Loading...

Tuesday, August 7, 2012

Makan Besar @ Warisan De Muara Kita, Medan Ikan Bakar Alai.



                                             

sumber : Blog Ini


Takde lah besar mana pon. hahaha !
aku agak busy sikit seminggu yang lepas.
cewah macam gud2 je kan busy2.
padehal lebih ke arah buat2 busy.
hehe.


2 minggu lepas tetiba adik aku yang kat matrik UIA tu mesej kat inbox fb cakap bila nak belanje dia berbuke pose.
amboi macam kakak kau ni cop duit ye.
tapi takpe selaku kakak yang baik dan berhati mulia, permintaan sang adik (sukati je nak guna kata ganti sang. haha !) akan ditunaikan.
actually aku memang plan lama dengan Akram nak makan ikan bakar kat Alai ni.
cuma tak pergi2 je.
so alang2 ni aku bawak lah adik aku sekali.


so sabtu lepas dalam pukul 3 petang lebih aku amik adik aku kat PJ.
Akram cakap gerak dari Nilai dalam pukul 4 lebih camtu.
yelah tuh kan.
dengan dia balik kerja terus tido aku call seribu kali tak dengar. memang hangen aku.
naseb baik dalam pukul 5 lebih masa aku dah nak sampai rumah dia tu dia terjaga.
kalau tak memang amukan lah aku. ada yang meroyan tekan hon depan rumah dia nanti.


dalam 5.30 kitorang gerak pergi Melaka.
pastu pandai sangat tak beli makanan pape dulu.
konon2 nak jalan2 singgah kat bazar Ramadhan Melaka.
sekali satu bazar je jumpe. tu pon kecik lah yang amat.
tak berhenti.
dekat nak buka tu singgah jap kedai runcit dekat2 dengan Medan Ikan bakar tu beli air.
sudahnya sampai tempat makan penuh gila-gila punye penuh.
sampai kan abang gerai ni cakap "bukan kitorang taknak amik order. tapi takde meja kosong ni. kalau nak tunggu boleh la"


sob sob.
terpaksa lah berbuka minum air je dulu.
dekat pukul 8 lebih jugak lah kitorang tunggu nak dapatkan meja makan.
sampai naik emosi aku sebab akram asyik tanya2 je nak pilih gerai mana. haha !



 bila dah dapat meja kosong ape lagi. dengan lincah lah pergi pilih ikan. hehe.




 udang dia semua besar2 dua jari ni ha. memang menyesal lah kalau tak amik. hahaha !



 Ikan Jenahak. Sotong jangan cakap lah. besar2 tapak tangan ni ha. wajib amik ! Akram cakap kalau nak pilih sotong jangan amik yang besar2 sangat. sebab yang besar2 tu macam tak manis sangat. kalau ikot aku lagi besar lagiiiiiiiiiiii syokkkkk. hahaha ! aku kan semua pon tak tahu :P



Of crosss kene try Ikan pari bakar dia. dan tak lupa my feveret kupang. hehe !



Yang kiri adik aku. Yang kanan kawan dia. saje aku suruh bawak sebab nanti kang dia bosan pulak. Aku of cross lah nak berkepit dengan Akram je. kahh kahh. Jangan tertipu dengan kesucian wajah dorang sebab tu semua effect camera je. padehal jerawat banyak tu. eh cakap orang pulak. haha !



 Butter Prawn. Macam lagi sedap aku masak jek. wakakaka. ok lah not bad. cuma telur dia sikit je. and dia buat basah2 sikit. 



 My fevret ! sotong goreng tepung. sedap gila !!! Tanda seru tiga kali nak cakap memang betul2 sedap.




 Ikan Jenahak tiga rasa.



Dan menu setiap kali makan ikan bakar mesti pilih. Ikan Pari bakar sambal. tapi macam biasalah, sambal dia tu sambal biasa. Sebab aku dengan adik aku dah terbiasa makan ikan pari bakar berlada En. Ayah yang super duper sedap, maka makan kat luar ni so-so je. tapi sebab tak balik rumah terpaksa jugak makan kedai. sob sob. tapi at least dorang bakar pakai daun pisang la. tak macam masa makan kat Umbai dulu. rentung !




Kupang sambal. Masa nak pilih masakan tu aku nak jugak Kupang Sambal. Akram cakap semua sambal. Ah pedulik nak jugak. sebab dulu kat Umbai amik Kupang masak halia. erghhhhhhhh tak boleh terima tekak aku.


Tambah order nasi satu hidang untuk tiga orang makan je sebab aku nak makan dengan nasi lemak dia.
Air amik air laici satu jug.

