Thursday, June 7, 2012

Comel sangat perangai.

                         





Aku memang tak pernah lah nak berahsia-rahsia dengan Akram ni.
kalau henpon aku tuh memang kadang2 dah jadi macam henpon dia dah.
ape tah lagi pesbuk.
username dengan password aku semua dia hafal.
tapi dia tak kisah pon aku kawan2 dengan lelaki ke perempuan ke sebab semua kawan2 aku dia kenal.
siap semua jadi kawan2 dia terus.
yelah ade sesetengah boipren kan tak bagi gepren dia kawan dengan lelaki even kat pesbuk kan.




ada one day tuh dalam kereta aku tengah online2 pesbuk.
pastu check in kat four square.
tetiba Akram macam cakap "buat ape tuh. tengok"
aku pulak tetiba macam terkejut terus nyorokkan henpon pastu cakap "takde pape pon"
Akram pulak buat muka tak puas hati.
gila macam ada scandal besar kan padahal check in four square je pon.
tapi sebab terkejut dia punya refleks tu tak boleh bla. haha !
tapi lepas tuh aku buat2 manja dengan Akram terus dia lupa kejadian tersebut. kahh kahh.
taktik tu kene ade ye :P




masa kat rumah kakak aku kat Perlis aku kan cuti dua hari Isnin dengan Selasa.
tetiba ade sorang lecturer ni dok mesej2 aku tanya kat mana semua.
tak pernah2 okey nak tanya2 tetiba hari tuh dok sibuk2.
kalau tanya sekali takpe ni hantar mesej banyak gila.
dua2 hari pulak tuh. siap letak smiley2 bagai.
Akram tengok mesej tuh sebab dia memang menyibuk kalau ade mesej masuk hp aku. aku cakap lecturer.
pastu aku ingat dah okey dah.



tetiba masa aku ajak Akram lunch dia macam buat muka mengade-ngade.
aku pergi dapur tengok henpon ade mesej daripada Akram
"Eleh ye2 je lecturer tu yang mesej"


Alololo jeles lettew.
padahal satu rumah okey. nak jugak hantar mesej. =__=
terus pergi hall buat gedik2 sikit dengan Akram ajak pergi makan dah okey.
ingat comel ke nak merajuk2 ni.
libas guna rambut kang. hahaha !



and now Akram dah ade taktik baru.
macam semalam masa makan kat Wong Solo aku Whatsap dengan kawan aku.
tetiba Akram amik phone aku konon2 nak tengok kalendar lah nak guna kalkulator lah.
pastu tengok2 mesej aku.
tengok Whatsap pulak.
eleh kaver2 pulak.
dont worry boboy, gegirl ni setia orang nya *pitam*



cuma skandal sikit2 je. kahh kahh.



okbai.



                                                                 

Wednesday, June 6, 2012

Cuti-cuti utara.

                                 
Penat sangat.
Aku kan pergi cuti-cuti utara jumaat lepas.
pukul 3 pagi tadi baru sampai KL.
padahal bukan aku yang drive.
Akram drive, aku sedap pengsan sebelah.
kesian Akram. hahaha !



kadang2 aku bangun jugak teman2 Akram.
tapi syaitonnirojim kat mata ni berat sangat.
lagi2 lepas layan pasemboq dengan kerang bakar kat penang.
pehhhhhhhhhhhh lagi lah sedap tido.


yang pastinya sampai terowong yang kat perak tu mata aku segar je.
dah lalu bape kali pon tetap teruja setiap kali nak masuk terowong tuh.
hehehe.



memang best gila lah cuti kat perlis ni.
tenang je rasa.
walaupon kejap tapi sangat seronok.
next time nak datang lagi nak ajak Akram pergi Langkawi pulak.
hari tuh tak sempat. :(


Akram pulak layankan je aku.
nak makan durian lah. nak sopink kat padang besar lah. nak makan tu lah ni lah.
nak singgah situ lah sini lah.
singgah penang pon sebab layankan aku tak pernah naik feri.
sob sob.



tapi masa kat perlis Akram buat2 comel pulak nak jeles2 sebab ade sorang lecturer ni dok mesej2 aku.
siap hantar mesej kat aku padahal satu rumah ni.
boleh je cakap depan2.
kui kui.


pastu siap kaw tim dengan kakak aku membebel kat aku sebab aku pemalas nak mandi.
(memang buruk perangai aku :P)
Akram kalau dah membebel memang kalah mak nenek.



ahhhhhhhh rindu nak membebel kat blog. huhuhu
nanti nak cerita panjang.





okbai.



