Wednesday, July 24, 2013

Roti John yang lain sikit.


Semalam tetibe satu hari tu Akram asyik la dok tanye2 aku petang nak buke ape petang nak buke ape.
Memula aku ingat saje je lah dia nak tanye sebab die kan kepochi ape aku buat semua die nak amik tau. So aku cakap je lah teringin nak makan nasi kukus ayam goreng rempah sebab macam dah lame giler tak makan.
Pagi pukul 10 dah tanye sibuk je dah la semalam aku selsema teruk rasa dan2 tu nak pergi carik nasi kukus. Naseb Iman kuat lagi. Haha!


Pastu petang sikit dia wassap aku tanye lagi nak buke ape petang tu.
Aku jawab lagi nasi kukus.
Pukul 4 tanye lagi.
Eh mamat ni saje nak menduga keimanan aku ke ape?
Mentang sekang aku dah boleh control marah.
Pastu aku jawab "Bape kali nak tanye ni asyik tanye je kan dah cakap banyak kali tadi"


Pastu barulah die cakap macam nak datang berbuke dengan aku kat KL.
Hahahahha!
Inilah lelaki.
Mengalahkan perempuan die punye mukadimah.
Sibuk nak berkias-kias.
Cakap je lah rindu dengan aku. Nak berbuka dengan aku kan senang.


Mase die balik kerja tu aku pesan siap2 terus mandi terus gerak pergi rumah aku.
Die bukan boleh lame2 nanti tertido pastu kejut tak bangun. Sentap gaduh.
Siap cakap dengan aku "Kali kedua tak jadi kot macam ari tu. Lain kali mungkin lah"
Pastu gelak-gelak.
Rasa macam nak cekik je.


So pukul 630petang aku sampai rumah ngam ngam soi tak lama lepas tu Akram pon sampai area rumah aku.
Terus decide nak pergi Bazar Pantai Dalam.
Sebab paling dekat dan senang.
Tempat makan pon banyak nak duduk berbuka.



So ini adelah menu berbuka semalam.


Sape yang duduk or pernah pergi area pantai dalam tau lah kot. Ade satu tempat tu nama die Bazaria pantai dorang buat macam food court.
Actually tapak tu dulu memang tapak bazar.
Since now dorang dah buat food court so gerai2 bazar ni bukak kat depan2 kedai food court tadi.
Memang meriah giler lah.
Banyak sangat kedai.
So kitorang berbuka kat salah satu kedai kat food court tu.
Makanan beli kat bazar.
Air order kat food court. Mihun sup tu pon order kat food court.


Aku macam biasa mengikut keinginan tekak untuk makan nasi kukus ayam goreng rempah.
Selalu kalau tak pose balik rumah makan nasi kukus ni rasa macam tak cukup je.
Bulan puasa makan separuh dah senak perut.
Tapi lichen tatap lichen.
Membazir amalam syaitonirojim kate ko.


Kuih cara kuih wajib beli kalau pergi bazar.
Kuih wajib Akram macam biasa tepung pelita.
Pastu Akram beli kebab kambing macam biasa die memang tak boleh nampak perkataan berkaitan kambing memang macam ade kuasa magnet akan tarik die ke kedai tu.
Aku syak dulu mase mak die preknen kan die ade sikit terkenan daging kambing kot.
eh?



Dan menu yang pertama kali aku jumpe semalam. Roti John tapi guna roti biasa.



Gerai roti ni betul2 kat sebelah gerai kebab kambing yang Akram beli.
Mase kitorang beli kebab kambing tu memang tengah ramai orang beli roti ni.
Tapi kitorang macam tak rasa nak beli.
So lepas beli kebab kitorang bla.
Aku pergi tempat jual nasi kukus.
Lepas beli nasi kukus Akram cakap macam sedap je kalau beli roti tu.
So ke gerai roti John la kite.


Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii sampai2 gerai tu je dah tinggal 1 je ni last.
Giler laku kau.
Terus dan dan rasa tahun depan nak meniaga roti John camni kakakaka.
Yang aku beli ni yang biasa. Rm3.00 kot. Ke rm3.50 camtu lah.
Die ade yang special.
Kalau special luar roti tu die salut kan dengan telur. RM5.00
Boleh pilih ayam ke daging.
Disebabkan takde pilihan makan boleh la beli yang biasa ni.


