Wednesday, August 29, 2012

Penyelesaian Masalah Samsung Galaxy SII i9100G Yang Tak Boleh ON.



                                     
Kan aku cakap Galaxy SII aku rosak tak boleh nak ON kan.
memang hidup pon macam tak bermakna je lah jadinya. Cewahh.
Ahad ari tu Akram ade jugak try call company henpon tu tapi takde orang angkat.
Maybe dorang operate time office hour je kot.


Pastu kitorang pon plan nak hantar kat Samsung Centre je.
Siap aku dah selongkar beg2 aku carik box henpon ni sebab nak amik surat warranty dia.
dua hari lepas ada jugak aku google2 tengok ade tak orang yang ada masalah sama dengan aku ni.


root tu maknanya kalau tak silap aku upgrade kot. masalah dia sejibik sama dengan masalah aku. cuma dia sedar punca masalah dia tu. aku ni bangun2 tido je tengok henpon tak boleh on. tapi aku agak punca aku dengan dia sama je kot. Aku memang ada upgrade daripada Gingerbread jadi Ice Cream Sandwich. Tapi Akram punye ok je. Aku punye pulak yang problem. Akram cakap henpon aku ni banyak sangat application. tu yang hang. alah henpon pompuan kan. haruslah ada macam2. hehehe. 


carik punya carik jumpa tapi sayang forum tu tak bagi penyelesaian penuh.
macam tergantung.
yang ada macam gambar kat bawah ni.




aku try jugak buat camtu. tekan power + volume down + home serentak sampai keluar download mode.
memang berjaya tapi dari malam sampai ke subuh still dalam download mode tu je.
aku ni dah la tak paham gadget2 ni.
sampai batery aku habes. aku surrender.
cas bagi full and simpan dalam beg.
terus down lagi. hehe.


hari ni aku try lagi.
aku try usha satu forum ni. http://www.forum.peranti.my
actually satu minah ni sII dia tak boleh nak touch screen.
aku saje lah bace.
sampai lah nak dekat2 page last tu aku jumpa ni.




aku saje try step nombor dua tu.
yang performing a factory data reset using phone button.
ikot betul2 step dia. tunggu punya tunggu tetiba boleh.
macam nak melompat aku kat situ. hehe.


yang bestnya cuma contact, games and application je hilang.
tapi gambar2 dengan semua lagu still ade lagi.
kira macam dapat henpon baru jugak lah.
memang gembira tak terkata.
baru je siap aku hidupkan balik henpon tu tetiba Akram call.


dia cakap dia dah call dah kedai henpon tu. bla bla bla.
hahaha ! tergelak aku.
aku lagi cepat. siap dah boleh hidup balik SII tu. hehehe.
baru Akram nak ajak pergi hantar kat Samsung Centre.
lambat !


Terima kasih tidak terhingga kepada Pakcik Google kerana membantu saya.
tapi sebenarnya aku memang hebat pon.
wakakakaka. nak jugek up kan diri sendiri.


Baiklah hidup aku sudah bermakna kembali.
*kembang-kembang hidung*
hoyeahhhhhhhhhhhhhhh.


Hello Whatsapp. Hello Instagramm. Hello FB mobile. Hello Gamesssssssssssssssssssssssssssssssss.
I am cominggggggggggg !!


okbai.


                                                   


With Love : Syazwana Jamal :)


Tuesday, August 28, 2012

Raya saya yang tak berapa nak best.



                             
SELAMAT HARI RAYEEEEEEEEEEE !!


walaupon dah sepuluh hari dah raya aku pedulik hape kan.
hehehe.


tahun ni raya aku sangat tidak bermakna.
cewahhh.
padehal henpon rosak je pon.
kecoh kemain.


eh henpon rosak ni masalah besar tau.
dah la aku ade dua nombor.
now terpaksa lah simpan jap nombor maxis tu.
dah la nombor maxis ni nombor kerja.
naseb lah kan. hehehe.


pulak tu kalau hp sony yang rosak takpe lah jugak.
ni S2 yang rosak. mane tak hangin kan.
Akram pakai okey jek.
tetiba aku punya pulak yang buat hal.
pagi2 raya pulak tu. mane tak serabut kan.


actually sehari sebelum tu aku dah perasan dah batery henpon aku ni macam cepat je habesnya.
tapi tak syak pape lah kan sebab beselah aku kan suke main game, online, main game lagi, camewhore sorang2, main game, fb, dan lain2.
malam tu aku tido je macam biasa.
tetiba bangun esok paginya batery kosong.
aku pergi cas.
tapi nak on balik tak boleh.
fine takpe aku cas bagi penuhh.
tetiba bila on balik dia on memang on. tapi sampai kat simbol S samsung tu dia stuck.
dan terus stuck sampai ke sudah.
sudahnya keluar simbol S tu je lah.


