Wednesday, September 2, 2020

Aminah warded hospital kali kedua

Assalamualaikum.

Aku rasa aku kene rajinkan diri update blog lah malam2 biar lupa nak makan 😂 Berat aku dah naik weh. Tapi tu nanti2 aku cerita kat post lain. Bukan apa, teringat zaman2 rajin update blog dulu punya lah khusuk sampai lupa nak makan. Ni harini satu hari makan roti jala je konon nak diet tapi banyak jugak aku balun 🤣 Takpelah malam ni kite tahan diri. Minum susu aje. Hahahah.

Nak cerita masa Aminah warded hospital lepas raya haji. 8/8/2020. Aku ni dah la masa raya haji tu amik cuti lama dari Jumaat sampai selasa. Pastu keje 3 hari. Tup2 sabtu (8/8) tu Aminah warded hospital 4 hari. Hahah.

Tak tau apa puncanya. Jumaat tu balik sekolah macam biasa. Makan minum semua macam biasa takde yang pelik pon. Lepas maghrib start batuk. Biasanya dia batuk sekejap je. Since complete vaksin pneumococcal tahun lepas memang dia jarang kene batuk teruk. Sapu minyak sikit, tido pastu ok dah.

Tapi Jumaat tu sapu minyak tak jalan makan ubat tak jalan. Dia tido pon tak lena. Sekejap2 bangun sebab nafas laju. Aku pon tak boleh nak tido sebab dengar bunyik nafas dia tu. Risau. Kejap2 bangun sapukan minyak sambil urut2. 

Sabtu pagi tu aku decide nak bawak pergi klinik. Pukul 6.30am lepas Subuh terus keluar rumah. Dengan tak mandi nya hahahah. Ingatkan ada lah klinik bukak 24jam. Pusing2 Kota Warisan semua klinik 24jam tutup. Aku syak since covid ni klinik bukak sampai 10pm je.

Bila dah macam tu nekad lah terus bawak Aminah pergi hospital. Paling dekat dengan rumah is Nilai Medical Centre. Tapi yang aku geram dengan hospital ni kenapalah tak boleh check in guna apps MySejahtera. Kene scan manual qr code isi satu2. In my case aku kene scan tiga kali lah untuk tiga orang. Dah la aku sorang2 kan bawak dua anak, nak cepat pulak. Dah tu online form dia tu siap mintak no ic bagai halahh aku dengan tak hafal no IC anak memang hangin je aku masa tu. Orang nak cepat ni.

 

Lepas doctor dah check2 doc decide nak warded. Masa mula2 datang tu oxygen Aminah cuma 80% lebih je. Heartbeat memang laju lah. Pastu doc buat xray, influenza test and blood test. Mula2 je dah kene sign untuk bil Rm600 😂 Means kalau tak kene warded aku lah kene keluar duit tu! 🤣

Doctor cakap musim2 covid ni hospital tak guna nebulizer biasa tu. So dia bagi ventolin dengan chamber ni. Mula2 nak amik ventolin ni dia melalak nak kene pujuk2. Yelah dah lama tak pakai. Last dia pakai awal tahun lepas kot. Aminah ni ada eczema since baby so doctor memang dah cakap kebarangkalian dia dapat athma tu tinggi. Masa dia kecik memang selalu batuk. Bila batuk je confirm teruk sampai kene neb. Aku risau takot2 dia ada athma. Tapi doctor cakap too early untuk dia diagnos Aminah dengan Athma sebab kecik lagi. So dia cakap pantau je dulu.



Masa ni dah siap amik darah untuk blood test dengan buat xray. Nak pergi tempat xray siap naik wheelchair punyalah best kalau warded hospital swasta ni kan 😂 Aminah pon dah tetido kepenatan. Masa ni tengah tunggu dapat GL dari insurans. Aku guna Insurans AIA. So far Alhamdulillah takde masalah lagi. Aminah pernah warded dua kali. Aku pernah warded sekali. Ni salah satu sebab kitorang amik medical insurans. Sebab area Salak Tinggi Nilai ni takde hospital gomen. Paling dekat Putrajaya/Seremban/Serdang. Tu pon jauh la jugak kan kalau aku nak patah2 balik rumah. NMC ni 10 minit je dari rumah boleh la lari2 balik rumah kalau ada pape pon.

