akram boleh bertahan. Nanti kene tinggal baru padan muka. Perempuan mengada-ngada"

Ewahhhhh kemainnya ayat.



Aku pon selalu jugak berfikir Akram ni betul2 ke penyabar orangnya?
I mean kadang2 memang dia meletup jugak.
Tapi selalunya 5 minit je dia marah lepas tu terus pujuk balik.
Macam semalam dekat tiga kali jugak lah dia beristifar melayan keras kepala aku ni.
Huhuhu.


Akram ni perangai ala-ala macam bapak aku and aku pulak macam mak aku.
Mak aku sangat cepat menangis, cepat marah dan lain2 sifat negatif lagi (pehhhhhhh kalau mak aku baca ni mau stand by penyapu bila aku balik rumah ni sebab kutuk dia)
Ayah aku pulak jenis cool, rilek dan selalu dengan taglinenya "Rilekkkk kite buat tenang"
Huhu.


Macam kalau korang tengok cerita Afdlin yang 'untuk tiga hari tu.'
Ada satu scene tu Si Emak Rashidi Ishak memang Queen Control.
Si Ayah Rashidi Ishak ni pulak jenis ikot je cakap Si Emak.
Bila si Rashidi Ishak tanya kenapa Si Ayah selalu sangat dengar cakap Si Emak, Si Ayah jawab
"Ayah bukan takutkan emak kau. Tapi ayah memilih untuk selalu gembirakan emak kau"

Begitu.



So mungkin dalam situasi aku ni, Akram lebih memilih untuk gembirakan aku. Cewahhhhhhh.
Akram kalau aku carik pasal mesti dia cakap "Sukati lah. Malas nak gaduh"

Eleh tak kawen lagi boleh la cakap macam tu kan.
Dah kawen tetibe berubah perangai camne? Kata korang depan PC.


Hmmmmmmmmmmmmm.
Ape boleh buat. Doa je lah bebanyak kan. Hihihihihi.


Apa-apa pon mak aku selalu pesan "Lepas kawen nanti jangan berhenti keje. Biar ada kereta sendiri. Duit sendiri. Jodoh kita ni tuhan yang tentukan. Kite tak tau jodoh kite sampai bila. Mana lah tau kalau jodoh tak panjang, at least kita simpanan, ada kereta, boleh berdikari"


Baiklah ibu.


okbai.





Wednesday, February 13, 2013

Anak-anak En. Jamal Ber-BBQ


Aku plan cuti Raya Cina ni nak bawak satu family keluar makan kat luar.
Tapi bila aku menyuarakan pendapat aku kat ayah aku dia jawab "Alah nanti balik2 siakap tiga rasa. Baik ayah yang masak lagi sedap"


Baiklah.
Ayah aku ni orang nak belanja makan pon taknak.
Sebab kalau korang yang tak tau, ayah aku ni tukang masak. So kalau anak2 dia teringin nak makan something mesti dia cakap "Alah ayah boleh buat lah"
"Tak payah la makan kat luar. Membazir duit. Tak sedap pon"
Bla bla bla.
Okey fine.


So aku pon tukar ke plan B. Wah wah siap ade plan A plan B kan.
Wakakaka.
Plan B nye adalah Ber-BBQ di tepi rumah sendiri pada Isnin malam.
Isnin petang tu aku bawak mak aku keluar beli barang2 yang takde.
Sebab kat rumah ada ayam dengan daging je.
Daging dorang dah muak.


Aku ingat nak carik udang dengan sotong tapi seekor sotong pon takde kat pasar.
So beli udang sekilo RM24 ayah aku cakap mahal Wakakakaka.
And beli sosej peveret aku yang ada blackpepper dengan cheese kat dalam tu.
Pastu beli cocktail air feveret aku everytime buat BBQ (macam la selalu sangat buat bbq kan. kehkeh)
Beli ape lagi eh?
Oh beli ikan cencaru sekilo RM10 sebab ikan2 kat rumah semua tak sesuai nak buat bbq.


So balik rumah abang aku dah siap perap kan ayam.
Aku dengan mak aku terus prepare yang lain2.


Udang beli sekilo tapi tak bakar semua pon sebab macam banyak sangat.



Ikan cencaru adik aku request sebab kalau takde ikan macam tak best walaupon ikan takde dalam list haku. Tapi sebab aku kan kakak penyayang aku sponsor semua. Hehehe



Ayam yang di perap oleh sang abang sedap gile weh aku tak tau die pakai bahan ape. Bila tanya "Rahsia lah" okey fine. Yang penting nanti2 ko je lah yang jadi tukang perap ayam. Wakakaka.



