Wednesday, April 4, 2012
Handbag.
Aku dah beli handbag baru.
yehuuuu finally ada jugak handbag baru.
aku sendiri tak ingat bila last aku beli handbag.
nampak tak yang aku ni bukan kaki sopink. auwwwwwwww.
aku kaki makan je.
sebab makan adalah best !
dan gemuk pon best. okbai.
aku rasa last aku beli handbeg tahun lepas time study lagi.
itu pon beli online saje.
ada satu beg MAPLE yang aku suka pakai macam gambar atas tuh dah 4 tahun dah kot.
siap lagi dah terkopek-kopek kulit dia siap jatuh2 atas seluar lagi.
sadiss gila.
tapi tetap ku bawak berjalan jugak.
nampak tak sikap jimat cermat di situ. hewhewhew.
so last week alang2 ofismate aku nak pergi Alamanda aku pon decide nak cari handbag baru.
jalan-jalan last2 sangkut kat nose jugak.
tak tahu kenapa sekarang aku suka design tote camni.
dan yang penting besar.
senang aku nak masukkan semua barang dalam tuh.
masa nak beli beg ni aku mesej Akram.
sebab aku ni jarang lah beli beg harga jejak ratus ni.
beg aku semua pon lima puluh hengget saje.
kalau beli kat time square dapat lah doploh lima hengget.
sekali Akram cakap "beli je lah. ok la tu kan."
jadi tanpa membuang aku pon merembatnya.
ada diskaun 10% lagi.
cashier tu cakap beg aku last pieces kaler ni.
ade kaler coklat lagi satu tapi tak berkenan pulak aku.
Humaira cakap "amboi nak pergi Taman pertanian pon beli beg baru"
hahaha !
lepas ni entah bila pulak aku nak beli beg lagi sebab aku ni jenis pakai satu barang sampai lunyai barang tu baru lah reti nak tukar.
takdenya beli beg ikot kaler2 baju.
tapi lepas beli satu beg ni rasa nak beli lagi lah pulak.
nafsu nafsu.
aku plan nak beli pengukus kecik ni.
saje nak buat kek.
buat muffin ke.
nak beli oven rasa macam mahal lah pulak kan.
walaupon oven cikai baru 150 hengget.
tetap rasa mahal jugak. hahaha !
asyik2 buat triffle je.
nak jugak feeling2 buat kek.
jeles betul tengok orang baking2 kek ni.
lagipon next month besday Akram.
macam comel lah pulak baking kek untuk dia.
haha ! tampa kang.
okbai.
Tuesday, March 27, 2012
Peringatan Bersama :)
Semalam aku pergi timbang.
naik 2 kilo.
aduhh stress.
dan2 lah pulak kan nak stress bagai.
time makan takde lah pulak nak stress.
eh makan tu ape?
hahahaha !
ni semua last week punya pasal lah.
Akram punya pasal pon ade jugak.
Khamis malam dia ajak pekena Kenny Roagers.
Jumaat malam dia ajak Steamboat. dan aku dengan rela hati nya melantak tak hingat dunia sampai 2 jam.
daripada pukul 930PM sampai 1130PM.
paling best topup ais krim sampai 5 kali.
tetiba nak menyesal sekarang.
T____________T
pastu sabtu malam ajak aku makan Burger Bakar Kaw-Kaw pulak.
makan burger 3 tingkat dah pukul 1130PM.
balik terus tido pulak.
memang badan pon bagai dipam-pam lah.
Ahad malam pulak ajak makan nasi sebab dah 3 hari tak jenguk nasi.
kalau dah makan nasi tu haruslah lauk nye tomyam ayam, kerang bakar, sotong goreng kunyit, telur bistik.
maka jangan lah nak stress2 sebab sape suruh melantak macam bela saka kan.
okbai.
bila aku mesej Akram cakap dah naik 2 kg dia cakap "itu lah. dah cakap dah macam gemuk. tak caya"
konghajo.
padahal dari dulu sampai sekarang sentiasa cakap aku gemuk walaupon aku pernah kurus.
pernah kewwww?
hahahahaha !
pastu salahkan aku sebab makan banyak padahal dia yang ajak.
ape pon tak boleh.
dah la nanti aku kembali makan roti dengan tuna je.
hehehehe.
actually aku nak cerita kat korang ni.
