Friday, March 22, 2013

Kenangan.



Ini namanya Lontong ye. Bukan Mee kari. Nasi himpitnye tersembunyi di bahagian bawah.


Pagi tadi lah ade junior sekolah aku dok apdet status cakap nak makan lontong.
Dah dengan aku2 sekali tetibe teringin nak makan.
Naseb baik harini kafe bawah opis punye menu spesel is lontong.
Kalau tak celah mane lah pulak aku nak carik sendiri.


Tapi lontong makcik ni tak macam lontong biasa.
Kalau mak aku buat lontong selalu kaler kuning.
Makcik ni punye kaler macam nak ke kari.
Tapi sumpah sedap.
Dan banyak gile.
Nak tercabut zip seluar haku nak habeskan.
Tapi licin tatappp licin.
Membazir katenyee kalau tak habeskan.



Dah tiga hari aku lunch sorang2.
Sobssss.
Opis aku kan kecik. Sub-contractor katekan. Banyak yang duduk site.
Perempuan melayu dua orang je.
Kawan opis aku balik melawat family bf die.
Mak bf die baru meninggal rabu lepas baru ni.
Ko bayangkan pukul 8 pagi dia nak pergi keje tetibe bf dia call cakap "Sayang, mak dah tak gerak"
Pehhhhhhhhhh meleleh air mata kawan aku.
Terus amik EL tige hari.


Yang paling terkejut tu sebab mak bf die tu takde tunjuk tanda2 nak pergi.
Memang ada sakit buah pinggang tapi tak sampai tahap kritikal lagi pon.
Tapi dah ajal kan.
Bila-bila masa je boleh datang. :(


Pastu pagi ni boss cakap mak driver lori opis aku baru meninggal.
Subhanallah. Dua sekali dalam minggu ni.
Al-Fatihah.



Masa tengah makan tetibe budak2 ni duduk depan meja aku.



Yang kanan tu kakak dia.
Mak dia tengah amik makanan.
Baru amik kakak dia ni balik asrama kot.
Kan dah cuti sekolah kan.


Budak2 zaman sekarang kan.
Gajet semua mengalahkan orang2 yang dah keje.
Pastu manjangggggg je nak pesbuk lah twitter lah.
Tak payah cakap banyak contohnye adik bongsu aku tu haa.
Baru form 2.
Tapi sibukkkkkkkkk sangat 24 jam dengan pesbuk dia.
Kalau setakat pesbuk takpe siap nak twitter2 bagai.
Kakak dia sorang ni pon buta twitter.


Maju dah budak2 sekarang ni.
Dah takde dah kalau aku balik kampung tu pukul 5 petang je dengar budak2 jerit "Woi jom la main baling selipar"
Pehhhhhhhhhh rindu gilerrr sial waktu kecik2 dulu.
Takde nye nak pesbuk bagai ni.
Pukul 5 petang je dah stand by selipar seguni buat main baling selipar.
Kalau abang2 join sekali lagi best.
Kite peken rondes seround.
Tak tau rondes?
Alahhh ala-ala macam baseball tu tapi orang kampung panggil rondes.


Siap buat kayu pemukul sendiri bagai.
Paling aku ingat ada one time abang aku pukul bola sangkut atas pokok kelapa.
Ape nak buat?
Panjatttttttt.
Kate orang kampung setakat panjat pokok kelapa tu takde hal lah.
Aku pon pernah panjat pokok kelapa tau.
Pokok durian je tak pernah panjat.
Setakat pokok kelapa, pokok manggis, rambutan, duku khatam dah.


Haaaaaaa budak2 sekarang ade?
Nan hadooo.
Panjat pokok kelapa kat Ipad adelah kot.


Pastu kalau boring main rondes tukar main galah panjang.
Main teng-teng.
Main kejar-kejar.
Main nyorok-nyorok.
Main guli.
Main tembak2 gune senapang kayu peluru buah senduduk.
Kalau duduk rumah pon bukan boleh buat ape.
Setakat tengok tv alahai astro pon takde.


Kalau main guli tu siap nyorokkan jangan sampai kantoi dengan ayah beli guli banyak2.
Kalau kantoi alamatnye kene humban belakang rumah.
Paling best kalau dapat guli dapat yang kaler putih susu tu.
Pehhhhhhhh rare gile time tu.


Pastu selagi tak maghrib jangan harap nak balik.
Kene tunggu mak jerit dari tingkap "Ko tak reti nak balik mandi ke? AKu kunci pintu rumah nanti. Ko tido lah kat luar"
Baru lah terkedek-kedek lari masuk rumah.
Siap kene marah dengan ayah aku sebab main tak hingat dunia.
Ayat biasa "Kan ayah dah cakap pukul 630 je balik. Mandi"
"Ye yah. Ye"
Esoknya kene membebel lagi.
Hahahaha.



Adik aku sekarang ayat bapak aku takde lain "Mandi dik mandi. Dah pukul 7 dah. 24 jam mengadap laptop. Ayah buang laptop tu karang"


hahahaha!


Haihhhhhhhhhhh.
Really miss my childhood time.
:')