Anak-anak jantan family aku semua ikot jejak langkah ayah aku pandai memasak.
Anak-anak perempuan je yang manjew sikit bukan tak reti masak cuma belum pakar sahaja.
Ala-ala emaknye lah. Ayah lagi pandai masak dari emak.
Kalau setakat masak biasa2 tu macam asam pedas ke, ayam kicap ke, goreng2 ke no problem punyooooo (Cewah beria nau nak explain)


Abang dengan adik saya single lagi.
Motif? Hehehehe.




Sosej peberet ! Sosej bakar sedap gilerrrrrrrr.




Sang abang yang beria hidupkan api. Ko nampak tempat BBQ tu camne? Alahai sadis betul. Adik aku la aku tanya ada tak kawan2 dia yang ada tempat BBQ dia cakap ada. Sekali last minit takde pulak. Hambek kau. Sang ayah dengan anak-anak jantannya terus bertukang kat belakang. Aku tak kisah la nak jadi ape pon yang penting malam tu aku nak makan BBQ. Hehehehhe.



Sebab ni first time family aku buat BBQ camni.
Tu pon sebab aku yang plan. Kitorang jarang buat2 camni.
Mak aku lagi lah "Eh boleh ke masak ayam bakar camni"
Alahai sang emak ni.


Bila dah start bakar2 mula lah teruja.
Pastu asyik cakap "Bestnya kalau kakak ada kat sini. Kesian menantu aku jauh"
HAHAHHAHAHA!


Kakak aku duduk Perlis sebab laki dia kerja sana.
So memang jarang balik.
Dalam family aku ni aku dengan kakak aku je yang rajin buat2 camni.
Buat kek lah masak tu lah masak ni lah.


Terus mak aku call kakak aku.
Nak video call, kat Sungai Ara tu line 3G pon takde. Hampeh !
Pastu dan2 mak aku cakap dengan kakak aku "Takpe nanti raya kite buat camni lagi. Best gilaaa."
Eh eh bukan mak aku ke yang cakap boleh masak ke bakar ayam macam ni tadi.
Pastu dan2 terus plan suruh akak aku bawak balik ikan banyak2 dari Kuala Perlis bakar kat rumah.
Apa je lah emakku. Huhu.




Sosej tu nampak sangat menggiurkan. Aummmmmmmm. Walaupon hujan sepanjang hari tetap boleh berlansung dengan aman. Terima kasih kepada bapak ku yang berpikiran jauh. Katanya "Kalau nak buat rumah biar beranda besar" Now I know why. Lagi satu ayah aku sayang tingkap dia tanak bagi kene hujan. HAHAHHA!




Aku suruh mak aku buat nasi goreng sikit. Buat ada2 je. Sebab aku rasa kalau makan bakar2 je macam tak best. Kene ade at least nasi goreng baru lengkap. Dan mak aku pon bersetuju dengan pendapat aku.




Disebabkan kat kampung hari2 hujan dari pagi sampai ke pagi esoknya maka coctail aku tanpa ais. Tapi tetap sedap. Cewahhhhhh.




Tau mak aku cakap ape? "Ibu tak tergamak nak makan sosej ni" Apa2 lah yang mak aku pikir ni. Wakakakakakaka.





Ikan cencaru bakar cicah sambal kicap perah limau campur bawang banyak2 pehhhhhhhhhhhh terangkat siallllll. Yang adik aku siap boleh ratah bawang tu macam tu. By the time aku nak makan eh apehal bawang dah tinggal sikit. Padahal memula aku rasa mak aku letak banyak gila. =__=




Dan hero utama sang ayam. Sedap gila !!! (tak habes2) Tak terkata. HAHAHHA! Kitorang request tanak masak-masak sangat. Sebab aku tak suka lah ayam masak sangat. Keras. Tak juicy. Cewahhhh.





Wohooooooooooo. 





Amboi ayah makan tak tengok kiri kanan ok.



Abang aku takde sebab sibuk membakar kat luar. Siot je kitorang tinggalkan dia kat luar. Wakakakaka. Ni bahagian ruang tv rumah aku. Kau nak makan ke bergusti ke tidur ke terbongkang ke sukahati lah. 




Yang kiri tu adik lelaki bawah aku. 22 tahun. Lepas SPM tanak sambung belajar sebab nak kerja. So dia jadik mandor kat ladang sawit. Parent aku okey je sebab paham perangai dia ni. Dia lebih cenderung ke arah macam ladang2, bela lembu, bela kambing etc. Mak aku cakap sebab dia ada dua pusar kat kepala. Orang dua pusar ni mak aku cakap memang cenderung pada bidang2 camni. Tengok lengan dia? Pehhhhhhhh ni kalau compare dengan Akram macam langit dengan bumi. Kahhhhh.



Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....
Walaupon lengan dia berketak, jangan tak tau nama panggilan dia kat rumah baby.
Wakakakakaka.
Actually takde orang langsung kot panggil dia Yuswan.
Sebab dah terbiasa panggil baby dari kecik.
So sedara mara aku, even kawan2 dia, x-awek dia pon memang panggil dia baby.
Macam geli-geli je kan?
HAHAHHA!


Mak aku cakap ingat kan lepas dia dah takde lagi.
Tu yang panggil baby.
Sekali bukan sorang, dua orang terus bawah baby ni.


Tapi kitorang takde lah panggil Baby sangat.
More to Abi. Ala-ala watak Johan dalam Hantu Kak Limah tu. Abi.
Tak delah euwwwwwww sangat kan.


Yang kanan tu adik bawah baby ni.
Now kat Matrik UIA amik kos dokter gigi.
Dia ni cekeding dan paling tinggi. stended ah kan adik2 kompem lagi tinggi dari abang2.
Cuma aku tak paham apehal Akram lagi pendek dari abang dia.
Bantut kot. Kahhkahh.


Ni kalau kakak aku ada kompem lagi haruk.
Dengan anak2 dia yang aktif tu lagi.
Ahhhhhhhhh lambatnya nak raya :'(



I miss U sister !


okbai.










Friday, February 8, 2013

Air bateri kereta berharga sehinggit



Akram : Dah belikan dah air bateri dulu.

Aku : Okey. Bape ringgit?

Akram : Doploh ringgit.

Aku : So nak claim lah ni?

Akram : Claim la. Ade orang tu kan baru dapat bonus.


Keluarkan purse bagi dia doploh hengget.


Akram : HAHAHAHHA! Mane ade. Air Bateri sehinggit je.

Aku : Tipu.

Akram : Betul lah. Paling mahal pon dua ringgit lebih kot.



Okey fine.


Sumber : Google


Baiklah adik-adik. Air bateri berharga sehinggit je ye.


okbai.







Thursday, February 7, 2013

Ubat Kencing Tak Lawas




Nature's Best Weapon against Urinary Tract Infections


Okey pada yang tanya jus ni hanya untuk perempuan je ke?
Lelaki boleh minum tak?
Jawapannya boleh.
Takde masalah.
Yang lelaki kalau minum takde effect tetibe jadi pondan. Takde.
Okey gurau :P



Nak baca lagi boleh pergi SINI.


okbai.




Wednesday, February 6, 2013

Adakah lelaki suka perempuan yang lebih pandai berdikari.


Aku plan nak balik Johor Sabtu pagi ni.
Kalau boleh Subuh2 tu dah nak gerak dah.
Then tetibe terfikir alamak kereta tak reti nak check.
Terus wassap Akram.











Padahal last week aku kan jumpe dia.
Tapi lupe gile nak suruh chekkan. Bese lah dah berjumpa takkan nak pikir pasal kereta kan. :P
Minggu ni pulak Akram kerja malam.
Aku balik kerja dia dah pergi keje.
Sabtu subuh aku nak balik kampung tu kadang2 dia tak balik kerja lagi.
Jadi siapa yang nak tolong check ni?
Huhuhu.


Kalau aku nak hantar bengkel sorang2 kompem Akram tak bagi.
Alangkan aku nak pergi Nilai 3 sorang2 carik hadiah kawen pon dia suruh pergi ngan dia apetah lagi benda2 yang melibatkan kereta ni.
Dia mane bagi aku pergi sendiri sorang2.
Takut aku kene tipu.
Maklumlah muka aku ni kan jujur.
Muke senang kene tipu.


Actually aku balik dengan adik lelaki aku.
Tapi aku rasa adik aku pon tak reti benda2 kereta ni.
Dia reti bawak kereta je.
HAHAHA!
Sepesen la dengan kakak dia ni.
Nak isi air wiper pon tergagap-gagap.


Dan aku rasa ada je lelaki yang rimas kalau perempuan ni terlalu depends pada dia.
Lelaki? Any comments? Hehe.
Macam ada satu English novel yang aku baru habes baca ni lelaki tu clash dengan perempuan tu sebab dia rasa perempuan tu tak pandai berdikari.
Tak boleh buat sesuatu tanpa dia.



Best tau novel ni. Tak sia2 aku beli. One day before dorang pergi holiday for 2 weeks kat Spain, lelaki tu mintak clash dengan perempuan tu dengan alasan perempuan tu tak reti berdikari. So perempuan tu cerita lah ape yang dia buat sepanjang dua minggu lepas clash dengan lelaki tu. Dia nak buktikan yang tanpa lelaki tu pon dia still boleh berdikari. And paling best buat kita berfikir adakah lelaki yang dengan kita sekarang betul2 jodoh kita? Nak tau ending silalah start kereta dan pergi ke kedai buku berhampiran korang. Hehehe.