PERINGATAN lah kirenya.
lagi2 yang suka sangat camewhore dengan gf/bf masing2.
aku tak. aku kan pemalu. hewhewhew.
hari tuh ade lah sorang kawan ni kene tangkap dengan pegawai agama dekat depan bangunan kehakiman Putrajaya.
ala depan tuh kan ramai2 je orang lepak2 kan.
tapi bukan kene tangkap basah ke ape ke.
kene tangkap sebab time tuh dia amik gambar dengan awek dia and time tu pulak dia peluk bahu awek dia.
alah bese lah kan couple2 ni amik gambar laga2 pipi lah.
peluk2 pinggang lah.
peluk2 bahu lah.
tiba-tiba ada pegawai agama datang dari belakang and terus snap gambar dorang.
terus kene cas berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
bangunan kehakiman.
dia cakap kene datang pejabat agama hari Isnin which is semalam.
and dia cakap maksimum kene denda rm1000 sorang.
tapi aku tak tanya pulak Akram ape cer selanjutnya.
maybe kene sesi kaunseling kot.
so adik2 yang baru nak up ni tak payah la nak bergambar sangat ye.
bukan boleh kenyang pon tangkap gambar tuh.
baik kau pergi makan.
walaupon aku suka bergambar sebelah Akram sebab aku nampak putih (puihhhhhhhhhh)
tapi aku jarang amik gambar dengan dia sebab dia ni pemalu nak amik gambar.
aku lagi lah pemalu. wakakakaka :P
kalau dah kene tangkap lagi lah malu berganda-ganda ye dak.
tak pasal2 kene datang pejabat agama. nak kene mintak cuti lagi.
kan dah serabut.
walaupon kau boleh cakap tak buat ape2 tapi dorang ada gambar kot.
peluk2 belum kawen kat tempat awam.
ape nak jawab depan pegawai agama?
okbai.
Monday, March 26, 2012
Misi mendapatkan burger bakar kaw-kaw wangsa maju secara serius.
mula-mula haruslah up gambar burger dulu kan. baru lah mission accomplished :)
disebabkan last week misi tak berjaya aku ingatkan Akram dah give up lah.
rupanya nehiiiiiiiiiiiii.
sabtu malam dia tanya nak makan burger ke tak.
eh orang dah pelawa takkan nak tolak pulak kan.
lagi pon member baru lepas gaji.
zass zasss cakap 'YES'
tapi Akram tak cakap pulak yang dia dah janji jugak dengan member tempat keje dia nak pergi sama2.
orang tue tu suke taw taknak bagi tahu aku.
tetiba aku rasa macam menyibuk je sorang2 perempuan.
walaupon aku ni Queen Control tapi aku ni pemalu.
kahhh kahhh !
alololo tomeynye. puihhhhhhhhh.
okey dah.
so sabtu petang tu Akram amik aku, then amik kawan dia kat Shah Alam.
kitorang semua naik kereta dia.
kawan Akram kerja KLIA tapi duduk Shah Alam.
gila gigih drive hari2.
tol one way dah RM5.50.
yang best touch n go dia RM800 ++.
kau ado ?
hahahahahha !
yang aku ni pulak terbaca kat blog mana tah cakap stall burger tu bukak pukul 730PM.
so konfiden je lah kitorang bajet2 sampai sana pukul 730PM.
sekali rupanya stall bukak pukul 5PM.
hambik kau.
even sampai pukul 735PM orang dah beratur sampai 100m eh.
tapi alang2 dah dua kali sampai gigih jugak lah beratur.
naseb baik 4 orang so gilir2 lah berdiri kan.
cube cari mana stall burger tu? memang tak lah kan nak nampak. ni 100m daripada stall tuh.
orang2 yang sampai lagi lambat daripada aku. so dibelakang lah ye. hehehehe.
masa kitorang tengah beratur tuh ada sorang pakcik ni kat kedai motor dekat2 dengan stall burger tu jerit "nak makan burger pon kene beratur sampai macam ni? meh2 datang rumah pakcik. pakcik masak"
sengal betul pakcik tuh.
hahahaha !
my driver yang suka cari gaduh dan tak sedar dia pon gemuk jugak. asyik panggil orang gemuk je -____-
Akram, Umar Mokhtar and Shairazi. Yang tengah tu lah yang duduk Shah Alam and ade touch n go RM800++. Keh keh keh.
masa kitorang lalu smart tag, pakcik yang duduk kat lorong smart tag tuh terkejut tengok touch n go banyak sangat sampai terbaling surat khabar yang dia tengah baca tuh.
okey memang tipu pon. muahahahaha :P
after dua jam beratur baru lah nampak stall burger ni. ni baru nampak je. order nye belum lagi. tapi dah nampak pon sukorrrrrrrrrrrr alhamdulillah.
KAMI MAHUKAN ANDA.
Sape2 nak buat kerja part time sila-sila lah datang.
masyukkk wooo.
saat2 yang dinantikan tiba juga. aku amik sama dengan Akram 'Tripple patty with beef bacoon, cheese and chessy sauce'. Amik ala carte je. Kalau amik set dapat air dengan hot dog.
Umar dengan Shairazi amik 'Tripple petty with beef bacoon and cheese'
masing2 taknak kalah amik tripple.
konon membalas dendam sebab beratur 2 jam lebih.
datang pukul 735PM pon dapat nombor 92. time ni baru nombor 70.
so Akram tanya budak burger tuh agak2 bape lame siap.
dia cakap dalam 45 minit.
so ke mamak lah kite dulu.
lapar gila siottttttt tak makan ape lagi. sampai migrain haku.
dah alang2 kat mamak roti banjir 4 lah.
dapur dorang kecik je. sebab tuh macam lambat sikit.
dalam pukul 1100PM baru lah burger siap.
masa kitorang amik burger tuh dah jejak nombor 125.
and abang burger tuh stop dulu amik order sebab ade stok yang dorang amik tak sampai lagi.
kitorang tak makan kat sana.
so carik port kat Uptown mane entah.
aku pon tak tahu.
yang kiri aku punya. kanan Akram punya.
masing2 dok amik gambar macam ni. konon nak ukur ketinggian burger lah. btw comel jugak tangan aku. hahahaha !
budak burger tuh cakap setakat ni rekod ada orang beli 10 petty !
and dia makan kat sana setengah jam !
tapi tak ingat lah melayu ke india ke cina ke.
setengah jam okey. laju tak laju.
bela saka ke ape mamat tuh.
aku mula2 makan petty dulu satu.
pastu keluarkan lagi satu and tinggal satu dalam roti and makan.
lepas tuh give up.
last petty bungkus bawak balik.
Umar dengan Shairazi pon same.
Akram je yang licin semua.
dasar makhluk kuat makan. apa pon tak boleh.
total RM86.
Tripple petty with beef bacoon, cheese and cheesy sauce = RM22
Tripple petty with beef bacoon and cheese = RM21
masing2 puas hati dapat makan burger yang paling femes setakat hari ni.
and bertekad ni lah kali pertama and terakhir datang sini.
sumpah memerlukan kesabaran yang tinggi.
pasni nak makan burger je mari kite ke Chillis.
walaupon mahal tak payah beratur dah yang penting air cond. hehehe
pendapat aku burger ni biasa je.
pendapat aku lah kan. lain orang lain pendapat.
sebab aku suka burger yang sos nya melimpah ruah. tapi burger ni kering sangat.
orang akan teruja sebab petty dia yang super gemuk tu.
cheese pon sekeping je dia letak.
sos pon letak alahai segan2 je.
dah la burger bakar kering.
sos pon sikit. hmmmmm tak layan sangat lah.
tapi korang patot cuba.
kalau tak cuba tak tahu kan.
at least kalau orang cerita2 wah bangga cakap dah makan.
boleh la komen lebih2 sikit. wakakakaka !
direction kalau daripada WANGSA WALK.
Wangsa Walk sebelah kanan.
then traffic light first amik kiri.
terus sampai jumpa simpang tiga amik kiri lagi.
terus sampai first traffic light amik kanan.
terus sampai jumpa kereta parking banyak gila tepi jalan.
maknanya dah sampai la tuh.
stall burger tuh sebelah kanan.
Sesape yang nak pergi tuh ALL THE BEST !
okbai.
Sunday, March 25, 2012
Misi mendapatkan Burger Bakar Kaw-kaw Wangsa Maju.
Tripple petty with beef bacoon, cheese and cheesy sauce.
RM22.00
saje up satu gambar tak berapa nak cantik ni dulu.
bagi korang telan air liur ahad2 camni.
sampai pukul 730PM.
beratur 2 jam setengah dapat nombor 92 !
siap boleh pekena roti banjir kat mamak dulu.
pukul 11PM baru dapat burger.
fuhhhhhhhhhhhhhhhh !
stall bukak pukul 5PM.
so sesiapa nak datang silalah awal.
oh ye kali ni aku tak sesat.
hewhewhew
okbai.
Friday, March 23, 2012
John Carter
Malam tadi pergi tengok John Carter kat Alamanda.
kalau tanya bila last time aku tengok wayang aku sendiri pon dah tak ingat.
nampak tak bape kurun lama tak pergi tengok wayang.
sebab aku dengan Akram bukan kaki wayang sangat.
kitorang sampai Alamanda pukul 6.30PM kot.
then pergi usha2 tiket wayang time tuh dah pukul 7PM.
cerita pukul 7 dah start.
so amik yang pukul 9PM.
sementara tunggu pukul 9 marilah kite melantak dulu gemukkan badan yang slim ni. eh?
destinasi pilihan KENNY ROGERS ROASTER.
motif nak huruf besar bagai?
sajeeeeeeeeeeeeeee. hahahahaha !
dan menu pilihan setiap kali datang pon sama.
Kenny's Quarter Meal.
sila telan air liur.
wakakakaka !
Aku pilih triple passion.
combination of guava, passion fruit dengan mango.
sedap !
Akram feeling2 poyo pilih air Ais vanilla caffe latte.
makan nasi, ayam amik air caffe latte.
macam nak sepak je.
padan muka tak berapa sedap. hahaha !
aku cakap dekat Akram "Less fat.. Less calories.. Less Salt"
Akram jawab "Less Gemok"
Konghajo betul.
macam lah dia kurus sangat.
pukul 9 ke wayang lah kite.
dapat hall kecik.
walaupon duduk 3 dari belakang tetap rasa sakit mata sebab screen dia macam besau gila.
oh jangan tanya aku pasal cerita ni.
sebab aku tak paham.
Akram yang beria nak tengok cerita ni sebab kawan dia cakap best.
aku takde lah cakap tak best cuma cerita ni macam laju sangat.
lepas tuh cerita action lawan2.
lepas tuh kejap2 kat Bumi kejap2 kat Marikh.
oh sangat tak paham.
spesies ni macam geli2 sikit aku tengok.
dah macam avatar pon ade.
paling geli time anak2 dorang baru menetas dari telur.
euwwwwwwwwwwwwww sangat.
hahaha !
ni salah satu binatang dalam cerita tu.
nama dia Woola.
dia kira macam ala2 anjing la dan sangat gemuk.
setiap kali binatang ni keluar Akram pegang kepala aku sambil cakap "Woola. Gemuk gemuk"
macam nak terajang je. naseb baik dalam wayang.
lama jugak lah cerita ni dekat 2 jam.
keluar2 wayang aku tanya Akram "so kesimpulannya, berapa umur John Carter?"
so kalau korang dah tengok cerita ni meh bagi tau aku jawapannya.
sebab aku konpius.
kawan si John ni sampai dah mati tinggal rangka tapi si John ni sihat walafiat lagi.
mungkin 1 tahun kat Marikh = 1 hari kat bumi kot.
eh ke 1 hari kat Marikh = 1 tahun kat Bumi.
okey dah pening.
okbai.
Tuesday, March 20, 2012
Journey to the centre of the Earth.
Pernah tengok cerita ni kat wayang?
tak pernah tengok dah.
hari tuh masa aku bawak adik aku shopping buku2 sekolah dia, aku ternampak buku ni.
rupanya adik aku belajar cerita ni kat sekolah.
English literature untuk Form 1.
untuk negeri tertentu je lah macam kat buku tu.
cerita ni tak salah aku tahun lepas kot aku tengok.
member aku belanja. 3D lagi.
so budak2 sekolah sekarang kalau rasa taknak baca buku je boleh pergi kedai cari DVD cerita ni.
untung sangat.
takde lah menguap je nak menghabeskan baca English novel tu.
dulu zaman aku tak ingat lah belajar cerita ape.
tapi nak habeskan baca English novel tu punye lah seksa.
nak tak nak kene jugak habeskan baca kalau tak mampus lah kau tak paham.
tapi aku tak sure pulak sama ada novel budak2 sekolah tu sama ke tak dengan muvie yang aku tengok tu.
tidak la pulak gigih aku nak selidik kan.
hahaha !
walaupon cerita ni agak mengarut sebab kat dasar bumi ade hutan belukar segala tapi mungkin banyak moral value lain untuk budak2.
mungkin lah.
okbai.





