batery pulak bila aku check memang cepat sangat habes.
baru cas full tetiba bila aku cucuk balik charger tengok2 tinggal suku.
aku ingat batery yang rosak.
pergi kedai try on guna batery lain tak boleh jugak.
last2 fedup.
Akram cakap tunggu balik KL je.


baru pakai 2 bulan kot. haihhhhh.


lepas tu pagi raya aku pon tak best sebab makanan feveret aku takde.
tahun2 before ni kitorang satu family memang beraya kat rumah kota tinggi dulu.
pastu baru lah plan sama ada nak balik kampung ke tak.
tetiba tahun ni mak aku suruh aku terus gerak balik kampung sebab pagi raya nak ade kat kampung.


yang tak best nya kat kampung pulak takde ayam masak merah. sob sob.
aku memang tiap2 tahun kalau aku makan ketupat mesti kene ade sambal kacang dengan ayam masak merah.
kat kampung makcik aku masak kari ayam.
haihhh tak boleh masuk.
aku rasa aku tak jamah langsung kot kari ayam tu.
aku makan ketupat dengan sambal kacang pastu makan daging masak black pepper yang ayah aku dah masak siap2 dari rumah.

naseb baiklah mase pergi beraya rumah pak long aku kat Panchor dia buat ayam masak merah dengan ayam percik.
baru lah terubat sikit kesedihan.
tapi bila ingat2 balik henpon yang rosak tu terus takde mood balik.
hahaha !
nak amik gambar pon takde mood.
semua pon takde mood.



raya aku biasa je.
beraya kat kampung sampai selasa.
tu campur2 lah raya rumah belah mak, belah ayah, beraya rumah pakcik2, rumah sedara2 lain.
selasa petang gerak balik kota tinggi.
dah la hujan lebat.
dengan jam nye lagi.
hazabbbbbbbbb.


hari Khamis Akram datang beraya kat rumah.
ayah aku masakkan sup tulang.
sebab time tu kawan mak aku ade jugak nak datang beraya.
maka sekali jalan la masak tu.
dalam pukul 11 pagi dia sampai rumah.
pukul 2 petang kitorang pergi raya kat rumah jiran satu blok dengan aku gak sebab menantu pakcik tu kawan si Akram ni.
yang tak boleh bla aku boleh lupa mana satu rumah pakcik tu. haha !
naseb baik kawan Akram ni dah stand by je depan beranda rumah. hehe.



petang tu kakak aku nak carik handbag kat Jusco Tebrau.
so family kakak aku, aku, adik aku dengan Akram follow sekali.
tapi rasa macam bosan je Jusco tu sebab tak banyak barang yang boleh disopink kan.
eh ke sebab duit dah kering?
hahaha !
kesudahannya memang kakak aku je lah yang sopink.


pukul 8 lebih kot kitorang gerak balik.
Akram terus gerak balik pontian.


Sabtu petang aku gerak balik KL dengan adik aku dengan Akram sekali.
nak balik Ahad takut jam.
aku memang kalau boleh nak Akram follow jalan jauh2 ni sebab takut kalau2 tayar pancit ke.
takpon kalau berhenti kat RnR tetiba ade puaka2 dok letak paku kat tayar ke.
aku memang tak pandai la hal2 camni.
adik aku pulak si kering tu macam tak boleh pakai je.
huahuahua.


gerak dari rumah pukul 6.
berhenti makan kat RnR Pagoh lama jugak.
pastu berhenti lagi kat Restoran Jejantas Ayer Keroh sebab Akram nak jumpa kawan dia.
kawan dia nak balik johor. kitorang nak balik KL.
so jejantas tu menghubungkan lah kami.
lama jugak lah dia berborak dengan kawan dia tu.
kawan satu sekolah dengan kitorang jugak.
dia of coz lah tak kenal aku sebab aku kan junior yang low profile lagi pemalu. wakakaka.
pastu tanya kenal tak dia siap cakap "eh takkan lah tak kenal senior kan"
memang sangat kenal pon. sebab antara lelaki2 dalam pasukan kawad tu dia lah yang paling pendek.
kahhh kahhh.


sampai KL dalam pukul 1 pagi kot. terus hantar adik aku balik matrik UIA.
naseb baik guard bagi kereta masuk.
sebab selalu memang lebih pukul 10 malam je kereta dah tak boleh masuk.
maybe dia kesian raya2 ni banyak barang kan.


tu je lah raya aku.
takde yang menarik pon.


thanks yang bagi aku kad raya.
thanks yang wish besday 16/8/12 hari tuh termasuklah ...


Jobstreet




Foursquare




dan lain2. huhu.




sorry  sangat to Dhierah yang siap pos lagi kad kawen dia tapi aku tak dapat nak datang :(
sebab aku gerak balik KL pon dah pukul 6 petang kan.


