Showing posts with label Dapur. Show all posts
Showing posts with label Dapur. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Lelaki bawak bekal pergi kerja sangat comel.

                          
bergedil dah siap !
sedia untuk digoreng.




Rajin kan aku.
ni kalau makcik2 kat luar tuh tengok menangis sebab jumpa anak dara rajin macam aku ni sambil bercakap "tolong lah jadi menantu makcik. tolonglah terima anak makcik"
kahhh kahhh.
berangan tak abes2 :P



Hari tuh Akram request nak makan bergedil.
aku pon okey je lah. bukan susah sangat nak buat pon.
actually susah jugak tapi disebabkan aku pakai daging cincang segalanya menjadi mudah.
kalau kat kampung kene cincang daging sendiri.
mak haku mane main daging2 cincang ni.



so semalam aku balik kerja terus aku singgah carefour cari barang2.
tapi kat carefour barang semua nak besar2 je.
daging cincang sampai bape kilo tah nak buat ape pulak.
last2 aku singgah kedai BALAJI (nama kedai runcit bawah rumah aku).
semua lengkap just daun kucai dah abes. so aku ganti dengan daun sup.
hahahahaha ! sukati je kan.






aku pernah letak resepi dalam blog ni.
tapi hari tuh Pn. Ibu buat macam lain sikit.
tak pakai bawang.


Kentang tuh potong kecik and goreng. Dah goreng lenyekkan.
daging cincang aku rebus kejap and gaul sekali dengan kentang lenyek.
masuk garam and black pepper sukati korang.
masuk daun sup cincang halus since daun kucai tade.
last aku masuk bawang goreng.
so bila makan rasa macam krak kruk krak kruk macam best gittew.



bila dah siap semua bulat kan kecik2.
senang je sedap pulak tuh.
sape cakap susah memang pemalas.
lempang je diri sendiri. wahahaha.



aku simpan dalam freezer siap2. Kira macam produk sejuk beku lah. haha !
nanti Akram goreng sendiri. rumah dia ade je dapur.
just peti sejuk dah beli tapi tersadai rumah pakcik dia.
kurun bila entah nak ambik.



Aku cakap sewa lah lori ambik peti ais tuh.
kalau ade dah senang.
at least boleh jugak memasak sikit2.
takde lah manjang je makan kat luar.
dah la mahal.
eh Akram rajin jugak bawak bekal roti, kadang2 sosej pergi kerja.
nanti boleh la die bawak bekal bergedil aku pergi keje.
comel kan. hahahahaha !



dah2 merepek je.


okbai.




                                   

Saturday, April 2, 2011

Resipi : Kek Tiramisu senang tak payah masuk oven.

                                            
you know what?
tiba-tiba rasa macam nak makan kek tiramisu lah pulak.
memang tiba-tiba sesangat sebab before nih seyesly tak pernah makan.
dan tak pernah taw macam mana rasa dia. boleh pulak kan tiba-tiba teringin.
yang aku taw ade rasa-rasa kopi or nescaffe gitu.
okey sila gelak =.=



tapi taknak beli sebab rasa nak buat sendiri.
waw macam ayu gitu buat kek sendiri kan.
*fengsan.


lalu dengan kuasa google marilah kite meng'google' resipi kek tiramisu yang senang.
sebab kalau susah memang mintak ampun lah nak buat kan.



dengan kebolehan pakcik google yang hebat maka berjumpa lah aku dengan satu resipi dekat blog neh.
mari kite cekidout.



Resipi kek tiramisu simple :)


  • 1 biji sponge kek or apa-apa kek.
  • 250 ml whipping cream.
  • 200 ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus.
  • 1 cawan air panas.
  • 1 sudu makan serbuk nescaffe.
  • serbuk koko untuk hiasan.

  1. Bancuhkan nescaffe dengan air panas tadi.
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Potong kek pada dua bahagian.
  5. Tuangkan bancuhan nescaffe atas kek.
  6. Sapukan adunan cheese+cream atas kek tadi.
  7. Susun lagi satu bahagian kek yang lebih and sapukan nescaffe and baki cream cheese tadi.
  8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila nak hidangkan dia.


sumber -----> sini




gambar google saja.




macam menarik je kan?
jom jom kite try ramai-ramai.
lepas tuh tunjuk kat aku kek korang eh.








selamat mencube.








                                         


Friday, December 31, 2010

Buah betik yang sedap :)


Sebenarnya salah satu daripada sayur feveret aku is sayur betik.
Mesti korang macam hoi betik kan sejenis buah. Sejak biler betik dikategorikan sebagai sayur?
HAHA!


Aku pon tak sure kat tempat lain wujud tak sayur betik ni.
Tapi daripada aku kecik memang mak aku selalu jugak masak sayur betik ni.
Tak pasti lah resepi orang jawe ke or resepi sukahati mak aku nak masak sebab dah tak tau nak masak sayur ape.


Tapi serius aku cakap sayur betik ni sedap giler.
Okey tak payah cakap banyak.


Bahan-bahan:

1. Bawang besar, bawang merah, bawang putih.
2. Buah betik yang baru nak masak. Tak muda sangat, tak masak sangat. Ala-ala kalau baru nak oren camtu okey lah.
3. Cili padi ikot korang nak pedas mane.
4. Ikan bilis


Cara-cara:

1. Buah betik tu buang kulit dia and mayang halus. Ikot korang lah nak sagat die camne pon asalkan die terhiris halus tapi takdelah halus sangat nanti hancur pulak.

2. Bawang besar, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis kasi blender halus.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan2 blender tadi, tumis sampai mendidih dan masak.

4. Season dengan garam, gula dan perisa.

5. Masukkan sayur betik tadi.

6. Gaul2 bagi sebati agak2 sayur betik dah layu sikit boleh padam api dan angkat.






Marveles okey :)





xoxo
b

Saturday, December 25, 2010

Scramble potato egg.

salam.

hari tuh aku tetiba teringin nak makan lauk telur.
kalau kat UM ada satu lauk tuh ala-ala scramble egg.
so kalau aku makan kat situ mesti aku amek.
so hari tuh tiba2 nak try buat kan.
hehehe.



Bahan-bahan :



1. telur.
2. kentang.
3. suun
4. bawang besar, putih, merah.
5. ikan bilis.
6. lada besar



Cara memasak :

1. goreng kentang tak garing sangat.
2. goreng telur hancur-hancur.
3. hiris bawang besar, bawang putih, bawang merah ngan lada besar sikit.
4. masukkan garam dengan serbuk perasa.
5. goreng sikit ikan bilis pastuh masuk semua bawang dengan lada besar.tumis sampai naik bau.
6. masukkan kentang pastuh masukkan telur hancur.
7. masukkan pulak suun (rendam dulu taw suun bagi lembut)





resepi senang untuk budak malas macam aku.
kikiki
:D







Friday, December 24, 2010

ikan masak singgang.


salam.

okey tuan2 dan puan2.
hari ni kita akan belajar resipi baru yek.
(*perasan lagi)


resipi ni senang giler mati.
sesuai untuk aku yang malas ni.
keh keh keh.


tapi ada orang tak suka makan singgang ni sebab macam makanan untuk orang sakit.
tapi aku rasa okey jek
aku mana ada yang tak okey kan.
xD


bahan-bahan :



1. ikan (paling sesuai ikan cermin and kembung)
2. bawang besar
3. bawang merah
4. bawang putih
5. cili padi/lada besar
6. serai
7. daun kunyit
8. asam keping, garam, ketumbar




cara-cara memasak : 

1. bawang putih dengan bawang merah ditumbuk lumat.
2. cili padi ditumbuk ala-ala pecah sikit
3. kalau guna lada besar hiris tengah je
4. bawang besar dihiris
5. serai diketuk sikit
6. panaskan minyak dalam periuk and tumis bawang yang ditumbuk dengan cili padi sampai naik bau.
7. masukkan lada besar yang dihiris separuh.gaul kejap.
8. masuk serai and lada besar kalau guna.
9. masukkan air.kalau nak banyak kuah letak lebih.
10. biarkan sampai mendidih.
11. masukkan serbuk kunyit, sedikit ketumbar, garam and serbuk perasa.
12. masukkan asam keping and biarkan sampai mendidih.
13. masukkan pulak ikan dan daun kunyit.
14. biar sampai ikan masak.





siap!
sedia untuk di hidang
:)









masak tu best.




  



Thursday, December 23, 2010

Ikan masak sambal lada hiris.

  
salam.


okey bertemu lagi kita dalam rancangan mari memasak bersama chef wana.
(fehrasan sungguh)
keh keh keh.