Sebenarnya dalam kes aku ni, aku boleh je buat benda2 tanpa Akram.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Of coz lah ade tapinya kan.
Akram yang selalu buat aku tak reti berdikari.
Korang tau je lah dia tu, mane boleh tengok aku senang.
Wakakaka.


Dalam erti kata lain dia terlalu memanjakan aku.
Selalunya dia mesti nak tau ape aku buat, ape aku beli.
Kalau aku beli baju baru dia mesti nak tau kaler ape, beli kat mana bla bla bla.
Sampai satu tahap aku dah takde feel nak keluar ngan orang lain sebab dah terbiasa keluar dengan dia.
Boring gila kan hidup aku. HAHAHA !


Kadang2 aku cakap "Eh rasa macam nak pergi sini la buat ni la"
Nanti dia jawab "Owh tengok lah minggu depan ke kalau free kan kite pergi lah"
Eh tak cakap pon nak pergi dengan kau.
Tetibe offer diri. HAHA !


Kalau aku cakap "Eh rasa macam ade something wrong lah dengan kereta ni"
Nanti dia jawab "Yeke? Takpe lah nanti weekend ni tolong tengokkan"
Tak pernah dia jawab "Cuba check ape yang tak kene dengan kereta tu?"
Nehiiiiiiiiiiiiiii.


Tapi dia tak pernah lah halang aku keluar dengan kawan2 aku.
Cuma dia nak tau dengan sape, pergi mana, buat apa.
Maklumlah aku ni kan pantang tengok lelaki hensem. Wakakaka.


Macam hari tu aku buat loan ASB aku buat senyap2 pastu baru aku bagi tau Akram.
Ada je lah yang dia membebel.
Dia macam selalu tak yakin dengan keputusan aku.
Last2 hari tu masa aku nak buat tinted kereta, aku suruh dia pilih nak buat kedai mana.
Yang dia pulak cakap sukati lah mana2 je lah. Tak kisah la.
Aku geram aku cakap "Orang tanya ni sebab nak suruh pilihkan. Nanti kalau orang pilih sendiri tak berkenan la, salah lah ape lah." Direct terus.
Akram gelak-gelak "Hahahaha. ok ok ok"



Mungkin sesetengah lelaki berbeza.
Ada yang suka kalau perempuan tu pandai bawak diri.
Macam aku ni Akram selalu buat rilek je.
So aku pon rilek je la. HAHHAA!
Cuma satu benda je lah yang aku selalu kene membebel.
"Kan dah ajar banyak kali. Cuba lah ingat jalan ni. Nanti kalau sorang2 sesat pastu nanges"
Bla bla bla.



okbai.





Thursday, January 31, 2013

Untuk yang suka bertekak tu.


Aku screenshot dari Youtube.


Untuk sesiapa yang suka sangat bergaduh sesama sendiri mengketengahkan hujah masing2 di pesbuk macam takde adab.
Tak takut baca komen atas tu?


Dah-dah la sape2 yang suka sangat bertekak kat pesbuk tu.
Korang bergaduh sesama sendiri bukan dapat apa pon.
Dorang makin suka adalah.
Suka tengok kita berpecah-pecah.
Suka gelak kan kita bila kita tak kuat.


Aku lupa lah mana aku baca.
Tapi tak silap aku masa orang2 kristian kalah perang dulu dorang dah berjanji akan guna cara halus untuk pecah belahkan umat islam.
Correct me if im wrong.
So nampak tak cara halus dorang tu macam mana?
Dorang keluarkan isu sikit je umat islam dah melatah banyak.
Yang paling aku benci yang stok2 asyik nak bertekak je kat pesbuk.
Masing-masing nak ketengahkan hujah masing2.
Pastu bergaduh.
Padehal dorang tak sedar yang ada pihak lain tengah seronok gelakkan dorang.


Contoh macam isu mekdi ari tu.
Kemahin lagi marah sana marah sini.
Kemahin lagi keji sana keji sini.
Tup2 now macam dah takde ape pulak.
Senyap sunyi.


Masa Shila Amzah upload gambar makan mekdi kemahin semua keyboard warrior marah dia.
Habes segala hujah semua keluar.
Now aku tengok ramai je artis makan mekdi macam takde sape je kisah.
Adakah kerana Shila Amzah pakai tudung?
Atau adakah sebab Mekdi dah isytiharkan nak derma Rm1 untuk setiap pembelian Prosperity.


Aku tak boleh cakap banyak sebab nanti ada orang cakap aku poyo.
Berlagak baik.
Macam lah aku tak tau.
Aku tau. Aku pekak kan telinga je.
Hihihi.


Renung-renungkan :)



okbai.