Tuesday, February 21, 2012

Tension

                     

Semalam kan tetiba laptop aku dah start buat hal dah.
tetiba je dia tanak detect printer.
padahal printer tuh dah berkurun lama aku pakai okey je.
tup2 semalam bila aku nak print dia keluar notification cakap printer offline.
aku ingat kan printer lah yang problem tapi tetiba laptop aku tanak detect pendrive pulak.
sah laptop aku yang problem.
memang hangin lah aku kan.



tapi aku biar je lah dulu.
kot2 laptop aku ni nak bermanje ke kan.
takpe.
kita balik rumah dulu.


sampai rumah hal lain pulak.
tanak detect Maxis Broadband pulak.
tapi pendrive dia nak detect pulak.
tak ke hangin aku dibuatnya.
tapi aku scan2 laptop aku kot2 ada virus ke kan dengan harapan esok pagi aku pergi opis dah elok dah laptop aku ni.
sampai tertidur awal aku sebab tak boleh online.



pagi ni still tak boleh jugak detect printer.
Akram cakap maybe dah sampai masa dia kot.
yelah dah 4 tahun dah laptop aku ni.
dalam 4 tahun ni memang tade masalah kecuali batery dia je lah yang tak boleh guna.
habes kerja2 aku semua problem sebab tak boleh print.
terpaksa mengharap ihsan officemate.
dah la hari ni ada meeting.



lepas satu hal ni satu hal lagi datang.
aku nak apply mymaster scholarship.
memang semua urusan dalam online.
masalahnya dokumen yang dia nak semua dalam bentuk pdf.
lepas tuh dia ada limit size file yang boleh diupload.
limit dalam 200 lebih kb. kecik kot.
dan masalahnya transkrip aku bila discan and diconvert dalam bentuk pdf file dia jadi besar gila.
pdf mane boleh nak kecikkan.
logik ?



bila aku scan dalam bentuk image and resize image tuh and convert dalam bentuk pdf lagi teruk file haku.
langsung tak boleh nak baca.
logik lah kan image kau resize jadik kecik bila kau convert ke pdf image tuh pecah.
bahabi betul lah menyusahkan orang nak apply.




ada sapa2 yang pernah apply mymaster kat sini?
tolong lah aku ni.
ni tahap2 rasa macam nak gigit2 je laptop ni.
kang ada yang free2 kene fire dengan aku walaupon tak buat salah.




okey dah tade mood.
nak kemas2 barang nak balik.

okbai.


                                   

Monday, February 20, 2012

Teruja

                         


Akram baru dapat first anak buah.
kemain eksaited lagi.
pukul 5.15am pagi tadi meset haku "yeahhh. dah dapat anak buah. hehe. anak buah 20/2, ayah 21/2, mak 22/2"
nampak tak keterujaan yang melampau tuh?
takpelah. aku yang dah ada tiga pon still teruja lagi ini kan pulak gaya2 baru dapat satu.
tengok nanti kalau dah ada lapan belas teruja lagi ke tak kan. hahahahahaha !


Nasib baik die mesej tuh aku tak terjaga.
kalau tak mahu kene fire dengan haku sebab mengganggu aku beradu.
pukul 6 lebih aku bangun baru reply mesej dia.




semalam aku keluar makan dengan dia.
ape entah nama kedai tuh.
nasi lemak dengan ayam golek.
marvelesssssssss gila !
kitorang amik nasi lemak biasa 2.
ayam golek separuh.
tak amik gambar sebab ayam sampai je masing2 mengketedarah macam seminggu tak makan.





lepas makan masuk kereta aku pakai lip ice.
alah lip ice sheer colour tuh.
lepas tuh aku pandang Akram.

"nak pakai tak?"

dia geleng.

tak boleh jadi. bila lagi nak kenekan dia.

terus amik lip ice pakaikan kat bibir dia. padahal dia tengah drive tuh.
pedulik.
hahahahaha.



lepas tuh aku yang eksaited sebab bibir dia jadi pink sikit.
yelah dia tuh perokok.
bibir tak payah cakap.
habis gelap.
aku yang stress.



okbai.


                                                   

Sunday, February 19, 2012

Akhirnya wujud jugak drama melayu yang berkualiti.

                               
Malam minggu kene duduk rumah bagi seorang yang bujang adalah sangat bosan.
ape nak buat.
Akram kene pergi kenduri tahlil.
takkan tanak bagi pergi pulak.
tak cium bau syurga nanti. eh?



hari tuh gaduh sampai ramai telefon tanya kenapa.
siap up entry poyo. kahhh kahhh.
hari ni dah baik.
beselah orang tak matang memang camni :P



disebabkan duduk rumah saje malam minggu ape lagi yang boleh dibuat selain online fesbuk and blog.
dan juga layan cerekarama tv3.
naseb baik cerita Puan Hajjah Ziela Jalil sangat superb.
berbaloi jugak haku tengok.
siapa tak tengok boleh pergi donlod kat mana2 okey.
worth watching it !
tajuk dia Jujur aku dayus.





masa aku tengok cerita tuh dalam hati aku ni asyik je cakap "cantiknya Nora Danish ni"
patot lah Akram dok gila-gila kat Nora Danish ni.
lepas tuh si Beto tuh boleh tahan dasyat die berlakon eh.
tetiba pulak dia macam femes.
tak silap aku ada satu cerita tuh dia berlakon lepas tuh terus femes.
lupa pulak aku cerita apa tuh.



aku takde lah jenis yang suka gila cerita melayu ni. takde pulak poyo sangat sampai tak tengok cerita melayu kan.
kalau cerita tuh best kompem aku layan.
alah semua cerita pon kalau best aku layan.
tapi disebab kan before ni cerita melayu semua ending tergantung lah itu lah ini lah so aku bet semua orang pon menyampah.
lagi2 kalau kite boleh predict jalan cerita tuh.
sumpah bosan.



tapi cerita ni lain.
masa tengok cerita tu neves gila kot.
lepas tuh asyik tengok jam bila nak ending sebab tak sabar nak tahu ape ending dia.
aku predict si beto tu buat salah sebab tu dia jadi macam tuh.
sekali bila dia cerita aku ingat nora danish pulak yang salah.
rupe2 nya dua2 pon tak salah.
aduh sakit jantung.



cubalah kau bayangkan kalau kau tengah jalan2 dengan pakwe kau tetiba ada orang pandang kau cakap "i will marry you one day"
agak-agak ape kau nak buat?


kalau aku, pandang pakwe kat sebelah. sengih-sengih. lepas tuh cakap kat pakwe "saya tak sangka saya sangat hot"



dan sampai sekarang still berfikir wujud ke lelaki macam edree tuh.
well mungkin ada istilah jatuh cinta pandang pertama.
tapi ayat keramat si beto tuh mungkin tade sape pernah buat.
mungkin lah.



okbai.


                                     

Saturday, February 18, 2012

Normal.

                       


dengan tinggi 150cm dan berat 53kg aku still lagi dalam kategori normal weight.
alah nak cakap aku pendek lettew.
bukan pendek okey tapi comel.
wakakakaka.



tapi disebabkan aku "comel" so aku rasa 53kg tuh macam dah gemuk.
so now target aku nak dapatkan at least 50kg.
atau 49kg maybe?
hehehe.




bukan ape.
bukan obses sangat pon nak kurus.
kalau kurus macam cicak aku pon tak selera nak tengok diri sendiri.
tapi at least kita akan rasa puas hati dekat diri sendiri.
self confidence pon akan naik.




paling penting aku ni ada semput sebenarnya.
kalau berat naik sikit je boleh rasa bila jalan jauh sikit cepat penat.
sebab tu lah aku sibuk2 nak diet.
nak rasa badan ringan je.
baru lah boleh sopink sampai pengsan.
hahahahaha !


okbai.


                                            

Friday, February 17, 2012

Cute Girl in The House

                                 
Sorrylah semalam teremosi sikit.
aku rasa entry aku dah habes sedih dah.
tapi ramai pulak yang cakap sweet.
siap ada yang confuse aku bahagia ke sedih.
nampak sangat takde bakat nak tulis novel sedih. hahahahaha !



tapi takpe.
everything is under control :)


disebabkan semalam aku bersedih dan bermurung maka kakak aku yang berada di kejauhan telah mengupload sesuatu untuk menceriakan hidup aku.
kakak aku tak boleh tengok adik2 die sedih.
ada je modal die nanti.












with caption "jangan lah sedih aa. tengok gusi adik ni"




and yes.

Yaya ! I mish U so Much much much much !!









aku taw korang nak cakap macam nak gigit je pipi dia kan?
nanti kalau aku jumpa dia aku tolong gigitkan.
hahahaha !

okbai.


                                           

Thursday, February 16, 2012

Jodoh pertemuan semua kerja Allah.

             




kite nampak sweet bersama kan.
tapi manis itu tak cukup menjamin untuk kita bersama.






bak kata Zack Zukhairi "sometimes saya harap sangat saya boleh google apa yang awak rasa"
tapi saya tak boleh :')








Macam Zack kata lagi "sayang saya kat awak sama macam menara KLCC tu. Kiri kanan sentiasa teguh bersama. Tak kira hujan, panas, ribut dan petir."




saya undur diri bukan sebab saya tak sayang awak.
cuma saya nak bagi ruang pada awak untuk rindukan saya macam mana saya rindukan awak.
bagi ruang pada awak untuk hargai kehadiran saya dalam hidup awak.



tiga tahun saya susah senang dengan awak.

tapi .....


sekuat mana saya setia,
sehebat mana saya merancang,
selama mana saya menunggu,
sekeras mana saya bersabar,
sejujur mana saya terima awak,


Jika takdir ALLAH menentukan yang saya akan bukan dengan awak,
Saya takkan bersama dengan awak.
Jika Allah telah menulis jodoh saya dengan awak,
Saya  tetap akan bersama awak :)