Ehemmmmmmmmmmm.
Cantik tak kasut baru sayeeeeeeeeeeee.
Tetibe saye kan. Tampar kang. HAHA!
Aku sebenarnya dah lame giler usha kasut ni.
Fikir-fikir nak beli ke tak nak beli ke tak.
Cakap dengan Akram.
Jawapan die senang je "Ade duit beli lah"
Mentang2 bukan duit die kan.
Cube kalau duit die kompem "Ah takde2. Bukan pakai pon. Kasut berlambak bukan nak pakai. Blablablabla." Malas nak dengar.
Ko tau je lah Akram kalau membebel memang malas aku nak dengar.
Sampai die selalu keluar ayat sentap "Apesal susah sangat nak dengar cakap ni?"
"Alah selagi tak kawen tak payah dengar cakap boipren ok" Selamber giler tak reply camni? Akakaka.
"Abes tu before kawen tanak dengar cakap nanti terbawak-bawak sampai lepas kawen pon taknak dengar cakap. Macam mane?" Akram membidas.
Yelahhh okey fine fineeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
Ape-ape pon kasut aku cantik kan kan kan?
Wahahahaha.
Dalam kasut tu tinggi macam wedges so boleh la daku feeling2 tinggi sikit.
Bangsa2 katik memang camni perangainya.
Maklumlah nak meninggi lagi memang takde harapan dah.
Sobsss.
Aku beli tak sampai rm100 pon.
Ok lah sebab aku tengok kasut cantik je aku beli.
Jenama tak jenama belakang kira.
Tapi kasut ni memang ringan giler aaaaaaaaa wa cakap lu.
Nak berlari kalau kene kejar hanjing pon takde hal.
Ade kaler coklat dengan pink lite2 gitu.
Aku amik cekelat sebab taknak nampak kotor sangat.
Sabtu lepas teman Akram pergi Segamat sebab adik die yang kerja sana nak keluar kereta.
Adik dia kerja kat Gemas.
So dia mintak tolong hantar pergi Segamat nak amik kereta.
Sabtu tu dalam tengah hari jugak kitorang gerak.
Stended Akram tu mane pernah nak bangun pagi2.
Dia memang bukan morning type person.
Bengang aku kalau nak ajak die pergi breakfast. Boleh bergaduh. Haha!
Sampai tempat adik Akram dalam pukul 230pm camtu.
Terus shoot pergi Segamat.
Oh before sampai tempat adik Akram tu sebenarnya kitorang singgah kat satu kedai kepok lekor ni.
Tapi lupe nak snap gambar.
Sedap giler kepok lekor dia.
Ko tau lah aku ni hantu kepok lekor tapi masalahnye kat KL ni lebih tepung dari ikan.
Menyampah aku.
Dah alang2 sampai sana terus borong 20 batang = RM20.
Puas hati.
Nanti2 lah kalau aku pergi lagi aku apdet k.
Sampai Segamat dalam pukul 4 petang kot.
Terus pergi ushar2 kereta.
Adik Akram bawak keluar Saga FLX.
Aku tengok bonet Saga terus rasa geram sebab besau giler.
Kalau aku pakai memang kompem satu rak kasut aku stand by dalam bonet belakang tu.
Tapi apakan daya. Dulu memang mak aku suruh amik Saga tapi aku kan penakut nak bawak kereta besar. MyVi pon aku rase besar. Ape pon tak boleh.
Jadi aku memilih Viva Elite.
Jadilah.
Lepas setel urusan kereta tibelah mase yang ditunggu-tunggu iaitu MAKANNNNNNNNNNNNNNNNN!!! Muahahahhaa!
Sebenarnya tak tau pon nak makan kat mane.
Tanye member aku duduk Segamat die pon tak tau nak suggest makan kat mane.
Last2 gugel.
Jumpe dengan Restoran Nasi Beriani An-Najah.
Orang cakap Nasi Beriani kat situ sedap + Murah.
Tapi takde rezeki. Sampai2 je nasi dah yilekkk.
Terus gugel2 lagi ape yang best kat Segamat ni.
Jumpe lah dengan Restoran Al-Rizki.
Orang cakap murtabak dia the best.
Jadi ayuhhhhhhhhhh!
Boleh pilih nak yang bape hengget. Nak Rm4 ke Rm5 ke Rm8 ke. Yang kitorang order ni hak yang RM10 punye. Besarrrr cukup untuk 3 orang lah. Itu pon penuh giler perot nak menghabeskan. Memang tebal. Garing. Isi daging banyak giler. Memang puas hati lah.
Dihidangkan bersama kari ayam. Orang ni kedekut bagi ayam tersiat-siat. Sekali dah habes Akram pergi tambah amik kau kentang bape ketul die sauk. Dengan ayam bape ketul jugak die sauk. Hihi.
Kalau tanak makan dengan kari boleh makan dengan sos. Dah jadi macam rojak kan? Sos ni aku sorang je yang makan. Sedap die campurkan dengan timun and bawang. Marveles...
Aku tengok gambar ni terasa dan-dan nak pergi Segamat lagi. Sedap sangat rasa nak menangis mase makan. Kat KL ni mane nak jumpe murtabak cenggini. Eh ke aku je yang tak jumpe? HAHA!
Tapi orang2 KL ni kalau meniaga memang asal jual je. Kalau kau pergi pasar malam kat Pantai Dalam tu nasi goreng tawar nak mampus pon ade. Yang pattern kosong giler seketul ayam pon ko tak jumpe. Pastu sayur apetah lagi. Dengan garam pon kedekut nak letak. Tapi licin orang beli. Peniaga pon amik kesempatan. Ni belum bulan pose. Kalau bulan pose memang jangan cakap. Ikan goreng pon orang beli tau.
Terima kasih kekanda ku sayang kerana membelanja. *Ceaaaaaaaaaaaa* nak pitam taip. Wakakaka. Aku ni sebenarnya geli gelemat nak poyo2 romantik dengan Akram ni. Tapi Akram selalu meragui kesetiaan aku. Dia memang selalu buat aku perasan ala-ala Izara Aishah. Takut sangat aku pergi carik orang lain. Kemon lah muka aku ni kalau tahap2 Miss Universe boleh la kau nak berwaspada. Ni alahai si jawe nak harapkan hidung dah memang kompem tak mancung. Pipi pulak dah macam simpan pau dua ketul.
Bila apdet gambar murtabak ni kat pesbuk barulah orang komen try ni try itu. Tem tu aku dah otw balik dah. Takpe next time kalau tersesat ke Segamat kompom aku try semua.
So sesape yang tersesat ke Segamat ni boleh la try murtabak kat Restoran Al-Rizki ni.
Kompem puas hati.
Tapi jangan tanye aku kat bahagian mane.
Aku memang fail.
Sile gugel.
Harharhar.
Okbai.
ok ayat ni memang kelakar :p
ReplyDelete"Dia memang selalu buat aku perasan ala-ala Izara Aishah. Takut sangat aku pergi carik orang lain. Kemon lah muka aku ni kalau tahap2 Miss Universe boleh la kau nak berwaspada. Ni alahai si jawe nak harapkan hidung dah memang kompem tak mancung. Pipi pulak dah macam simpan pau dua ketul."
well kalau dah sayang muka mcm bini popeye pun dah menggelabah k kalau ade org tegur tanya jalan. hihi
p/s: lapar tgk gambar makanan pepetang ni
Yes murtabak ni memang sedap. makan 4-5 orang pun dah kenyang
ReplyDeletewa, akhirnya tercapai jugak hajat dia. syukur ! :D
ReplyDeleteNampak memang sedap Wana.. Bilalah gamaknya bakal tersesat ke segamat nih.. Hehehe..
ReplyDeleteJentik UNIVERSITY + HISHOP! ^^,
ReplyDeleteeh ada nama aku kat situ...hahaha...lain kali dh g segamat tanye aku...
ReplyDeleteuntonglah ada akram.haha
ReplyDeleteNak tanya akram ni keje kat mana ek?
ReplyDelete@Unknown
ReplyDeletekeje MAS
Macam kenal . sy labu yang sado .
ReplyDeleteMmg sedap pon kan. beriani dy pon marzoless. Depan rumah sy je restoran tu �� Dkt2 situ ad cendol segar amat jugak. Tu pon the best ���� nora bgi 5 bintang hahaha kalau dh petang2 skit sblah jalan restoran tu ad bukak gerai2, cha kur tiaw dy umppp dgn bakso dy. Hee nnti datang lg try lah ye
ReplyDeleteNanti kalau dtg lg pergi Restoren RZ pulak..masak lemak cili api ikan baung dia torbaikkkk
ReplyDelete