                                                 

Thursday, May 31, 2012

Kisah sepasang baju berwarna kelabu ini.

                         



Okey menjawab kepada pertanyaan anda2 semua adakah baju di atas ini baju raya?
jawapannya adalah 'boleh lah'
hahaha !


Actually aku beli baju ni sebab nak pergi wedding sabtu ni kat Kedah.
Pergi wedding pon nak beli baju baru kan. Kelassssssssssss sangat.
Eleh macam lah korang tak macam tu kan. Jangan nak tipu.
Setiap kali nak pergi wedding masalah perempuan ni satu je.
Bosan dengan baju2 kurung yang ada.
kan kan ?


Aku ni lagi lah.
Seumur hidup aku tak pernah beli baju kurung sendiri.
Baju kurung aku pulak wujud time nak raya je.
Itu pon balik2 rumah je Pn. Ibu dah siapkan baju.
Paling tak sempat pon bape hari before raya aku akan pergi sopink dengan Pn. Ibu carik baju raya tapi still Pn. Ibu yang akan pilih sebab aku ni memang tak reti nak pilih baju sendiri sejak azali lagi.
Sebab tu baju kurung aku banyak kaler merah sebab Pn. Ibu cakap aku sesuai pakai baju kaler merah.
Padahal orang cantik macam aku ni pakai kaler ape pon sesuai *pitam*



Tabiat aku kalau nak pergi sopink aku akan bawak orang lain sebab nak suruh orang tuh pilihkan untuk aku.
Aku kalau orang lain pilihkan otometik aku akan rasa baju tuh cantik.
Jenis tak reti nak pilih barang sendirik.



So bayang kan bape kerat je lah baju kurung aku ni.
Tak penuh pon satu almari.
Pn. Ibu lagi lah setiap kali keluar sopink dia nak rembat satu baju kurung.
Dah dua almari dah baju kurung dia.
Itu pon setiap kali nak pergi orang kawen merungut takde baju. Berapi je aku dengar.
Nak membebel mak sendiri. eh? Ampun Ibu. Hewhewhew.



So alang2 nak pergi wedding jauh ni aku pon poyo-poyo lah nak beli baju satu.
actually dari tahun lepas konon-konon nak beli baju raya kaler kelabu ni tapi tak terbeli-beli.
so tak kire this time nak jugak kaler kelabu.
so jenuh la menapak satu masjid india tuh carik baju kaler kelabu.
ada sorang owner kedai tuh cakap this year memang ramai gila orang datang kedai carik baju kaler kelabu.
dia pon dah konpius.
kire kaler kelabu ni hot stuff lah. sampai size yang aku nak semua dah abes. mencik !



baju yang kat atas tuh kain English cotton.
kain dia tebal and sejuk.
warna dia pon gelap sikit kan. so cantik.
ada lag satu jenis tuh kelabu dia cair sikit. sangat tak kebabomm. hoho.


aku pilih dua jenis. Dua2 kurung moden.
satu kain chiffon (camni ke eja?) satu lagi yang atas tu.
Akram cakap dia lagi suka yang cotton ni.
so aku pon amik la yang ni.
yang kain chiffon tuh RM150. Yang English cotton ni RM190. Tapi Akram tawar sehabis mungkin dapat lah RM160.
Dan disebabkan jugak Akram pon willing nak menambah sikit duit jadi ahkak pon suke lerrrrrrrr.
keh keh.



maka sabtu ni marilah kite melaram sampai orang konpius mana satu pengantin ni.
eh? over taw.


okbai.



