Friday, March 16, 2012

Lelaki bawak bekal pergi kerja sangat comel.

                          
bergedil dah siap !
sedia untuk digoreng.




Rajin kan aku.
ni kalau makcik2 kat luar tuh tengok menangis sebab jumpa anak dara rajin macam aku ni sambil bercakap "tolong lah jadi menantu makcik. tolonglah terima anak makcik"
kahhh kahhh.
berangan tak abes2 :P



Hari tuh Akram request nak makan bergedil.
aku pon okey je lah. bukan susah sangat nak buat pon.
actually susah jugak tapi disebabkan aku pakai daging cincang segalanya menjadi mudah.
kalau kat kampung kene cincang daging sendiri.
mak haku mane main daging2 cincang ni.



so semalam aku balik kerja terus aku singgah carefour cari barang2.
tapi kat carefour barang semua nak besar2 je.
daging cincang sampai bape kilo tah nak buat ape pulak.
last2 aku singgah kedai BALAJI (nama kedai runcit bawah rumah aku).
semua lengkap just daun kucai dah abes. so aku ganti dengan daun sup.
hahahahaha ! sukati je kan.






aku pernah letak resepi dalam blog ni.
tapi hari tuh Pn. Ibu buat macam lain sikit.
tak pakai bawang.


Kentang tuh potong kecik and goreng. Dah goreng lenyekkan.
daging cincang aku rebus kejap and gaul sekali dengan kentang lenyek.
masuk garam and black pepper sukati korang.
masuk daun sup cincang halus since daun kucai tade.
last aku masuk bawang goreng.
so bila makan rasa macam krak kruk krak kruk macam best gittew.



bila dah siap semua bulat kan kecik2.
senang je sedap pulak tuh.
sape cakap susah memang pemalas.
lempang je diri sendiri. wahahaha.



aku simpan dalam freezer siap2. Kira macam produk sejuk beku lah. haha !
nanti Akram goreng sendiri. rumah dia ade je dapur.
just peti sejuk dah beli tapi tersadai rumah pakcik dia.
kurun bila entah nak ambik.



Aku cakap sewa lah lori ambik peti ais tuh.
kalau ade dah senang.
at least boleh jugak memasak sikit2.
takde lah manjang je makan kat luar.
dah la mahal.
eh Akram rajin jugak bawak bekal roti, kadang2 sosej pergi kerja.
nanti boleh la die bawak bekal bergedil aku pergi keje.
comel kan. hahahahaha !



dah2 merepek je.


okbai.




                                   

Thursday, March 15, 2012

Feeling-Feeling Vanilla Coklat

                                                

Malam tadi




Akram : Dah2 la tuh. Takkan nak tunggu hujung minggu baru tak merajuk.

Aku : Nak bunga ros.

Akram : Alah nak bunge ros buat ape?

Aku : Taknak bagi dah.

Akram : Alah tanye je. Kalau tak bagi tak keluar lah weekend?

Aku : Nak bagi ke tak?

Akram : Yelah tapi bukan minggu ni lah. Hehe

Aku : Dah tuh bila pulak?

Akram : Tunggu dapat gaji. Hehehe

Aku : Alah pastu lupa. Macam ah tataw.

Akram : Ingatkan lah nanti. Huhu. Ape lah.

Aku : Tak jadi lah nak ros. Nak cactus 2 jenis yang comel.

Akram : Huhuhu. Nantilah cari :)






Yeay !
Nak cactus bunga Pink camni.
Hehehehe






okbai.

                                 

Tuesday, March 13, 2012

Mekap.

                    


2 minggu lepas kot Officemate aku ajak pergi alamanda lepas keje sebab nak cari lilin aromaterapi katenye.
aku pon okey2 je lah.
niat di hati nak teman je kawan aku ni.
sekali bila masuk2 alamanda je nampak Ellianto SALE 70% niat ke mana teman ke mana.
yang kawan aku ni dah la kaki membeli barang2 mekap.
dengan aku2 sekali terpengaruh.
akhirnya aku TER-rembat maskara dengan loose powder.


