Monday, May 7, 2012

Chili's Grill & Bar Restaurant, Mid Valley

                                   
Rabu lepas birthday Akram.
kalau tahun lepas aku buat2 lupa sampai Akram buat ayat camni


Akram : Cuba tengok kat fb ada ape eh?

Aku : Ada apa?

Akram : Entah la. Member la bagi taw. Tak taw ape. Cube lah tengok. (bagi hint nak suruh tengok besday die)

Aku : Alah malas lah.

Akram : Yelah takpe lah.

Aku : HAHAHA ! Fine Happy Birthday. Tak lupa pon. Bla bla bla ...


Tapi tahun ni aku malas nak buat2 lupa ni.
kang tetiba lupa betul kang tak pasal je perang 3 penjuru.
cuma aku cakap aku nak celebrate besday dia tapi tempat adalah rahsia.
suprise katenyee. :D

so Sabtu lepas kitorang pon pegi lah Mid Valley.
kitorang gerak kol 5 lebih kot. Akram siap cakap lagi "ni kompem berejam nak cari parking"
tetapiiiiiiiiiiiiiiiii adalah sangat ajaib dan buat pertama kalinya masuk2 Mid Valley terus dapat parking.
tak sampai 5 minit.
terima kasih kepada mata ku yang bulat kerana nampak parking kosong. keh keh.
nak harapkan Akram, dia tahu makan je *tetiba*

aku plan nak bawak makan kat Chili's.
sebabnya daripada dulu Abang Ipar aku suruh try makan kat sini sebab dia cakap makanan kat sini besar gila.
tapi tak pernah pulak aku try. so alang2 besday Akram ni aku pon ingat nak try lah.
konon2 nak suprise kan Akram.
before pergi Mid Valley aku google dulu Chili's tuh kat bahagian mana.
sampai Mid Valley aku kompem lagi kat directory. G(E) - 011 B - 0013

so dengan konfidennya pergi level G, sekali tak jumpa.
kahhh kahhh padan muke.
last2 Akram tanya kedai apa.
dan terpaksa lah cakap jugak nak makan kat Chili's. :(

Then kitorang cari kat The Garden tak jumpa juga. last2 tanya kaunter information.
rupanya Chili's tuh kat Mid Valley tapi kat bahagian luar. cisss.
patot lah tak jumpa.
musnah suprise haku.


Akhirnya tercapai jugak impian nak makan kat Chili's. Yehuuuuuuuuu.
Akram cakap 'Jangan lah eksaited sangat'
Then Aku cakap 'Mestilah. dah doploh pat tahun hidup first time makan Chili's. hehehe'
Akram cakap 'Alah. ni dah doploh nam tahun 3 hari baru dapat makan Chili's. lagi lah lama'
Pastu kitorang gelak-gelak :)




Birthday boy. Nak manja-manja dengan aku pulak. suruh pilih nak makan ape pon susah. nak jugak aku pilihkan. dah tue pon mengade-ngade :P




masa tengah tunggu makanan sampai tetiba Akram terperasan majalah remaja dalam beg aku.
aku bawak sebab aku letak birthday kad akram dalam tuh, taknak bagi dia kelepet2 kan.
pastu Akram cakap 'Ni remaja yang blog masuk dalam ni kan?'

Terus aku tersipu-sipu malu.
dah la Akram dan-dan jugak nak baca kat situ.
aku tanya 'mana taw ni?'
sebab Akram jarang2 je online. dan dia memang dah tak baca blog aku dah.
dia follow blog aku zaman dulu2 je masa aku nak tinggalkan dia (ecewahhh ayat macam hot. tampa kang)
konon nak update perkembangan aku lah time tuh. kahh kahhh.

Akram cakap 'adalah orang bagi taw'

amboi banyak betul spy2 kat luar tuh kan.
dah tak boleh nak kutuk Akram banyak2 lagi dalam ni.



Aku amik Nachos pastu add Fajita Chicken as starter. sebab aku baca2 kat blog orang macam sedap je dorang makan nachos ni. so order lah. makan tak sampai separuh pon. yang lain bungkus. kenyang gila ! bawah tu nachos yang makanan ringan tuh. atas tuh dia letak lah cheese, ayam, cendawan semua. sedap jugak. aku ni ape je yang tak sedap.




Yang kiri air aku. guava. Yang kanan air Akram. Pineapple. Dua2 air bottomless. Means kau boleh refill selagi yang boleh kau telan. Tapi kitorang refill sekali je. Yelah kenyang gila kot.