Masa ni pukul 9.30am. Nurse tanya aku nak sign form dulu tak untuk naik ward. Means kalau GL decline aku kene bayar sendiri kahkah. Serba salah aku.

Pastu Akram cakap sementara Aminah tido tu try minta tolong nurse tengok kan bebudak so that aku boleh balik rumah amik baju dengan barang lain. Yelah pergi hospital sehelai sepinggang kan.


Nurse cakap boleh je tapi dia takot Aminah bangun and nangis. So dia suruh kakak tinggal untuk temankan adik. Ni lagi satu part yang aku bersyukur gila. Kan musim2 covid ni sepatotnya budak tak boleh masuk kawasan hospital kan. Tapi aku cakap dengan nurse takde siapa nak tengokkan dia ni. Laki pon takde. So dia bagi je lah masuk. Tapi dia tak tanya laki aku mana. Tah2 dia ingat aku ibu tunggal pastu semua kesian kat aku kahkahkah.

Naseb baik kakak memahami. Dia ok je kene tinggal. Actually jarang2 jugak dia memahami camni. Kadang tu kalau sampai perangai meminta tamparan dia tu dia nak ikot aku balik jugak 😩 Bila dia dah ok ni aku laju2 balik rumah kemas2 baju dengan barang2 lain. Pastu sempat tapau makanan sebab kelaparan tak makan apa dari pagi.

Sampai2 hospital alhamdulillah dah boleh naik ward. Nurse cakap 5 minit lepas aku chow GL pon approve. Huhu. Kemain aku rushing takot Aminah melalak. Rupanya dia relax je tengah main dengan kakak dia. Ceh.

Nurse hantar naik ward pakai wheelchair. Haha.


Dia senyum sebab seronok pasal dapat beg hospital tu 😑


Masing2 kelaparan. Naseb mak tapau banyak sikit. Tak lama lepas tu room service masuk. Dia cakap sebab lambat check in menu lain semua dah habes. Tinggal bubur ayam je untuk lunch. Belasah je lah. Hahaha.


Single room. Air panas air biasa pon nurse tolong isikan. Hehe.


Masa ni dia dah redha dah kene amik gas 6 puff every 4 hours tak silap.


Dah makan ubat tido lah. Mak pon boleh berehat regangkan badan. Fuhhh.



Rezeki bebudak ni. Ramai betol kawan2 aku dok pm nak hantar makanan sampai aku confuse aku duduk hospital ke duduk hotel ni 😂 Dengan makanan hotel yang sedap2 lagi (boleh tengok aku upload kat ig haha) Banyak pulak tu. Mana tak gemok aku bila keluar hospital hahaha.

Sabtu malam tu alhamdulillah anak2 tido lena. Cuma tu lah aircond bilik sejuk gila. menggigil2 aku dengan si kakak. Yang Aminah boleh relax je 😑 Selimut hospital pulak tebal tapi still sejuk. Aku pulak lupa nak bawak sweater. Hadap je lah. Itu cara2 aku dah set suhu maximum tau pastu tukar mode cool to vent. Pon still sejuk.

Part mencabar bila kene kejut Aminah tengah2 malam untuk makan ubat je lah. Dia o key je makan ubat. Tapi kalau ko kacau dia masa tido semata2 untuk makan ubat dia moody lah jugak. Jadinya ko kene pujuk2 peluk2 eiiii sabo je lah mak yg mengantok dan tak bape sabor ni hahahaha.

Tapi tiba2 badan Aminah naik rashes. Ahhh sudah entah ubat apa lah yang dia allergic ni. Masa memula masuk hosp memang nurse tanya sesiap ada allergic ubat ke tak tapi aku cakap takde sebab dia kan mana pernah sakit yang teruk2 pon so ubat ape je lah yang dia amik. So far memang takde allergic ubat pon. So nurse cakap takpe nanti dia refer doc. Sementara tu dia bagi calamine lotion dulu.


Esok paginya doctor round dalam 9.30am. So far progress Aminah ok. Doc cakap pantau dulu. Pastu dia tambah ubat allergic. Masa ni oxygen dah normal. Hearbeat pon dah normal. Demam dah takde so tak payah makan ubat demam dah.

Blood test tunjuk sel darah putih tinggi. Aminah aku notice setiap kali dia batuk or demam memang sel darah putih dia akan tinggi sikit. So kene on antibiotik. Xray semua ok.

