Saturday, April 9, 2011

Tahukan anda kita perlu tukar I/C sebelum umur 25 tahun.

                                                                             
                                                                         
semalam aku baru je amik I/C baru. yeay yeay ada I/C baru. yeay yeay jangan jeles.
haha! batak kejap kan.


before ni ada sorang kawan aku pernah cakap kite kene tukar I/C before umur 23 tahun. so tuh yang kelam kabut nak pergi buat I/C baru tuh. ceh padahal besday aku lama lagi kot. hihihi. ala lagi pon kan ada kawan aku purse dia hilang kan. so kira sekali jalan lah buat I/C dengan dia sekali. senang jimat minyak. keh keh keh.





I/C baru :p



so masa kitorang buat I/C tuh kakak dekat kaunter JPN tuh cakap lah yang kita kene tukar I/C before umur kita 25 tahun. so bayar 10 hinggit jek. kalau after 25 tahun kita baru terhegeh-hegeh nak tukar I/C bayar lah ko 50 hinggit. banyak tuh 50 hinggit. boley makan keny rogers. keh keh keh.


so baik korang-korang yang belom tukar I/C tuh pergi buat I/C baru. ala 10 hengget jek. makan kepsi boleh takkan buat I/C tak boleh kan. lagi pon boley amik gambar cantik-cantik yang baru kan. nampak sikit dah matured. 


yelah I/C lama aku gambar masa darjah 6 kot. muke noob gila. everytime nak bagi I/C dekat orang macam malu jek. kah kah!




tapi setakat nih I/C aku tak pernah lagi hilang sebab purse aku tak pernah lagi hilang. tertinggal dekat A&W pernah tapi nasib baik manager dekat situ baik tolong simpankan.


masa tuh aku dengan classmate aku ramai-ramai makan dekat situ sebab celebrate besday one of my classmate lah kan. aku dulu memang tak suke bawak beg jadinya aku pegang je purse aku. lepas tuh letak atas meja sampai tak sedar tertinggal. terus balik dengan rasa tak bersalah.


esoknya bila nak guna duit tiba-tiba cari purse tak jumpa. baru lah menggelabah. selama satu malam tuh tak fikir langsung kan. dah la time tuh dekat nak exam. I/C kad matrik semua dalam purse. terus kawan aku ajak pergi balik A&W tuh. naseb baik ko manager tuh yang jumpa and dia baik hati. kalau orang lain tak tahulah.


masa otw pergi cari purse tuh En. M.a.s call tak henti-henti tanya camne camne pastuh kalau tak jumpa kene pergi buat report semua lama gila dia bercakap. tak cukup cakap dengan aku dia cakap dengan kawan-kawan aku jugak suruh aku buat camni camtuh. haha! sekali jumpa. naseb baik.






okey cemane boley cerita pasal purse hilang pulak ni.
=.=













ok bai.






                                                                                       


Saturday, April 2, 2011

Resipi : Kek Tiramisu senang tak payah masuk oven.

                                            
you know what?
tiba-tiba rasa macam nak makan kek tiramisu lah pulak.
memang tiba-tiba sesangat sebab before nih seyesly tak pernah makan.
dan tak pernah taw macam mana rasa dia. boleh pulak kan tiba-tiba teringin.
yang aku taw ade rasa-rasa kopi or nescaffe gitu.
okey sila gelak =.=



tapi taknak beli sebab rasa nak buat sendiri.
waw macam ayu gitu buat kek sendiri kan.
*fengsan.


lalu dengan kuasa google marilah kite meng'google' resipi kek tiramisu yang senang.
sebab kalau susah memang mintak ampun lah nak buat kan.



dengan kebolehan pakcik google yang hebat maka berjumpa lah aku dengan satu resipi dekat blog neh.
mari kite cekidout.



Resipi kek tiramisu simple :)


  • 1 biji sponge kek or apa-apa kek.
  • 250 ml whipping cream.
  • 200 ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus.
  • 1 cawan air panas.
  • 1 sudu makan serbuk nescaffe.
  • serbuk koko untuk hiasan.

  1. Bancuhkan nescaffe dengan air panas tadi.
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Potong kek pada dua bahagian.
  5. Tuangkan bancuhan nescaffe atas kek.
  6. Sapukan adunan cheese+cream atas kek tadi.
  7. Susun lagi satu bahagian kek yang lebih and sapukan nescaffe and baki cream cheese tadi.
  8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila nak hidangkan dia.


sumber -----> sini




gambar google saja.




macam menarik je kan?
jom jom kite try ramai-ramai.
lepas tuh tunjuk kat aku kek korang eh.








selamat mencube.








                                         


Friday, April 1, 2011

Nak makan kat Food Court Times Square sekarang kene ada kredit card.

                                                                
seyes lama gila tak jejak kan kaki dekat Times square.
last pergi pon dah tak hingat bila.
gila noob kan.
T_________T


so tadi pergi nak masuk food court dan dan terus naik escalator sampai tingkat 10.
sekali lengang sunyi sepi kosong takda orang langsung.
pelik lah pulak.
rupenye dah pindah dekat LG.
penat aku naik tinggi-tinggi kat bawak ko upenya.
cehhh.



lalu bergerak lah kite ke bawah.
sampai bawah agak pusing-pusing jugak lah cari.
last-last jumpa jugak.
ish nak makan pon susah.
=.=



itu takpe lagi.
sekali nak bayar dia tanya ada kad ke tidak.
cakap lah takda.
rupa-rupanya dia pakai sistem baru.
before masuk food court kene amik kad dekat kaunter depan.
bayar lah deposit bape2 kan.
RM 10 ke RM 50 ke RM 20 ke sukahati korang lah.








pastuh kad macam gambar atas tuh akan jadi macam kad kredit and korang kene guna kad tuh untuk bayar makanan korang.
so bila nak keluar food court kene pulang balik kad tuh and dia akan pulang balik baki duit korang tuh.



contoh:

kalau memula korang amek kad tuh korang bayar RM 50.
korang makan + minum konon-konon RM 15.
so bila pulang kad dia akan bagi balik baki korang RM 35.







macam leceh eh?
ke lagi senang?







tak kisah lah.
yang penting makan dekat situ mahal gila.
tak lah sedap mana pon.
=.='



                                          

Tuesday, March 29, 2011

Betul ke bumi berputar makin laju?

            
semalam masa dekat kelas boley pulak keluar topik pasal bumi berputar makin laju nih.
ni sume gara-gara nak ingatkan bila masa kawan aku ponteng kelas.


'ko kan tak datang kelas last week'

'weh bukan last week lah. last 2 weeks lah'

'eh bukan last week ke? last week lah betol'

'eh last week kan kite discuss pasal assignment. mesti lah aku datang'

'eh haah ek. so betol lah last 2 weeks. peh rasa macam baru jek'

'bumi berputar makin cepat. masa dah pendek'


dan topik hangat pon bermula.
padahal kat dalam kelas ni.
kahh!



so aku google lah sikit kan.
hidup ni kan mudah.
asal ade mende tak tahu je tanye je kat Pakcik Google.
kompem beratus page kuar.
ko bace jek lah sampai lebam.



pastuh aku jumpa sesuatu kat satu blog nih.
dia nih baca paper.
nak harap aku memang takkkkk lah.
melainkan kalau jin rajin masuk dalam badan aku hari tuh.


jom tengok.



  • Pulau Honshu dah berganjak sehingga 2.4 meter!

  • paksi bumi sudah menyendeng 25 sentimeter!!

  • kadar putaran bumi menjadi cepat sebanyak lebih sejuta mikro saat menyebabkan hari semakin pendek!!!

  • sejumlah kerak bumi jatuh menjunam ke dalam rekahan sepanjang 402km yg membuka jurang seluas 9.6km di bawah Lautan Pasifik!!!!

  • satu darjah perubahan paksi bumi bermakna ia bergerak kira2 110km!!!!!






hmm kalau 24 jam pon dah tak cukup masa ini kan pulak kalau makin pendek.
haih.









so kaw bila nak bertaubat wana?
=.=


ok bai.


                

Wednesday, March 23, 2011

Seyesly aku tak ingat kejadian 6 tahun lepas.


:)
semua orang dok cakap pasal result SPM yang keluar hari ni kan.
so pepagi lagi aku dah kol adik aku yang belajar kat MRSM Batu Pahat tuh sebab dia pon amik result jugak hari ni.
tunggu punya tunggu dari pagi sampai tengah hari last2 time aku buat lab dalam pukul 1 tengah hari lebih tuh la baru dia kol.



okey okey lah result dia.
dia amek 9 subjek and 8 dapat A.
satu subjek B.
dapat badi kakak dia sorang ni kot.
dulu aku SPM english aku jugak yang B.
memang suwey betol.
=.='



cecite cecite pasal amik result ni aku try jugak ingat-ingat 6 tahun lepas masa aku amek result SPM dekat sekolah.
tapi malangnya aku tak ingat satu hape pon.
kalau aku cakap aku tak ingat result memang tipu lah kan.
tapi memang aku tak ingat aku pergi amek result dengan sape.
pakai baju ape.
pukul bape.




yang aku ingat dapat je result aku terus tengok kimia aku dapat ape.
sebabnya dulu-dulu dalam kelas aku tuh dorang semua pandai kimia.
asyik2 bila keluar result kimia mesti aku je yang dapat teruk.
kalau semua nak dapat A1 mesti aku antara yang dapat A2.
kalau semua nak dapat A2 mesti aku masuk golongan yang dapat B3.
choi!





pastuh cikgu aku time tuh asyik je lah dok aim aku.
dah la kantoi dating pon dengan dia jugak masa prep malam.
double choi lah!





so bila dah dapat result yang aku ingat dalam pale otak aku nih aku pergi jumpa cikgu kimia aku pastuh aku mintak maap sebab tak dapat kimia A1.
pastuh aku ternanges.
TER eh.
bukan sengaje.
HAHA!





tu je lah kot yang aku ingat.
lain-lain memang tak ingat langsung.
sebab takde mende menarik kot.
cube kalau mase aku amik result ade brad pitt datang ke Siti Nurhaliza datang ke maybe aku boley ingat kot.







well pape pon aku nak ucapkan tahniah dekat semua yang amik result SPM arini.


to my brother,


semoga berjaya jadi dokter. pastuh aku nak kete BMW sebijik eh? sebab aku kan kakak.

motif?










:)

Saturday, March 19, 2011

Batak kejap dekat Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

 
 
semalam tido pukul 2.30 pagi sebab menaip thesis.
ceh tulis nak yang up up jek kan.
rasa macam baru je tido tiba-tiba En. M.a.s call dalam pukul 5.30 semata-mata nak tanya hari ni ada pergi mana-mana tak.
pada hal dah taw kan aku memang kene jumpa dia sebab dia nak balik johor.
mengada-ngada betol.
sekeh kang =.='



lepas tuh terus meset2 aku macam taknak bagi aku tido.
grrrr.
memang jumpa je terus aku sekeh.
okey tipu.
terlupa nak sekeh.
keh keh keh.



jumpa dia dekat kl central.
memula nak pergi bukit jalil lepas tuh buat keputusan nak pergi usha dekat Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
batak kejap sebab first time jejak kaki kat sana.
walaupon aku pon orang selatan tapi selalunya aku naik dekat bukit jalil jek.
lepas nih taknak dah pergi bukit jalil.
dah lah jauh panas pulak tuh.
hitam mak nok.
HAHA!




seriusly cantik and rasa macam hantar orang pergi airport pulak.
heeee.
tiba-tiba bangga kan sebab amek Civil Engineering.
kalau budak2 Civil takdo ko rasa semua ni?
non ado okeh.
opss terbangga diri pulak. :p



pemandangan dari luar. santek ^^




terbaek kan? ^^







kat sini takde spesific kaunter untuk bus.
semua sama jek.
ko naik mara liner ke mayang sari ke ape-ape bas lah ko beratur je kat mana-mana.
bolehhh. tak kisah..
sampai kaunter ko cakap nak bas ape nak pergi mana. settle.
tapi kalau ko nak pergi kedah ke perlis ke sory yek.
ni untuk orang2 yang nak ke selatan jek.



bila kau nakbeli tiket dia akan mintak ic kau sebab nama kau akan di print atas tiket bas kau tuh.
grand kan?
sebabnya En. M.a.s kata before naik bas dia akan scan tiket kau so die akan taw sape lagi yang belom naik bas tuh.



tempat naik bas dekat bahagian bawah.
orang yang nak naik bas je yang boleh turun bawah.
before turun ade orang akan check tiket ala macam nak masuk balai berlepas dekat airport tuh.
so orang2 yang takde tiket macam aku nih duduk atas jek.
kalau nak peluk2 pon dekat atas jek.
eh?



masa En. M.a.s turun escalator dekat balai berlepas tuh aku lambai-lambai lah dia.
cewahh feeling-feeling macam hantar laki pergi outstation kat London pulak.
*pitam.



overall tempat ni memang cantek.
tempat duduk pon banyak.
fully air-cond.
nak datang pon senang.
ada Erl, Lrt and komuter. ko pilih je nak naik yang mana.



yang kurang bestnya tempat makan tak banyak lagi.
tapi pon aku makan dekat nasi kandar ITT dalam tuh sebab tuh jek ada jual macam nasi ke mee ke.
yang lain banyak jual roti, buah-buah, kedai baju.
kenny rogers ngan kfc pon ada jugak tapi macam bosan lah pulak nak makan mende tuh.
ceewah!





okey entry dah panjang.
ngantuk jugak.








ok bai.