SELAMAT PENGANTIN BARU DHIERAH !
InsyaAllah ade rezeki jumpa lain kali ye.
cepat2 dapat baby !
hehehehe.



member aku kawen sabtu tu pon aku tak dapat nak attend.
sebab malam tu ayah aku buat kenduri doa selamat sekali dengan marhaban.
so siang tu memang banyak sangat kerja yang nak dibuat.
dengan tetiba takde air nya lagi kat rumah.
entah ape2 betul kota tinggi tu. huhuhu.


okbai.

                                                     


With Love : Syazwana Jamal :)


Wednesday, August 15, 2012

Just Instagram 2



                                   

Sape suka penimbang? Aku tanak kawan ngan korang yang suka penimbang. haha ! boley camtu? Orang kurus benci penimbang bila timbang berat tak naik2. Orang tak berapa nak kurus lagi lah benci penimbang. Kesian kau wahai penimbang.




Masa pindah rumah. Nama dia Terry. Haha ! Panjang cerita macam mana boleh bagi nama Terry. Hehehe.




First time nak rasa Almond Biscotti. Beli kat pasar ramadhan kat pantai dalam. RM20. mahal ! naseb baik sedap. bagi Akram rasa. dia pon suka. Tak sempat nak tunggu raya licin. Terpaksa order lain :P




Masa ni tengah gaduh ngan Akram. Wakakaka. Perempuan beselah kalau gaduh mulalah nak up gambar2 ceni. Aku lettew bukan orang lain pon.




Operasi mem-burn lagu2 raya ke dalam cd. Jadi semakin semangat nak balik kampung. hoyeah !!




Hari tu pergi pasar ramadhan Bangi saje try mee rebus makcik ni. sedap gila !! kuah sangat pekat. memang kalau beli kat pasar malam KL takkan jumpa mee rebus macam ni. Mee rebus kat KL semua cair. tak feel langsung nak makan. Tapi esoknya ingat nak try mee kari dia tetiba makcik ni tak meniaga pulak. hmmmm




walaupon 28C tetap rasa macam 35C. bahang sangat !




Taraaaaaaaaaaaaa !! Almond Biscotti yang sampai semalam. 5 balang sekali aku order. naseb baik ade lagik. husband akak tu siap buat delivery kat opis aku lagik. hehehe.




Giant yang memang selalu bermasalah. -____-
Kalau kat Johor panggil kerepek bawang. tempat lain tak sure pulak.





                                                             


With Love : Syazwana Jamal :)


Tuesday, August 14, 2012

Kurus digigit nyamuk.



                                             
Semalam sepatotnya aku keluar dengan Akram pergi Alamanda.
aku takde nak beli ape pon.
Akram tu yang nak carik kiwi kasut timberland die.
plannya nanti gerak sendiri2 je. dia gerak dari Nilai aku gerak dari Bangi.
senang.


Dalam pukul 4.30pm aku wassap dia tanya jadik ke pergi sebab aku nak singgah bazar beli makanan.
kalau jadik pergi aku tak payah la nak beli makanan berat2 kat bazar.
boleh lah makan kat Alamanda. hehe.
pastu tak reply.
terus call.
rupenye tengah sedap membuta kat tempat kerja. ape punye perangai lah.
pastu cakap dengan aku macam nak taknak mamai2.
hangen lah aku. terus letak phone. wakakaka.



last2 dia wassap tanya aku cakap ape tadi sebab die tengah mamai gila.
pastu suruh aku beli je makanan berat sebab kalau tak jadi pergi at least dah makan siap2.
aku pon okey je lah.


sekali bila dia balik kerja rupanya baru sedar yang lesen dia dah sebulan mati.
dah pergi sampai ke Melaka, downtown, sogo, jalan tar, mane2 lagi semua baru sedar lesen mati.
tu naseb baik before raya diberi hidayah nak check lesen.
kalau tengah balik raya kene tahan polis tak pasal pulak kene saman.
makanya terus cancel pergi Alamanda.
takde lah cancel tapi tunda ke hari Khamis. hehe.


sekian saje pendahuluan yang takde kene mengena dengan isi.

malam tadi aku mengadu kat Akram yang rumah aku ni banyak sangat nyamuk.
tau die reply ape?





cewah sape nak kurus kan. kui kui.



kalau lah kene gigit nyamuk tu boleh kurus dah lama aku bertapa dalam hutan tanpa memakai losyen penghalang nyamuk.
siap letak signboard silakan hisap darah saya wahai sang nyamuk.
mana tau kot2 para nyamuk boleh paham ke ape ke kan. haha !


tapi aku heran lah. hari tuh aku keluar makan dengan Akram pon nyamuk yang dok attack aku.
Akram cakap dia tak rasa pape pon.
siap cakap "mungkin nyamuk zaman moden ni dah pandai. pilih orang gemuk je"
besar kecik besar kecik je aku tengok mamat tu.



pastu malam tadi housemate aku ni dok elok je online kat hall.
yang aku ni tergaru sana tergaru sini.
tetiba tengok kaki dah berbintat-bintat.
stress okey stress.



takpe balik kerja ni aku akan dapatkan ubat nyamuk yang berkualiti tinggi.
jage lah kau wahai sang nyamuk.
pembalasan petala ke tujuh akan berlaku malam ini.
wahahahahahaha !


okbai.