Kenyang gila !
memang puas hati lah.
lagi puas hati bila bayar je kene RM100 saje.
lepas bayar rasa macam eh biar betul?
murah nya.


sebab selalunya kalau aku makan dua orang dengan Akram pon dah dekat RM70.
ni empat orang baru RM100.
dengan air buah jug besar lagi.
berbaloi-baloi.
kalai gerai lain aku tak sure sebab dia ade banyak gerai.
yang kitorang makan ni gerai nombor 2.



Masa berbuka tu ramai sangat yang datang berkonvoi.
ade team MyVi, Team Persona.
paling style team motor2 besar lah. gempak siottt.
pastu ade team motor macam rxz tu tapi kawasaki punye entah ape tah aku mane lah tau.
haha !


Medan Ikan bakar Alai ni memang dekat dengan Medan Ikan Bakar Umbai.
simpang before sampai Umbai, itu lah Alai.
masa aku makan kat Umbai dulu dorang cakap memang Alai lagi best.
tu yang kitorang nak try tu.
Aku dengan Akram kan memang kaki jalan2 carik makan. hehe.


lepas dah kenyang kitorang jalan2 Jonker Walk sebab dulu pergi Umbai tak sempat nak jalan sebab dah tutup.
Ramai orang cina kat sana.
tak beli ape pon. ingat nak carik casing untuk S2 ni tapi design yang kitorang berkenan ni banyaknye Iphone je ade.
bila dah ade mahal pulak sampai rm25. padehal ade je kedai jual rm15.
kaler pulak tak minat. haihhh.



dalam pukul 12 camtu gerak balik KL.
tapi bukan reti nak balik. singgah Downtown Cheras pulak.
hahaha !
saje bawak adik. dia tak pernah sampai lagik.
sekali sampai terus rembat baju selai. haha !
yang kitorang pulak meneruskan misi mencarik casing phone. tatappp tak jumpa.
sedih.


tapi tak sangka punye lah besar downtown tu boleh pulak terserempak dengan kazen2 Akram.
haha !
tapi time tu dorang dah nak balik dah.
kitorang je yang tak reti2 nak balik.
hahaha !



okbai.



                                          
With Love : Syazwana Jamal :)


13 comments

August 7, 2012 at 10:57 AM

sedpnye

August 7, 2012 at 11:25 AM

meriah btl... nmpk best je.. tp jauh pulak akak nk pegi sn.. hahaha

August 7, 2012 at 1:28 PM

kalo mlm2 ari bace entry ni xpe ag..
tp kalo siang2 pehhhh terliur beb!
haha..

August 7, 2012 at 1:37 PM

berblogwalking tadi, ramainya makan sotong goreng tepung.. huhuhu.. nak jugak :)

August 7, 2012 at 2:41 PM

amboi sakannye dia berjalan...nampak best je seafood dia....oho lambat lagi buka pose...

August 7, 2012 at 4:47 PM

mesti sampai umah letih giler,aku baca pun letih,tambah lagi cerita pasal makan time belum berbuka ni kan. huu~~~~..

August 8, 2012 at 11:28 PM

gila ahhh..
sanggup gerak dari PJ datang Melaka semata2 nak pergi Alai??

Tapi memang layan la makan kat ALai..mungkin layan sebab murah. Kitorang makan haritu pun almost RM100 untuk 4 org. terkejut..terkejut..

August 10, 2012 at 12:08 PM

dapat murah sebab bawak adik wana n kawan dia kot. pasni bawak diorang lagi tau. hehe

August 13, 2012 at 11:12 PM

Kalau dekat Muar tempat seafood macamni nama dia Sabak Awor, tapi murah ek makan banyak tu dalam RM100, lagi bbaloi dari makan kat hotel.

March 14, 2013 at 10:30 AM

haha, makanan memang boleh buat org bahagia.

April 30, 2013 at 8:32 PM

Thanx 4 coming... Trime kasih utk komen2 anda.. Jemputlh dtg lgi.. ;) klu dtg waktu function blh booking dulu... Terutama sabtu. "wakil dari ikan bakar warisan alai... " ;)

April 30, 2013 at 8:32 PM

Thanx 4 coming... Trime kasih utk komen2 anda.. Jemputlh dtg lgi.. ;) klu dtg waktu function blh booking dulu... Terutama sabtu. "wakil dari ikan bakar warisan alai... " ;)

January 29, 2016 at 2:17 PM

Staff kat gerai ni memang kurang ajar. Berlagak macam seafood diorg paling best. Org tak makan di gerai ni, dia bukan main mengumpat kuat-kuat, takut org tak dengar. Kalau tak percaya, cuba makan di gerai No. 3, sebelah gerai ni. Dah blh dengar staff gosip.

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal