Monday, March 26, 2012

Misi mendapatkan burger bakar kaw-kaw wangsa maju secara serius.

             

mula-mula haruslah up gambar burger dulu kan. baru lah mission accomplished :)


disebabkan last week misi tak berjaya aku ingatkan Akram dah give up lah.
rupanya nehiiiiiiiiiiiii.
sabtu malam dia tanya nak makan burger ke tak.
eh orang dah pelawa takkan nak tolak pulak kan.
lagi pon member baru lepas gaji.
zass zasss cakap 'YES'


tapi Akram tak cakap pulak yang dia dah janji jugak dengan member tempat keje dia nak pergi sama2.
orang tue tu suke taw taknak bagi tahu aku.
tetiba aku rasa macam menyibuk je sorang2 perempuan.
walaupon aku ni Queen Control tapi aku ni pemalu.
kahhh kahhh !



alololo tomeynye. puihhhhhhhhh.



okey dah.
so sabtu petang tu Akram amik aku, then amik kawan dia kat Shah Alam.
kitorang semua naik kereta dia.
kawan Akram kerja KLIA tapi duduk Shah Alam.
gila gigih drive hari2.
tol one way dah RM5.50.
yang best touch n go dia RM800 ++.
kau ado ?
hahahahahha !



yang aku ni pulak terbaca kat blog mana tah cakap stall burger tu bukak pukul 730PM.
so konfiden je lah kitorang bajet2 sampai sana pukul 730PM.
sekali rupanya stall bukak pukul 5PM.
hambik kau.
even sampai pukul 735PM orang dah beratur sampai 100m eh.
tapi alang2 dah dua kali sampai gigih jugak lah beratur.
naseb baik 4 orang so gilir2 lah berdiri kan.



cube cari mana stall burger tu? memang tak lah kan nak nampak. ni 100m daripada stall tuh.




orang2 yang sampai lagi lambat daripada aku. so dibelakang lah ye. hehehehe.



masa kitorang tengah beratur tuh ada sorang pakcik ni kat kedai motor dekat2 dengan stall burger tu jerit "nak makan burger pon kene beratur sampai macam ni? meh2 datang rumah pakcik. pakcik masak"
sengal betul pakcik tuh.
hahahaha !




my driver yang suka cari gaduh dan tak sedar dia pon gemuk jugak. asyik panggil orang gemuk je -____-




Akram, Umar Mokhtar and Shairazi. Yang tengah tu lah yang duduk Shah Alam and ade touch n go RM800++. Keh keh keh.



masa kitorang lalu smart tag, pakcik yang duduk kat lorong smart tag tuh terkejut tengok touch n go banyak sangat sampai terbaling surat khabar yang dia tengah baca tuh.

okey memang tipu pon. muahahahaha :P




after dua jam beratur baru lah nampak stall burger ni. ni baru nampak je. order nye belum lagi. tapi dah nampak pon sukorrrrrrrrrrrr alhamdulillah.




KAMI MAHUKAN ANDA.
Sape2 nak buat kerja part time sila-sila lah datang.
masyukkk wooo.






saat2 yang dinantikan tiba juga. aku amik sama dengan Akram 'Tripple patty with beef bacoon, cheese and chessy sauce'. Amik ala carte je. Kalau amik set dapat air dengan hot dog.


Umar dengan Shairazi amik 'Tripple petty with beef bacoon and cheese'


masing2 taknak kalah amik tripple.
konon membalas dendam sebab beratur 2 jam lebih.




datang pukul 735PM pon dapat nombor 92. time ni baru nombor 70.


so Akram tanya budak burger tuh agak2 bape lame siap.
dia cakap dalam 45 minit.
so ke mamak lah kite dulu.
lapar gila siottttttt tak makan ape lagi. sampai migrain haku.
dah alang2 kat mamak roti banjir 4 lah.




dapur dorang kecik je. sebab tuh macam lambat sikit.



dalam pukul 1100PM baru lah burger siap.
masa kitorang amik burger tuh dah jejak nombor 125.
and abang burger tuh stop dulu amik order sebab ade stok yang dorang amik tak sampai lagi.


kitorang tak makan kat sana.
so carik port kat Uptown mane entah.
aku pon tak tahu.




yang kiri aku punya. kanan Akram punya.




