Showing posts with label Kelakar. Show all posts
Showing posts with label Kelakar. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Si Pembebel mengalahkan makcik2.

                   

'syg, nak bawak kereta eh'

'tak boleh nanti terbabas. hahahaha'



Ciss betul. Baru terbabas sekali. Belum berkali-kali.

Al-kisahnya hari tuh Akram offer nak ajar aku drive guna Myvi dia sebab aku ni kan sangat penakut nak bawak kereta.
Kereta tuh aku ibaratkan seperti Cikgu Displin yang sangat super garang sampai setiap kali aku duduk seat driver kompem neves. Sepertinya di sebelah itu ada pegawai JPJ.
Tu baru duduk belum bawak lagi.
Kalau dah start enjin lagi lah super neves. hahaha !



Actually penyakit aku ni bukan ape.
Aku neves sebab aku rasa kereta tuh besar sangat berbanding aku yang comel (taknak cakap pendek. huahuahua) ni.
So bila aku bawak aku terasa amat kerdil sekali and mulalah gabra. kui kui.



So Sabtu malam lepas kot Akram bagi bawak kereta dia.
Aku macam terkejut jugak sebab dia percaya aku bawak kereta dia.
Yelah kereta baru kan. Dah la dia sayang gila kat kereta.
Asyik je membebel bila aku sentuh2 cermin kereta dia sebab taknak bagi ada kesan kotor.
grrrrrrrrrrrr.



Aku ni sebenarnya rabun tapi memang pemalas nak pakai cermin mata sebab tak cun la pakai cermin mata.
wakakakaka. tampa kang !
So masa aku drive tuh memang jalan agak gelap lah.
Lagi satu masalah aku ni, aku tak suka pandang jalan 10m ke depan.
Aku mesti nak tengok jalan depan2 kereta.
Tu yang asyik je nak terbabas kat simpang.
Akram lagi lah. Dari start aku hidupkan enjin sampai lah tukar seat dengan dia tak benti2 membebel.
Dah la suka loyar buruk. Kuat bebel pulak tuh. Huhu






'Cuba lah pandang jauh sikit. Ni nak pandang depan kereta je. Tu yang gelabah tu'




'Simpang depan tuh. Slow sikit'




'Apesal ke tepi sangat ni. Tengah sikit'




'Dah taw rabun tak nak pakai cermin mata. Lepas tuh tak nampak'



'Tengok tu orang suruh pandang jauh2 dia pandang dekat jugak'



Nampak tak dia punya bebel tuh. Adoii tertekan. hahaha !
Yang kelakarnya sampai kat satu simpang tiga ni patotnya belok kiri tapi aku terterus.
Lagi sikit nak ternaik divider jalan.
Tetiba pulak ternampak ada kereta datang dari sebelah kiri dengan enjin kereta pulak dan dan tu nak mati. cisss. gelabah la ape lagi. Haha !
Naseb baik lah kereta tuh tak laju.
Terus cakap dengan Akram 'Alamak camne ni? Ala neves nya neves nya'


Akram mesti malas nak layan aku. wakakakaka.
Pastuh slow2 reverse and masuk kiri. Naseb baik kereta sebelah tu bersabar dengan perangai aku. Hahakkk.
Malu betul. Hehe.



Nak buat camne aku kan penakut. :P






tapi comel. tu yang Akram tak sampai hati nak marah. wakakakaka.




okey ini menakutkan -___________-'





okbai.



                                 

Monday, April 30, 2012

Kedai yang kelakar.

                  

Semalam pergi makan malam kat satu kedai makan ni.
time tuh dah pukul 11pm lebih.
disebabkan nak kejar wayang pukul 1250am kitorang decide nak makan makanan yang cepat siap.
so decide makan nasi goreng je.
bukak2 buku menu je terkekeh-kekeh aku gelak.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


NISI GORANG KAMPUNG 1 !!


sumpah lawak.
nak kata typo semua perkataan goreng jadi gorang.
kalau satu je boleh tahan lagi.


Okey yang ni aku paham typo. maybe nak tulis biasa tertulis baisa. dimaafkan. tapi bila bukak menu bahagian air sumpah nak menangis tahan gelak.