                                                                               


With Love : Syazwana Jamal :)


Monday, August 13, 2012

Kisah shopping saye.



Sabtu lepas Akram ajak pergi Sogo.
Aku on je sebab Akram cakap suruh pilih hadiah besday sekali.
rezeki jangan di tolak. hehehe

padehal dua hari sebelum tu gaduh macam nak gila.
siap berdrama lagi.


Akram lah. Rabu lepas dia dah janji nak hantar printer aku sebab masa kitorang nak pergi Melaka ari tuh aku tumpang printer kat rumah dia. Malas nak berat2.
So dia okey je lah. sebab dia kerja malam last week so boleh hantar pada aku siang tu.
dia suruh kejutkan pukul 12 tengah hari.
fine lah.
masalahnye korang tau je lah perangai dia tu kalau dikejutkan macam mana.
kalau call tu macam tak dengar je. agaknye kalau bom meletup kat sebelah pon boleh rilek lagi.
menyampah.


last2 pukul 2 baru bangun. pukul 3 sampai tempat aku.
aku ni kan ratu air mata. kaki merajuk. haha!
memula nak hantar printer nak servis kat warta Bangi. tapi sampai sana aku buat hal suruh dia hantar aku balik opis.
ade lah scene2 yang telah menaik kan darah Akram.
ape lagi emosi lah mamat tu.
siap nak tinggal aku tepi jalan. tapi bila aku nak turun dari kereta tau pulak tak bagi.
perangai serupa ape entah. haha !


pastu dia hantar balik uniten tapi tak masuk.
dia berhenti tepi jalan.
aku ape lagi malas nak layan terus keluar kereta.
duduk kat bus stop depan uniten sorang2. Akram dah bla.
tapi rupanya bukan dia bla pon. dia jalan depan sikit pastu u-turn pergi balik kat aku.
eleh tau takut nak tinggalkan aku sorang2.
dah la time tu pukul 4 petang. orang dah nak balik kerja.


pastu call aku, aku buat bodo.
siap rampas henpon aku. mentang2 lah dia yang bayar. cissss.
tapi apedehal. aku kan ade dua henpon. hehe. aku call kawan aku yang kerja kat hotel equatorial bangi cerita kat dia nangis2. hahaha !
aku suruh dia amik aku kat depan uniten tu.
pukul 6 petang dia sampai sebab tunggu balik kerja.
gila lama tak lama aku tunggu depan tu macam orang bodoh kan.
dasar kepala batu. huhu


actually Akram ade je banyak kali patah balik pastu pujuk2 aku.
tapi perangai aku ni bila dah emosi kau jangan lah pujuk balik tang2 tu jugak.
memang aku tak layan lah.
tapi dalam dua hari lepas tuh aku okey dah.
tapi dalam masa dua hari tuh memang aku takkan jawab call, takkan reply wassap, takkan cakap pape.
aku wat bodoh je.


Akram siap call kawan aku lagik suruh tengok2 kan aku ni.
lepas dia bla aku tengok dalam beg eh ade pulak henpon aku yang telah dirampas.
entah masa bila dia letak balik aku pon tak sedar.


kawan aku cakap susah nak jaga spesies aku ni.
spesies berbintang Leo. suka sangat nak marah2. haha !
kawan aku dengan Akram ala2 perangai sama. jenis cepat je cool.
aku dengan bf kawan aku tu perangai sama. emosi je kejenya. suka merajuk dah tentu lah.



Tapi sekarang Akram dah berubah sikit sebab aku cakap kalau aku tengah marah tu biar je lah.
nanti2 aku okey lah.
kalau die pon sama naik marah lagi berapi-api lah aku kan.
so sekarang kalau dia tengok aku marah2 je cepat2 say sorry.
pastu agak2 dia macam tertinggi suara je, pastu tengok muka aku berubah terus cakap "dah2 jangan nak merajuk. meh sini" huhuhu



wah intro kemain panjang.
okey so Sabtu tu aku amik Akram kat rumah sebab bawak auto lagi senang nak menempuh jam kan.
aku pon boleh drive sekali.
kalau bawak kereta dia kompem2 lah dia yang kene drive sorang.
kitorang singgah Putrajaya dulu sebab Akram ade beli kasut dengan sorang brader ni.
tawar punye tawardaripada rm350 boleh dapat rm180.


kitorang gerak dari Putrajaya pukul 300pm. sampai Sogo pukul 500pm.
memang jam gila.
tapi tetap gigih.




