Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

Tutorial Blog : Title Sidebar yang Comel macam tuan belog ni.



Lama gila tak buat tutorial.
Sebab dah berlambak sangat kat Google tu kan.
Tapi sebab ada request aku buat jugak.
Mungkin Title Sidebar aku sangat gojes tak boleh dijumpai di mana2 web lain. Wakakaka (berlagak sangat kan. Tampa kang !)


Ke hadapan Cik Wana yang gojes,

bleh x nak mintak awak buat tutorial macam mana buat sidebar background dgn tulisan cantik tu..
saya biasa buat background, font dia sama dgn post

Yang Benar,
Saya yang cun.



Contoh Sidebar Aku
Cantik kan? Mihmihmih.


Okey macam ni.
Selalu kan banyak tutorial yang tambah background belakang title sidebar je kan.
Tapi disebabkan aku terlebih rajen, aku punye title sidebar ni aku edit satu2 guna photoshop.
Ni masa zaman2 aku takde keje dulu la.



So kalau korang pon terlebih rajen jugak nak buat macam aku punye boleh.
Meh aku ajar.
Tapi make sure kene pandai pakai photoshop lah sebab aku malas nak buat tutorial photoshop ni.
Dan lagi satu tutorial ni untuk denim template la sebab blog aku guna denim template kan.
Kalau template lain boleh try tapi kalau tak jadi harap maaf. Hihi.





Korang masuk photoshop. Edit title sidebar macam yang korang inginkan. Kalau nak tulisan macam aku tu boleh donlod sendiri. Donlod kat Google je. Search "Kinkie". Size tak kisah sebab nanti dalam HTML code korang boleh adjust balik ikot lebat sidebar korang. ok?




Kalau korang ade 10 title sidebar maka 10 gambar lah korang kene edit satu2 ye.
Jadi sila bertabah.


Tapi kalau korang tak tabah boleh la tempah dengan aku.
Boleh emel kat syazwanajamal@hotmail.com
Ceaaaaaa sempat lagik promote. Kekekekeke.


Lepas dah siap semua upload kat entry untuk amik image url.
selalu orang upload kat photobucket kan tapi aku tak suke.
so aku lagi suke upload kat blog sendiri then amik je url tu.


1. Bukak dashboard blog.
2. Masuk bahagian Template.
3. Tick Expand Widget Templates.
4. Guna Control F untuk carik title sidebar satu2.

Contoh kalau ade title sidebar korang "Saya yang cun"
So taip lah "Saya yang cun"
Jangan pulak taip "Saya yang comel" kompem lah tak jumpe kan.


Contoh la.




Macam gambar atas ni blog kakak aku.Ada title sidebar nama "Counter"
So guna Control F taip counter and akan keluar lah bahagian sidebar tu.


Macam dalam gambar atas yang aku highlightkan tu.
Korang kene carik code tu.

<h2 class='title'><data:title/></h2>


dan replace kan code tu dengan code bawah ni.

<center><img src='IMAGE URL KORANG' style='border-width: 0px;' width='280'/></center>


Contoh :


<b:if cond='data:title'>
    <h2 class='title'><data:title/></h2>
  </b:if>


Gantikan macam kat bawah.


<b:if cond='data:title'>
    <center><img src='IMAGE URL KORANG' style='border-width: 0px;' width='280'/></center>
  </b:if>



Faham?

Width tu boleh adjust ikot kelebaran sidebar korang wokeh.
url sidebar korang masuk kat bahagian 'IMAGE URL KORANG' tu ok.


Kalau ada 10 sidebar maka 10 sidebar lah korang kene replace satu2.
ada faham?


Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii kalau korang perasan bahagian followers aku takde title sidebar.
Kenapa??
Sebab aku try replace tapi tak jadik. Mihmihmih.
Aku pelik sebab aku edit blog orang jadik je.

So kalau korang nak try silakan.

Maka kepada yang rajen nak try, aku dengan ini mengucapkan selamat menjulingkan mata.

Sekian.


Good Luck !



               

Thursday, April 26, 2012

Remaja Best !

                      




Hari tu PCB ade komen dekat entry aku pasal blog aku masuk remaja.
terkejut jugak sebab tak tahu pape.
pastuh hari yang sama tetiba member aku post kat fesbuk cakap die terkejut tengok blog aku masuk Remaja.
siap tangkap gambar post kat pesbuk lagi.
die punya eksaited tuh mengalahkan aku betul.
malu aku.
hahaha !



so balik kerja tadi terus pergi Mid Valley. gigih sangat kan.
walaupon sebenarnya boleh je beli dekat2 dengan rumah ni tapi sebab memikirkan baucer RasaMas yang nak expired 30 April ni and banyak tak guna lagi jadi moh ler kite ke sana.
Boleh makan banyak :P
Tapiiiiii tetiba sampai Mid Valley RasaMas dah takde. geram betul !
Last2 makan McD je.