Roti die guna roti potong tu tapi tebal gilersssssssssss.
Macam kalau korang pernah makan Kacang pool kan die serve dengan roti tebal kan.
Ha lebih kurang camtu lah.
Sedap.
Esok2 boleh la try yang special pulak.


Petang ni nak makan ape ye?
Boring pulak hari2 kene pikir nak berbuka ape.
Korang buke ape petang ni?



Wednesday, July 17, 2013

Kuih Cara Berlauk


Sumber: Google


Everytime datang bulan puasa, makanan yang wajib aku beli everytime pergi Bazar is Kuih Cara Berlauk.
Aku rasa every year kot aku jadi pelanggan tetap gerai2 yang jual kuih cara ni.
Tak dapat ayam golek takpe. Tak dapat Nasi Kukus ayam rempah takpe asalkan dapat kuih ni.
Boleh buat moody kalau sebesar-besar bazar aku datang tak jumpe kuih ni.


Tapi kalau ikotkan bulan2 puasa ni ramai yang carik tepung pelita kan.
Akram pon kalau pergi bazar mesti nak beli kuih tu.
In fact dah tiga kali aku pergi bazar pon berlambak orang jual kuih tu.
Cume sedap tak sedap je.
Aku tak layan sangat kuih tepung pelita ni.
Sebab tak boleh terima oleh tekak.


Tapi tahun ni dah tiga kali aku pergi bazar kuih cara berlauk ni macam segan-segan je nak jumpe.
Kat bazar area rumah aku memang haram nak jumpe.
Pastu Isnin kot aku pergi Bazar Pantai Dalam. Bazar memang besar giler tapi satu gerai je jual kuih ni. Itupon mase aku nak beli dah memang tinggal 5 keping RM2. So terus beli semua.
Semalam aku singgah bazar kat sebelah matrik UIA pulak. Bazar kat situ pon boleh tahan best jugak. Even gerai die macam tak berapa banyak sangat tapi makanan yang die jual macam best.
Like Nasi kukus ayam dara sampai ramai giler orang beratur kat gerai tu.
Pastu ada nasi tempayan kot.
Nasi ayam black pepper.
Roti John RM3.50
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii again. Only one gerai yang jual kuih cara berlauk.
Sabo je lah.


Macam biasa harga standard 5 keping Rm2.
Mase aku beli kuih tu pon saing2 aku ade dalam tiga orang mintak kuih yang sama.
Heran aku kenapa tak ramai orang jual.
Mungkin aku patot invest bissness kuih cara berlauk lah everytime bulan puasa.
Haha!


Pastu aku pon mengadu lah kat kakak aku.
Kakak aku cakap wiken ni balik rumah terus beli acuan die nanti buat setempayan.
Akakaka.


Semalam aku balik kerja pukul 5 petang, pukul 7 malam dah sampai rumah siap before tu boleh singgah bazar berjalan-jalan lagi.
Seyes jalan giler lengang.
Kalau tak start daripada flyover sebelah matrik UIA tu membawak sampai depan PPUM membawak lagi sampai federal die punye jem.
Tapi semalam okey pulak giler lengang takde kenderaan.
Kawan aku pon siap pos gambar jalan duta clear nak mampus waktu2 balik kerja.
Konpius betul aku dengan orang2 KL ni lah.
Kalau hari2 camni kan bagus.
Takde lah tiap2 petang aku meroyan dalam kereta.


okbai.



Monday, July 15, 2013

Buffet at Bangi Golf Resort memang terbaik !



Jumaat malam lepas aku amik voucher dengan kawan aku.
So Sabtu tu aku dengan Akram pon bergerak lah ke Bangi.
Kitorang sampai pukul 7 malam kot.
Terus register kat kaunter pendaftaran and akan ade staff yang bawak pergi meja.


Bangi Golf Resort ni aku bagi 10/10!!

