Loading...

Thursday, December 6, 2012

Ubat Terbaik Atasi Masalah Kencing Tak Lawas



                           
Morning uolls.
Hari ni dengan baik hatinya aku nak share satu benda yang amat sangat penting bagi aku.
Bagi aku lah. Bagi korang aku tak tau lah penting ke tak kan.


Semalam aku saje try check statistic blog aku.
Page view paling banyak adalah untuk entry aku pasal Kencing Tak Lawas.
Kalau tak tahu Masalah Kencing Tak Lawas tu ape boleh baca tanda-tanda dia kat SINI.
Sebab aku tau tak semua pon orang tau pasal penyakit ni.
Even masa first time aku kene pon aku tak tau apesal aku jadi camtu.
Tetiba masa kencing rasa sakit. Pastu bila kencing rasa tak puas.
Kejap2 nak pegi toilet kencing.
5 minit pastu rasa nak kencing lagi.
Serius sengsara gua cakap lu.


Sampai lah mak kawan aku cakap yang aku kene kencing tak lawas sebenarnya.
Orang cakap senang nak kene kencing tak lawas ni sebab kurang minum air.
Dan aku memang selalu kene marah dengan Akram sebab pemalas nak minum air.
Bukan setakat air masak, air manis pon aku memang pemalas nak minum jugak.
Sampai satu tahap aku lepak kedai makan dengan Akram aku tak minum air sebab tak tau nak minum air ape. Kahhkahh !
Tolong lah jangan ikot perangai Kak Wana ni ye adik2.


Masa aku pergi farmasi nak beli ubat kencing tak lawas tu akak farmasi tu bagi pil dengan antibiotik.
Tapi ubat tu macam lambat berkesan sikit.
So tak best.
Sebab bila kau kene kencing tak lawas ni kalau boleh ko nak baik on the spot.
Nampak tak macam mana sakitnye.


So akak farmasi tu syorkan aku satu jus ni untuk aku minum.


Jus Cranberry. Pernah dengar ?


Seriously kalau korang selalu kene Kencing Tak Lawas aku syor kan korang beli Jus ni.
Actually aku baru beli sekali kat farmasi area2 rumah aku kat Pantai Dalam.
Tak sure lah kalau semua farmasi ade jual.
Insya Allah ade kot.



Nature's Best Weapon against Urinary Tract Infections


Don't worry sebab ini bukan ubat.
Ini 100% Memang pure Jus Cranberry ni.
Dan dah cakap 100% memang pure kan so rasa dia memang masam gila lah.
Aku dah la tak suka benda2 masam ni.
Tapi apa kan daya. Yang penting aku tetap sweet. Auwww.


Jus ni simpan tempat dingin okey.




Actually akak farmasi tu suruh minum hari2.
Tapi sebab aku kan pemalas so agak2 macam ade tanda2 aku nak kene kencing tak lawas baru aku minum.
Dan sebab ape aku syorkan jus ni kat korang?
Sebab macam aku hari tu.
Jumaat malam aku dah rasa dah masa nak kencing tu macam ada rasa sakit2 sikit.
So before tido aku minum satu penutup dan bangun pagi kembali normal.
So now aku memang minum kalau dah nak kene je lah.
Jimat sikit.
1 botol 500ml RM 50. Save sikit. I kan kedekut. Eh bukan kedekut tapi Jimat. HAHA !


Kedekut sampai asyik je kene marah dengan Akram sebab dia suruh pergi jumpe Dokter check kot2 ade masalah lain ke ape ke kan.
Tapi aku malas nak pergi.
hehe.






Dan aku nasihatkan korang yang pernah kene kencing tak lawas tu sila lah jangan tahan2 kencing.
Kalau rasa2 nak kencing tu cepat2 je lah pergi toilet.
Sebab akak farmasi tu cakap dengan aku macam ni.

Air kencing kan kotor kan. Ada kuman.
So bila ko tahan2 kencing ko, kuman tu pon tak keluar lah.
Tu yang dia effect kat saluran kencing ko tu.
Dan bila once ko dah kene kencing tak lawas ni, kuman tu dah macam ada tapak untuk dia stay if korang still tahan2 kencing.
Kira macam bila ko tahan, kuman tak dapat keluar, dorang pegi cari port ah.
Dan seterusnya menyebabkan berlaku balik penyakit ni. begituew. Hihi.