Disebabkan Akram suruh aku order maka aku orderkan lah dia Flame -Grilled Ribeye. Akram memang suka makan steak. Kalau aku kureng sikit. Aku lagi suka ayam. Daging tu 10oz. Dia boleh pilih nak masak betul ke, kurang masak ke, masak separuh ke. Ada 6 jenis masak kot tapi lupa lah. Daging dia tebal and paling best lembut gila. 




Ni aku punya. Fire-grilled Chicken & Portobello. Ayam ni biasa je. Bak kata Akram 'Ayam rasa ayam lah. Nak rasa apa lagi'. Belakang ayam tuh tersembunyi mashed potato. Tapi kan yang tak bestnya potato die takde kuah. Aku ni dah la tak berkenan makanan kering2 ni. Tapi licin jugak pinggan aku. Hahakkkk.





Tunggu sudu garfu. Makanan dah sampai tapi sudu dengan garfu tak sampai2 lagi. apa pon tak boleh. Huhu


Lama jugak kitorang duduk dalam ni.
Akram sampai keluar daripada Chili's tuh dua kali berjalan-jalan menghadamkan makanan dalam perut.
hahaha !
tapi seyes lah kenyang gila.
maybe potato dia tuh kot yang buatkan makin kenyang.
pastuh air sampai 2 gelas mana tak kenyang kan. hehehe

Total harga : RM148

lepas makan jalan2 dalam Mid Valley kejap then balik. tapi aku cakap dengan Akram taknak balik rumah sebab bosan.
so Akram bawak pergi Speed City KL (Selangor Turf, Seri Kembangan) tengok orang drift.
yang best nya dapat layan Mak Jemah drift tuhhhhhhhhh.
tapi nanti2 aku cerita.


okbai.



                                                 

Thursday, May 3, 2012

Freebies : Cute comment cartoon 2

                       


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRXj_fpNF8Nt3mmMQD_Jy8APGRK16FRn3LbXkk0ZNdCX0lVOOhytlt8MgtRPXrPpGQqskSpxOC8kl4kjq2QZugAjo4zqni92xZqxdKKxXomZ0I-nLDhKmOsvvq2L1lng0InvKcp4bGd7Ni/s1600/comment-26.gif



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGNlWBMaOACzT0RdlKC69QzxZe2vuiN5C8rPkTDIUp10ZL476UNYtql6eVhAIO5sfOZa8-00q_b3j70n6JfwsgGVPuxIz_FOy_YIlnb45HO4zCWewvoBnvlH9iIeeF8yIrxq-WqMgmCQ0o/s1600/comment-27.gif



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHKcMvGuVTnU2nXMoY1NB2tpT9hfItwHEhQivebpxwfVuOKmJT_XJWJbTrbQvDg_a3-3Uy4lEzwMAEXMgwixOzDXV-H6hQQmDciYAWbyQToiM3ep0FkAbbDuQo77Sjcda5hUlDvAkQwf1g/s1600/comment-28.gif



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxtIlcFpuyXNzHwBRmympowDGG6enlNGGzad1_gB4Iw1vKWdl3NrlDQ0REITZkxZFJhD21V50B9lsTWWYZWJ19hkZY3Q-T7a_fNNYK_bLrbN6ngEcLY_zlx-WORWf00gOh2COjsS-nM7Gu/s1600/comment-29.gif



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSw51jmoB7qqKn-UDBTeiXIrl9tmWSTf4L2U0wgtXZSnL47HAwutVFpQlzuLktU7KCndTVZzOF1nxBGhQf4n3tU8X7jPbnzk6S9tK7Q_MoKB7ZgLi_uVxpssIHRUGskTksORK1ULiJOt92/s1600/comment-30.gif



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg0NttQ7Ing2AG4C-CQbU_n8LF0X3szkNVGXQxWzO54UxsDGDaThg4dDm6XSYzYXPg_9-_S1rd5-HZgiPHf8-NoLqPqWkmTUT5lcdzHNBoYCRWA9pRF8fTATnqszCDgcdFFnxTEIDn7j8OE/s1600/comment-31.gif




macam biasa nak copy url guna Control C okey :)
jangan lupa drop komen.
have a nice day !




                                  

Monday, April 30, 2012

Kedai yang kelakar.

                  

Semalam pergi makan malam kat satu kedai makan ni.
time tuh dah pukul 11pm lebih.
disebabkan nak kejar wayang pukul 1250am kitorang decide nak makan makanan yang cepat siap.
so decide makan nasi goreng je.
bukak2 buku menu je terkekeh-kekeh aku gelak.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


NISI GORANG KAMPUNG 1 !!


sumpah lawak.
nak kata typo semua perkataan goreng jadi gorang.
kalau satu je boleh tahan lagi.


Okey yang ni aku paham typo. maybe nak tulis biasa tertulis baisa. dimaafkan. tapi bila bukak menu bahagian air sumpah nak menangis tahan gelak.





Den nak order Jus Tombikai 1 dengan Jus Corrot 1 ! Eh nak Jus Appel  1 jugak lah. Nama macam sedap je :P






Sambil makan sambil gelak.
adoii bagus betul kedai makan ni.
menghiburkan hati betul.




lepas makan terus pergi Mid Valley.
Akram la ajak tengok wayang mid nite.
aku ni kalau mid nite memang sah2 lah wayang yang tengok aku.
dah la pukul 1250am.



tapi full house kau !
sebesar-besar hall tu penuh.
dah la tengok Avengers. sanggup pulak orang2 yang amik seat depan sekali tuh.
macamkan esok GSC Mid Valley tuh tutup.
padahal esok kan cuti.
naseb baik Akram beli online so dapatlah seat belakang.




dan seperti yang dijangka, tersengguk-sengguk aku tengok cerita tuh.
cerita tu memang superb.
mata aku je yang banyak syaiton bergayut-gayut.
tetiba je terlelap. padahal aku rasa besar dah aku bukak mata.
tup tup tersedar tengah scene perang. tup tup lagi tengah kejar-kejar. tup tup lagi scene lain.
oh stress.



naseb baik paham jugak cerita tuh.
kalau tak berangin je lah si Akram tuh.
dah la tiket mahal pat belas hinggit.
pastuh aku yang beria nak tengok Avengers.
tetibe tertido. dulu tengok Eagle Eye yang action tu pon midnite aku tido jugak. hahaha !




hanya orang yang dah tengok Avengers je akan paham dialog ni "Dewa Lembik!"

kalau nak paham sila pergi tengok. hahakkk.



okbai.



                                  

Friday, April 27, 2012

Freebies : Cute comment Cartoon 1

                        

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgb2vSwDlcpvpacZcrNCWvTjrJ23Fo066i60gq6TlDoi9j5txswQ7xdgRqa44vDB3wC8K9zDKuGaSZZQzCEEzboxTZsH0v5X0tzy86OWCdM3Efz2qoCGmgiNnvMqq-dGK2lwU0b1U6nIL_h/s1600/comment20.gif



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_-mwwF8-QRMk4HwjNj2nK3gTrlQwBtA6ihLR7ptDQovyh3vpQqhHLsnuQseF8bYLqOW1pAE2cbB4_ddrsIpeC6MWawOfWNDlTc1cWBNpk2zFd5MIGKkzJFHuyBhHy6y7iZRwcsoeQfW2h/s1600/comment-21.gif



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfL6Vww0e8kf9Hiy0ovKWngPOMvBjmrX5wV9fA9vtb1vw6Fg5lZ1i_HXQMuNbhkA6_KgMB7M7Lfs2qNYpFvclKbOr_vb-LTRBoZfapwiNUEXe3Tq1E-7pChzNu8z9QK86_vxAy9qsSE0dL/s1600/comment-22.gif



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFOaqLw_cOHbY4yh3U9HaoM3lXKIAx8huMr8o_SBxeRmAJZpbIpchlQ6sPfB7zNqSrW1pRQp98qgIZNrD0Sr-K9jz0jGS12h7oQlivIfHKw2L5AFOWALnDi8eb9zAWRYO4LSIzVeE-2aF-/s1600/comment-23.gif



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRpvGYk1tTohBZsIEUfY-3DVgekRQu3z7-t_yATGyu3UX40pAZB1XuCqHz1BSj_P1puytWXwYpVbP0EAc36pttDGg4hLGXMs274KiMPZwNTwM7int1u7_6xpiB4j3t-yd3YCqbAsVgTcKF/s1600/comment-24.gif



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhs-JpcQezV2sG0Q4VwZGb1_F_gy30EHXYQWlx7MJ_XYJwqb50ObdYpNOEkxmmqwU6_wArLGySbq37DLdVhbPlLzWFlEPmHIERkIznz8Tlf4qJ3QP7P2d8NmRpoywwNlzk3AEI8ykk3pZ-4/s1600/comment-25.gif



macam biasa nak copy url guna Control C okey :)
jangan lupa drop komen.
have a nice day !






                                          

Thursday, April 26, 2012

Remaja Best !

                      




Hari tu PCB ade komen dekat entry aku pasal blog aku masuk remaja.
terkejut jugak sebab tak tahu pape.
pastuh hari yang sama tetiba member aku post kat fesbuk cakap die terkejut tengok blog aku masuk Remaja.
siap tangkap gambar post kat pesbuk lagi.
die punya eksaited tuh mengalahkan aku betul.
malu aku.
hahaha !



so balik kerja tadi terus pergi Mid Valley. gigih sangat kan.
walaupon sebenarnya boleh je beli dekat2 dengan rumah ni tapi sebab memikirkan baucer RasaMas yang nak expired 30 April ni and banyak tak guna lagi jadi moh ler kite ke sana.
Boleh makan banyak :P
Tapiiiiii tetiba sampai Mid Valley RasaMas dah takde. geram betul !
Last2 makan McD je.




Tapi nak buat camne kan. Nama aku yang comel Syazwana jadi Syazana. Agak2 boleh saman malu tak? wakakakaka !






Cerita cinta Syazana Jamal. Baca tajuk pon aku rasa sendiri nak muntah. Haakkk.



Blog dengan warna hijau (sekarang dah bertukar pink) yang menyejukkan pandangan mata ini kebanyakannya berkisarkan tentang kisah cintanya bersama seorang pemuda bernama Akram (boleh tak nak muntah? Apehal ayat jiwang sangat -_____-) Penulis juga banyak berkongsi cerita tentang kehidupan sehariannya selain menyediakan tutorial tentang cara-cara untuk mencantikkan blog. Tidak hanya itu, penulis blog ini juga rajin berkongsi dengan pembacanya tentang percutian atau tempat makan. Secara tidak langsung, pembaca boleh mendapatkan ilham sekiranya mengalami kekurangan idea untuk mencari tempat makan. Terdapat juga resepi-resepi mudah untuk disediakan dan dikongsi oleh penulis untuk tatapan pembacanya.





Tapi blog tak meletop, markah pon sikit saje.
sob sob.



okbai.


                     

Wednesday, April 25, 2012

Berharganya lima posen itu.

                                       
Semalam aku nak keluar duit kat atm CIMB kat opis aku ni.
sekali rosak lah pulak mesin tu.
aku tak paham kenapa setiap kali aku nak keluar duit dia nak rosak.
kalau aku tengah banyak duit elok pulak dia berfungsi.


petang tu pulak tekak aku terasa-rasa nak makan maggie tomyam sayur.
berbekal kan duit kertas RM5 dalam purse aku pon pergi lah kedai runcit bawah rumah aku tu.
balik kerja terus pergi.
tak singgah rumah dulu.


memula aku amik bawang besar sikit. lepas timbang kene lah dalam 50 sen je.
then aku pergi bahagian sayur.
amik sayur kobis yang panjang tu. ape benda entah nama dia.


kobis ni lah. tak tahu lah ada nama lain ke tak. aku panggil kobis panjang je.



so aku amik kobis ni sebelah, amik carrot sebatang, amik cili api sikit.
timbang2 kene RM5.80.
ah sudahh cukop ke tak duit aku ni.
terus zasss zasss pergi keluarkan purse cek duit.
sekali kira-kira cukup2 je ada RM6 masuk duit syiling.
nak kene bayar RM6.30.



terus berfikir-fikir mana nak campak bawang besar yang tak jadi nak beli tuh.
last2 senyap2 aku jalan letak bawang besar aku dalam bakul and tinggal.
bayar sayur je.
dah duit cukup-cukup nak bayar sayur saje.
sob sob.


actually ade je duit lagi dalam poket seluar lagi satu tapi time tuh aku pakai seluar lain.
dan sangat malas nak turun bawah balik semata-mata nak beli bawang.
naseb baik check2 kat dapur ada bawang aku lagi seketul.
hehehehe.



hari ni aku cek duit aku ada RM2 je dalam poket seluar.
ATM tak betul lagi.
hampeh.



kat rumah aku tu ada je ATM kat Seven E tu tapi bank lain.
nanti kene tolak sehinggit.
tak suka betul.


okbai.