                                               

Sunday, May 20, 2012

Perangai abnormal lelaki ni.

                                     



Ni aku nak tanya sikit adakah suami korang atau boipren korang atau teman tapi mesra korang yang ada perangai abnormal macam Akram ni.
Abnormal lah bagi aku sebab before ni bekas-bekas boipren aku (ayat selalu nak hot kan. kahh kahh) tak pernah pulak berperangai macam ni.
Perangai abnormal tu adalah setiap kali gaduh dia akan hantar mesej yang sangat banyak sampai beratus-ratus.
Kadang2 tu mesej yang sama. Kadang2 mesej lain2. Kadang2 mesej kosong.



Perangai sangat kan. Macam nak tampar je. Memenuhkan inbox aku. Naseb baik lah phone aku ni auto delete mesej kalau dah full. Kalau tak dah satu keje pulak aku nak delete mesej2 dia tuh. grrrr.


Kisahnya semalam saje je lah aku gurau2 dengan dia ni.
Selalunya dia okey je.
Entah hantu ape masuk dalam badan die semalam tetiba nak tacing.
Eh apehal kan.


Lepas tuh sentap sebab aku tak pujuk. Aku buat bodoh je.
Alololo comel lah merajuk camtuh?
Boleh bla. Kahhh kahh.



Aku ni perangai sikit.
Daripada dulu perangai aku kalau orang buat salah aku merajuk.
Kalau aku buat salah pon at the end aku yang merajuk jugak.
Tak tahan kan dengan perangai aku. Wakakaka.



So aku silent phone pastuh tido.
bangun2 pagi hamik kau tiga puloh nam mesej masuk.
Sampai nak kong batery aku. siot betul.
Bangun2 pergi cas henpon. Tetap silent.
Pukul 9am check2 phone ade 57 mesej.


Ni baru sat tadi aku check phone ade 12 mesej.
Amboi2 mentang2 lah mesej aku satu sen je kau hantar banyak2 ye.
Ni cara-cara mesej 1 sen.
Pasni kitorang nak pakai line celcom yang mesej dengan call free tuh entah2 satu minit seribu mesej aku dapat. -_________________-"




Gelabah la Akram ni.
Padahal tau je aku mana lah pernah merajuk lama-lama.
Saje lettew nak sweet2 dengan aku.




Okey nak pergi check henpon yang tengah cas tuh.


okbai.



                                     

Friday, May 18, 2012

Nyaris kene culik dekat area rumah.

                   


Sape bace Harian Metro hari ni?
Disebabkan En. Ayah pelanggan setia Harian Metro makanya aku pon terpaksa lah jugak baca surat khabar ni.
Gambar kat atas ni salah satu berita dalam HM hari ni.
Biasalah kes budak kene culik.
Dah takde keje lain agaknye penculik tuh.



Tengok gambar biasa je.
Sekali baca berita dia baru sedar.
Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam.
Okey fine kawasan rumah sewa aku tuh.
Tengok gambar betul2 baru pasan memang bus stand area rumah aku.

Terus mesej Akram.


'Eh taw tak kat HM hari ni ade berita budak nak kene culik. Kat area rumah sewa kat KL. Kat bus stand tuh. Dah tak selamat lah nak naik bas. Hehe'


'Eleh, ade ke orang nak culik die'



'Ade lah. Huhu'




'Hahaha. Mane ade. Berat, penat je nak culik. Huahuahua'




'Eleh biar lah. Huh'




'Hehe. Betul lah kan?'




'Yelah. Malas nak layan'




Sehari kalau tak kenakan aku tak sah agaknya hidup dia ni. cisss.


Menurut HM, budak ni baru turun bas awam balik sekolah.
Baru jalan beberapa meter nak balik rumah tetiba ada orang nak culik dia.
Tapi budak tuh selamat sebab masa penculik tuh tarik dia nak masuk dalam van dia tetiba terfikir nak longgarkan tali beg and gigit tangan penculik tuh.
then terus lari tinggalkan beg dia kat situ.



Tapi aku pelik lah. Area kawasan rumah aku tuh memang ramai orang.
Tak sangka ada jugak kes culik kat situ.
Siang2 hari pulak tuh.
Tepi tuh ade kedai makan mamak memang ramai orang lepak situ.
Penculik dah makin berani lah sekarang. Seramm.



Btw Pantai Dalam memang kawasan hitam.
Jangan tanya kenapa.



okbai.



                                     

Thursday, May 17, 2012

Si Pembebel mengalahkan makcik2.

                   

'syg, nak bawak kereta eh'

'tak boleh nanti terbabas. hahahaha'



Ciss betul. Baru terbabas sekali. Belum berkali-kali.

Al-kisahnya hari tuh Akram offer nak ajar aku drive guna Myvi dia sebab aku ni kan sangat penakut nak bawak kereta.
Kereta tuh aku ibaratkan seperti Cikgu Displin yang sangat super garang sampai setiap kali aku duduk seat driver kompem neves. Sepertinya di sebelah itu ada pegawai JPJ.
Tu baru duduk belum bawak lagi.
Kalau dah start enjin lagi lah super neves. hahaha !



Actually penyakit aku ni bukan ape.
Aku neves sebab aku rasa kereta tuh besar sangat berbanding aku yang comel (taknak cakap pendek. huahuahua) ni.
So bila aku bawak aku terasa amat kerdil sekali and mulalah gabra. kui kui.



So Sabtu malam lepas kot Akram bagi bawak kereta dia.
Aku macam terkejut jugak sebab dia percaya aku bawak kereta dia.
Yelah kereta baru kan. Dah la dia sayang gila kat kereta.
Asyik je membebel bila aku sentuh2 cermin kereta dia sebab taknak bagi ada kesan kotor.
grrrrrrrrrrrr.



Aku ni sebenarnya rabun tapi memang pemalas nak pakai cermin mata sebab tak cun la pakai cermin mata.
wakakakaka. tampa kang !
So masa aku drive tuh memang jalan agak gelap lah.
Lagi satu masalah aku ni, aku tak suka pandang jalan 10m ke depan.
Aku mesti nak tengok jalan depan2 kereta.
Tu yang asyik je nak terbabas kat simpang.
Akram lagi lah. Dari start aku hidupkan enjin sampai lah tukar seat dengan dia tak benti2 membebel.
Dah la suka loyar buruk. Kuat bebel pulak tuh. Huhu






'Cuba lah pandang jauh sikit. Ni nak pandang depan kereta je. Tu yang gelabah tu'




'Simpang depan tuh. Slow sikit'




'Apesal ke tepi sangat ni. Tengah sikit'




'Dah taw rabun tak nak pakai cermin mata. Lepas tuh tak nampak'



'Tengok tu orang suruh pandang jauh2 dia pandang dekat jugak'



Nampak tak dia punya bebel tuh. Adoii tertekan. hahaha !
Yang kelakarnya sampai kat satu simpang tiga ni patotnya belok kiri tapi aku terterus.
Lagi sikit nak ternaik divider jalan.
Tetiba pulak ternampak ada kereta datang dari sebelah kiri dengan enjin kereta pulak dan dan tu nak mati. cisss. gelabah la ape lagi. Haha !
Naseb baik lah kereta tuh tak laju.
Terus cakap dengan Akram 'Alamak camne ni? Ala neves nya neves nya'


Akram mesti malas nak layan aku. wakakakaka.
Pastuh slow2 reverse and masuk kiri. Naseb baik kereta sebelah tu bersabar dengan perangai aku. Hahakkk.
Malu betul. Hehe.



Nak buat camne aku kan penakut. :P






tapi comel. tu yang Akram tak sampai hati nak marah. wakakakaka.




okey ini menakutkan -___________-'





okbai.