aku jenis yang tak kisah sangat nak pergi tempat2 ramai orang ke.
sebab aku kan suka berjalan.
lagi pon baru lah rasa suasana nak beraya tu kan. haha !
luckily sampai2 Sogo je terus dapat parking.
memang naseb baik betol.
kitorang sampai ada satu kereta keluar.
takde lah menghabeskan masa carik parking.
dah la parking sogo mahal gila.
hari tuh je RM15.50 kitorang kene.



memula usha2 dulu baju.
Akram lah yang beria nak sopink.
aku sebab dah ade tiga pasang baju raya, so tak kisah sangat.
Akram nak carik kemeja so aku layankan je lah.
sambil2 tu Akram suruh pikir nak hadiah besday ape.
*happy mood ON !*
hehehe.



dah nak dekat waktu buka tu aku beli Hot n Roll dua pastu beli air and lepak luar Sogo.


punya lah ramai orang. semua ni pon tengah tunggu waktu nak buka.



lepas buka, settle2 semua ape lagi kita serang balik lah Sogo.
yang kelakarnya bila pergi tingkat tiga bahagia lelaki nampak yang perempuan2 duduk kat tepi dinding bersama anak2.
bila turun tingkat dua pulak bahagia perempuan pulak nampak para2 ayah berehat bersama anak-anak.
hehehe.



Lelaki selalu kutuk perempuan. tapi lelaki pon sama jugak naiknya bila nampak sale 80%. dah la budak yang jaga tempat tu asyik je renew stok2 baru. makin naik lah dorang ni. berebut-rebut baju segala. yang budak jaga tempat ni punya lah gigih lipat semua baju balik. padehal depan2 dia orang2 kat atas ni amik baju, lempar baju, tarik sana tarik sini, lempar balik. tapi nak buat camne kan dah budak tu dibayar gaji untuk buat kerja macam ni. tapi memang kesian lah. kalau aku dah menangis dah kat situ. penat. aku kan manje. hehe.



aku upload gambar kat atas ni kat Instagram. pastu ade sorang blogger Kak Tina komen cakap nampak aku tengah amik gambar ni tapi takut nak tegur.
Kak Tina, lepas ni kalau ternampak sila tegur ye.
Wajib !
huhuhu



lama gila nak tunggu Akram pilih baju dia.
dia kan boleh tahan cerewet jugak.
dan taste aku selalunya tak sama dengan taste dia.
sebab tu kalau nak beli hadiah besday aku akan bawak dia sekali dan dia akan bawak aku sekali.
ha kau pilih la sendiri.
tak koser nak suprise2. kang kalau aku beli dia tak suka dah satu hal nak sentap kan.
tapi kalau bab2 makan ni boleh la nak suprise2. sebab dia semua benda pon makan.


Bila dah settle baju2 dia baru lah kitorang gerak pergi tempat perempuan.
ade tiga benda dalam fikiran aku. Handbag, kasut atau jam.
tapi fikir2 balik kasut bape puluh je kan. baik aku beli sendiri. haha !
tengok jam pulak takde yang berkenan.
so pergi lah tempat handbag.


ade satu jenis handbag kat Coloris tu aku suka sangat.
Diskaun 50% lagi. harga dah okey dah. kira harga mampu lah kan.
tapi bila tengok yang baru ade macam kotor2 sikit kat bag tu.
bag tu kaler putih.
budak yang jage situ cakap beg tu senang turun kaler. kalau panas sikit kaler dia turun.


budak ni cakap memula dorang jual beg ni 20% je diskaun.
tapi ade customer yang beli beg tu complain yang beg tu turun kaler.
so dorang turunkan harga jadi 50%.


macam kakak aku cakap dulu. mase dia nak beli baju orang yang jaga baju tu cakap baju tu customer ade compain sikit.
sebab tu dia buat sale kadang2 sampai 70%.



TIPS : So kalau korang yang kaki sopink pantang tengok sale 70% terus nak beli tu sebenarnya ada sebab dorang bagi diskaun 20% ke 50% ke 70% ke. kalau diskaun 20% tu memang selalu dorang akan bagi kat barang2 new arrival. after customer beli, selalunya customer akan bagi feedback positif or negatif. kalau feedback negatif, dorang akan turunkan harga barang tu ikot jenis feedback.

kalau feedback teruk sangat dorang akan bagi diskaun sampai 80%. kalau feedback bese2 je bagi lah diskaun 50% ke camtu.

dulu aku memang pantang nampak diskaun2 ni. memang rambang mata. lepas dapat tau ni semua terus berhati-hati kalau nak beli barang. yelah kita beli barang sebab nak pakai lama kan. ni beli punya beli kalau murah sekali pon tapi tak tahan tak guna jugak.

tapi lain lah kalau bapak or husband korang cop duit kan. silakan.
aku anak kampung je.



bila tak dapat beg coloris tu sedih gila.
sebab design lain aku macam tak berkenan sangat.
kalau handbag2 kat brand2 mahal tu banyak lah yang cantik2.
tapi kalau dah harga sampai rm400++ takde lah aku nak suruh Akram beli kan.
Aku ni kan bertimbang rasa. cewahhh.



last2 amik beg catwalk ni.