Hari ni ayah aku suruh aku masak.
jadi haruslah feeling2 ala chef gitu kan.
-__-"


resepi ni senang jek sebab tuh ayah aku suruh aku masak.
kalau susah mesti dia tak suruh.
kang tak pasal2 pakan ikan hangus pulak. xD



Bahan-bahan:


1. lada besar
2. ikan bilis
3. bawang putih
4. bawang merah
5. bawang besar
6. halia
7. asam jawa
8. ikan kembung (nak ikan lain boleh jugak)


cara-cara:

1. gaul ikan dengan kunyit dan garam, goreng dan asing ke tepi.
2. lada besar, bawang putih, bawang merah dan bawang besar di hiris.tak kisah la korang nak hiris cemana pon asalkan korang tak tumbuk or blend lada tu sudah.hehe
3. panaskan minyak dalam kuali dan goreng sikit ikan bilis
4. tumis bawang kecik dengan bawang putih.biarkan naik bau sikit.masukkan halia
5. masukkan bawang besar and gaul sampai agak2 kaler dia lembut sikit.
6. masukkan pulak lada besar.
7. gaul sampai agak2 lada tuh layu and masak.masuk garam dengan perisa secukup rasa.
8. masukkan ikan goreng.gaul sebati.
9. bancuh sikit asam jawa and campur dalam ikan tadi.
10. gaul sebati and angkat.




siap!
senang je kan.






okey aku dah lapar.
nak p makan.
xD






  


Saturday, November 20, 2010

Bergedil daging

disebabkan raya haji ni yang telah membuat kan peti ais umah aku dipenuhi daging lembu
jadi, aku telah mempropose Pn. Saerah untuk membuat bergedil daging..
my favourite ni taw
xD


Bahan-bahan :
1. Daging lembu
2. Kentang
3. Garam
4. Serbuk perasa
4. Pati ayam
5. 2 ulas bawang putih
6. 2 ulas bawang merah
7. Lada hitam/lada sulah

Cara-cara membuat:
1. Rebus daging dan cincang halus-halus








2. Kentang di potong kecil dan digoreng hingga agak empuk



3. Tumbuk kentang yang dah di goring hingga lumat



4. Gaulkan kentang dengan daging yang dah dicincang

5. Tambah garam, serbuk perasa dan serbuk pati ayam secukup rasa. Gaul rata

6. Tumbuk bawang putih, merah dan sedikit lada hitam/lada sulah hingga lumat

7. Gaul dengan daging tadi hingga rata

8. Bentukkan kecil-kecil



9. Celup telur dan goreng


Sedia dihidang 




selamat mencuba!



sambal goreng jawa


Resepi ni akak aku suruh mintak kat ayah aku..
so alang-alang aku letak sekali kat sini
senang gak kalau-kalau aku nak try masak
aku ni dah la pelupa
bhahaha


Bahan-bahan:

1. Peparu dan perut lembu
2. Tempe
3. Kentang
4. Soon
5. Tahu kering
6. Lada kering
7. Ikan bilis
8. Bawang putih
9. Bawang merah
10. Bawang besar
11. Cili api


Cara membuat :

1. Kentang dengan tempe tu potong nipis and gorengkan.
2. Rebus peparu dan perut lembu.
3. Hiris lada kering secara serong halus-halus. Kalau guna gunting lagi senang.
4. Blend ikan bilis.
5. Blend bawang putih, bawang merah, bawang besar dan sedikit cili api (kalau nak pedas)
6. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang yang dah di blend.
7. Masukkan ikan bilis yang dah di blend. Kacau rata.
8. Masukkan lada kering yang dah digunting halus tu.
9. Masukkan peparu dan perut lembu. Gaul rata sampai masak
10. Masukkan soon dan tahu kering.
11. Masukkan kicap pekat, kicap manis, garam, serbuk perasa dan sikit gula.
12. Lastly masukkan tempe dan kentang.
13. Gaul rata. Tutp api. Hidangkan.


Siap!







Lauk ni WAJIB ada every time hari raya kat rumah Cik Jamal.
Ye WAJIB!
Kalau takde boleh buat takde mood okey raya.
Orang yang kene masak haruslah ayah aku. HAHA!


Lauk ni selalunya femes kat rumah orang jawe je.
Orang yang tak jawa aku tak sure if pernah dengar ke tak.
Tapi kalau nak cube ape salahnye kan.
Sedap weh. Serius sedap.
Ratah macam tu je pon dah memang sedap giler.




okbai.