Maskara tuh bau coklat taw.
rasa macam nak makan je.
harga RM12 kot kalau tak silap aku.
loose powder RM20 lah lebih kurang.







barang2 mekap aku.
agak banyak tapi boleh kira bape kali je aku guna.
and selalunya aku pakai mekap bila keluar dengan kawan2 perempuan.
sebab Akram ni tak suka sangat aku mekap2.
nanti mula lah "apesal beria sangat mekap? nak pergi mane je ni?"
tu yang aku malas tu.
mungkin dia suka tengok natural beauty aku kot. kahhhh kahhhh !



lipstik IN2IT tu aku tersilap beli sebab dia macam berminyak sikit.
sangat tak best. now aku rasa lipstik avon macam best.
jadinya bulan depan aku nak rembat barang sedua lipstik.


lipstik yang depan kaler hitam tuh actually pon aku tersilap beli.
dah la mahal -__-
time tu aku cari Lip Ice sheer colour tapi takde.
yang ade yang hitam tuh.
aku yang jujur ni ingat dorang dah tukar pakaging ke, style baru je, aku pon terus amik.
balik2 rumah stress sebab salah.
dah la ade blink2 kat lipstik tu bila pakai.
ape lagi Akram pon bebel lah "Dah beli mahal2 tak pakai"



then bila entah masa aku teman Akram beli barang aku pon ternampak lah lip ice yang betul2 punya.
aku pon TERbeli lah.
Akram pun TERcakap lah "Hai beli lagi." sambil geleng2 kepala.
aku pon TERsengih je lah.


okbai.





                                                    

Monday, March 12, 2012

Sekelip Mata Engkau Berubah.

                                          
 Tanpa mekap.
Natural beauty kau. Hak hak :P
 


Pagi tadi.
Mesej-mesej.




Aku : Dah makan ?

Akram : Dah, tadi beli bihun. Makan ape tadi ?

Aku : Makan bergedil je. Kenyang jugak :)

Akram : Bergedil ape? Ade daging ?

Aku : Ade lah. Daging campur kentang. Sedap !

Akram : Owh, buat lah. Boleh makan. Hehe

Aku : Nak ke? Dah belajar dengan Ibu.

Akram : Bila nak buat ?

Aku : Entah. Tapi kene beli daging cincang lah. Semalam ibu tanya nak bawak daging ke tak. Nak bawak cane pulak kan.

Akram : Daging mentah ?

Aku : Aah. Ibu tanya Ikram tanak daging ke? huahua.

Akram : Ikram pulak?

Aku : Dia tak reti sebut Akram. Hahahaha !







Bla bla bla.

Aman damai lagi :P



Tiba-tiba .......






Akram : Tolong downloadkan album kumpulan Khalifah. Tajuk Ni Hao Ma.

Aku : Nanti lah. Tengah donlod Adnan Sempit 2 ni. Satu-satu.

Akram : Okey2. Kelakar lah cerita tuh.

Aku : Dah tengok ke??

Akram : Dah tengok dah. Kan dah cakap dah tengok. Kelakar gila.

Aku : Bila masa cakap dah tengok? Mana ade. Huh !!!

Akram : Hehe. Yeke? Tapi dah tengok, takpe boleh tengok lagi. Danial lah ajak teman die hari tuh.

Aku : Tak cakap pon. Fine. Danial kan lagi penting.

Akram : Hahaha. Alah dah 2 minggu dah. Tapi dah cakap dah hari tuh. Mesti lupa.

Aku : Bila masa? Takde pon. Fine. Takde mood. Baii !!

Akram : Alah tetiba je.

Aku : Tetiba ape pulak? Fine sukati lah. Takpe.

Akram : Alah dah bagi tau lah before ni. Masa kita nak pergi downtown tuh. Ape lah.

Aku : Tade pon. Takpe tak payah cakap pape lagi. Minggu ni cancel semua.

Akram : Alah pasal benda ni pon nak macam ni.

Aku : Kecik hati.

Akram : Ape pulak kecik hati. Bukan pegi mana pon. Pegi semata2 then terus balik. Tak pegi mane pon lah. Ganti orang. Kalau tak Shairazie yang pergi tapi dia tak jadi. Tiket dah beli. Pegi je lah.

Aku : Cakap lah ape pon. Bai !

Akram : Ada pulak camtuh.





Entah pape perempuan gedik ni :P





2 jam kemudian.
Akram mesej

"Jangan lah merajuk. Ada pulak tak jadi. Malam tadi dia jugak cakap weekend ni kan :*"





Tak kira nak merajuk jugak.
Dah nama gedik kan.
Kahh kahh.


okbai.



                                                   

Friday, March 9, 2012

Orang Jawa nak balik kampung

                                 



hari ni pakai baju ala-ala jepun.
walaupon baju jepun muka tatappp jawa.
memang dah sebati.
cuma cakap jawa je tak reti.
kalaulah aku pandai cakap jawa kompem memang polis aim aku.
pendatang tanpa izin. wakakakaka !



petang ni nak balik awal sebab nak siap2 pergi TBS and balik Johor.
memula ingat macam nak amik cuti hari ni.
tapi adik aku yang kat matrik UIA tu exam pulak sampai pukul 3.
then ingat nak mintak cuti hari Isnin tapi mamat tuh ade kelas pulak.
aku suruh ponteng penakut.
gila keji perangai ajar adik ponteng kelas. hahaha !
alah matrik je pun :P



tapi nasib baik jugak haku tak cuti hari ni.
pagi2 je dapat claim.
masyukkkkkkkkk. keh keh keh.



dengar cerita En. Jamal merangkap bapak aku dah beli stok lauk banyak2 dalam freezer.
mesti mengalu-alukan kebalikan aku yang susah nak balik ni.
jauh dohh.
kalau rumah aku kat melaka memang tiap2 minggu aku dah balik.



kepada Kakak aku atau nama jawanya Suhaily Jamal yang selalu baca blog aku ni sila jangan jeles.
hahahahaha !


okbai.



                                                             

Thursday, March 8, 2012

Over.

                             
Semalam kan aku period.
selalunya kalau aku period memang mood takkan stabil.
lepas tuh period pain sampai rasa nak pengsan.
tapi semalam tak.
siap aku boleh pergi site, balik site pergi pos laju kat KL central sebab nak collect barang naik bas.
balik tuh boleh pergi pasar malam lagi jalan kaki dalam 10 minit.
tak rasa sakit langsung.



Sekali petang tuh Akram mesej aku.
dia baru bangun tido sebab kerja shift malam.
dia mengadu sakit perut.
aku tanya kenapa dia cakap tataw.
lepas tuh aku cakap lah maybe period pain aku pergi dekat dia kot sebab satu hari tuh aku tak rasa sakit langsung.
then dia reply "yela kan. takpe2"



itu je. tetiba nak emosi. tampar kang.
bila aku tanya dah siap nak pergi keje ke belum dia reply macam orang emosi.
alah macam orang period.
orang tak buat salah pon tetiba nak sentap.
bukan orang lain, aku jugak lah yang suka sentap tuh. hahahaha !
and now perangai tuh terkena kat Akram.



aku cakap lah dengan dia tak payah la nak emosi2.
tetiba dia reply "alah dia tuh kalau period selalu emosi takpe pulak kan"


okey fine. padan muka aku.
rasakan.



ngantuk gila hari ni.



aku bukak pesbuk aku up status cakap aku period tapi Akram yang emosi.
sekali ada sorang member aku ni reply "perlu ke bagi taw satu facebook kau period"
hahahaahahahah !


aku memang camni.
tak reti malu sikit.
dulu2 alah biasalah perempuan ni kalau period je segan nak cakap tak boleh solat dengan lelaki kan.
tapi aku rilek je.
alah biar lah dorang taw pon.
nanti bini dorang period jugak.



tapi paling best bila dah terlampau bohsan dalam kelas mulalah permainan keji.
tetiba nanti rasa tetek kene tampar.
ape lagi serangan balas lah.
keji sangat perangai.
tapi bila ingat2 balik tergelak aje.


okbai.