Memula aku pilih satu beg kaler purple tapi design bese2 je.
harga pon rm50+- camtu lah.
agaknya Akram kesian sebab handbag Nose yang aku beli lagi mahal daripada hadiah besday, so dia suruh pilih lain.
aku cakap beg yang atas tu pon aku berkenan jugak tapi mahal sikit lah.
last2 Akram suruh amik yang atas tu.
dia cakap nampak remaja sikit.
Ape aku ni dah tue ke? grrrrrrrrrr.
tapi takpe mood tetap hepy. hehehe.



Lepas bayar terus nak gerak balik.
lagi pon time tuh dah pukul 1030pm dah.
Sogo tutup pukul 1100pm kot.
sebelum pukul 1100 nanti orang menggila nak bayar parking semua baiklah kite berangkat dulu.


Masa dalam kereta Akram cakap kalau mak dia call time tu pastu dia cakap baru balik Sogo mesti mak dia dah paham je.
sebabnya Akram ni dari kecik memang kuat berjalan.
pantang bapak dia mandi siap2 terus nak ikot.
tapi kalau mandi siap2 nak pergi keje macam tau pulak. taknak ikot.


pastu Akram cakap sebab tu ade tahi lalat kat kaki.
kuat berjalan.

Aku cakap aku banyak tahi lalat kat kaki.
makne nya ape?

"Tu bukan kuat berjalan dah. Tu dah jadi jamban lalat dah" jawab Akram.

konghajo kan.


naseb baik lepas tu bawak makan western food kat kampung baru.
kalau tak dah sentap dah. hahaha !



okbai.



                                                         


With Love : Syazwana Jamal :)


Thursday, August 9, 2012

Untuk yang suka sangat shoping online sila berhati-hati. Jangan sampai tertipu.



                               
Semalam kecoh kat fb pasal satu online shop yang tipu customer.
Kalau online shop yang kecik2 takpe.
Ni online shop besar kot. Siap advertise dalam TV lagi.
alah iklan yang ala-ala macam gempak tuh.
ye betul. ZALORA.


semua berpunca sebab ade sorang blogger ni tulis kat blog pasal service Zalora yang macam hampeh.
Nak baca sila pergi SINI.


aku pon usha-usha lah facebook Zalora ni.
memang sangat banyak komen negatif daripada positif.
















aku takde lah suka sangat shopping online.
tapi tak suka tak suka pon dah tiga kali jugak lah beli barang online. hehehe
yelah kadang2 tu barang yang kita nak tu ade kat kedai online takde kat kedai biasa pulak.
tu yang beli je tu.
tapi setakat ni Alhamdulillah la tak pernah pulak kene tipu.
sebabnya before beli aku mesti akan check setiap komen customer kat page tuh.
kalau ade yang negatif sorry lah nak beli kan.
bye bye.



tapi bila aku baca semua comment2 kat Zalora tu ade jugak yang bagi feedback positif.
tak tahu lah kalau orang2 dalam Zalora sendiri yang bagi komen tu.
yelah konon2 nak cakap yang tak semua dapat servis hampeh kan.
nak bagi nampak Zalora still ok.
wallahualam lah.


so sesiapa yang memang suka giler nak shoping online ni sila lah berhati-hati.
memang kene siasat betul2 dulu before beli.
kang duit dah bayar baru nak menyesal kan.
tak guna.


ok aku ade lagi 3 kad raya yang kosong ni.
sape nak boleh email alamat kat syazwanajamal@hotmail.com
or boleh pm kat facebook aku.
siapa cepat dia dapat. hehehe.


yang lain tu aku baru dapat nak pos hari ni.
sebab aku kan macam gud2 je buat busy. hehe.


okbai.
                                                       
With Love : Syazwana Jamal :)


Tuesday, August 7, 2012

Makan Besar @ Warisan De Muara Kita, Medan Ikan Bakar Alai.



                                             

sumber : Blog Ini


Takde lah besar mana pon. hahaha !
aku agak busy sikit seminggu yang lepas.
cewah macam gud2 je kan busy2.
padehal lebih ke arah buat2 busy.
hehe.


