Tuesday, February 14, 2012

Cambodia Part 4

                                  
Hari Isnin tuh aku ikot bos pergi meeting.
tapi macam biasa meeting kejap je.
tengah hari dah abes.
so petang tuh bos aku ajak pergi naik bot dekat depan hotel kitorang.
konon2 nak ke pulau seberang jalan2 naik bot.
dia takde lah macam bot tapi like feri sebab boleh masuk motor kereta semua.

area hotel aku tuh macam kira tanah besar lah.
so ade pulau kecik kat area depan sungai mekong tuh.
naik bot/feri adalah dalam 5-10 minit camtuh.
naik pon pergi balik 1 dollar je.
bot kire bot penumpang untuk bawak rakyat jelata daripada pulau pergi tanah besar untuk dapatkan bekalan makanan lah kot.
dah macam sejarah lah pulak. hahaha !

disebabkan bos aku ni pantang dengan duniawi semua pon dia nak cuba maka aku dengan bini dia pon layankan saje lah.
yang penting duit bos aku keluar.
mak tak kisah nyah.



dah bayar moh la kite naik ini bot.



ni lah pertembungan sungai Mekong dengan Sungai Bassac. Kalau boleh nampak yang hijau tuh sungai Mekong and yang keruh tuh sungai Bassac. Kalau korang tengok depan2 boleh nampak lah jelas sikit yang dua sungai ni tak bercampur. tapi sebab gambar ni aku amik dekat so tak nampak sangat.




eksaited tengok dua sungai yang bertembung. selama ni aku baca dekat buku je bila dua sungai bertembung air sungai still tak bercampur. bila tengok dengan mata sendiri kagum :')



nilah perkampungan dekat pulau ni. ni yang bahagia atas air punya.




nampak rumah2 kat atas pulau tuh? kesian kan. dengan berdebunya lagi. lepas tuh dengan budak2 mandi tepi sungai tuh macam mandi lombong. sedih betul rasa.



kitorang tak turun pon.
tengok dari atas bot je sebab bot hantar orang then sampai pulau amik orang lain and terus patah balik pergi tanah besar.

petang tuh kitorang jalan2 sekitar pekan saje.
tengok dorang lepak2 dekat taman tepi sungai.
and kalau korang ingat satu game zaman dulu2 yang sepak bulu ayam tuh.
amende entah nama dia.
femes kot kat Cambodia.
and dorang sangat hebat menyepak itu bulu ayam.
sampai mat salleh pon kagum siap record lagi.



jalan2 terjumpa hotel adik Shin Chan. tak sangka Shin Chan ada seorang adik yang kaya.




ini buah teratai ye. aku pon baru first time tengok depan mata.


ada orang muslim jual. so bos aku dengan bini dia sedekah kat penjual ni.
dia pon bagi buah teratai ni. siap ajar camne nak makan lagi.
yang kelakar nya penjual tuh tak reti cakap english or malay.
so dorang cakap Cambodia kitorang cakap English.
dah macam ayam cakap dengan kucing. masing2 buat2 paham je. haha !

rasa dia ala2 macam rasa umbut kelapa.
yang duduk bandar tuh mesti tak pernah rasa kan umbut kelapa.

esoknya bos aku tanya nak ikot ke tak dorang nak pergi Killing field.
aku cakap malas.
tak koser aku pergi tempat2 camtuh.
Killing field tuh tempat orang islam kene bunuh ramai2 zaman perang dulu.
sampai sekarang tengkorak2 still ada kat sana.
seraammmmmmmmmmmmm.
ada yang tak tido malam nanti.



breakfast hari selasa.


konon2 makan nasi banyak2 sebab nak sopink.
sekali kad CIMB aku tak boleh keluar dekat Maybank sana.
nak menangis rasa.
tapi mungkin ada hikmah jugak lah :')



Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia :)

so hari selasa tuh aku jalan lah sorang2 tepi sungai.
sambil membayangkan betapa bestnya kalau dah kawen.
tetiba.
hahahahahaha !



antara channel2 yang menemankan aku tiap2 malam.

tup-tup dah hari rabu.
masa untuk pulang.
eksaited dah sebab flight pukul 8.30am.
tetiba delay 2 jam.



mampu tengok MAS dari jauh je. suppose flight aku lagi awal tapi MAS yang schedule lagi lambat jalan dulu. apa nak buat. pasrah.




dalam flight. macam nak lompat2 je atas awan tuh.


and selamat tiba di Malaysia pukul 2pm.
dan selamat mengepow Akram McD.
hahahahaha !

apa yang boleh dikata. walaupon serba kekurangan dekat negara orang, well its an experience man.
maybe lepas ni kumpul duit ke Bandung or Hatyai ?
walllaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


okbai.


                                      

Monday, February 13, 2012

Ikan Bakar Parameswara Umbai.

                    
bagi korang telan air liur dulu. muahahahahahaha.

Sabtu dua minggu lepas aku pergi makan2 dekat Melaka dengan Akram.
actually dah plan lama dah tapi biasa la kitorang ni kalau plan memang memanjang je tak jadi.
agaknya kalau ada anugerah planner terhebat sepanjang tahun memang semua aku gondol kot.
plan nak pergi Cameron Highland tak pergi2. pastuh plan pergi Teluk Cempedak pulak. tak pergi lagi dah plan nak ke Cherating pulak. and the list goes on.



aku ni memang sangat suka seafood.
walaupon tahap resdung aku agak teruk tapi buat tataw je lah.
kalau pantang sangat kan abes lah nikmat makan aku.
takkan nak tengok orang lain makan je. haruslah aku makan jugak.
aku bab2 makanan ni kau bagi je lah ape pon.
insya-Allah aku tak tolak.
melainkan benda2 mentah and kurang masak.
agaknya keturunan JAWA ni memang kuat makan kot. hahahahahaha !



so Sabtu tuh aku ajak jugak Akram pergi even dia kerja.
dalam pukul 5 lebih kot kitorang gerak.
before tuh google map dulu kot2 sesat kang Umbai ke mana seafood kemana.


memula bincang nak pergi makan dulu or nak jalan2 dulu.
sebab sampai Melaka dalam pukul 8 lebih kot.
ingat nak makan dalam pukul 9 lebih camtuh.
last2 Akram cakap pergi makan dulu.


masa nak cari parking first time masuk budak jaga tol cakap dah penuh parking.
so kitorang patah balik fikir2 nak parking kat mana.
seploh minit macam tuh masuk balik.
bayar parking singgit try je lah naseb.
memang lucky jugak lah sebab dan2 time tuh ada orang nak keluar.
sukorrrrrrrrrrrrr. kalau tak mahu panjang muncung aku sebab tak dapat makan sana.


nasib baik kau kitorang pergi makan dulu.
ramainya orang MasyaAllah dah macam ada majlis kawen dah.
siap ada yang reserve meja lagi.
memang full house !
tapi agak naseb baik jugak lah sebab ada orang yang dah nak habes makan.
so kitorang cop meja dia.
hambek kau sampai meja pon kene cop2.


eh eh tapi kat Umbai ni banyak kedai sebenarnya.
tapi kedai yang paling femes kedai paling belakang.
kedai Parameswara.
kedai tuh paling besar, paling laku dan paling ramai.
kalau kau jalan area Umbai tuh kedai lain semua "mai masuk dik. makan sini dik"
tapi parameswara takde eh.
kau masuk sendiri, pilih meja sendiri, pilih seafood sendiri.
punya lah ramai orang.



dah dapat meja, letak nombor meja mintak kat kaunter. kira cop meja tuh la.
lepas tuh baru lah boleh pergi pilih seafood.
selagi kau tak dapat meja jangan ngada-ngada nak pilih seafood.
kang makan nasi atas lantai jawapnya.


cukop besar tak nombor meja?



memula masa nak pilih ikan ada ikan ape je entah.
besar-besar gila.
lepas tuh ikan pari takde.
aku kalau makan ikan bakar memang kompem pilih ikan pari.
ikan lain boleh la jugak telan tapi ikan pari tatappp nombor 1.
sekali ikan pari habessssssssssssssssssssssssssssss.
mau nak menangis aku kat situ.
brader tuh cakap pekerja dorang tengah pergi beli.



si Akram asyik dok tanya2 camne2.
aku ni perangai sikit.
kalau tengah pressure tuh tak boleh orang tanya2 camne camne.
kang memang naik hantu lah aku.
bagi aku berfikir sejenak.
aku cakap aku nak jugak ikan pari.
datang jauh2 nak makan ikan tiga rasa baik tak payah.
kat KL pon melambak.
so menunggu ikan pari lah kite.



last2 Akram cakap dia beratur je lah dulu.
pilih seafood lain dulu.
nanti kalau pari sampai order lain lah. aku okey2 kan aje.
naseb baik tak lambat sangat.
sedang2 je masa Akram beratur nak pilih ikan untuk second time pari pon sampai.

so kitorang amik kupang masak halia, ikan pari bakar sambal, ketam masak pedas dengan sotong goreng tepung.




kitorang mintak air gelas besar.
sekali sampai penumbuk aku lagi besar.
adik tuh cakap "ni lah gelas paling besar kak. kalau tak cukop order lah lagi"
amboi dik kau perli2 akak ye.





memula sotong goreng tepung sampai.
ni sekor je ye.
besar kan.
yang penting nampak lah rupa sotong celup tepung.
kalau kat kl sori ye nak dapat camni.
order sotong goreng tepung dapat lah jemput2 sotong.
tepung lagi banyak dari sotong.





kupang ni dia tak kira ikot gram.
dia memang dah siap2 kan by pinggan.
so Akram order masak halia.
ish tak berkenan tekak aku.
aku lagi prefer kupang masak pedas.
tapi sebab ketam dah masak pedas so kupang kene mengalah.




ketam tiga ekor. tak sampai sekilo pon.
sedappp !
tapi aku ni bukan tak suka makan ketam.
makan memang suka tapi part nak korek2 isi ketam tuh memang aku tak suka.
tak pandai nak isap2 kulit ketam ke ape ke.
aku korek2 sikit isi dia pastuh pas kat pinggan Akram.
orang tue tuh kalau makan memang licin sampai kalau boleh dengan kulit2 sekali dia nak telan.



dan yang ditunggu-tunggu.
ikan pari bakar sambal.
tapi agak kuciwa aku malam tuh.
ikan pari tuh pahit.
sambal pulak tak berapa kaw.
sedap lagi Ikan pari bakar sambal bapak aku.


bayangkan ikan pari tuh dia bakar direct atas api.
so part yang hangus2 tuh memang pahit gila.
kot ye pon alas lah dengan daun pisang ke ape ke kan.
sedihhh.
tapi sedih2 pon licin jugak.
kahhhh kahhhhh !



semua sekali RM67.
boleh tahan murah la aku rasa.
dalam pukul 9 lebih start ramai orang.
naseb baik datang awal.
ramai yang sampai beratur nak pilih seafood tuh dalam 20 orang.
masa aku pilik adalah dalam 5 orang.



masa makan aku tataw lah boss dia ke sape ke jalan2 tanya sedap ke tak okey ke tak.
agak kalau cakap tak okey dapat free tak?
wakakakaka.



lepas makan jalan2 dekat dataran pahlawan, pergi ala2 downtown melaka.
lepas tuh ada orang buat autoshow kereta punya bunyi2 tuh ape tah aku pon tak paham.
penat jalan2 balik lah ke KL membawa perut yang penuh.
dah la ngantuk.
pastuh sikit2 Akram cuit aku yang tengah mamai.
bila aku terkejut dia pergi gelak2.
macam nak tampar je.


okbai.


                                         

Sunday, February 12, 2012

Jangan kurus sangat, tak selera tengok.

                          



kakak aku cakap semalam :


"ko makan ape ni? jangan kurus2 sangat. tak selera tengoknya. abang faizi (abang ipar aku) kata dah kurus."





abang ipar aku suka sangat cakap aku gemok.
so kalau dia cakap aku dah kurus tuh means boleh pakai lah.
wakakakakaka.

okbai.


                                        

Saturday, February 11, 2012

Cambodia Part 3

                         
Part 1 and Part 2


Hari Sabtu pepagi lagi dah kene bangun sebab nak pergi Angkor Watt kan.
nak kene kejar masa sebab tiket balik daripada Siem Reap ke Phnom Penh pukul 12.30 tengah hari waktu sana.
itu je lah tiket paling lambat.
ingatkan dorang takde bas malas sebab time tuh orang cuti Chinese New Year.
rupanya dorang memang tak buat perjalanan malam.
maybe takut kot.
yelah jalan pon dah macam sipi-sipi je masuk sawah. sapa yang berani kan.

so lepas breakfast kitorang jumpa abang tut tut yang akan bawak kitorang pergi sana.
actually hari Jumaat tuh masa kitorang pergi jalan2 Market boss aku dah tempah abang ni untuk bawak kitorang pergi Angkor Watt pastuh bawak pergi makan dekat Muslim Village and bawak kitorang pergi bus stand. abang tuh cas 23usd.

maka bergerak lah kami ke tempat tujuan.
before pergi Angkor Watt tuh kene pergi beli tiket dulu dekat kaunter.
kaunter tuh bukan depan Angkor Watt ye tapi agak jauh jugak.
kalau tanya aku mesti aku dah lupe bape minit dari hotel pergi beli tiket pastuh bape minit pergi Angkor Watt. hehehehe.



tak paham kenapa nak letak jugak gambar dekat tiket masuk ni.


masa kat kaunter tiket tuh kau boleh pilih nak amik pas untuk bape lama.
macam aku one day pass usd20. then ada yang 4 hari kot.
lupe lah.
aku memang pelupa. apa pon tak boleh. hihihi.
lepas beli tiket abang tut tut tuh hantar lah pergi Angkor Watt.


 on the way pergi Angkor Watt.



Dah sampai :)


abang tut tut tuh bagi masa 3 jam kot untuk kitorang jalan2 dalam Angkor Watt tuh.
tapi tak sampai 3 jam pon kitorang pusing2.
sebab sama je.
lagi pon aku ni manalah pandai sangat nak menilai hasil2 seni ni.
aku tengok, amik gambar pastuh jalan.
mungkin kalau budak2 arkitek masuk tak cukup seminggu kot.



salah satu bangunan dekat Angkor Watt. bangunan paling depan sekali. kamera phone cikai je. lepas ni kene konsider beli kamera lah. baru syiokk makan angin kan. bulan depan pow Akram lah. kahhhh kahhhh.


yang ni bangunan ke dua dalam kawasan Angkor Watt ni. aku malas betol nak baca sejarah2 Angkow Watt ni. kalau korang rajin pergi google ye. aku ni memang pemalas. dulu time sekolah tiap kali cikgu sejarah masuk kelas tiap kali tuh la mata aku dan2 mengantuk. kalau cikgu tak masuk segar bugar pulak. hehehe


kat sini ada market jugak. macam biasa lah jual souvenier. baju-baju. tapi sikit je lah. pelancong pon tak banyak singgah sebab fokus utama nak pergi tengok Angkor Watt kan. kitorang singgah pon sebab boss aku teringin nak minum air kelapa muda. macamkan kat Malaysia ni pokok kelapa dah pupus. dah la mahal. isi takde pulak tuh. air semata-mata. memang tak lah aku nak beli.



teruskan berjalan-jalan. time ni dah start peluh2 dah ketiak. fuhhhhhhh



bangunan paling belakang dalam kawasan Angkor Watt. dan paling banyak beruk berkeliaran.



sebenarnya aku nak amik gambar nampak bangunan belakang aku tapi bini boss amik gambar aku dengan beruk2 kat belakang. nampak macam jakun pulak dengan beruk pon nak bergambar. -__-



yang pasti beruk2 kat sini dah macam retiss dah. semua pelancong nak amik gambar dorang. ape lagi macam2 aksi lah muncul.



tapi kalau korang bawak makanan hati2 sikit. beruk2 ni pantang kalau nampak makanan. agresif. air mineral boss aku pon kene rembat. mesti dorang ingat ada makanan sedap2. padan muka tertipu. muahahahahahaha !




ini agaknya tulisan kuno zaman purbakala kot. agaknya lah.


kebanyakan pelancong kat sini ramainya orang Korea.
maybe dorang ni suka kot tengok2 hasil sejarah ni.
siap bawak pemandu pelancong lagi.
yang bagusnya sampai pokok kat Angkor Watt tu pon dorang nak terangkan.
ini macam seminggu pon tak cukop kot masa.


sikit je gambar aku kan. ate takde kawan nak amik gambar. so nak taknak terpaksa mintak tolong bini bos amikkan gambar. tapi nak suruh banyak2 kali segan lah pulak. nampak benor camwhorenya. haha !


salah satu kawasan dalam bangunan dekat Angkor Watt tuh. aku tengok gambar ni macam ada dalam buku sejarah dulu. macam lah. buku sejarah pon bukak bila nak pekse je. hahahahahaha !



orang dulu pon dah pandai lucah2 ni. kahhhh kahhhh.




salah satu bangunan kat bahagian tepi. tak silap aku library kot.



time ni dah nak jalan balik. nampak tak betapa ramainya manusia. naseb baik datang awal pagi. kalau lambat dah nak bersesak-sesak pulak satu hal. Cambodia ni kalau sejuk macam Korea takpe lah jugak. ni lagi panas daripada Malaysia.


lepas melawat Angkor Watt ni abang tut tut tuh bawak pergi tengok temple.
tapi aku dengan bini boss malas nak turun.
disebabkan kan itu boss pon malas nak turun jugak.
temple tuh besar gila.
kitorang suruh bawak pergi tempat lain tapi abang tuh cakap dah tade tempat lain.
kalau ada pon jauh memang tak sempat. rushing.



amik gambar saje. malas nak masuk dalam. 


bila dah takde tempat nak pergi kitorang decide nak balik je lah.
mintak abang tut tut tuh hantar pergi lunch dekat Muslim Restaurant dekat perkampungan Muslim dekat Siem Reap.


on the way nak balik. punya lah ramai orang. jalan dah la kecik. bersesak-sesak.




Restoran Haji Nasim bin Haji .....
Lupe pulak aku nama ayah haji ni.


kitorang amik nasi ayam kampung 3.
ayam dia alahai kurus bebenor.
lepas tuh manis gila.
sambal pon manis.

Haji Nasim ni imam dekat Perkampungan Muslim ni.
dulu dia kerja jual daging kot.
lepas tuh bila pelancong islam datang dorang merungut susah nak cari makanan halal.
so Haji ni bukak lah restoran.

siap makan semua abang tut tut tuh hantar pergi bas stand.
maka bermula lah balik perjalanan yang sangat mencabar tuh.
tak silap aku ikot jalan lain tapiiiiiiiiii still sakit jugak bontot aku.
sampai dalam pukul 7 lebih sebab jam dorang sambut chinese new year kot.
memang penuh gila jalan.

balik hotel terus tido.
nanti sambung lagi.
dah lapar nak makan.

okbai.


                                          

Thursday, February 9, 2012

Period


Nak hapdet pasal Cambodia part 3 malas.
nak hapdet pasal Ikan bakar parameswara Umbai malas.
nak hapdet pasal ada orang tuh agaknya sentap dengan aku sampai kawen pon tak habaq pon malas.
haih period bulan ni betol2 lah mood swing.
dah la senggugut sikit punya taknak kesian kat aku.



tapi kan aku agak pelik lah.
sebab dulu masa zaman2 aku sekolah dulu tak pernah walau sekali aku kene period pain.
memang kalau ada kawan2 yang menangis sebab senggugut aku tengok dengan muka takde perasaan je lah sebab tak pernah kene. so tataw sakit tuh macam mana.



dan tiba2 masuk matrik je start kene.
ingat lagi first time aku kene period pain sampai nak pitam.
masa jalan balik kelas roomate aku dah sound muka aku nampak pucat.
jalan pon dah macam orang baru balik Club.
sampai bilik baammmmmmmm pengsan atas katil.
sakit nya jangan cakap.
first time menangis sebab period.



start daripada tuh terus aku kene period pain ni.
tapi ikot keadaan jugak lah.
kalau masa nak period tuh aku tengah berjalan-jalan ke shopping2 ke tak sakit.
tapi kalau period time aku bersenang lenang je mulalah sakit dia mencanak-canak.
dah macam nak beranak gayanya.




tadi aku buat medical checkup.
nak jimat punya pasal sanggup buat kat hospital. walaupon kene tunggu daripada pukul 10am sampai 4.30 pm.
sebab Akram kerja malam so dia lah yang kene hantar aku.
period pulak hari ni.
menangis-nangis aku dalam kereta.
sampai setiap kali nak masuk bilik hospital kene masuk toilet dulu cuci muka.
hampeh betol.



jatuh saham I.
nasib baik timbang tadi dah turun 2 kilo.
hahahahahahaha.

okbai.



                               

Wednesday, February 8, 2012

Sesungguhnya Sabar itu Separuh Daripada Iman.

                         
Aku sarankan sapa2 yang puasa sunat hari ni tak payah la baca entry ni.
takut2 kang kurang pahala pose.
aku taknak bertanggung jawab.








degil jugak?
nak hambikkkkkkkkkkkkkkkkk.



setakat kek pisang je apedehal? tak terliur pon.
okey kite up lagi tengok camne ?

















alahai roti cenonet je.
bagi lah yang gojes2 sikit.














                              


okey yang ni aku memang tak tahan. dah la peveret aku coklat. nampak sangat moisture dan gebu pulak tuh. cissssssss.


apa?? muffin je? tak terliur pon?
okey fine hambikkkkkkkk ni.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


PIZZAAAAAAA !!!!!!!!!!!!!!!




hari tuh awal tahun kakak aku kepoci kat aku yang dia dah beli oven baru.
sekali malam tadi dia up semua gambar ni semata-mata nak tayang kat aku.
bertuah nya ada kakak macam ni kan.


yang roti cenonet2 tuh aku ingat dia beli sejuk beku ke then masuk oven siap.
rupanya dia gentel sendiri.
wah kakak aku. dah boleh bukak bakery dah ni.
mentang jadi suri rumah sepenuh masa semua resepi dia nak cuba.


patot lah laki kau gemok kak.

hahahahahahahaha !

okbai.