Saturday, May 7, 2011

Jangan Minum Air Teh ketika Perut kosong.


cer teka cer teka ape air feveret aku?


tak payah la teka lambat meh aku bagi tau je. well air feveret aku teh o tak kisah la panas ke suam ke ais ke yang penting teh o. tapi tasuke teh o limau suke kosong je. baik kan aku minum air murah2 je :P


dulu aku ase aku suke milo ais tapi entah zaman bila tiba-tiba aku tersuke teh o ni pon aku tak tahu. kalau bohsan baru lah aku order tembikai ke lain2 ke tapi adalah sangat jarang.





ada sapa-sapa tak kenal air teh? well air murah kan :P



hari tuh kan before aku pergi exam hari selasa lepas exam aku pukul 3 petang. tapi pagi tuh aku tak breakfast pon konon nak study lah kan. so aku buat air teh je as breakfast. tiba-tiba rasa nak muntah and mual sesangat. ingat sebab neves nak exam ke ape ke kan. last2 aku meset En. M.a.s.



dia cakap air teh ni angin ke hape tah lupe pulak aku. so dia cakap kalau perut kosong memang tak boley minum air teh. eleh tak pernah pon cakap dengan aku before ni. cari gaduh ni. kuikui.


so tadi aku pon tanya lah dengan pakcik gugel tersayang and aku jumpa ni.



Minum teh tanpa makan apa-apa akan mencairkan jus gaster, dan menurunkan daya mencerna, malah boleh menimbulkan keadaan "mabuk teh", iaitu pening hingga tidak boleh berdiri.



sumber info : Blog pepel :)



fuyohh ! dasyat jugak kan. baru ku tahu ada effect rupanya. minum air murah pon susah kan :P



okey lepas ni nak order air tembikai je lah. teheee.



well ape air feveret korang?














ok bai.



Friday, May 6, 2011

Pelajar lepasan SPM : Antara Matrik, Asasi, dan U mana satu pilihan hati?


tadi aku try check kan adik aku punye result UPU sebab kan orang pung pang pung pang UPU kuar arini kan. so secara tak langsung aku pon tau lah jugak so boring2 tadi aku check la kejap. terkejut aku adik aku dapat asasi UIA. biar betol ko apply UIA ni yun?









adik aku ni Pn. Saerah beria suruh dia jadi doktor. tapi si adik aku ni entah doktor ape dia nak jadi dia pon tak tahu. tapi dia ni agak cemerlang jugak dalam Biology. dia ni kira terbalik lah dengan aku. dulu kat sekolah kan aku minat fizik kan tapi dia ni lebih kepada subjek yang aku benci iaitu biology (skema gila ayat)


aku pernah citer dekat Pn. Saerah yang kawan aku sorang ni kene paksa dengan mak dia amik medic. tetiba Pn. Saerah cakap,


' Ibu pon nak paksa ayun jadik doktor jugak lah. hehe '



so everytime adik aku balik dari asrama Pn. Saerah mesti cakap ' Eh Doktor Aiman dah balik lah '


aku ni dulu naseb baik Pn. Saerah tak kisah aku amik ape. kalau dia nak aku jadik doktor masaakk aku. celah mana nak bagi aku suke biology tuh. memang mintak ampun lah :P



aku bukan ape aku dok dengar orang cakap UIA ni susah la tu lah ni lah. kene amik bahasa arab berduyun-duyun lah. lepas tuh subjek english kene tough jugak. tak kisah lah. tapi yang bahasa Arab tuh yang tak tahan tuh. boleh tahan ke adik aku ni amik Arab. dah la sekolah agama sampai darjah 4 je macam aku. lepas masuk asrama taknak sambung sebab malas :P



dental macam course yang tough la jugak nanti tambah2 dengan subjek2 lain yang takde kaitan lagi lah bertambah-tambah dugaannya kan. well aku ni ramai lah jugak kawan dekat UIA tuh. mendengar cerita dorang ni agak scary lah jugak. kawan aku siap cakap jangan terima lagi. haha !



lagi satu adik aku dapat offer Matrik Johor jugak. so kalau dia nak amik matrik dulu pon takpe. tapi matrik sains fizikal. well boleh tukar kan nanti. bagi aku matrik tuh takdelah susah sangat. yep memang matrik setahun tapi okey je. agaknye sebab dulu aku matrik kedah kot so tak banyak hiburan. boleh la study kan. setakat duduk changlun tuh ape je yang ada =____= so tiap2 minggu aku balik umah kakak aku dekat kuala perlis lagi best.





matrik kedah di hatiku *muntah.




