kalau terpaksa memilih antara bestfriend dan juga boyfriend, mana satu yang akan dipilih ?
ada orang akan pilih bestfriend.
tak kurang jugak yang akan pilih boyfriend.
konon boipren akan tinggalkan kite, akan curang, akan berubah perasaan and so wateva.
bestpren pulak konon setia, ada susah dan senang, susah nak cari ganti and bla bla bla.
setiap orang akan bagi jawapan yang berbeza. nama pon manusia.
tapi bagi aku, aku takkan pilih sesiapa.
memang setiap jawapan ada pro and contra.
setiap jawapan ada risikonya.
kalau kau cakap boipren boleh tinggalkan kau, tapi kau kene tahu yang bestfren pon boleh tinggalkan kau sekelip mata.
dah berapa banyak entry aku baca pasal sahabat yang tak jujur.
sahabat yang ada waktu senang je.
waktu susah harammm.
sahabat yang sanggup tipu kita semata-mata sebab duit.
macam kess Fizo Omar tuh.
tak memasal tanggung hutang.
sape punya keje kalau bukan kawan ?
zaman sekarang kawan boleh berubah jadi lawan dalam sekelip mata je.
sebab dalam hidup ni kau tak boleh percayakan sesiapa 100% walaupon kawan ko dah berjanji nak susah senang dunia akhirat.
kau patot percaya diri kau sendiri sahaja.
macam aku, banyak jugak aku dah jumpa kawan macam ni.
bila kite senang memang kawan keliling pinggang.
tapi bila kite minta tolong ?
semua lari.
aku tak cakap aku adalah sahabat yang baik.
tapi aku sedaya upaya menjaga hati kawan2 aku.
walaupon aku selalu kene tipu sebab mungkin aku terlalu lembut hati :')
sepatutnya aku gembira hari ni sebab hari ni last day aku kerja untuk tahun 2011.
tapiiiii.
hmmm fikiran aku macam bercelaru.
memikirkan orang2 di sekeliling aku.
bagi aku, kalau sahabat aku tuh nak berubah memang bagus.
tapi ingat, kalau dah berubah tuh tegur2 lah orang lain dengan cara berhemah.
bukan dengan cara yang menyakitkan dan mengecilkan hati.
jangan ingat bila kau dah berubah ke arah kebaikan kau akan jadi betul untuk semua perkara.
itu salah.
sekarang ni aku memang takut sangat nak cakap buruk pasal orang.
takut aku sendiri buat benda yang sama satu hari nanti.
serabutnya hari Jumaat aku ni.
entry sedikit kecewa di situ.
tapi satu benda yang pasti.
aku hampir menangis tengok video Dumex Dugro Sayang Mama Full Version kat bawah ni.
tengok ombak rindu pon aku tak nangis tahu.
oh video ni sangat menyentuh hati.
nasib baik esok aku balik rumah :)
Pada sesiapa lagi yang berminat untuk dapatkan vector free boleh klik SINI.
komen pada entry tersebut. mana tahu anda bertuah.
komen paling kreatif akan dipilih oleh Hazwan sebab dia budak seni.
aku budak comel so tak berseni. kahh kahh.
Giveaway akan ditutup tepat pukul 4 petang ini. jadi sila cepat.
harap maklum.
okbai.







sumber :
sumber : 
