Monday, July 2, 2012

Cuti-cuti Utara - Kedah & Penang :)

                                          
Hari selasa. tiba lah masa untuk balik KL *sedih*
bukan aku je sedih. Anak-anak buah aku pon sedih sebab makcik dia yang comel lagi baik hati ni nak balik dah. hehehe
kitorang gerak tengah hari lepas lunch sebab plan nak singgah Kedah and Penang dulu before balik KL.
well aku dengan Akram kan memang kuat berjalan.
memang pantang kalau ada masa free otak ligat je fikir nak jalan mana.
hehehe.

masa on the way nak ke Kedah tu aku memang lah tak ingat jalan kan.
tapi tetiba sampai satu traffic lite tu aku macam perasan something.
"Eh ini pekan Changlun kan?"

Akram cakap ye.
terus aku eksaited.
yelah dah bape zaman aku tinggalkan zaman matrik.
dulu aku matrik kat Changlun Kedah.
daripada takde pape now dah ade KFC tuuuuuuuuu.
zaman aku ade KLG je. aku pon dah tak ingat KLG tu stand for what. Kentucky bla bla seyes lupe. hehe.

Akram tanye matrik kat mana. aku cakap belok kanan bla bla bla.
tetiba dan2 Akram belok kanan.
bawak aku mengimbau kenangan katenye. hehe.
time tu budak2 baru daftar kot.
ke tengah orientasi camtu lah.
Akram siap cakap kat guard "dulu dia ni belajar sini. boleh tak kitorang nak masuk jap jalan2."
guard pulak bagi lepas.
jadinye kitorang pon round lah dalam tu.




tapi sebenarnya dulu masa matrik aku takde lah suke sangat. kalau boleh tiap2 minggu aku nak balik rumah kakak aku kat perlis. naseb baik dekat. nak balik johor tersangat lah jauh. aku pon tak paham kenapa aku pilih matrik kat yang pelosok dunia ni. dulu konon2 nak jauh dari rumah la. (impian seorang budak sekolah menengah untuk belajar jauh dari rumah) ptttffffffffff.


round2 kejap then terus gerak pergi Alor setar.
memula kitorang pergi Menara Alor Setar dulu.
aku ni nama duduk kedah setahun tapi takde makne aku jalan2 kat sana.
paling tak outing beli barang kat pekan changlun tu.
yelah kalau nak naik bas pergi alor setar dari changlun tuh pehhhh hazab siot. dah la jauh.


2 orang dewasa nam belas hengget.


kitorang naik kat tempat yang boleh tengok pemandangan gune teropong tu jek.
atas tu ade restoran berputar kot.
tapi kalau nak naik kene booking dulu.
dia ada makan2 kat atas tu.
macam biasa naik lif dia aku akan pegang Akram kuat2 sebab aku super gayat.


kecik je menara ni. pusing2 situ jugak. cuma berst sebab boleh tengok kawasan alor setar ni lah. pastu ade orang jual2 souvenier. ada jual ais kerim. hehehe


si gemuk yang pendek -___-
saya gemuk saya okey (sambil jeling2 orang kurus. ketepi ketepi)





dah abes jalan2 kat menara alor setar kitorang gerak pergi Pekan Rabu.
tetap first time aku jejak pekan rabu. hehehe.
tapi kat sana banyak jual baju2, kerepek2.
Akram beli ikan pekasam dengan kerepek2 untuk orang tempat kerja dia.
aku beli kuah rojak Mak Bee je.

masa nak keluar saripada tempat parking tu kitorang dah siap2 kan bape ringgit tah untuk bayar parking sebab tak tengok pon rate parking kat situ berapa.
dalam sejam lebih jugak kitorang parking kat situ.
sekali adik parking tu cakap sembilan kupang.
okey teruja sebab sangat murah.
setengah jam dorang cas bape sen je. bagus betul.

lepas tuh terus gerak pergi Penang sebab aku ni kan jakun semua tempat pon tak pernah pegi.
feri pon tak pernah naik.
yelah En. Ayah aku bukan jenis suka berjalan-jalan.
dia lagi suka duduk rumah.
maka nya bila dengan Akram yang satu kepala ni memang habes lah segala pelosok tempat kitorang nak pergi.
hehehe.
selalu nya aku akan cakap dengan Akram "eh jom kite pergi sana nak. eh jom kite pergi sini nak"
kadang2 kalau tengok tv ke baca blog orang ke then aku cakap dengan Akram "eh hari tuh kan baca kat sini bla bla ada tempat best. jom kite pergi"

dan selalunya Akram akan cakap "bila nak pergi?"
tak pernah dia cakap "tak payah la pergi. malas la"

atau dia tak berani cakap macam tuh sebab nanti amukan super sayya aku datang.
huahuahua :P

takde lah. sebenarnya Akram pon kuat berjalan jugak. hehe

kitorang plan masuk pulau naik feri.
keluar pulau baru lalu jambatan Pulau Penang.
sekali masuk bayar RM7 untuk satu kereta kalau tak silap aku.
tapi before naik feri tuh kitorang carik jeruk dulu kat area2 bus stand kat penang tu.
macam biasa jeruk feveret aku of coz jeruk salak.
nyum nyum. hehehe


kesian bumblebee. dia asyik bunyik2 je time kat atas feri. Akram cakap dia sensitif sebab feri kan gegar2 yang agak kuat jugak.


naik feri Pulau Rimau. hehehe.


kitorang parking kat bahagian bawah. masa nak naik atas tu kene naik tangga. peh tangga dia curam habes. aku dah la gayat. mencik !


dan akhirnya sampai lah ke penang.
bila dah sampai ke penang ape lagi yang mahu di carik.
semestinya ....






























PASEMBOQ !!!
sedap gila weh !


Ya Allah tembamnya haku Y___Y (sambil mengunyah mr. potato kat opis)

masa Akram dok tangkap2 gambar aku ni tetiba ada sorang mamat ni datang meja kitorang tegur Akram. rupe2 nya kawan Akram yang baru kawen ahad tu. memula Akram ingat dia kawen sabtu so alang2 dah sampai jitra boleh ke baling sekali. sekali rupenya dia kawen ahad. ahad kitorang dah kat Kuala Perlis dan sangat jauh nak ke Baling. memang tak sangka boleh jumpe kat Penang. hehehe.



dah makan kenyang marilah kita pulang. Aku rasa kan aku macam kurus lah pakai baju kemeja. kui kui. Tapi Akram gelakkan aku. dia cakap same je. cisss betul.


Padan muke dia sepanjang jalan nak balik KL aku membute.
hehehe.
yelah perut kenyang suka hati mata pon berat memang tak larat lah nak berjaga.

bukak2 mata je dah kat RnR mana tah.
tapi yang best nya lalau terowong kat Perak tuh segar je mata aku.
lepas terowong tuh terus ngantuk balik.
kah kahhh.

Akram cakap dia siap racing lagi dengan ade satu kereta satria neo ni.
tapi aku tak sedar ape. hehe.

sampai KL dalam pukul 4 pagi kot.
dan esoknya aku kene kerja manakala Akram amik MC.
tak aci !


begitu lah berakhirnya pengalaman kami bercuti-cuti di utara.

fuhhhhhhhhhhhhh.

okbai.





Thursday, June 28, 2012

Cuti-cuti Utara - Air Terjun Gua Kelam

                                       

Bercinta betul nak tulis entry ni. huhuhu.

Hari Isnin tuh kitorang plan nak pergi mandi-manda kat air terjun gua kelam.
memula aku ajak Akram pergi Langkawi sebab nak sopink cekelat.
aku kan hantu cekelat.
tapi Akram taknak.
dia cakap "pergi Langkawi semata-mata nak beli coklat? tak payah lah buat penat je"

tapi tetiba masa nak balik KL boleh cakap macam ni "best jugak kan kalau kite pergi Langkawi"
rasa macam nak bagi kaki je.
tapi kang dia tinggal aku tepi jalan pulak.
pasrah.

so masa hari Isnin tu dalam tengah hari jugak lah gerak pergi Gua Kelam.
aku first time pergi sana.
kitorang gerak dua kereta sebab bawak makanan banyak. wakakaka.

sampai2 je cari port dulu pastu ape lagi masing2 mengketedarah dulu lah.
lepas makan baru lah syiok nak mandi2.
lepas mandi kite makan lagi.
hehehe.

anak-anak buah aku semua hantu air. memang pantang pegi tempat macam ni. kemain asyik lagi.


walaupon aku tak suka mandi pagi tapi suke mandi air terjun. hahaha ! sejuk gila air dia. tapi lepas kau berendam dalam tu automatik air tu macam rasa normal je.


Aaisyah Humaira kat kiri tuh asyik nak berkepit je dengan Akram. *jeles*


sebabnya dia nak ...............














naik belakang Akram. cissss. jeles ni ! wkwkwkwkwk.


Faiq pulak lagi kelakar. dia dah tiga tahun tapi still pakai pampers lagi. tapi kalau mandi manda camni dia tak pakai la pampers. yang kelakar nya dia kan suka main air kan. tapi sampai satu masa tu tetiba dia beria nak naik darat. aku tak bagi lah. beria aku pegang dia. ingat dia nak pergi tempat jauh ke ape ke kan. takut lah jatuh.

sekali seboleh-boleh dia nak lepaskan tangan aku. last2 aku biar dia naik darat. rupanya dia nak kencing. dah la naik darat pastu berdiri tetiba tengok air mengalir je dari seluar. Faiq2. pandai betul dia tak kencing dalam air terjun eh. hihi


aku tak pandai berenang :(
bukan tak pandai langsung. boleh la sikit2. tapi aku tak boleh tahan napas lama2 dalam air sebab aku neves. aku ni ape je yang tak neves. drive neves. berenang neves. naik tempat tinggi neves. ape pon tak boleh lah. tapi Akram tatappp sayang. eh ?


lepas siap mandi2 tu kitorang salin2 baju sume then jalan-jalan naik kat atas gua kelam.
ada lagi satu jalan lain tapi dorang tutup sebab nak buat ape entah.
pastu kitorang ingatkan ade kereta api kecit yang akan bawak kitorang naik gua kelam tu.
rupanya nan hadoo. sebab rosak kot.
maka berjalan lah kami.


memulakan perjalanan. gelap gila !


sempat lagi nak posing. -__-


kalau bergambar tempat gelap mesti mata jadi macam mata hantu. huhukkkk.


disebabkan semua orang taknak amik gambar maka aku sorang je lah yang amik.
biarkan mereka. biarkan. biarkan.


ehem :P


aku amik gambar ni. pastu aku cakap dengan Akram "eh macam muke orang lah"
sekali kene marah dengan Akram. "Mulut tu jaga sikit eh kat tempat2 macam ni"
huk huk.


masa kitorang jalan ni takde orang pon kat dalam. kitorang2 je. masa memula nak jalan tu ade lah beberapa group yang baru nak balik. masa kitorang masuk dah agak petang so ramai yang dah balik kot.


ni gambar kat atas gua kelam. nampak tak ade gantung kayu2 macam kayu balak tu. aku pon tak pasti apesal dorang gantung2 kayu tuh.



walaupon gelap tapi dorang letak jugak lah lampu kaler2 sikit.
kang gelap sangat kang benda lain pulak jadi.
tettttttttt.


gambar yang gelap.
pengembara yang tidak bertauliah.


konon2 nak gambar lompat2. aku pon tak paham kenapa dalam gua pon nak melompat. hahaha !


rasanya kitorang tak abes kot jalan. dia macam ade lagi boleh pergi atas. tapi gelap sangat and macam bahaya kot.


 kesan air yang kene pada batu.


 ketapi yang tak jalan. sedih hoi. penat kaki berjalan naik gua kelam itu.


aku tak ingat bape minit kitorang masuk gua kelam tu.
tapi agak penat jugak.
masa jalan masuk rasa angin nyaman sejuk je.
tapi masa turun dah tak rasa angin sebab kita jalan satu arah dengan angin.
so rasa angin tu dah tak rasa. eh ape aku taip ni. paham ?
tak paham dah.




selamat tinggal gua kelam. entah bila boleh sampai sini lagi. huhukkk.


balik tuh tetiba aku rasa pening gila.
tapi tetiba lalu kat satu pasar malam ni ternampak pulak durian.
oh dem !
ingat nak singgah tapi macam malas.
tetiba sampai rumah terbayang-bayang je durian tu.
peh isi dia kuning woi memanggil-manggil.
tak boleh jadi.
sampai rumah aku dengan Akram cakap nak kuar balik pergi carik durian.
dah la kitorang ni dua2 hantu durian. hehehe.

kakak aku makan durian. tapi abang ipar aku tak makan.
mengade !
haha !

durian kampung. sekilo 11 hengget ke doblas hengget.
tak ingat pulak aku.
kitorang amik 2 biji. ingatkan dah pilih yang sedang2 je.
sekali timbang dekat 5 kilo.
hamik kau melayang dekat lima puloh hengget.
mengidam punye pasal biarkan saje.

ade lagi satu jenis tu durian siam.
murah sikit tapi Akram tengok pastu cakap durian ni dorang gugurkan sendiri pastu peram ke ape entah.
sebab kat tangkai dia ade macam kesan di potong bukan naturally gugur sendiri.
aku dengar je sambil angguk2 kepala. aku mane lah tau.
hahahaha !

tapi memang berbaloi-baloi beli durian lima puloh hengget tu sebab isi dia berlapis-lapis.
patot lah berat.
kakak aku makan sikit pastu yang lain aku dengan Akram habeskan.
oh heaven gila !!

lepas tuh kitorang makan char kuew tiow je kat rumah tapau sebab masing2 pon penat.
sedap gila char kuew tiow tuh.
eh aku ni semua pon sedap.
patot badan pon sedap je naik *sambil jeling kat orang kurus*

siap semua makan panadol soluble terus tido.

aku ingat Akram tido sekali.
rupanya malam tu die dengan abang ipar aku melantak burger tengah2 malam.
dasar.............................



okbai.


                                   

Wednesday, June 27, 2012

Smart phone penyebab pasangan kurang bercakap.

                                 





Hari tu lah.
ada satu malam tu aku pergi makan malam dengan Akram kat Restoran Tasik Idaman kat Bangi.
peh first time aku datang sana.
besau gila tempat tuh.
kalau nak tengok tb boleh duduk kat meja yang dekat dengan layar besar.
pastu kalau nak karaoke pulak boleh duduk kat meja yang dekat dengan tempat karaoke.
siap ada dj.
pastu kalau rasa2 nak poyo2 date feeling2 menghirup udara angin sepoi2 bahasa boleh duduk kat meja kat bahagian pondok atas tasik.
kira tempat makan terapung lah.



and Aku dengan Akram pon duduk lah kat pondok kat tasik tuh.
cewah.
masa tengah makan tu kat meja sebelah kitorang ada satu pasangan kapel ni.
tetiba Akram cakap dengan aku "Smart phone penyebab tak bercakap"


aku pelik lah. aku tanye kenapa?
aku ingat dia nak cakap aku sebab aku selalu jugak main phone time makan tapi takde lah sampai tak bercakap kan.
mau nye Akram luku kepala aku sebab main phone je. hahaha !


so dia pon tunjuk lah kat couple tuh.
yang lelaki tu tengah asyik layan phone dia.
sambil makan sambil layan handphone.
yang perempuan tu makan je tak main handphone pulak.


aku pon senyum2 je lah.


pastu sekarang kalau Akram main phone die je aku suka lah cakap balik "tengok. smart phone penyebab tak bercakap"

pastu kitorang  gelak-gelak.



tapi kalau die tak layan aku sebab nak main game kat handphone memang bersedia lah mendapat kaki aku tang2 tu jugak.
tak kire !


okbai.



                                                           

Monday, June 25, 2012

Bumblebee dah ade kwan baru. yeay !

                                   

Last friday aku balik kampung amik kete.
aku bawak Akram sekali sebab nak jalan jauh kan.
memang tak berani lah nak drive sorang2.
lagi pon Pn. Ibu memang pesan angkut Akram sekali.
mak aku mane percaya aku nak bawak kereta sendiri ni.



so Jumaat tu Akram balik kerja awal. aku pulak mentidak datang kan diri ke opis hewhewhew suka hati aku je.
kitorang amik bas pukul 730malam. actually terpaksa amik pukul 730malam sebab bas pergi kota tinggi tu bukan nya banyak sangat pon.
lepas tu tetiba ramai pulak budak sekolah menengah aku dulu yang aku jumpa.



paling tak boleh bla dan bangang yang amat terjadi kepada diri aku ni masa kat seremban.
aku naik bas dua tingkat.
aku dengan akram duduk seat bawah.
aku memang tak perasan la ade sorang budak sekolah aku dulu satu batch ni naik bas sekali dengan aku.
tapi dia duduk seat atas.
masa kat seremban aku saje turun bas sebab bas tu bukak aircond dah macam kat kutub utara.
aku pulak punye pandai tak bawak sweater. bagus sangat beku kat dalam tu.



masa aku turun bas dengan akram kitorang diri je lah tepi bas tu.
tetiba ade sorang minah ni dok lambai2 aku pastu gelak2 dari dalam bas.
aku ni pulak memang rabun tahap dewa ke lapan belas and berlagak tanak pakai spek konon2 tak hensem ah pakai spek hewhew.
aku tanya akram sape yang lambai2 tu.
akram cakap tak kenal.
memang akram tak kenal pon sebab kawan aku tuh masuk sekolah masa form 4 so memang tak jumpa lah akram.
aku pandang2 belakang takde pulak orang lambai2 balik.
dalam hati aku syak memang kawan aku ni just aku memang tak nampak sape.
last2 kawan aku give up. kahh kahh.



esoknya kawan aku tulis kat fesbuk memperkenal kan diri selaku pelambai tidak bertauliah dari dalam bas.
lerrrrrrrrrrrrrrrrr x-classmate rupenye.
kahh kahh.
aku cakap kenapa tak turun.
dia cakap malas sebab ingat bas dah nak jalan.
dia pon paham tahap rabun aku yang melampau tu tapi selalu bajet mata perfect tanak pakai spek.
so agak2 aku buat muke blurrr je dia pon pasrah dan paham. hahaha !




Hye. Saya Junior :D



balik KL aku drive Akram jadi penumpang.
memula aku memang bawak 80-90 je.
sampai highway kadang2 terkandas jugak sampai 120.
keh keh.
Akram cakap "amboi macam pro eh"
hehehe.



tapi lepas sampai RnR ayer keroh aku tukar dengan Akram.
lenguh giler kot.
and Akram drive sampai rumah pakcik dia kat Dengkil.
malam tu kitorang tumpang tido dengkil sebab aku memang tak berani la nak drive balik KL sorang2 kan.
dah la time tu dah pukul 12 kot.
naseb baik esok tu Ahad so boleh la berehat-rehat.
Akram kerja. padan muke. hehehe.



pagi ahad tu aku tumpang basuh kereta kat dengkil.
first time aku basuh kereta okey.
penatnya memang pasni taknak dah basuh kereta sendiri. hahaha !
dah la aku tak reti.
aku pergi basuh dulu satu kereta guna air sabun pastu dah siap baru bilas.
so ade sabun yang dah kering2 sikit kat kereta.
Akram balik kerja je ape lagi membebel lah dia.
bla bla bla bla *pengsan*



tapi disebab kan lepas balik kerja dia nak basuh sekali kereta dia maka kesempatan yang ada aku gunakan sepenuhnya untuk memaksa Akram memandikan Junior sekali lagi.
ehehehe.



petang tuh Akram teman aku bawak junior jalan2 tengok jalan nak pergi tempat kerja.
jalan2 biasakan diri dengan jalan.
before bawak kereta dia dah siap2 isikan air kereta. check ape yang patot sekali.
nak harap aku memang tak mungkin aku tahu. huk huk.
kalau aku retis mesti masuk mangga dengan tajuk besar "SYAZWANA beruntung punyai mechanic peribadi"
kahh kahh. *pitam*



lama jugak aku drive.
sepanjang jalan tu memang mulut Akram pon tak berenti bercakap.
ade je benda yang dia pesan kat aku.
membebel nya lagi.



so bila aku drive sorang2 pagi tadi sunyi je bila Akram takde.
tade sape nak membebel sebelah aku.
hehe.



balik tu Akram ajak nak pam tayar. ajar isi minyak.
dan disebabkan aku tak gaji lagi plus bulan ni banyak gila guna duit yang berulang alik balik johor bape kali tu, maka aku telah merembat touch n go Akram dan memaksa Akram isikan minyak Junior full tank juga mengepow Akram duit belanje lima puloh hengget. hewhewhew.
eh tak lah. aku tak pow pon.
Akram yang tetiba berenti kat shell pastu pergi kaunter and isi minyak pastu before balik tetiba bukak wallet and bagi duit dengan pesanan "nah duit belanje seminggu"
thanks honey !!!



Thanks jugak untuk ini !! :)
kau percaya Akram pakai casing light pink sebelah kanan tu.bajet sweet je kan. hoho.


                                                           
okbai.


                   

Tuesday, June 12, 2012

Kehidupan yang ibarat zombie.

Aku rasa hidup aku dah macam zombie dah sekarang.
Penat nya Ya Allah sampaikan Akram asyik cakap kat aku "asyik tido je lah dia ni"
kalau boleh tengah berdiri pon aku boleh nak tertido.
penat punya pasal.



aku now tengah uruskan beli kereta baru.
alah viva je pon.
nak pakai kereta besar2 tak pandai nak drive (padahal tak mampu. keh keh)
and aku daftar kereta kat Johor (Hidup Johor!! Daulat Tuanku. Cantik Neo WWW1 Tuanku. Hehe. tetibe)
so nak tak nak berulang-alik lah aku ke Johor atau lebih terperinci nya Kota Tinggi.



Seminggu before aku pergi Perlis, aku balik Johor sebab nak register kereta bla bla bla.
lepas tu aku pergi Perlis 2-5 Jun.
Balik tu pulak sampai KL pukul 2am. esoknya terus masuk opis.
Dah la pukul 5am dah kene bangun sebab aku mintak tolong Akram hantar pergi kerja sebab kereta tak siap lagi lepas tuh orang yang aku selalu tumpang tu pergi BTN so takde sape nak hantar aku jadi nak taknak terpaksa mintak tolong Akram.
Fuhhhhhhhhhhhhh.


dari minggu lepas pukul 645am aku dah tercongok kat pintu opis.
kau mampu?
sampai guard dah cam muka aku.
muke pekerja berdedikasi (lah sangattttttttttttt)



so rabu sampai Jumaat lepas aku bangun hari2 pukul 5.
45 minit dalam kereta pergi kerja.
balik kerja pulak kene tunggu Akram amik dalam pukul 7pm.
malam pulak minggu lepas banyak hal jugak.
hari2 tido dalam pukul 1 ke 2 pagi. pukul 5 dah nak kene bangun balik.



Sabtu tu pulak aku balik Johor lagi sebab nak sign agreement kereta.
sampai lah Isnin semalam.
pagi ni still bangun pukul 5am sebab hari ni kawan aku still kat BTN lagi.
penatnyaaaaaaaaaaaaaaa :(



kalau kereta aku keluar Khamis ni, Sabtu malam nak kene balik Johor lagi amik kereta.
Johor KL dah macam KL Nilai je. hohoho.
Pn. Ibu dah pesan bawak Akram sekali sebab dia mana nak percaya aku drive.
Dah la sabtu tu nanti nak pergi wedding kawan Akram kat Jengka.
Then amik adik dia dengan barang2 sekali sebab cuti and hantar ke rumah kakak dia pulak kat Damansara Damai. Then baru lah kitorang balik Johor naik bas.
Aku rasa dalam bas nanti kitorang pengsan.



harap2 next week dah boleh bersenang lenang sikit.
tak larat nak macam ni hari2.



Tapi aku pelik kenapa Akram macam tak penat je.
padahal dia lagi la bangun awal jugak.
pastu masuk kerja 730am-630pm.
malam pulak tolong member pindah barang lah, tolong member ade masalah la.
tu belum dengan bola nye lagi.


ke aku yang manja sangat?
hahaha !




Thanks !! :')





okbai.



                                         

Friday, June 8, 2012

Tak habes2 nak kene kan orang.

                               
Semalam Akram jemput aku balik kerja.
Sampai kat satu traffic lite ni sebelah kitorang ada satu myvi kaler purple.
yang drive tu lelaki.
sebelah dia maybe awek die kot tengah bersolek.



Tetiba...

Akram : Perempuan naik Myvi memang suka bersolek eh?
Aku : Apesal pulak?
Akram : Tu tengok tuh. Perempuan duduk seat sebelah ni (seat penumpang) memang suka bersolek. *gelak-gelak*


Pastuh tetiba dia buat2 macam jerit "Bang sama lah kite bang. Ni pon same je ni suke bersolek"


Hampeh betul. =____=''




apa gelak2. tampa kang.








okbai.