Selection die banyak.
I mean BANYAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK giler.

Dan yang penting sedap.
Mahal kalau sedap takpe.
Tapi kalau dah la mahal pastu tak sedap memang siaplah aku canang kat blog. Hahahaha!



Kawan aku pilih meja yang dekat dengan kaunter makanan berat. Bagus. Memahami sangat. 



Pukul 7 biasalah orang tengah merduyun-duyun ambik makan lagik. Selagi tak azan memang tak duduk. Aku pon same. Wakakaka.



Lasagnia dengan Ayam Tandori. Lasagnia dia aku cakap sedap nak mampus! Kalau boleh tapau memang aku dah tapau dah. Seyes sedap. Sebelah kiri Lasagnia tu ade mushroom soup tapi aku tak perasan so tak rasa.



Mashed potato dengan Beef Stew. Mashed potato rasa mashed potato lah. Beef stew die aku tak rasa sebab lupe nak suruh Akram amik. Orang tue tu kalau tak disuruh memang tak amek. Die amik yang die makan je.



Kaunter peveret Akram. Kambing Bakar. Aku tak sempat nak amik gambar kambing tu tengah bergolek. Punye lah ramai giler orang beratur. Betul2 sebelah kambing tu pulak. Nak menyelit amik gambar kang kene luku sedas. Akram cakap jap2 lagi lah amik. Sekali jap2 lagi tengok dah tinggal rangka dah. Sobbss



Air bermacam jenis. Ko minum lah selagi tak kembung perut.


Air panas pon ade. Air suam pon ade.



Yang nak difokuskan di sini adalah orang yang tengah beratur kat belakang tu untuk amik kambing bakar. Pukul 7 lebih pon apedehal. Janji kambing dalam genggaman kan.



Buah-buahan. Geram je aku tengok mata kucing tu. Pakkal perut space tak berapa nak besar kalau tak memang aku berkampung sampai pukul 10 makan buah tu. Koktail die masam tapi sedap!



Dessert.



Sandwich, Rojak, Wedges, Kek batik pon ade.



Kuih-muih pelbagai. Kalau korang datang bawak parent mesti dorang suke sebab macam2 kuih boleh pilih.



Bubur lambuk, coleslaw, salad, bubur ayam, sambal belacan.
Bubur lambuk die kureng sikit. Tak lemak.






Sebenarnya banyak lagi stall yang aku tak sempat nak amik gambar.
Tak larat tengok orang pandang aku kecik besar kecik besar je. Hahaha!
Kang dorang ingat aku sakit mental pulak.
Jadi marilah behave di bulan yang mulia ni.


Ade nasi dengan lauk kampung, nasi minyak, nasi goreng, kuew tiow goreng, makanan cina, sate ayam sate daging, yong tau foo siap ade kerang rebus, spagheti bolognese siap ade carbonara bagai, eskrim, bla bla bla mak aihhhhhhhh memang banyak giler tinggal larat dengan tak larat je nak makan.



Meja kami. Ye dalam banyak2 air aku amik air suam je. Itu lah rahsia kekurusan aku. Bahahaha.



Muke puas hati dapat kambing bakar. Naseb dengan muke2 sekali tak terkenan dengan kambing.



Akram ni serupa bapak aku. Peminat tegar kambing. Kalau bapak aku datang kenduri kawen benda pertama die carik is daging kambing. Sebab die cakap kambing ni rare. Setakat makan ayam dengan daging muak dah.

Akram cakap sedap. Aku tak rasa pulak. Kanan tu sup kambing.



Aku of cross carik nasik jugak. Dah kate tekak jawe kan mesti lah carik nasik. Haha!

Takdelah sebenarnya aku boleh je sehari tak jumpe nasik. Tapi sebab terliur tengok udang masak lemak cili api die tu terus amik pinggan cedok nasi. Kiri tu ayam merah. Sebelah udang tu ikan bakar style portugese. Sedap! Kanan tu ayam percik. 


