Wednesday, May 13, 2015

Setia


Berkahwin, bekerja dan tinggal jauh dengan suami selalu je dapat soalan macam ni "Weh ko tak takut ke laki ko buat tak elok belakang ko?"

Dan kebanyakan soalan datang daripada lelaki sendiri. Apa lelaki2 ni suka curang eh? Haha!
Yelah keje bidang construction kan. Majoriti keliling aku semuanya lelaki.
So kalau sembang2 dengan dorang, bila dorang tau je yang aku duduk Jb tapi laki aku keje kat KL semua akan tanya soalan yang sama.
Padahal aku rasa zaman sekarang ni dah ramai yang jadi weekend husband and wife.
Rasanya takda masalah kot.

Selalunya aku akan jawab "Alah kalau nak curang tak payah tunggu jauh. Duduk satu bumbung pon boleh curang jugak ape kan?"

Bukan nak cakap besar. Tapi itu pon hakikatnya.
Apa aku boleh buat cuma berusaha, doa dan tawakal je pada Allah.
Berusaha untuk jadi isteri yang selalu dirindui suami. Bahahaha.
Lepas solat doa supaya Allah jauhkan kami berdua dari godaan syaitan yang direjam. Kekalkan kami berdua dengan taufik dan hidayah. Kekalkan iman kami. Dan lain2.
Lepas tu ape lagi tawakal je la. Allah kan Maha Mengetahui.

Kadang2 bila aku baca cerita2 orang kat page Kisah Rumah Tangga kat Fb tu macam scary la jugak.
Jenis yang kadang2 cerita yang kita rasa macam tak logik tapi jadi jugak.
Yang kita rasa macam dalam drama je tapi berlaku di alam nyata.





Banyaakkkkkkkkkkkk lagi cerita2 yang kadang2 tak masuk akal.
Tak larat la aku nak print screen satu2 kan. Korang pergi baca sendiri la. Huhu.

Sebenarnya nak cakap pasal perkahwinan ni macam tak layak je kot.
Aku pon baru je kawen tak sampai 6 bulan pon.
Baru setahun jagung orang cakap.
Tapi yang aku tau nak duduk jauh ni perkara paling penting sekali is jujur.

Aku duduk jauh dengan Akram baru setahun lebih je. Tapi dalam dua minggu sekali aku balik sana or dia balik sini.
Masa mula2 tu memang lah Akram tak percaya kat aku. Eleh macam la aku percaya dia sangat. Ekekeke. Takde lah. Akram tu takut sangat ada orang ngurat bini dia ni. Muka kalau ala-ala neelofa takpe la jugak. Ni dah la muka jawa. Gemok pulak tu. Takde lah orang nak ngurat pon.
Tapi aku buat rilek je. Apa aku buat semua aku bagitau dia. Nak pergi mana. Dengan siapa. Makan apa. Nak pegi toilet. Pegi surau eh semua lah aku bagitau dia. Senang.

Lepas tu aku ni takde lah ada kawan sangat kat Johor ni.
So siang pergi keje. Balik keje terus balik rumah membuta. Takde nak merayau sangat pon. Paling tak aku singgah Mydin ke Jusco ke nak beli barang2. Tu pon sorang2 je. Lepas tu terus balik rumah.
Kadang2 aku singgah rumah akak aku. Kalau tak jumpa Akram minggu tu aku balik rumah ibu ayah aku.

Akram pon sama. Semua benda yang dia buat dia akan bagitau. Selalunya tiap2 minggu ada satu malam tu dia akan pergi main Futsal dengan budak2 tempat keje dia. Aku okey je lah.
Kadang2 dia mesej aku mintak izin nak main futsal. Haha! Aku cakap pergi je lah kalau dok rumah pon bukan buat apa.

