Tuesday, September 8, 2020

Luangkan masa di Nabila AgroFarm, Seremban

 Assalamualaikum.

Cuti Merdeka 31/8/2020 haritu aku luangkan masa bawak anak2 jalan dekat Nabila AgroFarm, Seremban. Actually tak tau pon kewujudan tempat ni. Walaupon dekat je dengan rumah (takdelah dekat sangat pon, sejam jugak 😂) tapi macam tak pernah nampak kawan2 upload gambar kat tempat ni.

So macam mana boleh tau?

Masa aku bawak Aminah check up doctor last weeknya tu jumpa dengan sorang member ni. Dia tanya cuti merdeka buat apa. Aku cakap takde plan lagi. Dia cakap jom lah keluar. Fikir2 mana tempat best nak bawak bebudak sebab area Sepang/Nilai bukan banyak tempat2 macam zoo tu kan. Pastu dia pernah pergi Nabila AgroFarm ni. Aku cakap aku tak pernah pergi so aku nak pergi sana. Jadi terus lah confirm nak bawak anak2 pergi sana.



Aku keluar rumah dalam 9 lebih. Amik member dekat Nilai, pastu terus pergi mamak sapedek dulu. Bawak anak2 macam ni lah, kene make sure dorang kenyang dulu barulah boleh keluar dengan aman. Yang kanan tu anak member, Amsyar. Dah macam adik beradik pulak gayanya. Ameera - Aminah - Amsyar.

Pukul 10.30am baru gerak dari Bandar Baru Nilai. Dalam 40 minit macam tu sampai Nabila AgroFarm ni. Masa tu cuaca dah start panas.

Parking alhamdulillah senang. Dan free. Dari parking nak masuk farm pon tak jauh nak berjalan kaki.



Masa mula2 sampai tu macam biasalah kene check in MySejahtera dulu. Make sure mask on! Pakai hand satinizer dan jangan dekat2 dengan orang lain.

Nak masuk tempat ni free je. Cuma dalam kawasan ni ada aktiviti2 yang korang boleh buat contohnya boleh bagi makan haiwan2, naik kuda, memanah, naik train (bajak) & naik atv. Macam nak bagi makan haiwan tu kene bayar Rm3/pax. Pastu boleh beli sayur nak bagi makan haiwan. Sepeket RM1. Kalau nak naik kuda RM15/3 round, boleh tukar2 orang dan ada pakej2 lain jugak. Naik train RM5/dewasa & RM3/kid. Memanah & naik atv tak pasti sebab kitorang tak beli yang tu.

So kitorang beli tiket untuk petting zoo, naik kuda & naik train/bajak.




Ada ayam, kambing, rabbit & rusa. Kambing2 kat sini aggresif ya mungkin kelaparan. Asal kitorang hulur sayur confirm dia makan. Siap nak menjulur kepala luar pagar haha.

Area rabbit tak amik gambar sebab semua tengah membuta. Tengah hari kan. Maybe waktu rehat dorang. Macam masa aku pergi zoo negara dulu waktu tengah hari semua haiwan pakat membuta sabo je lah. Lagipon rabbit2 tu semua tak berapa bersih jadinya aku tak bagi bebudak dekat sangat. 


Mak feeling2 anak tiga orang 😂


Bila bebudak dah boring, kitorang decide nak naik bajak. Tapi que panjang lah pulak. So makan dulu lah. Cafe dia dekat tempat beli tiket2 tu. Ada nasi ayam, masakan panas goreng2, buah, ice cream, air, dan celup tepung. Kitorang amik nasi dua, sup campur satu, ikan & sotong celup tepung. Tapi jangan expect celup tepung dia macam Terengganu punya ya. Sangat jauh beza. Haha! Tapi alhamdulillah lah rezeki masih boleh makan.

Ngam2 masa kitorang makan tu cuaca dah mendung. Ahh sudahhh. Tak lama lepas hujan turun selebat tidak 😆 Naseb baik lah tak naik bajak masa tu kalau tak mesti kene tempias2 jugak kan. So kitorang bertenang2 lah habeskan makan nasi dulu.

Lepas makan agak2 tengok hujan dah reda kitorang terus pergi area menunggang kuda. Masa tu tak ramai orang dah. Ada satu family je tengah que. Masa memula datang tu panjang gila orang que.



Tapi sayangnya anak2 mak semua penakut nak naik kuda. Jadinya rezeki Amsyar lah dapat naik 3 kali. Sekali dengan mak dia. Dua kali dengan makcik ni.

Serius neves weh. Aku tak ingat aku pernah naik kuda ke tak. Dah luput dari memori. Tapi masa naik kuda ni rasa kesian sangat. Dah la macam kurus. Aku ni dah la berat 😂 Masa memula naik tu terduduk belakang sikit. Terasa lah terduduk macam kat tulang kuda tu. Pastu budak tu suruh adjust ke depan. Eh terdepan sangat pulak haha! Kali ketiga baru ok.