Tapi nak buat camne kan. Nama aku yang comel Syazwana jadi Syazana. Agak2 boleh saman malu tak? wakakakaka !






Cerita cinta Syazana Jamal. Baca tajuk pon aku rasa sendiri nak muntah. Haakkk.



Blog dengan warna hijau (sekarang dah bertukar pink) yang menyejukkan pandangan mata ini kebanyakannya berkisarkan tentang kisah cintanya bersama seorang pemuda bernama Akram (boleh tak nak muntah? Apehal ayat jiwang sangat -_____-) Penulis juga banyak berkongsi cerita tentang kehidupan sehariannya selain menyediakan tutorial tentang cara-cara untuk mencantikkan blog. Tidak hanya itu, penulis blog ini juga rajin berkongsi dengan pembacanya tentang percutian atau tempat makan. Secara tidak langsung, pembaca boleh mendapatkan ilham sekiranya mengalami kekurangan idea untuk mencari tempat makan. Terdapat juga resepi-resepi mudah untuk disediakan dan dikongsi oleh penulis untuk tatapan pembacanya.





Tapi blog tak meletop, markah pon sikit saje.
sob sob.



okbai.


                     

Wednesday, February 15, 2012

Aku still tak rasa itu adalah perkauman antara lelaki dan wanita.

                              
Hari ni aku pergi kerja lambat sikit. saje.
semalam aku dah plan dah malamnya nak tengok Vanilla Coklat lepas tuh nak tengok Pelangi Kasih.
tapi lepas balik kerja dalam pukul 5.30pm aku macam ngantuk gila.
terus tidur.


ingat nak tidur kejap je sekali hamikkkkkkkkkk pagi ni baru bangun.
naseb baik period.
adalah jugak aku terjaga-jaga time tidur tuh tapi memang tak boleh bangun.
last2 Vanilla Coklat kemana Pelangi Kasih ke mana.
okey stress !



tadi aku bukak blog Kak Di.
blog feveret aku.
sampai aku dah hafal url blog dia walaupon berbelit lidah aku ni nak nyebut.
memang tiap2 hari kompem aku akan terjah blog dia dulu. hahaha !



aku baca entry romantik Kak Di.
lepas tuh ada satu ayat tuh aku rasa macam cool so aku letak dekat status aku.
sekali ada lah sorang mamat ni emosi.
aku takde niat pon nak diskriminasikan lelaki ke ape.
aku just rasa ayat tuh macam comel je.
sekali dia pulak nak bangkang2.
ayat kalau elok takpe.
menyakitkan hati pulak tuh.




Orang lelaki ni, bak kata kawan laki aku, dorang ni fitrah dia pada yang masuk akal. KEBANYAKKAN lelaki kalau sentuh bab-bab romantik ni mesti dorang buat nak tak nak je sebab bagi dorang benda-benda romantik-romantik like bagi-bagi bunga, coklat, teddy bear ni segala semua benda remeh-temeh. Kalau takde pun tak mati. Memang dorang ada jugak sifat romantik tu, tapi KEBANYAKKANNYA lebih suka simpan, malas nak tunjuk. Nak simpan buat apa pun aku tak tau. -Kak Di-








kau rasa ayat tuh berbaur perkauman antara lelaki dengan perempuan ke?
aku rasa tak.
LELAKI sila bagi pandangan ye.
mana tau korang pon fikir macam tuh jugak.
maklum lah aku ni jahil sikit -__-



dah la cakap aku kaki kopipes status orang.
hello aku siap email Kak Di lagi mintak kebenaran nak update kat status dengan blog.
pastuh sukati nak cakap isteri malang lah ape lah.
tak tahu hujung pangkal main redah je.


hari tuh dia dok tak puas hati dengan Ustaz Azhar Idrus kat fesbuk.
kot ye pon tak suka tak payah la nak memalukan orang lain.
blogger jugak dia ni.
mungkin dia ni kurang kasih sayang kot.



eh panas pulak aku dengan mamat ni.
okey lah marah2 ni elok pergi makan.


okbai.


                                     

Thursday, January 12, 2012

Untunglah jadi blogger dapat hadiah.

                                    
hari ni aku dapat sesuatu bungkusan.
aku syak dah lama bungkusan ni ada dalam peti surat rumah aku.
tapi sebab peti tuh berkunci and kunci pada housemate aku and peti surat kat ground floor so malas sangat nak check.
tadi tetiba teringat so terus mintak tolong housemate aku yang pegang kunci pegi amik. hehe.
nak tau ape dia ?





TARAAA !!
tebal kau sampul surat ni sebab dalam macam ade lapisan yang plastik boleh picit2 tuh (tak paham abaikan)










siap ada cover letter lagi.
dah macam dapat bungkusan ape dah.









itulah dia voucher makan RM10 dengan keychain upin eh ke ipin yang ade jambul.
entah aku pon tak hingat.





actually bukan voucher KFC tapi boleh bawak pergi pizza hut dengan rasamas jugak.
hai macam taw2 je aku ni memang suka makan.
tima kasih banyak2 lah pada owner blog PONDOK USANG.




ceritanya camni.
bulan lepas aku komen dekat entry abang ni.
last2 entry dia ada teka-teki "banyak-banyak ikan, ikan apa yang bila mati dia tukar nama orang lelaki"
haaa jawab-jawab.



tak payah la meh aku bagi jawapan.
ikan BAKAR lah.
tak sangka pulak aku jadi orang pertama yang komen and betul. hihihi.







hai ada jugak tuah aku ni.
ingat seumur hidup tak pernah nak bertuah.
seyes kalau ada cabutan bertuah dari zaman aku kecit sampai lah dah gemuk ni tak pernah nombor aku naik.
kau stress tak.
adik aku tuh selalu pulak bertuah.
ape ke malang betul nasib aku ni.


kalau join giveaway pon harammmmm jugak nak bertuah nya.
jadi tu yang malas nak join pape.
ayat pasrah.
kahh kahh.


okey kalau rajin boleh singgah blog abang PONDOK USANG.
kau tengok komen2 entry dia fuhhh berpuluh-puluh rasa macam nak curik sikit je letak kat blog aku. hahaha !






okey nak call akram nak cerita betapa bertuah nya aku hari ni.
gediknya SJ ni.
kahhh kahhh

okbai.


                                            

Tuesday, January 10, 2012

Jadi blogger haruslah camwhore.

                      


macam lama je tak hapdet ek.
maklumlah busy sikit cari barang hantaran.
kahh kahh perasan gila.
nampak sangat gatalnye tuh bertingkat-tingkat.


sabtu lepas lepak dengan bestfriend aku yang keje kat bangi.
dah lama gila tak jumpa dia ni.
so petang Sabtu tuh tetiba dia meset ajak lepak.
alang2 aku dengan akram dah memang ade kat Mines kitorang pon okey2 je lah.


jumpa2 je member kitorang terus dapat soalan cepu cemas "korang ni bila nak kawen?"
bukan nak tanya aku sihat ke tak. ada duit ke tak kan. hahahahahaha!



Akram lagi best. dapat soalan mencabar "Eh kau bila nak masuk meminang Wana ni?"
siap lagi member aku bagi cadangan "Akram, kau dah boleh start kumpul duit sekarang, tahun depan dah boleh masuk meminang"



dia hingat kawen ni macam beli tutti frutty.
tutti frutty pon mahal taw.



malam tuh kitorang lepak makan2 dekat Kajang. dekat area2 Sungai Ramal kot.
ramai gila orang.
tapi dalam ramai2 tuh boleh pulak duduk sebelah meja dengan sorang senior sekolah aku merangkap kawan 1 batch Akram masa sekolah.
kecik dunia :)



* * * * * *



aku pegi Mines Sabtu ari tuh sebab nak cari henpon baru.
lepas henpon lama kene curi tak bertukar lagi.
dok guna henpon Nokia lama yang kejap2 kene caj. call lama sikit batery kong. stress !
terus rembat Samsung Galaxy Young satu.
itu je lah yang mampu.
orang lain pakai Note lah, SII lah, Wonder lah, aku amik yang paling murah je.
yang penting dapat free memory card, papago, blackmarket (tempat donlod free), game banyak Cina tuh installkan (hehe) and 5 cover belakang yang kalerful (putih, pink, hitam, oren and grey)




teruja tak? hahahaha.



first time aku pakai Samsung ni.
before ni pakai Nokia dengan Sony je.
tak pandang samsung ni.
la ni hambik takde sape dah pandang nokia dengan sony.
hahahahaha !


Akram tengok aku angkat Young mulalah dia pon nak jugak. sibuk je.
before ni aku cakap nak angkat BB, dia pon macam nak pakai BB gak.
tiba aku angkat Galaxy Young, dia pon cakap nak angkat Wonder or Ace bulan depan.
peniru betol. saje je nak sweet2 dengan aku.
pirahhhhh.



* * * * * *




tadi hantar Akram kat TBS. dia nak balik Johor. cuti 3 hari. naik bas saje. malas nak drive sorang2.
last 2 weeks kot ayah dia call nak mintak tolong hantar pegi hospital JB nak wat check up.
selalunya kalau nak pergi hospital pontian mak Akram yang drive.
mak dia tak berani drive jauh2.
so sebagai anak yang baik haruslah membantu ibu bapa :)



Akram cakap "ada tulis nama beb."
eleh macam lah aku tak pernah. malas je nak tunjuk. haha !








Aku : cepat buat peace nak amik gambar.

Akram : taknak ah. malu.

Aku : alah cepat lah. takde orang tengok pon. buat cani (sambil tunjuk gaya peace paling comel :P)

Akram : taknak jugak.

Aku : 5 saat je.

Akram : okey cepat. 1, 2, 3





dah ada henpon baru ni boleh la camwhore.
kate blogger.
tak blogger lah kalau tak camwhore.
kahh kahh.


okbai.