Monday, December 7, 2020

Cerita potty train anak2.

Assalamualaikum.

Allah je yang tau betapa excited nya aku bila anak dah tak pakai pampers ni 😂
Padahal anak nombor dua.
Tapi sebab masa si kakak diapers free dulu memang aku tak berapa excited sangat sebab masa tu dia dah 3 tahun 8 bulan dah.
In fact dia yang mintak sendiri untuk tanak pakai pampers.
So bila si adik ni aku start potty train dia selama dua minggu lebih, bila dia berjaya tu Ya Allah satu kepuasan ya dalam diri emak ini.


Ok cerita dulu pasal si kakak Ameera Naqeesya.
Sebab dorang ni berbeza setahun je umurnya.
Kalau pergi jalan memang ramai akan tanya kembar ke.

Anak2 aku ni alhamdulillah la memang dua2 jenis bercakap awal.
Umur dua tahun setengah je memang dah petah sangat dah.
Tapi sebab kan aku ni bekerja, Akram pulak jauh, jadi aku memang malas nak stresskan diri sendiri nak train2 anak tak pakai pampers ni.
Selagi ada duit untuk beli pampers selagi tu aku beli. Eh Akram beli 😆

Lagipon baca2 cerita mommy lain yang start awal train anak Ya Allah sangat menduga ya kesabaran.
Ada jugak mommy lain yang bagi tips tunggu je anak dah ready, tak payah paksa2. Lagi senang dan cepat. Mak pon tak stress.
So takpe lah aku relax2 je. Aku memilih untuk tunggu dulu.

So masa Ameera umur 3 tahun 8 bulan tu dia mintak sendiri tanak pakai pampers.
So aku ok je lah sebab cakap pon dah lancar, nak berak pon dia cakap.
Masa tu aku tanya cikgu taska dia kalau bebudak nak potty train macam mana. Cikgu cakap ok je nanti dorang tolong kat sekolah.
Wahhh lagi bagus 😂

So awal Januari 2020 aku try, and suprisingly dalam masa 3 hari je si kakak dah berjaya.
Effortless! HAHAHHAHAHAH.
Serius aku tak buat apa pon.
Dia bocor dua kali je, pastu dah takde.



Lagi pulak aku pakaikan dia potty pants macam gambar atas ni kan. Lagi lah senang.
Kencing sekali tak bocor pon meleleh kat lantai.
Jadi mak pon tak jadi naga nak dok mengelap air kencing kat lantai.
Korang boleh cari pants tu kat shopee. Aku beli dalam 6 helai camtu.
Serius aku potty train anak tak pernah lipat kapet sebab air kencing memang tak meleleh kalau pakai pants ni.

Tapi masa si kakak ni, cikgu suruh bawakkan pampers lagi pergi sekolah sebab masa tido tengah hari tu nak pakai kan. Takot terbabas. Dan pernah ya terbabas sekali tak silap. Haha.
Pastu malam2 pon dia still pakai pampers sebab mak was so lazy lah gais nak train dia bangun kencing malam.
So mak masih stick dengan statement 'takpa biar anak ready sendiri' huahuahua.
Selepas 8 bulan (umur dia dah 4 tahun lebih) baru lah dia betol2 free pampers.
Tu pon secara kebetulan.
Sebab malam2 kan still pakai pampers. Tak pernah la pulak aku bangun pagi check2 pampers dia kering.

Ada orang cakap kalau bangun pagi pampers kering means anak2 dah ready. Anak aku manjang pampers penuh kencing 😂
So aku tak yakin lah kan.
Tapi kadang2 si kakak lupa nak pakai pampers before tido.
Yang peliknya masa dia tak pakai pampers tu boleh pulak dia tak kencing malam!
So aku macam maybe mind set dia kot kan.

Esoknya tu aku masih tak yakin, so aku suruh dia pakai pampers balik. Bangun pagi ya masih penuh ya kencing di pampers.
Pastu ulang lagi lupa pakai pampers and elok je tak bocor pon. So aku cakap dengan dia 'kakak ni macam dah ok je tak pakai pampers malam2. apa kata kakak tak payah pakai dah. kalau rasa nak kencing bangun je boleh tak?'
Dia kata boleh.
Tapi aku amik precaution lah. Aku beli alas tilam kalis air size Queen. Tak koser la aku nak menjemur tilam kene kencing kan.
Tak silap aku dua kali jugak dia pernah bocor. Mendidih je darah mak ko ni kan 😂
Pastu dah ok dah.

Jadinya aku macam takde buat apa sangat. Just go with the flow je so tak berapa nak excited sangat pon.

Macam adik dia Aminah Nafeesa aku memang betol2 excited.
Aminah ni pon sama umur 2 tahun dah banyak cakap.
In fact dia sebut clear tak pelat lagi awal dari kakak dia.
Umur 3 tahun langsung dah takde pelat.

Tapi masalah dia ni, dia suka tanak cakap kalau nak berak.
Tau2 je dah berak.
Tapi berangan mintak dengan aku tanak pakai pampers.
Ya dia yang mintak tanak pakai. Tapi dia baru 3 tahun.

Before this pernah dua tiga kali aku try tak pakaikan dia pampers. Yelah dah dia yang mintak kan.
Tapi bila dia bocor mak give up. Hahaha!
Terus suruh pakai pampers balik.

Sampai lah bulan lepas, dia mintak lagi tanak pakai pampers. Masa tu aku fikir alang2 aku tengah WFH ni baik aku train je dia kan. Untung2 berjaya.
So 14/11/2020 aku start.


Macam biasa lah pakai potty pants kakak dia tu.
Takde masalah meleleh.

Hari pertama aku set jam sejam sekali.
Tapi masalahnya bila aku bawak pergi toilet dia cakap kencing tanak keluar. Ok lah fine. Tup2 lepas tu pants dah basah 😤
So aku tengok patern kencing dia. Dalam 3 jam sekali.
Pon kadang2 tak tentu jugak.

Penat!

Banyak kali rasa nak give up.
Seminggu pertama tu memang hari2 ada terbabas.
Lagi2 bila tengah leka main. Tau2 basah.
Lagi haru tau2 terberak dalam pants 😭
Aku apa lagi terus buang potty pants tu tak kuasa nak basuh 😂


Masa ni baru dua hari tak pakai pampers.
Pastu konpiden ya bawak keluar pastu tau2 je bocorrrrr 😂

Dah la begitu, ada hati malam2 mintak tanak pakai pampers dengan aku. Hahaha!
Tapi kawan aku bagi dorongan untuk continue malam sekali.
Dia cakap anak no 2 ni selalu nya cepat.
Dia ajar malam2 set jam dua kali.
Contoh tido pukul 10pm, set jam pukul 1am dengan 4am.
Yang bab malam ni aku start lepas seminggu aku start siang.
Masa ni dia masih terbabas ya. Sehari ada je sekali dua nak terbabas geram aku.
So pukul 1am aku paksa bangun and bawak pergi toilet. Kencing.
Kalau aku terjaga 3.30am pon aku terus bawak kencing. Pon kencing.
Dalam 3 hari jugak aku tido tak lena dok dihantui dengan bayangan kencing anak kahkahkah.

Pernah sekali tu aku tak sedar. Tau2 je pagi. Kelam kabut check seluar anak. Tau2 basah 😓
Dalam dua hari jadi camni.
Hari ke empat nampak ok.
Aku kejut bangun 1am dia bangun kencing. Pastu aku tak sedar. Tau2 dah subuh aku check2 masih kering.

Sebab nya siang tu aku bawak dia keluar. Tak pakai lah pampers kan. Tup2 dalam kereta dia cakap nak kencing. Gelabah lah mak ko kan mana nak carik toilet hahaha.
Aku tanya dia boleh tahan ke tak dia cakap boleh.
Aku suruh dia kepit2 sikit bagi jangan keluar air kencingnya 😂
Alhamdulillah sampai rumah baru kencing.

Esok malamnya pon sama aku kejut 1am dia kencing.
Pastu tau2 dah subuh pon still kering.

Hari ke 5 aku nekad tak kejut dia bangun malam.
To my surprise, sampai pagi kering!

Melompat aku dengan kakak dia kegembiraan macam menang kereta hahahahaha!

Kakak dia pon ikot excited adik berjaya tak pakai pampers.

Sampai lah sekarang. Bila check2 setengah bulan jugak lah dok train dia.
Aku pernah baca ada orang standby sticker comel2. Everytime anak berjaya kencing nanti bagi anak sticker pastu boleh tampal kat kertas and at the end of the day boleh dapat reward.
Tapi aku versi senang.
Kalau dia berjaya kencing je aku terus bagi jelly ahahahha.
Kat rumah aku memang aku nyorokkan jelly sumi tu tempat tinggi. Dorang tak sampai.
Keadaan2 tertentu je aku akan offer dorang jelly. Contohnya kemas mainan. 

Kalau sehari tak bocor langsung aku upah 4 jelly! 😂
Kakak pon dapat upah sekali sebab kakak kene pantau adik dan ingatkan adik.
Kalau adik bocor kakak pon tak dapat upah sekali. kekekekeke.

Now alhamdulillah memang dah takde bocor siang malam.
Pergi sekolah pon memang dah tak bawak pampers.
Masa mula2 nak ajar potty train dulu aku cakap ngan dia kalau mina berjaya tak pakai pampers, duit pampers tu nanti mama belikan mina scooter.

And now dapat lah reward scooter tu (next entry)


Serius rasa excited gila bila ko berjaya potty train anak ko dari awal.
Combo siang malam.
Lega! Rasa kepuasan yang melampau hahahah.

Dulu bila kawan aku start potty train anak, pastu stress, aku cakap alah relax lah tunggu je anak ready sendiri. Buat apa nak paksa anak. Pastu nak stress2 kan diri sendiri. Hahaha!
So mommies out there korang pilih je nak guna cara mana:
1. Anak betol2 ready --- supaya korang tak stress
2. Train je anak --- ko memang akan stress dan hari2 rasa nak give up!

Mina pernah je bocor meleleh kat lantai sebab kadang dia pakai panties biasa yg nipis tu.
Masa tu memang menyirap lah aku. Naseb baik tak kene kapet. Haha!


Muka bangga ya dah berjaya.
Balik sekolah je kemain pot pet mulut kalau berjaya kencing kat toilet 😂
Kakak dia pon sama. Kemain excited bagitau kalau adik tak bocor masa tido kat sekolah.

Alhamdulillah.
Sesungguhnya rezeki tiap2 orang tu berbeza kan.
Mungkin Akram jauh. Tapi Allah bagi anak2 yang selalu permudahkan urusan mak dia ni.

Goodluck mommies 😘



Love,
Wana

Wednesday, December 2, 2020

6th Wedding Anniversary dalam norma baru

 Assalamualaikum.

Last Sunday was my 6th wedding anniversary.
Alhamdulillah 6 tahun kawen dan dikurniakan dengan dua puteri comel.
At least comel di mata aku hahaha

Sebenarnya aku sangat looking forward untuk celebrate wedding anniversary.
Besday tak celebrate takpa.
Anniversary wajib kene celebrate.
Sebab tu je lah satu2 nya anniversary yang aku ada.
Takde anniversary first time jumpa, couple, etc.
Tunang ada date tapi perlu ke celebrate anniversary tunang? 😂

29/11/2014 - Nikah



29/11/2015 - First Anniversary dekat Korea



29/11/2016 - Second Anniversary celebrate dekat Ioi city mall makan2 sebab masa tu Ameera Naqeesya kecik lagi



29/11/2017 - Third Anniversary celebrate dengan buat studio photoshoot sebab tetibe beranak baby kecik lagi 😆 Lagi pon masa tu baru je abes pantang. Aminah lahir 10/10/2017.



29/11/2018 - Fourth Anniversary which is paling best so far. Celebrate kat Bali, Indonesia

Masa ni last minit plan ke Bali sebab before fly tu asyik lah bergaduh. Paling best sebab Akram siap request bunga2 atas katil, bath tub, ala2 honeymoon dah. Masa honeymoon pon takde macam tu padahal before ada anak banyak kali jugak kitorang jalan berdua. Pergi Sabah, Korea, Bukit Fraser. Ate before ada anak duit tak berapa nak hado kan 😂




29/11/2019 - Fifth Anniversary dekat Pahang.

Pergi Pahang sebab tak tau nak pergi mana. Before tu bagitau Akram nanti dia balik jom jalan Pahang sebab macam tak pernah nak explore Pahang. Pernah la beberapa kali pergi Pahang tapi pergi sebab ada tujuan macam hantar adik aku masuk UIA, pergi rumah pakcik, tak berjalan2.

So kitorang decide stay dekat Swiss-Garden Beach Resort Kuantan. Best gila hotel ni sebab pool dia best. Besar dan best! Sejak2 ada anak kecik ni benda paling penting untuk aku check in kat sesebuah hotel tu adalah pool dia. Anak seronok mandi pool. Tak silap aku Swiss Garden Lumut punya pool lagi best tapi tulah tak sempat pergi dah Pandemic Covid 😓




Anyway, untuk tahun 2020 pulak, buat pertama kalinya tak dapat nak celebrate anniversary sama2 😭
Tapi Akram tetap amik cuti jugak 3 hari sebab dia kan dah 9 bulan tak balik Malaysia. Cuti dia banyak gila sampai dia dipaksa untuk habeskan cuti hahah.

Walaupon tak dapat nak celebrate sama2, aku cuba jugak untuk jadikan 29/11/2020 tu sebagai satu tarikh yang special.

Mula2 aku plan nak buat suprise delivery untuk Akram kat Qatar.
Tapi bila tanya2 beberapa orang semua tak boleh buat.
Kesian duit aku tak laku 😝
Ada yang tak pandai buat, ada yang jauh sangat  lah nak hantar.

It's okay. Takde rezeki.
So aku plan untuk diri aku sendiri.
Mula2 ingat nak order nasi ambang and bagi kat semua jiran2.
Tapi aku kan pemalu 😂 Aku malas lah nak pergi hantar walaupon sebenarnya musim2 Covid ni aku just boleh tinggalkan je kat pagar rumah dorang tu.

Jadi aku wasap lah jiran aku.
Dia ni memang open order roti jala & pulut kuning.
Selalu dah order dengan dia.
Aku minta tolong dia masakkan pulut kuning dengan rendang ayam pastu hantarkan sekali dekat jiran2. Dalam 30 buah rumah macam tu.
Dia cakap okey je so aku pon proceed lah.

Persamaan paling ketara antara aku dengan Akram ni, kitorang memang suka jamu orang makan.
2016 aku buat kenduri akikah Ameera Naqeesya kat rumah mak aku, 2017 buat kenduri kesyukuran masa Akram baru balik dari Qatar, 2018 buat kenduri akikah untuk Aminah, 2019 buat makan2 saja2 masa raya haji. Masa tu aku import bapak aku dan abang aku dari Johor untuk masak Nasi Beriyani.
Seronok tengok orang makan bertambah2.
Lagi seronok bila semua orang puji sedap.

Kalau orang yang biasa buat open house/kenduri mesti tau bukan sikit2 duit yang keluar.
Tapi puas hati rasa bila tetamu datang tanya khabar, makan, borak2, gelak2. Yang lama tak jumpa boleh jumpa. Agak2 ada lagi tak peluang untuk kite kembali kepada keadaan sebelum ni kan?
Lagipon tetamu kan datang rumah bawa rezeki dan keberkatan.
Siapa tau ada antara doa2 tetamu untuk kitorang tu yang Allah makbulkan.
Sebab dalam masa 6 tahun kawen ni terlalu banyak ups and down. Malah boleh cakap down lagi banyak. Mungkin doa2 tetamu ni yang buatkan rumah tangga ni masih bertahan.
Tipu lah kalau cakap tak pernah gaduh. Terlalu banyak.

So 29/11/2020 pagi2 lagi dah kejutkan anak2, pakaikan cantik2 sebab nak video call Akram and amik gambar sama2.
In fact aku siap google ok cara2 pasangan PJJ celebrate anniversary 😂



Aminah cakap sekarang family dia ada 5 orang. Ayah - mama - kakak - mina - adik.
Mana adik?
Tu yang kat tangan dia tu 😂
Pergi sekolah bawak, p kedai bawak, p jalan bawak. Naseb baik p berak tak bawak.
Asyik dok cakap nak adik nak adik. Dia ingat adik boleh dibeli2 ke?
Siap cakap "Ma, mina sedih lah, mina takde adik. Mina nak adik" 😑
Entah mana dia belajar tak tau lah.



Pulut kuning dengan rendang ayam, kek batik indulgence dari Have2 kek.
Akram pulak cuma goreng kepok lekor je kat sana 😂


Anak2 color cookies sambil VC dengan ayah dorang.


9 bulan dah Akram tak balik.
Anak2 hari2 tanya bila ayah boleh balik. Walaupon memang dorang faham ayah tak boleh balik sebab corona virus tapi dorang takkan faham kenapa virus tu lama sangat tak hilang2.

Untuk ulang tahun pernikahan yang ke-6 ni, tak banyak aku mintak.
Cukup lah aku doa agar Allah sentiasa limpahkan kasih sayang dalam keluarga ni.
Limpahkan rahmat-Nya.
Kekalkan perasaan kasih sayang dan cinta dalam diri masing2.
Dan segala yang baik2 untuk keluarga kami.




Kadang2 aku sendiri tak percaya dah 6 tahun aku kawen.
Perempuan yang degil keras kepala ni pejam celik dah ada dua anak.
Bertabahnya Akram layan perangai moody aku ni.
Mak aku pon mesti tak percaya jugak.
Sebab dia selalu cakap aku ni degil MashaAllah, keras kepala, tanak dengar cakap. Masa kecik memang hari2 lah gaduh dengan mak aku. Tapi now mak aku sendiri kagum dengan aku. Selalu cakap macam mana lah aku boleh handle dua anak sendiri dengan suami jauh. Pernah je drive sorang2 dengan dua anak, naik flight sorang2 dengan dua anak, shopping groceries sendiri dengan dua anak. Kerja lagi.

We never know how strong we are until being strong is the only choice.

Semoga tahun depan vaksin covid cepat2 release, yang terpisah boleh bersatu semula.
Aku cakap dengan anak2, dah start sekolah baru nanti ayah balik lah. Kang kalau dah start sekolah baru ayah tak balik2, apa lagi lah aku nak jawab dengan dorang 😭

Actually aku selalu dapat dm kat Ig, followers mengadu sebab ada husband kat rumah pon rasa macam takde. Sebab sejenis tanak tolong buat kerja rumah, suruh tengok2 kan anak pon payah.
Ni bukan membuka aib sesiapa tapi kadang perempuan ni dia kene lepaskan perasaan dia supaya lega. Dan kadang2 jugak kene cerita dengan strangers sebab kalau cerita dengan family or kawan2 rapat, dorang akan judge. Macam dorang cerita kat aku, aku tak kenal dorang jadi aku tak judge lah cuma boleh jadi pendengar je.
Kadang aku rasa aku ni dah macam kak Seri Siantan dah hari2 dok terima luahan perasaan 😂

Aku cuma boleh cakap dengan dorang kuatkan semangat.
Dan aku nak pesan untuk semua pembaca blog aku ni, hargai lah anak dan pasangan depan mata.
Akram tu hari2 sedih dah 9 bulan tak jumpa anak bini. Ni paling lama lah sebab masa dia baru2 kerja Qatar dulu 3 bulan je tak dapat balik.
Ni aku baca2 dm ada ayah jenis anak depan mata pon tanak layan. Dok sibuk main telefon.
Jangan dah terpisah nanti baru sibuk nak menyesal.

Fikir-fikirkan lah.



Love,
Wana.

Saturday, November 7, 2020

Ameera Naqeesya dan basikal

Assalamualaikum.

Tanggal 4 November 2020 mencatat satu lagi detik bersejarah dalam hidup aku.
Nampak serius ya ayat. Hahaha.

Ameera Naqeesya dah besar 😭
Pejam celik pejam celik tiba2 dah pandai bawak basikal takde roda dah.
Cepatnya masa berlalu.


Dari basikal roda tiga ke basikal tayar dua.
Dalam masa dua hari je dia dah boleh catch up.

Actually before this dia pernah la cakap nak try bawak basikal tanpa roda. Tapi aku malas nak bukakkan.
Sehari sebelum tu alang2 roda dia dah senget2 aku pon bukak lah sebelah.
Pastu suruh dia try bawak.
Tapi dia tak boleh imbangkan badan.

Pastu aku cakap dah la masuk rumah dulu. Nanti try lagi.

Esoknya aku cakap dengan dia konsep bawak basikal ni sama je macam kakak bawak basikal pink push bike tu. Tolak basikal laju2 angkat kaki dan imbang kan badan atas basikal.
Dia try.
Omaigod sekali try dah berjaya 😭
Masa tu still ada roda lagi sebelah.
Pastu aku bukakkan roda dua2 terus.
Terus laju dia bawak. Mak nangis lagi. Anak mak dah besar. Huhu.



Gambar atas ni masa umur 9 ke 10 bulan.
Alahai comelnya huhu.



Masa ni pon 9 ke 10 bulan camtu. Baru2 nak belajar2 jalan.
Dia ni semua cepat. 5 ke 6 bulan dah duduk. 7 bulan dah merangkak. 10 bulan dah boleh jalan.



Umur setahun setengah upgrade basikal ni.
Ala2 pushbike tapi 4 tayar hahah.



Masa ni 2018. Umur dua tahun upgrade pushbike betol2.
Basikal oren turunkan ke adik.
Actually masa ni tak plan pon nak belikan dia pushbike ni.
Sebab pushbike yang paling femes kan brand strider. Harga dia mahal gila 😆
Jadi mak yang cheapskate ni berfikir2 panjang nak beli.
Tup2 satu hari tu masa jalan kat IOI city mall nampak basikal pink ni tengah offer dekat kedai apa tah lupa.
Harga dia 200 lebih ke 300 lebih jadi 100 lebih je masa tu. Terus beli tanpa berfikir panjang.

Sampai sekarang dua2 basikal oren dengan pink tu ada lagi.
Masih elok dan dorang pon still main basikal tu.

Masa tu aku baca2 jugak kelebihan pushbike ni.
Pushbike ni femes dekat oversea. Parents memang belikan anak2 pushbike ni before belikan basikal betol supaya anak2 pandai belajar imbangkan badan.
Nanti bila bawak basikal betol dia cepat catch up.
Siap ada pertandingan pushbike lagi tau.
Tapi aku tak pernah la bawak bebudak ni. Malas. Hahaha.

Lama jugak dia dok bawak basikal pink ni. Dari dua tahun sampai 4 tahun.
Aku banyak upload video2 dia bawak basikal pink ni. Kemain laju hahaha.



Dan akhirnya kitorang laki bini belikan dia basikal betol ni.
Pon sebenarnya takde intention lagi nak belikan basikal ni.
Tapi bila petang2 masa dia dok main basikal dengan kawan2 asyik je dok pinjam basikal kawan kesian pulak tengoknya.
So ayah dia pon belikan lah basikal ni sebab masa ni hadiah dia dah tak pakai pampers lagi dah.

Selama 9 bulan dia dok bawa basikal ni dengan dua roda.
Kitorang pon ok je sebab rasa macam no rushing kan nak suruh bawak basikal takde roda.
Tup2 dia yang mintak sendiri bukak roda.



Haihh my first born dah besar.
Dia jadikan aku ibu. Walau tak perfect. Tapi dia ajar aku segala-galanya.
Sebab dia aku belajar cuci berak anak. Haha!
Ini serius. Dapat anak baru aku mampu buat keje2 mencuci berak.
Walaupon aku ada 5 anak sedara tapi part cuci berak aku surrender. Geli 😆
Bila dah ada anak nak tanak kene buat kan takkan nak suruh orang lain buat pulak.

Umur 8 bulan dah tak minum botol. Tapi still minum susu.
Sebab masa 8 bulan aku dah pregnantkan Aminah jadi dah takde susu.
Dia pulak tanak botol susu.
So terus minum susu dalam botol straw.
Since dia stop bf dia tak pernah dah bangun malam minta susu.

Diapers free lambat sikit. 3 tahun lebih baru nak ajar. Tu pon memang tunggu dia mintak sendiri sebab malas nak stress2.
Walaupon lambat tapi yang bestnya 2 hari je dah berjaya. Terkencing dalam panties 3 kali je. Takde problem nak lipat2 kapet pon.
Lepas dua hari success. Tapi success untuk siang je. Malam still pakai diapers lagi. Walaupon orang cakap kalau nak ajar anak, terus ajar siang malam biar anak tak confuse tapi mak malas la nak stress2 haha. Mak just go with the flow je.

Aku rasa dalam bulan 9 camtu baru dia totally diapers free.
Tu pon masa tu ada malam2 yang dia terlupa nak pakai diaper. Pastu aku cakap ngan dia eh elok je tak kencing. Pastu dah dua tiga kali terlupa pakai and tak bocor aku beranikan diri suruh dia tak pakai langsung.
Alhamdulillah memang dah ok.
Tak silap aku pernah sekali je kot bocor.

Tapi korang jangan lah rasa anak aku perfect sangat haha.
At the age of 4y and half ni dia masih belom pandai membaca lagi.
Kawan2 dia ramai yang dah boleh membaca. Aku relax lagi sebab tahun depan baru 5y 😂
Ada masa lagi. Walaupon begitu dia mengaji dah sampai Iqra' 3 yeayy alhamdulillah.



Naseb baik lah sekarang ni zaman teknologi. Boleh la ayah dia ikot perkembangan anak2 dari jauh. Tengok video2. Buat video call.
Takde lah rasa ketinggalan sangat walaupon tak nampak depan mata.

Aku bersyukur sangat ada dia ni as anak sulung.
To be honest, since umur dia setahun setengah bila dia dapat adik dia banyak gila tolong aku.
Kadang dia selalu rasa aku lebihkan adik dia.
Tak pon. Cuma Aminah memang terlebih manja tak boleh langsung kakak nak duduk dekat mak.
Sebab tu sayu hati bila ayah dia dah 8 bulan tak balik.
Dia selalu cakap dia anak ayah. Huhu.

Baru2 ni dia buat salah.
Dia main2 dengan adik dia kat hall. Aku tengah mengaji dalam bilik.
Tetibe dengar bunyi prangggggggggg kaca jatuh berderai.
Terus mendidih darah aku.
Tau tak snowball yang kaca dalam dia ada snow kecik2 tu. Jatuh berkecai.
Aku ws Akram suruh dia tengok cctv anak dia bersih kan semua benda tu. Aku malas 😭

Entah apa lah aku pikir masa tu. Menyesal betol aku.
Macam lah aku tak pernah pecahkan barang masa kecik dulu.
Macam lah aku tak pernah sentap bila mak aku marah aku dulu.
Ayah aku yang selalu cakap 'Alah benda dah jadi buat apa marah bukan boleh cantum balik'
Tapi entah syaitan level mana yang rasuk aku haritu aku marah dan buat xtau.
Bila dorang dah siap bersihkan vacuum semua baru aku keluar bilik check and bersihkan balik.

Budak berdua tu pon buat biasa je.
Harini tetibe aku perasan ada luka kat tangan Ameera Naqeesya.
Terus aku ws Akram.
Ya Allah apa yang aku dah buat ni.

Aku tau korang mesti marah bila korang baca ni.
Tapi aku tanak berselindung di sebalik wajah perfect mom.
I am so sorry kakak.
Aku terus peluk dia says sorry. Aku nangis2. Dia pon terus nangis. Aku cakap aku sayang dia. Dia pon cakap banyak kali dia sayang aku.
Ya Allah aku peluk dia lama.

Aku check2 luka dia.
Alhamdulillah takde pape. Ada 4 tempat.
Aku terus sapukan minyak.

Dia memang matured dari usia dia.
Entah la kenapa aku jadi macam ni.
Maybe sebab stress. Otak pon tak betol.
Biasa marah2 aku pon tak macam ni. Hmmm.

Aku banyak kali cakap dengan Akram aku tanak jadi macam mak aku dulu. Mak aku super garang. Aku super degil. Combo. Tapi end up aku selalu layan anak macam mak aku layan aku.
Jadi apa bezanya.
Aku tanak anak2 aku jadi macam aku dulu. Memendam rasa. Semua pendam sendiri sebab mak garang. Tak berani nak bagitau pape kat mak takot kene marah.

Ya Allah bersalah nya aku.
Ameera naqeesya if one day u read this, I am so sorry.
Kakak anak pertama mama, of course mama sayang kakak lebih.
U are so special to me and ayah.

Mama sayang kakak sampai bila2.
I will give up everything for you.


Love,
Mama Wana.

Monday, November 2, 2020

PKPB Selangor minggu ketiga.

 Assalamualaikum.

Minggu ke tiga PKPB Selangor di teruskan lagi.
Bila MKN umumkan PKPB dilanjutkan lagi 2 minggu hmmm dah tak boleh nak cakap apa dah.
Redha je lah.
Masih mengekalkan konsep work from home.
Pergi site office setiap Selasa & Khamis untuk kerja2 tertentu.
Alhamdulillah mak masih waras hahaha.

It is totally not easy ya nak work from home dengan dua toddlers.
Orang yang ada suami keje kat rumah sekali pon boleh stress.
Inikan aku pulak yang sorang2.
Tapi tulah selagi terdaya kite buat. Kalau penat kite stop tak kisah la apa jadi pon 😆



Hari Isnin pepagi lagi dah cakap dengan bebudak breakfast makan biskut je tau.
Lunch nanti kite makan nasi telur kicap. Mak malas.
Walaupon duduk rumah tapi tetap Monday Blues.
Penat? Sudah semestinya.

Naseb baik rezeki sangat dapat anak2 yang makan tak memilih. Apa aku masak dorang makan. Kalau dorang tanak makan aku suruh makan biskut je. Pilihan di tangan anda. Tanak makan silakan lapar.
Bukan kejam tapi malas nak manjakan dorang. 
Makan apa adanya jangan cerewet.
Senang nanti kalau nak balik kampung/travel/ p memanalah nanti.



Konon2 berkhemah. 
Nampak tak walaupon mak sorang2 kat rumah, mak tetap layan anak2 menyepahkan rumah. Ko mampu? Hahahaha.
Budak2 biasalah kan suka main pondok2.
Aku cakap kesiannya meh la mak buatkan khemah.
Nak tunggu pak ko balik entah bila kan.
Khemah dalam rumah dulu lah. Haha.



Malangnya mak terpaksa menutup mata bila dorang decide untuk berkhemah 3 hari 3 malam sampai khemha dorang tu bagai dilanda ribut taufan 😂
Dah macam tentera tengah bincang strategi peperangan pon ada jugak.

Tapi aku tak kisah sangat sebab Ameera Naqeesya by hook or by crook dia memang akan kemas jugak.
Cuma ko kene bersabar dan tahan mata ko ye.




Kau mampu sayur lagi banyak dari nasi? 😆
Anak2 request sayur. Ini cerita benar ya. Haha.
Sejak2 aku buat tempura sayur tu dorang memang tersangat lah suka sampai pandai request nak sayur tepung. Especially bayam brazil. Boleh ratah macam tu je.



Hari Selasa macam biasa lah bawak double AN ke site office.
Tapi aku confuse dorang nak pergi office ke nak pegi picnic. Kemain dengan topinya dengan spec hitamnya 😂



Masa ni Mina baru lepas gaduh dengan kakak.
Aku peluk2 pastu dia tetido.
Dah terpaksalah buat keje sambil pangku anak.
Lagi 20 tahun mungkin kite akan tengok balik gambar2 ni dan gelak2 je. How struggle we were before. Cuma buat masa ni memang kene menangis sebab Ya Allah susahnyaaaaaaaaaaaa 😭

Susah nak handle perasaan dan emosi sendiri.
Tak boleh nak marah2 selalu. Kalau ayah dorang ada memang aku boleh jadi singa hari2. Tapi ayah dorang jauh. Kesian kalau kene marah hari2. Takde siapa nak pujuk depan2.
Jadi sabar Wana sabarrrrrrrrrrrrrrrrr.



Bila aku up gambar ni kat Instagram ramai nya yang sedih. Tido dengan baju ayah.
Aku ni ok je sebenarnya. Tapi bila baca dm2 orang sudah aku pulak ikot sedih. Huhu.
8 bulan dah Akram tak balik.
Qatar pon dah officially announce yang memang tak boleh keluar dari Qatar.
Sabar.



Hari Rabu WFH. Tapi sebab minggu tu kemalasan yang amat, mood memasak pon tak datang.
Jadi kite beli je lah.
Untuk bebudak belikan ikan goreng dengan sup tofu telur.
Bila tengok lauk ni baru perasan dah lama gila tak beli tofu telur. Huhu.

Pastu sebab beli lauk kan kite beli lah lauk yang kite takkan masak kat rumah.
Contohnya asam pedas ikan pari. Aku memang tak pernah masak sendiri. Biasanya kalau Akram balik baru akan masak lauk ni.
Pastu rebung campur babat. Yang ni memang takkan masak sebab Akram tak makan. Aku pulak tak kuasa nak masak rebung sendiri. Dengan babat pulak. Makan nak masak tanak haha.
Sama jugak macam sulur keladi aduiii sedapnya lama gila tak makan. Tapi nak masak sendiri mohon maap lah. Haha.



Petang tu try goreng pisang sendiri.
Jiran bagi pisang. Aku cakap tak pernah goreng pisang sendiri 😂
Ya seumur hidup aku memang tak pernah goreng pisang.
Resepi pon mintak Akram wakakaka.
Pastu google.
Tengok macam tak berapa jadi kan. Tapi bebudak makan licin. Mungkin sebab lapar. Kahkahkah.
Kawan aku cakap ok lah first time nampak bentuk pisang jugak. Dia punya first time sikit lagi jadik jemput2 pisang 😆 Habis hilang semua bentuk pisang hahaha.



Petang tu pergi airport sebab nak kirim barang dekat kawan Akram.
Kawan dia dapat balik last month sebab ada emergency.
Rezeki dia.
Cuti sebulan tapi tolak kuarantin bagai tinggal 9 hari je kat rumah sendiri. 
Jadilah kan.

So aku berdoa lah biar dapat kirim barang. Alah bukan barang apa pon. Belacan Kuala Perlis, pes tomyam thai dengan serbuk kari cap O.
Memang dah ada kat rumah sebab standby kot2 ada chance nak kirim camni. Haha.
Tapi barang bro tu je dah 33 kg 😂
Barang aku 3kg.
Ada rezeki lepas lah sebab sorang limit 30kg je.



Alhamdulillah rezeki. Sampai jugak barang2 ni ke Qatar. Huhu.
Nak pos sendiri mahal weh.
Haritu aku pos 6kg dah RM400+
Macam ni je pon dah 3kg.
Setakat 10kg tu apa lah sangat boleh letak huhu
Nak je aku raise fund untuk courier barang ke Qatar 😂
Kot lah ada orang kaya yang baca pos ni kalau nak sponsor courier barang2 dari Malaysia ke Qatar tolong lah bantu.

Kat Qatar ada jual barang2 jugak tapi tak sama sangat dengan Malaysia.
Macam rempah2 tu Akram cakap  banyak yang import dari India. Rasa dia tak berapa kene dengan tekak Malaysia.
Lagi satu harga mahal!
Biasanya tiap2 bulan orang Malaysia balik Malaysia nak topap barang2.
Ni dah 8 bulan tak balik. Kesian.

Jadi kalau ada courier nak buat amal jariah sponsor dialu-alukan lah. Haha.



Hari Khamis macam biasa jugak bawak double AN ke site office sebab ada meeting.
Boleh pulak aku lupa haritu Public Holiday Maulidur Rasul.
Patot lah Rabu tu ada orang tanya aku dengan nada pelik bila aku cakap aku datang meeting Khamis tu.
Sebab muka aku memang takkan datang on public hol biar apa pon terjadi hahaha.
Tapi sebab WFH kan so aku ok je lah.

So haritu berjalan dengan aman je sampai lah pukul 3 petang.
Tengah meeting tetibe ada orang masuk bilik meeting dan cakap "Wana go check your kids. Dorang nangis"
Ah sudahh.
Aku masuk office dua2 tengah melalak. Guard tengah pujukkan.
Sebab pintu tu terlock. Dalam luar tak boleh bukak 😆 Jadi adik kat dalam melalak kakak kat luar pon melalak. Haha. Dah macam tu aku terus lah kemas2 barang dan chow.
Lantak sanalah meeting.
Hahaha.

Otw balik dok tapau pie blueberry cheese mekdi.
Dah 3 kali repeat beli sebab sedappppppp.
Memula beli satu pastu aku tak dapat langsung. Pastu beli dua pon dapat rasa sikit. Kali ni beli 3 sorang satu baru puas hati.



Rindu ayah.
Tido lah dengan baju2 ayah.



Hari Jumaat masih kemalasan. Jadi nya masak bihun goreng je dari pagi membawa ke malam.
Nak snap gambar pon takde mood.

Sabtu masak lauk macam gambar atas.
Tinggal udang je dalam freezer.
Pikir2 nak masak apa. Bosannya. Nak makan apa pon tak tau. Nak pergi kedai pon malas.
Last2 masak sadin, lemak udang, telur dadar bayam brazil.

Kawan2 cakap malas2 pon masak 3 lauk. Orang lain malas cuma goreng telur je. Hahahah.
Aku kesian kat bebudak ni sebab dorang ni jenis pemakan.
Kalau dorang jenis tak suka makan aku pon malas nak beria masak. watpe kan beria masak tapi tak di makan huhu.


Hari ahad berwestern lah kite.
Konon nak masak Aglio Olio je. Pastu eh banyak pulak side dishnya hahaha.
Western tekak melayu.
Sebab Aglio Olio tu letak daun kari dan cili padi.

Rebus spagheti setengah paket. Panaskan olive oil, tumis bawang putih 5 ulas cincang, daun kari, cili api & lada besar merah sebab nak bagi naik seri kaler. Aku takde pulak cili kering. Kalau ada guna cili kering je. Pastu masuk kan sotong, tambah garam dan lada hitam. Masukkan spagheti. Aku tambah serbuk telur masin bestari dengan parmesan cheese. Ni optional sebab kat rumah memang dah ada kan so  kite masukkan je lah. hehe. Sedap!

Tempura sayur + seafood. Guna tepung bestari je.
Pastu fries tu letak left over sambal sadin semalam. Letak cheese sekeping, masuk oven bakar 5 minit. Siap! Bakar sekali dengan meatball tu.

Actually aku stress minggu ni sebab aku dah plan baik punya 1/11 nak check in Avani 😭
Plan asal 30/10 adik aku dengan parents aku nak datang rumah. Pastu nak check in Avani.
Aku dah book dah Avani.
Yang lagi stress sebab booking avani yang no cancellation tu 😔
Sebab pikir2 covid macam dah ok.
Pastu dah plan baik punya so macam confirm lah kan.
Tup2 covid strike balik 😭

Avani bagi tukar date tapi kene tambah duit.
Aku faham lah property punya rules memang macam tu. Tapi dalam keadaan sekarang bertimbang rasa lah sikit kan.
Bukan aku suka2 nak tukar date. Sebab PKPB! Kalau tak kerana PKPB memang dengan senang hati aku check in.
Aku tukar date 28/12/2020 sebab dia bagi tukar date sampai 31/12 je. Bila check harga kat Agoda lagi murah untuk date tu tapi Avani tetap suruh aku tambah duit. Cuma dia suruh bayar masa check in nanti lah.
Eiii geram betol aku.

Tapi lesson learned lah.
Walau apa pon yang jadi jangan lah book hotel yang non refundable tu even lagi murah dan even ko rasa plan ko dah paling baik dah.
Sebab ko takkan tau apa yang bakal jadi in future.
😓

Semoga ada rezeki lain yang lebih baik.
Aamiin.



Love,
Wana.

Saturday, October 31, 2020

Perasaan guna Norwex, kain buruk kayangan 2020

 Assalamualaikum.

Tak sangka kan dalam banyak2 benda yang kite expect akan berlaku pada tahun 2020 ni contohnya kereta terbang, tapi takde apa pon jadik. Dah lah tengah pandemic Covid-19 kan.
Tup2 kain buruk pulak yang keluar jadi kain buruk mewah 😂

First of all, aku bukan beli sebab terpengaruh 😜
Aku beli sebab gambar kat bawah ni 👇



Sedih nau2 rupa kain buruk aku.
Memang betol2 kain buruk hahaha.
Kain buruk ni murah je aku beli. Ada tiga helai. Aku beli 3 helai kot. Lagi dua dah selamat di buang. Tinggal sehelai je lah ni kain buruk aku yang bersaiz kecik. Ulang2 aku pakai basuh pakai basuh sampai naik lunyai dah. Betapa setianya aku kahkahkah.
Yang lain semua kain buruk besar iaitu tshirt besar2.

Kat dapur aku wajib ada kitchen tissue.
Kalau minyak tumpah memang aku guna kitchen tissue je sayang nak guna kain buruk nanti tak hilang daki.
Kalau tissue boleh terus buang je. Hihi.

So aku berfikir kalau aku guna kain buruk murah ni sampai lunyai gini, apa salahnya kalau aku invest duit untuk kain buruk yang berkualiti sikit dan aku akan pakai dia lama kan?
Bila aku google2 pon semua macam bagi review yang ok.
Cuma harga dia lah memang harga kayangan.
Well benda2 MLM ni harga dia memang macam ni lah kan. Tapi kalau barang dia ok why not kan. Bukan sejenis MLM yang menipu tu.

Contoh macam Shaklee tu. Barang dia ok. Kenapa aku cakap ok? Sebab aku pernah guna dan dekat Singapore dia jual di farmasi.
Cuma harga dia memang melampau mahal sebab dia guna MLM sistem ni lah. Multilevel Marketing system.



Aku amik set ni. Envirocloth yang femes tu sehelai, kitchen cloth sehelai & detergent dia. 3 barang ni RM164.05. Nak pilih warna kain buruk pon kemain pening 😂
Aku beli dengan kawan satu Universiti dulu.
Barang sampai selepas seminggu.


Kain buruk eco vs. Kain buruk kayangan.


Ok jom kite tengok apa je yang aku dok lap guna kain kayangan ni.


1. Lap dapur aku + jubin2 belakang tu. Tapi dapur aku takde lah nampak berkilat sangat kan? Maybe sebab dapur lama?



2. Lap freezer.



3. Lap kabinet dapur. Kabinet dapur ni memang sangat berminyak before ni. Memang betol lah guna air je hilang minyak semua. Before this aku guna kain merah tu agak payah sikit nak lap. Guna kain mahal ni laju sikit. Dan memang takde minyak dah kat situ.



4. Lap mesin basuh hahaha.

Aku lap semua ni guna Envirocloth color plum tu.
Pastu aku try lap cermin dalam rumah ni. Aku guna air jugak tapi macam tak berkilat pon. Tak tau lah aku salah guna ke apa. Pastu aku lap guna kitchen cloth kering baru ok.
Maybe kene lap kering. Aku je tak tau. Haha.

Pastu try lap meja makan aku.
Meja makan aku sejenis kayu coklat tu. Aku guna Envirocloth basah.
Tapi bila lap2 meja tu macam ada habuk2 kain tanggal kat meja.
Tapi lupa pulak nak snap gambar.



5. Lap cermin.
Yang ni aku guna envirocloth basah. Lepas lap2 nampak tak macam ada habuk2 sikit kat cermin tu. Takde lah terus bersih. Dia kene lap basah pastu lap kering. Tapi aku takde kain kering norwex lain so aku guna je lah kain biasa.


Resultnya tetap bersih licin jugak 🙊

Pastu aku try guna envirocloth untuk lap pen conteng2 kat dinding. Ok yang tu memang magic boleh hilang weh! Before this pernah lap guna benda lain tapi tak hilang.
Cumanya hmmm kalau sikit boleh la ko nak nyental. Kalau banyak tak larat weh baik cat balik je dinding ko tu 🤣 Sebab dia kene guna effort jugak.

Jadi kalau tanya aku apa perasaan guna benda ni. Entah lah ye. So far aku rasa biasa dan takde lah impress sangat 😅
Sorry ya untuk semua seller.
Ni honest review. Belom ada lagi result yang buat aku kagum 100% sebab aku rasa macam pakai kain biasa pon ok je. Kecuali yang dinding tu. 

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ada satu bonus point untuk dia.
Yang aku memang suka lah.



Gambar atas ni kitchen cloth aku guna lepas aku masak.
So aku try basuh dia guna detergent dia tu.



Rendam dia guna air panas + sikit serbuk detergent dia tu.



Air jadi super keruh.



Tadaaaaaa macam baru kan 😍 
Ni je lah yang aku paling suka 😂
Yang lain aku rasa biasa2 je. Entah lah maybe aku tak menggunakan sehabis baik kot.
Tapi ada kawan aku cakap dia guna cif dengan kain biasa lagi puas hati. Huhu.

Aku try jugak guna envirocloth tu nak lap toilet hahaha.
Tapi tak boleh 😆
Actually dia ada set untuk toilet. Aku saja lah try guna envirocloth tu sebab katanya kan boleh lap apa2 je kan. Tapi tak boleh. Jadi maknanya untuk lap2 biasa je lah.
Kot lah ada kain yang boleh bersihkan toilet effortless tanpa perlu berus2 kan senang keje aku hahaha.

Ok gais, masa tengah taip post ni aku ushar2 video2 Norwex kat youtube.
Orang tengok dulu baru beli kan.
Aku dah beli baru nak tengok bahahaha.

So memang ramai orang lap2 memula guna envirocloth yang basah. Pastu baru polish guna cloth yang kering. Baru lah berkilat. Haha. Tapi kalau aku ada dua kain je macam mana? Satu dah buat kain dapur 😆

So aku suka ke tak?
Aku suka part dia jadi bersih macam baru lepas cuci tu. Jadinya memang lost lasting lah kain buruk aku kan yeayyy.
Conclusion - worth the money in term of kalau guna dia lama gila lah 😜
I dont know boleh guna berapa lama. Kalau sampai 5/6 tahun tanpa perlu tukar why not kan. Hahaha.

Cuma perlu diingatkan ya beli kalau mampu. Jangan paksa diri. Kain ni bukan lain ‘magic’ kalau ko malas ko beli 10 Norwex pon rumah ko takkan berkilat hahahah.
Jangan beli sebab ikot ikotan atau trend. Ukur baju di badan sendiri. Pilihan masing2. Yang beli tu jangan poyo2 rendahkan martabat kain buruk bawahan hahah.
Yang tak mampu tu pulak jangan perlekehkan pilihan golongan yg mampu.
Kite kene ingat gaji 1k tak sama dengan gaji 10k.
Sama macam beli handbeg. Orang gaji 10k pejam mata je pakai handbeg mahal. U name it sendiri. Aku tak tau sebab paling mahal pon aku pakai handbeg Carlo Rino 🤣 Tu pon dah rasa bangga sangat dah. Hahahah.
Tapi orang gaji 1k cakap orang beli handbeg mahal2 tu buang duit. Jangan la begitu. Kemampuan kite tak sama. Respect each other ok 😘

Tapiiiiiiiiiiiiii aku dapat tau Scotch Brite ada jual kain2 macam ni jugak and review pon ok je.
Masalahnya kain dia tu terlalu murah 😂
Nanti aku beli pastu aku buat SB vs. Norwex eh. Haha.
Bye.


Love,
Wana.