Dah tu bergoyang2 pulak atas tu tak stabil. Adoi seriau betol aku kot2 aku tersenget pastu jatuh tersembam ke tanah 😆

Ngam2 masa pusingan last ni dah start renyai balik. Dan2 berlari masuk area cafe balik.



Tak lama lepas tu train/bajak sampai. Kitorang pon cepat2 que untuk naik takot lambat2 nanti makin ramai orang. Masa tu hujan pon alhamdulillah dah stop.

Belakang gambar tu lah cafe tu. Haritu kemain ramai umat manusia. Dah la dengan panasnya. Area Nabila AgroFarm ni tak banyak sangat pokok jadi bahang kemain. Naik pening kepala aku. Kalau macam Farm in the City tu redup je kan sebab banyak pokok berteduh. 







Bebudak cakap dorang tak suka naik benda alah ni 😂 Maybe sebab gayat. Yelah bajak yang bawak pastu belakang tempat2 duduk camni kan of coz lah bergoyang2 sikit. Masa amik corner pon dengan aku2 sekali menjerit sebab takot terbalik hahaha!

Jauh jugak dia bawak jalan round area farm dia ni. Sebenarnya tempat ni besar lagi cuma dia belom make use lagi semua area. Boleh nampak dia lepas kan kuda2 kat tanah lain, pastu ada kerbau, sungai. Ada tanah yang dia tanam limau kasturi Ya Allah gemok2 limaunya geram aku!



Aktiviti lain seperti memanah & atv

Bila dah takde aktiviti nak buat kitorang pon balik. Tak silap 3 jam je kitorang dalam tu. Dari 11.30am ke 2.30pm.

Ok lah untuk korang yang nak bawak anak fun sekejap2 je and tanak penat sangat. Tapi kalau ramai orang tu rasa semak sikit lah dah la panas. Hehe.



Kalau ada aktiviti baru nanti boleh datang lagi 😊

Dekat2 dengan Nabila ni ada Ostrich Farm, yang ni tak singgah haritu so tak tau apa ada kat sana. Maybe next time.



Love,

Wana.

Monday, September 7, 2020

First time pos barang dari Malaysia ke Qatar

 Assalamualaikum.

Sesiapa yang follow IG aku tau dah la cerita ni. Cerita bulan lepas.

Disebabkan Akram dah 5 bulan lebih tak balik Malaysia masa tu so aku decide nak pos something kat dia.



Semua bermula dengan gambar ni. Masa PKP dulu aku print2 gambar nak masuk dalam album. Sekali tu ada one of my senior high school komen, dia cakap gambar ni kalau buat postcad cantik sangat sebab color dia so bright. So aku macam aah ek pos postcad ke Qatar time2 covid ni best jugak. Feeling sentimental gitu. Haha!

Tapi aku malas betol nak pikir. Lepas PKP, bila aku tengok macam takde gaya Akram boleh balik so aku decide nak pos something untuk dia. Saja lah kan nak sepraiskan dia 😜 Dulu dia pon tak pernah bagitau barang2 dia dah habes sebab tetiap bulan dia balik Malaysia topap barang2 macam kicap, belacan, megi, etc. Tapi lepas 5 bulan dia tak balik ni dia memang cerita lah semua barang dah habes. Nak masak tu tak cukup masak ni tak cukup.

Dia cakap kat sana ada barang yang ada. Ada yang takde. Macam rempah2 tumis, sup bunjut memang takde. Kalau kari pulak ada tapi yang India punya dia cakap tak kene kat tekak. Kalau kicap pulak kicap pekat abc tu. Pastu mahal gila lah kan compare dengan bawak dari Malaysia.

Akram ni dia memang rajin jugak memasak kat Qatar tu. 

Jadi, aku start google cara2 untuk pos barang ke Qatar. Dapat jugak lah beberapa info. Then, aku try contact kawan blogger dulu. Dulu kenal dari blog, lepas tu pernah jadi customer dia sebab dia rajen buat personal shopper. Now rasa macam dah jadi kawan2 je. Since dia pernah jadi PS sampai ke uk (korang boleh follow ig dia @psainzack) and pernah pos macam2 barang ke oversea, so aku try tanya dia guna courier apa.

Dia cakap dia guna easyparcel. And lagi best dia offer kalau nak dia tolong pos kan boleh jugak. OMG of coz lah nak kan! 💃 Rasa nak menangis sis sebab selalu jumpa orang baik2 hahah!



Quite fast jugak kan? Tu pon awal2 tu lambat sebab cuti raya haji kalau tak aku rasa lagi cepat dia sampai. Aku ada upload video pasal benda ni kat IG (@_wanaaa.jr) kalau korang nak tengok lah 😛 Akram tak tau aku nak pos barang ni. Konon nak seprais.