Kat stall masakan kampung ni staff cedokkan lauk kecuali lauk ayam percik. Macam tau2 je aku nak sauk udang lemak tu banyak2. Semua lauk sedap! Akram cakap datang buffet makanan banyak2 carik nasi jugak. Eh suka hati aku lah perot aku. Kang aku makan kuew tiow goreng je kang lagi kau berbulu.



Kumpulan persembahan okey. Walaupon lagu2 melayu asli tapi aku okey saje. Dah kate bulan Ramadhan kan. Kang pasang lagu metalicca kang terbelahak pulak kat situ. Suara perempuan tu sedap sangat. Time maghrib dorang berhenti jap rehat. Pastu sambung lagi pukul 8. Time Isyak jap lagi kang dorang stop jugak. Pastu lepas Isyak sambung balik.



Surau dengan toilet pon korang jangan risau. Dekat sesangat.
Tempat wuduk sekali dalam surau. Memang selesa sangat.
Toilet pon bersih.


Ko pernah makan ais krim dalam kon die letak popcorn? Haaaaaaaaa first time aku makan kat Bangi ni ha. Of cross aku pilih ais krim cekelat. Feveret gittew. Dengan Akram2 punye ais krim sekali aku bantai amik coklat padehal orang tue tu lagi suke vanilla.



Sebenarnya time ni aku nak merasa jambu air dia. Tapi tetibe ternampak red velvet pulak dengan cheese cake. Awal2 takde pulak die letak. Ape lagi saukkkkkkkkk. Sedap2 cake dia. Yang dalam cawan tu jelly tembikai.Kureng sikit. Tapi jelly kelapa die sedap!


Tapi aku nasihatkan kan korang jangan makan jambu air ni. Aku tak tau lah orang lain makan okey ke tak tapi aku makan last2 terus rasa nak membuak perot. Akram cakap sebab air jambu ni banyak sangat. So perut terus kembung air.


Pukul 9 camtu time orang semua dah tak ramai ade staff jalan2 buat survey tanye makanan okey ke tak. Ape yang okey ape yang kene improve.
Meja aku sampai dua kali staff datang. Sorang lelaki sorang perempuan.
Kitorang takde komen sangat pon sebab makanan semua okey.
Cume Akram cadangkan kalau tambah nasi Arab sikit pon okey.
Aku cume komen bubur lambuk je lah. Kureng kick.
Yelah bubur lambuk setahun sekali orang carik kan. Mesti kene buat sedap2.
Makanan paling sedap aku anugerahkan kepada Lasagnia. Haha!


Dalam pukul 9.30 camtu kitorang pon angkat bontot.



Masa nak pergi kereta tu dorang sediakan service buggy hantar kat kereta. Agaknye tau kot bangsa2 yang tak larat nak jalan lepas makan. Tapi parking kereta takde lah jauh mane pon. Aku pon jalan kaki je dengan Akram. Sebab mase kitorang sampai tu tetibe je ramai orang. Malas nak tunggu jalan sudah.




Kalau korang plan nak berbuke puasa buffet memang aku suggest Bangi Golf ni. Tapi korang jangan Walk In sebab harga Walk In sampai RM62/head. Kalau booking RM48/head je. Kalau korang jauh nak beli voucher awal2 boleh call booking and terus bayar online. Once korang dah bayar macam dah kompem la so dapat harga Rm48. Kalau booking saje tapi bayar time hari nak makan tu akan dikira Walk In so rugi.



Ape2 hal boleh call 03-89253728

Gerenti puas hati.


okbai.



Thursday, July 11, 2013

Satu Ramadhan semalam.



Nampak tak ayat kenapa kurus sangat2 tu? Wakakakaka! Tulah Akram selalu tak percaya bila aku cakap aku dah kurus sikit. Jeles lettew takde orang cakap die kurus. Huahuahua *kurus sikit pon dah gebang kan. Kihkih*




Ni gambar semalam.
Walaupon aku tak pose semalam tapi bukan boleh makan pon. So pergi lah teman kan kawan aku nak beli seluar kat 1 Mont Kiara.
FOS tengah buat sale.
Jeans cantik2 dua helai baru Rm98.
Pehhhhhhhhhh mengucap jap aku.
Pakkal lah bulan ni aku dah spend lebih untuk something lain. Kalau tak kompem. Kompem kene membebel dengan Akram. Haha!


Semalam petang aku balik keje macam biasa pukul 5.30.
Bos memang dah cakap awal2 dah jangan balik lambat. Balik on time.
Aku ni punye lah berfikir yang orang lain dah balik lagi awal pukul 5 ke 4.30 ke.
Sekali baru drive 10 minit keluar dari opis dah jem.
Jem yang tahap langsung tak bergerak. Ahhh sudah.


Nak balik rumah aku ade dua jalan.
Satu jalan belakang dari Mont Kiara lalu Jalan Datok Abu Bakar, tembus ke Flyover sebelah matrik UIA. Pastu nanti lalu depan PPUM and terus masuk Federal and exit Kerinchi.
Lagi satu jalan lalu kerinchi Link bayar tol 1.50 nanti keluar ikot federal menghala ke Shah Alam and kene uturn depan KWSP Pj tu.
Kalau korang tak paham baca diam2 je sudah k.


So selalunya aku memang lalu jalan Datok Abu Bakar tu. Sebab semalam aku tengok jem nak mampus aku terus naik Kerinchi Link. Sebab selalunya Kerinchi Link menghala ke Shah Alam tak lah jem sangat.
So bila aku lalu okey lah tak jem sangat pon.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bila dah uturn depan KWSP tu untuk patah balik ke Kerinchi hambik kau jem nak mampus tahap memang melekat.
Time tu dah pukul 630 petang.
Aku ni punye lah berangan nak pergi bazar kat rumah bagai. Harammmmmmmmm.


Yang aku bengang sangat lagi sakit hati tu Federal menghala ke Seremban dengan Shah Alam sikit punye laju. Yang nak exit ke Kerinchi yang jem giler sampai bas rapid pon stuck pastu ramai2 turun bas jalan balik rumah.



Tu ialah rumah aku.


Boleh bayangkan tak jarak rumah aku dengan opis dalam 10km je.
Pergi keje baru setengah jam. Balik kerja sampai 3 jam.
Yang lagi sakit hati tu dah boleh nampak rumah aku dari Federal tapi stuck dalam jem yang macam haram.
Perasaan nya macam nak tinggalkan kereta jalan kaki je balik rumah.
Memang giler.
Dah la mase azan Maghrib satu benda pon takde dalam kereta nak makan. Kesian giler member  aku yang pose.


Sampai2 rumah dah pukul 8 malam. Bazar pon dah tutup.
Last2 aku makan dekat mamak bawah rumah je.
Sobsss.
Aku pon tak sure apesal boleh jem sangat jalan nak balik rumah aku tu. Tapi area Kerinchi Pantai Dalam ni memang tak sah kalau tak jem.
Now banyak giler apartment dalam proses nak dibangunkan so memang lagi jem la nanti. Haihhh.


Alhamdulillah hari ni aku dah boleh puasa.
Kite tengok pulak petang ni ape yang jadik. Haha!





So pagi tadi Akram dah bagi Green Light untuk buke puasa kat Bangi Golf Resort this Saturday.
Aku ape lagi terus roger kawan aku.
Dia kerja kat Hotel Equatorial Bangi.
Memula aku mesej mintak nombor telefon Bangi Golf ni je.
Aku cakap nak booking pastu nak mintak tolong dia amikkan voucher buffet ni.
Sebab kalau korang amik voucher sendiri boleh dapat harga RM48 tu.
Kalau korang datang Walk In sabtu tu nanti boleh kene cas sampai Rm60-Rm70.


Aku pernah bace dulu ade sorang blogger tu tahun lepas la dia call untuk booking.
Tapi die tak boleh nak amik voucher sebab jauh so die tanye la boleh tak amik mase nak berbuke tu.
Resort tu cakap okey.
Tetibe akak tu pergi mase nak berbuke tu dorang kire walk in jugak.
Akak tu malas nak kepoh2 dia bayar je harga walk in. Rugiii woooooooooo.


Yang bestnya tetibe kawan aku call cakap dia dah booking kan untuk aku and Akram.
Tengah hari mase lunch hour dia tolong amikkan voucher dengan bayar sekali.
Bagus. Macam ni aku suke. Bertindak pantas. Hahaha!


Tapi aku dua orang dengan Akram je lah.
Sebab member aku tu ade hal dengan boiprennya.
So sesape nak join sabtu ni moh la kite berkenal-kenalan.
Cewahhh.


Yang best kat sini sebab ade kambing golek.
Aku tak makan sangat tapi Akram tu yang carik2 kambing golek.
Layankan je lah.


Kawan aku dah pergi makan kat sana tahun lepas.
Dia cakap memang best giler tak mengecewakan la.
Aku baca review dari blogger2 tahun lepas pon semua cakap nice.
Harap2 tahun ni pon okey lah.
Kalau tak okey mau aku amukan kat situ jugak.
Hahahha!


okbai.

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Rasa macam baru je aku bergumbira buka pose kat Medan Ikan Bakar Alai pose tahun lepas.
Tetibe eh esok dah start pose balik.
Cepatnye mase berlalu.
Tetibe nanti dah tahun depan. Tetibe lagi dah nak kawen. Eh eh? Nananana.
Nak buka kat mane esok eh?
Cewahhhhhhhhhh kemahin padehal bukan boleh pose pon esok.
Sobsss.


Dah bape tahun dah aku tak dapat sambut first Ramadhan.
Aku pon macam dah pasrah je lah.
First Ramadhan dah la tak dapat sambut.
Pastu nanti raya awal pulak.
Giler tak best kan tapi nak buat camne. Daripada die tak datang langsung kang haaaa buat naye je.
Jadi marilah kite redha.


Benda paling best bila bulan pose of cross dapat makan best2.
Makan je lah yang aku ingat.
Pergi terawih boleh dikira berapa kali je.
Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini Ya Allah.


Tapi serius bulan pose adalah satu-satunya bulan dalam setahun ni kitorang adik beradik dapat makan ikan bakar En. Jamal.
Resepi ikan bakar bapak aku ni special giler and sangat lama nak masak rencah die tu.
Disebabkan ke-spesel-an itu maka bapak aku akan masak waktu bulan pose je.
Hari tu die dah roger2 aku bila nak balik rumah.
Aku cakap minggu depan aku balik la sebab minggu ni ade hal sikit.
So aku siap dah tinggalkan pesanan siap2 kat bapak aku suruh die get ready dengan ikan bakar dia.
Hehe.


Tahun ni azam aku nak buka pose buffet kat hotel. *konghajo giler azam nak pergi berbuka sedap2 kan. Cube lah azam nak pergi terawih penuh ke sedap sikit mak aku dengar*
Syaitonnirojim betol.
Tapi sebenarnya aku memang dah aim nak buka pose buffet kat Bangi Golf Resort sebab aku bace review tahun lepas macam sedap giler je.
Member aku yang keje dekat Hotel Equatorial Bangi pon cakap Golf resort punye makanan lagi sedap compare to Hotel die.
So tengok lah nanti camne.
Kalau jadik aku halo korang okey.






So pada semua yang berpose esok aku ucapkan selamat berpose.
Sape2 ade kurma lebih tu sedekah la sikit kat aku.
Aku tak beli lagik kurma. Sobsss.
Haha!


Jangan lupe banyakkan minum air masak lepas buka and time sahur tu.
Aku ni selalunya awal2 pose je rajin bersahur.
Nanti dah nak last2 sahur dalam mimpi je selalunya.
Tahun ni nak berazam tak tinggal sahur la. Cewahhh dan dan berazam.


Okey korang.
Minta maap salah silap ye.
Jangan lupe hafal niat puasa. Susah2 bace terus niat puasa untuk sebulan. Senang untuk orang pelupe macam haku ni.


bye.



Monday, July 8, 2013

Lelaki atau perempuan yang lebih suka check henpon pasangan?