Lepas doctor round kene pergi fisio. Ni first time aku bawak anak pergi fisio. Biasa nampak kawan2 apdet anak2 dia buat tepuk percussion tu. This time aku pulak dapat pengalaman. Hari pertama ni dapat fisioterapis perempuan. 


Haha nampak tak satu beg roda aku angkut masuk hospital. Masa memula aku balik rumah sabtu tu aku just pakai beg belakang je. Pastu Ahad petang tu aku lari balik rumah lagi. Sebabnya belom ada tanda2 dapat discharge. On antibiotik kan paling sekejap pon mesti kene duduk wad tiga - empat hari. Masa ni dok mengangkut selimut tebal, sweater lagi last2 pikir ahh baik aku tarik beg je senang. Nanti nak check out pon senang tarik je satu beg. Lantak lah orang perati ke apa ke yang penting aku senang. Haha. Naseb baik jugak pakai mask kan takde lah orang nampak muka 😝



Tenkiuu makcik Sarah datang melawat. Siap bawak belon. Sabtu tu dia ni hantar runner suruh beli makanan pastu hantar kat aku. Banyak gila aku rasa dia ingat aku duduk hospital sebulan agaknya. Dengan roti, biskut, air2, pakej ada coklat cadbury roast almond  favourite aku lagi. Tak tau lah mana dia tau tak pon runner tu main beli je tup2 eh favourite aku. haha. BFF since high school. Pemegang rahsia terbesar aku. Cuba tanya dia berapa kali aku nangis haha.

Dari zaman aku bergaduh dengan Akram tahun 2010. Dia lah yang hadap. Kene panggil dengan warden zaman2 uni sebab dia tido bilik aku alasannya aku sedih putus cinta ahahahaha! Masa tu dapat roomate bangang suka cari pasal asyik mengadu kat warden je. Tah pape last2 aku duduk rumah sewa luar lagi best.

Time tu dia ni study Uitm Shah Alam. So kitorang lari2 Shah Alam-KL tetiap minggu dah jadi rutin. Sampai tahap dia pernah menyewa kat KL semata2 sebab saja senang nak lepak dengan aku 😂 Bosan2 dok naik motor merayap kat bukit bintang, ushar mamat hensem kahkah.


Kakak tak tahan sejuk. Selimut sampai tiga lapis. Adik relax je takde selimut hahah.Sampai kakak dah start batuk selsema pulak sebab sejuk. Cara2 macam tu ada hati lagi tanya aku bila nak bawak dia main salji. Haha. Kite pergi salji Icity dulu lah nak. Covid belom habes lagi 😭



Rutin setiap pagi. Pergi fisio.

Yang bestnya kalau warded swasta ni, sukati ko nak mandi pukul berapa 🤭 Pastu pepagi nurse tanya nak ganti cadar ke tak. Kalau ko cakap tanak dia tak kacau. Aku ganti hari2 kecuali selasa last day tu sebab aku pasti dan yakin boleh discharge kan. So malas nak ganti boleh la aku tido lama sikit hahahah. Pastu NMC ni tak payah pakai baju hospital. Pakai je lah baju sendiri. Nak cas hp pon boleh, aku siap diffuse essential oil lagi hehe.




Masa ni dapat fisioterapis lelaki pulak. Cara dia buat percussion tu lain sikit dengan yang perempuan semalam nya. So dia cakap lain terapis lain caranya. Ohhh gituu.

Isnin petang tu mak ayah aku sampai dari Kota Tinggi. Biasalah nenek2 kan cepat kesian kalau cucu sakit. Huhu. Mula2 aku cakap tak payah datang lah sebabnya ayah aku bukan pandai nak guna waze ke google map ke. Kang sesat pulak nak carik hospital. Tup2 dorang cakap nak datang. Tup2 lagi eh jumpa hospitalnya tanpa maps! Hebat gila 😆 Yelah orang lama kan. Zaman2 dulu mana ada maps. Dok guna papan tanda arah je. Kalau aku memang tak berani lah. Alangkan guna maps pon aku boleh sesat inikan pulak guna signboard je. Mau sesat sampai Perlis gamaknya kahkah.