Tapi masalahnya mula2 tu aku tak tau nak pos apa 😂 Sebabnya setiap kali Akram balik aku tak amik tau sangat barang apa dia masukkan dalam kotak dia tu. Kadang2 kalau groceries shopping sama2 nampak lah dia amik nescaffe, megi, santan etc tapi tengok2 macam tu je lah. Haha! Tak boleh pakai punya bini ek 😆

Dia minum nescaffe apa pon aku tak tau. Sebab aku tak minum kopi kat rumah. So masa aku nak beli nescaffe tu aku ws dia tanya dia minum yang 3 in 1 tu ke? Sekali dia cakap tak. Dia cakap selalu minum 3 in 1 tak bagus. So dia minum yang bancuh sendiri tu sekarang. Fuhhhhhhh naseb baik aku tak main beli je. Tapi dia tak syak pape hihi. So aku belikan dia nescaffe gold. Dengan susu pekat satu tin sebab dia kata susu pekat pon takde kat Qatar.

Yang lagi best alamat rumah dia pon aku tak tau hahaha! Masa aku mintak alamat rumah Akram tu dia neves. Sebab nya sepanjang PKP ni kitorang selalu bergaduh tau. Like everyday ada je benda nak digaduhkan. Benda kecik pon nak gaduh. I dont know. Maybe sebab jauh, masing2 jadi too sensitive and cepat nak emosi. Agaknya Akram takot aku hantar surat mahkamah ke Qatar 🙈 Warga PJJ paham lah kot situasi ni. Lagi2 selalu sangat miscommunication.


Sepraissssssssssssss! 😍

Masa parcel sampai Akram takde kat rumah. Housemate dia tolong received. Kene bayar duit lagi 35 riyal. Akram famous seminggu sebab dapat parcel ni. Lagi famous sebab dapat belacan barang paling rare denat sana. Haha! Akram cakap orang pos barang Qatar ke Malaysia selalu. Tapi Malaysia ke Qatar tak pernah so dorang macam impress lah barang boleh sampai.



Mula2 aku belikan megi 3 bungkus, rempah tumis, sup bunjut, nescaffe, sadin satu tin, santan dua kotak, rempah kari pek kecik, cereal, essential oil, vitamins, biskut, lada kisar, asam jawa. Tu je yang aku boleh pikir and selalu nampak dia beli. Yelah nak buat sepraiskan takkan nak tanya pulak 😆

So bila dah siap letak dalam kotak aku pon hantar lah pergi rumah member. Naseb baik lah masa tu member busy so dia tak sempat nak pos. Tiga hari lepas tu Akram mengadu kicap habes, belacan habes, nak masak soto takde rempah sup, rempah kurma. Haha! So gigih la balik keje aku singgah kedai Acheh beli barang2 tu. Dia masih tak tau aku nak pos barang lagi. Dia just mengadu je semua barang dah habes.

Esok pagi nya before pergi keje dari Sepang aku singgah Bangi hantar barang2 tambahan pastu baru pergi keje kat KL.

Yang bestnya member aku cakap dia kene packing kan balik sebab aku main letak je semua dalam kotak 😂 Padahal ada botol kaca apa bagai. Sis noob tak pernah nak pos2 barang macam ni jadi tak tau hahah! Thank you Ain and Am sudi luangkan masa tolong sis 😭


Total 6kg. Harga korang google la easy parcel ye nanti dia quote berapa rm 😊 Cuma kalau korang ada ID dengan easyparcel dapat lah murah sikit. Aku ni sebab kawan tolong pos kan so tak dapat nak review proses dia. hehe





Yes I really hope this little things will make him happy. Kitorang dua memang tengah stress. Dia stress sebab tak dapat balik. Aku stress sebab aku kene buat semua keje sorang2. Handle anak2, pergi keje, buat kerja rumah. Allah je tau penat dia macam mana. Tipu lah kalau tak down. Dengan family jauh. Bila orang tanya macam mana aku handle, aku just cakap aku follow the flow. Ada hari aku good, ada hari aku bad. Bila bad day tu kadang aku tanak buat apa pon. Aku boleh baring je seharian tanpa buat apa. Kesian anak2.

I really hope this pandemic will end soon walaupon kite semua tau pandemic ni boleh go sampai 2 tahun selagi takde vaksin kan.

Aku bukan apa. Kesian dekat anak2. Walaupon dorang faham yang ayah dorang tak boleh balik sebab ada virus, tapi aku kesian bila dorang kene marah mesti dorang akan panggil ayahhh ayahhh 😢

Haritu ada sorang follower dekat IG bagitau dah dekat setahun tak jumpa husband dia. Sebab husband dia kerja dekat hujung dunia dekat Trinidad and Tobago. Aku pon first time dengar haha! Rupanya kat area2 Carribean sana memang hujung dunia lah kan.

Masa PKP haritu nak balik tapi flight semua cancel. Ni last month baru dapat balik sebulan. Tu pon naik chartered flight 24jam jugak baru sampai Malaysia. Plus lepas 2 minggu kuarantin tinggal lah dua minggu. Pastu kene balik sana balik sebab kerja. Takkan nak berhenti kerja pulak kan dengan keadaan sekarang yang ekonomi tak stabil ni.

Thank you untuk semua yang selalu doakan aku kuat. Paling tak pon doakan aku tak gila hahaahhahah! Mak2 paham lah kot cemana handle anak2 tanpa suami tengok boleh gila ke tak? Semoga korang yang ada situasi macam aku, kita sama2 doa supaya Allah keluarkan kita dari segala kesulitan ni. 