Den nak order Jus Tombikai 1 dengan Jus Corrot 1 ! Eh nak Jus Appel  1 jugak lah. Nama macam sedap je :P






Sambil makan sambil gelak.
adoii bagus betul kedai makan ni.
menghiburkan hati betul.




lepas makan terus pergi Mid Valley.
Akram la ajak tengok wayang mid nite.
aku ni kalau mid nite memang sah2 lah wayang yang tengok aku.
dah la pukul 1250am.



tapi full house kau !
sebesar-besar hall tu penuh.
dah la tengok Avengers. sanggup pulak orang2 yang amik seat depan sekali tuh.
macamkan esok GSC Mid Valley tuh tutup.
padahal esok kan cuti.
naseb baik Akram beli online so dapatlah seat belakang.




dan seperti yang dijangka, tersengguk-sengguk aku tengok cerita tuh.
cerita tu memang superb.
mata aku je yang banyak syaiton bergayut-gayut.
tetiba je terlelap. padahal aku rasa besar dah aku bukak mata.
tup tup tersedar tengah scene perang. tup tup lagi tengah kejar-kejar. tup tup lagi scene lain.
oh stress.



naseb baik paham jugak cerita tuh.
kalau tak berangin je lah si Akram tuh.
dah la tiket mahal pat belas hinggit.
pastuh aku yang beria nak tengok Avengers.
tetibe tertido. dulu tengok Eagle Eye yang action tu pon midnite aku tido jugak. hahaha !




hanya orang yang dah tengok Avengers je akan paham dialog ni "Dewa Lembik!"

kalau nak paham sila pergi tengok. hahakkk.



okbai.



                                  

Tuesday, April 24, 2012

Aku rasa kelakar.

                                           


Bos aku ni bukan jenis yang suka melawak or buat lawak.
kalau dapat email dari dia mesti yang serius je.
(bajet ada bos yang nak email bukan2 kan)


I mean selalunya bila aku email dia, dia akan reply like "ok. noted"
takpun "ok maklum"

ataupon "TK" (singkatan terima kasih)



tapi tadi dia suruh aku cari contoh soalan test student dia yang lepas-lepas.
so aku cari2 tak jumpa.
then aku email dia nak inform.
bila dah email aku tunggu reply.

and he said "okay"


and aku gelak. hahahahhaa !

kenapa ?

bagi aku "okay" tu macam ayat2 dalam mesej. I mean tak formal.
like everytime aku mesej Akram aku akan guna "okay" or "okies" instead of "ok"
and aku paling pantang orang reply mesej aku dengan word "k"
baik kau tak payah reply langsung kan.
berbulu je haku.



bos bos. mungkin dia dah ada sense of humor kot.
well ini satu perubahan.
sebab dia adalah sangat annoying.
dan skema.
dan super tak best. wakakakakaka !
(mampus kalau sekutu2 dia baca ni)





okbai.




                                    

Friday, January 13, 2012

Sape pernah buat baik ngaku.

                                    
Ahad ni last day untuk key in final mark student semua dalam data base.
so nak taknak hari ni jugak kene habeskan marking paper.
yelah takkan pulak ahad kau nak datang kerja semata-mata nak marking paper kan.
kuasaa aku.


semangat punya kerja sampai meja aku pon dah jadi macam tongkang pecah.





member aku tengok gambar ni benda pertama die komen bukan kerja aku yang menimbun tapi adalah "mesti ada teddy bear eh?"

cisss cemana aku boleh tak perasan masa amik gambar ni. kantoi disitu.
biasalah aku ni luar memang nampak garang tapi dalam hati tatappp ada taman.
kahhhh kahhh !






tengah syok2 aku tanda kertas final tiba-tiba ada satu paper budak ni aku jumpa sesuatu kat page akhir.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







"tak sempat masa tapi saya tahu buat :("


baik ngaku sapa yang pernah buat camni.

ni nak kene bagi markah kesian ke cane ni?




bila aku check2 balik jawapan dia yang depan-depan aku rasa aku taw kenapa dia tak sempat jawab yang belakang.
tak tahu ?