Hari Selasa. Dapat discharge yeayy! Selepas 4 hari tiga malam. Nampak tak banyak gila ubat tu *nangis* Dia insist nak bawak ubat tu. Dah la bulat. terkedek2 bawak seplastik ubat buat orang geram je pandang dia tau.



Urusan discharge smooth. Mula2 kene pergi farmasi dulu amik ubat. Lepas tu kene turun bawah setelkan bil and amik balik deposit. Ohh Hospital Nilai ni dia mintak deposit jugak even ko ada medical card. RM300. Masa discharge dia pulangkan balik. Hospital Nilai je macam ni. Maybe ada hospital lain jugak. Sebab agent aku cakap sepatotnya tak perlu pon bayar deposit.

Masa nak balik rumah ni ada cerita jugak. Lepas dah setel2 semua aku pon balik la rumah. Halfway nak sampai rumah baru teringat chamber untuk ventolin tu tertinggal. Sebab aku gantung dekat besi tempat gantung drip air tu. Masa kemas2 barang dah ingat sekali eh boleh lupa jugak.

So aku call lah hospital cakap ada tertinggal barang. Hospital sambung kan ke wad yang aku duduk tu. Tapi nurse cakap dia masuk bilik takde. Aku yakin memang aku tertinggal. So this nurse cakap takpe datang je nanti dia amikkan yang baru. Wahh aku pon ok lah patah balik. Nurse tu siap bagitau nanti dia letak kat kaunter pastu datang nanti inform kaunter nama dia (aku dah lupa haha) untuk amik chamber.

Tup2 bila aku sampai hospital, naik wad si nurse tadi dah balik. Aku masuk bilik memang takde chamber tu (even belom start housekeeping). Nurse yang jaga kaunter masa tu cakap takde pon sesiapa tinggalkan chamber. And kalau nak yg baru tak boleh sebab kene bayar. Eiii masa tu dah panas jugak hati aku ni. Last2 malas pikir banyak aku bla and terus pusing bandar Nilai carik farmasi beli chamber. Mahal pulak tu chamber! Haha. Sabo je lah.

Apa2 pon alhamdulillah dah boleh balik rumah.

Aku continue cuti sebab banyak gila ubat Aminah nak kene continue 😭 Masa mula2 tu berperang jugak lah nak bagi ubat lagi2 part antibiotik. selama ni drip. Pastu nak kene makan dah la 7ml. Pekat pulak tu. Bertabah je lah aku ni. Kene pujuk2 slow2 haih.

Minggu depannya tu aku angkut dua2 pergi office sebab banyak kerja terbengkalai. Aminah kene on ventolin 2 minggu. So memang tak lah kan nak hantar nursery. Si kakak pulak ada batuk2 sikit so takpelah bawak dulu pergi office. mencabar weh gila tak mencabar. Kat office pon nak merajuk bergaduh nangis eii sabar sabar.

25/8/2020 - Followed up check up dekat NMC. Alhamdulillah fully discharge!

Doctor cakap biasalah bebudak tengah aktif. Batuk sikit pon boleh sesak nafas sebab saluran pernafasan dia still kecik. And still too early untuk diagnos dengan athma sebab kecik lagi. Ada budak yang kecik2 rajin amek neb tapi bila besar ok je. Macam tu lah. Budak nak membesar. Tapi doc puji lah sebab Aminah habeskan semua ubat even ada satu ubat yang kene makan 3 hari tu pon dia habes. Aku cakap ubat tu takde apa pon. Yang payah cuma antibiotik je sebab banyak. Haha.

Ventolin tu dia suruh simpan kot2 ada batuk dia suruh guna je. and record so that kite boleh tau kekerapan budak tu amik neb. Kalau sehari guna ventolin tak ok baru bawak jumpa doctor.

Semoga sihat2 je anak lepas ni. Bapak kau tahun depan baru boleh balik. Kesian dekat mak pelis!


Love,

Wana Havana.

Tuesday, September 1, 2020

Genap 6 bulan

 Assalamualaikum.

Lama rasanya tak menulis. Kekangan masa. Actually selalu dapat dm dekat IG yang suruh continue menulis balik dekat blog. Lagi2 bila aku buat review movie dekat IG, ramai akan cakap suka baca penulisan aku. 

Esok 2/9/2020 genap lah 6 bulan Akram tak balik Malaysia. Kalau ada baby baru baby pon dah boleh makan. Haha!

It is really hard I must say. Tapi aku dan Akram takde pilihan lain buat masa sekarang. Tipulah kalau tak down. PJJ ni bukannya senang. Lagi2 part communication. Susah sangat. All I can say is ada hari kita good day, ada hari bad day. Just go on with the flow.

Untuk yang baru membaca aku ringkaskan sikit lah.

Akram start kerja Qatar pada Januari, 2017. Masa tu anak sulung aku Ameera umur 8 bulan. Tup2 aku pregnant anak nombor dua. Down gila masa tu. Macam mana aku nak hadap pregnancy sorang2. Dengan anak yang masih kecik. Tapi tulah di saat kita down, kite lupa Allah tu ada. Apa yang boleh aku cakap, Allah banyak sangat tolong aku.

Pejam celik pejam celik tahun ni masuk 4 tahun dah. Kiranya ni PJJ paling jauh lah. Since kawen (November 2014) kitorang memang dah PJJ Sepang-Johor. Pastu duduk sekali dalam setahun. Pastu PJJ balik. Dan tahun ni 2020 rasanya semua orang tau memang tahun yang paling mencabar. 




Masa ni hujung Februari. Kitorang check in dekat hotel sama-sama, KLIA. Ini memang rutin kitorang kalau Akram balik. Sebulan sekali akan bawak anak2 jalan2 either roadtrip, balik kampung, check in hotel, etc. Ni second last Akram balik Malaysia. Next weeknya tu dia balik lagi sekali sebab nak belikan anak2 basikal baru. Tu lah last. 2/3/2020.

Ramai tanya kenapa Akram tak balik? Tak boleh balik ke?

Actually boleh je balik tapi nanti dah tak boleh balik Qatar balik. Akram kerja permanent kat Qatar. Dia bukan contract or outstation or stranded. Kalau dia nak balik pon nak amik cuti berapa lama? Nak kene kuarantin lagi. Nak bayar duit kuarantin lagi. Yang paling penting, sektor penerbangan sekarang masih belom stabil. Berapa ramai yang kene amik cuti tanpa gaji and the worst kene buang keje. Susah nak cakap tapi apa yang kitorang tau kene sabar lagi. Maybe tahun depan baru boleh balik.



Tahun ni ajar aku banyak perkara. Dulu aku takkan balik kampung sendiri. Sepang-Kota Tinggi. Dengan anak kecik dua orang. Penat weh. Tapi aku gagahkan diri jugak. Alah bisa tegal biasa orang cakap. Mak aku selalu cakap 'hebatnya kau dik sendiri2 je dengan anak dua orang'. Yang sebenarnya bukan kuat tapi terpaksa dan keadaan memaksa. Aku pulak bukan jenis berserah takdir je. Apa yang kita boleh buat kita buat. Orang terdekat tau lah macam mana aku menangis, bila aku menangis. Tapi kita takkan tunjuk.



Akram belikan rak tv baru online. Dah tu dianya tak nampak bayang lagi bila boleh balik 😂 Jadinya sebagai wanita gagah aku  lah yang kene pasang. Berat gila weh. Even IKEA punya manual tu pon tunjuk dua orang pasang tau. Hahaha! TV tu lepas 6 tahun kawen baru tukar baru. Alhamdulillah Allah pinjamkan rezeki. Selama 6 tahun ni gigih la guna tv kotak kecik zaman dinosor tu 😆



Celebrate birthday sendiri dengan anak2. Ni lah rutin kitorang bertiga. Ameera 4 tahun, Aminah 3 tahun. Masa Aminah lahir, kakak dia baru 1 tahun 5 bulan tak silap. Apa yang aku boleh cakap Ameera sangat banyak tolong aku untuk hidup. Ye hidup. Kadang bila aku down dia yang anak kene marah. Adik manja sangat, kakak selalu kene mengalah. Kadang sayu tengok dia. Everytime kene marah dia akan merajuk dalam bilik. Sebab tu kalau ada masa terluang je aku mesti bawak dorang keluar sebab masa ni je aku jarang marah2. Bila duduk rumah tau lah ada je benda nak di marahkan.

Bebudak ni pulak sekarang kalau kene marah mulalah menangis sambil panggil 'ayahh ayahhh' Allahu tengah taip ni pon sebak.