Aamiin.


Love,

Wana.



Friday, September 4, 2020

Gemok dari perspektif berbeza


Assalamualaikum.

Haritu masa aku bawak Aminah pergi check up aku tumpang lah timbang berat sekali kat sana. Rasa macam dah lama tak timbang berat. Sebabnya aku takde penimbang kat rumah jadi aku memang timbang berat kalau jumpa penimbang kat mana2 je. Sekali tengok dah 56kg!! Omg aku terkejut gila 😂  

Mesti orang akan cakap alaa baru 56kg dah cakap gemok. Habes aku ni apa? Itu korang 😝

Hence the title gemok dari perspektif berbeza. Well its not about compete with each others. It's about continuously competing with diri sendiri. To be better than the person we were yesterday. Gittew.

Aku nyampah sikit bila kawan aku tanya berat berapa? Bila aku cakap dah 55kg nanti dorang mulalah alaaaa baru 55kg aku dah 65kg. Masalahnya aku pendek. 153cm je macam tu. 55kg still berat ideal tapi nampak lah tembun sikit. Kalau nak betol2 ideal memang 50kg-51kg. Lagipon aku tanak compare dengan korang. Korang nak gemok sukati korang lah. Aku tanak wakakaka. Aku ada achievement tersendiri. Hehe. Actually bukan gemok pon. Just berisi je. Tapi bagi aku sama je lah 😆



Bila aku tengok gambar ni aku termenung sambil muhasabah diri. Ok dah tak boleh sedapkan diri dah. Memang dah gemok hahah! Ni minggu lepas punya cerita masa pergi melawat kawan dekat hospital. Kau tengok lengan tu 😭 Kemain sedap lagi dia membesar. Tapi masih lagi tapau coffee bean & cake coklat 😂

Selama ni aku main agak2 je berat aku. Kalau aku rasa2 seluar dah ketat makna nya dah gemok lah tu. Patot lah sejak dua menjak ni aku rasa seluar ketat, bra ketat, peha berlaga, badan berat. Tapi sedapkan hati sendiri naik sikit je kot 😆


Daripada ini! Ini dua bulan lepas punya gambar 😂 Tengok lah peha tu 😭

Dulu berat aku main2 kat 55kg-56kg. Tanak turun. Diet lah macam mana pon tetap tanak turun. Bila aku start breastfeed anak first baru lah nampak berat turun sikit dapat 51kg. Bila breastfeed anak kedua dapat jejak 50kg. Itu pencapaian terbaik sepanjang dewasa lah hahaha. Masa tu memang nampak muka pon kurus sikit.

Aku pon tanak kurus yang nampak cekung sampai 45kg tu. Aku bukan model pon. Kang kurus2 sangat siapa nak tolong angkat anak? Mau pengsan aku 😆 50kg memang ngam2 je dengan aku tak kurus tak gemuk.


Ni masa raya haji akhir bulan 7. Masa ni suruh adik aku amik gambar banyak kali sebab rasa dah nampak gemok kahkahkah.



Masa Aminah warded nampak kurus sikit. Maybe sebab penat.



Ni dua minggu lepas. Maybe makanan kat hospital sedap sangat. Pastu orang hantar donat lah, pizza lah, starbuck lah. Celebrate birthday lagi. Member belanja nasi arab lagi peh memang makan macam tiada hari esok 😭 Nampak beza dengan gambar sebelum.
 


 

Gambar atas ni gambar latest masa 31/8/2020. Memang dah tak boleh sorok dah. Terima lah hakikat kene jaga makan balik.

Actually kan kalau korang kenal badan korang, senang je korang nak turun badan. Macam aku, bila aku amik gula lebih je confirm badan naik. Nasi pon ada gula kan. Pastu tambah makan ice cream, dessert etc memang cepat je naik. Aku perhati kalau aku tak amik gula tambahan takde lah cepat sangat naik even aku makan nasi.

Luckily aku bukan sejenis coffee addict or sugar addict. Aku tak kisah sangat kalau tak minum manis. Tu yang senang sikit nak control makan.

Kalau korang tanya aku penting sangat ke kurus tu. Pendapat aku penting. Tapi bukan kurus beno. Dapat badan fit ok dah. Senang nak bergerak, senang nak uruskan anak2.

Aku limitkan berat aku 55kg-56kg je untuk tahap gemok aku. Itu piawai aku. Kalau dah sampai berat tu means aku kene berjaga2 and kawal makan. Sebabnya korang tau kenapa?

Sebab aku pernah baca satu fakta ni. Dia cakap 'apabila berat menurun, sel lemak TIDAK berkurangan'

Yup. That's why aku rasa ramai yang dulu gemok, bila dia dah kurus, makan lebih sikit je pon badan cepat naik balik. Benda ni lah yang aku takot. Sebab sel lemak ni bila dah terbentuk dalam badan dia takkan hilang. Dia boleh mengecut dan mengembang. Jadi ko nak tunggu sampai obesiti baru nak jaga makan? Of couse tak kan. Bila berat dah sampai paras2 bahaya ni lah ko dah kene start untuk berhati2. Biar tak terlambat dan menyesal.

