Tuesday, May 17, 2011

Melayan anak buah di waktu cuti seronok jugak :)


aku kan bercuti-cuti Malaysia dekat Perlis kan.
so kalau takde keje (actually memang hari2 pon takde keje) keje aku kene melayan anak-anak buah aku.






ni lah dia aaisyah humaira. hobi dia mewarna. tengok je lah tuh kaler dia bersepah-sepah.
disebabkan takde orang nak layan dia mewarna terpaksa lah aku yang jadi geng dia.





tapi disebabkan buku mewarna dia tuh dah habes semua dah kaler maka dengan kebijaksanaan aku kami pon menyambung sesi mewarna dekat Paint.

ape lagi aku lah yang kene melukis aisyah mewarna je.

mengelat betol. susah taw lukis2 kaler senang je =_____=






memula lukis Dora the explorer cartoon feveret dia lah sape lagi.

ada lah jugak rupa dora kan.
asalkan tak rupa doraemon sudah.






lepas tuh nak upin ipin pulak.

okey tu dia version aku.
ni kalau company les copaque tengok aku lukis menangis dia.
haha !






then nampak CD spongebob suruh aku lukis spongebob pulak.

sekati je si aisyah ni kaler mata spongebob kaler purple.
sikit2 purple. muke orang pon kalau boleh nak kaler purple. =____=







bila dah bohsan aku lukis gambar2 binatang dekat cover laptop aku ni ha.
lagi pon senang sikit. bulat2 je. hehehe :P









cantik tak cantik tak?
okey aku taw memang cantik kan :P






tiba-tiba kakak aku baru siap masak nak bagi anak buah aku makan.
boleh pulak dia tak percaya aku yang hebat ni yang lukis. cissss.

oleh itu aku telah menggunakan kehebatan aku untuk melukis depan dia hingga dia kagum.




tadaaaaa.

katun feveret anak buah aku yang lelaki tuh. cerita UP. satu hari nak tengok 10 kali
before tido nak kene pasang bangun tido kene pasang nak makan kene pasang nak tido lagi kene pasang lagi =______=







last-last aku dah penat aku lukis ABC je.
ape lagi seronok lah si aaisyah tu menkaler.






seronok jugak layan budak2 ni lukis2 kaler2.
jimat duit tak payah beli buku mewarna.
tapiiiii sanggupkah ko melukis banyak2 guna paint (?)



























jawapannya aku penat nak tido.

ok bai.




Monday, May 16, 2011

Seharum semanis utara.


maklumlah orang johor sekali sekala datang utara. jadi batak sikit.
kalau orang utara aku rasa tak heran dah kot.




memperkenalkan mempelam harum manis.



abang ipar aku bawak balik petang tadi.

jalan dekat perlis ni keliling rumah semua pokok mangga. ce kalau duduk kl terpaksa aku beli dekat pasar malam. kalau balik rumah kakak aku nak makan mangga petik je depan rumah. tapi mangga biasa lah. kalau nak cari harum manis ni kene pergi beli jugak. tak kisah la sebab semua jenis mangga aku belasah. lagi-lagi mangga muda cicah dengan kicap campur cili sikit campur garam sikit pehhhh mengancam siott.





eh lupa jemput lah telan ayaq liur semua.



seriusly harum manis ni manis gilaaa. err tang bau tuh takdelah harum mana pon aku rasa bau dia sama je dengan bau mangga lain.




tapikan orang perlis tak kenal buah pulasan. dan susah nak jumpa buah pulasan dekat perlis. ye ke? akak aku lah cakap.


yang penting dekat johor ada buah pulasan.

tapikan apa kene mengene buah pulasan dengan entry buah mangga ni?









blur kejap.
ok bai.








Sunday, May 15, 2011

Live from Utagha. hehe

pukul 7.41am aku selamat sampai Arau.
tepat okey dekat tiket arrived pukul 7.41am sampai Arau pon 7.41am.
sejak-sejak dekat KL ni makin menjadi-jadi je kes simbah2 asid ni kan baik aku lari ke Perlis kejap.
paling tak dekat Perlis ni orang simbah aku dengan lumpur je.
haha !





iklan : sila hubungi polis kalau jumpa suspek lelaki yang simbah2 asid ni.




rumah kakak aku dekat Kuala Perlis. tak hingat pulak bila last aku pergi Perlis ni. tapi memang lama jugak lah aku tak datang. and selalu aku datang naik bas tapii kali ni teringin nak merasa naik train. jadinya 10jam lebih la bontot aku mengeras dalam train tuh.