Kadang2 ada jugak bukak fb dia baca inbox dia. Hihihi.
Check whatsapp dia.
Saje. Sesekali kene buat spot check jugak. Mana la tau kan :P

So far semua nya okey. Aku pon takde lah nak tuduh dia ada perempuan lain ke apa ke.
Kalau dia tak jawab call tu aku assume dia tido mati je. Takde la nak syak yang bukan2 pon.
Entah la. Bagi aku kalau aku beria2 sekodeng suami aku pon kalau dia nak curang dia buat jugak.
Pokok pangkalnya hati. Aku ada je kawan yang hidup tak aman. Sepanjang masa dia ada perasaan syak kat boipren dia. Aku selalu tanya ko ni tak penat ke asyik nak sekodeng bf ko buat apa.
Nanti lepas kawen takkan hari2 nak spot check husband. Takkan setiap saat nak rasa husband ko tipu kau. Kalau dah tahap macam tu apa point kawen kan?

Tapi tu lah dia pon tak tau nak buat camne. Belum timbul kepercayaan tu lagi.
Aku dulu masa zaman2 bercinta 5 tahun lepas adalah perangai macam tu. Setiap saat tak puas hati dengan Akram.
Setiap saat aku rasa Akram mempermainkan aku. Bahaha!
Tapi dulu lah.
Sekarang takde dah.

Kalau yang dah kawen tu sesekali jumpa husband pakai la seksi2 sikit kat rumah. Bahaha!
Eh tapi serius weh. Sebab aku selalu baca kan lelaki komplen perempuan dok rumah serabai2. Tu yang sibuk nak carik pompuan lain.
So kita perempuan ni dok umah jangan lah selebet sangat.
Macam aku dulu kan zaman2 freehair kan banyak skirt kan. So sesekali balik jumpa husband pakai je la skirt tu dalam rumah. Pastu pakai sleeveless.
Tak pon pakai baju yang jarang2 sikit. Bahaha! tu yang laki aku time aku masak pon sibuk nak cium2 pipi la pelok2 la. Lol.

Kalau one day ditakdirkan Allah bukak kan hati dia terjumpa perempuan lain nak buat camne kan. haha! Allah kan Maha Merancang dah Maha Mengetahui. Cuma aku berdoa minta dijauhkan la semua tu. Sebab aku ni bukan kuat sangat pon. Hihi.

Apa2 pon kita hanya mampu merancang. Allah juga yang menentukan.
Selagi kita boleh berusaha dan jaga hati kita berusahalah.
Dan tawakal.

bye.


Wednesday, May 6, 2015

Photobook pertama dari Photobook[dot]com[dot]my


Sebenarnya dah lama dah teringin nak buat Photobook sendiri tapi tak pandai2.
Sampai lah one day tu aku update status kat FB bising2 pasal photobook ni.
Lepas tu ramai lah yang bagi feedback. So far banyak feedback positif aku dapat dari website ni http://www.photobook.com.my/

Tapi before tu ada lah jugak aku try ushar2 website lain. Harga semua lebih kurang je.
Baru tau mahal jugak rupanya buat photobook ni kalau tak beli promotion dia. Hewhew.
Beratus ratus jugak lah harganya. Kalau ada promotion dapat lah harga puluh2 je. Gittew. Jimat duit ahkak.

So satu haritu aku pon log in lah website photobook.com.my ni.

Mula-mula sign in dulu supaya senang sikit dapat promotion yang best2 nanti. Mihmih


Aku ushar2 kat bahagian promotion. Time tu die tengah promote 11" x 8.5" Medium Landscape Hardcover. Harga tak ingat lah. Dalam 60 lebih kot. Aku terus beli. Tak tunggu ape dah. Padahal time tu agak blur2 jugak lah tak pandai nak buat camne. Tapi takpe beli dulu yang penting.


Lepas tu klik kat Start a book tu.


Nanti die keluar camni. Boleh pilih nak start design guna apa. Mula2 aku try donlod die punya software tapi tak boleh guna kat pc aku ni. Tak tau lah kenapa. So aku decide buat online je. Aku pilih yang tengah. Kalau nak guna ready design pon boleh. Design dorang lawa2 geram aku tengok. Tapi memandangkan aku ada baaannyaaaaaaaaaaaaaaak gambar nak masukkan so aku nak design basic je. Aku guna yang tengah tu.


So nanti pilih la design mana yang korang beli voucher tadi. Kalau banyak duit tak beli voucher boleh la pilih design sukahati korang nak buat yang mana wokey. Code voucher akan digunakan lepas habes design masa nak bayar nanti.


Nanti kene sign in lagi sekali sebab senang nak save project korang.


Tadaaaaaaaaaa. So bermulalah aktiviti mendesign korang. Seriously baru aku tau nak create album ni susah gilasss. Haha! Patot lah photographer selalu je amik masa lama nak siapkan album. Pening weh serius. Masa aku buat yang basic ni pon dah pening. Sehari suntuk aku habeskan masa siapkan album aku sampai sanggup tak pergi makan. Konon2 komited la gitu. But its was fun tau buat benda ni. Sebab tu tak ingat nak makan. Sebab tak lapar. Tengok2 jam je dah pukul 4 petang. Hihihi. Naseb baik tak solat. So sambung lagi design.

Belah kiri tu nak upload gambar2 korang. Nanti boleh pilih la nak layout camne.
Nak background kaler ape.
Nak plain ke corak ke. Pandai2 la godeh2.
Kalau agak2 tak larat boleh save.
Nanti boleh bukak balik under my project.

Bila dah siap semua dah puas hati boleh la tekan order tu.
Haaa time tu la nanti nak guna voucher code korang.
Masa korang beli voucher kat photobook dorang akan provide satu code untuk korang.
So nanti masa nak order photobook tu masa nak bayar boleh la masukkan voucher code so nanti die tolak la kat payment tu. Except for posting je yang korang kene bayar.

Masa aku buat album ni aku siap tambah muka surat lagi. Kata banyak sangat gambar kan.
Bahaha! Tu yang tak muat tu 40 muka surat. Aku tambah 4 pages kot tak silap aku.

Bila dah siap semua nanti dorang akan bagitau bila dorang dah shipping.
Macam aku haritu production cuma 2 hari je. Shipping 8 hari baru sampai. Dorang guna Gdex.


So inilah dia photobook aku. Hewhewhew. First honeymoon beb mesti lah kene album kan satu khas untuk die kan. Bahaha! Dont worry. Dorang pos siap dengan kotak lagi. So tak payah risau rosak.


Kertas tebal. Kualiti print superb.






Simple je kan? Sebab first time try. Kang kalau aku beli lagi kang baru lah boleh design kerawang2 sikit. Hihihi.


Kulit belakang siap boleh tulis apa2 lagi. Best2.


So far aku berpuas hati sangat dengan servis dorang.
Kualiti pon bagus.
Paling best dorang bagi free mini album 6"x 6" hihihi. So aku design macam surat cinta bagi hadiah kat Akram.
Nanti2 lah aku apdet pasal yang tu pulak.

bye!

Tuesday, April 28, 2015

Pengsan


Semalam balik keje sampai rumah dalam pukul 8 malam. Terus solat Maghrib lepas tu tunggu Isyak sekali. Habes je solat Isyak rasa macam nak termuntah. Terus baring. Sedar2 je dah pukul 5 pagi. Haha! Padahal nak balik keje tu punya lah lapar. Siap plan nak goreng kopok lekor la buat susu panas la. Dalam mimpi je.

Mungkin weekend lepas banyak aktiviti kot.
Aku gerak ke Nilai macam biasa Jumaat malam.
Petang Jumaat tu hujan selebat-lebat hujan kat JB. Rupanya KLIA pon hujan selebat tidak. Akram cakap takut flight delay je. Sebab jenis hujan tak nampak jalan.
Dah la aku dah beli tiket wayang nak tengok Fast & Furious 7 pukul 11.30 malam.
Alhamdulillah flight still on time sebab pukul 9 malam tu dah reda dah hujan.

Landing KLIa dalam pukul 945 malam Akram terus amik and terus ke Alamanda.