Orang yang dah obese ni, bila dia dah start kurus, dia kene diet forever. Nampak tak? Sebab tu aku tak suka sangat diet beria. Bukan makan banyakkkkkkkkkkkk pastu gemok pastu diet pastu dah kurus makan banyak balik. Letih weh. Biar lah macam sekarang. Agak2 dah tau berisi, cuba control makan. Dapat kan balik berat ideal. So berat kau akan main2 kat situ je ok lah kan.

Nak kurus ni bukan senang. Ko tengok sherry al hadad tu jaga makan, exercise bagai nak rak aku rasa aku tak mampu lah nak buat macam tu. Turun kan berat ni yang penting 70% ko jaga makan and 30% exercise. Aku pon tak exercise. Dok harapkan buat kerja rumah, jalan site, jaga anak etc. Hahaha.

Pastu kene tau ko diet tu yang turun berat lemak atau berat otot? Sebab tu rumah aku takde penimbang. Aku ok je. Sebab aku ukur kegemokan aku guna bra, baju dan seluar. Last month memang aku perasan seluar aku ketat gila. Perot jangan cakap lah. Sampai Aminah cakap 'best lah main perot mama ni sebab gemok' Ko rasa? Hahahahah 😭 

Ni dah seminggu try jaga makan alhamdulillah nampak perot ada turun sikit hahah! Kalau berat ko turun tapi muscle mengecut lagi banyak dari lemak nanti badan ko jadi kendur dan tak fit. Makna kata gelebeh la.

Bila pergi office aku cakap taknak makan nanti mulalah bro2 kat opis ni menganjing 'Ala Wana laki ko bukan nya ada nak diet2 buat apa?' Itu lah perkara yang aku menyampah. Kite diet bukan sebab orang lain. Tapi sebab diri sendiri. Kita nak konfiden. Kita nak fit. Betol tak? Jangan tipulah kalau tengok orang lain kurus kite tak terasa hahaha. Lagi2 yang dah ada anak empat lima tapi maintain kurus. Jeles kan 😝 Walaupon suami selalu cakap takpe saya suka je awak gemok, sedap pelok. Tak payah percaya lah. Kite jaga badan sebab nak sihat. Lagi satu biar dia fikir sejuta kali kalau nk ada scandal lain 😂

Tapi bila dah ada anak ni takde lah nak kurus sangat pon. Cukup lah maintain ideal weight. Dengan tinggi aku 153cm, ideal weight aku 48kg-53kg. Aku rasa kalau kurus2 sangat pon muka nampak tua/matured dari umur sebenar. Asalkan jangan overweight dah. Dan paling penting takde sakit2 and cholestrol ok. Jangan ingat orang kurus takde cholestrol pulak.

Ada orang obses dengan penimbang. Bagi aku, kalau berat kau sama, tapi dah boleh pakai baju L ke M maknanya dah kurus lah tu.

Hidup ni kalau strict sangat pasal makan tak boleh jugak. Makanan tu bagi kegembiraan kot. Takkan lah tanak makan. Tapi keys dia berpada. Kalau teringin nak makan something tu makan je lah. Tapi portion jaga. Aku pon makan je semua. Tapi ada beza ye makan dan melantak.

Good luck lah untuk sesiapa yg masih struggle. Hehe.



Love,
Wana Havana



Wednesday, September 2, 2020

Aminah warded hospital kali kedua

Assalamualaikum.

Aku rasa aku kene rajinkan diri update blog lah malam2 biar lupa nak makan 😂 Berat aku dah naik weh. Tapi tu nanti2 aku cerita kat post lain. Bukan apa, teringat zaman2 rajin update blog dulu punya lah khusuk sampai lupa nak makan. Ni harini satu hari makan roti jala je konon nak diet tapi banyak jugak aku balun 🤣 Takpelah malam ni kite tahan diri. Minum susu aje. Hahahah.

Nak cerita masa Aminah warded hospital lepas raya haji. 8/8/2020. Aku ni dah la masa raya haji tu amik cuti lama dari Jumaat sampai selasa. Pastu keje 3 hari. Tup2 sabtu (8/8) tu Aminah warded hospital 4 hari. Hahah.

Tak tau apa puncanya. Jumaat tu balik sekolah macam biasa. Makan minum semua macam biasa takde yang pelik pon. Lepas maghrib start batuk. Biasanya dia batuk sekejap je. Since complete vaksin pneumococcal tahun lepas memang dia jarang kene batuk teruk. Sapu minyak sikit, tido pastu ok dah.

Tapi Jumaat tu sapu minyak tak jalan makan ubat tak jalan. Dia tido pon tak lena. Sekejap2 bangun sebab nafas laju. Aku pon tak boleh nak tido sebab dengar bunyik nafas dia tu. Risau. Kejap2 bangun sapukan minyak sambil urut2. 