Syabas Wana! Syabas!
Berjaya membuatkan orang lain terpengaruh untuk pergi menggemukkan badan mereka. Ni pasal entry Nasi Arab ni la ni. Naseb baik sedap kalau tak fuhhhhhhhhhhhhh mesti dah kene maki. Hahaha!
Okey aku kene pergi try jugak shakshoka tu. Mesti ! Wajib !



Pagi tadi masa drive aku dengar Hot fm AM crew.
Selalunya tiap2 pagi pergi keje aku selalu dengar Johara pagi Era.
Tapi sejak dua menjak ni dorang macam bosan giler.
Pastu kejap2 Hanif takde. Kejap2 Ray pulak takde.
Pagi tadi Hanif dengan Johan takde.
Sumpah bosan.
Jadinya kite beralih ke Hot fm pulak. Hot fm pon boleh tahan masuk air jugak kelakarnya.


So topik pagi tadi adalah pasangan yang suke check henpon pasangannya.
Tapi bagi dorang, yang paling kerap buat kerja2 check henpon pasangan ni adalah perempuan.
Sebab dorang kate perempuan ni suka sangat tak percaya dengan pasangan dorang.
Alah kalau nak cakap pasal kepercayaan lelaki ke perempuan ke same je kan.
Takde kene mengene dengan faktor jantina.


Macam ade sorang kawan aku perempuan die punye tak percaya dengan pakwe die sampai sanggup buat akaun twitter palsu semata-mata nak menyamar untuk stalk pakwe dia.
Aku cakap tak rimas ke hidup diselebungi dengan perasaan syakwasangka. *cewah*
Dia pon cakap rimas sebenarnya. Tak larat.
Tapi memang tak boleh nak buang sifat curiga tu.


Ada lagi sorang kawan perempuan aku ni. Bf die punye tak percaya kat dia siap fb tak boleh fren dengan lelaki lain.
Fren request akan dipantau oleh bf dia.
So fb kawan aku memang semua perempuan je lah.


Kalau macam aku dengan Akram, kitorang fair kot.
Tapi cuma kadang2 aku rasa Akram yang lebih tak percaya kat aku.
Bukan tak percaya ape.
Aku rasa mata die tu ade something wrong tu.
Dia asyik je nampak muke aku ni ade iras2 Fazura. Tu yang asyik je takut aku pergi ushar lelaki lain.
Padehal die bukan tak tau muke aku ni kalau director filem nak panggil jadik budak tepuk tangan time YB berucap pon boleh pikir dua tiga kali.


Masa memula kitorang kawan dulu, henpon Akram adalah hak milik dia yang sangat privasi.
Dia memang takkan tinggalkan henpon dia sendiri dengan aku.
Kalau kitorang singgah petrol pump, dia kuar kejap terlupa bawak phone sanggup tu patah balik amik phone.
Punyelah tanak aku check phone dia.
Fine.


Bila kitorang dah start serius barulah dia tak kisah aku tengok phone dia.
In fact now siap tumpang henpon dia dalam beg aku lagi. -____-
Tapi seriously memang amik masa.
Yelah nak percaya seseorang tu bukan takat sehari dua kan.


Sekarang, bukan setakat henpon, facebook, Instagram semua aku tau password dia.
Hahahaha!
Tapi aku takde lah kaki check barang2 dia 24/7.
Kadang2 kalau bosan aku bukak la fb dia tengok ape yang patot.
Kalau jumpe ape yang tak patot ha boleh mintak belanja makan mahal2.
Eh? Kekekeke.


Tapi kalau nak ikotkan Akram sebenarnya yang suka check hp aku.
Dan aku ni even takde benda yang aku sorok dari dia, tapi kadang2 tu rase nervous jugak.
Hahaha bongok giler.


Masa Faizal Ismail cakap salah satu sebab kenapa dia tak bagi bini dia check henpon dia sebab kadang2 orang dah biasa hantar emel gune ayat "Dear Faizal, Dear Wana, Dear bla bla bla" so tanak bini dia ingat dia ade affair dengan pompuan lain.
Bila aku dengar ayat dia aku gelak sendiri.
Haha memang terkene kat batang hidung sendiri hari tu.