One day if u guys read this, Ameera dan Aminah, korang kene ini pengorbanan mama dan ayah untuk besarkan korang dan bagi kehidupan yang lebih baik untuk korang.

Walaupon ayah jauh, ayah sayang sangat korang. Ayah selalu cakap macam tu tau. Dan walaupon kite semua tau yang kehadiran seorang ayah sangat penting dalam perkembangan anak2, tapi mama janji, mama akan besarkan korang sampai korang berjaya 😇 Hang in there babies, we can do it together.



Dan baru2 ni aku dah dapat geng baru. Hahaha! Ni geng bini-bini kuat sebab husband semua keje Qatar. Cuma bezanya dua orang pernah duduk sekali kat Qatar. Aku dengan yang kiri baju kuning tu duduk Malaysia. Tapi Baju kuning tu dah banyak kali jugak pergi Qatar jalan2. Sebab dorang semua housewife. Aku je kerja office. 

Dari kiri si Lynda dah 9 bulan tak jumpa husband. Pastu Kak Mira husband dia amik unpaid leave since bulan 5 tak silap. Patot bulan ni last tapi sampai sekarang Qatar tak panggil lagi. Tu yang paling ditakoti kalau nak amik unpaid leave sekarang. Takot kene buang keje 😭 Pastu Wana Aniston dah 6 bulan. Yang kanan tu special kes. Masa PKP start husband dia dah naik flight balik Qatar. Tup2 Qatar lockdown, so husband dia kene patah balik Malaysia 😁 Bulan 7 haritu Qatar panggil balik berkhidmat so baru lah balik. Syiok dapat duduk rumah tapi ada gaji hahah. Rezeki dia. Tapi dia cakap haritu masa husband dia nak balik qatar kene sign dokumen sesiap tak boleh balik Malaysia sampai tahun depan 😂




Ni haritu dorang ajak stay makan2 mandi pool release stress. Best gila! Sebabnya bila bercerita tu semua ngam. Dah berada dalam kasut yang sama kan. Bab bergaduh sebab laki jauh, bab anak buat perangai menangis, bab mak sekali menangis eh semua sama lah. Haha! Masa ni aku rasa lega yang amat lega rupanya bukan aku sorang rasa macam tu. Selama ni aku rasa something wrong bila aku selalu sentap dengan Akram, asyik nak marah kan anak2 etc rupanya I'm not alone 😝

Bila fikir2 balik aah ek dah 4 tahun Akram keje Qatar sekali pon kitorang tak pernah jejak haha. Bukan apa aku busy. Rasa menyesal pulak 😪

Patotnya bulan 3 2020 nak bawak anak2 pergi Qatar. Tup2 Covid19 menyerang. Musnah semua plan. Hopefully ada hikmah di masa depan. Dah banyak kali janji dengan anak2 nak bawak pergi Qatar jalan2 tempat ayah tapi asyik tak sempat je. Mostly sebab Akram yang selalu balik Malaysia sebab ada kenduri etc pastu Aminah kecik lagi masa tu so kitorang tak sempat ke sana.



Beli groceries sorang2 pon dah biasa sangat. Dengan dua anak kecik. Dulu2 aku selalu tinggal dorang  kat nursery bila aku nak beli barang. Since dorang besar sikit ni and boleh paham bahasa aku bawak je lah. Kesian weh asyik pergi sekolah je. Meh la aku angkut sekali.



Anak sakit check in hospital sensorang. Subuh2 carik klinik semua tak bukak, terus pergi hospital. Penat. Memang penat. Tapi ni pengalaman. Tak semua orang lalui pengalaman macam ni. Aku cuma mintak doa dari orang2 sekeliling je supaya aku terus kuat.



Sepatotnya budak2 tak boleh masuk kawasan hospital. Tapi disebabkan aku special kes memang takde orang nak jagakan si kakak Ameera, so aku angkut jugak lah. Apa boleh buat. Mak bapak jauh. Adik beradik pon jauh 😔

Tapi esoknya tu mak ayah aku drive jejauh dari Kota Tinggi sebab nak temankan si kakak. Sebak sis 😭



Masa ni kene angkut anak2 pergi office sebab dah seminggu tak masuk office masa Aminah warded. Pastu bila keluar hospital ada kene makan ubat lagi seminggu so nak tanak kene angkut jugak. Tak boleh hantar nursery.