masing2 dok amik gambar macam ni. konon nak ukur ketinggian burger lah. btw comel jugak tangan aku. hahahaha !



budak burger tuh cakap setakat ni rekod ada orang beli 10 petty !
and dia makan kat sana setengah jam !
tapi tak ingat lah melayu ke india ke cina ke.
setengah jam okey. laju tak laju.
bela saka ke ape mamat tuh.



aku mula2 makan petty dulu satu.
pastu keluarkan lagi satu and tinggal satu dalam roti and makan.
lepas tuh give up.
last petty bungkus bawak balik.
Umar dengan Shairazi pon same.
Akram je yang licin semua.
dasar makhluk kuat makan. apa pon tak boleh.




total RM86.


Tripple petty with beef bacoon, cheese and cheesy sauce = RM22
Tripple petty with beef bacoon and cheese = RM21



masing2 puas hati dapat makan burger yang paling femes setakat hari ni.
and bertekad ni lah kali pertama and terakhir datang sini.
sumpah memerlukan kesabaran yang tinggi.
pasni nak makan burger je mari kite ke Chillis.
walaupon mahal tak payah beratur dah yang penting air cond. hehehe



pendapat aku burger ni biasa je.
pendapat aku lah kan. lain orang lain pendapat.
sebab aku suka burger yang sos nya melimpah ruah. tapi burger ni kering sangat.
orang akan teruja sebab petty dia yang super gemuk tu.
cheese pon sekeping je dia letak.
sos pon letak alahai segan2 je.
dah la burger bakar kering.
sos pon sikit. hmmmmm tak layan sangat lah.


tapi korang patot cuba.
kalau tak cuba tak tahu kan.
at least kalau orang cerita2 wah bangga cakap dah makan.
boleh la komen lebih2 sikit. wakakakaka !



direction kalau daripada WANGSA WALK.
Wangsa Walk sebelah kanan.
then traffic light first amik kiri.
terus sampai jumpa simpang tiga amik kiri lagi.
terus sampai first traffic light amik kanan.
terus sampai jumpa kereta parking banyak gila tepi jalan.
maknanya dah sampai la tuh.
stall burger tuh sebelah kanan.



Sesape yang nak pergi tuh ALL THE BEST !



okbai.



                                       

Sunday, March 25, 2012

Misi mendapatkan Burger Bakar Kaw-kaw Wangsa Maju.

                  
Tripple petty with beef bacoon, cheese and cheesy sauce.
RM22.00



saje up satu gambar tak berapa nak cantik ni dulu.
bagi korang telan air liur ahad2 camni.


sampai pukul 730PM.
beratur 2 jam setengah dapat nombor 92 !
siap boleh pekena roti banjir kat mamak dulu.
pukul 11PM baru dapat burger.
fuhhhhhhhhhhhhhhhh !





stall bukak pukul 5PM.
so sesiapa nak datang silalah awal.


oh ye kali ni aku tak sesat.
hewhewhew


okbai.



                                            

Friday, March 23, 2012

John Carter

                             
Malam tadi pergi tengok John Carter kat Alamanda.
kalau tanya bila last time aku tengok wayang aku sendiri pon dah tak ingat.
nampak tak bape kurun lama tak pergi tengok wayang.
sebab aku dengan Akram bukan kaki wayang sangat.



kitorang sampai Alamanda pukul 6.30PM kot.
then pergi usha2 tiket wayang time tuh dah pukul 7PM.
cerita pukul 7 dah start.
so amik yang pukul 9PM.
sementara tunggu pukul 9 marilah kite melantak dulu gemukkan badan yang slim ni. eh?




destinasi pilihan KENNY ROGERS ROASTER.
motif nak huruf besar bagai?
sajeeeeeeeeeeeeeee. hahahahaha !




dan menu pilihan setiap kali datang pon sama.
Kenny's Quarter Meal.
sila telan air liur.
wakakakaka !




Aku pilih triple passion.
combination of guava, passion fruit dengan mango.
sedap !
Akram feeling2 poyo pilih air Ais vanilla caffe latte.
makan nasi, ayam amik air caffe latte.
macam nak sepak je.
padan muka tak berapa sedap. hahaha !



aku cakap dekat Akram "Less fat.. Less calories.. Less Salt"

Akram jawab "Less Gemok"

Konghajo betul.
macam lah dia kurus sangat.


pukul 9 ke wayang lah kite.

dapat hall kecik.
walaupon duduk 3 dari belakang tetap rasa sakit mata sebab screen dia macam besau gila.




oh jangan tanya aku pasal cerita ni.
sebab aku tak paham.
Akram yang beria nak tengok cerita ni sebab kawan dia cakap best.
aku takde lah cakap tak best cuma cerita ni macam laju sangat.
lepas tuh cerita action lawan2.
lepas tuh kejap2 kat Bumi kejap2 kat Marikh.
oh sangat tak paham.





spesies ni macam geli2 sikit aku tengok.
dah macam avatar pon ade.
paling geli time anak2 dorang baru menetas dari telur.
euwwwwwwwwwwwwww sangat.
hahaha !





ni salah satu binatang dalam cerita tu.
nama dia Woola.
dia kira macam ala2 anjing la dan sangat gemuk.
setiap kali binatang ni keluar Akram pegang kepala aku sambil cakap "Woola. Gemuk gemuk"
macam nak terajang je. naseb baik dalam wayang.




lama jugak lah cerita ni dekat 2 jam.
keluar2 wayang aku tanya Akram "so kesimpulannya, berapa umur John Carter?"


so kalau korang dah tengok cerita ni meh bagi tau aku jawapannya.
sebab aku konpius.
kawan si John ni sampai dah mati tinggal rangka tapi si John ni sihat walafiat lagi.
mungkin 1 tahun kat Marikh = 1 hari kat bumi kot.
eh ke 1 hari kat Marikh = 1 tahun kat Bumi.
okey dah pening.


okbai.



                                   

Tuesday, March 20, 2012

Journey to the centre of the Earth.

                        


Pernah tengok cerita ni kat wayang?
tak pernah tengok dah.


hari tuh masa aku bawak adik aku shopping buku2 sekolah dia, aku ternampak buku ni.
rupanya adik aku belajar cerita ni kat sekolah.
English literature untuk Form 1.
untuk negeri tertentu je lah macam kat buku tu.


cerita ni tak salah aku tahun lepas kot aku tengok.
member aku belanja. 3D lagi.


so budak2 sekolah sekarang kalau rasa taknak baca buku je boleh pergi kedai cari DVD cerita ni.
untung sangat.
takde lah menguap je nak menghabeskan baca English novel tu.



dulu zaman aku tak ingat lah belajar cerita ape.
tapi nak habeskan baca English novel tu punye lah seksa.
nak tak nak kene jugak habeskan baca kalau tak mampus lah kau tak paham.




tapi aku tak sure pulak sama ada novel budak2 sekolah tu sama ke tak dengan muvie yang aku tengok tu.
tidak la pulak gigih aku nak selidik kan.
hahaha !



walaupon cerita ni agak mengarut sebab kat dasar bumi ade hutan belukar segala tapi mungkin banyak moral value lain untuk budak2.
mungkin lah.


okbai.


                                                  

Sunday, March 18, 2012

Burger Kaw-Kaw Wangsa Maju

                      
Bergedil dah siap digoreng. Akram bawak bekal pergi keje. Heeee




Hari tuh aku tunjuk kat Akram burger bakar kaw-kaw area wangsa maju yang tengah femes tuh.
so malam tadi Akram ajak pergi sana.
aku pon horay-horay lah.
before pergi google dulu siap2 map nak pergi sana.
tapiiiiiiiiiiiii tetap sesat jugak.
bukan sesat ape. dah sampai dah dekat Wangsa Walk tuh nak cari kedai tu je yang tak jumpa.
nasib baik Akram call member dia tahu.
tapi sampai kedai tuh dah pukul 10PM.





masa aku google ramai yang cakap kene tunggu dekat sejam setengah baru dapat makan.
takpe lah kan.
sekali kau sampai sana beratur setengah jam dapat jalan 1 kaki je.
nampak tak dia punye ramai tuh macam mana.
ini beratur untuk amik order je.
dah amik order dapat nombor giliran kene tunggu lagi.
masa aku sampai tuh baru nombor 80.
ade orang yang tengah duduk tunggu nombor giliran dah 100 lebih.
entah2 sampai giliran aku burger pon dah abes gamaknya.
last2 give up ! kitorang decide pergi makan steak dekat Kampung Baru.




 HR Steak House ni dah bape kali jugak lah aku pergi.
sebab harga dia boleh tahan murah.
Chicken chop baru RM8.
Macam Steak, Lamb chop tuh tak sampai RM15 pon.
rasa pon boleh tahan lah. takde lah tak sedap.


tapi malam tadi full house !
naseb baik dapat jugak meja kosong.
nak amik order pon dah dekat setengah jam. itu pon Akram pergi panggil mamat tu amik order.
dah la lapar gila.
sampai nak migrain dah aku.
kitorang sampai pukul 1130PM.
pukul 12 lebih baru dapat makan eh.



aku cakap "eh dah masuk hari baru dah baru dapat dinner. huhuhu"


makanan sampai je zasss zasss terus melantak.




tadi tengok Jalan-jalan cari makan ade burger kaw-kaw pulak.
cissssssssssss.
saje je perli aku tak dapat makan kan.


Innz cakap kedai bukak 745PM. member dia sampai pukul 740PM dah dapat nombor 40 lebih.
entah pukul berapa lah dorang ni semua sampai.
gigih sangat kan.



takpe one day aku kene dapatkan jugak.






sape nak pergi boleh tengok map atas ni. aku google tadi.
tapi kalau ikot direction aku malam tadi aku guna papago sampai Wangsa Walk.
then Wangsa walk sebelah kanan korang.
depan tuh ada traffic lite simpang empat belok kiri.
jalan terus sampai hujung ada simpang tiga amik kiri.
then first traffic lite amik kanan.
terus je sampai korang dah nampak kereta berderet parking tuh dah sampai la tu.
kedai tuh sebelah kanan.




okbai.


                                                             

Friday, March 16, 2012

Lelaki bawak bekal pergi kerja sangat comel.

                          
bergedil dah siap !
sedia untuk digoreng.




Rajin kan aku.
ni kalau makcik2 kat luar tuh tengok menangis sebab jumpa anak dara rajin macam aku ni sambil bercakap "tolong lah jadi menantu makcik. tolonglah terima anak makcik"
kahhh kahhh.
berangan tak abes2 :P



Hari tuh Akram request nak makan bergedil.
aku pon okey je lah. bukan susah sangat nak buat pon.
actually susah jugak tapi disebabkan aku pakai daging cincang segalanya menjadi mudah.
kalau kat kampung kene cincang daging sendiri.
mak haku mane main daging2 cincang ni.



so semalam aku balik kerja terus aku singgah carefour cari barang2.
tapi kat carefour barang semua nak besar2 je.
daging cincang sampai bape kilo tah nak buat ape pulak.
last2 aku singgah kedai BALAJI (nama kedai runcit bawah rumah aku).
semua lengkap just daun kucai dah abes. so aku ganti dengan daun sup.
hahahahaha ! sukati je kan.






aku pernah letak resepi dalam blog ni.
tapi hari tuh Pn. Ibu buat macam lain sikit.
tak pakai bawang.


Kentang tuh potong kecik and goreng. Dah goreng lenyekkan.
daging cincang aku rebus kejap and gaul sekali dengan kentang lenyek.
masuk garam and black pepper sukati korang.
masuk daun sup cincang halus since daun kucai tade.
last aku masuk bawang goreng.
so bila makan rasa macam krak kruk krak kruk macam best gittew.



bila dah siap semua bulat kan kecik2.
senang je sedap pulak tuh.
sape cakap susah memang pemalas.
lempang je diri sendiri. wahahaha.



aku simpan dalam freezer siap2. Kira macam produk sejuk beku lah. haha !
nanti Akram goreng sendiri. rumah dia ade je dapur.
just peti sejuk dah beli tapi tersadai rumah pakcik dia.
kurun bila entah nak ambik.



Aku cakap sewa lah lori ambik peti ais tuh.
kalau ade dah senang.
at least boleh jugak memasak sikit2.
takde lah manjang je makan kat luar.
dah la mahal.
eh Akram rajin jugak bawak bekal roti, kadang2 sosej pergi kerja.
nanti boleh la die bawak bekal bergedil aku pergi keje.
comel kan. hahahahaha !



dah2 merepek je.


okbai.