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




dia lukis gambar kat atas tuh siap lah kaler2 bagai dengan pensel kaler purple.
yang sedihnya takde dalam skema jawapan pon. kui kui.
alahai dik dulu akak masuk exam bawak alat tulis basic je.
pen biru, pembaris, pemadam, liquid. tu je kot.
takde mase nak berkaler-kaler bagai ni.

lagi pon dik ini subjek engineering.
takde markah lebih untuk lukisan tercantik. hihihi





aku lupa pulak nak check budak ni lelaki ke perempuan.
kalau lelaki bagus jugak.
boleh aku bahan kat blog.
kahh kahh.




buat kerja takde semangat mana tapi sampai rumah dekat pukul 7 sebab jam.
gila punya jam yang tak gerak langsung.
nasib baik samsung galaxy Y menjadi peneman setia. kahh kahh.











konon lah letak gambar family, letak gambar ehem ehem jadi pembakar semangat.
tapi masuk opis tetapp benda pertama yang akan dibuat ialah bukak pesbuk, bukak blog.
camne nak maju? jawab jawab.



okbai.

                                                         

Friday, May 20, 2011

surat untuk Mr. ghost.




* sila baca dalam keadaan lampu ditutup untuk mendapat feel yang baik.





Kehadapan Mr. Ghost,

Tolonglah jangan ganggu saya. pliss pliss pliss.
Cukup lah semalam anda pegang kaki saya sampaikan saya kaget.
Harap-harap malam ni saya boleh tido lena.

Yang mengharap tak nampak anda,
-saya yang lemah-





malam semalam kan masa aku nak tido biase lah aku bukan jenis baring atas tilam terus boleh tido paling tak kene berangan kawen dulu amik mood nak tido then baru lah boley tido. so semalam aku pasti yang aku belom tido apetah lagi bermimpi just baru je pejamkan mata. tiba-tiba *bunyi kucing itam peliss



aku rasa ada orang pegang kaki aku. seriously aku rasa. bukan mimpi or ape. tapi kejap je lah. macam orang sentuh kaki ko camtuh dalam 5 saat. ko bayangkan aku tido sorang2 dalam bilik tiba-tiba rasa camtuh. tapi aku bukan jenis yang suka jerit-jerit so aku pejam mata rapat2 and kakukan diri aku.



adalah dalam setengah jam aku buat camtuh sambil tuh aku baca2 lah jugak ayat kursi semua dalam hati. nak bukak mata jangan harap. aku ni jenis yang biar hantu nampak aku jangan aku nampak hantu. begitu.



ini cerita betol okey nak kata aku terlanggar bantak ke hape ke aku tido satu bantal je and sebelah kanan aku betol2 dinding. yang kene pegang tuh kaki kanan lah. peh tuhan je yang taw macam mana aku rasa time tuh. dah agak2 lama sikit baru aku gerakkan badan bukak mata fuhh lega takde pape. terus selubung tutup mata and zzzzzzz.



so masa dinner tadi aku cerita lah dekat kakak aku. dia kata hantu jantan tuh nak ngurat ko. boley pulak nak buat lawak kan.



abang ipar : dulu ko duduk sini lama tak kene pape pon.

kakak : tuh dulu dah 5 tahun lepas dah. hantu pon dah beranak-pinak dah.

aku : tu lah entah2 anak dia ke.

kakak : mesti hantu jantan tuh. dia nak kacau akak, akak dah anak dua. dia kacau ko lah.




sukati je dorang ni kan. huhu. kakak aku cakap kawasan kuarters ni memang lah macam ade bende2 sikit. pernah sekali jiran kakak aku nampak anak buah aku tengah main air dekat depan rumah. time tuh maghrib. padahal anak buah aku ada je dalam rumah. takot tak ?



and ada sekali adik abang ipar aku dengar ada suara budak menangis padahal bila tengok takde orang pon. abang ipar aku pernah jugak dia pergi toilet and dengar suara kakak aku panggil dia padahal kakak aku dalam bilik tak buat pape pon.




aku ni dah la kategori penakut jugak. nampak je macam berani padahalll Allah je yang tahu. kuikui. harap-harap malam ni boleh la tido lena. aminnn.



ape tungguu lagi? cepat aminnkan jugak. :P







ok bai.






Wednesday, November 24, 2010

Haa! buat ape tu anak dara?



bila si kakak dah jadi anak dara
comell
:)

'kakak buat ape?'

'basuh pinggan'

'dah siap dah?'

'dah'

'time kasih kakak'

malu-malu


kakak si anak dara :)

comellll!!
xD

Tuesday, September 14, 2010

Faiq Umair mam oren masam


Video senget...
Jadi senget kan kepala anda..
=)

Adios..