Sunday, June 19, 2011

Doodles time ;)




Doodles time
yeay !
;)








People always say that we can't live without Love,
but I think Oxygen is more important
;)










One real friend is worth more than thousand fake
;)











Men are like bank accounts.
Without a lot of money they don't generate a lot of interest.
;)

















Copyright by:

Syazwana Jamal










Monday, June 13, 2011

Doodle was totally fun !




tiba-tiba saya jadi gila men-doodle.

hey doodle was really fun !













saya tahu awak nak cakap lukisan saya cantik kan.

auwww terperasan pulak :P










with love.

Syazwana Jamal
xoxo





Friday, May 27, 2011

mata kakak keluar air sendiri.





aaisyah humaira ni kadang-kadang buat aku geram jugak. selalu mendengki aku. lagi-lagi kalau aku tengah online nanti dia datang dia tekan keyboard lepas tuh lari. lepas tuh cakap 'ha ha padan muke padan muke'. memang menguji kesabaran betol.





tapi kalau dah datang lawak dia tuh memang ko tak larat nak layan. dia baru 4 tahun tapi dah galak sangat nak pergi sekolah so masukkan lah dia dekat tadika. ada satu pagi tuh masa kakak aku kejut dia bangun boleh pulak dia buat lawak.




mama : kakak bangun lah dah pukul 7.40pagi. semua orang dah pergi sekolah.

aaisyah : tapi kenapa mata kakak gelap tak terang-terang. (*padahal tak bukak mata lagi memang lah gelap)







ada sekali dia jatuh lepas tuh nangis.



mama : kakak jangan lah nangis.

aaisyah : kakak tak nangis tapi mata kakak ni keluar air sendiri. mata kakak nangis sendiri.








kitorang dok gelak-gelak lah ape lagi. hampeh punya budak.





masa aku tengah type entry ni pon dia tengah dok kacau aku tekan keyboard lepas tuh lari gelak-gelak. sioottt punya budak. watch outtt !







ok bai.


Monday, May 23, 2011

Ahhhh. I Love him much much.






Yang belakang tuh anak buah aku nombor 2 Faiq Umair. kitorang panggil yayik je. ko tengok badan dia besar tak besar. dah ramai dah cakap umur dia macam 2 tahun lebih padahal 2 tahun tak sampai lagi. mana tak nya makan tak henti-henti.




pagi tadi dalam pukul 7.30am teman kakak aku check up baby dalam perut dekat klinik kesihatan. so aku jaga yayik aku bagi lah makan roti 60 sen tuh. balik klinik kitorang pergi brekfas roti canai suap sekali si yayik ni. balik rumah dalam pukul 10 kot singgah beli laksa fevret budak ni (hari-hari nak bekfes laksa). habes kau aku suap satu mangkuk. lepas tuh aku suap dadih pulak. menganga je lah mulut dia. hasilnya tengok lah tuh. :)


kadang-kadang makanan kakak dia pon dia nak makan jugak. budak-budak :P


yang depan tuh anak orang kakak aku tolong jaga sebab kakak aku tak kerja. padahal yang depan tuh lahir dulu tapi tengok perbezaan badan dorang. yayik nampak macam matang kan. well kate anak lelaki haruslah tough. kekeke :)




yayik ni susah sangat nak nangis. dulu masa kecit dia lah paling senang nak jaga. ko tinggal dia sensorang pon memang takkan dia nangis. kadang2 lapar pon tak nangis. kadang-kadang tuh aku geram aku kacau dia bagi nangis saje nak tengok dia nangis sebab dia nangis tak menyakitkan hati. slow je lepas tuh nanti dia pergi dekat semua orang panggil2 nama orang peluk2 orang. comelll !



sekarang hobi dia pergi duduk sorang2 dekat corner lepas tuh korek hidung. haha ! tak senonoh. sebab dia baru nak baik selsema so idung dia macam banyak kerak2 hingus tuh tak selesa kot. bila dah korek hidung orang panggil boolayan jek. hehe. yayik yayik.




btw budak2 kalau korek hidung depan orang ramai pon macam comel je kan. hehe.
tapiii kalau orang tue?

























Huduh !












ok bai.



Friday, May 20, 2011

surat untuk Mr. ghost.




* sila baca dalam keadaan lampu ditutup untuk mendapat feel yang baik.





Kehadapan Mr. Ghost,

Tolonglah jangan ganggu saya. pliss pliss pliss.
Cukup lah semalam anda pegang kaki saya sampaikan saya kaget.
Harap-harap malam ni saya boleh tido lena.

Yang mengharap tak nampak anda,
-saya yang lemah-





malam semalam kan masa aku nak tido biase lah aku bukan jenis baring atas tilam terus boleh tido paling tak kene berangan kawen dulu amik mood nak tido then baru lah boley tido. so semalam aku pasti yang aku belom tido apetah lagi bermimpi just baru je pejamkan mata. tiba-tiba *bunyi kucing itam peliss



aku rasa ada orang pegang kaki aku. seriously aku rasa. bukan mimpi or ape. tapi kejap je lah. macam orang sentuh kaki ko camtuh dalam 5 saat. ko bayangkan aku tido sorang2 dalam bilik tiba-tiba rasa camtuh. tapi aku bukan jenis yang suka jerit-jerit so aku pejam mata rapat2 and kakukan diri aku.



adalah dalam setengah jam aku buat camtuh sambil tuh aku baca2 lah jugak ayat kursi semua dalam hati. nak bukak mata jangan harap. aku ni jenis yang biar hantu nampak aku jangan aku nampak hantu. begitu.



ini cerita betol okey nak kata aku terlanggar bantak ke hape ke aku tido satu bantal je and sebelah kanan aku betol2 dinding. yang kene pegang tuh kaki kanan lah. peh tuhan je yang taw macam mana aku rasa time tuh. dah agak2 lama sikit baru aku gerakkan badan bukak mata fuhh lega takde pape. terus selubung tutup mata and zzzzzzz.



so masa dinner tadi aku cerita lah dekat kakak aku. dia kata hantu jantan tuh nak ngurat ko. boley pulak nak buat lawak kan.



abang ipar : dulu ko duduk sini lama tak kene pape pon.

kakak : tuh dulu dah 5 tahun lepas dah. hantu pon dah beranak-pinak dah.

aku : tu lah entah2 anak dia ke.

kakak : mesti hantu jantan tuh. dia nak kacau akak, akak dah anak dua. dia kacau ko lah.




sukati je dorang ni kan. huhu. kakak aku cakap kawasan kuarters ni memang lah macam ade bende2 sikit. pernah sekali jiran kakak aku nampak anak buah aku tengah main air dekat depan rumah. time tuh maghrib. padahal anak buah aku ada je dalam rumah. takot tak ?



and ada sekali adik abang ipar aku dengar ada suara budak menangis padahal bila tengok takde orang pon. abang ipar aku pernah jugak dia pergi toilet and dengar suara kakak aku panggil dia padahal kakak aku dalam bilik tak buat pape pon.




aku ni dah la kategori penakut jugak. nampak je macam berani padahalll Allah je yang tahu. kuikui. harap-harap malam ni boleh la tido lena. aminnn.



ape tungguu lagi? cepat aminnkan jugak. :P







ok bai.






Thursday, May 19, 2011

Hati-hati kalau selalu sakit badan or lenguh2 badan.

before aku buat entry ni mari kita ramai2 sedekahkan al-fatihah buat allahyarham sahabat kita Hakim Kamal atau orang kenal dia dengan nama telor. memang aku tak tahu langsung dia sakit tiba-tiba petang tadi dalam pukul 4.30pm kawan aku bagi mesej cakap blogger telor dah meninggal. tapi petang tadi tak sempat online sebab pergi swim dekat kangar so ni baru dapat online.






terus aku google telordibasuh. and baru aku taw dia meninggal sebab jangkitan dekat paru-paru sampai dia tak boleh bernafas and meninggal. :(





* * * * * * * * * *




semalam aku cakap dekat kakak aku yang belakang badan aku sakit-sakit. actually dah agak lama jugaklah aku menderita sakit belakang ni. ada lah dalam tiga empat bulan ke lebih aku pon tak pasti yang aku taw memang sakit gila. tapi dia bukan sakit satu badan just part belakang badan belah kanan atas.




memula aku ingat sakit sengal2 biasa je so aku biar je lah. sebab aku kan buat thesis buat lab kerja-kerja berat kan so kalau sakit2 sengal badan ingat kejap je lah. tapi pelik jugak tak baik2 kan. sampai aku feeling2 ada benda dok gayut dekat belakang aku ni ha. *haa takut tak? :P




selalu nya kalau dah tak tahan sangat sakit aku tampal je dengan Salonpas so rasa panas-panas2 sikit dia jadi macam kurang lah sikit sakitnya. tapi lepas tuh sakit balik.




kakak aku cakap ade angin dalam badan aku. kene buang cepat before dia keras dalam badan. so tadi aku suruh kakak aku urut badan aku serius sakit. angin tuh ko akan rasa macam ada ketulan dalam badan ko bila sentuh je rasa sakit. selagi ko tak urut buang ko akan rasa tak selesa lagi2 bila nak tido.




kakak aku cakap bahaya kalau tak buang sebab bila angin tuh dah keras dia jadi susah nak buang and kadang2 tak boleh buang ha merana lah ko sampai bila-bila. bila dah buang fuh rasa macam ringan je macam syiokk je tido. keh keh.



so kalau korang rasa badan sakit-sakit baik check cepat mana taw kene macam aku ke kan. daripada membazir duit pakai Salonpas yang mahal tuh baik ko mengurut sekali je dah kuar abes angin terus baik.








ok bai.