2 minggu lepas tetiba adik aku yang kat matrik UIA tu mesej kat inbox fb cakap bila nak belanje dia berbuke pose.
amboi macam kakak kau ni cop duit ye.
tapi takpe selaku kakak yang baik dan berhati mulia, permintaan sang adik (sukati je nak guna kata ganti sang. haha !) akan ditunaikan.
actually aku memang plan lama dengan Akram nak makan ikan bakar kat Alai ni.
cuma tak pergi2 je.
so alang2 ni aku bawak lah adik aku sekali.


so sabtu lepas dalam pukul 3 petang lebih aku amik adik aku kat PJ.
Akram cakap gerak dari Nilai dalam pukul 4 lebih camtu.
yelah tuh kan.
dengan dia balik kerja terus tido aku call seribu kali tak dengar. memang hangen aku.
naseb baik dalam pukul 5 lebih masa aku dah nak sampai rumah dia tu dia terjaga.
kalau tak memang amukan lah aku. ada yang meroyan tekan hon depan rumah dia nanti.


dalam 5.30 kitorang gerak pergi Melaka.
pastu pandai sangat tak beli makanan pape dulu.
konon2 nak jalan2 singgah kat bazar Ramadhan Melaka.
sekali satu bazar je jumpe. tu pon kecik lah yang amat.
tak berhenti.
dekat nak buka tu singgah jap kedai runcit dekat2 dengan Medan Ikan bakar tu beli air.
sudahnya sampai tempat makan penuh gila-gila punye penuh.
sampai kan abang gerai ni cakap "bukan kitorang taknak amik order. tapi takde meja kosong ni. kalau nak tunggu boleh la"


sob sob.
terpaksa lah berbuka minum air je dulu.
dekat pukul 8 lebih jugak lah kitorang tunggu nak dapatkan meja makan.
sampai naik emosi aku sebab akram asyik tanya2 je nak pilih gerai mana. haha !



 bila dah dapat meja kosong ape lagi. dengan lincah lah pergi pilih ikan. hehe.




 udang dia semua besar2 dua jari ni ha. memang menyesal lah kalau tak amik. hahaha !



 Ikan Jenahak. Sotong jangan cakap lah. besar2 tapak tangan ni ha. wajib amik ! Akram cakap kalau nak pilih sotong jangan amik yang besar2 sangat. sebab yang besar2 tu macam tak manis sangat. kalau ikot aku lagi besar lagiiiiiiiiiiii syokkkkk. hahaha ! aku kan semua pon tak tahu :P



Of crosss kene try Ikan pari bakar dia. dan tak lupa my feveret kupang. hehe !



Yang kiri adik aku. Yang kanan kawan dia. saje aku suruh bawak sebab nanti kang dia bosan pulak. Aku of cross lah nak berkepit dengan Akram je. kahh kahh. Jangan tertipu dengan kesucian wajah dorang sebab tu semua effect camera je. padehal jerawat banyak tu. eh cakap orang pulak. haha !



 Butter Prawn. Macam lagi sedap aku masak jek. wakakaka. ok lah not bad. cuma telur dia sikit je. and dia buat basah2 sikit. 



 My fevret ! sotong goreng tepung. sedap gila !!! Tanda seru tiga kali nak cakap memang betul2 sedap.




 Ikan Jenahak tiga rasa.



Dan menu setiap kali makan ikan bakar mesti pilih. Ikan Pari bakar sambal. tapi macam biasalah, sambal dia tu sambal biasa. Sebab aku dengan adik aku dah terbiasa makan ikan pari bakar berlada En. Ayah yang super duper sedap, maka makan kat luar ni so-so je. tapi sebab tak balik rumah terpaksa jugak makan kedai. sob sob. tapi at least dorang bakar pakai daun pisang la. tak macam masa makan kat Umbai dulu. rentung !




Kupang sambal. Masa nak pilih masakan tu aku nak jugak Kupang Sambal. Akram cakap semua sambal. Ah pedulik nak jugak. sebab dulu kat Umbai amik Kupang masak halia. erghhhhhhhh tak boleh terima tekak aku.


Tambah order nasi satu hidang untuk tiga orang makan je sebab aku nak makan dengan nasi lemak dia.
Air amik air laici satu jug.

Kenyang gila !
memang puas hati lah.
lagi puas hati bila bayar je kene RM100 saje.
lepas bayar rasa macam eh biar betul?
murah nya.


sebab selalunya kalau aku makan dua orang dengan Akram pon dah dekat RM70.
ni empat orang baru RM100.
dengan air buah jug besar lagi.
berbaloi-baloi.
kalai gerai lain aku tak sure sebab dia ade banyak gerai.
yang kitorang makan ni gerai nombor 2.



Masa berbuka tu ramai sangat yang datang berkonvoi.
ade team MyVi, Team Persona.
paling style team motor2 besar lah. gempak siottt.
pastu ade team motor macam rxz tu tapi kawasaki punye entah ape tah aku mane lah tau.
haha !