Sabtu pagi tu aku decide nak bawak pergi klinik. Pukul 6.30am lepas Subuh terus keluar rumah. Dengan tak mandi nya hahahah. Ingatkan ada lah klinik bukak 24jam. Pusing2 Kota Warisan semua klinik 24jam tutup. Aku syak since covid ni klinik bukak sampai 10pm je.

Bila dah macam tu nekad lah terus bawak Aminah pergi hospital. Paling dekat dengan rumah is Nilai Medical Centre. Tapi yang aku geram dengan hospital ni kenapalah tak boleh check in guna apps MySejahtera. Kene scan manual qr code isi satu2. In my case aku kene scan tiga kali lah untuk tiga orang. Dah la aku sorang2 kan bawak dua anak, nak cepat pulak. Dah tu online form dia tu siap mintak no ic bagai halahh aku dengan tak hafal no IC anak memang hangin je aku masa tu. Orang nak cepat ni.

 

Lepas doctor dah check2 doc decide nak warded. Masa mula2 datang tu oxygen Aminah cuma 80% lebih je. Heartbeat memang laju lah. Pastu doc buat xray, influenza test and blood test. Mula2 je dah kene sign untuk bil Rm600 😂 Means kalau tak kene warded aku lah kene keluar duit tu! 🤣

Doctor cakap musim2 covid ni hospital tak guna nebulizer biasa tu. So dia bagi ventolin dengan chamber ni. Mula2 nak amik ventolin ni dia melalak nak kene pujuk2. Yelah dah lama tak pakai. Last dia pakai awal tahun lepas kot. Aminah ni ada eczema since baby so doctor memang dah cakap kebarangkalian dia dapat athma tu tinggi. Masa dia kecik memang selalu batuk. Bila batuk je confirm teruk sampai kene neb. Aku risau takot2 dia ada athma. Tapi doctor cakap too early untuk dia diagnos Aminah dengan Athma sebab kecik lagi. So dia cakap pantau je dulu.



Masa ni dah siap amik darah untuk blood test dengan buat xray. Nak pergi tempat xray siap naik wheelchair punyalah best kalau warded hospital swasta ni kan 😂 Aminah pon dah tetido kepenatan. Masa ni tengah tunggu dapat GL dari insurans. Aku guna Insurans AIA. So far Alhamdulillah takde masalah lagi. Aminah pernah warded dua kali. Aku pernah warded sekali. Ni salah satu sebab kitorang amik medical insurans. Sebab area Salak Tinggi Nilai ni takde hospital gomen. Paling dekat Putrajaya/Seremban/Serdang. Tu pon jauh la jugak kan kalau aku nak patah2 balik rumah. NMC ni 10 minit je dari rumah boleh la lari2 balik rumah kalau ada pape pon.

Masa ni pukul 9.30am. Nurse tanya aku nak sign form dulu tak untuk naik ward. Means kalau GL decline aku kene bayar sendiri kahkah. Serba salah aku.

Pastu Akram cakap sementara Aminah tido tu try minta tolong nurse tengok kan bebudak so that aku boleh balik rumah amik baju dengan barang lain. Yelah pergi hospital sehelai sepinggang kan.


Nurse cakap boleh je tapi dia takot Aminah bangun and nangis. So dia suruh kakak tinggal untuk temankan adik. Ni lagi satu part yang aku bersyukur gila. Kan musim2 covid ni sepatotnya budak tak boleh masuk kawasan hospital kan. Tapi aku cakap dengan nurse takde siapa nak tengokkan dia ni. Laki pon takde. So dia bagi je lah masuk. Tapi dia tak tanya laki aku mana. Tah2 dia ingat aku ibu tunggal pastu semua kesian kat aku kahkahkah.

Naseb baik kakak memahami. Dia ok je kene tinggal. Actually jarang2 jugak dia memahami camni. Kadang tu kalau sampai perangai meminta tamparan dia tu dia nak ikot aku balik jugak 😩 Bila dia dah ok ni aku laju2 balik rumah kemas2 baju dengan barang2 lain. Pastu sempat tapau makanan sebab kelaparan tak makan apa dari pagi.

Sampai2 hospital alhamdulillah dah boleh naik ward. Nurse cakap 5 minit lepas aku chow GL pon approve. Huhu. Kemain aku rushing takot Aminah melalak. Rupanya dia relax je tengah main dengan kakak dia. Ceh.

Nurse hantar naik ward pakai wheelchair. Haha.


Dia senyum sebab seronok pasal dapat beg hospital tu 😑


Masing2 kelaparan. Naseb mak tapau banyak sikit. Tak lama lepas tu room service masuk. Dia cakap sebab lambat check in menu lain semua dah habes. Tinggal bubur ayam je untuk lunch. Belasah je lah. Hahaha.


Single room. Air panas air biasa pon nurse tolong isikan. Hehe.


Masa ni dia dah redha dah kene amik gas 6 puff every 4 hours tak silap.


Dah makan ubat tido lah. Mak pon boleh berehat regangkan badan. Fuhhh.



Rezeki bebudak ni. Ramai betol kawan2 aku dok pm nak hantar makanan sampai aku confuse aku duduk hospital ke duduk hotel ni 😂 Dengan makanan hotel yang sedap2 lagi (boleh tengok aku upload kat ig haha) Banyak pulak tu. Mana tak gemok aku bila keluar hospital hahaha.

Sabtu malam tu alhamdulillah anak2 tido lena. Cuma tu lah aircond bilik sejuk gila. menggigil2 aku dengan si kakak. Yang Aminah boleh relax je 😑 Selimut hospital pulak tebal tapi still sejuk. Aku pulak lupa nak bawak sweater. Hadap je lah. Itu cara2 aku dah set suhu maximum tau pastu tukar mode cool to vent. Pon still sejuk.

Part mencabar bila kene kejut Aminah tengah2 malam untuk makan ubat je lah. Dia o key je makan ubat. Tapi kalau ko kacau dia masa tido semata2 untuk makan ubat dia moody lah jugak. Jadinya ko kene pujuk2 peluk2 eiiii sabo je lah mak yg mengantok dan tak bape sabor ni hahahaha.

Tapi tiba2 badan Aminah naik rashes. Ahhh sudah entah ubat apa lah yang dia allergic ni. Masa memula masuk hosp memang nurse tanya sesiap ada allergic ubat ke tak tapi aku cakap takde sebab dia kan mana pernah sakit yang teruk2 pon so ubat ape je lah yang dia amik. So far memang takde allergic ubat pon. So nurse cakap takpe nanti dia refer doc. Sementara tu dia bagi calamine lotion dulu.


Esok paginya doctor round dalam 9.30am. So far progress Aminah ok. Doc cakap pantau dulu. Pastu dia tambah ubat allergic. Masa ni oxygen dah normal. Hearbeat pon dah normal. Demam dah takde so tak payah makan ubat demam dah.

Blood test tunjuk sel darah putih tinggi. Aminah aku notice setiap kali dia batuk or demam memang sel darah putih dia akan tinggi sikit. So kene on antibiotik. Xray semua ok.

Lepas doctor round kene pergi fisio. Ni first time aku bawak anak pergi fisio. Biasa nampak kawan2 apdet anak2 dia buat tepuk percussion tu. This time aku pulak dapat pengalaman. Hari pertama ni dapat fisioterapis perempuan. 


Haha nampak tak satu beg roda aku angkut masuk hospital. Masa memula aku balik rumah sabtu tu aku just pakai beg belakang je. Pastu Ahad petang tu aku lari balik rumah lagi. Sebabnya belom ada tanda2 dapat discharge. On antibiotik kan paling sekejap pon mesti kene duduk wad tiga - empat hari. Masa ni dok mengangkut selimut tebal, sweater lagi last2 pikir ahh baik aku tarik beg je senang. Nanti nak check out pon senang tarik je satu beg. Lantak lah orang perati ke apa ke yang penting aku senang. Haha. Naseb baik jugak pakai mask kan takde lah orang nampak muka 😝



Tenkiuu makcik Sarah datang melawat. Siap bawak belon. Sabtu tu dia ni hantar runner suruh beli makanan pastu hantar kat aku. Banyak gila aku rasa dia ingat aku duduk hospital sebulan agaknya. Dengan roti, biskut, air2, pakej ada coklat cadbury roast almond  favourite aku lagi. Tak tau lah mana dia tau tak pon runner tu main beli je tup2 eh favourite aku. haha. BFF since high school. Pemegang rahsia terbesar aku. Cuba tanya dia berapa kali aku nangis haha.

Dari zaman aku bergaduh dengan Akram tahun 2010. Dia lah yang hadap. Kene panggil dengan warden zaman2 uni sebab dia tido bilik aku alasannya aku sedih putus cinta ahahahaha! Masa tu dapat roomate bangang suka cari pasal asyik mengadu kat warden je. Tah pape last2 aku duduk rumah sewa luar lagi best.

Time tu dia ni study Uitm Shah Alam. So kitorang lari2 Shah Alam-KL tetiap minggu dah jadi rutin. Sampai tahap dia pernah menyewa kat KL semata2 sebab saja senang nak lepak dengan aku 😂 Bosan2 dok naik motor merayap kat bukit bintang, ushar mamat hensem kahkah.


Kakak tak tahan sejuk. Selimut sampai tiga lapis. Adik relax je takde selimut hahah.Sampai kakak dah start batuk selsema pulak sebab sejuk. Cara2 macam tu ada hati lagi tanya aku bila nak bawak dia main salji. Haha. Kite pergi salji Icity dulu lah nak. Covid belom habes lagi 😭



Rutin setiap pagi. Pergi fisio.

Yang bestnya kalau warded swasta ni, sukati ko nak mandi pukul berapa 🤭 Pastu pepagi nurse tanya nak ganti cadar ke tak. Kalau ko cakap tanak dia tak kacau. Aku ganti hari2 kecuali selasa last day tu sebab aku pasti dan yakin boleh discharge kan. So malas nak ganti boleh la aku tido lama sikit hahahah. Pastu NMC ni tak payah pakai baju hospital. Pakai je lah baju sendiri. Nak cas hp pon boleh, aku siap diffuse essential oil lagi hehe.