Aku kan dah biasa hantar emel kat orang guna "Dear sir. Bla bla bla"
So hari tu aku nak mintak satu drawing kat sorang mamat ni. Dia main contractor.
So nak cepat aku malas emel.
Aku wassap je lah.
Tulis "Dear Ash. Bla bla bla"
Aku rasa benda tu macam biasa je. Tapi bila Akram baca dia salah tafsir.
Tapi masa dia baca tu die tak cakap. Aku pon tak tau bila masa entah dia baca.
Tetibe bile gaduh pasal benda lain baru die nak cakap pasal benda tu.
Pastu nak cakap aku bersayang-sayang dengan lelaki lain.
Oh please lah. Takde mase okey.
Sorang pon tak terjaga nak skandal dengan orang lain.
Wat semak kepala aku je.


Dah terpaksa karang ayat baik punye nak pujuk Akram.
Hilang hensem aku.


Ade sorang pemanggil pagi tadi call lagi dasyat.
Dia perempuan.
Memula dia cakap dia tak payah nak check2 henpon bf dia.
Okey baguslah kan camtu. Kire percaya la ni.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


Rupa-rupanya dia dah copy semua mesej yang masuk kat henpon bf. Dia tak cakap die buat camne tapi everytime ade mesej masuk kat henpon bf dia akan masuk kat henpon dia jugak.
Kahkahkah giler psycho minah ni.
Tak cukop dengan tu, siap guna friend finder lagi kat henpon bf dia.
Macam2 lagi lah dia tukar setting kat hp bf dia tu.
Semata-mata nak tau setiap pergerakan bf dia.
Fuhhhhhhhhhh aku takde lah bertekad sampai nak jadik camtu.
Tak rasa rimas ke eh? Hidup saling tak mempercayai?


Kalau aku senang.
Ko nak pergi mane2 ko bagi tau je. Pastu aku okey.
At least aku takde lah call salah timing kan. Lagi pon aku memang sentap kalau Akram reply wassap aku lambat2. Hahahhaa!
Bukan ape pon. Everytime dia reply lambat or tak jawab call aku, aku selalu fikir yang dia eksiden.
Padehal sebenarnya dia tengah sedap membuta kat rumah.
Macam aku pon mane2 aku pergi memang dah terbiasa bagi tau Akram.
Jumpe sape dengan sape buat ape.
So far okey je.


Tapi kalau nak ikotkan Akram ni bukan percaya aku sangat pon.
Contohnye kalau dia nak pergi travel dengan kawan2 dia aku okey je.
Silakan wahai kekandaku. Pergi lah engkau bersuka ria sana.
Silakan pulang membawa buah tangan untuk adinda.
Tapi kalau aku yang nak pergi mane2 dengan kawan aku.
Baru je cakap ayat "Rasa nak pergi Langkawi dengan Sally la"
Tak habes cakap lagi dia dah "Nak pergi bila? Bape lame? Sape lagi pergi? Okey nanti kite ushar tempat2 best k"
Eh aku tak cakap nak ajak kau pon der.
Sibuk je.


Pada aku, nak memantau pasangan masing2 ni okey je tapi tak payah la nak berlebih-lebih sangat.
Boleh buat gaduh okey.
Macam kakak aku dia dengan laki die rilek je takde nak check2 sangat ni.
Alhamdulillah la aman bahagia je aku tengok. Anak pon dah tiga.


Ada one time tu kakak aku cakap die ade wassap dengan Akram.
Aku cakap "Tau. kite bace wassap die"
Hahahaha!
Kakak aku cakap tak jujur.
Alah Akram pon tak kisah. Dia pon bace wassap aku jugak.
Kakak aku cakap "Dua2 pon same!"
Hehehe.


Tapi kan berdasarkan pengalaman aku dengan orang sekeliling.
Lelaki kalau sembunyi kan sesuatu tak kisah la henpon dia ke. Taknak kenalkan korang dengan kawan2 dia ke. Kompem ade something wrong.
Mungkin tak semua lelaki macam tu.
Tapi kebanyakan yang aku jumpe begitu.


Sekian.

Bersatu kite teguh bercerai boleh rujuk balik.


Hahaha okbai.