Friday, January 6, 2012

Nak bercuti pon banyak halangan.

                                   

entry agak panjang.
kalau ikhlas bacalah sampai abes. cewahhh.

ini adalah cerita tahun lepas. ecewah poyo gila nak cakap tahun lepas padahal baru 6 hari masuk 2012. boleh je cakap cerita 2 minggu lepas ke kan. eh yang beria sangat nak explain ni dah kenapa =_____=


okey ini cerita masa aku nak balik untuk cuti seminggu daripada cuti Krismas sampai lah cuti tahun baru.
hari Jumaat, 23/12/11 hari last day aku kerja untuk tahun tuh semua officemate aku wish "Selamat bercuti. Jumpa lagi tahun depan". macamkan aku ni bercuti 6 bulan gamaknya.


so disebabkan parents aku nak bawak adik bongsu aku jalan2 Melaka sebab dapat 5A UPSR so aku pon turun Melaka tak turun Kota Tinggi.
baru dapat UPSR 5A dah bawak jalan jauh2. nanti SPM dapat 10A entah2 mak aku bagi kereta satu.
ini yang mendatangkan kejelesan.
hari tuh nak naik sekolah asrama dia punya preparation fuhhh mantop.
mentang anak bongsu.


aku dengan kakak aku dengan ayat pasrah "dulu time kite takde pon kan. baju semua lama. duit pon sikit je. tak macam Anis. tsk tsk"

dan ayat mak aku "alah anak bongsu. takpelah lebih sikit"

Ini memang tidak Adil. hahahahahaha !





okey cukop gelak.
yang nak cerita bukan tuh.
nak cerita pasal perjalanan aku balik Melaka.
dah la time tuh aku bergaduh dengan Akram. memang suwey betul.


plan nak bangun awal pagi Sabtu tuh. so kunci jam pukul 6.30am.
tetiba henpon aku tak bunyik sebab tahap kebangangan dia yang amat tinggi. pukul 7.30am baru aku sedar.
siap2 semua pukul 9 kot baru keluar rumah pergi TBS.


sampai sana carik tiket bas.
sebab dah biasa naik Transnasional beli lah tiket dia.
dapat tiket pukul 11.30am. lambat lagi so lepak2 dulu.
agak2 dah pukul 11 aku turun bawah tempat tunggu bas.
time tuh ada satu budak kecik area umur 7 ke 8 tahun camtuh tengah nangis dekat mak dia sebab kakak dia tak bagi main henpon.
sangat memekak okey dah la betul2 sebelah aku.
mak dia pulak boleh selamba biarkan.
kalau aku yang jadi budak tuh memang dah lama kene cepuk dengan mak aku.
jangan main2.


mungkin sebab terleka tengok gelagat budak tuh yang menjengkelkan tengok2 jam dah pukul 11.35am.
ah sudah apesal bas aku tak sampai2.
tanya pakcik jaga bas dia cakap bas dah jalan.
aku cakap takde buat annoucement pon.
ade sorang brader tuh cakap dah buat dua kali dah. lepas tuh cakap aku yang tak dengar. sialan.
padahal annoucement pon ade macam takde. cakap tak jelas. entah pape je.




aku memang malas nak bergaduh so dengan muka bengang terus naik atas cari tiket lain.
nama nak naik Transnasional lagi memang tak lah !
aku beli bas Melur kot kalau tak silap.
naseb baik balik Melaka seploh hinggit je.
kalau tiga ploh hinggit terus cancel aku cuti.


kalau korang nak tahu Transnasional ade kaunter tiket sendiri. motif aku tataw.
tapi tiket dia yang biasa takde print nama korang.


kaunter sdn. bhd. Transnasional.




so kalau nak selamat baik beli tiket yang kat kaunter depan tuh yang akan mintak IC korang and print nama korang atas tiket.
kalau korang tak naik bas lagi depa akan buat annoucement panggil nama korang beberapa kali.


bas2 lain banyak yang guna kaunter depan.
senang. tak payah beratur ikot jenis bas. nanti sampai depan kau boleh pilih bas ape yang kau nak naik.

contoh tiket yang print nama korang. aku pinjam google.



okey itu satu masalah.
actually aku dah lama jugak berapi dengan Transnasional ni.
dah banyak jugak service dia yang macam bangang.
takpe itu nanti punya hal.