Sejujurnya aku tak pernah terbayang hidup aku akan jadi macam ni. Tapi tak pernah jugak terbayang cerita indah dalam novel - sebab aku bukan kaki novel dan bukan kaki drama. Aku lebih kepada realistik cewah. Cuma tulah tak sangka pada umur 32 tahun ni aku kene duduk jauh dengan husband sambil pergi keje sambil jaga anak2 dua orang dan uruskan rumahtangga. Sejujurnya aku tak suka keadaan ni. Aku tak suka jadi kuat dan boleh buat semua benda. Nanti aku akan ada perasaan okey takde laki pon takpa. Aku boleh buat semua. Sumpah benci perasaan ni. 

Tapi tulah kalau aku tak buat siapa lagi nak buat 😂 Naseb baik lah aku ni dari kecik kene uruskan diri sendiri sebab mak bapak kerja. Pastu since form 1 dah duduk asrama penuh. Masuk Matrikulasi pulak nun jauh hujung dunia kat Kedah. Pastu sambung masuk University kat tengah Kuala Lumpur. Boleh kira berapa lama je hidup aku dengan mak ayah aku jadi dari kecik dah terbiasa buat keputusan sendiri. Gittew.

So takde hal lah. Pagi ni kite nangis tepi dapur, petang nanti kite dah ketawa balik macam takde apa jadik. hahaha! I believe bukan aku sorang macam ni. To those yang baca ni dan situasi korang ni sama dengan aku, hang in there babes. Siapa tau apa yang bakal kita dapat di masa depan. Tapi tu lah aku ni pon cakap je pandai. Ada masanya jatuh terduduk menangis2 meraung jugak mengenang naseb sampai merempan2 kat laki sendiri 😆


Family potrait 2020 hahah.


Untuk semua yang PJJ, kalau ada pilihan tak payah lah. Tapi kalau memang takde pilihan please kite sama2 stay strong 💪 Aku selalu ingatkan diri sendiri yang aku masih ada husband. Yang bercerai, yang husband dah meninggal, ujian dorang lagi besar. Whenever aku rasa down aku akan fikir kalau isteri2 yang takde suami boleh kuat dan boleh buat, kenapa aku tak boleh kan 😘

Ini ujian aku, bahagian aku. Setiap manusia ujian dan bahagian lain2.

Semoga satu hari nanti kite semua akan dapat kemanisan.

Aamiin.



Love,

Wana Havana 

Wednesday, May 29, 2019

Review Hard Rock Hotel Desaru Coast, Bandar Penawar


Hard Rock hotel pertama.



Yup. 30 tahun hidup, baru pertama kali nak tido kat Hard Rock hotel ni. Haha. Maklumlah selama ni tak berapa nak mampu.

Ceritanya ada satu hari tu tengah scroll2 fb nampak kawan upload pakej hotel murah. Memang jauh beza dengan harga sebenar dia. So lepas bincang dengan husband, alang2 dah balik Johor bulan 4 lepas, apa kata stay satu malam kat sini. So terus beli.

Thursday, May 2, 2019

REVIEW : Project B Asia Part 6


Hai gaisss.

REVIEW : Project B Asia Part 1

Perkembangan terkini setelah 3 bulan consume Project B Hydrolized Biomarine Collagen Peptide 5,000mg + Fruit Booster dia.

Muka sebelum


Selepas tiga bulan


Monday, April 22, 2019

REVIEW : Project B Asia Part 5


Hai gaisss.

REVIEW : Project B Asia Part 1

Perkembangan terkini setelah dua bulan consume Project B Hydrolized Biomarine Collagen Peptide 5,000mg + Fruit Booster dia.




Rasanya muka dah glowing sikit. Hahahahahha!
Kalau korang nak tengok muka sebelum consume boleh klik link2 review dekat atas.

Tuesday, April 2, 2019

REVIEW : Project B Asia Part 4


Hai gaisss.

REVIEW : Project B Asia Part 1

Perkembangan terkini setelah dua bulan consume Project B Hydrolized Biomarine Collagen Peptide 5,000mg + Fruit Booster dia.



Rasanya muka dah glowing sikit. Hahahahahha!
Kalau korang nak tengok muka sebelum consume boleh klik dua link review dekat atas.