Masa ni dapat fisioterapis lelaki pulak. Cara dia buat percussion tu lain sikit dengan yang perempuan semalam nya. So dia cakap lain terapis lain caranya. Ohhh gituu.

Isnin petang tu mak ayah aku sampai dari Kota Tinggi. Biasalah nenek2 kan cepat kesian kalau cucu sakit. Huhu. Mula2 aku cakap tak payah datang lah sebabnya ayah aku bukan pandai nak guna waze ke google map ke. Kang sesat pulak nak carik hospital. Tup2 dorang cakap nak datang. Tup2 lagi eh jumpa hospitalnya tanpa maps! Hebat gila 😆 Yelah orang lama kan. Zaman2 dulu mana ada maps. Dok guna papan tanda arah je. Kalau aku memang tak berani lah. Alangkan guna maps pon aku boleh sesat inikan pulak guna signboard je. Mau sesat sampai Perlis gamaknya kahkah.


Hari Selasa. Dapat discharge yeayy! Selepas 4 hari tiga malam. Nampak tak banyak gila ubat tu *nangis* Dia insist nak bawak ubat tu. Dah la bulat. terkedek2 bawak seplastik ubat buat orang geram je pandang dia tau.



Urusan discharge smooth. Mula2 kene pergi farmasi dulu amik ubat. Lepas tu kene turun bawah setelkan bil and amik balik deposit. Ohh Hospital Nilai ni dia mintak deposit jugak even ko ada medical card. RM300. Masa discharge dia pulangkan balik. Hospital Nilai je macam ni. Maybe ada hospital lain jugak. Sebab agent aku cakap sepatotnya tak perlu pon bayar deposit.

Masa nak balik rumah ni ada cerita jugak. Lepas dah setel2 semua aku pon balik la rumah. Halfway nak sampai rumah baru teringat chamber untuk ventolin tu tertinggal. Sebab aku gantung dekat besi tempat gantung drip air tu. Masa kemas2 barang dah ingat sekali eh boleh lupa jugak.

So aku call lah hospital cakap ada tertinggal barang. Hospital sambung kan ke wad yang aku duduk tu. Tapi nurse cakap dia masuk bilik takde. Aku yakin memang aku tertinggal. So this nurse cakap takpe datang je nanti dia amikkan yang baru. Wahh aku pon ok lah patah balik. Nurse tu siap bagitau nanti dia letak kat kaunter pastu datang nanti inform kaunter nama dia (aku dah lupa haha) untuk amik chamber.

Tup2 bila aku sampai hospital, naik wad si nurse tadi dah balik. Aku masuk bilik memang takde chamber tu (even belom start housekeeping). Nurse yang jaga kaunter masa tu cakap takde pon sesiapa tinggalkan chamber. And kalau nak yg baru tak boleh sebab kene bayar. Eiii masa tu dah panas jugak hati aku ni. Last2 malas pikir banyak aku bla and terus pusing bandar Nilai carik farmasi beli chamber. Mahal pulak tu chamber! Haha. Sabo je lah.

Apa2 pon alhamdulillah dah boleh balik rumah.

Aku continue cuti sebab banyak gila ubat Aminah nak kene continue 😭 Masa mula2 tu berperang jugak lah nak bagi ubat lagi2 part antibiotik. selama ni drip. Pastu nak kene makan dah la 7ml. Pekat pulak tu. Bertabah je lah aku ni. Kene pujuk2 slow2 haih.

Minggu depannya tu aku angkut dua2 pergi office sebab banyak kerja terbengkalai. Aminah kene on ventolin 2 minggu. So memang tak lah kan nak hantar nursery. Si kakak pulak ada batuk2 sikit so takpelah bawak dulu pergi office. mencabar weh gila tak mencabar. Kat office pon nak merajuk bergaduh nangis eii sabar sabar.

25/8/2020 - Followed up check up dekat NMC. Alhamdulillah fully discharge!

Doctor cakap biasalah bebudak tengah aktif. Batuk sikit pon boleh sesak nafas sebab saluran pernafasan dia still kecik. And still too early untuk diagnos dengan athma sebab kecik lagi. Ada budak yang kecik2 rajin amek neb tapi bila besar ok je. Macam tu lah. Budak nak membesar. Tapi doc puji lah sebab Aminah habeskan semua ubat even ada satu ubat yang kene makan 3 hari tu pon dia habes. Aku cakap ubat tu takde apa pon. Yang payah cuma antibiotik je sebab banyak. Haha.

Ventolin tu dia suruh simpan kot2 ada batuk dia suruh guna je. and record so that kite boleh tau kekerapan budak tu amik neb. Kalau sehari guna ventolin tak ok baru bawak jumpa doctor.

Semoga sihat2 je anak lepas ni. Bapak kau tahun depan baru boleh balik. Kesian dekat mak pelis!


Love,

Wana Havana.