dah beli tiket baru, naik bas pukul 12.15. lega sikit.
tetibaaaaaaaa keluar je tol subgai besi hambikkkkkkkk kau.
JAM GILAAAAAAAAAAAAA !
bayangkan je lah nak ke Nilai pon dah dekat sejam lebih.
padahal bape minit je pon.


and the best part was aku duduk dalam bas hanya nak pergi Melaka selama 5 JAM !
padahal pergi Melaka baru 2 JAM !
sumpah lepas ni takkan aku balik sehari before perayaan.
serik.










tapi kalau Akram yang hantar 10 jam pon sanggup.
kahhh kahhh dasar gatal.

okbai.


                                       

Thursday, January 5, 2012

Berjanggut nak siap.

                            
Hola selamat tengahari.
aku tak pergi lunch sebab diet.
motip sangat nak cakap kat orang kan macam kan ade orang kisah kau gemuk ke kurus.
eh tapi Akram kisah. hahahahahahha !


okey dah cukup gelak.
ingat lagi entry aku yang aku nak bagi vector free?
daripada before cuti si Dhiera ni email gambar die kat aku.
tapi hari ni baru siap.
well aku kan busy mengalahkan perdana menteri.
PM tuh buat2 busy je.


okey tak payah nak cakap banyak.
ini hasilnya.


*update : sebab ramai sangat yang tanya ni aku bagi taw. aku lukis pakai microsoft excel. tak guna pon AI jadah tuh. mungkin belum tiba masa untuk aku explore AI lagi. satu2 dulu. keh keh. ada masa aku ajar okey. doakan aku rajin lah :P



ini gambar masa dia bertunang.
untunglah tak lama lagi nak kawen.
bila lah aku nak kawen ni.
asyik2 kene pergi kenduri kawen orang.


21 January ni sampai tiga jemputan aku dapat.
hmmm hmmmm time tuh maybe takde kat Malaysia.
sedihh kot tak dapat pegi.


mak aku pon dah bising asyik pergi rewang rumah jiran2 anak sendiri entah bila nak kawen.
alah ibu don't worry lah.  ur daughter ni so hot.
sape2 pon nak lah.
ibu sediakan duit je secukupnya.
kite terus hantar rombongan meminang.
kahhh kahhhh.
eh terlari topik pulak.



wahai dhiera yang ayu.
kawen jangan lupe jemput tahu.
kalau tak saya tacing.
eh?


macam biasa kalau ade yang nak tempah boleh email kan kepada syazwanajamal@hotmail.com.
harga boleh dirunding. keh keh.
okbai.

                      

Wednesday, January 4, 2012

Mungkin itu azam tahun baru dia.

                         


Macam yang korang tau Akram ni bukan jenis yang romantik apetah lagi memiliki ciri2 idaman gadis cantik macam aku (haktuih !)
sesape yang follow blog aku tahu lah perangai dia camne.
tapi sejak2 kebelakangan ni dia macam adalah agak boleh tahan sweet sikit (ayat apakah ini)



1. kesabaran menunggu yang tinggi :)

hari tuh aku komplen rambut panjang rimas lah ape lah.
lepas tuh beria nak gunting rambut.
so nak taknak Akram terpaksa bawak aku pergi saloon.
sebab dalam seminggu tuh hari2 aku cakap aku nak gunting rambut.
mana tak berasap je telinga member kan.
terus aku balik kl bawak aku pergi gunting rambut dan menunggu di dalam saloon selama 2 jam sambil membaca majalah HAI dan URTV. hahahaha !




2. dah pandai mesej2 selalu :)

tiap2 pagi dia akan mesej aku bila dah sampai tempat kerja.
balik kerja pon dia akan mesej aku.
dah sampai rumah semestinya akan bagi tahu jugak.
padahal before ni takde makne nak mesej2 aku ni.
sebab kami bukan seperti pasangan lain yang akan menginform satu sama lain pada setiap waktu dan saat termasuk lah kene inform kalau nak pergi toilet. wakluu betul perangai.




3. lebih mengambil berat :)

hari tuh dia yang perasan badan aku panas sikit padahal aku sendiri tak sedar yang badan aku panas.
macam semalam kan aku nak pergi klinik tapi tutup kan.
dia pulak ada game bola lepas habes kerja.
tapi siap nak offer hantar aku pergi klinik.




Aku : Klinik tutup lah :(

Akram : Dah tuh cane? Ade klinik lain ke? Nak pergi klinik ke?

Aku : Malas lah.

Akram : Takpe lah macam tuh. Kalau nak pergi malam ni boleh je bawakkan.

Aku : Takpe lah. Klinik biasa mahal. (dasar perempuan kedekut :P) Ubat sama je nanti dia bagi. Membazir.

Akram : Okey. tido lah awal tapi mandi, jangan tak mandi. Bagi badan sejuk.

Aku : Memang tak mandi lagi pon. heee :P

Akram : Tengok lah. mane ah tak batuk la, demam la, selsema lah, badan panas lagi.

Aku : okey nak mandi lah ni.




walaupon dia makin sweet tapiiiiiiiiii membebel tuh tatapp tak boleh nak tinggal.
keturunan sape lah ni.
kahh kahh.


takpe lah mungkin azam tahun baru dia nak jadi lebih romantik dan sweet kot.
ngahahahaha !


well mungkin bagi orang lain biasa je sebab pasangan dorang kompem semua sweet2.
Akram je dasar bajet macho tak sweet.
eh tapi dia pernah suapkan aku kek depan kawan2 lelaki dia masa pergi wedding kawan dia dulu.
tu kire sweet jugak kan kan. hahahaha !

okbai.



                                           

Tuesday, January 3, 2012

Lagi2 nak mengata. bosan.

                               



Jawapan teka teki teka tekuk semalam.

Soalan Akram : Kalau hebat apa guna lilin dalam menjahit baju?

Jawapan Akram : Buat nak tengok kalau menjahit masa gelap and takde eletrik lah. huahuahua.


Sial je jawapan.
macam nak tampar je laju-laju.
suke sangat loyar burok.





hari ni sangat stress.
dah la badan tak berapa sihat.
semalam masa keluar dengan Akram naik bumblebee baru (hihihi ❤) dia dah cakap yang badan aku macam panas.
tapi aku ingat biasa2 je so tak amik kisah sangat pon.
sekali hari ni amik kau.
tersadai dekat opis macam buntal. seharian tido lepas makan ubat.








ingatkan balik awal sebab nak pergi Klinik 1 Malaysia (sebab menjimatkan :P) sekali tutup lah pulak.
macam ni kate rakyat didahulukan.
ini bukan rakyat didahulukan.
ini lebih kepada construction didahulukan sebab klinik tuh tengah under construction jadah ape tah.
punah harapan nak dapat ubat murah so terus balik rumah.






lepas makan roti makan ubat batuk yang lama dekat rumah.
ingat boleh la tido. harammmmmmmmm.
mata tak ngantuk pulak sebab batuk taknak hilang.
sapu2 minyak kapak takde effect langsung.
terpaksa bangun duduk. baru selesa sikit dada.












bukak fesbuk semua nak share gambar si Amalina yang seksi tuh.
alah macam lah korang tuh kenal sangat dengan dia kan. macam lah semua rahsia dia dalam tangan korang kan.
entah2 dia memang freehair ke kan daripada dulu.
mana nak tahu. sebab kita bukan adik dia or kakak dia. so tak kenal pon dia luar dalam.
sudah2 lah aibkan orang.
mana kite nak tahu dugaan ape yang die tempuh dekat sana sebab bukan kite yang kene.



mungkin ini dugaan Allah pada dia. Dugaan Allah pada kita, kita tak tahu lagi kan.
mungkin Allah nak uji dia lepas Allah bagi kejayaan pada dia.
who knows babeh.
semua tuh kerja Allah. Qada' dan Qadar dia.
kau siapa nak persoalkan.






mungkin bila Amalina dah sedar dia akan berubah jadi lebih baik. sape tahu.
kau tahu ape akan berlaku pada kau 5 tahun lagi ?
seploh tahun lagi ? takkan.
kalau esok Allah takdirkan kau jadi macam Amalina tuh cane?
apa kau nak jawab?






Allah lebih mengetahui.
Allah ada percaturan yang tersendiri bagi setiap umat manusia.
yakinlah semua yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya :)






guys dengar sini.
lebih baik kita buat jahat sekarang and menyesal satu hari nanti.
at least lepas tuh kita takkan ulangi kesilapan lampau kita.
jangan kita dok mengata orang macamkan kita ni malaikat at last one day Allah uji kita and kita jadi macam dia. nak ke ?
masa tuh dah terlambat nak menyesal.






Amalina dah besar kot.
biar dia fikir sendiri baik buruk perbuatan dia.
lain lah kalau budak2 sekolah lagi dah menggatal seksi sana seksi sini papa sana mama sini.
yang tuh memang aku pon nak lempang.
grrrrr




maaf kalau ade yang tak berkenan.
ini just pendapat aku je.
alah aku pon bukan baik sangat nak cakap benda2 ceni. dushhh




papepon sebagai manusia dan umat Islam kita mampu doakan Amalina je.
bukan kah itu lebih baik. (kenyit mata sebelah) 
at least fikir perasaan mak pak dia kalau baca semua komen2 especially komen2 anon yang "best" tuh. kikiki






sekian sahaja tazkirah dari Ustazah Syazwana yang tak berapa sihat hari ni.
kahh kahh.
amacam ? :P






okbai.














                                                  

Monday, January 2, 2012

Teka teki teka tekuk.

                                       



wah seronoknya cuti hari ni.
lagi seronok bila dapat dating. :P



sape kene kerja hari ni?
dengar2 Johor tak amik cuti tahun baru.
aku pon baru taw.
naseb aku orang KL.
kahh kahh perasaan sungguh.



hari tuh Akram mesej aku cakap dia tengah jahit baju kerja dia.
aku tanya lah reti pulak menjahit.
sekali dia tanya "tau ke jahit lilit ubi?"



sudah kejadah ape pulak lilit ubi tuh.
fine tak tahu sebab aku ni bab2 menjahit memang aku menyampah sikit.
kalau suruh masak aku suke lah.
hihi



lepas tuh Akram tanya

"kalau betul hebat ape guna lilin dalam menjahit baju?"







kalau korang pakar menjahit sila lah jawab.


okbai.

                                                               

Saturday, December 31, 2011

Jangan tertipu dengan kecomelan muka budak ini.

                         



hari ni rumah aku sunyi sebab kakak aku dah balik.
dah tak dapat nak cubit2 pipi yaya.
korang tengok gambar dia pon mesti rasa macam nak cubit je pipi dia kan.
tapi disebalik muka dia yang comel tuh jangan tak tahu kalau dia mengamuk bergegar satu rumah.


semalam kitorang one family konon2 picnic dekat pantai Tanjung Leman Mersing.
saje jalan2 sebab anak-anak buah aku ni memang teruja jumpe pantai.
al maklumlah perlis mana ade pantai nak mandi2.



on the way nak pergi pantai masuk je kereta yaya terus nangis.
nangis yang macam orang nampak hantu.
non-stop punye menangis okey.
sampaikan abang ipar aku yang tengah drive sambil layan lagu omputih terus tukar pasang ayat Quran.
scary tak scary kan.



sampai lah yaya tertidur sendiri.
dah penat menangis kot.
sampai pantai dia bangun tido okey.
time nak balik masuk kereta melalak lagi.
rupa2 nya dia menangis sebab taknak ikot mama sendiri @ kakak aku.
bila aku amik dia senyap pulak.



jadinya sepanjang dalam kereta aku amik alih tugas memangku yaya.
sampai lah malamnye kitorang keluar pergi JB.
masuk kereta je yaya terus memangis.
ape lagi kakak aku pass lah kat aku.
senyap.
kitorang dah pelik.



maybe yaya nak dengan orang comel je kot.
kahh kahh.
seyesly memang kitorang pelik gila.



time makan kat JB pon sama.
papa die pegang die okey lagi.
bayangkan papa dia dah tidokan die.
tup-tup bila pass kat mama die, die boleh terjaga lepas tuh menangis.
last2 pass kat aku.
senyap. nyenyak lagi tido. haha !
yaya yaya.




so balik dari JB tuh aku pangku dia tido.
sampai sekarang kitorang pelik kenapa dia taknak ikot mama die.
yang peliknya selama ni okey je.
start semalam tetiba je. konpius.


adik aku cakap "eh kenapa dia nak dengan ko je eh?"


aku cakap "eh aku kan angel. huahuahua"







mungkin yaya nak test aku dah ready belum nak jadi mummy.
kahh kahh.

okbai.