Orang dah start tengok Avenger dah kitorang baru terhegeh-hegeh nak tengok FF7. Haha! Satu-satunya movie yang tak pernah miss tengok kat wayang #forpaul


Masa aku beli tiket wayang online hall kosong lagi. Movie ni dah tinggal hall kecik je sebab hall lain banyak fokus untuk Avenger.
Bila masuk je hall wow full house ok. Sampai seat depan.
Gigih sangat manusia2 ni nak tengok wayang sampai sanggup duduk seat depan sekali.
Seumur hidup aku, pernah sekali je aku duduk seat depan. Masa tu zaman study. Member aku ajak tengok Transformers. Keluar wayang semua sakit tengkuk. Mata berpinar. Haha!
Lepas tu memang tak lah aku nak duduk depan lagi. Kalau wayang full sanggup aku balik rumah tido.

FF7 memang best gila!! Rasa macam nak tengok lagi sekali je. Dari awal sampai akhir action je. Tak bosan. And of course part ending tu sedih gila kot. Tapi aku tak nangis :P


Esoknya Sabtu ada event untuk alumni sekolah aku dulu.
Event setiap tahun. Pesta Futsal Sakti.
Kalau yang follow blog aku dari dulu mesti pernah baca aku post pasal event ni dulu.
Last year aku datang sebagai tunang orang. This year sebagai bini orang. Next year sebagai mak orang maybe? Ekekeke. Ameen. Doakan aku tau :)

So macam biasa lah. Tiap2 tahun pon aku dengan Akram kompom terlambat. Bahaha!
Akram la aku dah kejut awal dia boleh cakap "nak bangun tapi kejap lagi"
Aku sambung la tido balik. Bukan aku yang main futsal pon.

Akram, Wana dan dua biji pau. =__=

Kitorang sampai dalam pukul 9 kot. Tapi tak start lagi.
This year buat kat Bangi. Best sikit sebab dekat dengan kedai2 boleh la jalan2.
Lagi pon rumah Sally and Ajak pon dekat. Bosan2 boleh balik rumah. Selama ni tiap2 tahun buat kat Puchong. Yang ada area sana Tesco kot. Bapak bosan la kan. Nak carik kedai makan pon susah.
This year awal2 lagi Sally and Ajak dah bawak aku pergi breakfast siap2 before event start. Akram aku tinggalkan dengan kawan2 dia kat sana. Sebab dia main futsal tu. Hehehe

Sally dukung anak budak batch kitorang. Well dalam umur 26 nak masuk 27 ni memang patot la datang event bawak anak kan. Kahkah! Kitorang je yang terlambat sikit. Tapi takpe sebab kitorang selalu maintain muda. Ekekeke.


14 years of friendship. Naseb baik ada budak dua orang ni. Takde lah bosan sangat. Sebab selalu aku lepak dengan Datin Fieda. Tahun ni mak datin tu tengah pantang pulak. Tengah hari siap lagi dua orang ni bawak aku tapau nasi kukus ayam lepas tu bawak balik rumah membuta. hahaha! Yang laki aku pon takde nak kol ke apa ke so syok lah aku buat taik mata. Dengan hujan pulak lagi kan. Lepas makan membuta. Pehhh heaven. Bangun2 dah pukul 3.30 petang. Hahaha!


Before pergi semua kat tempat futsal sally bawak aku singgah kedai jual barang2 party sebab aku nak beli something.
Weekend ni birthday Akram and i am planning something sweet. Auwwww terasa hormon romantik mengalir deras dalam badan. :P
So lepas dah siap2 bayar tu rasa macam nak feeling2 gedik sikit. Terus beli satu belon helium tulis I love u nak letak kat kereta Akram. Hahaha!


Ni masa dah nak balik tu. Gigih la kan lari2 kejar Akram dari belakang sebab nak snap gambar. Hahaha!


Sometimes, all we need just a little bit of suprise in our life. So takde la bosan sangat kan. Tapi selalunya aku je la yang buat suprise nya pon. Hahaha! Tapi tak kisah la sebab aku suke benda2 camni. Yelah dulu2 zaman bercinta tak mampu weh. Mana ada duit. Sekarang dah kawen baru la boleh nak buat camni. 


Sebelum balik amik gambar kenang-kenangan sikit.


Ni antara alumni sekolah aku yang join event ni. Tapi ni separuh je. Yang senior2 dah balik awal dah. Biasalah makin veteran makin sendu main futsal. Dah kalah awal balik la. Bahahaha! Alumni dari tahun 2001 sampai tahun lepas 2014. So ada 14 group of student. Sampai datang2 je semua dah tak kenal lagi2 adik2 yang baru habes sekolah kan. Bila tanya "Eh korang batch mana?" "Batch spm 2013 kan" Pehhhh terasa tua disitu. Baru perasan dah dekat 10 tahun tinggalkan zaman sekolah. Muka pon dah berubah. Yang paling ketara of coz la size badan. Ekekeke.


Balik futsal tu singgah jap pasar malam bangi sebab Akram cakap dah lama tak rasa air tangan bini die ni.
Okey lah. AKu pon dah lama tak masak.
Tapi menu aku yang pilih sebab dari hari tu teringin nak makan asam pedas daging tak dapat2.


Asam pedas daging, timun & sambal ketuk. Akram makan tambah dua kali. I is happy. Hahaha! Cuma kurang pedas sikit and nak kene belajar nak bagi pekat je lagi.


Makan tengah hari dalam pukul 2 petang.
Lepas tu terus solat siap2 and ke ioi city mall sebab dah beli tiket wayang nak tengok Avengers. Ehehehe
Sampai2 sana tengok raammaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiii gila orang beratur. Naseb baik dah beli tiket online awal2.

Basically aku rasa FF7 lagi best dari Avengers. Hahaha!
Sebabnya aku hampir tertidur masa tengok tu.
Siap boleh keluar pergi toilet jap. Banyak sangat dialog la. Action macam kurang sikit.
But okey lah jugak. Takde la tak best langsung.


Habes wayang terus ke Magnum cafe sebab nak jugak try apa yang orang dok cakap2 pasal ice cream ni kan.

Mula2 tu plan nak dine in. So kitorang pergi la pintu untuk dine in. Ada sorang staff tu cakap tunggu jap nanti cashier dia layan.
Tunggu 10 minit takde orang layan pon okey.
Akram dah start bengang dah. Dah la takde sorang pon staff tunggu kat depan.
Tiba-tiba ada orang lain datang terus masuk dalam cafe tu. Pehhh lagi la kitorang bengang kan.
Akram terus panggil sorang staff dalam tu. Dah la staff myanmar tak reti cakap melayu =___=

Disebabkan Akram memang bengang giler time tu terus masuk dalam jumpa manager dia. Hahaha!
Tak tau la manager ke supervisor ke. Tapi kitorang komplen la takde staff tunggu depan nak layan bla bla bla.
Pastu lelaki melayu (manager/sv) tu cakap sorry2 nanti die carikan table for two. Masa tu dah malas dah nak layan. Terus take away je.

Harap je cafe mahal. Layan orang nak tanak. Pirahhh.
Kaunter take away jugak yang bagus. Layanan tip top.


Kitorang amik dua. Total RM28++ Yang aku punya ni namanya cookies monster. Apa aku boleh cakap aku rasa Walls selection lagi sedap. Bahahaha!


Lepas tu jalan2 kejap kat ioi city mall sebab aku nak beli back pack baru.
Masuk Tesco jap terus balik rumah.
Buat nasi goreng sebab nasi tengah hari banyak lebih lagi. Lepas makan membuta. Ish2. Pastu komplen gemok. Dasarrr kan.

Esoknya flight pagi pukul 7.35 pagi and terus pergi keje. Dengan dua meeting lagi semalam.
Agaknya sebab tu aku penat sangat kot.


bye.


Thursday, April 23, 2015

Cuti-cuti Sabah Part 5 : Poring Hot Spring, Ranau Sabah


Destinasi seterusnya ---> Poring Hot Spring


Actually tempat ni tak masuk pon dalam plan kitorang.
Tapi sebab kitorang keluar dari Desa Cattle tu macam awal lagi je so Akram tanya nak pergi mana?
Aku mana la tau kan.
So Akram suruh decide nak pergi ke tanak Poring ni.
Aku pikir2 kalau balik KK pon takde nak buat apa pon dah. So alang2 sampai sini terus je la pergi Ranau. Kata berjalan kan.

Masa otw ke Poring tu, kita akan lalu pekan Ranau dulu.
Masa sampai pekan tu aku dengan Akram macam impress gila. Sebabnya nama je pekan tapi macam bandar weh.
Ada maybank besar, cimb besar, kfc besar, kedai makan banyak gila, ada pasaraya. Eh macam2 lah.
Rasa macam wow. Ingatkan Ranau adalah sebuah pekan yang agak sendu. Haha! Kalah Bandar Penawar Kota Tinggi tu. Harap nama je bandar. Bank besar pon takde.


Dah sampai.


Kaunter untuk beli tiket.


Pejabat pentadbiran tempat ni.


Kat kawasan luar ada jual2 macam ni.


Ni jalan nak masuk ke tempat2 rekreasi dalam poring tu.


Tempat check tiket yang beli tadi.


Tempat2 yang ada kat dalam kawasan ni.

Mula2 korang akan jumpa kolam air panas dulu.
Lepas tu naik sikit baru jumpa tempat2 lain.
Disebabkan kitorang ni tak tau nak buat apa, maka kitorang buang la masa dengan mendaki jambatan kanopi tu.
Mula2 tu macam eh nak ke tanak ek. Lepas tu Akram cakap dah alang2 sampai ni naik je la. Tak tau bila lagi nak sampai. So aku pon okey belasah je lah.

Selain tu tak silap aku dalam ni ada jugak taman rama2.
Tapi kitorang tak masuk lah.
Kalau nak ke air terjun kipungit tu tak silap aku kene mendaki lagi. Aku pon lupa dah. Tapi macam jauh sikit lah. Tapi air terjun tu ada limit masa. Tak silap aku sampai 2 petang je kot maksimum.


Nampak tak gigih gila mendaki bukit ni. Sebelum sampai ke kanopy walk tu kene mendaki macam ni. Tinggi weh. 800m tu. Pengsan! Naseb baik aku memang pakai kasut sukan tau. Tak silap aku last akupanjat2 camni 3 tahun lepas kot. Masa pergi air terjun congkak. Menggigil jugak kaki nak menyampaikan ke atas.

Oh lupa nak cakap. Nak masuk kanopi walk ni kene bayar tiket lain.
Tak ingat lah berapa harga. Yang aku ingat kalau nak amik gambar kat dalam guna henpon or kamera kene bayar Rm5.
Time tu kamera kitorang dah full memory so kitorang cakap tanak amik gambar pon.
Tapi sampai atas curik2 amik gambar jugak. Kikiki.
Tak tau ala apa reason dia nak cas orang amik gambar kat atas.


Nampak tu. Pehhh. Masa aku tengok ni tak tau lah nak ketawa ke nangis. Hahaha! Orang tu cakap paling tinggi 30m dari tanah. Seriously masa aku lalu ni siap selawat istigfar semua aku baca. Punya lah takut. Bahaha! Sebab aku ni gayat yang amat. Thats why aku tak suka pergi tempat2 adventure sangat. macam naik roller coaster tu. Rela aku tunggu bawah jadi budak pegang beg.


Curik2 amik gambar. Takde orang jaga pon. Kanopy walk ni panjaangggggggggggg gila! Tapi die takde lah straight terus panjang gitu. Dia ada station2 dari pokok ke pokok. Kat situ ada tulis berapa orang je yang boleh lalu. Masa aku lalu ni depan aku ada sekumpulan manusia lelaki yang badan agak besar jugak. So bila dia jalan belakang akan berayun. Kau tak menggigil gitu. Haha! Last2 aku biar dorang semua lepas dulu baru aku jalan slow2. And we did it!! Haha!


Ni masa jalan nak turun pulak.


Inilah dia hot spring konon2 nya. Haha! Yang dua kolam bulat tu bukan air panas. Sebab tu budak2 tu enjoy je terjun2 dalam tu.


Yang ni pon takde lah panas sangat sebenarnya. Suam2 je. itupon kejap je. Dalam 5 minit kot. Lepas tu sejuk balik -___- Akram malas nak basahkan kaki so aku je lah yang try. Dekat atas sikit ada pondok2 kecik dia buat macam yang aku duduk tu tapi kecik sikit. Untuk orang mandi2. Macam kolah kecik tu. ada pipe untuk air. Full!


Bila dah takda benda nak buat kitorang pon nak gerak balik la. Masa tu pukul 4 lebih kot.
Akram tanya boleh tahan lapar tak sebab malas nak singgah kat Ranau.
Nak direct balik KK je.
Aku pon okey je lah.
Bila kita buat aktiviti ni memang lapar tak termaktub dalam kepala otak.
Bila dah takda benda nak buat mula lah meroyan kelaparan. Hahahaha!

Perjalanan turun dari Ranau ke KK kejap je.
Aku rasa sejam setengah je kot. Sebab tak menyinggah mana2 kan.
Masa turun tu memang dah tak nampak dah puncak kinabalu dari jauh. Kabus tebal.


Masa ni kitorang otw nak pergi restoran gayang. Sebab ada orang suggest makan kat situ. Lalu la area ni dulu. Nama tempat ni Kampung Salut, Jalan Sulaman Kelapa Bakar kot tak silap aku. Kat sini banyakkkkkkk sangat kedai makan macam dalam gambar tu.

Bila sampai kat Gayang Restaurant tengok2 tak ramai orang pon.
Disebabkan malam sebelumnya dah melantak seafood banyak so tak rasa nak makan seafood lagi.
Tapi seafood kat restoran tu memang hidup2 lagi dalam akuarium.
So kalau ko nak makan ko pilih je seafood tu nanti dorang tangkap dari dalam akuarium tu.
Kitorang pikir2 balik malas la. Rasa macam nak makan biasa2 je. Terus patah balik ke gerai2 tepi jalan tu.


Pilih kedai ni.


Gambar ni nak tunjuk kelapa bakar tu. Nampak tak? Aku wonder jugak apa rasa kelapa bakar tu. Tapi kedai yang aku makan ni takde jual.


Gambar ni pulak nak menunjukkan kondisi dalam kedai ni. Aku cakap dengan Akram rasa macam dalam drama zombi kampung pisang pulak. Ekekeke. Sebab meja2 kayu. Kerusi2 kayu. Dah lama weh tak jumpa kedai makan camni. 


So kitorang order biasa je. Basically kedai makan banyak2 macam gambar atas tu semua lebih kurang menu ni jugak. Tapi masakan goreng2 dorang kureng. Boleh la telan jugak kalau dah lapar. Jelly kelapa tu sangat sedap! Yang lokan bakar tu pon sedap!


Nak balik tu konon2 tapau ayam madu sikit sebab takut malam lapar. Kikiki. Tapi tak abes pon sebab dah penat lepas mandi solat semua terus membuta.


Esoknya dalam pukul 10 pagi camtu kitorang brekfast dulu kat depan hotel. Ada satu kedai mamak. Then singgah pasar pilifin jap sebab ayah aku suruh beli ikan masin banyak sikit. Dalam pukul 11 lebih camtu check out.


Dalam flight. Konon2 ingat kan flight pukul 1 tengah hari dapat la makan nasi. Rupanya dapat sandwich je. Kelaparan ahkak. Nasi ada tapi kalau flight pukul 12 tengah hari. -__-


Alhamdulillah selamat mendarat. Masa ni dalam ERL. Laki aku sejak dua menjak ni asyik je ajak selfie. Haha!


So begitulah percutian kami 3hari dua malam di Sabah.
Seriously Sabah ni termasuk dalam salah satu tempat menarik untuk korang honeymoon. Tak rugi.
Hujung bulan ni macam nak ke Fraser Hill pulak. Sebab Akram dapat apartment murah kat sana untuk staff MAS.
hihihi.

bye!


1. Cuti-cuti Sabah Part 1: Departure, Arrival & Shang Ri La Hotel
2. Cuti-cuti Sabah Part 2: Pasar Filipin
3. Cuti-cuti Sabah Part 3: Makan seafood kat Sabah Waterfront