Aku selalu jugak cerita kat kawan aku pasal penyakit ni.
Bila aku tanya "Ko tau camne penyakit ni?"

Dia jawab "Tau. Mak aku selalu jugak kene"

Okey fine.
Penyakit orang2 tue. Huhu.


Tapi kan aku pelik lah kenapa sejak dua menjak ni aku macam susah gila nak tahan kencing.
Nampaknye daya kemutan menahan kencing semakin lemah.
Tak boleh jadik.
Ada sape2 jual jamu kat sini?
Ceh dan-dan kan.



Okey nak pergi gugel ubat kuatkan daya kemutan. Eh?



okbai.


                                         



With Love : Syazwana Jamal :)

21 comments

December 6, 2012 at 11:13 AM

alhamdulillah..akak xde mslh tu

December 6, 2012 at 11:20 AM

ok gak lau ada ubtnya kan..hihi

December 6, 2012 at 11:28 AM

dan dan je uols nak makan jamu :p

December 6, 2012 at 12:42 PM

@MizzTina
bagus lah. derita kalau kene. uhhuuh

December 6, 2012 at 12:42 PM

@nuyui a.k.a miss YUI
setiap penyakit ada ubatnya.
hehehe :)

December 6, 2012 at 12:42 PM

@Syazana Zainn
uolls ade jual jamu tak?
kekekeke

December 6, 2012 at 1:23 PM

setakat ni akak ok lagi. wana! minum air banyak2! hehe

December 6, 2012 at 7:01 PM

rajin2 la minum air dik oi...mak akak pn ada penyakit ni gak..tp sbb dia dah berumurkan.org ckp kalau rahim jatuh pun kencing xlawas gak.tataw le akak..huhuh

December 10, 2012 at 9:31 AM

oooooooooooooooooo... nnti kalau aku ada rasa2 kencing x lawas,,aku cari mende ni..hehe..

Anonymous
February 7, 2013 at 1:38 PM

Nak tanya, jus ni untuk pompuan je ?

Anonymous
February 7, 2013 at 1:40 PM

Jus ni hanya untuk pompuan ?

Anonymous
February 7, 2013 at 1:41 PM

Jus ni hanya untuk pompuan ?

February 7, 2013 at 1:55 PM

Eh tak lah. Lelaki pon boleh minum. :)

Anonymous
February 17, 2013 at 2:55 AM

Jus ni xde effect buruk kn?..berapa lama akan jd seperti biasa lps minum jus tu?

October 30, 2013 at 11:57 AM

@J.Syazwana

October 30, 2013 at 11:58 AM

nk tanye sikit ni,jus tu halal ke dok?

Anonymous
March 14, 2014 at 7:24 PM

panjang sangat bercerita yek tak tahan nak kencing ni haha

lynnda
April 9, 2014 at 1:28 AM

Tngh mnahan skt kcng xlawas nih.prit btul seksa lg xbole tdo dh pkl 1 lbh ni.p knik mkn ubt doc bg xbk lg ni tngh mlm2 buta rebus bali mnum air bali.esk nk p frmsi cri jus ni lh..

lynnda
April 9, 2014 at 1:30 AM

Skrg ni tngh menahan skt kncing xlawas.xdpt tdo dh pkl 1 lbh.p knik mkn ubt pn xok ni tngh mlm2 buta rebus bali.esk nk cr lh jus ni

Anonymous
April 22, 2014 at 5:39 PM

Ubat ni ada side effect tk?

Anonymous
June 16, 2014 at 2:28 AM

Thanks dear for the info..esok nak kena gi cari gak..skrg sy tgh menahan sakit kencing x lawas..kencing sikit2..sakit sama..dah kul 2.30 pagi..tak lalu nk ulang gi tandas byk kali..terpaksa lapik tilam dgn plastik besar..alas dgn tuala tebal..tak bole nak handle dah..redha je la..

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal