Tuesday, December 18, 2018

Cara simpan stok ebm dalam deep freezer


Masa anak pertama dulu memang boleh kata 10% je kot ilmu pasal breastfeeding ni. Every time pam susu, berapa oz yang dapat tu terus masuk dalam plastik and terus bekukan dalam freezer 😱. Tak boleh ye. Lepas pam kene chill2 dulu kat suhu bilik. Sebab kalau korang perasan susu fresh tu suam2 kan. Lepas dah dapat suhu bilik baru boleh letak dalam chiller. Lepas chiller baru naik freezer. Perubahan susu mendadak boleh rosakkan susu as susu ibu ni sensitif sikit.

Pastu dalam satu plastik ada yang 6oz, 7oz, 8oz, ikot berapa oz yang dapat masa pam. Haishhhh tak cantik. Plastik gemok2. Susah nak simpan. So dulu freezer memang bersepah dengan susu 😆 Lagi satu bila simpan sukahati kuantiti susu tu nanti payah nak budget untuk defrost. End up membazir 😊

Ni masa mula2 simpan susu si Nina. Tak tau nak susun camne. So kemas la dalam bekas2 camni. Masalah dia bekas2 camni payah nak detect tarikh dia kan. Walaupon kita tulis date kat plastik tapi nak kene belek satu2. Dan makan ruang 😆


 Biasanya aku label camni je.


Beli plastik size besar. Contoh 8oz. Kite simpan dalam tu ikot berapa oz anak kita minum. Contohnya Nina sekarang minum 2oz sekali minum. So aku letak satu plastik tu 4oz. Maknanya untuk dua kali minum. Kalau anak korang minum 2.5oz korang simpan la 5oz dalam tu. Senang kan nak defrost nanti. Tinggal amik satu pack je turunkan ke chiller. Takde membazir susu. 


Reason guna plastik besar biar ada ruang lebih belah atas. So nanti boleh leperkan dia.




 Leper camni. Baru lah senang kemas 😉


 Lepas tu amik la plastik apa pon yang ada. Masukkan stok untuk seminggu dalam plastik tu.

Macam aku guna plastik tapau lauk tu je sebab memang dah ada kat rumah. Jangan membazir konsep dia 😁 Contoh aku keje 5 hari seminggu. So aku akan masukkan 5 plastik ebm dalam satu plastik putih. Pastu label dengan nombor dan tarikh.



 Pastu susun la dalam freezer. Senang kan nak tengok camni.

So tiap2 ahad malam boleh amik satu plastik ikot nombor susunan dan letak belah atas.



 Macam ni.


Aku keluarkan satu plastik. Letak dalam bekas bahagian atas sekali. So setiap malam amik satu pack dan turunkan ke chiller bagi cair. Biasa aku bekalkan nina 2 botol je yang frozen untuk pengasuh. Nak rotate stok ebm baru.



Kadang2 kalau malas nak cairkan susu aku just bagi 6 chiller + 1 fresh je 😁

Demand Nina sekarang 7 botol x 2oz = 14oz.

Biasanya ada lebih sebotol masa aku amik pukul 6.30pm.



 Kalau perasan kat gambar sebelum ada botol kecik kan. Inilah dia.


Ni indicator untuk freezer korang.




Masuk air dalam bekas comel. Bekukan. Air dah beku, amik sekeping syiling pastu letak bahagian atas sekali. So kalaulah tiba2 masa korang takde kat rumah black out kan, korang boleh tau susu tu cair paras mana berdasarkan kedudukan syiling tu nanti.



Tak silap aku susu yang dah 50% ke atas cair dah tak boleh guna lagi kot. Boleh guna tapi kene habeskan dalam 24jam la. Banyak gila kot susu 😅


So nanti kalau tetibe susu tu beku balik masa korang sampai umah takde la korang ingat susu tu still elok. Dah tak elok kene buang tau. Buang la sambil nangis. Tak pon amiklah pokok2 bunga korang tu ke pokok kesum ke pokok lada ke jadi anak susuan korang 😂😂



Ni susu yang otw beku. Letak dalam bekas dulu sebelum transfer masuk plastik.




Ni la freezer aku 😆  Besar sebab tu selalu serabut nak kemas hahaha.
Barang2 basah make sure semua bertutup kemas 😉


P/ss : Aku tak makan suppliment. Cuma makan banyak banyak banyak. Haha. Pastu minum susu. Minum air banyak. Ada la dalam simpanan aku chia seed, kismis, tapi aku makan kalau ingat je la. Most of the time makan nasi je lebih 😆 Kol 10 malam pon makan nasi 😜 Pastu konsisten pam masa kat opis dan kerap df masa kat rumah.



2 comments:

What says U?