Wednesday, November 17, 2010

Puding batik Pn. Saerah

Disebabkan semua jiran-jiran hantar ketupat kat umah aku bawak kuih segala bagai..
Maka Pn. Saerah pon nak jugak buat kuih..
Tapi actually pudding ni tak penah pon dibuat..
Ni kira percubaan pertama la berpandukan resipi yang kawan dia bagi.


Bahan-bahan:
  1.  Biskut marie
  2. Jelly
  3.  Butter
  4. Secawan gula
  5. Secawan milo
  6. Secawan serbuk koko1
  7.  tin susu


Cara-cara membuat:


Masak jelly berpandukan cara-cara yang disediakan di belakang pek xD



then masukkan gula ke dalam jelly..

Cairkan butter..masukkan butter yang dah cair tadi ke dalam jelly..

Masukkan serbuk koko and milo pulak..

Lastly masukkan susu




Godak sampai tangan lenguh dan sebati xD

Biarkan agar-agar tadi menjadi agak likat

Masukkan biskut marie yang dah di pecah-pecah

tuang dalam bekas..




sejukkan..

Siap!




nyum nyum

selamat mencuba!

xD

Sunday, October 17, 2010

Kek Batik Malas

nape malas??
sebab yang tukang buatnye ialah ajak..
ajak atau name samarannya lazyforajak..
huahuahua...

bahan-bahan
--> biskut merry (btol ke eja?)
--> butter (btol ke eja?)
--> milo (btol kan eja)
--> susu pekat penuh krim disukai ramai (huahuahua)

cara-cara membuat

  1. hancurkan biskut merry ikot citarasa korang..nak kecik2 ke nak besaq2 ke..sukati lah..
  2. panaskan kuali..x payah panaskan minyak..ngeh3
  3. masokkan butter and cairkan secair-cairnya..
  4. masokkan plak milo secukop rasa korang...
  5. kacau sampai rata..
  6. masokkan susu yang korang dah beli tuh..kalau korang rase dah manis x payah la bubuh sume..kalau x manis2 boley tambah gule sket..
  7. kacau sampai lebam..wakakaka...
  8. agak2 dah sebati masukkan biskut merry yg dah pecah2 tadi..ratakan sampai rata..
  9. dah siap sume tutop api and tuang dalam bekas..ape2 bekas lah..
  10. sejukkan sampai sejuk..

gambar tidak cantek kerana menggunakan
henfon ajak..wakakaka


senang tak?
senang bukan..
sangat sesuai utk mereka2 yang malas seperti ajak..
waka waka eh eh..
selamat mencuba
♥




Adiosss...







Wednesday, September 22, 2010

Triffle Syazwana

Hey hey hey..
Kate recipe aku kan so haruslah letak name aku..huahuahua..naseb lah..

Bahan-bahan:

  1. Kek gulung sukahatiperisaape..
  2. Susu cair satu tin
  3. Tepung custard (tepung len xbuley yek)
  4. Serbuk jelly (sekati kaler hape)
  5. Buah-buahan dalam tin (ikot tekak kaw orang lah..eh tp peach sedap taw)
Cara-cara membuat:

1. Potong kek gulung tuh and susun dalam bekas kaca kek korang tuh..
    ni lah kek gulung kami..lepas potong sile susun ke
    dalam mangkuk kaca mengikot kreativiti anda yek..
2. Sediakan satu periuk..masuk kan enam sudu besar tepung custard..lima sudu besar gula pasir..satu tin        susu cair..satu tin air masak (gune tin susu yek)..kacaw bagi rata..then masak atas api sampai likat..

kacau terus supaya die tak hangus..

3. Dah masak tuang custard tadi atas kek gulung korang..ratakan..



4. Pastuh amek buah dalam tin yang korang beli tuh and susun cantek2 atas lapisan custard tadi tuh..

cantek x kawan2??

5. Then masak plak serbuk agar-agar yang korang beli tuh..follow jek instruction kat belakang paket die..mudah kan..sape kate memasak tuh susah..hoho..bile dah masak tuang jek atas lapisan buah tadi..

tuang elok-elok yek..

6. Lastly sejukkan..dah siap..boley lah makan..nyum nyum..

inilah hasilnye..taraaa..

Selamat mencube..
=)


Adios..