Train ni sesuai untuk orang-orang yang :

  • suka berjalan-jalan dalam erti kata lain tak reti duduk diam dalam perjalanan.
  • asyik2 nak ke toilet. setiap 5 minit muka dia dalam toilet.
  • tak suke tido malam ade je bende nak di baca.
  • setiap 5 minit nak mengunyah.



masa aku beli tiket class ekonomi dah abes so aku amik second class tapi aku tak tahu ape beza dia. aku rasa aku ni jenis yang sesuai naik bas kot. sebab aku naik train pon aku duduk je. sekali je kot aku pergi toilet. lepas tuh takdenya aku jalan-jalan pergi usha coach orang lain ke hape ke.



bila naik train ni dia takkan tutup lampu so bagi orang2 yang suka membaca memang sesuai lah naik train ni. orang macam aku yang lebih suka mengorok (tido) memang patot naik bus sebab bas kompom tutup lampu. plus seat bus lebih selesa dari train.




lagi satu naik train best sebab ada cafe so kalau bosan2 boleh lepak dekat cafe dia. takpon nanti adalah staff cafe tuh round dekat coach kau jual air ke burger ke roti ke. tapi aku tak beli sebab En. M.a.s kata mahal so malas lah.kalau ko ade geng best la kot lepak2 dekat cafe tapi kalau sensorang bapak bohsan baik ko tido lagi bagus.



yang bestnya ko tak payah susah2 bangun tido tanya2 orang dah sampai mana bagai sebab nanti ada staff KTM akan kejut ko if destinasi ko dah sampai.kalau naik bus harap driver bus je lah dok jerit2 kalau ko tido mati alamat sampai ke thailand la ko.haha !








dua minggu aku dekat Perlis.
takot pulak nak balik KL.







ok bai.





Saturday, May 7, 2011

Jangan Minum Air Teh ketika Perut kosong.


cer teka cer teka ape air feveret aku?


tak payah la teka lambat meh aku bagi tau je. well air feveret aku teh o tak kisah la panas ke suam ke ais ke yang penting teh o. tapi tasuke teh o limau suke kosong je. baik kan aku minum air murah2 je :P


dulu aku ase aku suke milo ais tapi entah zaman bila tiba-tiba aku tersuke teh o ni pon aku tak tahu. kalau bohsan baru lah aku order tembikai ke lain2 ke tapi adalah sangat jarang.





ada sapa-sapa tak kenal air teh? well air murah kan :P



hari tuh kan before aku pergi exam hari selasa lepas exam aku pukul 3 petang. tapi pagi tuh aku tak breakfast pon konon nak study lah kan. so aku buat air teh je as breakfast. tiba-tiba rasa nak muntah and mual sesangat. ingat sebab neves nak exam ke ape ke kan. last2 aku meset En. M.a.s.



dia cakap air teh ni angin ke hape tah lupe pulak aku. so dia cakap kalau perut kosong memang tak boley minum air teh. eleh tak pernah pon cakap dengan aku before ni. cari gaduh ni. kuikui.


so tadi aku pon tanya lah dengan pakcik gugel tersayang and aku jumpa ni.



Minum teh tanpa makan apa-apa akan mencairkan jus gaster, dan menurunkan daya mencerna, malah boleh menimbulkan keadaan "mabuk teh", iaitu pening hingga tidak boleh berdiri.



sumber info : Blog pepel :)



fuyohh ! dasyat jugak kan. baru ku tahu ada effect rupanya. minum air murah pon susah kan :P



okey lepas ni nak order air tembikai je lah. teheee.



well ape air feveret korang?














ok bai.



Friday, May 6, 2011

Pelajar lepasan SPM : Antara Matrik, Asasi, dan U mana satu pilihan hati?


tadi aku try check kan adik aku punye result UPU sebab kan orang pung pang pung pang UPU kuar arini kan. so secara tak langsung aku pon tau lah jugak so boring2 tadi aku check la kejap. terkejut aku adik aku dapat asasi UIA. biar betol ko apply UIA ni yun?









adik aku ni Pn. Saerah beria suruh dia jadi doktor. tapi si adik aku ni entah doktor ape dia nak jadi dia pon tak tahu. tapi dia ni agak cemerlang jugak dalam Biology. dia ni kira terbalik lah dengan aku. dulu kat sekolah kan aku minat fizik kan tapi dia ni lebih kepada subjek yang aku benci iaitu biology (skema gila ayat)


aku pernah citer dekat Pn. Saerah yang kawan aku sorang ni kene paksa dengan mak dia amik medic. tetiba Pn. Saerah cakap,


' Ibu pon nak paksa ayun jadik doktor jugak lah. hehe '



so everytime adik aku balik dari asrama Pn. Saerah mesti cakap ' Eh Doktor Aiman dah balik lah '


aku ni dulu naseb baik Pn. Saerah tak kisah aku amik ape. kalau dia nak aku jadik doktor masaakk aku. celah mana nak bagi aku suke biology tuh. memang mintak ampun lah :P



aku bukan ape aku dok dengar orang cakap UIA ni susah la tu lah ni lah. kene amik bahasa arab berduyun-duyun lah. lepas tuh subjek english kene tough jugak. tak kisah lah. tapi yang bahasa Arab tuh yang tak tahan tuh. boleh tahan ke adik aku ni amik Arab. dah la sekolah agama sampai darjah 4 je macam aku. lepas masuk asrama taknak sambung sebab malas :P



dental macam course yang tough la jugak nanti tambah2 dengan subjek2 lain yang takde kaitan lagi lah bertambah-tambah dugaannya kan. well aku ni ramai lah jugak kawan dekat UIA tuh. mendengar cerita dorang ni agak scary lah jugak. kawan aku siap cakap jangan terima lagi. haha !



lagi satu adik aku dapat offer Matrik Johor jugak. so kalau dia nak amik matrik dulu pon takpe. tapi matrik sains fizikal. well boleh tukar kan nanti. bagi aku matrik tuh takdelah susah sangat. yep memang matrik setahun tapi okey je. agaknye sebab dulu aku matrik kedah kot so tak banyak hiburan. boleh la study kan. setakat duduk changlun tuh ape je yang ada =____= so tiap2 minggu aku balik umah kakak aku dekat kuala perlis lagi best.





matrik kedah di hatiku *muntah.




ala matrik setahun je. kalau asasi UIA dua tahun kan? ke setahun jugak? matrik lagi senang. 3 subjek je kot. fizik or biology, then kimia and math. 3 je yang wajib. then adalah tambahan sikit like english, agama and ape tuh yang susun2 pinggan mangkuk tuh. lupa dah. tapi ramai cakap matrik susah sebab setahun tak sempat study kene rush bagai. errr no komen lah.



ari tuh adik aku dapat interview dengan jpa pergi korea tapi tak pergi sebab surat tak sampai. then check online dah terlepas tarikh. nak wat cane takde rezeki kot. huhu.



so ade sape2 yang boleh bagi info pasal asasi UIA ni or pasal dental dekat UIA ni boleh drop comment ye. really2 appreciate. tapi kalau aku taknak UIA ni. eleh ko ingat UIA ni nak ko ke syazwana. haha ! well dulu aku tak bijak sangat so dapat offer matrik kedah je. satu tuh je lah tak payah pening2 nak pilih. ni lah susah jadik pandai ni banyak sangat choice nye. :P





eh tapi kalau adik aku masuk UIA mesti ada chance aku dapat adik ipar orang Arab kan?






ok bai.



Monday, April 25, 2011

Impressive Research : Racun Ikan Buntal tidak menyebabkan kematian.





ni ada sorang komen dekat entry aku before this. kalau tak nampak meh aku tulis balik.


Just sharing- sebenarnya mengikut kajian sorang student tahun akhir uni malaysia terengganu, hihi senior saya lah tuh, so surprising..ikan buntal rupanya tidak membawa maut.kandungan racun didalamnya jauh lebih rendah berbanding jumlah racun yang boleh menyebabkan kematian.Ini adalah kajian yang paling top this year and impress para lecturer. Racunnya hanya akan menyebabkan kegatalan sekitar bibir. em racun ni tak dapat dihapuskan dengan haba. so maybe next research is about how to destroy the poison.




bila aku baca komen ni aku agak impress la jugak. well sepanjang aku hidup 23 tahun ni aku memang anggap racun ikan buntal ni boleh sebabkan kematian. sebabnya dulu masa kecit-kecit aku pernah baca dalam mastika (layan mastika beb dulu) yang orang sabah ke sarawak suka sangat makan ikan buntal ni. so ramai lah yang meninggal sebab racun dia ni.



tapi dorang tak serik sebab dorang cakap ikan buntal ni sedap tapi kene pandai makan untuk elakkan racun ni lah. kalau tak memang maut. tuh yang aku baca lah. so nampaknya kajian terbaru ni memang sangat berguna kot untuk orang2 yang suka makan buntal ni.



tapi walaupon racun dia tak bahaya tapi memang tak lah aku nak makan. tengok duri-duri dia je dah ngeri. buntal memang comel ok tapi nak makan sory. kang tak pasal-pasal mati sebab tercekik duri. memang naya jek.


tak pon tak pasal-pasal kang bibir jadi gatal nak mampus. cane nak buat. tak kawen lagi neh.



eh.












ok bai.