ala matrik setahun je. kalau asasi UIA dua tahun kan? ke setahun jugak? matrik lagi senang. 3 subjek je kot. fizik or biology, then kimia and math. 3 je yang wajib. then adalah tambahan sikit like english, agama and ape tuh yang susun2 pinggan mangkuk tuh. lupa dah. tapi ramai cakap matrik susah sebab setahun tak sempat study kene rush bagai. errr no komen lah.



ari tuh adik aku dapat interview dengan jpa pergi korea tapi tak pergi sebab surat tak sampai. then check online dah terlepas tarikh. nak wat cane takde rezeki kot. huhu.



so ade sape2 yang boleh bagi info pasal asasi UIA ni or pasal dental dekat UIA ni boleh drop comment ye. really2 appreciate. tapi kalau aku taknak UIA ni. eleh ko ingat UIA ni nak ko ke syazwana. haha ! well dulu aku tak bijak sangat so dapat offer matrik kedah je. satu tuh je lah tak payah pening2 nak pilih. ni lah susah jadik pandai ni banyak sangat choice nye. :P





eh tapi kalau adik aku masuk UIA mesti ada chance aku dapat adik ipar orang Arab kan?






ok bai.



Monday, April 25, 2011

Impressive Research : Racun Ikan Buntal tidak menyebabkan kematian.





ni ada sorang komen dekat entry aku before this. kalau tak nampak meh aku tulis balik.


Just sharing- sebenarnya mengikut kajian sorang student tahun akhir uni malaysia terengganu, hihi senior saya lah tuh, so surprising..ikan buntal rupanya tidak membawa maut.kandungan racun didalamnya jauh lebih rendah berbanding jumlah racun yang boleh menyebabkan kematian.Ini adalah kajian yang paling top this year and impress para lecturer. Racunnya hanya akan menyebabkan kegatalan sekitar bibir. em racun ni tak dapat dihapuskan dengan haba. so maybe next research is about how to destroy the poison.




bila aku baca komen ni aku agak impress la jugak. well sepanjang aku hidup 23 tahun ni aku memang anggap racun ikan buntal ni boleh sebabkan kematian. sebabnya dulu masa kecit-kecit aku pernah baca dalam mastika (layan mastika beb dulu) yang orang sabah ke sarawak suka sangat makan ikan buntal ni. so ramai lah yang meninggal sebab racun dia ni.



tapi dorang tak serik sebab dorang cakap ikan buntal ni sedap tapi kene pandai makan untuk elakkan racun ni lah. kalau tak memang maut. tuh yang aku baca lah. so nampaknya kajian terbaru ni memang sangat berguna kot untuk orang2 yang suka makan buntal ni.



tapi walaupon racun dia tak bahaya tapi memang tak lah aku nak makan. tengok duri-duri dia je dah ngeri. buntal memang comel ok tapi nak makan sory. kang tak pasal-pasal mati sebab tercekik duri. memang naya jek.


tak pon tak pasal-pasal kang bibir jadi gatal nak mampus. cane nak buat. tak kawen lagi neh.



eh.












ok bai.




Sunday, April 24, 2011

Seafood at Bagan Lalang and Sepang Gold Coast.

sepatutnya aku kene teman En. M.a.s pergi lawan snuker semalam tapi disebabkan aku ade project discussion so dia pergi sensorang lah. kan aku dah cakap kalau aku takde dia mesti kalah punya. jahat gila kan. keh keh keh. so bila dah kalah ahad tak payah la datang. jadi mari kita jalan-jalan gemokkan badan.



before ni kalau aku cakap nak makan seafood dia selalu je cakap dekat Bagan Lalang best tapi nak bawak aku non ado ok. balik-balik dia pergi dengan kawan-kawan dia. tapi semalam aku tak cakap pon nak makan seafood tapi tiba-tiba dia ajak pergi sana. aku takkan nak tolak kan. orang cakap rezeki tak baik di tolak. hehe!




Bagan Lalang ni dekat-dekat dengan Sepang Gold Coast. dekat dengan pantai tapi tak boleh mandi. kat kedai ni kita pilih sendiri seafood yang kita nak. ada ikan banyak gak. bawal, kerapu, kembong, pari sotong pon ada. pastuh ada la kerang, kepah, lala and banyak lagi. then boleh la pilih nak ikan kecik ke besar ke then kalau amik lala ke kepah ke boleh la amik nak banyak mana. lepas tuh kita cakap nak masak ape then diorang akan masakkan.





pilih la ape ko nak. macam-macam ado.





kitorang amik siakap kot (aku lupa En. M.a.s pesan ape aku taw makan jek :p) masak sweet sour, sotong goreng tepung sekor and lala masak ape tah. tapi ada campur-campur dengan telur sikit. aku tak makan lala sangat. rasa sikit je pastuh rasa macam tak sedap. so En. M.a.s yang abeskan. dia tuh semua pon nak abeskan.




yang sedihnya tak dapat amik gambar sebab kamera phone rosak.
gambar atas pon pakcik google bagi pinjam. T_________T



makan dekat situ boleh tahan sedap lah. sebab dia fresh kan.




lepas tuh kitorang jalan-jalan dekat Sepang Gold Coast tuh. tapi lalu tepi je tak turun pon. ramai jugak orang melepak then ada budak-budak sekolah kot bercamping. En. M.a.s kata pantai dia tak boleh mandi sebab air kotor. so aku tak paham ape tujuan buat hotel and resort dekat situ. and harga dia memang gila. bilik biasa satu malam RM 700 lebih. kalau bilik luar biasa sikit harga RM3000++ satu malam. ada berann??



tapi yang menyampahnya kitorang tanya harga tuh dekat guard tuh. ceh memula guard tuh dok speaking dengan kitorang. ' are you guest?'


so kitorang assume dia memang tak reti cakap melayu lah. fine hotel mahal kan. tapi bila kitorang speaking hamek kau menggagau nak jawab. last-last cakap melayu gak. tapi dia bukan orang Malaysia. muka macam vietnam camtuh. cakap melayu pon berterabur. last-last kitorang malas nak layan.



pelik betol aku selalunya yang jadi guard ni mesti cakap tak fluent. sepatotnya kau kerja as guard kene pandai cakap or bagi direction. tapi setakat ni guard2 yang aku jumpa and tanya arah semua tak boleh pakai. semua tak taw.




samalah macam guard dekat OU tuh. tanya lain jawab lain. baik aku carik sendiri. lagi tak sakit hati.



eh tetiba emosi pasal guard pulak.




ok bai.











Friday, April 22, 2011

Mari belajar cara ikan buntal di awet. cool.






kalau korang pernah pergi pulau kan (eceh dah pergi pulau ni dan dan terus cakap dah pergi pulau) korang mesti pernah tengok orang jual-jual ikan buntal yang dah di awet. eh tak payah ke pulau pon takpe sebab kalau pergi jalan-jalan dekat pantai ke mesti ada orang jual binatang ni jugak. ada sapa-sapa yang tak kenal ikan buntal? meh aku tunjuk meh.









ye adik-adik ini adalah ikan buntal. walaupon dia berduri banyak tapi dia sangat comel kan sebab dia bulat macam saye. haha!

tapi ikan buntal tak boleh makan okey sebab dia beracun.









ini bukan tuan blog tapi ini rakan tuan blog yang suke cakap dia comel. dah cukup comel lettew amek gambar sebelah buntal. hehehe.







ikan buntal yang dah di awet tuh rupenya macam dalam gambar kat atas tuh la. dia ada banyak size. yang gemok dempol ade. yang kurang gemok ade. yang kecil molek pon ada. and harga die pon depends on size dia lah. selalunya peniaga letak lampu dalam ikan buntal yang dah diawet tuh. so jadi cantek lah untuk perhiasan.




memula aku tengok ikan tuh aku macam curious jugak macam mana dia boleh tangkap ikan tuh dalam keadaan dia bulat. lepas tuh dia kosongkan isi-isi dalam ikan tuh. macam cool je kan. then aku pon tanya lah peniaga tuh.




actually ikan buntal ni selalunya tersangkut dekat pukat nelayan. bukan dorang sesaja je nak tangkap binatang ni. then masa ikan ni tersangkut dekat jaring dia dah mati dah. tapi masa ikan ni mati badan dorang takde lah bulat camtuh. so peniaga akan potong atas badan ikan ni and keluarkan semua isi-isi badan ikan ni and cuci bagi bersih.




bila dah bersih dorang akan masukkan belon and isi angin dalam belon tuh so that ikan buntal tuh akan kembang sekali dengan belon lah. thats why lah dia akan jadi bulat macam dalam gambar tuh. cool beb.




bila dah kembang ikan tuh akan diawet and di jemur and bila dah kering belon tuh akan dipecahkan and ikan buntal tuh akan stay bulat lah. then boleh masukkan lampu untuk bagi dia menarik tertarik ikan buntal da bomb. lepastuh dah boleh dah jual.






tapiiiiii harga dia memang terbaekkkk. ada satu tuh sampai RM70 kau. agak nak terkeluar jugak la tahi telinga aku dengar. gila mahal siot. agaknya sebab susah nak dapat kot. kan kan kan. tapi seyes ikan tuh comel. nanti dah kaya aku nak beli ah. keh keh keh!

















gambar hiasan tiada kene mengena dengan si buntal.
tapi berkawan dengan si buntal @ En. M.a.s.
muahahahahaha!










































Sunday, April 17, 2011

Lelaki ni kalau buat baik mesti ada sebab la tuh.

                                                                   
                                                                                            
semalam kan aku dok gebang-gebang nak pergi makan nasi arab kan. jadi dengan ini secara rasminya aku nak umumkan (macam pilihanraya lah pulak) yang impian aku selama ni telah tercapai. *lap air mata.


tapiiiiiii.


aku ingatkan aku dapat makan time lunch. rupenye dinner baru dapat. tu pon agak lambat. abang korang tuh last week kene keje shift malam. so aku dah boleh bajet dah yang dia takkan bangun sabtu pagi tuh even aku call sampai seratus doploh pat kali pon. lepas tuh pukul 3 lebih baru terhegeh-hegeh meset aku tanya dah makan ke belom. cis buat-buat lupa lah pulak. terus emosi. dah la sekarang tengah PMS. kikiki.



ingatkan dah bangun tuh terus datang ni idoknye. pukul 8 lebih baru nak datang. naseb baek aku dah makan tengah hari. kalau tak mati kelaparan aku sensorang dekat rumah tuh. apelah naseb. T__________T




last-last dapat jugak sampai Al-andalus.
weeee.
ke-batak-an memang terserlah. dulik hape. fes time weh datang.


tapi lepas tuh tak taw nak order ape. En. M.a.s order Lamb Kabssa. last-last aku suruh dia orderkan aku. so amek lah Chicken boneless.tapi seyes servis dia agak lembab sikit. agaknya nak bagi kite betol-betol lapar kan. baru lah boleh melantak dengan hebat.




air tembikai aku.
En. M.a.s order coke je.
masa air sampai dan-dan dia terus minum air aku tanpa rasa bersalah.
cisss. dah la datang lambat. =.=




orang tua nih kalau tak busy tak sah.
aku taw mesti dia ada plan lepas nih.



suke weh lampu ni. sangat santek.
tapi kamera phone aku tak mahal.
jadi kecantikan dia tak terserlah sangat.



chicken boneless. nyum nyum.

mayonis dia sedaaaaaaap sangat. rasa masam-masam sikit. lemak-lemak. perfect lah. heeee.
tapi takda kuah-kuah lain. terpaksa mintak sos.



En. M.a.s punya Lamb Kabssa.

Ce tengok nasi tuh.
macam dalam iklan beras Basmathi kan.
panjaaaaaangggg.
haha!


nasi dia banyak. lepas tuh ada sup dengan sambal. tapi aku kan tak suka lamb kan jadi aku makan tak sedap sangat lah. tapi seyes aku makan nasi sikit dah kenyang. dem betol.



ini ala-ala macam kulit twister kfc tuh.

banyak gila dia bagi tapi aku tak taw nak makan dengan apa. last-last dengan kekreatifan aku yang comel ni maka terhasillah......



twister syazwana. kehkehkeh.

aku potong chicken boneless tuh. pastuh letak fries ngan sos ngan mayonis pastuh gulung-gulung ngap.
lagi sedaaap.
:)


before balik En. M.a.s ajak pergi Subang kejap. see aku dah agak dah. mesti dia ada  plan ni. tapi tak cakap ape. tapi macam lah aku tak taw kan.



so bila dah kenyang moh kita gerak. tapi yang sedihnya chicken boneless tuh tak abes. seyes memang kenyang gilos tak larat nak habeskan. ni semua gara-gara makan nasi dulu. T________T




En. M.a.s belanja. weeee.



tapi sebagai balasan.
kene teman dia pergi main snuker.
=.=






kan aku dah agak dah. mesti ada udang di sebalik makanan yang sedap ni. well dia cakap next week dia ada snuker tournament untuk staff MAS kot (aku dah lupa). so konon-konon nak praktis lah. so kawan-kawan dia ada sekali lah malam tadi. segan aku. selalu je aku jadi perempuan tunggal dekat situ.



mesti orang cakap hek eleh perempuan ni menyibuk je nak ikot-ikot lelaki pergi mana. main snuker pon nak ikot pada hal tak buat apa pon. dok melanguk jek.


eh hello tak nak pon ikot. tapi nak buat cemana. En. M.a.s kene tengok muka aku baru lah ada semangat nak beraksi. Muahahahaha. nex week tournament pon dia ajak aku ikot dekat Sunway. Sabtu and Ahad. See. nanti aku tak ikot dia kalah pulak. haha!




                                                                           
psstt esok nak pergi tioman. jangan jeles.




ok bai.