Medan Ikan bakar Alai ni memang dekat dengan Medan Ikan Bakar Umbai.
simpang before sampai Umbai, itu lah Alai.
masa aku makan kat Umbai dulu dorang cakap memang Alai lagi best.
tu yang kitorang nak try tu.
Aku dengan Akram kan memang kaki jalan2 carik makan. hehe.


lepas dah kenyang kitorang jalan2 Jonker Walk sebab dulu pergi Umbai tak sempat nak jalan sebab dah tutup.
Ramai orang cina kat sana.
tak beli ape pon. ingat nak carik casing untuk S2 ni tapi design yang kitorang berkenan ni banyaknye Iphone je ade.
bila dah ade mahal pulak sampai rm25. padehal ade je kedai jual rm15.
kaler pulak tak minat. haihhh.



dalam pukul 12 camtu gerak balik KL.
tapi bukan reti nak balik. singgah Downtown Cheras pulak.
hahaha !
saje bawak adik. dia tak pernah sampai lagik.
sekali sampai terus rembat baju selai. haha !
yang kitorang pulak meneruskan misi mencarik casing phone. tatappp tak jumpa.
sedih.


tapi tak sangka punye lah besar downtown tu boleh pulak terserempak dengan kazen2 Akram.
haha !
tapi time tu dorang dah nak balik dah.
kitorang je yang tak reti2 nak balik.
hahaha !



okbai.



                                          
With Love : Syazwana Jamal :)


Wednesday, August 1, 2012

Tonight



                                       
Aku kan selalu tanya Akram wujud tak nombor plat 9999.
Akram cakap of coz wujud sebab setiap kali kereta keluar memang akan habeskan nombor sampai 9999.
Tapi aku tak pernah pulak jumpe kereta pakai nombor plat camni.
Pastu akram cakap maybe orang2 kaya beli pastu simpan kat kereta mahal2.
sekali sekala je keluar jalan2.
yelah.


Tapi pagi tadi masa aku tengah drive tiba-tiba terpandang sesuatu yang aku cari2 selama ni.
cewahh



W** 9999


Walllaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Eksited gile.
terus amik phone and snap gambar.
naseb baik bawak auto kau (sila jangan contohi perangai membahayakan ini)
Hehehehe.
Nanti nak tunjuk kat Akram. Padahal boleh je wassap. haha !



Malam ni Akram ajak pergi tengok wayang.
cerita Batman tuh.
aku takde lah minat sangat sebab tak pernah follow pon.
yang baru ni aku pon tak tau dah yang ke berapa punya movie.


Akram lah yang beria sangat.
ikotkan dari 2 minggu lepas lagi nak pergi tengok.
tapi asyik full je.
of coz lah pilih rabu kan sebab murah. hehe.
lapan hengget je oii.
kenapa perlu bayar mahal kalau ade yg murah kan.


nak beli awal2 takut tetiba rabu ade hal pulak tak ke rugi kan.
jadi hari ni aku pon beli lah online sebab now macam dah tak boleh nak booking online kan.




2D punya. pukul 930 malam. dah agak full. so aku try usha yang bese punye.



tak penuh sangat. tapi pukul 900 malam. macam awal sangat. Akram balik kerja pon dah 6 lebih. nak siap2 lagi. nak buka lagi.



so kita amik yang 2D punya.
yang bestnya 2D pon lapan hengget saje.
of coz lah mak pilih yang 2D uolls.



Jadi berBatman lah kite malam ni. Korang jangan tiru aku. Korang sila pergi terawih. Haha.





Hari Isnin ari tuh aku merajuk dengan Akram.
aku kan suka merajuk.
kalau boleh hari2 nak merajuk. kau mampu? haha !

sebabnya dia tak reply wassap aku.
fine lah nak pergi melawat kawan dia kat hospital sebab kawan dia nak operate esoknya.
aku tak kisah pon.
takde pon aku kacau time tuh


tapi lepas tu dia pergi melepak dengan kawan dia kat mamak pastu reply lambat2.
memang kene lah.
padan muka.



pastu dah gaduh2 tu aku saje check in kat foursquare konon2 aku kat tol sungai besi.
konon2 nak pergi melarikan diri lah. wakakaka.
sebab kalau aku check in Akram mesti nampak kat phone dia.
pastu aku silent phone and tido.


bangun2 pagi esoknya ade 11 miscall.
pastu mesej.
salah satu miscall dengan mesej from kawan baik aku.
ni dah sahlah mesti Akram call dia cerita aku merajuk sampai nak lari.
pastu mesti suruh kawan baik aku call aku tanya kat mana.
wakakakaka.
padehal aku tido je pon.

ni kalau Akram baca ni matik lah.
silap2 boleh cancel wayang malam ni. haha !


oh ye ade sape2 lagi nak kad raya daripada aku?
kalau nak dan sudi boleh la bagi alamat kad email aku --> syazwanajamal@hotmail.com

ade yang aku dah komen kat entry dorang mintak alamat.
insyaallah hujung minggu ni aku pos ye kalau tade pape.



okbai.


                                     
With Love : Syazwana Jamal :)


 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal