Thursday, September 10, 2015

Kisah viral lelaki 17k dan 47k


Baru-baru ni viral pasal lelaki yang beli vape harga 17k.
Lepas tu ada pulak lelaki lain yang beli helmet sampai harga 47k.
Kalau nak ikotkan memang la macam tak lojik kan. Kejadah apa kau nak beli barang2 tu sampai harga puluh2 ribu. Vape dengan helmet je pon.
Mula-mula aku tak amik port sangat pon. Lantak die lah nak beli apa pon dah duit dia.
Melainkan die tu peminta sedekah, dan kau salah seorang yang bagi sedekah pada dia. Lepas tu dia beli pulak benda tak berfaedah. Haaa masa tu boleh la kau nak mengamuk sakan kan.

Tapi tadi aku terklik satu artikel ni sebab tajuk dia macam best. Hahahah!
Dia cerita lah dari awal pasal mamat yang beli vape harga puluh ribu tu.
Aku okey je lah baca. Yang tak okeynya bila sampai bab orang komen2.
Seriously aku memang fed up sikit bila baca komen2 yang jenis puaka camni.


Seriously korang begitu banyak masa untuk komen2 kat page2 ni eh?



Aku sebenarnya dah lama dah perhati jenis golongan yang suka komen acah2 alim ulamak ni.
Jenis yang asal orang beli barang mahal sikit kompem "Duit tu baik kau bagi mak bapak kau pergi haji"

"Daripada beli barangg harga ribu riban camni baik lah duit tu bawak pergi umrah"

Seriously lah kan rakyat Malaysia ni memang sejenis yang suka judge orang ke apa. Memang banyak sangat free time ke apa sampai rajin bebenor nya menaip komen kat page2 fb.
Cuba lah apa benda yang kau buat tetiba kene judge dengan orang. Apa perasaan kau.
Kalau orang kau kenal boleh la tahan lagi. Ni kene judge dengan orang yang kau tak kenal pon.
Tak ke kelakar gila namanya tu.

Kau tau ke entah2 duit simpanan dia dalam bank ada berjuta-juta.
Kau pernah tau ke kalau die dah bagi duit kat mak dia untuk buat haji ke tak?
Kau pernah tau ke kalau dia dah pergi buat umrah and haji berapa banyak kali?
Kau pernah tau ke berapa jumlah derma yang dia pernah sumbang untuk palestin?
Dan kau pernah tau ke entah2 dia dah duduk rumah besar macam istana.

Dan sekarang aku nak tanya korang yang jenis suka komen acah bagus ni.
Korang dah pergi umrah?
Dah pernah hantar mak bapak pergi umrah?
Dah beli rumah?

Mesti jawapan belom kan.
Sebab tu korang jeles.
Selalunya aku perhati golongan2 yang kaki sentap ni jenis golongan yang takde pape pon.
Yang dia ada cuma smart phone dan sedikit data internet untuk membolehkan beliau menjadi keyboard warrior.
Sebab kalau orang2 kaya ni selalunya jenis tak heran setakat beli barang puluh ribu ni.
Ni kompem lah ni jenis yang tak mampu nak beli apa2 lepas tu tengok orang lain boleh beli barang harga ribu riban, terus sentap. Terus komen acah diri itu begitu suci.
Puihhhhh.

Bayangkan je lah. Kau tiap2 bulan dapat gaji lebih kurang 5k je. Memang lah korang akan rasa yang orang beli barang harga sampai berpuluh ribu tu membazir.
Cuba gaji korang 50k sebulan.
Entah2 tiap2 bulan pon tak cukop sebab macam2 nak beli.

Contoh paling senang tengok artis je lah.
Tengok Rozita Che Wan tu. Beli baju rilek je harga sampai 4k. Nak tersedak dengar kan.
Tapi agak2 die rasa membazir tak? Entah2 dia keluarkan duit 4k tu macam 400 je.
Sama je lah macam kita sekarang. Lets say gaji kita 4000 sebulan. Kita beli barang harga 400 rasa macam murah je kan?
Orang yang gaji 1000 je sebulan mungkin akan cakap 400 tu mahal gila tahap dewa.
Sama lah jugak dengan orang gaji 50k sebulan. Setakat nak bayar barang harga 10k apedehal weh.

Masa aku baca2 artikel pasal mamat tu, bawah sekali penulis blog tu bagitau yang sebenarnya mamat tu memang kaya pon.
Rumah besar. Bini siap pakai purdah kau.
Ade kereta audi. Siap superbike sekali.

Lagi kau nak pertikaikan kenapa dia boleh senang2 je bayar 17k cash untuk vape.

Pikir lah sendiri.

Jangan sampai termalu sendiri dah la.
Hahahahaha!

okbai.


Tuesday, September 8, 2015

Family Bbq @ Sungai Araku Harmoni

Kemain lagi kampung aku nak guna tagline Sungai Araku Harmoni kenn. Heheh. Tapi kalau 10 tahun lepas boleh la lagi nak guna tagline tu. Sekarang memang dah tak berapa nak harmoni dah. Pencuri dah banyak. Belum masuk toyol lagi.
Bayangkan 10 tahun lepas ayah aku siap boleh tertinggal kunci rumah kat pintu masa nak balik kampung. Bila balik rumah je elok lagi kunci tu bergantungan kat pintu.
Takda barang hilang pon.
Sekarang? Tinggal rumah sebab pergi marhaban pon boleh kene pecah masuk! Bukan rumah aku la. Rumah jiran2 aku.
*geleng kepala*

Belum lagi tambah dengan ada duit kitorang yang tiba2 hilang dalam rumah.
Tambah pulak ayah aku pernah ternampak makhluk hijau kecik tu masa nak pergi masjid. Cuak tak cuak tak? Hahahah!
Bawak2 la bertaubat wahai umat manusia. Dunia ni dah la nak akhir zaman. Kau makin galak pulak nak buat keje harommm.
Okey ini bukan entry tazkirah ye.
Jadi mari lah kita ke intipati yang sebenarnya.

Nak dijadikan cerita masa raya lepas kitorang adik beradik tak dapat berkumpul ramai2 kat rumah parent aku.
Biasa lah aku kan dah kawen. Sebagai seorang isteri solehah lagi mithali *batuk* haruslah aku setuju untuk balik kampung Akram dulu. Lagipon abang Akram tak dapat balik raya. So sebagai anak lelaki nombor dua, maka terasa lah tanggungjawabnya untuk membantu apa yang patut di rumah Pontian.
Tapi sebenarnya takde lah bantu sangat pon sebab laki aku tu malam raya baru nak touch down Johor. Mbahahahaha. Kitorang sampai2 je semua dah siap. Hihi.

Dan plan awalnya sepatotnya kakak aku balik rumah mertua dia dulu. SO kitorang ni dah janji2 la raya ketiga camtu nak kumpul sungai ara and buat makan2.
Tapi last minit plan berubah. Sebab nya kitorang semua nak balik kampung Muar raya kedua tu. Ada kumpul2 family nenek belah ayah aku kat situ. So akak aku malas la nak patah2 balik dari rumah mertua kat Melaka nak balik Muar pulak lepas tu nak ke Kota Tinggi. Nanti tak dapat lama kat Melaka. Gittew. So kitorang memang tak berkumpul ramai2 la sebab abang and adik lelaki aku tak balik Muar pulak.

Jadinya bila kitorang tengok masa cuti merdeka ni kebetulan Akram boleh balik Johor, so kitorang terus plan nak buat bbq.
Lepas tu paksa adik aku yang study kat UIA kuantan tu balik jugak.
Lepas tu adik aku yang duduk asrama pon ponteng kelas hari ahad. Wahahaha.

Orang yang paling eksited untuk majlis makan2 ni haruslah ayah aku.
Biasalah orang tua kan. Anak2 dah duduk jauh. Lagi2 laki aku tu ha kan payah nak baliknya. So bila dapat kumpul ramai2 camni memang suka lah dia. Siap nak jemput satu kampung datang rumah lagi. Ekekeke. Naseb baik sang ibu masih berfikiran waras. Menyedarkan sang ayah bahawasanya kita bukan buat kenduri kahwen tapi hanya makan2 biasa je. Ekekeke.

So sang ibu jemput jiran2 dekat je.
Adik aku jemput la kawan2 baik dia datang rumah.
Tapi sebenarnya sang ibu pon tidak kurang eksitednya. Seminggu sebelum dah merangka menu untuk di masak pada malam tersebut. Siap dua tiga kali call aku tanya jadi ke tak nak buat ni. Dia nak masak macam2. Hahaha!

Menu:

1. Nasi beriyani & dalca
2. Mee rebus
3. Rojak pecel
4. Sate daging bersama nasi impit dan kuah kacang
5. Ayam bakar
6. Kambing bakar bersama sos lada hitam dan salad
7. Bebola sotong sayur feveret si ayah dan ibu
8. Sosej bakar
9. Kupang rebus dan bakar & lokan
10. Ayam bakar
11. Air koktel
12. Buah-buahan
13. Sotong bakar


Beli sate dengan orang kampung aku. Kitorang bakar sendiri. Baru lah happening. Ehehehe. Seriously sate dia dari aku kecik sampai sekarang maintain sedap je. Dah la lembut yang amat. Eh sedap lah.


Ayam wajib ada. Sebab aku tak pernah bosan makan ayam. :P Lagipon aku ni sejenis kureng makan daging. Lagi2 kambing memang aku tak makan.


Ayah aku beli kupang 10kg. Penjual tu bagi free lokan sekilo. Sampai 10kg kan ayah aku borong kupang. Sebab murah gila beb. 3kg RM10 je. Kat jalan kota tinggi-mersing. Tepi jalan deret2 kedai buah sebelum simpang perani tu. Dah la fresh2. Memang selalu jugak ayah aku beli kupang kat sana.


Nasi beriyani ayah aku masak sebab dia memang suka masak nasi beriyani. Wahaha. Lagipon laki aku tu kan jarang2 balik. Jadinya seronok lah dia ada nasi tu. Pulak tu kalau takde nasi macam tak best pulak. Takkan nak makan lauk semata kan. Si ibu pulak tambah2 dengan menu dia, mee rebus dan rojak pecel.



So dalam pukul 6.30 setengah petang macam tu acara menghidupkan bara api pon bermula. Siap gunakan bantuan kipas angin lagikan. Baru lah maju dan moden.


Dari kiri : Ayun (no. 5), Kakak sulung bersama bala tentera & Abang nombor dua.


Ayun ni lah yang study kat Uia Kuantan tu. Sebenarnya sekarang dia tengah cuti sem tapi dia buat part time kat sana. Nak beli henpon baru katanya.
Ayun ni sejenis tak suka mintak duit kat mak bapak. Dari zaman dia matrik UIA kat PJ lagi dia buat part time bila cuti sem. Boleh beli laptop. Duit belanja study.
Walaupon dia jenis tak mintak duit dari ibu ayah tapi duit ibu dan ayah aku tetap mengalir seperti air jugak.
Sebab?
Dapat adik bongsu bawah ayun ni yang terlebih manja-tiap2 minggu nak suruh makpak datang sana-belum tambah outing lagi-duit topap lagi-form3 dah pakai henpon-cuti sekolah nak tengok wayang la apa la.
Haih geleng kepala mak aku. Haha!


So seminggu sebelum tu aku tanya ayun dia boleh cuti ke tak? Dia cakap nanti dia tanya bos.
Sudahnya dia dapat cuti sehari je iaitu ahad je. Subuh ahad tu die gerak dari Kuantan naik motor sampai sungai ara dalam pukul 12 camtu kot.
Isnin pagi dalam pukul 9 dia dah gerak balik Kuantan balik sebab masuk keje pukul 2.
*terharu*
Sebab aku cakap dengan dia, laki aku ni susah nak balik. Kang masa ayun balik laki aku pulak tak balik. Dengan Anis yang duduk asrama pon tak tau balik ke tak kan.


Budak2 makan awal supaya bila orang dewasa nak makan dorang dah kenyang dan boleh main jauh2 sikit. Ekekeke. Abaikan muka Faiq yang toya itu. Dia tengah menderita sakit mata time tu.


Golongan pembakar daging *kipidap*


Haih terasa lapar pula malam2 begini. Kan bagus kalau ada Doraemon.


Kasi can ler ahkak interprem. By the way orang cakap aku dah kurus sikit. Orang la cakap. Aku bagitau korang je. Wahahaha.


Anak buah nombor tiga. Paling kuat bodek ni. Kalau aku datang rumah je kemahin lagi "Hai aa cantik" "Hai aa kurus" "Hai aa tak gemok" Nak pau jajan la tu maknanya.


Family kakak sulung. Fariq dah pandai jalan genap umur setahun 4 bulan kot. Tapi pemalas nak jalan. Bontot berat. Nak jugak dukung. Haha!


Orang kuat majlis :P


Dalam pukul 9 malam camtu jiran2 start datang. So kitorang keluarkan lah kek. Actually takde celebrate besday sape2 pon. Kira macam celebrate semua la. Hahaha! Sebab family kitorang ni bukan jenis yang celebrate besday sangat pon. So setahun sekali ha hambek celebrate besday semua orang. Gittew kekdahnya.


Kek kat SDS dah mahal weh. Dulu rm40++ dah boleh dapat kek sedap yang sekilo punya. Sekarang dia punya harga dah jadi stended secret resepi dah Rm60++. Yang aku beli ni 1/2kg kek ice cream. RM50. Kek biasa yang 1/2kg pon RM48. Baik aku amik ice cream punya. Tak muak kan. Aku bajet takde orang nak makan kek pon sebab makanan banyak gila kot. Dan tak sangka kek ni boleh habes licin. Dasar semua perut dah siap2 kosongkan satu hari ke apa? Hahahah!


Budak2 dah penat main sambung makan pulak.


Yang geng2 adik and abang aku lepak belakang je tempat bakar2 bbq.


Sebelum balik masing2 bergosip pasal bunga orkid ayah aku yang tengah berkembang mekar itu.


Dalam pukul 11 camtu kot semua dah start balik. Lagipon ada sambutan merdeka kat kampung aku tu. So dorang pergi sana la.
Aku ni konon2 nak la jugak ushar2 kat sana. Sebab ada bunga api la apa lah.
Sekali bila semua dah balik, dah siap kemas2 dengan aku2 terus fengsan.

Aku rasa malam tu pon semua terdampar kekenyangan.
Mamai2 pukul 12 malam aku dengar bunyik bunga api je. Tapi tak kosser la aku nak bangun kan.
Terus sambung tido. Laki aku cuit2 pon aku tak layan. Mbahahaha.

Harap2 tahun depan boleh buat camni lagi.
Seronok bila dapat happy2 satu family camni.

okbai.



Monday, September 7, 2015

Orkid Harimau Kota Tinggi


Mempunyai ibu bapa yang kaki bunga ni menjadikan rumah parents aku dikelilingi bermacam-macam spesies bunga.
Dulu masa aku kecik2 ayah aku ada satu pondok khas untuk bunga orkid sahaja.
Dan aku ingat lagi salah satu baja yang ayah aku gunakan untuk orkid2 dia tu is telur mentah.
Lagi satu bunga kertas. Cakap je nak bunga kertas kaler apa. Semua ada. Tak cukop dengan tu. Siap dikahwenkan lagi bunga2 kertas tu.
Tiap2 petang pulak aku kene paksa siram pokok2 bunga dia. Sampai boleh bergaduh sebab tanak siram bunga. Yelah orang nak pergi main dengan kawan2 dia boleh pulak buat jadual siram bunga.
Sape yang tanam dia lah yang siram. Bahahaha!


contoh koleksi bunga kertas ayah aku.

Lepas tu ayah aku slow sikit tanam bunga sebab takde masa.
Anak2 dia pon dah membesar takde sape nak tolong dia siram bunga. Hahaha!
Pokok2 orkid dia pon mati dah semua.

Baru2 ni ayah aku aktif balik menanam bunga.
Tambah2 dengan ibu yang dah tak keje. So tiap2 kali aku balik kampung memang ada je lah bunga baru. Siap sampai ke maokel segamat nun ha ayah aku pau anak pokok bunga Mak Long aku. Sebab Mak Long aku pon duduk Felda. Memang tanah besar kan. Bunga pon banyak jenis.

Salah satu pokok kesayangan ayah aku sekarang ni pokok Orkid Harimau.
Tapi kitorang selalu panggil orkid rimau je.
Actually anak pokok yang mula2 sekali ayah aku carik kat hutan dah bertahun dah.
Masa tu pakcik aku yang tinggal kat Muar (suami adik mak aku) memang kaki bunga.
Rumah dia memang banyak gila lah bunga pelik2.
So pakcik aku ni sanggup datang jauh2 dari Muar ke Kota Tinggi semata2 nak ajak ayah aku masuk hutan carik anak pokok harimau ni.

Nak dijadikan cerita memang rezeki dorang la masa tu.
Banyak gila dapat. Siap van pakcik aku tu penuh takde tempat dah nak duduk. Terpaksa share tempat duduk dengan orkid. haha!


Sedang berkembang mekar

Aku tak berapa nak ingat sangat exact year ayah aku ambil anak pokok ni.
Tapi memang dah lama sangat dah.
Mungkin dekat 10 tahun dah kot.
Beberapa tahun lepas ayah aku tanam kat rumah pokok ni pernah berbunga sekali. Masa tu ayah aku tanam dalam tempayan. Ada satu pokok je. Memang cantik la time tu. Siap orang berpusu2 datang rumah mintak anak dia.

Lepas tu dia dah tak berbunga lagi. So ayah aku pecah kan tempayan tu and alihkan ke tanah dan pecah2 kan pokok tu pergi banyak tempat.
Sampai lah tahun ni masa bulan puasa lepas ayah aku perasan yang pokok ni berbunga.
Mungkin dia tunggu rumah tu dapat menantu baru kot baru dia nak berbunga balik. Tapi naseb baik jugak dia berbunga selepas majlis kahwen. Buatnya dia berbunga tahun lepas masa nak dekat kenduri kawen aku rasa besar harapan sanggup mak aku batalkan wedding aku sebab takut orang petik2 bunga orkid dia kang. Hahaha.


Perasan tak jarak antara pokok kedua dengan pokok ketiga jauh sikit? Sebenarnya kat situ ada lagi satu rumpun. Tapi mati tak tahu apa punca dia. Dah sampai ajal dia mungkin. :P


So dalam masa dua tiga bulan ni setiap kali aku balik kampung mesti mak aku akan bagi dialog yang sama "Dik, tolong amik gambar orkid rimau banyak2 lagi. Ibu nak frame"

Wah sampai nak frame kau.

Gambar anak2 pon takde nya sang ibu nak frame kan. Wahahaha.
Nampaknya buat masa sekarang sang orkid mendahului carta hati si ibu dan ayah.








Ini bunga dari pokok pertama. Lebih kepada kuning.


Ini pulak bunga dari pokok kedua dengan ketiga. Corak merah dia lebih besar.


Nama saya bukan orkid tapi saya nak interprem dengan bunga orkid ni.


Tiba-tiba aku pon rasa geram tengok bunga sejambak banyak2 ni.


Ok sebelum ada reader yang pm or email aku tanya pasal anak pokok orkid ni meh aku bagitau siap2.
Ayah aku ade je anak2 pokok orkid rimau ni yang kecik.
Yang dah siap dalam pasu pon ada.

Kalau sape2 berminat nak beli boleh contact ayanh aku sendiri okey.
Aku tak tau lah dia nak jual ke tak tapi anak pokok orkid dia memang banyak gila kot.
Korang tanya lah sendiri.

Encik Jamal   013-2042634

Tapi seriously aku cakap nak bela pokok orkid ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi.
Tapi sekali dia berbunga memang puas hati gila lah.
Sebab tu sampai si ibu terpaksa sayang orkid lebih dari anak2 dia. Muahahaha.

okbai.


Saturday, September 5, 2015

Selepas tiga bulan...


Hyeeee *krik* *krik*
Hihihi.

Dah nak dekat tiga bulan tak update blog kan. Ada yang rindu tak? :P

Well kalau kat fb tu banyak je aku apdet pasal hidup aku ni ha.
Cuma nak menaip kat pc ni giler malas.
Kenapa lah takde orang cipta software yang bila kita cakap dia terus keluar kat word. Kan senang. Takde lah alasan untuk membiarkan blog bersawang kan. Bahahah.

So apa yang jadi dalam masa tiga bulan ni?
Macam2 okey. Gembira, sedih, masam, manis, pahit semua ada. Dah macam lima rencah lima rasa dah :P
Tapi ada satu benda yang aku akan ingat sampai bila2.



Pernah tak korang mengalami situasi macam ni?
Aku pernah. Sampai satu tahap aku rasa macam benci giler sebab aku tak boleh lupa apa orang buat kat aku. Aku jadi pendendam padahal seumur hidup aku tak pernah aku rasa macam tu.
Kawan2 aku semua pelik sebab dorang tau aku jenis senang maafkan orang.
Aku cakap maybe sebab orang terdekat yang buat aku macam tu.
Sebab tu aku terkesan sangat.

Paling terkesan bila aku datang rumah dia, takde nya dia nak salam aku.
Duduk sebelah2 tak tegur langsung.
Tu yang buat aku sedih gila.

Orang lain buat salah pada aku tapi macam aku pulak yang salah.
Takde orang dari sana yang tanya aku okey ke tak. Takde orang even sms aku tanya aku marah ke tak. Apetah lagi call kan. Nehi. Nak tanya aku stress ke tak jauh sekali la. Bila aku moody eh orang pulak yang terasa dengan aku. Dah aku pulak yang nak kene minta maaf. Aku ni dah la kat tempat kerja banyak benda nak kene fikir. Ingat kan balik kampung boleh la tenangkan fikiran. Eh makin serabut ada lah.




Aku mengadu kat kakak aku. Kakak aku siap marah aku. Bahaha. Orang lain yang salah aku pulak yang kene marah. Aku ingat lagi kakak aku cakap camni "Habes tu kenapa ko tak mulakan dulu? Keras kepala?" Amik kau sedas.

Aku cakap memang tak lah aku nak start dulu kan.
Orang buat tahik dengan aku. Aku nak baik2 dengan orang. Sorry. Aku bukan jenis hipokrit.
Kalau tak suka memang aku tunjuk tak suka.
Dan aku sejenis manusia yang boleh buat hal sendiri. Kalau aku ikot laki aku lepak dengan kawan2 dia berjam2 aku okey je. Aku online je lah layan dunia aku.
Orang tak layan aku? Apedehal. Banyak lagi benda lain yang aku boleh buat. Cuma rasa sakit hati tu ada lah jugak.

Kawan2 aku cakap takpe. Times will heals everything.
I hope so.
Sebab memang betul pon kadang2 manusia memang sangat memerlukan masa untuk pulihkan semuanya.

So masa dekat2 nak raya tu kan banyak nak pakai duit kan.
Masa tu duit banyak habes sebab nak pindah ruah sewa baru. Dan2 time tu jugak kereta nak kene major servis + tukar timing belt.
Laki aku pulak biasa lah MAS kan tengah problem time tu. So aku malas nak mintak2 duit dia.
Nak dijadikan cerita punya lah rezeki bos bagi bonus raya seribu. Wahahaha.

Tak pernah2 selama hampr tiga tahun aku keje ni bos bagi duit raya.
Bonus memang tiap2 tahun dapat tapi masa Chinese New Year la.
Masa raya tak dapek la. Tahun ni dapat pulak. Alhamdulillah la time tu lega sikit. So boleh la servis kereta dengan aman. Dan beraya dengan meriah. Ekeekeke.

So masa raya tu bila orang yang buat salah pada aku tu tak menunjukkan tanda2 nak berbaik dengan aku maka haruslah aku sentap kan.
Lagi2 bila aku cerita kat mak aku, mak aku cakap camni "Takpe biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Dia tanak mintak maaf dengan kita takpe. Kita maafkan je. Dia tanak tegur kita takpe. Kita tegur dia dulu. Kalau kita sama buat perangai macam dia, apa beza kita dengan dia kan?"

Lepas tu aku terus nangis. Haha! Cengeng kan.
Ni kalau ada anak ni mau pengsan laki aku layan anak bini dua2 jenis sikit2 nak menangis. Mbahahahaha.

So lepas solat maghrib jemaah dengan laki aku, terus aku menangis2 dekat laki aku.
Aku cakap aku bukan baik sangat. Tapi aku try nak maafkan orang walaupon susah.
Aku rasa sampai bengkak jugak lah mata aku menangis malam tu. Aku cakap susah sangat nak lupa. Hati aku sakit. Semua tu hasil titik peluh duit aku kerja. Satu sen duit laki aku pon takde. Mana tak aku sedih sangat.

Laki aku pesan "Ayg tau bby baik. Bby bukan pendendam. Ayg tau hati bby baik. Masa bby cakap bby takde duit nak servis kereta, ayg doa lepas solat biar Allah murahkan rezeki bby. Tup2 bby cakap bos bagi duit raya. Sekarang kalau bby belajar maafkan orang dengan ikhlas mana tau rezeki bby lebih bertambah lepas ni. Takpe ayg tak paksa bby untuk lupakan semua. Bila bby dah sedia nanti, bby maafkan lah seikhlas hati. Ayg tunggu. Ayg lagi bangga tau kalau bby yang mulakan semua dulu walaupon ayg tau bukan salah bby"


Lepas daripada tu aku rasa lega sangat.
Sebelum kitorang laki bini balik, laki aku ajak aku jumpa 'si dia'
Aku macam terkejut la jugak. Eh kata nak takes time. Tapi ajak jumpa pulak. Wahahahaha.
Tapi masa tu aku dah ready.

So aku mulakan untuk bercakap dengan dia.
Aku cakap aku dah maafkan dia. Seikhlas hati aku.

Guess what?
Melangkah je aku masuk kereta, aku rasa perasaan yang sangat tenang.
Susah nak cakap. Lapang. Free. Eh susah la nak explain. Rasa macam selama ni ada batu atas kepala dah hilang. Lega sangat.

Paling best dulu setiap kali aku ingat peristiwa tu mesti aku menangis gila2 punya.
Now bila aku teringat balik kisah tu aku dah takde perasaan.
Aku redha. Aku anggap dulu tu bukan rezeki aku.

Bila aku bagitau kawan2 dorang macam tak percaya. Bahahaha!
Seriously aku pernah menangis kat site sampai merah2 mata sebab aku teringat how 'dorang' buat aku dulu.
Sekarang dah tak rasa apa.
Kawan aku cakap "Älhamdulillah semoga makin murah rezeki kau lepas ni"

Memang masin mulut kawan aku tu.
Tup2 esoknya bos bagi aku hadiah laptop sebab performance keje aku bagus.
Alhamdulillah.
Tak sangka sangat bila kita maafkan orang seikhlas hati ni macam2 rezeki yang datang.
Pengajaran terbesar aku dapat dalam hidup aku setakat 27 tahun ni.


My new baby. Pilih sendiri sebab bos cakap "Okey u beli la sendiri lepas tu claim dengan company ok" Ekekeke. Harap2 lepas ni lebih rajin la apdet blog. Entry bukit fraser yang dah dekat 6 bulan kot pon tak habes publish lagi. Kikiki.


Alhamdulillah Ya Allah.
Semoga hari2 mendatang aku akan lebih positif.
Aku cuma bersyukur dikelilingi orang2 yang selalu nasihatkan aku.
Walaupon dorang tau aku ni kadang2 bukan nak dengar pon kan.
Tapi setidaknya kadang2 tu masuk meresap la jugak kat benak aku ni. Dan buat aku berfikir.

Alhamdulillah jugak walaupon aku dah kawin tapi kakak dengan mak aku tak pernah putus bagi aku nasihat.
Kalau ada masalah dorang akan bagi nasihat yang terbaik.
Dan kawan2 jugak. Walaupon time bergosip tu rasa macam syaiton je perangai tapi tak pernah lupa bagi nasihat yang berguna. Hihihi.


Nikmat apa lagi mahu kau dustakan wahai Syazwana?





Wednesday, June 10, 2015

Resepi : Jemput-jemput ayam bersama cheese dan telor


Lama dah tak kongsi resepi senang kat sini kan.
Kadang2 tu masak jugak tapi malas nak tepek sini.
So pagi tadi sebab merajinkan diri try satu resepi baru, maka aku share la kat sini.
Actually haritu jalan rumah kakak ipar. Dia la yang bagitau resepi ni. Tengok2 macam senang je jadi kasi try la satu kali.


Bahan-bahan:
1. Ayam bahagian isi.
2. Keju
3. Bawang besar
4. Telor
5. Sayur ikot suka. Aku pakai carrot je sebab itu je dalam peti ais.

Cara-cara:

1. Ayam tu potong kecik sikit. Bawang pon potong kecik sikit. Telor aku guna dua biji. Tapi ikot la berapa banyak ayam korang guna ye.

2. Ayam, keju, bawang besar, telor di kisar sampai halus. Masa kisar tu masukkan la perasa macam garam, lada hitam, lada sulah. Kat rumah aku memang ada chili pepper and basil. So aku tambah tu jugak. Depends. Kalau nak masukkan perasa burung hering pon boleh jugak. Ekekeke.

3. Gaul bahan kisar dengan sayur. Ikot jugak nak campak sayur apa.

4. Nak goreng minyak penuh boleh. Nak grill pon boleh. Macam aku guna non stick pan. Letak mintyak sikit je pastu buat ala2 grill. Dia cepat je masaknya. So pandai2 la jaga api ya.

Senang je kan? Biasalah orang pemalas macam aku ni memang akan cuba benda2 simple je. Ekekeke.
Tapi laki aku dah bagi hint nak makan nasi Arab. Hmmmm. Nanti aku fikirkan sama ada nak dengar cakap die atau nak buat2 sakit so boleh makan kat luar je. Bahahaha.

Dah siap boleh la makan sambil tengok cerita Dia isteri luar biasa tapi aku tak tau mana yang luar biasanya. Kahkahkah.

Patot kene tukar tajuk. Dia..suami luar biasa.

okbai.


Thursday, June 4, 2015

Allah itu ada.


Minggu ni rasa exhausted sangat2.
Manager aku dah pindah projek lain. One of my supervisor yang aku selalu harapkan pon dah pindah projek lain. So tinggal aku je yang nak uruskan banyak benda.
Tak silap aku seminggu ni cuma sekali je aku sempat keluar tapau makanan. Yang lain aku sempat brekfast je and balik keje pukul 6 baru sempat makan berat.

Paling tak boleh bla harini aku cuma sempat makan tiga biji kurma je as breakfast. Lepas tu terus buat keje and handle client yang perangai nauzubillah menyakitkan hati sampai baik2 aku lapar terus jadi kenyang dah.
Tapi bila buat keje ni automatik perot tak rasa lapar. Cuba kalau weekend dok rumah je setiap saat mesti nak mengunyah.
Sama la kalau keluar sopink or jalan dengan laki aku tu. Tak makan takpe. Kalau dok rumah tak makan memang malapetaka la ada org mengamok. Bahahah. Aku la orangnya tu sapa lagi :P

So tadi aku kene handle training dengan client. Nak dijadikan cerita ada satu sistem tu tak jalan. Dua jam aku menghadap benda tu. Siap panggil orang yang selalu buat benda tu pon tak jalan.
So aku dah gelabah dah. Dalam hati nak cakap je dengan client sistem rosak so aku mintak buat next time je. Dalam hati lagi doa pada Allah mintak2 la sistem tu jalan macam biasa. Sebab wakil client tu sangat lah berlagak Ya Allah aku macam ingatkan dalam drama je jumpa orang macam ni. Tak sangka aku boleh jumpa depan2 dalam hidup aku.
Jenis yang mementang die pangkat tinggi boleh cakap camni "Korang semua jangan pandai2 cakap direct dengan owner k. I sorang ada hak untuk cakap" like what? Padahal selama ni semua orang communicate dengan owner ok je. Dia datang terus nak tunjuk kuasa. Ok malas dah nak ingat.

So bila sampai turn aku, aku tinggalkan sistem yang error tu dulu and tunjuk kat dorang benda lain dulu. Benda lain tu ada orang yang akan explain. Dalam sejam lebih macam tu, kitorang semua turun balik ke sistem aku. Nak dijadikan cerita bila aku bukak je siatem tu pooofffff macam magic sistem tu berfungsi macam biasa.
Masa tu aku rasa yang Tuhan syg gila kat aku. Selalu sangat die tolong hamba dia yang lemah ni. Aku je yang selalu lupa nak bersyukur. Huuuuu.
Dan akhirnya aku berjaya dengan explanation system tu with minor comments only. Padahal seriously dua orang aku panggil tolong aku mula2 check sistem tu apa yang tak kena. Dua2 blurr sebab tengok semua ok. Tapi tak jalan. Kuasa Allah :')

Kadang2 bila aku tengok diri aku keje kuat camni aku terfikir kalau aku still lagi pregnant mesti susah nak gerak.
Turun naik tangga. Kadang2 kene lari2. Dengan tak cukup orangnya. Dengan meeting hari2.
Kalau nak ikotkan bulan ni masuk third trisemester dah. Huhu. Tapi takde rezeki.
Perancangan Allah tu sebaik2 nya. Aku bersyukur. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Allah Maha Mengetahui. Dia lah paling mengetahui bila masa yang paling sesuai untuk Dia kurniakan aku rezeki anak.

Minggu ni jugak macam semua orang tau staff MAS ramai yang kene terminate. Alhamdulillah. Akram dapat offer ke MAB (Malaysia Airlines Berhad). Syukur sangat.
Mungkin rezeki anak Allah amik balik tapi Allah kurniakan rezeki lain.
Dari awal tahun Akram memang tak senang duduk dah. Bila tau company nak jadi camni. Minggu lepas lagi la. Hari2 takde mood pikir pasal company.
Aku memang tak boleh nak cakap apa. Cuma boleh cakap InshaAllah kalau ada rezeki tak kemana. Doa orang teraniaya ni dimakbulkan. Bukan salah kita.
Kita kerja 7-8 tahun dengan company.
Kadang2 bila orang cakap rezeki Allah tu luas. Memang senang nak cakap. Memang betol lah dorang cakap tu. Memang rezeki bukan di tangan compny. Tapi tulah sikit sebanyak mesti akan rasa serabut jugak. Aku tengok laki aku last week pon aku yang jadi serabut.

Ni majoriti dah dapat surat. Memang ramai gila kawan2 die yang terpaksa tinggalkan company. Bila dengar dia cerita aku pon sebak. Setia dengan company. Tiba2 rasa dibuang bagai sampah. Dapat pampasan pon lama lagi. Serba serbi tak kena.
Nak bayar itu ini. Yang suami isteri kene terminate pon ramai. Apa aku boleh buat sekarang cuma berdoa semoga Allah kurniakan rezeki lebih lagi untuk dorang. Allah tu Maha penyayang. Kita ingat tu je. Mungkin ini ujian untum kita lebih dekat pada Dia. Mungkin selama ni kita rasa kita asyik kat atas je. Sapa tau kan.

Nak cakap banyak2 pon aku tak lalui benda tu. Tapi memang sedih la. Ada yang bini jenis tak keje duduk rumah je. Semoga Allah bantu. :') Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Dan Dia tidak akan membebani hambanya di luar kemampuan hamba itu sendiri.